Cerpen : Lakaran Cinta Abadi

Nama Pena : ekin sam

Hidup ni kadang-kadang membosankan, tanpa pasangan, kita inginkan pasangan, tapi bila dah hadir teman dalam kehidupan kita, adakah kita pasti dapat membahagiakan dia?? Pasangan bercinta mungkinkah akan bertahan mahligai cinta mereka tanpa kejujuran, keikhlasan, keimanan, kasih sayang, kepercayaan dan kesetiaan? Adakalanya, bila dah bergaduh mulalah kita nak berfikir lain, curang dan sebagainya tetapi dalam hati masih ada sayang. Tidakkah semua ini dikatakan hipokrit terhadap diri sendiri? Tapi sebagai manusia, apa yang patut kita lakukan sekarang? Bagi diriku, maaf harus diutamakan, namun jika kesalahan berulang dan hati masih disakiti? Mampukah aku bertahan? Perasaanku berolak-alik seperti perahu dilambung ombak. Cinta, kasih, rindu, sayang, dan suka sebenarnya apa ertinya? Tapi aku menyedari, diriku, jasad dan roh mahupun hati hanya milik Tuhan Yang Esa. Sayangku, cintaku, sukaku, kasihku dan rinduku hanya kepada-Nya, tempatku meratap merayu dan memohon pertolongan. “Ya Allah, berikanlah diriku ketabahan dan kesabaran serta kekukuhan iman yang sekukuh benteng yang telah Kau bina dalam hati kekasih-Mu Muhammad”. Terdetik kata-kata itu dalam sanubariku ketika menadah tangan memohon hidayah-Nya. Tanpa disedari, titisan air jernih mula membasahi pipiku. Namun, sekelilingku tetap gelap-gelita sejak setahun yang lalu.

Masih tersemat rapi di hatiku kata-kata doktor peribadiku dulu. “Maaf, Cik Ilya. Saya tidak mampu memulihkan mata cik….” Sebelum ayat itu sempat dihabiskan, aku meraung sekuat hati dan memeluk ibuku. Aku bagaikan sudah terkena histeria, badanku tiba-tiba tidak mampu bergerak, terjelepok ke lantai hospital, lemah aku dipeluk ibu.
“Ya Allah”.. Hanya kalimah itu yang dapatku lafazkan dari bibirku yang pucat.

Ahhh, sudah, kenangan tetap kenangan, sejarah tetap sejarah tapi semua itu telah mengubah hidupku menjadi begini. Pesan arwah bapaku, “Allah sentiasa adil dan Dia hanya menguji kita kepada perkara yang kita mampu atasi.” Kini, aku mengerti akan pesanan itu. Tiba-tiba, telingaku berasa hangat dan merasakan ada seseorang telah memelukku dari arah belakang, tubuhnya begitu hampir dengan tubuhku, namun aku membiarkan begitu sahaja kerana aku tahu orang itu ialah suamiku, Asyraf. Senyuman mula terukir mekar di bibirku. Putra Nazirul Asyraf Putra Syamsul Bakri. Nama yang telah lama bersemadi dalam hati gadis yang telah disuntingnya dan menjadi miliknya kini, Nur Batrisyia Ilyana Mohd Saiful Rasydan.

“Apa yang sayang menungkan tu? Rindu abang eh?”katanya itu singgah perlahan ke gegendang telingaku.
“Sayang, abang tanya ni. Rindu abang ke? Jauh mengelamun?” makin rapat bibirnya di telingaku. Hatiku tiba-tiba berdegup kencang.
“Tak ada apa-apa la abang. Sayang cuma……. Em, abang dah makan ke?” tanyaku sambil menoleh muka ke arah lain lalu mengesat air mata.
“Sayang abang ni nangis ke?” tanya suamiku dengan nada yang risau walaupun aku tidak dapat melihat riak wajahnya tapi itu sudah cukup bagiku mentafsirkan perasaannya terhadap diriku.
“Eh, mana ada la. Abang, sayang belum makan lagi, lapar la. Boleh kita makan sama-sama?”

“Amboi, tak makan lagi? itulah keje mengelamun je, nanti perut masuk angin, siapa yang susah? Hmm.. jom lah”
Suamiku sempat lagi mencubit pipiku yang gebu sehingga merah dibuatnya. Mungkin dia berasa geram kerana aku tidak mengendahkan pesannya. Tapi aku bukannya sengaja. Desis hati kecilku.

Aku sungguh gembira kerana telah dipertemukan oleh Putra Nazirul Asyraf yang merupakan seorang kawan lelaki semasa aku menuntut di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Ramai wanita menggilai dan ingin menjadi pasangannya. Ada juga sanggup menghadiahkannya sebuah kereta sport jenama Ferrari, namun dia menolak pelawaan itu dengan baik kerana bagi dirinya, dia tidak mengharapkan semua itu. Dia tidak kisah tentang harta benda kerana ibu bapanya merupakan ahli korporat Malaysia yang terkenal dalam bidang mengeksport barangan komputer. Jika dibandingkan dengan aku yang hanya anak petani, namun dengan berkat doa ibu bapaku, aku berjaya menjejakkan kaki ke sini.

Sikap Asyraf yang “low profile” dan mudah bergaul membuatkan aku terpikat dengannya. Bukan sahaja disebabkan wajahnya yang tampan tapi dia cukup hebat dalam ilmu agama. Siapa pun wanita yang melihatnya tidak akan sesekali menoleh ke arah lain termasuk aku. Walaupun, dia sedar akan kekurangan diriku, dia tetap menerimaku sebagai kawan rapatnya dari semester pertama lagi. Segala masalah yang dihadapi, kami kongsi bersama. Kadangkala, ada wanita yang pernah menyerang dan memberi surat layang untuk mengugutku. Namun, Asyraf meminta aku supaya tidak mengendahkan semua itu.

“Ilya, U jangan hiraukan sangat hal tadi. U ingat tak I selalu kata apa kat u?”
Asyraf menyedari bahawa aku terlalu risau akan hal itu.
“Ok la, Asyraf. I ingat. If U need me, I”ll always be there for U”.
Asyraf tergelak dengan gelagatku yang cuba menyusun kembali kata-kata yang selalu dia tuturkan kepadaku.

Tetapi persahabatan kami semakin renggang sejak kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku. Syah Danish Hakim Syah Mohd Noor, seorang anak ahli perniagaan yang terkenal tidak kurang hebatnya dengan keluarga Asyraf, tampan bergaya dan berbadan sasa seakan-akan model antarabangsa. Bibit-bibit cinta kami mula berputik di Restoran Amjal. Ketika itu, aku ingin mengambil pesanan, tiba-tiba kuah laksa kepunyaan kawan Danish, Fakrul tertumpah ke atas baju aku. Aku terbangun dan terlanggar Danish lalu cepat-cepat berlari ke arah tandas untuk membersihkan kesan tersebut. Nyaris- nyaris melecur tubuhku kerana laksa itu baru sahaja dimasak.

“Sorry, U. Kawan I tak sengaja tadi.” Aku terperanjat kerana Danish sudah tercegat di tepiku.
“Eh, I tahu. Tak pe”. Itu sahaja yang aku ucapkan kepada lelaki yang tidakku kenali itu dan berlalu namun aku sempat melemparkan senyuman kepadanya.
“Ilya, handsomenya. Siapa tu? Kau kenal tak?” tanya kawanku, Sara.
“Ya lah, Ilya. Student baru ke? Boleh tahan\”. sampuk Tini.
Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak kenal akan lelaki yang dimaksudkan itu. Sepanjang perjalanan mereka hanya memuji lelaki yang tampan bergaya walaupun hanya memakai t-shirt biru muda dan dipadankan dengan jeans biru. Menyerlahkan lagi ketampanannya itu.

“Aduh, lupa pula nak hantar buku ni. Mesti kena denda nanti.” Mengeluh aku sendirian di dalam bilik, sementara kawan-kawanku sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Letih la katakan.
Aku berjalan bersendirian ke perpustakaan. Selalunya, Asyraf akan menemaniku tetapi dia terlibat dengan GERKO hari ini. Aku pula, diberi rehat kerana tidak sihat untuk beberapa hari ini sahaja.

Ketika aku berjalan sambil terleka membelek buku di tangan, dengan tidak sengaja aku terlanggar seorang lelaki sehingga kertas di tangannya itu bertaburan melayang. Tanpa melihat wajahnya, aku terus meminta maaf dan mengutip kembali kertas-kertas yang berselerak itu.

“Maaf, saya tak sengaja. Maaf ye,encik…..”.
“Danish. Syah Danish Hakim Syah Mohd Noor. U?”tanya lelaki itu setelah menyedari aku masih tercengang-cengang melihatnya.
“I? Nama I…” belum pun sempat aku memberitahu namaku kepada dia, dia terus memotong ayatku.
“Nur Batrisyia Ilyana Mohd Saifullah?” Aku terperanjat dengan jawapannya itu.
“Bagaimana dia tahu nama aku?” Desis hati kecilku.

Badan aku sungguh letih, tetapi ketika aku ingin memenjamkan mataku, aku teringat kembali tentang kejadian petang tadi. Aku masih berfikir bagaimana Danish mendapat tahu namaku? Ahh, tak perlu aku memikirkan semua itu. Nanti pasti akan terjawab jua persoalan ini.

Silauan cahaya dari jendela bilik menerpa ke wajahku, terasa bahang panasnya membakar kulitku yang putih. Aku mencelikkan mata bundarku perlahan-lahan, ibu kata mataku ini diwarisi dari nenekku. Cantik!! Kawan-kawanku juga pernah memuji mata ini. Aku tersenyum sendirian.

“Cik Ilya, tak nak bangun lagi ke? Nak tunggu Encik Danish bangunkan ke?” aku terus tersentak dan bangun dari katil apabila nama itu ku dengar, tidak semena-mena jantungku berdegup kencang bagaikan hendak luruh.
“Ni ha, ada bunga dan coklat untuk kau. Amboi, bukan main lagi, eh?” Sara menghulurkan bunga ros merah dan coklat ke arahku dan mengenyitkan matanya kepadaku.
Terbeliak mata aku ketika melihat nama yang terpapar di atas kad ucapan yang berbentuk hati itu.

Bermula dari saat itu, perhubungan yang dahulunya kawan telah bertukar menjadi pasangan bahagia di IPBA. Ramai pasangan bercinta mencemburui perhubungan yang kami bina ini tapi jodoh tak siapa yang dapat mentafsirkannya. Tapi bagaimana dengan Asyraf? Ahh, dia hanya kawanku sahaja, tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Danish pernah menyoalku tentang Asyraf, namun itulah jawapan yang aku berikan kepadanya kerana aku tahu Danish cemburu akan hubungan rapatku dengan Asyraf.

Semenjak itu, aku tidak melayani Asyraf seperti biasa dan Asyraf juga semakin jauh dariku. Puas dia menelefon, memanggil namaku, menghantar mesej dan berusaha untuk berjumpa dengan aku namun semua itu hanya sia-sia kerana alasanku, aku sudah berpunya.

Sampailah suatu saat, Aku makin menjauhkan diri dari Danish dan Asyraf mahupun semua orang.
“Cik Ilya, penyakit ini akan menyebabkan urat saraf mata cik terganggu. Besar kemungkinan Cik Ilya akan menjadi buta”.

“Allahuakbar. Dugaan yang begitu besar terpaksa aku tempuhi”. Hatiku berbicara perlahan tanpa air mata tapi darahnya tetap mengalir jua. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk memberitahu kepada Danish dan dia terus memutuskan perhubungan kami dengan sekelip mata sahaja.
“Ilya, I minta maaf sebab I tak boleh terima U lagi. I tak sanggup menjaga orang buta sebagai isteri I. Nanti apa kata family I?”
Kata-kata itu terhinggap pedih menusuk ke telingaku, ketika itu mahu sahaja aku berlari mendapatkan ibuku. Inikah Danish yang aku kenal? Berjanji susah senang akan ditempuhi bersama, namun ini hasil yang aku terima. Janji tinggal janji sahaja.

Kalau itu keputusan Danish, aku terpaksa akur. Tapi, Asyraf? Mungkin dia pun tidak akan mempedulikan aku lagi, tambahan pula selama ini aku telah menjauhkan diriku dari hidupnya, mungkin juga dia berusaha menguburkan persahabatan kami dan membuang kenangan kami bersama jauh ke tepi? Aku menyesal. Menyesal sangat, Ya Allah.

Masa cepat berlalu, begitu juga masa kami di IPBA. Tak lama lagi aku akan dihantar mengajar ke Sabah. Seronok mendengar berita itu, tapi lamunan dan impian aku hancur berderai begitu sahaja kerana pihak IPBA mendapat tahu akan masalah mata yang terpaksa aku alami seorang diri.

“Nur Batrisyia Ilyana, kenapa U rahsiakan perkara ni dari saya?”,tanya Asyraf selepas berjaya mendapatkan aku.
“Sudah la, Asyraf. U tak perlu tahu semua ni. Yang tanggungnya I, bukan U”,balasku sebak. Aku tetap menahan tangisanku tapi gagal juga, aku begitu lemah apabila berhadapan dengan jejaka ini.
“Ya, I tahu tapi kenapa Ilya? Danish minta putus pun sebab hal ni ke?”
Aku mendiamkan diri.
“I dah agak. Ilya, U kan tahu I tak suka U buat I macam ni. Dulu, I tak kisah sebab U kata U sayangkan Danish. I undur diri. Tapi Tuhan je tahu betapa merananya hati I ni. Tempat ni penuh dengan kenangan kita, U buang I macam tu saja hanya kerana seorang lelaki yang baru U kenal”. Aku dapat melihat air yang jernih berlinang dalam kelopak mata Asyraf walaupun dia berusaha menyembunyikannya daripada aku.
“Apa U kisah? U kan ramai peminat? Selama ni, I tak kisah pun tentang U?. Tiba-tiba sahaja ayat itu terus meluncur laju dari bibirku.
“Tapi I kisah pasal I sayangkan… I…. I sayangkan U. Dari dulu lagi cuma U je yang tak perasan”. Luahan itu menyentuh lembut naluri wanita aku. Selama ini, aku juga pernah mencintainya. Cuma aku cemburu melihat dia melayan wanita lain sehingga hadir sahaja Danish ke dalam ruangan hidupku, aku terus menyambarnya. Itulah yang dinamakan ego.

Pipiku terasa hangat dicucuri air mata yang mengalir deras dan Asyraf terus menyekanya dengan lembut. Hatiku tersentuh melihat gelagatnya.
“Asyraf, nanti I takkan dapat lihat U lagi. Tak dapat nikmati panorama alam yang indah, I takkan jadi macam ni lagi. Doktor kata mata I…. I akan jadi…”
“U akan jadi buta? Ilya, I sayangkan U. U jadi buta ke pekak ke, di mana pun U cacat, I tetap sayangkan U. I terima U seadanya”.
“U takkan menyesal ke nanti? I pasti U menyesal. I pasti, Asyraf””.
Asyraf meninggikan suaranya dan tegas membalas percakapanku dengan pantas. ” I takkan menyesal dan takkan tinggalkan U. I dah buat keputusan, I akan hantar rombongan ke rumah U. Tunggu je”.
“Apa? Asyraf, tolong lah buka mata U, I tak kan dapat bahagiakan U”. Sekali lagi air mataku mengalir pantas di hadapan Asyraf.
“Tunggu je. Kalau I cakap, I akan laksanakannya. U pun tau kan perangai I ni?”.
Dia melangkah pergi begitu sahaja, meninggalkanku terpinga-pinga dengan pelbagai persoalan di benak fikiranku.

Akhirnya, aku dapat melangsungkan pernikahanku bersama Asyraf dengan restu daripada keluarga kedua belah pihak. Walaupun, pada mulanya keluarga Asyraf tidak setuju dengan keputusannya itu, tetapi kedegilan Asyraf meleburkan segala keegoan orang tuanya.

Sehingga sekarang mahligai kami tetap kukuh dan utuh berdiri di atas tapak percintaan yang kami bina kerana Allah. Asyraf juga sentiasa di sisiku, sakit demamku, dialah doktornya, luka cederaku dialah penawarnya. Kenapa setelah sekian lama baru aku menyedari yang jodohku hanya di depan mata?
Mata? Ketika aku masih tercelik jelas dahulu, tetapi kini terpejam rapat, tidak dapat menikmati keindahan alam yang aku persiakan dahulu. Hanya mata hatiku yang dapat melihat terutamanya cinta dan kasih sayang suamiku terhadapku.

“Sayang, makan la cepat. Nanti abang nak bawa sayang ke hospital. Jangan lupa, apa yang abang cakapkan semalam?”. Tersentak aku dibuatnya. Lamunanku pun terpadam di situ sahaja.
Tapi untuk menyembunyikan rasa maluku itu, aku sekadar mengukir senyuman buat suamiku yang seorang itu.

Akhirnya, aku kini dapat melihat dengan jelas. Aku bersyukur dan berterima kasih kepada penderma mata ini, Danish. Dia dan isterinya telah kembali ke rahmatullah kerana terbabit dengan kemalangan baru-baru ini. Aku tidak menyangka akan peristiwa itu, tapi inilah yang dikatakan takdir. Orang pertama yang ada di saat aku mencelikkan mataku ialah suamiku.

“I love U, sayang. Remember, if U need me, I”ll always be there for U”. Cepat-cepat aku memeluknya tanpa menyedari akan kehadiran kawan-kawan dan ibuku. Hanya kami berdua yang dapat merasakan kebahagiaan itu.
“Sayang pun cintakan abang. Terima kasih”. Kataku perlahan tapi didengarnya lalu dia memelukku erat.
Hidup? Inikah yang dimaksudkan denggan hidup? Ku pasrah dengan ketentuan Illahi.

Bagaikan pungguk rindukan rembulan, begitulah rinduku padanya. Bagai cinta Laila dan Majnun, begitulah jua kisah cinta kami bersama. Bagi diriku, cintaku padanya, sekali bergegar, seteguh gunung pun akan runtuh, sekali ia tercurah, air tasik pun akan melimpah kerananya. Namun, perasaan ini kami berdua yang dapat merasakannya. Aku melakarkan cinta hanya untuk Asyrafku tercinta dan dia mencoretkan kasih hanya kepadaku sahaja. Hatiku amat yakin akan semua itu.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: