Novel : Hello cinta 13

Nama Pena : Putri Chinta

Kesesakan para pelajar di kantin sememangnya sudah menjadi lumrah pada waktu rehat. Cinta terjungkit-jungkit bagaikan mencari seseorang di balik para pelajar itu. Kemudian dia tersenyum dan berjalan ke arah destinasi yang menjadi fokusnya itu, iaitu meja di mana Airell kini sedang khusyuk menjamu selera. Cinta meletakkan pinggan nasi dan gelas airnya tepat di hadapan Airell. Airell yang sedang meneguk air pada waktu itu sedikit tersedak, terkejut dengan kemunculan gadis itu yang entah dari mana.
” Kau ni,tak reti bagi salam ke??,” kata Airell.
” Ok la.. Assalamualaikum..,”kata Cinta sambil duduk.
” Ha, ni apahal kau tetiba je datang makan kat aku ni.. Tak serik-serik lagi ke? Nanti kan aku terminum air kau pulak kan, siapa yang kena jerkah.. Aku jugak..,” kata Airell. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
” Kali ni, kalau kau minum lagi, aku bukan setakat jerkah.. Aku cekik-cekik la kau,” kata Cinta sedikit mengugut, geram mendengar sindiran dari Airell sebentar tadi. Airell hanya ketawa mendengar kata-kata CInta itu.
” Hey, sudah-sudahlah ketawa tu.. Macamana perkembangan kau sekarang?? Ada chance nak menang ke??,” tanya Cinta.
” Ish aku, mesti la.. Bukan ada chance nak menang la,memang aku yang akan menang pun,” kata Airell. Cinta hanya menjeling kepada Airell yang suka bercakap besar itu.
” Alah, jangan perasan ye? Aku yang akan menang nanti, kita tengoklah..,” Cinta tidak mahu mengalah. Airell membuat muka tidak peduli dengan kata-kata Cinta itu.
” Hoi, aku tahu apa rancangan yang kau buat untuk pikat Maria,” kata Cinta lagi. Kali ini Airell sedikit tersentak.
” Apa yang kau tahu??,” tanya Airell sambil meneguk airnya.
” Kau yang selalu bagi dia coklat dan sweet card tu kan.. Kaulah secret admire tu kan??,” kata Cinta. Serentak dengan itu, Airell tersembur air di dalam mulutnya ke arah nasi Cinta kerana terkejut mendengar kata-kata Cinta itu.
” Hoi!! Berapa kali kau nak buat macam ni kat aku ni??!!,” nampaknya sejarah berulang kembali.
” Err.. rilekslah.. Aku tak sengaja.. Nanti aku belikan yang lain,” kata Airell takut-takut melihat wajah marah Cinta itu. Cinta sudah pun memeluk tubuh sambil menarik muncung 14 nya. Sebentar kemudian, Airell bangun dan menghilang seketika. Beberapa minit kemudian, dia datang dengan membawa sepinggan nasi yang lain dan memberikannya kepada Cinta. Cinta agak terkejut apabila Airell benar-benar membelikannya sepinggan nasi yang lain. Tidak sangka, lelaki yang suka menyusahkan orang di hadapannya itu ada hati perut juga.
” Terima kasih, nanti aku bayar,” kata Cinta sambil terus menjamu selera kerana dia sememangnya benar-benar lapar.
” Err..tak payahlah.. Memang salah aku tadi, sorry ye,” kata Airell. Lembut sekali nadanya. Cinta hanya sekadar mengangguk.
” Tapi, kau lah yang salah tadi! Yang kau tiba-tiba cakap macam tu masa aku minum tu apasal??,”kata Airell cuba membina dinding keegoannya semula. \’Huh, nampaknya gentleman dia dah hilang semula,\’ keluh Cinta.
” Tapi kan, mana kau tahu yang aku orang yang beri dia coklat tu?,” tanya Airell.
” Mudah je.. sebab aku pakai otak,” kata Cinta sambil tersenyum.
” Alahai, aku selalu kantoi ngan kau.. Aku warning kat kau ni, jangan beritahu kat orang,ok?,” kata Airell.
” Kalau aku beritahu kat orang, bodoh benarlah aku. Takde faedah pun aku dapat, dapat dosa ada lah. Hish, apalah,” kata Cinta. Airell lega mendengar kata-kata Cinta itu.
Namun, tanpa mereka sedari, rupa-rupanya perbualan mereka berdua itu telah didengari oleh seseorang.
” Aku dah tahu siapa secret admire kau tu,” kata Julia kepada Maria sebaik sahaja masuk ke kelas. MAria terkejut mendengar kenyataan rakannya itu. ” Siapa??,” tanya Mari, tidak sabar ingin tahu.
” Pelajar form 6, Airell Ikhwan,” Julia menyebut dengan lancar nama penuh Airell. Dia sememangnya sudah kenal dengan seluruh warga SMK Permata Biru itu. Mana tidaknya, gosip semua orang dia tahu, mengalahkan wartawan.
Maria terdiam seketika, seperti memikirkan sesuatu. ” Airell Ikhwan..macam pernah dengar,” kata Maria. ” La, lelaki tu la,” kata Maria lagi setelah fikirannya mula tergambar wajah Airell.
” Kau pun kenal jugak ke dia??,” tanya Julia yang sedikit hairan apabila Maria turut mengenali lelaki ‘low profile’ itu. Maria hanya mengangguk sambil tersenyum.
” So..apa kau nak buat?,” tanya Julia lagi.
” Aku nak berjumpa dengan dia dan berkawan dengan lebih rapat lagi dengan dia,” kata Maria lagi sambil tersenyum. ” Ha??!,” Julia terperanjat mendengar kata-kata Maria itu.
” Tapi lelaki tu aku tengok macam kolot la,” kata Julia lagi.
” Entahlah Julia.. Aku rasa macam aku dah tertarik dengan dia,” kata Maria. Julia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Sementara Maria masih lagi tersenyum sendiri. Dalam fikirannya telah pun menyusun cara untuk berjumpa dengan secret admirenya itu. Sememangnya dia sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: