Novel : Rahsia rindu 12

Nama Pena : missnera

“Ya ALLAH, apa yang kamu semua buat ni? Habis macam kerbau dah!”

Aku sudah agak ayat itu yang akan keluar dari mulut mak Faris. Mata Ana terbeliak melihat aku dan Faris yang dah tak nampak macam orang. Penuh satu badan termasuk kepala dengan lumpur. Aku dan Faris hanya tersengih.

“Er.. er.. Maira ni yang kenakan Ris dulu mak! Bakal menantu mak ni ganas!”

Aku tidak mampu bersuara, hanya tersengih. Malu teramat sangat. Berkelakuan semacam budak kecil di hadapan bakal mertua sendiri. Ana menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mak Faris mengarahkan Ana mengambil tuala dan pakaian untuk aku dan Faris. Entah-entah sebotol sabun mandian pun belum tentu dapat menghilangkan bau lumpur seluruh badanku. Lama aku berada di dalam bilik air menyebabkan Faris bising diluar sana. Sesekali kedengaran suaran mak Faris yang menegur Faris. Suara Ana juga kedengaran.

Bila aku keluar dari bilik air, Faris sudah tercegat betul-betul depan pintu. Tersentak juga aku melihat ‘zombie’ lumpur dihadapanku.

“Wangi betul, boleh Ris cium?”

“Maira jerit, biar mak dengar!”

“Dah-dahlah tu, Ris. Jangan asyik nak menyakat Maira je!”

Aku tersenyum mendengar suara mak Faris dari dapur. Faris mencebik. Sempat dia mencalit lumpur di dahiku. Hampir terjerit aku dengan perbuatannya tetapi otakku lebih cepat memikirkan bahawa emak Faris berada di dapur. Faris ketawa mengekek.

Aku melangkah naik ke bilik, tanpa sedar aku hampir sahaja terlanggar Along yang entah dari mana muncul. Sepatah kata maaf dariku hanya di jawab dengan jelingan Along. Along tak sukakan akukah? Sepanjang aku berada di rumah ini, Along langsung tidak menegurku. Mungkin dia segan ingin menegur. Aku cuba meyakinkan diri dan memimirkan yang enak-enak sahaja tentang along. Tetapi Along bukan setakat tidak menegurku, bahkan dia seperti memandang aku bagaikan ada yang tidak kena sahaja. Ah, mungkin hanya perasaan aku semata! Seperti kata Ana, Alongnya memang begitu.

Petang itu, setelah solat Asar kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Tanpa Along, Faris titipkan salam untuk abangnya itu. Ada riak kecewa di wajah Faris. Kecewa kerana Along tidak ada bersama menghantar kami. Begitu juga aku. Entah kenapa aku mahu sangat Along mengukirkan senyuman sebelum kami pergi. Sekurang-kurangnya aku mahu tahu Along menerima akan kehadiran aku suatu hari nanti sebagai salah seorang anggota keluarganya.

“Ris tak tahu ke Along tu kenapa?” soalku bila suasana sunyi tanpa sebarang suara. Faris dengan lamunannya. Tanpa sepatah kata sejak memasuki kereta dan meninggalkan perkarangan rumah.

“Erm, entahlah. Along dah jadi perahsia. Ris dah cuba banyak kali tanya dia tapi tak pernah sekali pun dia nak beritahu Ris. Ris kesian dengan Along. Ana selalu beritahu Ris yang Along banyak sangat termenung. Dah dua tahun Along macam tu.” Di akhir kata, Faris mengeluh. Keluhan yang cukup berat. Aku yang baru melihat keadaan Along begitu pun sudah terasa tekanan inikan pula Faris dan keluarganya.

Sampai sahaja di Damansara, azan maghrib sudah berkumandang. Faris mengambil keputusan untuk berhenti bersolat di Masjid Taman Tun Dr Ismail sebelum kami singgah menjenguk Sean.

“Ris dah minta tolong Pak Ngah uruskan hal kita. Pak Ngah dah setuju nak tolong. Kita terus bertunang. Maira beritahu mak dengan abah ya?” Tiba-tiba sahaja Faris mengeluarkan kata-kata itu sebaik sahaja dia memasuki kereta setelah selesai bersolat. Aku jadi terdiam. Tidak tahu mahu memberi reaksi apa.

“Ris, bukan ke cepat sangat? Sempat ke nak buat persiapan?” tanya aku setelah sekian lama berdiam diri. Cuba tidak mahu Faris memikirkan yang bukan-bukan. Faris tergelak kecil.

“Tak adalah, Sayang. Ada lagi dua minggu. Cukuplah tu. Ris dah minta tolong Pak Ngah bincang dengan Abah Maira macam mana nak buat. Malam ni Maira telefonlah abah beritahu nanti tak adalah abah terkejut bila Pak Ngah Ris telefon.”

“Ris…”

“Maira jangan risau. Semuanya akan okay. Cuma kalau Maira rasa Ris bukan yang Maira nak untuk jadi suami Maira…” kata-kata Faris terhenti di situ.

“Ris, tolong jangan nak mengada-ngada fikir yang bukan-bukan eh?! Jangan fikir yang Maira tak nak kahwin dengan Ris.” Sedikit kuat suaraku. Nasib baik berada di dalam kereta. Faris merenungku. Renungan yang penuh pengharapan. Seketika kemudian, ada senyuman terukir di bibir itu.

“Maira ni kan?! Comel la Maira marah-marah. Maira, jangan risau ya. Insya-ALLAH semuanya akan jadi lebih baik. Tapi Ris janji kita hanya akan kahwin bila Sean dah sedar sebab lepas tu bolehlah Maira tumpukan perhatian kat Ris pula.”

Aku tersenyum mendengar perancangan Faris. Jari-jemarinya aku capai. Perasaan yang tadinya penuh dengan pelbagai perasaan kini rasa bahagia yang mekar di hati. Keikhlasan dan impian Faris menjadikan aku benar-benar terharu. Tiga tahun dia menunggu aku dan aku tidak nampak kenapa aku harus menolak lamarannya. Kesungguhan Faris terhadap aku menjadikan aku yakin dia mampu membahagiakan aku. Doa aku panjatkan di dalam hati agar antara kami jodohnya berpanjangan.

“Minggu depan petang Sabtu Ris datang lagi. Pagi tu Ris ada hal sikit. Kita pergi cari cincin dan apa-apa yang perlu ya?”

“Ris…”

“Apa lagi sayang?! Dari tadi dok Ris je.”

“Terima kasih ya! Maira tak tahu nak cakap apa tapi Maira…” aku rasa sebak yang amat sangat sehinggakan aku tidak dapat meneruskan kata-kata. Faris menarik aku ke dalam pelukannya. Aku dapat merasakan Faris mengucup kepalaku berkali-kali.

“Dah jangan menangis. Dah berapa kali Ris kata jangan menangis depan Ris. Maira ni degillah. Dah, jangan menangis macam ni.” Mendengar kata-kata Faris makin aku mahu menangis. Entah kenapa.

“Dahlah, sayang. Jangan menangis. Nanti bengkak mata tu. Tak pasal-pasal kawan-kawan sayang tuduh Ris macam-macam nanti. Kita nak perg tengok Sean kan?! Dahlah, pandang Ris!”

Aku angkat muka, memandang Faris. Faris tersenyum. Saat aku sedang menangis ni dia boleh pulak tersenyum! Getus hatiku.

“Sayang Ris ni tak comel bila menangis. Macam budak kecik je.” Pelahan Faris mengesat air mataku dengan jari-jemarinya.

“Ris tak nak sayang menangis lagi kerana hal-hal macam ni. Ris tak nak tengok Maira yang lemah. Janji tau?!”

“Dah orang sedih. Takkan tengah sedih nak gembira-gembira.”

Faris tergelak.

“Maira tahukan, Ris sayang sangat kat Maira kan?”

Aku mengangguk. Aku tahu sangat betapa Faris sayangkan aku. Betapa Faris mencintai aku.

“Jadi, Ris tak suka tengok Maira macam ni kerana Ris. Ris buat semua ni dengan keikhlasan Ris untuk memiliki Maira kerana Ris amat-amat memerlukan Maira dalam hidup Ris.”

Aku angguk lagi. Cuba memberi senyuman untuk Faris.

“Kita pergi tengok Sean ya?” pelahan sahaja suara Faris.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: