Novel : Kahwin Wasiat 7

Nama Pena : serra

bab 7

Laungan azan Subuh menyedarkan Sarah dari tidurnya.Matanya masih berat untuk di buka.Kalau tidak dia tidak mengingati pesan ibunya sudah lama
dia menyambung tidurnya.Tidur adalah kegemarannya sejak dulu lagi.Untuk bangun sembahyang apatah lagi liatnya.Dia meraba-raba di sisinya.

“mana pulak la telepon ni? semalam kan aku letak kat sini”detik hatinya.Matanya masih dipejam terasa berat sungguh untuk di buka.Keletihannya menolong saudara-mara Rayyan mengemas
bukanlah kegamarannya.Tetapi bagi menghormati saudara maranya.Dia cuba mencari lagi,seorang pemuda kacak yang sedang lena tidur
merengek halus kerana tidurnya di ganggu.Rayyan mecelikkan matanya untu melihat benda apa yang merayap-rayap di sekitar tubuh dan wajahnya.
Rayyan agak terejut melihat Sarah yang berada di sisinya.Dia merenung kehairanan.dia mula mengimbas kembali peristiwa semalam.

yA!baru dia teringa semalam dia tertidur dia atas katil.Kalau Sarah tahu mesti bising mulutnya.Perlahan-lahan Rayyan bangun dari
tempat tidurnya.Dia tidak mahu Sarah tahu yang dia tidur dengannya semalam.”macam mana la aku boleh teridur kat sini,baik aku lari cepat kang perasan minah ni,mesti tak henti-henti dia membebel”
detik hatinya.Sarah masih lagi liat untuk membuka matanya,dia masih lagi meraba-raba di sebelahnya,seolah-olah seperti orang
buta yang sedang mencari tongkatnya.Dia terpegang sesuatu yang hangat tetapi keras.Sarah berasa musykil,terus dia menarik kuat benda itu.Rayyan tidak dapat
menstabilkan dirinya tarikan yang begitu kuat itu menyebabkan dia terjatuh ke atas Sarah.

“aduh! sakitnya!”kata Sarah sambil membuka matanya.Maklumlah baru pukul enam cahaya fajar masih belum lagi memancar.Rayyan mendiamkan diri
dia ingin bangun.Perlahan-lahan dia cuba bangun,tetapi Sarah sempat menyambar tubuh Rayyan sekali lagi tubuhnya rebah jatuh ke atas badan empuk itu.

Wajahnya kini seinci dari Sarah.Dia betul-betul berdoa agar Sarah tidak menyedari bahawa dia kini berada diatas tubuh Sarah.Dia sendiri hairan
mengapa Sarah tidak nampak dirinya.Sedangkan dia dapat melihat dari samar-samar cahaya luar.Atau Sarah sengaja melakukan begitu.
Sarah mula meraba-raba wajah Rayyan dari dahi hinggalah ke dagu.Dia kelihatan sungguh terkejut selepas meraba-raba wajah Rayyan.Dia
membuka luas matanya.Dia cuba mencapai suis lampu di sisinya.Sebaik sahaja lampu di buka dia menjerit nyaring kerana terkejut.Dia menolak
kasar tubuh Rayyan hampir terjatuh dari katil dibuatnya.

“shit! what have you done?!”laung Sarah sambil tergesa-gesa menutup sebahagian tubuhnya dengan selimut.Wajahnya pucat lesi.Dia
sungguh takut jika Rayyan mengambil kesempatan padanya.
Rayyan mengeluh perlahan.Dia agak menyampah dengan Sarah kerana munuduhnya bukan-bukan sedangkan Sarah menariknya.
Rayyan cuba mendekati Sarah.”jangan dekat! awak nak saya jerit ke?!”kata Sarah sambil melihat tubuhnya sendiri takut
jika pakaian yang menutupi aset pentingnya terdedah atau sudah tiada!.Rayyan tergelak kecil.Sarah memandang kembali pada Rayyan.Dia merenung tajam ke arah Rayyan.

Baginya tidak ada apa yang perlu segan untuk menuduh Rayyan.Kerana dia begitu pasti Rayyan memang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.
Dasar buaya tembaga!.Semalam semasa Rayyan pergi ke rumah Roy,Sarah terjumpa sekeping gambar Rayyan bersama seorang gadis seksi yang sedang
mencium pipi Rayyan.Menyirap darahnya apabila melihat gambar itu.”dasar buaya keladi!”itulah perkatakan yang disebut olehnya selepas melihat gambar itu.

“woi! Sarah pergi mandi la lepas tu sembahyang subuh! yang u termenung lagi tu kenapa?”kata Rayyan sambil mengeringkan rambutnya yang basah.Ternyata
Rayyan baru sahaja lepas mandi.Sudah berapa lama agaknya Sarah mengalamun.Dia memandang pula ke arah jam.”
“shit! dah nak habis waktu!.kenapa tak cakap?”soal Sarah agak marah.Peristiwa tadi telah hilang entah kemana.

“saja! nanti u mandi lama sangat”kata Rayyan sambil mencari bajunya di dalam almari.Sarh mengangkat keningnya dia agak pelik degan
perkataan “u” itu.Dulu panggil saya awak.Sekarang dah ber”i” dengan ber”u”.ah! lantaklah !”kata nya dalam hati.Semasa Sarah melintasi Rayyan
kakinya terdadur dengan kaki Rayyan.GEDEBUK! jatuh macam nangka busuk da…
Rayyan tersengih gembira”baru padan muka kau! sekarang baru kau kenal siapa aku.Sesuka hati kau je nak marah-marah aku!.”detik hatinya
Rasa sakit mula menjalar di bahagian kakinya,namun sakit itu tidak sepedih dan seperti hatinya.
Dia bangun menegakkan diri.Sarah merenung tajam ke dalam anak mata Rayyan.

“kenapa u buat macam tu?”soal Sarah serius.Rayyan tersengih hingga menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
Sarah terpegun”tak guna mamat ni kenapa lah murah sangat dengan senyuman!?”detik hatinya.
“saja! i suka buli u.its make me feel better!”ujar Rayyan dengan selamba.Dia mula menyarungkan bajunya.Dengan geram Sarah menarik baju
yang belum habis di masukkan keatas badannya.Rayyan terkejut dengan tindakan Sarah.Dia cuba merampas baju itu daripada Sarah.Sarah pantas
melindungi baju itu.

“nak?”soal Sarah sambil tersenyum sinis.Rayyan memandang balik.

“ambik la”Sarah menghulurkan baju tersebut pada Rayyan.Belum sempat dia mengambil Sarah menarik semula tangannya.Dia tergelak nyaring.
Geli hatinya melihat kebodohan Rayyan itu.
“bluek! u ingat senang-senang i nak bagi? kalau u nak sangat,ambil la”kata Sarah sambil membaling baju tersebut kelUar tingkap dan jatuh ke bawah.
“tak guna punya perempuan!”Rayyan merengus kasar.
Sarah berlari ke bilik air.Takut jika tiba-tiba Rayyan mengamuk.
“hemph! padan muka,dia ingat dia boleh buli aku agaknya.biarlah!”Sarah mula mandi dan sambil itu dia bernyanyi kecil seperti meraikan
kejayaannya tadi.Rayyan terdengar suara Sarah yang sedang bernyanyi kecil seperti sedang mengejek-ngejek nya.
Rayyan memandang beg baju Sarah yang besar di tepi almarinya.Dia tersenyum nakal ternyata dia mendapat idea tentang sesuatu.

Sarah bernyanyi kecil selepas mandi.Mandi pagi-pagi begitu memang lah sejuk tetapi sungguh menyegarkan.Dia mencapai tuala dan mula meliputi badannya.
Dia mencari baju untuk dipakainya.”SHIT”perkataan yang tidak elok itu di sebut lagi.Sebenarnya Sarah terlupa untuk mengambil
baju dan seluar.
“kenapa lah aku ni lalai sangat?”kutuk dirinya sendiri.

“minta-minta la Rayyan tak ada kat luar”katanya sendiri.Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air.Namun tiada kehadiran Rayyan disitu.
“great! line clear!”katanya sendiri.Sarah berjalan ke arah almari di mana letaknya beg baju.
Tetapi hampa beg tersebut tidak kelihatan.”bukan ke tadi ada kat sini?”katanya sendiri.Sedang dia mencari beg tersebut,sepasang
anak mata yang redup sedang memerhatikan gerak-geri Sarah dari tadi.Dia tersengih-sengih,sebenarnya beg yang di cari oleh Sarah itu telah Rayyan
baling ke bawah.

“u cari apa Sarah?”tegur Rayyan sambil memeluk tubuhnya.Hampir gugur jantung Sarah dibuatnya.Terus dia memalingkan tubuhnya untuk melihat suara tersebut.Pucat wajah Sarah dibutnya.
Kalau ditoreh menggunakan pisau belum tentu darahnya akan keluar.”macam mana lah aku bleh terlupa nak kunci pintu tadi?”
Rayyan tersengih memandang segenab tubuh Sarah yang hanya bersarungkan tuala mandi.Pantas Sarah mengambil selimut di atas katil dan menutup sebahagian tubuhnya yang terdedah.
Sekali lagi Rayyan tersengih sinis.

“jangan risau.I tak rasa apa-apa okay”kata Rayyan lagi sambil mengambil bathrob di dalam almari kemudian membalingkannya pada Sarah.
Sarah menangkapnya dengan cekap.

“pakai bathrob tu kalau dah malu sangat”katanya lagi.Sambil berjalan keluar balkoni.Sarah berasa geram”aku tahu la aku ni tak hot.tapi jangan lah cakap macam tu,saja nak buat aku segan la tu.Tak guna kau Rayyan”katanya sendiri.
Selepas menyarungkan bathrob di tubuhnya.Dia mengatur langkah ke arah Rayyan yang sedang termenung jauh.Niatnya untuk bertanya pada Rayyan sama ada Rayyan ada ternampak begnya.
Rayyan kelihatan begitu segak walau dengan bertshirt lengan pendek dan seluar trek.Gayanya mahu pergi jogging pagi-pagi begitu.
“u ada nampak i punya beg baju tak? tadi i letak dekat i almari u .Tapi dah tak ada dah”kata Sarah sambil megelap rambutnya yang basah.Rayyan tersengih mendengar pertanyaan dari Sarah.

“Sarah? i nampak sesuatu la kat bawah tu.Cuba u tengok”kata Rayyan sambil menunjukkan jarinya ke bawah.Sarah pantas memalingkan pandangannya tempat yang di tunjuk oleh Rayyan.Buat kali pertamanya dia berasa
sungguh geram apabila melihat beg dan bajunya bertaburan dia atas tanah taman mini milik Banglo yang gah itu.Yang paling menjadi geram baju “anak-anaknya”paling jelas dapat dilihat.Malu!.Bagaimana kalau mama dan papa Rayyan nampak tak ke malu nanti?.

Mata Sarah membulat melihat keadaan tersebut.”ini memang angkara kau kan Rayyan? tak mengapa.Satu hari nanti kau terimalah balasannya”katanya sendiri.
Rayyan tersengih macam kerang busuk.Jijik Sarah melihatnya.Bukan sayang yang terjalin tetapi semakin menggelegak bencinya terhadap Rayyan.Untuk berbaik dengan lelaki seperti ini memang
susah nak di jangka.Rayyan mendekati Sarah.Dia membisik

“u know what? buli itu adalah kegemaran i tapi membuli u adalah satu kegembiraan yang besar buat i.So thanks for making me happy dear”.Meluat Sarah mendengarnya,dia menolak kasar tubuh Rayyan yang semakin mendekati.Laju langkahnya masuk ke dalam bilik semula.
Belum sempat Sarah melangkah keluar Rayyan mula bersuara

“u nak pergi mana? sembahyang dulu dah nak habis waktu dah ni” Lagilah Sarah benci mendengarnya”berlagak baik la ni? menyampah betul!.Tengok tu saja je buat muka poker face tu.Padahal dia yang buat.ARGH! aku benci kau Rayyan !”dia menjerit sekuat-kuatnya di dalam hati.Dia masih waras untuk tidak mengamuk di tempat orang,

nanti apa kata mama dan papa Rayyan dan seluruh keluarga Rayyan dia masih punya maruah untuk di pelihara.Biarlah maruahnya pada waktu ini tercemar,di cemar oleh suaminya sendiri.Seperti kata itu ibarat suaminya sendiri menjatuhkan maruahnya sendiri.Tapi siapa tahu? depan saja nampak baik tetapi belakang tuhan sajalah tahu.

Lantas Sarah mengambil telekung dan mula menyarungkannya.Sebelum dia bersembahyang sempat dia berkata”i nak berdoa agar orang yang telah melakukan perbuatan keji itu tadi akan terima lah akibatnya dari Allah S.W.T.”
Rayyan tergelak besar.berdekah-dekah sekali!

“Sayang tak baik berdoa macam tu pada suami sendiri.Sepatutnya u berdoa agar suami u tu sentiasa di rahmati oleh Allah SWT”kata Rayyan sambil berjalan keluar dari bilik itu dengan sisa ketawanya.
Sarah merengus kasar.Dia tidak mampu berkata apa-apa.Entah mengapa bila dia berhadapan dengan Rayyan dia mula menjadi lemah.Sedangkan dia boleh memaki hamun Rayyan.

Selepas menunaikan kewajipan Sarah mula melangkah turun ke bawah.Dia berlari-lari anak ke arah Taman mini.Selepas mengutip pakaian-pakaiannya.Dia terus berlari naik ke atas dan menyalin baju.

Beberapa minit kemudian dia turun ke bawah semula.Dia terdengar suara orang bergelak ketawa di ruang makan.Sarah ingin berjalan ke situ tetapi rasa malu itu mula menerpa.Melihatkan kemewahan rumah dan cara hidup mereka membuatkan Sarah menjadi rendah diri.Dia duduk di atas sofa di ruang tamu sambil melihat gambar arwah atuknya dan gambar arwah neneknya
serta seorang budak perempuan belasan tahun yang seusia dengannya.”itu emak! she”s so beutiful.Kenapa lah aku tidak menyerupai emak bahkan pula seperti ayahku” katanya sendiri.Orang kampung pun ramai yang mengatakan kecantikan ibunya.
Kemudian dia terpandang pula gambar seorang bayi yang di dukung oleh ibunya.Di bawah gambar tersebut tertulis”cucu sulung Tan Sri Jefree”.

“oh!Rayyan kah?”katanya sendiri.Walaupun dia begitu benci lebih-lebih lagi dengan peristiwa tadi tetapi gambar comel bayi itu menenangkan hatinya.Mungkin masa kecil tenang jika di lihat.Tetapi kalau dah besar benci melihatnya.
Sedang dia begitu kusyuk melihat gambar itu seseorang sedang berdehem .Terkejut beruk Sarah di buatnya.Dia memalingkan wajahnya berharap agar bukan wajah yang di bencinya muncul.Tepat sekali sangkaanya.

“hei! u pergi mana?puas i cari tau.Jom kita pergi makan.Ingat apa syarat i semalam?”kata Rayyan sambil menyambar lengan Sarah.Menyirap Sarah dibuatnya.
Dia menarik lengannya semula.Wajahnya selamba sahaja.

“dont touch me!.Jangan pula you lupa tentang syarat i dulu”kata Sarah sambil memeluk tubuh.Rayyan memandang tajam.Dia langsung tidak bersalah dengan perbuatannya yang mencampakkan beg baju Sarah ke bawah.
“kalau u nak i iku syarat u tu.Fine!,i patuhi tapi jangan lupa syarat i yang u kana berlakon depan family i yang kita ni macam pasangan pengantin yang lain.
Macam pengantin yang lain? nak termuntah Sarah dibuatnya.

“u ingat i senang je nak buat macam tu.U ingat i ni bodoh sangat agaknya nak ikut cakap u tu.Hei! Rayyan kalau u tak campak beg i kat bawah mungkin i kan pertimbangkan syarat u tu.Tapi ini dah melampau tahu tak? melampau!”kata Sarah dalam nada yang kuat.Lantaklah orang lain dengar yang penting orang lain tahu penderitaan yang di tanggungya.
Rayyan menjadi berang.Dia terus menarik kasar lengan Sarah dan ditariknya di satu sudut yang agak tersembunyi.
Rayyan melekapkan kedua-dua belah lengannya di dinding.Sarah cuba melepaskan diri.Nafasnya sesak turun naik.

“u better shut your mouth up.What did i told you before? have u never learn a lesson? So, i think u should take this punishment”kata Rayyan dengan nada berbisik tetapi menggerunkan jiwa Sarah.Sarah dapat merasakan leher dan tengkuknya di cumbui kasar.Dia meronta untuk melepaskan diri.

“Rayyan please stop.Okay! i”m sorry”rayuan Sarah tidak langsung memberhentikan perbuatannya malah semakin galak.Sarah cuba meronta lagi tetapi yidak berjaya,dia kemudian memejam matanya.Tubuh gebu Sarah yang dilihatnya tadi sunguh menggetarkan jiwa lelakinya tetapi kerana ego dia menahannya juga kini tidak lagi.

“ehem…ehem”satu suara deheman kedengaran.Lantas itu Rayyan memberhentikan perbuatannya.Bula mata Sarah memandang adik Rayyan yang bernama Melissa itu.”Aduh!kenapa la minah ni tiba-tiba datang mesti dia dah nampak!.Shit! malunya.Ini semua pasal Rayyan la ni”.
Rayyan pula terkesima,dia tidak tahu apa yang patut di ucapkan.Melissa pula terseyum nakal.Wajahnya yang keanak-anakan membuatkan dirinya sangat comel.Wajahnya juga ada iras-iras dengan Rayyan.

“abang, kak Sarah.Mama and Papa suruh breakfast sekarang”kata Melissa dalam sengihhannya dan berlalu pergi.
Rayyan dan Sarah melepaskan keluhan masing-masing.

“ini semua u punya pasal la.Dah si Mellisa tu nampak.Buat malu je”kata Sarah sambil memeluk tubuhnya.Sebenarnya Sarah terasa betul-betul malu kerana diperlakukan begitu lebih-lebih lagi Melissa sudah nampak.Rayyan hanya mendiamkan diri kemudian akhirnya dia bersuara

“jom pergi makan.Jangan lupa panggil i abang.Kalau u tak ikut syarat i tu.Tahu la nasib u nanti”kata Rayyan dengan nada gertak.Sarah mengangguk lesu dia tahu seribu kali melawan dengan lelaki itu belum tentu dia kan menang.Peristiwa tadi begitu menggetarkan jiwanya.Jantung masing-masing berdegup kencang.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: