Cerpen : Ya Allah, Tunjukkan aku jalan

Nama Pena : Kira Aminuddin

Cukuplah sekiranya ku perkenalkan nama ku sebagai Kira (bukan nama sebenar). Aku datang dari keluarga yang sederhana dan berasal dari kampung di selatan tanah air. Atas hasil usaha dan bantuan keluarga, aku berjaya menjejakkan kaki di menara gading. Sikap ku yang mudah mesra menyebabkan aku sangat rapat dengan rakan serumah di hostel ku. Tambahan lagi, sahabat baik ku juga tinggal sebilik dengan ku. Sepanjang berada di universiti, aku semakin kenal erti kehidupan, persahabatan, kejayaan dan percintaan. Aku merupakan anak kedua dalam adik beradikku, seorang yang memang agak nakal sedikit berbanding dengan adik-adik ku semasa berada di sekolah. Namun, aku dapat membezakan diantara pelajaran dan kenakalan ku. Walaupun aku nakal sedikit, namun pelajaran tetap no 1 di hati ku. Semester satu di ipta, aku berkenalan dengan teman lelaki ku hasil dari pertolongan sahabat ku. Dia belajar di ipta lain di utara tanah air. Setahun kami bersama-sama mengorak langkah dalam cinta dan pelajaran. Setiap peperiksaan semester kami akan bertaruh siapa lagi tinggi pointer, dan selalu nya aku yang akan menang. Perhubungan ku dengan teman lelaki ku ketika itu berjalan dengan baik. Namun, mungkin jodoh tidak menyebelahi kami. Genap setahun perhubungan itu, kami secara serius membincangkan hubungan kami. Aku dan dia akui bahawa kami memang saling menyayangi, tapi perhubungan itu tidak dapat diteruskan atas sebab jauh. Dia berasal dari borneo manakala aku dari tanah semenanjung. Ini akan menyukarkan apabila sudah berkahwin nanti. Aku akur dengan keputusan itu, lagipun ketika itu aku tidaklah terlalu serius bercinta. Aku mempunyai beberapa rakan lelaki lain lagi yang agak rapat dengan ku. Malam itu, kami sama-sama menangisi perpisahan itu.

Seterusnya, aku berkenalan dengan Aizan, pelajar jurusan Elektrik dan Elektronik di ipts berdekatan dengan universiti ku. Perhubungan yang bermula dengan sahabat itu, lama kelamaan menjadi rasa cinta. Oleh kerana Aizan tinggal dekat dengan ku, kami selalu keluar bila ada masa terluang. Aku gembira bercinta dengan Aizan. Dia melayan aku dengan baik sehingga lah pada malam itu, kerana terlalu leka bersembang, aku tidak sedar bahawa masa telah terlalu lewat untuk aku kembali ke hostel. Aku jadi kalut, mati lah aku kalau balik sekarang. Mesti nama akan naik ke bahagian pentadbiran. Aizan memberi cadangan agar aku tidur di hotel sahaja malam ini. Aku bingung, berfikir sejenak dimana aku nak tidur? Mahu tidak mahu dengan ragu-ragu aku menuruti langkah Aizan menuju ke hotel yang di sebutkan. Setelah selesai urusan check-in, aku masuk ke bilik yang di berikan. Mesti korang dah tau kan apa yang terjadi malam tu. Ermm, ye. Malam tu Aizan berjaya menodai aku. Aku yang bodoh hanya menuruti kata-kata manis Aizan. Tambahan pula ego yang tinggi pada rakan-rakan membuat aku rela bersama Aizan malam itu. Aku tidak sanggup malu bila memikirkan kata-kata Aizan yang mengatakan bahawa kalau aku tidak sanggup menyerahkan diri malam itu, perhubungan kami akan putus malam itu. Semenjak hari itu, kami sering melakukan perkara terlarang itu. Aku buat-buat tidak tahu pada pandangan rakan-rakan serumah ku yang terkejut melihat perangai aku yang mendadak berubah setelah bercinta dengan Aizan. Aku sering tidak pulang ke hostel. Berhari-hari.

Aku bagai lupa dosa dan pahala. Yang aku fikirkan ketika itu hanyalah keseronokkan bercinta. Ya Allah, betapa lemah nya hamba mu ini…. aku semakin hanyut. Namun, pelajaran tidak sekali-kali aku sia-sia kan. Ketika itu aku sibuk menyiapkan proposal untuk tesis ku. Alhmdulillah aku berjaya setelah beberapa kali di ‘di reject’ oleh pensyarah ku. Aku semakin sayang pada Aizan. Keseronokkan bercinta dengan nya membuat aku lupa bahawa aku sudah kehilangan benda berharga dalam diriku. Bunga-bunga cinta terlarang akhirnya layu jua bila aku ketahui bahawa Aizan sebenarnya sebelum bercinta dengan ku sudah mempunyai kekasih. Dan aku adalah orang ketiga!! Aku pasrah. Aku mengundur diri. Tika itu, aku sudah lemah. Biarlah aku sembunyikan kelukaan hati ini. aku biarkan Aizan bersama kekasihnya biar pun aku sedar aku bodoh dengan melepaskan Aizan, lelaki yang telah menodai aku!! Tapi aku tidak mahu perkara ini menjadi teruk. Biarlah aku melupakan kelukaan di hati. Pertengahan semester akhir, muncul Hanif, sahabat yang aku kenal melalui dunia cyber. Hanif ayah kepada 4 orang anak. Aku ikhlas bersahabat dengan Hanif, tidak ada rasa cinta atau apa-apa perasaan aku simpan padanya. Namun, rupanya Hanif menyimpan perasaan pada ku. Setelah aku sedari, aku bertindak menjauhkan diri dari nya. Kebetulan, Hanif juga berpindah ke ibu kota. Aku gembira, aku telah jauh dari nya, dan aku tidak sanggup menggangu kebahgiaan rumah tangga orang lain.

Penghujung semester ku di ipta, aku berkenalan dengan Azmer, kekasih sahabat rapat ku. Dia selalu mengadu dengan ku sekiranya dia ada masalah dengan sahabat ku Nina. Aku yang ketika itu ‘free’ dari mempunyai kekasih, hanya mendengar keluhan lelaki yang ku fikirkan terlalu baik dan sengsara bercinta dengn sahabat ku yang kadangkala aku pun tidak memahami perangai nya yang suka mempermainkan hati lelaki. Ku akui, sahabat ku itu seorang yang cantik dan berduit. Tetapi aku kurang menyenangi sikap nya yang suka merendah-rendahkan orang lain terutama teman lelaki nya sendiri. Tanpa aku sedari, Azmer menaruh cinta padaku, yang dia rasakan memahami keadaan dirinya. Aku bagai orang mengantuk disorongkan bantal, teruja untuk menerima kehadiran Azmer dalam hidup ku. Percintaan ku dengan Azmer berjalan dengan baik tanpa masalah. Tetapi akhirnya sahabatku dapat menghidu perbuatan kami. Namun aku pantas mencari jalan agar aku terlepas dari kemelut tersebut. Aku katakan pada Nina, aku buat semua itu untuk menguji samada dia benar-benar menyayangi Azmer atau tidak, dan aku hanya mempermainkan Azmer dan sebenarnya tidak ada perasaan langsung dengan lelaki itu. Rakan-rakan serumah ku ketika di ipta terkejut mndengar kisah kami. Dua sahabat baik menjadi musuh ketat gara-gara seorang lelaki. Aku berjanji pada Nina, bahawa aku tidak akan meneruskan perhubungan dengan Azmer. Sebenarnya Nina sudah mengetahui bahawa Azmer memang menyukai aku, tetapi dia tidak menyangka bahwa Azmer berani meluahkan perasaanya pada aku. Kisah aku dengan Azmer aku akhiri begitu sahaja. Walaupun dalam hati, timbul rasa sayang dan cinta padanya. Tapi aku pendam sahaja kerana aku sayang persahabatan ku dengan Nina.

Setelah selesai mnyiapkan tesis ku, aku mencari kerja sambilan sambil menunggu tarikh untuk konvokesyen ku. Aku bekerja dengan sahabat emak ku, kedai menjual peralatan komputer. Sikap ku yang mudah mesra menyebabkan ramai menjadi pelanggan tetap ku. Terutama lelaki yang menyenangi sikap ku. Satu hari, Hazel menghulur salam persahabatan dengan ku. Hampir sebulan berkawan dengan nya, aku menerima cinta Hazel, itupun dengan tidak ikhlas. Entah kenapa aku masih sayangkan Azmer, walaupun ku tahu dia milik orang. Sebenarnya aku jua tidak pasti samada cinta aku ni ikhlas pada Azmer, atau sekadar simpati? Untuk melupakan kisah kasih ku dengan Azmer, aku belajar mencintai Hazel. Tanpa diduga, satu malam ketika aku keluar makan dengan Hazel, handphone ku berdering. Azmer menghubungi aku!! Aku melonjak kegirangan dalam hati, namun Hazel merampas ketika aku belum sempat menjawab panggilan tersebut. Aku terkedu. Azmer di soal siasat oleh Hazel. Azmer mengatakan bahawa dia masih sayangkan aku. Hazel naik angin dan lantas memarahi Azmer dan mengatakan bahawa kami akan bertunang. Luluh hati ku bila Hazel mengatakan begitu pada Azmer. Selepas itu, Azmer tidak pernah lagi menghubungi aku. Perkara itu menyebabkan Hazel naik berang, dia membawa aku ke satu tempat yang sunyi. Katanya tempat itu merupakan penginapan dia dan rakan-rakan nya untuk memancing. Timbul rasa tidak sedap hati. Malam itu, Hazel bertanyakan pada ku samada aku ingin bersama dengan nya atau tidak, sehidup semati dengan nya. Dia ingin berkahwin dengan ku. Itu janji nya. Ketika itu aku menangis dihadapan nya. Aku berterus terang dengan nya bahwa aku bukan nya dara lagi. Dia terkejut. Namun dia lantas memujuk ku bahawa dia tidak kisah. Asalkan aku sedia bersama nya. Malam itu, aku tidak balik ke rumah sewa ku, aku bersama Hazel menghabiskan malam bersama dosa yang bertimbun. Aku belajar mencintai Hazel sepenuh hati ku dan berusaha untuk menerima dirinya. Namun jauh di sudut hati ku tetap mengharapkan agar Azmer kembali pada ku kerana aku pasti dia akan mencari aku. Sebulan bersama Hazel, aku masih tidak dapat menerima dirinya sepenuh nya. Akhirnya, aku katakan pada Hazel bahwa aku ingin berseorangan. Aku tidak mahu bersama dengan nya lagi. Hazel terkedu, dia menerima sahaja kata-kata ku. Ah! Lelaki, dia boleh cari lain. Aku terfikir tentang diri ku, kenapa aku terlalu bodoh ni? Mana hilang pertimbangan ku? Kenapa buta dosa dan pahala? mana logik nya segulung ijazah?

Setelah menerima ijazah ku, aku mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan ku. Alhamdulillah, aku di terima bekerja di sebuah syarikat swasta yang kukuh di ibu negeri ku. Namun, aku harus menjalani kursus selama sebulan di ibu kota. Aku terima dan aku lapangkan dada untuk melupakan segala apa yang berlaku dalam diri aku. Aku berangkat ke ibu kota dengan langkah bersemangat. Tambahan aku tidak pernah menjejakkan kaki ke ibu kota, aku bagitu teruja. Seminggu aku berada dalam kursus, aku menerima panggilan dari nombor yang aku tidak kenali. aku menjawab. Hah! Rupanya Azmer.. ya allah gembira bukan kepalang aku tika itu. Kami sama-sama ceritakan apa yang berlaku pada kami sepanjang tidak berhubungan. Rupanya dia telah ‘clash’ dengan sahabatku, pada masa yang sama aku juga ‘free’ lagi ketika itu. Weekend kami merancang untuk bertemu. Ya, akhirnya aku berjaya menemukan kekasih hati ku yang amat ku rindui. Weekend itu, aku menghabiskan masa bersama Azmer. Dan dengan rasminya Azmer kembali menjadi kekasih ku. Bahagia nya ku rasakan saat-saat kami bersama. Aku kembali hidup seperti dulu, bahagia bak pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Betul-betul seperti suami isteri sepanjang aku menjalani kursus di sana. Seminggu sebelum tempoh kursus habis, aku tinggal di hotel bersama Azmer. Kami tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama sebelum aku kembali ke ibu negeri untuk bertugas. Namun, apa yang ingin ku katakan bahagia dengan Azmer sebenar nya luaran sahaja. Aku tidak menyangka sama sekali bahwa Azmer merupakan lelaki pemarah, mengongkong, kaki pukul dan kuat cemburu. Berapa kali ketika kursus aku lambat keluar, dia naik tangan pada ku. Dia sangat suka mengugut aku, katanya dia akan memukul aku dihadapan bos dan rakan sekerja ku. Aku tidak dibenarkan bergaul dengan rakan sekerja ku, tidak kira lelaki atau perempuan. Masa senggang ketika kursus dihabiskan dengan menelefon dia. Tidak ada masa untuk aku keluar dengan rakan-rakan ku. Hanya boleh keluar dengan dia. Tidak dibenarkan bersembang dengan orang lain, kecuali dia. Aku sebenarnya sengsara dalam bahagia.

Saat terakhir aku dengan nya, aku berfikir banyak kali samada ingin meneruskan cinta ini atau tidak. Namun aku diamkan kerana takut dia akan naik tangan padaku. Rakan-rakan ku yang memahami ku, selalu menasihati ku agar meninggalkan ‘lelaki keparat’ itu, namun aku belum sanggup. Aku kembali ke negeri ku. Memulakan tugas ku sebagai executif di branch syarikat ku. Kerja ku yang selalu sibuk menyebabkan Azmer selalu naik berang dengan ku. Sumpah seranah mula timbul di bibir nya. Dia katakan aku perempuan bodoh, sial dan sebagainya. Ya Allah, kenapa dia berubah sehingga sampai macam ni sekali?? Aku bingung. Percintaan sengsara ini aku akhiri ketika kenduri arwah nenek saudara ku. Dia memarahi aku kerana tidak menghubungi dia, dan aku tidak menjawab panggilan nya. Hati ku mengelegak. Tahap kesabaran sudah di tahap yang tertinggi. Aku pantas dengan lancar mengatakan kata putus dan tidak akan menghubungi nya lagi. Dia menjerit mengatakan aku perempuan sial dan bodoh. Aku diam kan sahaja. Semenjak hari itu aku langsung tidak menghubungi nya lagi. Aku rasa menyesal kerana menerima dia kembali. Terlintas dihati aku bahawa patutlah hubungan nya dengan sahabatku selalu dingin rupanya begini kisah nya. Herm… astaghfirullahulazim… aku terkedu, rupanya aku telah bersama tiga orang lelaki!! Berdosanya aku. Apa aku dah buat ni????
Aku melupakan sejarah silam ku dengan menumpukan pada kerja ku. Bertugas sebagai executif memaksa aku ke ibu kota untuk menghadiri meeting. Aku bingung, aku tidak ada teman rapat yang aku kenali di ibu kota. Aku nak duduk mana nanti? Tiba-tiba aku teringatkan Hanif. Ya Hanif, aku boleh meinta pertolongan dari nya. Aku hubungi Hanif, dengan getar gembira dia menjawab panggilan ku. Dia bersedia menolong aku ketika aku sampai di ibu kota nanti.

Di ibu kota, Hanif menemui aku. Dia tetap seperti dahulu, menunjukkan kasih sayang nya pada aku. Katanya rela menjadikan aku isteri keduanya kerana dia mampu. Tapi aku menghalang. Cukuplah aku merampas kekasih orang dulu, aku tidak sanggup untuk merampas suami orang pula. Hanif menyediakan hotel mewah untuk aku diami. Tapi.. sekali lagi aku jadi insan hina yang menyerahkan tubuh hanya kerana budi orang… hanif begitu baik dengan ku. Melayan aku seperti isteri nya yang tersayang sepanjang aku bersamanya. Dan selepas itu aku dan dia berjanji sekiranya aku di hantar ke ibu kota, dia akan sentiasa menunggu ku..

Dan kini, genap dua tahun aku bekerja, aku telah mempunyai seorang kekasih yang benar-benar menyayangi aku, mencintai aku seadanya aku. Seorang yang memahami aku, walaupun kesibukan kerja membatasi, namun dia sering mengajar aku bahawa dia tetap menyayangi aku. Dan dengan nya aku masih di sini. Dia memberi ku semangat untuk aku mengukuhkan diri, memantapkan kerjaya dan berubah menjadi seorang yang kuat untuk menghadapi dugaan hidup.

Kisah ku dengan Hanif? Aku tetap bersamanya walaupun aku sudah ada kekasih hati. Setiap kali ke ibu kota, aku akan bersamanya. Sampai bila? Sampai bila macam ni? Perhubungan apakah aku tengah jalani ni? Tanpa Hanif, aku akan terumbang ambing di ibu kota. Tapi aku kena bersamanya untuk itu. Pada masa yang sama aku teringat kekasih hati ku, bagaimana dengan dia? Dia terlalu baik untuk ku.. Ya Allah… tunjukkan aku jalan……

Luahan sanubari,
Kira Aminuddin
Selatan Tanah Air..

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: