Cerpen : Kau Sahabat, kau Teman

Nama Pena : Siti Aisyah Bt Abd Ghoni

” Hoi!! Pembunuh” tersentak Aisyah mendengarnya. Aisyah hanya mampu diam sahaja apabila rakan-rakan sekelasnya mengejeknya. Aisyah menahan air mata daripada mengalir. Dia tidak mahu rakan-rakannya mengejek pula yang dia menangis. Aisyah hanya membuka buku lalu memandang isi kandungan buku itu dengan pandangan kosong. Dia teringatkan sahabat baiknya dahulu iaitu Afiqah. Kawan yang baik, penyabar, pandai memujuk dan sentiasa berada di sisinya tika dia diejek atau dibuli. Kini, kenangan-kenangan Aisyah bersama Afiqah hanya bermain-main di fikirannya. Akibat kematian Afiqah, semua pelajar sekolah itu memanggilnya pembunuh kerana hanya suatu peristiwa hitam yang dia tidak akan melupakannya sampai ke akhir hayat.

***************

Semua orang tahu pelajar Sekolah Menengah Convent Teluk Intan, Aisyah dan Afiqah adalah sahabat baik yang tidak boleh dipisahkan. Mereka seperti belangkas yang sentiasa bersama-sama dikala waktu susah dan senang. Walaupun sahabat baik, Afiqah dan Aisyah juga mempunyai perwatakan yang berbeza iaitu Afiqah seorang yang lemah lembut, peramah, baik hati, penyabar dan suka menolong orang lain manakala Aisyah pula seorang yang kasar, panas baran tetapi masih lagi seorang yang suka meolong orang lain. Afiqah juga adalah anak orang kaya dan Aisyah anak orang sederhana tetapi itu semua memang tidak pernah di ambil tahu oleh mereka berdua tentang kekayaan tetapi hanyalan keikhlasan sebagai seorang kawan. Aisyah senang sangat berkawan dengan Afiqah.

Pada suatu hari, Afiqah dan Aisyah sedang bersantai di pondok perhentian bas berdekatan dengan sekolah mereka . Mereka berdua menunggu bas tambang kerana mereka bercadang hendak ke bandar membeli buku rujukan. Sementara menunggu bas, mereka berbual-bual kosong bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain juga menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Tiba-tiba Aisyah ternampak seekor anak kucing duduk di tengah-tengah jalan raya. Walaupun Aisyah kasar, tetapi dia amat menyayangi haiwan. Aisyah segera bangun dari tempat duduknya lalu segera berlari mendapatkan kucing itu. Dia membelai kucing itu dengan penuh kasih sayang. Kebetulan, sebuah pacuan empat roda sedang memandu dengan lajunya menuju ke arah Aisyah. Afiqah yang ternampak kereta yang dipandu laju itu segera berlari ke arah Aisyah lalu menolak Aisyah dengan kasar hingga ke seberang jalan sebelum dilanggar pacuan empat roda itu.

Aisyah yang dalam keadaan terkejut ditolak Afiqah mula hendak marah tetapi tidak jadi apabila Aisyah terdengar bunyi jeritan dan dentuman yang kuat. Aisyah memandang ke belakang lalu segera berlari ke arah sesusuk tubuh yang berlumuran darah itu sambil menjerit ” Afiqah!!!”. Aisyah kalau di ikutkan sememangnya seorang pemalu tetapi sekarang, malunya hilang. Dia hanya menangis memanggil-manggil nama Afiqah yang terkujur kaku. Ramai orang datang berkerumun. Dia langsung tidak mempedulikan bekas geseran disikunya yang berdarah itu dan bekas cakaran kucing tadi di mukanya.

” Afiqah!!! Bangun… Jangan tinggalkan aku. Afiqah!!!” Aisyah menangis sambil memohon maaf sambil tangannya mengerak-gerakkan badan Afiqah. Baju Aisyah sudah basah dengan darah Afiqah.

Setelah beberapa minit, sebuah ambulan datang. Afiqah diangkat dan diusung masuk kedalam ambulans. Mula-mula jururawat itu tidak berapa membenarkan Aisyah mengikut sama masuk kedalam ambulans itu tetapi Aisyah membentak dengan kasar

” Hei!! Benarkan saya ikut sama… Dia rakan saya. Tolonglah…” kata Aisyah sambil menangis tidak berhenti-henti. Akhirnya jururawat itu terpaksa membenarkan Aisyah masuk kedalam ambulans.

Aisyah menangis meratapi wajah Afiqah. ” Jangan tinggalkan aku. Aku tidak mahu kau tinggalkan aku. Kita kan kawan. Banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bersama. Tolong Afiqah… Aku mohon…” kata Aisyah perlahan tetapi jelas didengar seorang jururawat yang berada di sebelahnya. Jururawat itu berasa hiba mendengarnya.

Setelah beberapa jam, akhirnya Doktor yang merawat Afiqah keluar. Aisyah segera mendapatkan doktor itu lalu bertanya dan jawapan doktor itu cukup menghibakan hatinya ” Maaf… kami warga hospital sudah buat yang terbaik.” Aisyah terjelepok ke lantai. Doktor itu kasihan melihat Aisyah menangis.

Setelah beberapa minit, ibu dan ayah Afiqah datang lalu segera bertanya kepada Aisyah tentang anak tunggal mereka itu ” Afiqah sudah meninggal dunia!!!”. Terkejut Puan Sofea, ibu Afiqah mendengarnya. Puan Sofea menampar Aisyah berkali-kali di bahagian balutan kapas putih, kesan cakaran kucing dan nasib baik Encik Hamdan, ayah Afiqah menyabarkan isterinya. Tamparan itu lebih menyakiti dari luka-luka biasa. Aisyah menangis lagi. ” Aisyah!! Keluar kamu… pergi balik… jangan datang lagi… Nanti Mak Cik marah lagi dan apa-apakan kamu. Cepat pergi!!” suara keras Encik Hamdan menyuruhnya pergi. Aisyah akur lalu segera berlari keluar lalu mengambil teksi untuk pulang kerumah.

Sejak kematian Afiqah, Aisyah banyak mendiamkan diri. Seorang yang dahulu bersemangat kini menjadi lemah. Pelajarannya kian merosot. Cikgu-cikgu di sekolah itu mula berasa bimbang. Di kelas, Aisyah sudah tidak menumpukan perhatian lagi. Dia hanya memandang kosong sahaja papan putih itu. Apabila waktu rehat pula, Aisyah sentiasa pergi ke belakang sekolah dan bercakap-cakap seorang diri.

” Mak Cik, maafkan saya mak cik… tolonglah mak cik.” Kata Aisyah. Air matanya bergenang. Setiap hari, begitulah perangai Aisyah. Berdiri di luar pagar rumah Afiqah sambil menjerit memanggil emak Afiqah untuk meminta maaf. Bagi Aisyah, selagi emak Afiqah tidak memaafkan Aisyah, selagi itulah dia menagih kemaafan.

Namun, Puan Sofea langsung tidak mengendahkannya. Sejak anaknya meninggal, Puan Sofea banyak mengurungkan diri di rumah. Menangis sehingga mata bengkak. Dia langsung tidak dapat menerima pemergian anak kesayangannya. Encik Hamdan sudah berkali-kali mengatakan yang itu takdir Allah S.W.T tetapi dia langsung tidak mengendahkan.

Pada suatu hari, hujan lebat turun. Tetapi Aisyah masih berada di luar pagar rumah Afiqah. Meratap hiba. Bajunya basah dengan air hujan. Kebetulan, jiran rumah sebelah Aisyah sedang melalui jalan itu dengan berjalan kaki sambil memakai payung. Jirannya, Fairuz ternampak Aisyah duduk di luar rumah seseorang rakan Aisyah sambil menangis. Fairuz segera ke situ. Aisyah langsung tidak mengendahkannya.

” Aisyah, kenapa kamu duduk di sini? Mari pulang. Sudah basah lenjun baju kamu. Nanti kamu demam. Kamu lupa bawa payungkah?” kata Fairuz sambil mengangkat Aisyah dari duduknya.

” Afiqah!!!” itulah perkataan yang sering di ucapkan Aisyah. Fairuz diam sahaja. Dia terus sahaja memapah Aisyah pulang kerumahnya. Kasihan sungguh Fairuz melihatnya. Mata bengkak akibat selalu menangis. Dia juga tidak sanggup melihat Aisyah menangis.

” Hei pembunuh!! Mengaku sahaja. Sudahlah membunuh orang. Tak de kerja lain dah” ejek Aiman dengan rakan-rakannya. Aisyah yang sudah tidak tahan mendengar cacian itu segera bangun dan berkata ” Hei!! Aku bukan pembunuh!! Faham!! Kamu semua tidak faham perasaan aku. Kalau korang tahu, aku yakin korang tidak akan ejek aku macam ni.” Air mata yang ditahan-tahan tidak dapat lagi menahan lalu terjurailah air mata membasahi pipi Aisyah yang gebu.

Aiman dan rakan-rakannya langsung tidak mempedulikan tangisan Aisyah dan akhirnya Aisyah tiba-tiba membuat keputusan yang memeranjatkan satu kelas termasuk Aiman dan rakan-rakannya. ” Fine!! Korang memang nak aku mati sekali. Baik aku pergi!!” kata Aisyah lalu berlari menuruni tangga dan menuju ke pintu utama pagar sekolah. Rakan-rakan sekelas Aisyah panik. Mereka berlari mengejar Aisyah yang sudah sampai ke tepi jalan raya. Aisyah menangis di situ. Aisyah segera berdiri di tengah-tengah jalan raya. Sebuah kereta yang memandu laju meluru ke arah Aisyah. Aisyah memejamkan mata rapat-rapat sambil menangis.

Tiba-tiba tangannya direntap kasar dari tepi menyebabkan Aisyah tidak dapat mengimbangkan diri lalu jatuh terbaring di tepi jalan raya. Aisyah pengsan. Dahinya berdarah banyak. Rakan-rakan yang melihat kejadian itu segera memanggil guru. Aisyah segera dibawa ke hospital.

Matanya dibuka dengan perlahan-lahan. Kedengaran tangisan seseorang yang sangat dikenalinya. ” Mak.. Cik…” semua yang berada di dalam bilik hospital itu memandang Aisyah. Puan Sofea meluru ke arah Aisyah dan meminta maaf atas segala kejadian yang berlaku. Dia sudah memaafkan atas apa yang berlaku.

Sebenarnya, kereta yang dipandu laju itu adalah Encik Hamdan dan Puan Sofea. Mereka tidak menyangka bahawa Aisyah akan melakukan perkara itu hanya kerana diejek rakan-raknnya sebagai pembunuh. Kini, Aisyah sudah semakin pulih. Mukanya berseri-seri. Tidak seperti dulu yang sentiasa menangis. Sekarang, kawan baiknya ialah Fairuz, jiran sebelah rumah. Walaupun umu Aisyah dan Fairuz berbeza dua tahun, Aisyah 14 dan Fairuz 16, tapi mereka masih boleh menjadi rakan baik.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: