Novel : Kahwin Wasiat 2

Nama Pena : serra

Bab3
Air hujan telah basah mengenai tubuh badan ku lecun habis! Argh antak la! Yang penting aku dapat lepas tension ni!.Lepas je pembacaan surat wasiat tu,keluarga Syed Ar-Rayyan Mukhriz semua nak aku kahwin dengan Syed Ar-Rayyan Mukhriz katan mereka aku jelah penyelamat mereka.huh!dasar pandang harta!.TIDAK!muktamad aku takkan kahwin denganmmat tu entah mane-mane la mamat tu.Datuk ni pun satu kenape nak libatkan aku dalam hal ni.Aku masih tak boleh terima yang ayahku meninggal sebab atuk aku sendiri yang bunuh! Siapa tak bengang .aku melepaskan segalanya dekat emak .Emak marah betul! Dia tampar aku!seumur hidup aku tak pernah emak tampar aku!

“kurang ajar kamu sarah emak tak pernah ajar kamu hina orang! Kenapa la atuk kamu sendiri kamu nak hina macam tu sekali!”tengking emak.

“emak?! Mak takkan tak pernah rasa sekulimit pun rasa marah dekatatuk!diayang menyebabkan ayah sarah mati mak! Dia jahat mak! Dia kejam ! kalau tak kerana tuk bunuh ayah, hidup kita tak mugkin akan susah macam sekarang mak! Emak pun sama macam dia orang pentingkan harta je!”aku menjerit sambil menangis! Ku sangka kan emak tidak akan bersetuju dengan wasiat tersebut, rupanya emak pun dua kali lima juga!
Sekali lagi emak menampar pipi ku.mak kelihatan begitu berang namun air matanya yang bertakung tadi tidak dapat dibendung lagi.Aku tidak sanggup melihat emak menangis lagi!
Aku berlari keluar sambil membawa bola keranjang peristiwa tadi ku imbas kembali kumembukamataku perlahan-lahan.hujan masih lebat.Aku kembali bola kedalam basket.yes! masuk juga.Masa sekolah menengah aku ni kiranya pro la juga main bola ni.Tapi tak dipilih sebab badan ku gemuk! Argh sebab tu je ka?! Bodoh dia orang ni tak yakin la sebab badan aku?.
Sedang aku khusyuk bermain,aku terbaling dekat tempat lain dah jauh pulak nak ambik.hish! ni yang malas nak ambik ni.Baru je aku nak pergi dekat situ aku ternampak seseorang,kurang jelas kerana hujan yang masih lebat.gaya macam lelaki.lelaki tersebut mengambil bola ku dan berjalan kearah ku sambil membaling bola tersebut.zap!laju betul mamat ni baling.siapa kah dia?.

“sorang je?”soal lelaki tersebut.hehe ape punya soalan la mamat ni.die tak nampak ke aku tengah sorang-sorang main bola macam orang gila ni.
Perlahan-lahan aku menganguk.malas pulak nak bergurau! Aku ni dah la takde mood nak bergurau.
Lelaki itu makin mendekati ku.takut pulak rasanya entah-entah dia ni pencuri ke perogol ke apa.

“excuse me! Apa yang awak nak?!”aku agak marah dengan perlakuan lelaki tersebut.

“takkan awak tak kenal saya?”soal lelaki tersebut.dia membuka hood di kepalanya.jelas dapat kulihat .Rayyan!!??.

“AWAK?!”aku merengus kasar lantas ku berpaling kearah lain.ni mesti kes nak ajak aku kawin ni.huh!dia ingat kawin ni perkara main-main ke?

“hai cik Sarah! Dah lama kita tak berjumpa rasa macam sehari tu macam setahun la”kata Rayyan sambil mengenyitkan matanya dan senyum menggoda.Sedikit sebanyak cair juga hati aku ni tengok dia buat macam tu.hai… dah la handsome,kacak,bergaya pula tu… hish!tak boleh jadi ni kawal diri tu Sarah! Die baru kenyit sikit kau dah macam nak pengsan .

“hemph! Apa yang awak nak ha?” gertak ku namun Rayyan masih kelihatan biasa.

“sabar dulu cik Sarah,bawak bertenang saya datangni bukannya nak bergaduh.cuma saya ingin berbincang sesuatu dengan cik Sarah”lembut saja tutur Rayyan.Makin tergoda la aku.Ya Allah kau Bantu la hambu ni yang dinodai!.ok!kuat semangat sikit!

“awak nak bincang apa lagi? Keputusan saya muktamad! Saya tak rela buat perkara macam tu! Diri saya mana boleh dijual beli macam tu.Walaupun awak cuba menggoda saya Encik Rayyan belum tentu lagi saya berkahwin dengan awak!”aku terus mengambil bola dari tangan Rayyan dan terus berjalan meninggal kan Rayyan.ha! baru padan muka kau! Kau ingat aku ni siapa?
Belum sempat aku keluar dari court basket,terasa lengan ku di pegang kuat.ouch! sakit.Kuat betul mamat ni pegang.aku berpaling memandang Rayyan.Kali ini dia kelihatan begitu serius.

“please miss Sarah!,Im begging you plese! I need to talk with you”mendatar sahaja suaranya namun seperti ada nada ungutan.tajam mata nya memandang mata ku.Seperti terkena pukau! Aku mengangguk perlahan.

“bagus! Kita bincang di tempat yang teduh sikit”kata Rayyan sambil menarik lengan ku ke arah kereta

Porshe miliknya.Yang peliknya aku kelihatan menurut sahaja masa tu.mana pergi kekutan daaman ku! Mana perginya! Kenapa disebabkan sentuhan seorang lelaki aku boleh lemah begitu sahaja!.

“wanna some drink?”soal Rayyan.sambil menghulurkan setin Nescafe.aku pantas menggeleng.

“here! Towel!” ujar rayyan lagi.wow! semua benda ada dalam ni .sampaikan tuala bersihpun ada ni,ada dua

pulak tu. Macan tau-tau je.aku tidak mengambil tuala tersebut sebaliknya aku mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar ku.ala lecun habis la!.
Rayyan tergelak

“orang dah kasi yang kering nak jugak pakai yang basah”
Aku merenung tajam ke arahnya.sengaja ku malas nak terima pemberian dia.ego la katakana .ceh ego la sangat! Padahal tengah nak beku je masa tu.
Tiba-tiba saja Rayyan mengelap rambut ku lembut.wah indahnya !.memang bertuah siapa dapat laki romantic macam ni.Wait! jangan mudah tergoda!.terus aku menepis tangan Rayyan dah mula menggatal mengusap pipi aku.hish! dia ni tak habis-habis nak menggoda aku.

“please! I don’t like it!”

“alright im sorry dear”ujar Rayyan sambil tersenyum menggoda.
Ok! Back to the basic.

“what ever mr.Rayyan,now apa yang awak nak bincangkan sangat dengan saya ni?” soal aku marah

“hemmm.. macam nilah kita tak payah cerita panjang-panjang .why don’t you just marry me my dear .. hem??”Rayyan mencapai tangan ku kemudian mengucupnya.
Ya Allah! Mamat ni dah gila agaknya? Dia ingat aku ni mudah tergoda sangat ke?

“hey! Apa awak buat ni! Let me go!”terus aku menepis tangan Rayyan.lalu aku membuka pintu dan get ready untuk keluar dari dunia nodai ni.

“nanti dlu Cik Sarah! Ok-ok im sorry .i didn’t mean it”rayu Rayyan

“ok last chance! Tapi kat luar! Saya tak selesa duduk dekat dalam! Banyak syaitan!”sengaja aku memerli dia. Rayyan merengus perlahan .dia gagal menggoda Sarah.dia ingatkan bila berbuat begitu Sarah akan berkahwin dengannya namun sangakaanya meleset! Iman Sarah begitu teguh!

“Cik Sarah tolong la kahwin dengan saya”rayu Rayyan lagi.
Aku merengus kasar!mamat ni tak serik-serik lagi ke?
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya

“Encik Rayyan, saya ni tak cantik,tak bergaya,tak slim,gemuk pulak tu!masakan saya boleh nak jadi isteri Encik.encik ni terkenal orangnya,tak malu ke nanti dapat isteri yang takcantik dan gemuk macam saya ni?ha?! saya tahu encik nak berkahwin dengan saya sebab harta atuk saya.tapi kan encik Rayyan duit bukan lah segala-galanya.Duit masih boleh dicari encik Rayyan”ujar ku lembut dengan harapan agar Rayyan melupakan niat nya tadi.namun sangkaan ku meleset.

“saya tahu tu cik Sarah,memang la duit boleh dicari.tetapi bagaimana pula permintaan arwah datuk? ” kata Rayyan lagi
“emm saya masih ragu-ragu terhadap arwah.Mana mungkin seorang sanggup merosakkan kebahagiaan anaknya seta cucu-cucu dia sendiri”ujar aku

“apa maksud awak?”

“maksud saya arwah atuk awak tu dah bunuh ayah saya kalu awak nak tahu kan! Kalau ayah masih hidup! Keluarga kami takkan hidup susah sampaikan sekarang!atuk begitu kejam! Sanggup bunuh menantu sendiri!” air mata telah membasahi pipiku.

“diam! Sarah! Awak masih tak mengerti apa-apa ke? Awak tahu tak lepas ayah awak meninggal atuk begitu rasa serba salah! Sampaikan dia menjadi gila selama 2 tahun! .Tpi alhamdulillah Allah tu maha berkuasa atuk sembuh juga akhirnya! Dia mencari keluarga awak,tapi tak jumpa-jumpa lagi.Namun nasib nya baik setelah menjumpai emak awak! Atuk merahsiakan tentang penyakitnya dia tak nak orang lain tahu.sehari sebelum dia meninggal dia berkata agar keluarga kami dapat menjaga keluarga awak jikalau dia sudah tiada.atuk nak teruskan lagi perjanjian tersebut agar dia meninggal dengan aman.atuk mewasiatkan hartanya sebanyak 70% kepada keluarga awak dan 30% kepada kami.Awak tahu kenapa atuk beri keluarga awak lebih? Hemph! Sebab dia tahu awakdan keluarga awak hidup susah dari dulu.Sedikit pun kami tidak berasa kecewa walaupun atuk beri keluarga awak lebih.Sedangkan kami tiada apa-apa pertalian darah pun dengan atuk,namun atuk masih teringatkan kami.Saya hairan dengan awak Sarah! Kenapa la benda begitu pun awak atak boleh nak sedar!.kalau lah dalam wasiat tu kata saya perlu berkahwin dengan awak dan tidak mendapat satu sen pun.saya tetap akan menurut! Kerana atuk telah banyak berkorban demi kami! Saya bukan lah seorang yang kacang lupakan kulit”panjang lebar Ucapan Rayyan
Aku terkedu dan amati setiap baris ucapan dari Rayyan.betu juga apa yang diperkatakan oleh dia.

“tapi saya tak perlukan duit!”aku msih berdalih.

“awak kata aku tak perlukan duit? Tipu la jawabnya!.hai..saya pelik la dengan manusia macam awak ni.saya dengar adik awak sakit barah usus”kata Rayyan sambil matanya melirik kearah mata ku.

“what?! Apa?! Saya salah dengar ke? Awak cakap adik saya sakit barah usus? Jangan nak mengarut lah! Awak tak tahu apa-apa!”aku agak marah apabila Rayyan berkata nbegitu sedangakan adikku sihat walafiat.

“up to you my dear.but it is true” kata Rayyan sambil tersenyum menggoda.

“dah la saya nak balik.Awak dengar sini ya saya takkan percaya auta yang awak buat tadi.dan lepas ni tolong jangan ganggu keluarga saya termasuk saya .faham?!”aku seperti menggertak sambil menunding jari kearah muka Rayyan. Ha! Biar padan muka !.
Belum sempat aku melangkah pergi.Rayyan menarik tanganku.aku terkesima ,tanpa kawalan aku terpeluk badan sasa milik Rayyan.Alamak!malunye…aku tak berani nak pandang wajah Rayyan.

“hish! Awak ni kenapa pegang-pegang ! lepaskan saya!”aku menjerit.biar malu sikit Rayyan ni.dia ingat dia hensem dia boleh la nak kawal macho.tolongla…

Rayyan menutup mulut ku.badan ku ditolak kasar di pintu kereta.Darah telah naik ke muka ku.takut!.wajah Rayyan yang tadinya menawan kini berubah bengis.
Pinggangku dipeluk kuat.berdebar-debar. Wajah Rayyan kini lebih kurang setengah inci dari wajahku.Dia nak cium aku ke?ah!jangan harap! Terus aku memalingkan wajah ku.chuppp! Rayyan mencium atau tercium pipi gebu ku.Aku terus menolak tubuhnya jauh-jauh.Bimbang kalau ada mata yang memerhati.kalau la ada orang nampak!mampus! satu kampong ni kecoh! Yang malunya aku n famili!.

“awak ni kan tolonglah beradab sikit ni kampong bukannya kat KL.saya tahu la awak dah biasa buat kerja-kerja bohjan macam ni!.tapi saya tak perlu kan khidmatnya.kita ni bukan muhrim tidak boleh bersentuhan apatah lagi berpelukan”aku agak marah apabila Rayyan berbuat begitu.takkan dia tak tahu hokum syarat agama.
Rayyan tersenyum sambil menguis-guis rambutnya.wah!bergaya sungguh.

“Miss Sarah saya ni bukan la bodoh sangat sampaikan tak tahu semua tu.Cuma saya tidak dapat kawal diri.Saya betul-betul tak sengaja cium pipi awak tadi.Tawak tu mengelak ketepi memangla terkena”ujar Rayyan tenang sambil berjalan mendekatiku.
Iya ke apa yang mamat ni cakap?entah la.alasan je kut.ni yang jalan dekat dengan aku ni kenapa pulak.hish tak boleh jadi ni! Tuhan tolong la aku dinodai lagi!.

“saya cuma nak buang rumpu kering dekat kening awak ni”kata rayyan sambil tangannya mengambil sesuatu di keningku.Alamak! malunya!.

“ok lah miss Sarah saya balik dulu.apa-apa hal rindu ke?nak kahwin denga saya ke? Just call me ok? Here’s my card.nice to meet you Sarah.send my regrets to your mom”kata Rayyan sambil meletakkan kad berwarna hitam diatas jalan.

“sorry,kita bukan muhrim.i can’t take your hands”ujarrayan sambil memakai cermin mata hitam yang berjenama ray ban itu.Lalu kereta mewah itu meluncur laju meninggalkan kampong yang indah ini.Dia memang handsome!. Rafi? Betulkah dia sakit? Kalau betul bagaimana?adakah aku terpaksa berkahwin dengan elaki yang bernama Rayyan itu?

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: