Novel : Rahsia Hati 1

Nama Pena : azimahlily

Bab 1

Tengku Dania Dahlia merenung gambar keluarganya yang telah diambil 17 tahun yang lalu. Kenangan manis bersama ibu bapanya masih terpahat di ingatannya walaupun sudah 17 tahun mereka meninggal dunia akibat jalanraya. Air matanya mengalir tanpa dia sedari.
“Papa, Mama! Lia janji selagi Lia bernafas, Lia akan jaga dan lindungi Daniel.” Sayu hatinya bila melihat gambar ayah dan ibunya. Jika papa dan mama masih hidup, pasti kehidupan kami tidak seperti sekarang ni.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Pantas Lia mengesat air matanya dan meletakkan gambar keluarganya kembali di dalam laci meja.
“Masuk”
Seorang lelaki berpakaian kot masuk dan menghampiri Dania. “Cik Muda!” Lelaki itu memberi penghormatan pada Dania.
“Ali! Atuk saya sudah berlepas ke Australia ke?” tanya Dania.
“Ya. Penerbangan Tan Sri pukul 8.00 malam tadi.” Jawab Ali.
“Hmm….Adik saya?”
“Tuan Muda masih lagi berada di Pulau Pinang. Dia sedang menyelesaikan kes tanah di Batu Ferringi.”
“Kenapa? Ada masalah ke dengan pembelian tanah di sana ke? Sudah seminggu. Hmm….saya nak awak siasat apa yang sedang berlaku. Saya pasti ini mesti helah Uncle Johari lagi.” Dania menutup fail yang berada dihadapannya. Dia bangun. Beg tangannya yang berada di atas meja dicapainya.
“Baik, Cik Muda.”
“Oh ya! Apa yang Uncle Johari sedang buat sekarang?” Dania melihat jam tangannya yang menunjukkan sudah tepat pukul 11 malam.
“Night Club Desire.”
“Orang tua tu tak pernah sedar diri. Masih nak berfoya-foya.” Dania menggelengkan kepalanya bila memikirkan sepupu arwah papanya.
“Kereta sudah menunggu Cik Muda di bawah. Mak Munah pesan Cik Muda mesti balik makan malam di rumah.” Ali menyampaikan pesanan Mak Munah.
“Baiklah.” Dania berlalu keluar dari pejabatnya sambil diekori oleh Ali yang merupakan pengawal peribadinya. Dalam usia 27 tahun, Dania sudah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Global Bersatu. Syarikat gergasi yang sudah bertapak di dunia perniagaan selama 50 tahun menerusi pelbagai sektor perniagaan samaada perkapalan, perkilangan, perladangan, perhotelan dan banyak lagi. Di bawah pentadbiran Tan Sri Daud Halim, syarikat tersebut sudah berkembang di luar negara malah Tan Sri Daud juga merupakan jutawan yang terkaya di Malaysia.

*********************************

“Ya Allah, Lia! Terkejut Mak Munah dibuatnya.” Mak Munah menekan suis lampu dapur. Ingatkan pencuri tadi, nasib baik dia tak menjerit tadi. Sekali imbas Mak Munah memandang jam dinding yang tergantung di dapur. Baru pukul 5 pagi. Awalnya anak majikannya bangun.
“Mak Munah ni….., tiba-tiba saja Lia rasa dahaga.. Teringin nak minum nescafe pulak. Awalnya Mak Munah bangun?” soal Dania. Dia pun terkejut sama.
“Eh !Sepatutnya Mak Munah yang tanya kamu soalan ni. Awalnya Lia bangun. Semalam kan dah lewat Lia balik. Sepanjang minggu ni Mak Munah lihat Lia asyik sibuk saja. Balik lewat lepas tu pergi kerja awal pulak. Tak letih ke? Berehat la. Nanti sakit kan susah.” Susah hati Mak Munah melihat keadaan Dania. Bimbang pun ada. Sepanjang dia bekerja di sini, Dania memang seorang yang kuat dan tabah. Sebab itulah Tan Sri Daud amat menyayangi dan mempercayai Dania menguruskan empayar perniagaanya.
“Jangan risau la. Antibodi Lia kuat. Takkan sakit. Sejak kecilkan Lia jarang sakit, betul tak ?”
“Ya tapi dulu dan sekarang lain, Lia. Kamu kerja siang malam tanpa berhenti langsung. Kamu ni robot ke?” Mak Munah mengeluarkan bahan-bahan yang diperlukan dari peti ais untuk dijadikan sarapan pagi.
Dania ketawa. “Mak Munah ni! Macam-macam la. Oklah, Lia naik atas dulu. Ada beberapa fail yang belum periksa lagi.” Dania memegang mug yang berisi air nescafe tersebut. “Mak Munah pun, jangan la bangun awal sangat. Baru pukul 5 pagi, lagipun atuk tak ada. Tak ada siapa nak bersarapan awal-awal pagi macam atuk”
“Ala, Mak Munah dah biasa la. Pergilah naik atas. Siapkan kerja lepas tu tidur.” Nasihat Mak Munah. Tabiat Tan Sri Daud memang berlainan dengan orang lain. Pukul 6.30 pagi, sarapan pagi mestilah sudah siap terhidang di atas meja. Kalau tidak siaplah, kena marah. Perangai Dania amat berlainan dengan Tan Sri Daud manakala adiknya Daniel lebih menyerupai perangai Tan Sri Daud. Bila berjumpa saja, pasti mereka berdua akan bergaduh. Hanya Dania menjadi pengaman antara mereka berdua.
“Ok.” Dania tersenyum.

******************************************

“So?” tanya Dania bila melihat Ali masuk ke biliknya. Matanya masih melihat skrin komputernya.
“Tekaan Cik Muda tepat. Tuan Muda mengalami masalah untuk membeli tanah di Batu Ferringgi. Ada beberapa pemilik tanah tiba-tiba saja menukar fikiran untuk tidak menjual tanah tersebut.”
“Hmmm…..pelik. Bukan ke dahulu mereka sudah bersetuju dengan syarat yang telah kita tetapkan.”
“Ya. Pada saat akhir, mereka tiba-tiba saja mengubah fikiran.”
“Atas sebab?”
“Bayaran yang kita beri tidak setimpal dengan keuntungan yang akan kita perolehi nanti.”
“Wow! Bijak juga pemikiran orang Batu Feringgi ni. Pasti ada orang hasut kan?” teka Dania.
Ali menganggukkan kepalanya. Telahan Cik Muda memang benar.
“Uncle Johari kan?” Dania mengeluh. Dia terus bangun.
“Dua hari sebelum penjanjian jual beli diadakan, penduduk kampung didatangi oleh 2 orang lelaki. Katanya mereka juru ukur tanah dari KL. Kata mereka lagi harga yang ditawarkan oleh syarikat kita tidak setimpal dengan keuntungan yang kita akan dapat nanti selepas pembinaan hotel lima bintang nanti.”
“So apa yang mereka nak agar kita boleh beli tanah tersebut?”
“Harga 4 kali ganda dari harga asal.” jawab Ali.
Dania ketawa. Lucu benar bila menerimanya. Ali terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh majikannya.
“Hmmm…..apa yang adik saya akan lakukan?” tanya Dania.
“Masih dalam proses pembincangan.”
“Mesyuarat ahli lembaga pengarah akan diadakan minggu depan. Kalau Daniel masih tidak menyelesaikan masalah ni, pasti Uncle Johari akan bawakan hal ini kepada ahli lembaga pengarah. Memang bijak otak Uncle Johari ni.” Dania sudah tahu helah yang akan digunakan oleh pak ciknya itu.
“Apa yang saya perlu lakukan? “
“Biarkan saja. Jika Daniel masih belum cari jalan penyelesainnya, saya akan bantu.” Dania tersenyum.
Ali hanya menganggukan kepalanya. Dia akur dengan arahan Dania.

**************************************
“Apa!” Daniel terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Yahya sebentar tadi. Telefon bimbitnya yang berjenama Samsung itu dipegang erat. “Macam mana hal ini boleh terjadi? Bukan ke kita sudah capai kata putus. Kenapa tiba-tiba saja Dato’ Shahrul memberi tander tu ke syarikat lain?”
“Saya tak tahu, Tuan Muda. Sehingga sekarang saya masih gagal menghubunginya.” kata Yahya.
“Saya nak awak hubungi dia sampai dapat. Saya akan selesaikan hal di sini dulu.” Nada suara Daniel sudah berubah. Kenapa semua ni akan terjadi pada masa sekarang. Sudah la masalah di sini belum selesai kini sudah tambah satu masalah lagi. Daniel terus menamatkan perbualan mereka.
“Irfan” Daniel memanggil pengawal peribadinya. Pintu biliknya di buka. Irfan masuk.
“Apa yang awak dapat?” tanya Daniel.
“Tekaan Tuan Muda memang tepat. Selepas menyoal siasat dua lelaki tersebut, mereka mengaku yang mereka diupah oleh Tuan Johari.”
Daniel membaling telefon bimbitnya ke dinding. Pecah berkecai telefon bimbit itu dibuatnya. Irfan hanya memerhati tingkahlaku majikannya.
“Kakak aku dah tahu ke pasal hal ni?” tanya Daniel. Mukanya merah padam menahan kemarahannya.
“Pastinya sudah tahu.” jawab Irfan.
Daniel terus duduk di sofa. Dia memejamkan matanya. Kalau atuk tahu pasal ni, pasti teruk dia kena marah .Pasti atuk akan memperkecil-kecilkan dirinya. Fikirannya sedang ligat memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah di sini. Dia perlu selesaikan hal ini dengan segera. Oh ya! Tiba-tiba Daniel membuka matanya.
“Irfan, beritahu Halim. Kita pergi berjumpa dengan penduduk kampung tu sekarang.” arah Daniel terus bangun.
“Baik, Cik Muda.” Irfan terus berlalu pergi.

**************************************

Daniel terus meluru masuk ke bilik teater tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
“Kak!” panggil Daniel melihat Dania yang sedang begitu asyik menonton filem transformers sehingga tidak sedar akan kehadiran adiknya.
Masih tiada reaksi dari Dania. Daniel geram. Pantas Daniel bergerak ke skrin tv. Dania terkebil-kebil melihat Daniel berdiri di hadapan skrin tv dan menghalang pandangan Dania untuk menonton filem.
“Kak tak dengar ke Daniel panggil kak tadi?”
Dania hanya tersenyum. Dia mengambil remote control yang berada disebelahnya. Butang stop ditekan. “Bila Daniel balik?”
“Kak! Pasal tender Syarikat Merah Bersekutu. Kan sudah berapa kali Daniel pesan, urusan Daniel kak jangan masuk campur.” marah Daniel. Dia terkejut apabila diberitahu tender Syarikat Merah Bersekutu diberikan kepadanya. Hairan tiba-tiba Dato’ Shahrul ubah fikirannya lagi. Apabila disiasat, resort milik Dato’ Shahrul di Pulau Tioman telah dibeli oleh kakaknya begitu juga 30% saham di Syarikat Merah Bersekutu dibeli kakaknya. Kakaknya benar-benar menakutkan. Tiada siapa dapat membaca rentak pemikiraan kakaknya.
“Kak tak masuk campur pun.” jawab Dania selamba. Beg plastik yang berisi buah mata kucing dimakan satu persatu.
“Kak jangan nak berpura-pura lagi la. Daniel dah tahu. Kak sengaja beli resort Dato’ Shahrul dan saham syarikatnya hanya semata-mata kerana nak membalas dendam.”
“Bukan balas dendam tetapi sebagai pelaburan. Itu terpulanglah pada orang lain nak tafsirkannya. Kak tak kisah. Daniel nak tak? Manis buah ni.” Dania mempelawa adiknya makan.
“Kak, Daniel jumpa kak bukan nak makan. Dan bukan ke minggu lepas kak dah beli buah mata kucing ni? Tak jemu ke?” Daniel mengerutkan dahinya. Kakaknya begitu asyik makan buah mata kucing seolah-olah sudah lama tidak makan. Mengidam ke kakak aku ni?
“Murah dan manis. Kak beli 5 kilo. Kalau Daniel nak kat dapur ada lagi.“ Beritahu Dania.
“Kak!“ jerit Daniel. Geram dengan perangai kakaknya yang endah dan tak endah.
“Ya. Nak apa? Hish…menjerit macam budak-budak.” bebel Dania.
“Kak dengar tak apa yang Daniel cakapkan ni?”
“Dengar. Kak tak pekak lagi. Lagipun mengenai pembelian resort di Pulau Tioman dan saham 30% tu tak ada kaitan langsung dengan tender yang Daniel cuba dapatkan tu. Semua ni kak beli sebab kak rasa resort tu akan memberi keuntungan. Itu saja. Pasal saham tu pulak, tiba-tiba saja kak rasa nak ahli lembaga pengarah syarikat tu. Ia ada potensi.” Jelas Dania.
Daniel mengerutkan dahinya.
“Nak buah?” Dania mempelawa Daniel lagi.
Daniel mengeluh dan terus berlalu keluar. Dania tersenyum dan kembali menyambung filem yang sedang ditontoninya.

**************************

Gelas minuman yang dipegangnya dibaling ke dinding.”Jahanam!“ Berita yang diterimanya benar-benar di luar dugaannya. Ingatakan rancangannya akan berjaya namun gagal lagi.
“Macam mana perkara ni boleh terjadi?” jerit Johari yang tidak puas hati. Rancangannnya untuk menjatuhkan Daniel, gagal lagi.
“Dania masuk campur.” jawab Mansur, teman baik Johari.
“Dania! Tak habis-habis dengan Dania. Dia tu memang tak boleh bagi aku peluang langsung. Perempuan tu depan aku sentiasa senyum dan hormat aku tapi belakang aku, dia memang menakutkan.“ Kata Johari bila memikirkan tentang Dania. Wanita yang bertudung litup dan bersopan-santun.
“Kan dari dulu aku cakap, kalau kau nak jatuhkan Daniel. Kau mesti hapuskan Dania dulu. Dia tu mastermind.”
“Kau ingat senang nak hapuskan Si Dania tu. Dia ramai pengikut setia. Kat Global Bersatu tu siapa yang berani nak menentang Dania. Tak ada siapa! Semua hormatkan dia.”
“Kau tahu kelemahan Dania kan?”
“Tahu. Daniel! Kau ingat senang ke aku nak sentuh si Daniel tu. Dania terlalu melindungi adiknya. Tak ada ruang langsung.“ Johari merenung sahabatnya. Hanya Daniel merupakan kelemahan Dania.
“Sebab tu aku suruh kau berbaik-baik dengan Dania dan Daniel.“
“Kau ingat mereka berdua tu bodoh. Sejak dulu lagi, mereka dah tahu niat jahat aku ni. Kau ingat mereka bulat-bulat akan percaya aku akan berubah. Sepatutnya semua harta Tan Sri Daud jatuh ke tangan aku termasuklah jawatan Pengarah Urusan yang sedang dipegang oleh Dania sekarang ni.” marah Johari. Dia ingatkan selepas Alif lari tinggalkan rumah dan berkahwin dengan Mardiyah, semua harta bapa saudaranya jatuh ke tangannya tetapi sangkaannya meleset. Tan Sri Daud sudah ada rancangannya sendiri. Selepas kematian Alif dan Mardiyah dalam kemalangan jalan raya, Tan Sri Daud terus membawa balik cucunya. Kan senang kalau Dania dan Daniel turut sama mati dalam kemalangan jalan raya tu, taklah dia susah macam ni sekarang.
“So apa rancangan kau sekarang ni?“
“Nanti aku fikirkan, sekarang ni aku tak ada mood nak memikirkannya.” Johari terus menghempaskan dirinya di sofa empuk di ruang tamu. Mansur hanya memerhati.
“Walauapapun aku akan hapuskan kau dulu, Dania. Kau penghalang aku yang utama.” kata Johari dengan nada suara yang rendah.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: