Novel : Mendung Berlabuh 4

Nama Pena : Aeryana

Kedengaran suara azan Isyak berkumandang di udara. Aku masuk ke dalam rumah. Aku duduk di hadapan peti televisyen namun fikiranku menerawang entah ke mana. Kak Yanie, sepupuku menggamitku untuk menjamah makanan di dapur.
Aku berjalan lemah menuju ke meja makan di dapur. Tersedia makanan di atas meja namun tiada selera untuk aku menjamahnya. Sebenarnya dari semalam lagi aku tidak mengisi perutku. Akhirnya aku memanggil mak dan bapaku untuk makan malam.
” Mak dan bapa makanlah. Masih kenyang lagi ni”, aku memberitahu mak kerana aku tahu mesti mak akan mengajakku untuk makan sekali bersama-sama mereka. Aku mengautkan nasi ke pinggan mak dan bapaku. Lalu aku mengambilkan mereka air minum. Aku keluar lagi ke halaman rumah. Lampu jalan yang berwarna kuning agak suram cahayanya seakan-akan faham dengan mendung yang telah berlabuh dalam hidupku ini.
Entah berapa lama ketika aku sedang asyik termenung melayang fikiranku ke mana-mana aku telah dikejutkan dengan suara seseorang memberi salam di luar pagar.
” Wa’alaikumsalam…eh Pam, pakcik dan makcik masuklah. Mak, bapa dan Makcik Jenab ada di dalam “, kataku menyambut salam seraya membuka pintu pagar dan menjemput Pam dan kedua orangtuanya masuk ke dalam. Mataku dapat menangkap sebotol air putih yang di isi di dalam bekas air mineral di bawa oleh Imam Lamit. Kedua ibubapa Pam segera masuk ke dalam dan menemui mak, bapa dan Makcik Jenab. Pam pula terus mendapatkan aku dan kami duduk di kerusi di halaman rumah. Pasti air tu air doa untuk aku, bisikku dalam hati.
Sementara mereka sedang berbual di dalam, aku pula menghadap Pam yang bertubi-tubi menyoalku mengenai masalah yang aku alami.
” Ya Allah Nor kenapa sampai macam tu sekali kisah kau ni. Lama aku tak bertemu dengan kau alhi-alih aku dengar cerita ni dari bapa aku. Mananya aku tak terkejut beruk”, Pam memegang pundakku setelah aku menceritakan semuanya dari A sampai Z.
Aku tersengih. Perit. ” Mujur kau tak jadi beruk pula kan?”, Aku dengan selamba membalas kata-kata Pam. Pam menepuk bahuku. ” Kau ni dah jadi macam ni pun masih boleh bergurau lagi. Eh…seriously bapa aku sudah sediakan kau ubat penenang hati. Kau baca selawat tiga kali kemudian niat dalam hati untuk lupakan Rosmin tu. Bukan kami tak suka dengan dia tapi sekurang-kurangnya kau boleh lupa dengan masalah kau ni untuk menenangkan perasaan kau sekarang ni”, Pam menjelaskan dalam nada memujukku supaya aku ikut apa kata mereka. Aku mengangguk namun di hatiku aku enggan melupakan orang yang amat aku sayangi.
Pam menggenggam tanganku. Kehangatan telapak tangannya tidak mampu menghangatkan perasaanku yang sudah Seperti tidak bernyawa ini. Hanya detak jantung menyebutkan nama Rosmin saja yang mampu membuatkan nadiku tetap berdenyut dan membuatku kembali bersemangat untuk hidup walaupun akal fikiranku banyak mendorongku untuk menamatkan semuanya tetapi aku gagahi jua demi Rosmin.
Aku dan Pam masuk ke dalam rumah kerana Makcik Jenab telah membuatkan minuman kepada tetamu di rumah itu. Imam Lamit dan isterinya serentak memandangku sejurus sahaja kelibatku masuk ke dalam rumah itu. Makcik Jenab menyuruhku menuangkan minuman ke dalam gelas untuk diberikan kepada tetamu dan ibubapaku. Aku patuh. Selesai menuang, aku berlalu untuk ke bilik. Menghindari mata-mata yang menghakimi aku.
Tanpa aku sedari, Pam mengekorku dari belakang. Tersentak aku apabila aku berpaling ke belakang ada kelibatnya di belakangku.
Pam senyum. Aku pun senyum. Aku membuka beg pakaianku serta pakaianku yang masih termuat di dalam beg plastic kerana aku tidak sempat melipat pakaianku. Aku sumbat saja semunya di dalam beg plastic ketika aku mengemaskan barang-barangku sewaktu keluar dari rumah sewaku pagi tadi.
Pam membantuku. Aku membiarkan saja. Tak ada kuasa untuk aku berkata-kata. Mulutku terkunci sepanjang mengemas barang-barangku dan melipat pakaianku. Sedang aku asyik melipat aku ternampak singlet milik Rosmin di celah-celah pakaianku. Lalu aku ambil dan aku cium singlet itu. Serentak dengan itu pecah lagi kolam airmataku yang sudah tidak kenal erti jemu untuk merembeskan air-air bening dari kolamnya. Masih melekat lagi bau badan Rosmin di singlet itu. Betapa aku rindu padanya.
Pam tergamam dengan tindakanku yang agak mengejutkan itu. Dia terus mendapatkanku dan mengusap belakangku. Berusaha untuk menenangkanku.
” Nor…sudahlah tu. Sabarlah ya. Ini dugaan Tuhan. Kau bertenang saja ok. Jangan diingat lagi nanti memakan diri”, Pam berusaha memujukku. Tangisanku makin kuat. Bahuku terhenjut-henjut. Pam menarik mukaku dan mengelap airmataku.
” Dahlah tu. Bengkak dah mata engkau ni. Please jangan menangis lagi. Aku tak tahan melihat kau memendam rasa sebegini”, ada getaran di hujung nada suara Pam. Pasti dia juga sedih melihat keadaanku seperti hilang nyawa.
” Tak apalah Pam. Terima kasih sebab kau memahami perasaanku tapi walau apapun terjadi aku takkan melupakannya Pam. Mungkin kau tidak berada di tempatku jadi sukar untuk kau merasai apa yang aku rasa. Tapi andai kau berada di tempatku pasti kau pun sama macam aku juga Pam”, dalam kepayahan aku bersuara.
Pam membuka cermin matanya dan mengelap airmatanya yang bergenang di hujung kelopak mata. ” Aku kenal kau Nor. Kita sudah lama kenal. Aku tau kau seorang yang penyayang tapi adakala kita terpaksa melepaskan seseorang itu kerana dia bukan ditakdirkan untuk kita. Aku rindu Nor yang dulu. Yang ceria, yang periang dan yang kuat. Aku rindu…”, Pam duduk berteleku di hadapanku. Aku mengangkat wajahku.
” Pam thanks ya…tapi kali ini aku sukar untuk melepaskannya kerana aku sayang dia setulus hatiku. Kau tahu juga dulu bagi aku lelaki ibarat baju yang aku tukar ganti tanpa aku memikirkan perasaan mereka. Sekarang ini aku sudah dapat balasannya. Sekarang aku telah sehabis nyawa menyayangi lelaki ini tetapi dia milik orang. Aku juga telah menghilangkan kepercayaan yang telah diberikan kepada diriku. Semua ini memang salah aku Pam”, aku menangis semahu-mahunya. Aku tekup mukaku dengan kedua belah telapak tanganku.
Ketukan di pintu mengejutkan aku. Pantas aku menghapus airmata yang masih bersisa di pipiku. Begitu juga Pam. Aku buka pintu bilik dan terpacul wajah Makcik Jenab di muka pintu dan di tangannya terdapat botol berisi air doa itu.
” Nor…air ni untuk diminum. Sebelum tu baca selawat tiga kali dan berdoa semoga tenang jiwamu dan semoga kau boleh lupakan dia. Selepas tu air ni kau campur dalam air mandian kau. Setelah membersihkan badan air ni kau campurkan dan sama juga, kena baca selawat tiga kali dan doa semoga tenang fikiran dan lupakan dia”, Makcik Jenab menyerahkan botol itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan hati yang berat.
” Pam, emak kau dah panggil nak suruh balik”, sambung Makcik Jenab lagi. Aku bersalaman dengan Pam dan memeluknya. Pam menyalami Makcik Jenab sambil meminta izin untuk pulang ke rumah. Aku terperuk di sisi katil milik Makcik Jenab. Makcik Jenab tidak menyedari perbuatanku kerana dia membelakangiku.
Berat sungguh hatiku melakukan apa yang disuruh terutama sekali part melupakan Rosmin. Benda ini yang sukar untuk aku lakukan kerana hatiku masih sayang dengannya. Aku membiarkan sahaja botol itu. Aku letak di atas almari pakaian Makcik Jenab. Aku tidak ingin melihatnya.
Tanganku laju menaip sms kepada Rosmin untuk memberitahunya tentang perkara ini. Tetapi malangnya kreditku tidak mencukupi. Kedai pula sudah tutup pada waktu-waktu begini. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, jam 9.30 malam. Melepas. Kedai-kedai di taman perumahan di kawasan tempat tinggal Makcik Jenab itu tidak beroperasi selepas jam 9.00 malam. Aku ‘save’ mesej itu di dalam folder draft di dalam telefon bimbit jenama Nokia 5200 milik Rosmin yang telah diberi keizinan dari Rosmin kerana telefon bimbitku jenama Motorola L6 rosak dan tidak dapat digunakan lagi.
Aku mencapai tuala dan menuju ke kamar mandi yang tidak jauh dari bilik Makcik Jenab untuk membersihkan badan kerana dari semalam aku tidak mandi. Keadaanku betul-betul tidak terurus. Aku mandi dan selesai mandi aku terus menyalin pakaian dan pergi ke ruang tamu untuk tidur. Aku membawa sekali baju singlet milik Rosmin yang aku jumpai tadi ketika melipat pakaianku di dalam bilik Makcik Jenab semasa keberadaan Pam. Aku ternampak mak dan bapaku sudahpun tertidur di atas permaidani di tengah-tengah rumah. Aku baring di sebelah mak. Mak sudah lena.
Aku tidak dapat melelapkan mata. Ingin aku menghantar sms kepada Rosmin tetapi aku kehabisan kredit. Aku pusing kiri dan kanan. Aku melihat kembali gambar-gambar kenangan aku bersama Rosmin ketika masih bersama. Masih bersisa lagi airmataku. Aku kawal diriku agar tidak terdengar esakkanku. Dan entah bagaimana aku tertidur malam itu aku pun tidak mengingatinya.

bersambung..

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: