Novel : Cinta Cap Buruh 10

Nama Pena : dr.rock

Kata orang, senyuman tu salah satu cara untuk kekal muda.Sebagimana dalam agama sendiri dikatakan senyum adalah sedekah yang paling mudah.Dijanjikan pahala atas semua perbuatan yang niat ikhlas kerana-Nya.Mengingatkan hal itu, senyuman aku ukir lebar-lebar.

Walaupun tak berpuas hati dengan kata-kata yang dihamburkan dek jiran sebelah aku yang dah secara rasminya jadi supervisor aku berkuatkuasa hati ini, aku tetap harus mempamerkan raut wajah manis sepanjang hari.Kesempatan membasuh tangan di tandas aku gunakan sebaiknya.Senyuman aku ukirkan lebar-lebar di depan cermin.

Kalau ada orang nampak ni, sah orang tu hantar nama aku dekat Tampoi.Silap haribulan, aku praktikal dengan orang-orang istimewa pula jadinya.Bukan tabiat aku mengadap cermin dan melakukan senaman memaniskan muka seperti ini.Tapi disebabkan supervisor aku yang serius dan menyakitkan hati tu, nak tak nak terpaksa juga mencuri masa mencuba petua awet muda warisan umi aku ni.

1,2,3 senyum ke kanan, senyum ke kiri.Aku melepaskan nafas panjang.Berharap agar aku kesabaran terus menemani hari-hari yang mendatang.Kerana sabarlah, syaitan gagal mencuri dan menggoda hatinya Rasullallah.Dan besar harapan aku, agar aku terus bertahan dengan perangai si mulut laser yang pastinya menguji kesabaran aku.

Tudung dikepala aku betulkan letaknya.Berpuas hati dengan penampilan aku, aku melangkah keluar dari tandas.Kalau lama-lama dok sini,aku kawan dengan Cik Tan lak nanti.Hehe.

———————————————-

“Uda, Ejai suruh cepat.Dia dah tunggu dekat depan.Nak tunjukkan site dekat Uda katanya”,ujar Kak Nasya tenang ketika aku melintasi mejanya.

Aku yang berlenggang kangkung ni terus naikkan speed gerakan kaki bila mendengar pesanan Kak Nasya.Kalau lama dia menunggu jap lagi,bersedia jelah aku kena marah dek dia.Melihat kegugupan aku, Kak Nasya tersengih sendiri.Aku bingkas masuk ke bilik, beg tangan aku capai dan aku melangkah laju ke arah yang dimaksudkan Kak Nasya.

“Ha, lagi satu Ejai pesan.Jangan lupa bawa helmet yang dia letak atas meja tu.Kalau tak bawa, macammana nak naik motor jap lagi”.

Pesanan kedua dari Kak Nasya membuatkan aku menggigir bibir.Bungkam dan tergamam aku dibuatnya.Takkan la nak ajak aku pergi site naik motor?Dia rabun ke buta nih.Aku sikit punya cun pakai baju kurung hari ni, takkkan dengan segala sukacitanya nak mencemarkan imej ayu aku ni.Aduh, seksanya hidup!

“La, apa yang duduk tercegat macam patung kat situ tu?Kalau lambat pergi, lambat la balik jap lagi.Tak pasal-pasal ada orang kena bermalam dekat site hari ini”,tempelak satu suara.

Aku berpaling ke arah arah dia yang berada di belakang aku.Dia tersengih nakal sambil mengarahkan aku masuk mengikuti arahannya dengan isyarat tangannya.Rasa geram aku pendamkan.

Berat kaki melangkah masuk semula ke bilik.Helmet warna merah yang dia maksudkan aku capai.Satu tangan memegang helmet dan satu lagi memegang helmet.Gasak fikiran aku membayangkan rupa aku dengan helmet di kepala.Lagi satu hal yang membuatkan aku serba tak kena bila memikirkan aku terpaksa membonceng motornya ke site.

Aduhai, tak pernah ada hikayat hidup aku naik motor dengan lelaki selain ahli keluarga aku.Dengan baju kurung sebegini, jadi video klip lagu raya la jawabnya.Takkan nak naik terkangkang lak, confirm kena naik ala-ala orang zaman dulu-dulu ni.Complicatednya hidup.Adoi!

——————————————–

Syed Faizal akak Ejai yang tadinya asyik berbual dengan Kak Nasya mengangkat kepala bila menyedari aku melangkah menghampirinya.Dia melemparkan senyuman.Macam ikhlas tapi jauh benar tangggapan hati aku.Suka betul dia menyeksa jiwa raga aku.

“Got to go Nasya.See you soon na.Doakan i selamat pergi dan balik.Bawa anak dara orang keluar ni seram juga.Kalau ayu macam orang zaman dulu, bahagia juga i rasa.Sekali bawa perempuan ganas, memang panas hidup i.Kalau bawa you, boleh juga ubatkan hati yang tengah membara ni.Malang betul nasib i hari ni”,katanya sambil mengengitkan mata kepada Kak Nasya.

Kak Nasya malu-malu dengan reaksi si Ejai.Gatal macam kena tahi ulat bulu.Kalau dah romeo tu, romeo la juga.Tak hilang juga perangainya.

Aku yang mendengar kata-katanya rasa macam nak hempuk je helmet atas kepala dia.Biar betul semula segala wayar-wayar yang berselirat dalam kepala dia.Sesuka hati gembira je mengutuk aku.

“Nur……….nar….nur”.

Suaranya berubah mendayu-sayu memanggil nama aku.Muka gatal dia tak usah nak cakap la, nak terjeluak aku dibuatnya.Kakinya laju melangkah, aku mengikutinya dari belakang.Aku tahan marah dalam hati.Kalau tidak, ada hamba Allah terpukang kena ketuk dengan helmet sekejap lagi.

“Ya Allah, jauhkan aku dari sifat amarah.Sabarkan aku menghadapi dugaan sebegini”.

—————————————–

Tangannya dihulurkan kepada aku, mahukan helmet yang aku bawa sebentar tadi.Helmet bertukar tangan.Senyuman sekali lagi diukirkan kepada aku.Wah, banyak betul dia bersedekah hari ni.

“Kau memang tak reti senyum ye?Siannya la siapa-siapa jadi suami kau esok-esok.Dah la ganas, dekat dengan kau asyik rasa panas”,tempelaknya lagi.

Aku mengetap bibir.Belum sempat aku membuka mulut membalas kata-katanya, dia bersuara terlebih dahulu.Memang laser tahap naga dia ni, tak ada tandingan lagi.

“Kalau tak reti senyum, bukan menyusahkan kau pun.Sebab kau bukannya suami aku esok-esok.Kau nak balas cakap benda ni kan?”,ujarnya sambil tersenyum sinis.

Aku terpaku seketika.Memang itu yang ingin aku tegaskan padanya.Tak sempat nak meluah rasa geram, dia mengenakan aku terlebih dahulu.Sudahnya aku tersenyum sendiri bila mengingatkan gelagatnya.

“Ha,macam tu lah baru manis.Kau tengok tu.Baru kau senyum sikit, Arun dah datang sini.Kalau kau senyum lebar sikit, agaknya dia terus meminang kau.Tak payah susah-susah nak kerja dah”.

Berdesing telinga aku mendengar tutur katanya.Memang naik mendadak tekanan darah aku kalau berterusan dia berperangai begini.Memang dasar mulut tak berinsurans betul!

“Cik adik manis, mahu pergi site ye?Jangan stress.Adik manis take it easy.Senang saja ini kerja”,kata lelaki India yang menghampiri kami.

Aku melemparkan senyuman pada Arun, nama buruh tadi.Stress memang stress tapi kata-kata Arun sikit sebanyak melegakan perasaan aku yang gundah gulana sebelumnya.Si hitam menawan versi baik punya.Kalau si Arun ni orang Islam, boleh juga masuk senarai menantu buat abi.Haha, memang takde kerja aku nih!

———————————————-

“Jangan lupa hantar motor saya sampai dekat site petang nanti.Saya kena guna Pajero hari ni.Tak kan nak bawa cik adik manis kau ni naik motor pula.Nanti hilang la manis dia kalau bonceng motor kan”.

\”Ok, boss.Berita faham!\”.

Permintaan Ejai disambut anggukan kepala Arun.Lega aku mendengar kisah sebenar di sebalik helmet yang sudah bertukar tangan.Kunci motor Honda kapcai Ejai bertukar tangan.Arun menyambutnya dan Ejai segera berlalu.

“Adik manis, kerja baik-baik.Kalau mahu minta tolong, kasi tahu saya sama saya saja”,pesan Arun lagi sebelum aku melangkah meninggalkannya.

Aku menganggukkan kepala.Kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan.Sikit dia nak tolong aku, semua kerja aku suruh dia buat esok-esok.Hehe, salah guna kebaikan orang pula aku ni.

“Oit, sudah la tu berangan.Kalau jalan macam siput, kau kena tukar kasut esok-esok.Kau nak aku belikan roller blade ke?”,jerit Faizal dari jauh.

Mendengar kata-katanya yang bagikan halilintar, aku bergegas menghampiri Pajero JKR yang sudah dihidupkan enjinnya.Pintu aku buka perlahan, masuk dan kereta bergerak ke destinasi.

————————————-

Tak mudah rupanya menjadi seorang jurutera wanita.Menceburkan diri dalam dunia yang didominasi lelaki memang memerlukan semangat yang tinggi.Ditambah dengan perangai supervisor aku yang amat cerewet dan menguji kesabaran, aku memutuskan aku harus berusaha 2 kali ganda berbanding yang lain.Masih terngiang-ngiang di telinga aku kata-kata motivasi yang sedikit menyakitkan hati petang tadi.

“Kalau kau setakat datang sini nak mencairkan make up, aku sarankan kau balik je.Aku tanya soalan sikit punya senang pun tak boleh jawab.Ni budak sekolah menengah pun boleh jawab soalan sikit punya senang gini.Memalukan budak engineering je kau nih!Balik ni, pergi buka sikit mata kau tu.Baca la semua yang berkaitan dengan transportation civil engineering.Bukan yang ada dalam buku gemok dekat university je.Tambah-tambah sikit pengetahuan am dalam kepala tu.Jangan terror nak cari gaduh je”.

Bebelan dia memang panjang berjela.Ade lah dalam 5 minit, aku tadah telinga dengar luahan tak puas hati akan jawapan aku yang salah.Atoi, mana la aku tahu dia nak tanya pasal terowong terpanjang dekat Malaysia hari pertama aku kerja.Alamatnya, geleng kepala jelah aku dek soalan menguji minda dia niyh.

“Teka jelah.Soalan senang pun tak tahu.Berapa terowong dekat Malaysia yang kau pernah tahu ni?Sebut je mana-mana yang kau rasa kau suka.Yang penting, kau jangan mengalah!”,tegas nadanya bila aku hanya menggelengkan kepala bila disoal sebegitu.

“Terowong dekat Banjaran Titiwangsa tu kot”,balasku.

Dia menggelengkan kepala.Salah ni memang kena bebel la aku.Duhai telinga, kau jangan berdarah ye kena sembur dek hamba Allah nih.

“Aduhai, itu zaman Tok Kaduk la.apa nasib aku dapat kau.Sah, kau ni asyik menhadap buku je kerjanya.Sampai dunia luar pun tak tahu.Kau jadikan ni kau punya assignment.Balik ni minta tolong dengan Mr.Google.Cari sampai jumpa semua maklumat pasal terowong terpanjang dekat negara ni.Sejarah dia dan lain-lain.Esok aku nak tengok.Kalau tidak, jangan harap aku nak bawa kau pergi site lagi esok-esok”,marahnya lagi.

Aku menerima arahannya dengan rasa sebal di hati.Tapi apa aku nak buat, redha je dengan segala kemarahan dia.Mengakui kebenaran kata-katanya.Memang boleh dikatakan, aku kurang ambil tahu hal-hal dunia sekeliling yang ada.

Menghadap buku dan jarang sekali aku menambah pengetahuan am soal negara tercinta. Kalau dia tanya pasal Rukun Negara pun, belum tentu aku ingat semua.Kalau aku ingat pun, susunan tunggang langgang semuanya.Kenapa dan mengapa?Sebab aku nak buktikan dekat umi aku, pilihan aku tak silap dan aku mampu melaksanakan apa yang umi rasakan aku tak mampu.Dan kerana itu, aku terus tekad untuk kekal di sini.Menghadapi segala karenah Syed Faizal demi mencapai cita-cita dam impian aku di masa akan datang.

———————————-

Pulang dari JKR petang tadi, aku terus buka laptop.Melayari internet yang sekian lama aku lupakan.Kalau dulu, dok busy cari maklumat yang tak ada dalam buku untuk menyiapkan assignment.Hari ini pun aku ada tugasan yang sama.Alhamdulillah, sedikit sebanyak soalan yang ditanyakan aku temui jawapannya.Lega weh!

“Macammana cik Uda.Best tak 1st day kerja?”,soal Nadia sambil menghampiriku di ruang tamu.

Izzah dan Linda masih belum pulang.Entah kemana, aku pun tak pasti.Mungkin sibuk menyelesaikan kerja-kerja pre-praktikal yang akan bermula minggu depan barangkali.

“Angkat bahu tanda ape tu cik Uda oi?Best ke tidak?Ada dulu pilihan jawapan je.Kalau bahasa isyarat pun, kau kena guna angguk atau geleng je!”,tambah Nadia lagi bila respon aku tak seperti yang diharapkan.

Aku tergelak melihat mimik mukanya yang geram.Marahkan aku la tu!

“Ada yang best dan ada yang tak best.Yang bestnya, aku jadi makin rajin sekarang ni.Yang tak bestnya, aku rasa biarlah jadi rahsia!”,balasku sambil ketawa.

Nadia tersengih mendengar kata-kata aku.Tapi muka dia semacam je, mesti nak korek rahsia tempat kerja aku yang banyak dugaan tu.Sori la kawan, rahsia tetap rahsia.Tak mungkin aku cerita kisah kontroversi aku hari ni.Hehe.

“Ceh, sejak bila kau pandai berahsia ni.Aku rasa supervisor kau tu terlebih handsome tak?Tak pun dia terlebih baik?Tak pun dia Sebab tu kau beriya nak rahsiakan dari aku pasal pengalaman 1st day kau kerja ni?”,soal Nadia lagi.

Aku menggelengkan kepala sekali lagi.Boleh tahan la jiran aku punya rupa, tapi sorry to say, aku kurang berkenan dengan mulut laser dia tu.Bab baik tu ada la juga.Tapi sikit je.Dah tersorok kebaikan dia dek mulut tak ada lesen tu.

“Geleng lagi.Mana satu yang betul ni?Kau ni Uda.Tak sporting langsung.Malas la aku nak kawan dengan kau.

Tu dia, dah tarik mulut panjang sedapa dah.Aku tergelak sakan tengok muncung Nadia yang ala-ala Donald Duck tu.Boleh buat gulai la esok-esok kalau lauk dah habis.Haha.

“Tak nak kawan sudah.Nama kau Bedah”,gurauku sambil ketawa kuat.Nadia menjengilkan bibirnya.Seketika kemudian, dia berjalan kearah tingkap mengadap ke rumah jiran kami.Aku menggelengkan kepala dengan perangai merajuk susah dipujuknya tu.

———————————————–

“Weh Uda.Kau tak mahu join sekaki sekodeng jiran kita ke?Si mulut laser tu naik motor kapcai je sekarang ni.Mana pergi entah dia punya BMW.Aku rasa dia punya sugar mummy tarik balik la kereta tu.Baru dia tahu langit tinggi rendah sekarang ni”,ulas Nadia laju.

Aku tergelak mendengar ulasannya.Terlintas amarahnya supaya berhenti memanggilnya si mulut laser.Tapi kalau mulutnya baik, boleh juga aku ubah persepsi aku.Macammana nak ubah, kalau jam ke jam, makin menyakitkan hati.

Ulasan Dania memang ada benarnya.Dari hari aku berperang high-heel aritu dah BMW tu tak pernah balik ke rumah dia.Gila takde kerja apa aku nak tanya dekat tempat kerja.Silap haribulan, makin panjang khutbah dia dekat aku.Pekak telinga aku kalau tak kena gaya nih.

“Diam lagi.Eh, Uda.Cuak la pula aku.Mamat tu datang sini la weh.Dia perasan aku mengata dia ke weh?Tolong aku!”,jerit Nadia sambil berlari ke arah aku.

Terkejut aku dibuatnya.Takkan la dia sebab marahkan Nadia sekodeng dia sampai cari gaduh ke rumah.Dia takde kerja apa?

“Lek-lek, biar aku je yang settlekan.Kau tunggu je dalam ni”,ujarku sambil menyarung tudung di kepala.

Laju kaki aku melangkah ke pintu.Pintu aku buku, Syed Faizal tegak berdiri di depan pintu.Ada fail berwarna biru ditangannya.Termangu-mangu aku dibuatnya.Apa hal pula ni?

“Sori la ganggu.Aku nak minta tolong kau semakkan kertas kerja ni.Sambil-sambil tu, boleh juga kau belajar sikit-sikit pasal projek ni.Mana la tau kalau-kalau esok Chief Engineer turun.Kau boleh juga jawab sikit-sikit kalau kena soal.Bangga la sikit aku”,balasnya bersahaja.

Huluran tangannya aku sambut.Dia tersenyum melihat kepatuhan aku.

“Ha, lagi satu.Esok jangan pakai baju kurung dah.Susah nak bergerak ke sana ke mari.Kalau dibuatnya esok takde Pajero tu, nak tak nak kau kena la naik motor dengan aku.Tapi kalau kau tak nak, aku tak kisah.Boleh juga aku panjangkan umur motor aku dari bawa kau yang berat tu”.

Fuh, ayat dia memang tak sah kalau takde ayat menyeksakan batin.Aku mengeluh mendengar kata-katanya.Malas nak melayan.Silap aribulan, ada pula perang high heels kali ke-2 bulan ni.

“Ni je kan yang saya kena buat.Terima kasih sebab percayakan saya.Assalamualaikum”,balasku sambil berpaling darinya.

Dari hujung mata, aku perasan perubahan wajahnya bila aku membahasakan diri sebagai saya dengannya.Biar la dia nak fikir apa pun.Yang penting sekarang ni aku kena bahasakan diri sebagai saya selepas ni.Cukuplah sekali aku kena tegur sekali dekat site dek buruh hitam menawan tadi.Macammana buruknya perangai dia, lasernya mulut dia, aku harus menghormatinya sebagai ketua aku.

—————————————–

Terkejut aku bila Nadia menyergahku di sebalik pintu utama.Ada-ada je perangai kawan aku seorang ni.Sabar jelah.

“So, saya kena berjaga la malam ni ye.Saya kena baca semua benda ni sebelum pagi esok!”,kata Nadia sambil tersengih-sengih.

Dari raut wajah Nadia, jelas dia nak mengenakan aku.Nampak gayanya rahsia bukan rahsia lagi.Siap perli aku lagi tu,masak la aku dikenakan sekejap lagi.

Nadia mengekori aku.Dia mahu aku berterus terang akan apa yang didengar dan dilihatnya melalui intipannya sebentar tadi.Muka dia tak usah cakap la, dah jadi cikgu disiplin dah!

“Ok, aku cerita.Memang dia supervisor aku.Aku puh terkejut beruk tadi.Tapi aku malas nak bising.Mudah-mudahan, aku bertahan sampai habis praktikal nanti!”,jelasku ringkas.

Nadia mengurut dadanya mendengar cerita aku.Tak percaya dengan insiden yang menimpa aku.Dah la bergaduh tak ingat, alik-alik takdir menetapkan dia sebagai supervisor aku.Bimbang benar dia kalau Syed Faizal balas dendam akan perbuatan aku sebelumnya.

“isk,kau ni.Takkan la dia sampai nak belasah aku dekat site.Kau jangan risau la.Ni Huda Diyana.Setakat perang mulut tu, aku boleh memang punya.See the mouth la weh”,gurauku sambil mencebikkan bibir kepadanya.

Nadia ketawa.Tapi masih ada raut runsing mengisi wajahnya.Belum sempat dia meluahkan kata-kata, pintu terbuka dari luar.Serentak kami berpaling.Izzah dan Linda dah pulang ke rumah.

Tak sempat aku memaniskan muka dan beramah mesra, Linda dan Izzah menjerit serentak.

“Udaaaaaaaa!betul ke si mulut laser jadi supervisor kau?”.

Aku menganggukkan kepala.Serentak, keduanya berlari dan memeluk aku.Aduhai, apa kes jadi drama airmata lak ni?Macammana rahsia boleh pecah ni?Penat la nak bercerita sekejap lagi!

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: