Cerpen : Adakah Cinta Bukan Milikku?

Nama Pena : n0rlina n0rdin a.k.a Princess C0kelat88

” Hello! May I speak with Miss. Raudhah?”,tanya si pemanggil. Nombor yang tidak dikenali tertera di screen telefon bimbit peribadiku. Fikiranku berputar mengingati suara pemanggil itu.

” Raudhah speaking, who’s on the phone?”, ucapku. Ingin mencari kepastian siapa gerangan pemanggil yang tidak bernama itu. Si pemanggil berdehem.

” Well… I’m Suraya. Straight to the point Raudhah, I tak nak waste my time for you. Right now, I nak you tinggalkan Shaiful!!…”,bentaknya. Aku terkesima mendengar permintaannya itu. Permintaan yang tidak ku duga dan tidak ku inginkan. Bibirku kelu.

” Wait Miss Suraya, who are you? Apa hak you nak halang I bercinta dengan Shaiful?”

” Shaiful milik I, hanya milik I seorang saje. Shaiful and I akan bertunang next month, I tak nak you tambahkan masalah!!”, sambungnya. Aku terpana.

” You tipu!! Shaiful cintakan I. Dia takkan buat macam tu dengan I, jaga mulut you tu!!”, luahku. Suraya ketawa dengan semahu- mahunya.

” Hish…. Susah betul cakap dengan orang yang tak faham bahasa ni.”

” I tak percaya!! If ape yang you cakap tu betul, kenapa Shaiful tak bersemuka sendiri dengan I? Why didn’t he pass the message to me?”

” Because Shaiful tak sanggup luahkan dengan you tentang hal ini. Dia takut you tak dapat terima kenyataan. And now, see! You tak dapat terima kenyataan bukan?.”

“Ok… Fine. If you still didn’t believed, I put you on the line with Shaiful.. I malaslah nak discuss dengan perempuan tak faham bahasa ni..”, sambungnya dengan nada sinis. Telefon bimbit bertukar tangan. Mutiara jernih bertakung di kolam mataku. Bibirku terketar-ketar.

” Hello Raudhah, I’m Shaiful, what Suraya said is true. Please Raudhah, I can’t love you… please forget me. Forgot all the memories between us…”, luah Shaiful. Mutiara jernih mengalir jua dengan derasnya di pipi gebuku ini.

” Thanks Shaiful, terima kasih banyak- banyak coz buat I macam ni. I tak sangka you akan ucapkan perkataan ini. Well, I hope, you and Suraya akan bahagia.”, ucapku dengan sedu- sedan. Talian aku terus matikan. Aku tidak sanggup mendengar ayat- ayat yang membuatkan hatiku yang luka ini dirobek- robek. Sesungguhnya, aku tidak menduga cinta yang disemai dari bangku sekolah berkecai dengan sekelip mata. Air mataku mengalir dengan semahu- mahunya. Aku mendengar seseorang memanggilku dengan begitu jelas, dan suara itu semakin hampir di gegendang telingaku.

” Raudhah!! Raudhah!!”, jerit ibuku.

” Eh! Dari mana pulak ibu aku datang ni.”, aku bermonolog di dalam hati. Tiba- tiba seakan seseorang menarik kakiku. Aku terjatuh terkulai.

” Shaiful!!!”, jeritku untuk meminta pertolongan. Tetapi Shaiful hanya tersenyum melihat keadaanku. Airmataku mengalir dengan derasnya, selebat hujan yang turun.

” Tukk!!!”, aku menjerit menahan kesakitan. Secara automatic aku terjaga dari tidurku.

” Ish.. kenapa pulak aku dekat bawah katil ni?”, desis hatiku. Aku mengimbas kembali. Di mana Syaiful? Di mana Mama Shaiful dan calon tunangnya? Aku kebingungan. Aku segera memengang dahiku, terasa sakit di dahiku ini. Sakitnya tidak dapat ku ucapkan dengan kata- kata. Aku mengesat pipiku yang telah dibasahi oleh air mataku dan titisan peluh membasahi dahiku. Aku beristifar.

” Ish… nasib baik mimpi je, kalau tak tercabut jantung aku ni”, aku bermonolog.. Ibu menguak pintu bilikku dengan luas.

” Apa yang anak ibu buat ni kat bawah katil? Ibu ingatkan tidur tadi.”, ucap ibuku. Aku terpinga- pinga, seakan berlari 100 M.

” Em… Raudhah cari pen ibu.”, jawabku. Aku segera keluar dari bawah katilku. Aku segera mendapatkan ibuku, lalu mencium pipi ibuku. Ibu tersenyum melihat tingkahku. Aku segera ke toilet untuk mengambil wuduk. Sungguh aku tidak menyedari, bilakah mataku terlelap. Mimpi yang membuatkan aku seakan disambar petir… Perpisahan yang tidak ku inginkan.

**********************************************************

Oh baby baby

Oh baby baby

Oh baby baby

How was I supposed to know

that somethin\’ wasn\’t right here

oh baby baby

I shouldn\’t have let you go

And now you\’re out of sight, yeah

Show me

how you want it to be

tell me baby

\’cause I need to know now

oh, because

My loneliness

Deringan ringtone telefon bimbitku Baby One More Time, nyanyian Britney Spears bergema di ruang bilikku… Aku mengapai telefon bimbitku yang menjerit- jerit meminta untuk dijawab. Tertera nama Hubbyku sayang, insan yang paling aku sayangi iaitu Said Shaiful Akbar bin Dato’ Said Luqman..

” Hello Sayang, Sayang tengah buat apa ni? 5 minit lagi I sampai, kita candle light dinner ok?”, ucap Shaiful. Aku terpinga- pinga mendengar ucapan Shaiful.

” Tapi Say….”, talian dimatikan. Aku tidak sempat meneruskan kata- kataku. Aku terus mencapai dressku yang tersangkut di almari pakaianku. Aku mengenakan dress warna pink, yang sememangnya warna kegemaranku. Aku terus bersiap- siap..

5 minit kemudian,

telefon bimbitku berdering kembali.

” Sayang, I kat bawah ni..”, ucap Shaiful. Aku segera ke tingkap dan menguak langsir. Shaiful keluar dari keretanya dan melambai- lambai ke arahku. Aku tersenyum.

” Bie 5 minit lagi ye?”, pintaku. Aku segera memutuskan talian. Aku kembali bersiap- siap.

********************************************************************

” Sayang, you sayang I tak?”, tanya Shaiful. Shaiful mencari tanganku dan mendakapnya. Aku mengangguk sebagai tanda aku sangat menyayanginya. Tanganku dikucup. Aku tersenyum.

” Sanggupkah you menjadi teman sehidup semati I? Sudikah you menjadi permaisuri di hati I dan menjadi ibu kepada anak- anak kita?”. sambungnya lagi dengan pertanyaan yang membuatkan air mataku ingin mengalir. Aku mengaggukkan setiap pertanyaannya. Sungguh, aku begitu bahagia dan terharu ketika ini. Lidahku kelu untuk berbicara.

Shaiful mengeluarkan sesuatu di kocek seluar slacknya. Terpampang sekotak baldu berwarna merah yang berbentuk hati. Aku terkedu. Aku mencubit pipiku untuk memastikan bahawa aku tidak bermimpi. Dan…

” Auwww…. Sakit!!”, jeritku. Shaiful bingung melihat tingkahku. Aku ketawa melihat air mukanya yang berubah.

” Sayang buat apa? Merepek betullah sayang,ni. Kenapa sayang tak percaya ke? Ke nak pastikan sayang tak bermimpi?”, duga Shaiful. Aku hanya tersenyum. Mengiakannya tidak, menidakkannya pun tidak. Shaiful segera membuka kotak yang berbentuk hati itu.

” Pinjam tangan boleh sayang?”, ucap Shaiful. Aku termangu. Shaiful menarik tanganku dengan lembutmnya. Dan saat- saat yang aku nantikan selama ini muncul tiba. Emas putih bertaktha berlian berkelip dan menebarkan kilauannya akan disarungkan di jari manisku ini. 5 saat, 4 saat, 3 saat, 2 saat dan…

” BERHENTI!!”, jerit seseorang. Aku terkejut dan mencari- cari gerangan suara teriakkan itu. Shaiful terkejut melihat gerangan suara itu. Aku terpana. Dua orang wanita berdiri dihadapan kami. Seorang wanita menjangkau usia 50 tahun, berpakaian baju kurung dihiasi manik- manik berkelip dan hanya memakai selendang, menampakkan anak rambutnya. Seorang lagi kira- kira sebaya denganku 24 tahun mungkin. Pakaiannya agak seksi hanya berpakaian dress tube, menampakkan lurah Himalaya yang tidak sepatutnya ditunjukkan.

” Mama… Apa mama buat dekat sini?”, tanya Shaiful kepada mamanya. Aku segera mendapatkan mak mertuaku, opsss…. Bakal mak mertuaku dengan langkah lemah gemalai aku hayunkan langkah. Ku hulurkan tanganku ingin menyalaminya tetapi di luar jangkaanku, aku ditolak. Aku jatuh terjelupuk mencium lantai buluh di restoran itu. Shaiful segera mendapatkan aku. Wanita berumur itu melihatku seperti ingin menerkamku. Si gadis seksi pula, tersenyum sinis memandangku.

” Apa yang kau buat dengan betina ni? Kau jangan nak malukan mama Shaiful.. Mama nak letak dekat mana muka mama ni? If kawan- kawan mama tau, bakal menantu mama yang kau pilih ni tak setaraf dengan darjat keturunan kita ini!.”, bentak Datin Syarifah Zalina. Mataku berkaca.

” Mama tak faham betul dengan test kau ni Shaiful. Kau tengok ni Si Suraya ni, apa tak cantik ke dia ni? Tak kaya ke? Sepatutnya kau cari calon isteri yang setaraf dengan darjat keturunan kita. Yang kau pilih betina macam ni kenapa?! Anak dato’ ke? Said ke? Raja ke?”, sambung Datin Syarifah Zalina.

” Maaf Mama, memang Raudhah bukan anak dato’, bukan anak keturunan Said mahupun keturunan Raja. Cinta dan sayang saya bukan memandang kepada harta atau keturunan tetapi budi bahasa yang tinggi Mama.”ucap Syaiful sambil mengeluh. Aku termangu.

” Mama ingin memiliki menantu seperti Suraya ni!! Mama tengoklah sendiri, pakai baju pun tak cukup kain. Budi bahasa pula dah terbang dekat mana agaknya, macam ni ke calon menantu yang Mama agung- agungkan?!”, sambung Syaiful. Mamanya terus memandangku dengan renungan yang tajam. Lidahku kelu.

” Hoi betina gatal!! Kau jangan berangan dapat jadi menantu aku dan jadi isteri anak aku!! Apa yang kau nak hah?! Duit?! Kau cakap jelah kau nak berapa, aku sanggup bayar asalkan kau pergi berambus dari hidup anak aku ni!!” jerit Datin Syarifah Zalina. Syaiful menyabarkan Mamanya. Aku beranikan diri. Bagiku memang pantang, jika ia disangkut pautkan dengan maruah diri dan maruah keluargaku.

” Maaf Datin, Datin boleh beli semua apa yang ada di dunia ini. Tetapi, maaf…. Datin tak boleh beli cinta saya, maruah saya mahupun maruah family saya.”, luahku dengan nada bersahaja. Datin Syarifah Zalina mengetap bibirnya.

“Saya tahu, saya orang biasa je. Saya tak layak dicintai oleh anak Datin. Saya bersyukur sangat dilahirkan di sebuah keluarga yang susah, jika dibandingkan dengan keluarga yang berpangkat. Budi bahasa seakan dihujung tanduk… Maaf jika kata- kata saya melukakan Datin…”, sambungku.

” Baguslah jika kau sedar diri kau ni. Tak payahlah aku nak habis- habiskan duit bagi dekat kau. For your information, Suraya and Shaiful akan bertunang next month!! Faham- fahamlahkan, tak payah aku nak jelaskan”, balas Datin Syarifah Zalina. Mataku berkaca. Ia seumpama mimpiku, mimpi yang menjadi kenyataan. Tetapi reality lebih memeritkan dan menyakitkan. Aku berlari dengan sekuat hatiku. Syaiful mengikutiku, aku hayunkan langkahku lebih panjang.

Hujan yang turun dikepekatan malam begitu deras seperti mutiara jernih yang mengalir dipipiku ini. Aku berlari mengharungi hujan yang membasahi bumi Allah S.W.T ini. Guruh berdentum seakan menggoncang kalbuku. Syaiful masih mengejarku. Aku segera menaiki teksi yang berhenti di simpang jalan dan berlalu. Aku ingin berlalu jauh dan jauh dari hidup insan yang aku sayangi.

” Cik nak pergi mane cik?”, tanya pemandu teksi itu.

” no 43,Jalan Persiaran Tanjung”, jawabku dengan ringkas. Di corong radio berkumandang lagu Dua Insan Bercinta, nyanyian Ella. Semakin deras air mataku membasahi pipiku.

Kalau cinta berakhir

Musnahlah segalanya

Kalau kau pergi dulu

Tiadalah ertinya

Usahlah pergi dulu

Sebelum hasrat tercapai

Agar kita bersama

Seperti selalu

Terimalah ku kembali

Hanya takdir yang menentukan

Berbanyaklah bersabar

Supaya tak di persiakan

Jagalah diri jagalah diri selalu

Jangan dipermainkan janji-janji dahulu

Cubalah usaha agar ketenangan kembali

Semula kitakan jadi

Seperti dua insan bercinta

**************************************************************************

” Raudhah! Raudhah!!!!!!!….”, jerit Syaiful. Datin Syarifah Zalina bergegas ke bilik rawatan khas yang menempatkan anak tunggalnya itu. Wajah Syaiful begitu cemas. Datin Syarifah Zalina cuba menenangkan anaknya itu.

” Siapa kau?! Aku kat mana? Mana Raudhah?!..”, jerit Syaiful seperti orang tidak siuman. Wajah Datin Syarifah Zalina berubah.

” Ini Mama sayang, Syaiful tak ingat Mama?”, pujuk Datin Syarifah Zalina. Shaiful menjadi baran.

” Pergi!! Aku nak Raudhah je! Pergilah orang tua!!”, ngamuk Syaiful. Peralatan di bilik rawatan khas bersepah- sepah kerana dibuang oleh Syaiful. Datin Syarifah Zalina bergegas mendapatkan doktor yang berkhidmat di Hospital Pakar Puteri itu. Datin Syarifah Zalina begitu cemas.

” Doktor keadaan anak saya macam mana doktor?”, tanya Datin Syarifah Zalina. Doktor hanya mengeleng kepala, Sesungguhnya sukar untuk menerangkan penyakit yang baru dihidapi oleh Shaiful.

” Saya sudah memberi ubat penenang buat Syaiful. Buat masa ini, biarkan Syaiful rehat secukupnya. Maaf Datin… boleh saya tahu siapa Raudhah?”, tanya Doktor Ismadi dengan begitu lancar. Dahi Datin Syarifah Zalina berkerut.

” Raudhah?? Maybe doktor salah dengar kot… Saya tak pernah kenal siapa Raudhah.”, tipu Datin Syarifah Zalina. Doktor Ismadi tersenyum tawar.

” Shaiful mengalami hentakan yang begitu kuat di bahagian kepalanya semasa kemalangan itu. Maybe Shaiful akan hilang ingatan untuk selama- lamanya.”, terang Doktor Ismadi dengan ringkas. Datin Syarifah Zalina terpana mendengar ucapan Doktor Ismadi.

” Tetapi Doktor… Tak mungkin tak ada jalan. Saya pasti masih banyak lagi cara untuk menyembuhkan penyakit anak saya ini. Jika soal wang rawatan, saya tak kisah Doktor. Saya sanggup bayar..”, ucap Datin Syarifah Zalina. Doktor Ismadi berfikir.

” Bukan soal wang rawatan Datin. Macam inilah Datin, hanya ada satu jalan sahaja dapat mengembalikan ingatan Syaiful.”, ucap Doktor Ismadi.

” Datin perlu mencari Raudhah.. Hanya Raudhah sahaja dapat mengembalikan ingatan Syaiful. Bertawakal dan berdoalah kepada Allah S.W.T agar Syaiful dapat dipulihkan”, sambung Doktor Ismadi. Datin Syarifah Zalina mencampakkan pandangannya ke Syaiful yang sedang tidur nyenyak kerana diberi suntikan.

Keluarga Datin Syarifah Zalina datang membanjiri Hospital Pakar Puteri itu. Tetapi, hanya seorang dua sahaja yang dibenarkan melawati Syaiful di biliknya agar Syaiful tidak terganggu. Keluarga kerabat Said itu bergilir- gilir mengikut urutan agar dapat melawat Syaiful.

*****************************************************************************

” Abang, berhenti bang. Zalina nampak macam kereta Suraya dekat simpang jalan tu. Mungkin keretanya rosak bang…”, kata Datin Syarifah Zalina. Dato’ Said Luqman menghentikan pacuan rodanya, lalu membuat pusingan U. Dato’ Said Luqman menekan pedal minyak agar ia dapat membantu Suraya.

Lalu Dato’ Said Luqman berhentikan pacuan rodanya itu hampir dengan kereta milik Suraya. Sesuatu yang tidak disangka- sangka, fikiran mereka meleset dengan begitu jauh. Lalu Dato’ Said Luqman bergerak mendekati kereta Suraya. Baju Suraya terselak begitu tinggi, terlihat sesuatu yang tidak layak dilihatkan oleh seorang wanita kepada lelaki yang bukan suaminya yang sah.

” Astafirulallahalazim…. Apa yang kau buat ni Suraya?!”, Dato’ Said Luqman beristifar. Suraya segera keluar dari keretanya. Wajahnya tegang.

” Uncle… nanti uncle. Suraya boleh jelaskan se..mua ni..”,ucap Suraya dengar terketar- ketar. Dato’ Said Luqman menekup wajahnya. Wajah Datin Syarifah Zalina berona merah, melihat adegan yang berlaku di depan matanya.

” Shut up Suraya!! Kau tak payah nak explain apa- apa dekat uncle dengan auntie… Kami dah nampak perangai sebenar kau Suraya!!”, tengking Dato’ Said Luqman menahan marah.

” Untie…. Please dengar dulu apa yang Suraya nak explain..”, Suraya memujuk Datin Syarifah Zalina. Datin Syarifah Zalina terpana. Dato’ Said Luqman menarik tangan isterinya.Lalu Dato’ Said Luqman berlalu dan menekan pedal minyaknya dengan sepenuh hati. Suraya terpana.

” Abang… Zalina tak percaya bang. Suraya sanggup buat macam tu. Sedangkan Shaiful terlantar di hospital…”, ucap Datin Syarifah Zalina dengan esak tangisnya. Dato’ Said Luqman mendiamkan diri.

” Bukankah itu calon menantu kesayangan awak.! Yang awak agung- agungkan tu. Sekarang, buat apa nak nangis- nangis?!” bungkam Dato’ Said Luqman. Giliran Datin Syarifah Zalina berdiam diri. Tangisan Datin Syarifah Zalina menemani perjalanan suami isteri itu.

*********************************************************************************

SETAHUN BERLALU

\” Abang… macam mana dengan Syaiful abang. Dah banyak cara kita buat untuk kembalikn ingatannya. Tetapi, dia semakin liar abang… Zalina risau abang dengan anak kita tu..”, luah Datin Syarifah Zalina.. Dato’ Said Luqman memikirkan sesuatu.

” Raudhah!!!!!!!”, jangan tinggalkan Bie!! Bie sayangkan Raudhah!!”, jerit Syaiful dengan sekuat hatinya. Lantas Dato’ Said Luqman dan isterinya bergegas mendapatkan anak tunggalnya itu.

” Syaiful ingat Allah Syaiful!… Jangan macam ni nak…”, pujuk Dato’ Said Luqman. Syaiful meronta- ronta. Sungguh, Syaiful seperti orang yang tidak siuman. Dia sanggup melukakan dirinya sendiri.

” Papa… Syaiful nak Raudhah Papa!… Syaiful sayang Raudhah..”, ucap Shaiful. Dato’ Said Luqman terdiam. Hanya nama itu yang terlantun di bibir anak terunanya itu. Dengan kuasa Allah, Shaiful hanya mengenal siapa Papanya. Mamanya pula, tidak diingatinya. Walaupun setahun sudah berlalu.

” Sayang… Mama janji sayang.. Mama akan bawa Raudhah untuk kamu.. Mama janji sayang.”, pujuk Datin Syarifah Zalina. Shaiful terduduk. Datin Syarifah Zalina mendekati anak terunanya itu dan dikucup kepala anak tunggalnya itu.

” Papa..Papa… Syaiful nak Raudhah Papa..”, ucap Saiful dengan tidak bermaya. Dato’ Said Luqman memandang ke luar tingkap kediaman banglo 3 tingkat itu.

*************************************************************

Angin berhembus sepoi- sepoi bahasa. Ombak memukul pantai dengan lembut. Langit petang sudah jingga mewarnai langit, hanya tunggu matahari membenamkan dirinya. Hatiku di pagut rindu. Rindu yang mencengkam jiwaku ini.

” Jika you rindu I, you pergi ke Pantai Mutiara ini… You pejamkan mata you. I pasti akan datang ke sisi you sayang…Tetapi, ingat ok.. if you rindu I sahaja.. Baru I boleh datang.”, bisik Syaiful di telinga Raudhah. Fikiran Raudhah melayang ke masa silam. Sungguh, Raudhah sangat merindui insan yang pernah bertaktha di hatinya. Raudhah memejamkan matanya.

” Kakak… ini ada kad untuk kakak.”, petah kanak- kanak itu berbicara. Raudhah membuka mata yang sengaja ditutup. Dahi Raudhah berkerut. Siapakah gerangan pengirimnya, sungguh ligat fikiran Raudhah berputar.

” Siapa bagi kad ni dekat adik?”, tanya Raudhah ingin kepastian. Kanak- kanak itu berlalu setelah kad bertukar tangan. Tiada jawapan dengan soalan yang diajukan itu. Raudhah segera membuka sampul kad ditangannya itu.sekeping kad berlambang hati terpampang…

” I LOVE YOU “

-Shaiful-

Begitu ringkas ucapan di kad ucapan itu. Tetapi ia memberi seribu makna buat Raudhah. Raudhah melarikan pandangannya di sekelilingnya. Tiada insan bernama Shaiful di situ. Raudhah melepaskan keluhan. Raudhah segera mengangkat punggungnya dan ingin berlalu. Tetapi, tangannya dicapai seseorang. Dengan keadaan kelam- kabut itu, Raudhah terus mengeluarkan bunga- bunga silat yang di ajar datuknya. Dengan sekali tumbukan, sesusuk tubuh jatuh terpelusuk mencium pasir pantai.

” Kau siapa hah?! Jangan nak biadab dengan aku?!”, bentak Raudhah… Si jejaka itu terus bangkit, terlihatlah wajah tampan si jejaka.

” Syaiful!!”, Raudhah terjerit kecil. Syaiful terus mendapatkan Raudhah dan mendakapnya. Sungguh, dia sangat merindui gadis di pelukannya itu. Raudhah terkejut melihat jejaka yang memeluknya itu. Raudhah meleraikan pelukan itu.

” Apa yang you buat ni??”, tanya Raudhah. Syaiful tersenyum. Raudhah termangu.

” Ikut I sayang…”, ucap Syaiful. Lalu menarik lembut tangan gadis kesayangannya itu. Raudhah seperti di pukau. Dia menurut Syaiful, walaupun hatinya menidakkannya. Hanya beberapa minit Syaiful memandu, dia memberhentikan Toyota Viosnya berwarna putih metalik itu.

” Surprise!!!!!”, jerit Syaiful.. Aku terpana. Sebuah meja yang diterangi cahaya lilin, menerangi suasana malam. Terhidang sajian makanan terhias dimeja. Kira- kira 50 M dari meja itu terdapat unggun api dihidupkan. Di bahagian pohon meja itu dihiasi dengan sinar lampu neon, berkelip- kelip memancarkan sinarnya. Sungguh indah..

” Mari sayang…”, Shaiful menarik tanganku. Jika ini sebuah mimpi, aku tidak ingin terjaga dari mimpi yang indah ini.

” Sayang, you sayang I tak?”, tanya Shaiful. Shaiful mencari tanganku dan mendakapnya. Aku kebingungan. Tanganku dikucup. Aku menarik tanganku.

” Sanggupkah you menjadi teman sehidup semati I? Sudikah you menjadi permaisuri di hati I dan menjadi ibu kepada anak- anak kita?”. sambungnya lagi dengan pertanyaan demi pertanyaan. Lidahku kelu untuk berbicara.

Shaiful mengeluarkan sesuatu di kocek seluar slacknya. Terpampang sekotak baldu berwarna merah yang berbentuk hati yang sama seperti setahun yang lalu. Dahiku berkerut. Setiap ucapannya dan perbuatannya seperti setahun lalu. Sejarah yang melukakan hatiku ini.

” Pinjam tangan boleh sayang?”, ucap Shaiful. Aku termangu. Shaiful menarik tanganku dengan lembutnya. Emas putih bertaktha berlian berkelip dan menebarkan kilauannya akan disarungkan di jari manisku ini, cincin yang sama setahun yang lepas… sungguh, aku tidak pernah melupakannya. 5 saat, 4 saat, 3 saat, 2 saat dan… aku terus menekamkan tanganku di telingaku, kerana aku takut kejadian setahun yang lalu berulang kembali.

” BOOMMMM!!!!!!!!”, bunyi bunga api yang diletupkan. Terpampang di dada langit, 3 patah perkataan tertera… I LOVE U… Aku terkesima..

” I LOVE U Sayang!!”, jerit Syaiful seperti ingin memberitahu setiap pelusuk dunia ini.. Bahawa dia amat mencintai aku. Aku terpegun. Lalu, Syaiful mengambil sebuah gitar disamping pohon. Jarinya begitu lembut memetik gitar itu dan mulutnya begitu lancar menyanyikan bait- bait ayat Kau Ilhamku, nyanyian Man Bai..

beribu bintang dilangit kini menghilang,

meraba aku dalam kelam,

rembulan mengambang kini mangkin suram,

pudar ilham ku tanpa arah,

sedetik wajahmu muncul dalam diam,

ada kerdipan ada suram,

itukah bintang atau rembulan,

terima kasih kuucapkan,

Sungguh… aku amat terpegun mendengar dendangan nyanyian insan yang ku sayang. Tiba- tiba, sepasang suami isteri datang menghampiri kami. Wajahku berkerut. Syaiful tersenyum dan menyalami dua insan itu.

” Terima kasih Sayang, coz beri kesempatan ke dua buat kami..”, ucap Datin Syarifah Zalina sambil mencium pipiku. Aku terkejut melihat tingkah lakunya. Aku larikan pandanganku ke Shaiful. Shaiful tersenyum melihat raut wajahku.

” Si Shaiful ni pun satu, bukan cara ini adat orang Melayu… next week Mama dan Papa hantar rombongan ke rumah Raudhah ye?”, sambung Datin Syarifah Zalina. Syaiful datang menghampiri kami. Datin Syarifah Zalina memeluk aku dan Syaiful. Sungguh aku bahagia… akhirnya cintaku milikku jua….

-diilhamkan oleh Norlina bte Nordin a.k.a Princess c0kelat88-

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: