Novel : Diulit Dosa Cinta 11

Nama Pena : awin awina

BAB 11

“Wah! meriah sungguh…annual dinner tahun ni kan. Ramai yang dapat ‘award’. Cuma nama aku aje yang tak de…ehek..ehek” Salina merenggek macam budak kecil.

“Macam mana nak ada ..nak dapat, kalau dah asyik memanjang cuti jer…MC banyak, EL bertimbun. ‘Award’ pekerja paling banyak cuti boleh ler kau menang”

“Wei! Melampau sungguh ‘statement’ kau tau. Sebenarnya kalau kau nak tahu…akulah pekerja yang paling dicontohi kat opis tu. Kalau tak dek kerana ada aku kat opis tulah.. maka suasana baru ceria tau …” bunyi macam bakul angkat sendiri je. Salina tersengih. Lucu dengan lawaknya sendiri.

“Huh! Dah la tu ..Sal. Simpan aje angan – angan kau tu nak dapat ‘award’ ya! Tunggu tahun depan nama kau dicalonkan pulak. Nanti aku rekomen kat dato’ ek.”

“Ha’ah. Ye la tu…” Salina mencebik.

“Eh! eh! Wiya ..cuba kau tengok kat meja VIP tu, dato’ dengan family dia kan. Ish! hensem maut la..mamat sebelah dato tu. Boleh bawa mati tau dek kehensemannya yang terlampau tu. Kau nampak ke tidak ni…” jari telunjuk diarahkan ke meja VIP yang terletak di barisan hadapan pentas dewan.

Adawiya acuh tak acuh. Malas nak melihat jejaka tampan, yang kacak, mahupun yang menawan.

“Mananya…tak nampak pun” Adawiya pura – pura memandang ke arah yang sama.

“Tu la kau…kalau yang hensem…yang kacak lagi menawan mesti kau tak nampak kan. Tapi kalau yang selebet macam si Midi tu jelas lak pandangan kau ek..nampak je walaupun jauh. Eeiii… tak faham betul aku”

Adawiya ketawa.

“Tersedak pulak si Midi tu sebab asyik mengata dia je”

“Huh? Iyo la sangat. Tak kan tersedak punya, kalau dah dikelilingi awek – awek yang cun dan menggoda, tenggelam dia. Kita yang kat sini pun langsung tak dihiraukan”.

Adawiya mengangguk. Setuju dengan telahan Salina. Hamidi memang terkenal dengan kenakalan dan kegatalannya. Pantang melihat gadis – gadis cantik, pasti akan ditawannya. Rupa ada ditambah pula sikapnya yang peramah tak bertempat, mudah baginya untuk mendekati mana – mana gadis yang dia berkenan.

Salina masih menjengul – jengulkan kepalanya. Dah macam kepala kura- kura aksinya.

“Masyaallah..kau ni kenapa Sal. Cuba laa duduk elok – elok sikit”. Rimas pulak aku tengok perlakuannya.

“Ish! memang hensem giler laa mamat tu Wiya…anak dato ke tu. Selama ni tak pernah pulak aku dengar dato’ ada anak lelaki. Kau tahu ke tidak ” Salina berpaling memandangku minta jawapan.

“Entah..aku pun tak pasti la Sal. Lagipun personal dato’ kan setiausahanya pegang. Mana la aku tahu”. Malas nak melayan karenah Salina yang mata keranjang …pantang melihat lelaki ‘dahi licin’ sikit.

“Dah lah. Malas aku nak fikir pasal lelaki ni tau. Aku nak ke sana sekejap Sal. Ambil desert dengan jus. Kau nak tak”.

Salina mengeleng. Wajahnya masih memandang anak dato yang kini sah – sah dah masuk dalam senarai lelaki idamannya. Sal..Sal..teruk benar angau kawan aku sorang ni.

Adawiya berjalan merentasi meja – meja tetamu menuju ke tempat hidangan ‘buffet’ yang tersedia. Meneliti menu – menu yang ada. Emm..sedap – sedap la. Ada caramel..ada bubur kacang ..ada puding.. banyaknya…..terbuka seleraku.

Mengambil satu persatu jenis – jenis ‘desert’ yang terhidang. Selagi apa yang ada di atas meja, semuanya disapu olehku.

Tiba – tiba….aku tersentak dan rasa tak sedap hati. Aku menoleh ke kanan, tiada ….ke kiri …tiada juga

Ah! perasaan aku aje kot. Aku kembali melihat hidangan tadi. Sedang asyik menjamu mata…perasaan aneh itu datang lagi . Aku cepat – cepat menoleh …ke kiri dan kanan. Tiada …

Perasaan aneh itu semakin menebal. Tiba – tiba jantungku berdegup kencang. Igauan silam menerjah kembali.

Kenapa aku merasa bayangan lelaki yang ku benci begitu dekat denganku. Aku dapat merasainya. Lelaki itu seolah – olah sedang memerhatikan tingkahku. Kenapa aku dapat rasa dia semakin hampir … dan hampir….. Oh! Tidak.

Adawiya melangkah laju. Segera mendapatkan Salina yang sedang bergelak ketawa dengan rakan – rakan sepejabat.

“Hah..Wiya kau ni kenapa. Pucat semacam aje”.

“Sal…aku rasa tak sedap hati lah. Macam ada orang sedang perhatikan aku. Meremang bulu roma aku ni haa..”

“Laa..aku ingatkan apa la kebendanya yang kau cuak kan sangat. Setakat kena usha tu..relax la beb. Dah memang kau tu cantik sangat malam ni, tu yang semua terpandang – pandang “.

“Si Jas, Amin, Laila, Ros, Kak Linda, Asri dan ramai la lagi ..letih aku nak menyebutnya. Semua puji kau tau. Itu sebab derang usha – usha tu. Haa..itu pun nak takut gak lagi, bawa bertenang”.

“Eeiii…bukan masalah itu la Sal. Yang ni lain…aku tak boleh nak explain”.

Adawiya bungkam. Hatinya gundah. Hilang keceriaan yang sebentar tadi. Seleranya terus termati. Masih meliar pandangannya meninjau sekitar majlis itu.

Kenapa lain benar aku rasa sekarang ni? Ke fikiran aku yang dah berapa betul kerana hal si Ikram tadi? Tak mungkin….

Rasanya benar tekaanku. Aku tak dapat menidakkan kehadirannya di sini. Aku dapat rasa lelaki itu ada. Rasa begitu hampir. Ya ..sangat dekat. Arrgghh! Aku tak mahu memikirkannya. Aku benci dia…benci…..

*************************************************

Malam yang tenang dengan kerlipan bintang di langit seolah – olah memberitahu betapa rindunya aku padamu.

Pada matamu yang bundar, hidungmu yang comel dan bibirmu yang mungil. Sungguh aku rindu . … teramat – amat rindu.

Wajah mulus yang selama ini ku cari…ku rindui …ku ingati , rupanya hanya berada sejengkal cuma. Berlindung disebalik tembok syarikat papaku, hanya aku yang tidak sedari dan tidak peduli.

Mengingatkan senyumanmu dan tawamu tadi, aku jadi mabuk dan gila bayang dibuai angau. Aduh! wajah mulus itu begitu menawan dan hatiku sudah ditawan. Mama….tolong Zaq. Anakmu telah jatuh cinta!

Mataku sukar dilelapkan. Setiap kali menutup mata, bayangan wajah mulus itu muncul. Tersenyum, tertawa, jelingannya semuanya bermain di fikiranku.

Kepala otak aku ni dah tak betul kot? Zaqrie mengetuk – ngetuk kepalanya sendiri. Pandang depan…dia tersenyum. Pandang kanan…dia tertawa. Pandang kiri…dia menjeling. Boleh gila dibuatnya.

Zaqrie sudah tak keruan. Kedinginan malam sudah tidak dirasai. Mundar – mandir di bilik bagaikan orang hilang panduan. Resah gelisah menanti hari esok.

Arrgh! Aku mesti menemuinya. Menebus dosaku kepadanya. Aku tekad mendapatkannya walau apa cara sekalipun.

Zaqrie keluar dari biliknya, terasa ingin menuju ke dapur membuat secawan kopi buat dirinya yang tidak mengantuk kerana dek bayangan yang menghantuinya kini.

Menuruni anak tangga satu persatu namun langkahnya terhenti tatkala melihat bilik bacaaan di tingkat bawah masih terang bercahaya. Eh! papa masih belum tidur lagi ke?

Daun pintu dikuak.

“Assalammualaikum ..pa”

“Waalaikummussalam wbt” salamku dijawab perlahan. Papa mendongak memandangku.

“Zaq, masih tak tidur “. Aku baru je nak tanya papa soalan yang sama.

“Belum pa..tak ngantuk lagi”.

Zaqrie duduk berhadapan mengadap Dato’ Zaid. Memandang papanya yang masih menatap dan membelek buku di tangan.

“Pa…Zaq nak tanya sesuatu”

“Emmm…”. Buku di tangan ditutup. Memandangku serius. Alahai! Papa ni serius la pulak. Nak tanya pun boleh terketar dibuatnya.

“Eerr…Zaq rasa dah bersedia untuk terima tawaran bekerja di syarikat papa tu. So masih ada peluang untuk Zaq “

Wajah yang serius tadi tiba – tiba mekar. Papa mengukir senyuman. Matanya jernih berkaca.

“Keputusan inilah yang papa tunggu – tunggu dan harapkan. Tiada yang mengembirakan papa selain dari mendengar berita ini…Zaq. Papa sentiasa berdoa agar Zaq dapat menggantikan papa suatu hari nanti. Kini doa papa diterima. Papa gembira….terima kasih, Zaq”, luah papa sambil memeluk dan menepuk belakangku lembut. Hampir menitis airmata jantanku …terharu seh !.

“Pa…sepatutnya Zaq yang perlu mengucapkan terima kasih bukannya papa. Kalau tak kerana papa…Zaq tak kan wujud di dunia ini. Didikan dan kasih sayang papa lah, Zaq dapat menikmati kehidupan yang mewah ni “.

Situasi ini seperti di dalam drama pula aku rasa. Berpelukan …airmata… ish! sedih betul laa..jarang kami begitu. Kalau ada pun di waktu hari raya je…

“Papa nak tanya…macam mana Zaq boleh berubah fikiran ni”.

Alamak! kantoi. Segera ku sembunyikan rasa debarku. Takkan nak jawab sebab perempuan tu kot! Tapi apa salahnya kan…jawab je yang betul , mana tahu papa terus kahwinkan aku ke …kan senang tak yah susah nak fikir.

“Entah la pa…mungkin dah sampai seru kot!” selorohku, cuba menyembunyikan sebab yang sebenar. Ah! hanya kerana wajah mulus itu!

Papa ketawa besar.”Pandai la kamu…kalau dah sampai seru tu…dah kena kahwin jawabnya. Umur pun dah semakin meningkat”…aik! Papa ni cam tau – tau je. Aku turut ketawa.

“Tapikan pa…Zaq ada satu syarat”

Dahi dikerut. “Apa dia”

Aku membisikkan sesuatu di telinganya. Ketawa papa berderai lagi. Kepala diangguk – anggukkan tanda setuju.

Seronok aku melihat papa malam ni. Tak henti – henti tawanya. Tawanya yang memecah keheningan malam. Nak katakan aku buat lawak, tak kelakar pun aku rasa.

Biarlah…mungkin dia terlalu gembira kerana aku, anaknya ini. Kami berbual panjang malam itu, dari satu bab ke satu bab sehingga tak sedar masa berlalu begitu saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: