Novel : Ku Tetap Menyayangimu 4

Nama Pena : putri chinta

Kotak muzik di hadapannya itu dimainkan sekali lagi oleh Nia.Kali ini sudah kali keempat dia memainkan kotak muzik itu.Memang itulah perkara yang dilakukan oleh Nia setiap malam sebelum tidur.Dia berasa tenang mendengar muzik ‘Fur Elise’ yang dimainkan oleh kotak muzik itu.Kotak muzik itu sangat berharga kepadanya.Walaupun kotak muzik itu sudah berusia 3 tahun,namun ia masih seperti baru dibeli.Jika ada sebarang kerosakan,dia akan segera menghantarnya ke kedai untuk dibaiki.Dia mahu kotak muzik itu sentiasa berada dalam keadaan baik kerana itulah hadiah pertama yang telah diberikan oleh Adam kepadanya.Masih jelas lagi dalam ingatannya Adam memberikan kotak muzik itu untuk menjelaskan perasaannya kepada Nia.
” Nia,saya ada sesuatu untuk awak,”kata Adam suatu petang ketika pulang dari sekolah.
” Sesuatu?Apa tu?,”tanya Nia kehairanan.Adam kemudiannya mengeluarkan sebungkus hadiah dari dalam begnya.Hadiah itu dibungkus dengan begitu cantik sekali dengan ikatan reben merah padanya.
” Hadiah ini untuk awak.Saya harap awak terima,”kata Adam sambil menghulurkan bungkusan hadiah itu kepada Nia.
” Err..Tapi Adam,hari ni bukan hari jadi saya,atau hari yang penting,kenapa pula awak tiba-tiba bagi saya hadiah,”kata Nia yang agak terkejut dengan kelakuan Adam itu.
” Mungkin sekarang hari ni bukan hari yang penting,tapi tak lama lagi hari ni bakal menjadi tarikh yang penting.Awak terima je lah hadiah ini.Hadiah ini khas untuk awak sebab sudi jadi kawan yang baik kepada saya selama ini,”kata Adam.Nia tersenyum dan menerima hadiah itu.”Terima kasih,”kata Nia.
” Kasih diterima,”kata Adam sambil ketawa.Nia tersenyum apabila Adam berseloroh begitu.”Ok lah,saya pulang dulu ya?Kena jumpa kawan nanti,”kata Adam. Kemudian dia menggalas begnya dan berjalan pergi ke garaj motor.Di sana,gengnya dari tadi lagi menunggunya.Adam memang gemar berkawan dengan pelajar-pelajar yang liar, dan perangainya juga hampir sama seperti perangai kawan-kawannya itu.Namun,Nia tahu bahawa lelaki itu memiliki hati yang sangat baik.
Nia merenung bungkusan hadiah di tangannya itu.Dia tertanya-tanya apakah yang ada di dalamnya.Ada sekeping kad di atas bungkusan itu.Lalu Nia membuka kad itu dan membacanya.

Hadiah ini adalah hati saya,bukalah dan ketahuilah apa yang ada dalam hati saya.
Khas untuk awak,Nia…

Begitulah yang ditulis di dalam kad itu.Nia tersenyum selepas membacanya.”Adam ni ada-ada je lah,”katanya sendirian.Hatinya begitu gembira menerima hadiah daripada Adam itu.

Setelah selesai solat Isyak,Nia duduk di meja tulisnya seperti biasa untuk menyiapkan homework atau mengulangkaji pelajaran.Memang itulah rutin Nia setiap malam.Dia tahu,hanya dengan usaha dia dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Kerana itulah dia belajar bersungguh-sungguh.Ketika sedang mencari buku teks Geografinya,dia terpandang hadiah pemberian Adam yang masih belum dibuka di atas mejanya itu.
” Apa agaknya yang ada dalam bungkusan ini ye?,”Nia tertanya-tanya.Lalu dia mengambil hadiah itu dan cuba membukanya untuk menjawab persoalannya itu.Dia tersenyum lebar apabila melihat sebuah music box di sebalik hadiah itu.
“Muzic box! Aku memang dah lama nak benda ni,terima kasih Adam,”kata Nia sendirian.Kemudian,dia segera membuka kotak muzik itu.Maka,beralunlah muzik ‘Fur Elise’ yang merupakan muzik kegemaran Nia.Pada kotak muzik merah yang berbentuk hati itu,sepasang patung kekasih ligat menari mengikut rentak muzik.Nia berasa tenang menikmati muzik itu.Sehinggalah pada suatu ketika,alunan muzik itu tiba-tiba terhenti. Kemudian,suara yang sering menyerikan hidupnya kedengaran dari dalam kotak muzik itu.Nia terkejut mendengar suara Adam yang tiba-tiba kedengaran itu.

” Nia,mungkin awak rasa terkejut apabila dengar suara saya tiba-tiba kedengaran dari kotak muzik ini kan?Jangan risau,kotak muzik ini bukan berhantu.Saya tempah kotak muzik ini khas untuk dihadiahkan kepada awak.Nia,sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak,sudah lama saya simpannya dalam hati ni.Tapi sekarang saya nak awak tahu apa yang ada dalam hati saya ni.Nia…saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Saya mengaku yang ini bukan kali pertama saya jatuh hati pada seseorang,tapi dengan awak ni,saya rasa lain sangat.Perasaan saya pada awak berbeza dari apa yang saya pernah rasa dengan bekas-bekas teman wanita saya sebelum ini.Awak berbeza sangat.Sejak saya kenal awak,saya sentiasa berasa gembira.Sehari tak bertemu dengan awak rasa macam tak lengkap hidup ni.Awak amat penting bagi saya,Nia.Penting sangat.Kerana itulah saya nak awak jadi teman saya.Sudi ke awak?Nia,kalau awak sudi menerima saya,awak datanglah jumpa saya selepas pulang dari sekolah esok di pondok bangku belakang sekolah kita.Saya tunggu awak.Tapi,kalau awak tak dapat menerima saya,saya redha. Mungkin takdir kita hanya untuk menjadi kawan sahaja.”

Nia terkedu mendengar luahan hati Adam itu.”Adam…,”kata Nia perlahan.Malam terus berlalu dan menanti sehingga esok muncul.

Adam berjalan ke sana ke mari sambil memerhati jam di tangannya.Sudah 20 minit dia menunggu di situ,namun bayangan Nia tetap tidak muncul.”Dia akan datang ke tak? Jangan-jangan dia reject aku tak?,”soalan demi soalan muncul dalam fikirannya. Fikirannya kini amat bercelaru.Jauh di dalam hatinya,dia berharap agar Nia akan datang untuk menerimanya.
Masa terus berjalan.Kini 30 minit sudah berlalu,tetapi Nia masih belum muncul-muncul juga.Adam mengeluh.”Tak ada guna lagi tunggu dia,dia dah menolak aku,”kata Adam kecewa. Kemudian,dia bangun sambil memegang sejambak bunga mawar yang telah dia sediakan untuk memberikannya kepada Nia nanti.Dia kemudiannya membuang bunga-bunga itu dan berjalan pergi dari situ.
Nia berlari sepantas yang mungkin ke pondok bangku di belakang sekolah itu. Tetapi,setibanya di sana,Adam sudah tiada di situ.Dia tercungap-cungap keletihan.Ketika dia memandang ke kiri,dilihatnya Adam sedang berjalan pergi dan sejambak bunga yang telah dibuang oleh Adam tadi berada di atas tanah.Lalu,dia mengambil bunga itu dan menjerit memanggil Adam.”Hey awak!Lelaki handsome yang pernah cakap cintakan Nur Niana Elise,nak ke mana tu?.”
Langkah Adam terhenti mendengar panggilan Nia dari belakangnya itu.”Nia?”. Kemudian,dia segera menoleh dan berlari ke arah Nia.
” Nia..,”Adam kelu untuk berkata-kata.
” Bunga ini untuk saya?Tadi ada tanah bagi pada saya,”kata Nia menyindir Adam. Adam hanya tersenyum mendengar sindiran Nia itu.
” Saya ingat awak takkan datang,”kata Adam.
” Maaf,ada masalah teknikal tadi.Sebab tu lewat,”kata Nia sambil tersenyum.
” Pasal apa yang saya cakap tu,awak……,”
” Saya tak dapat terima Adam!,”Nia bersuara sebelum Adam habis berkata-kata.
” Awak tak dapat terima?,”wajahnya yang ceria tadi berubah menjadi muram.”Tak apalah kalau macam tu.Saya memang tahu,lelaki macam saya ni memang tak layak untuk perempuan macam awak,”kata Adam dalam nada yang agak sayu.
Nia tersenyum melihat telatah Adam itu.”Saya tak dapat terima yang awak sembunyikan hal ni sejak dulu lagi.Kenapa awak tak cakap awal-awal?Awak tahu tak, saya dah lama tunggu awak ucapkan kata-kata itu kepada saya.Kenapa baru sekarang?,” kata Nia.
Adam yang tadi berasa sedih,memandang wajah Nia dengan perasaan yang begitu gembira.”Jadi,maknanya awak….,”
” Ya,saya sudi untuk jadi teman awak,”kata Nia sambil tersenyum.
” Yes!!,”Adam melonjak kegembiraan.Perasaannya pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia.Nia tersenyum lagi melihat telatah lelaki yang kini sudah bergelar kekasih di hadapannya itu.
” Nia..terima kasih Nia.Saya janji,saya takkan mempersiakan awak.Cuma awak seorang je yang akan saya sayang,”janji Adam kepada Nia.
” Harap kata-kata awak ini bukan kata-kata yang palsu,”kata Nia setelah mendengar kata-kata Adam itu. ” Sumpah,bukan kata-kata palsu,”kata Adam bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan kanannya.Nia hanya tersenyum.Dia juga turut gembira kerana akhirnya mimpinya selama ini menjadi kenyataan.Dia sungguh tidak menyangka bahawa cintanya selama ini tidak hanya bertepuk sebelah tangan.Benarlah kata-kata orang,jika kita benar-benar menyintai seseorang itu,orang itu juga akan menyintai kita seperti mana kita menyintainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: