Novel : Biarkan Ia Berlalu 18

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 18

“En. Johan…Cik Erin nak jumpa,” interkom di mejanya kedengaran.

“Ok..awak suruh dia masuk,” Johan memberikan arahan. Seketika kemudian dia merengus. Sejak dua tiga hari ini dia agak sibuk dan kepenatan sehinggakan dia malas nak melayan kerenah tunangnya yang agak kuat mengada-ngada.

“Baby..I miss you…jom keluar,” Erin bersuara sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat Johan yang besar dan kelihatan mewah itu. Johan hanya tersenyum hambar. Dia langsung tak bergerak dari tempat duduknya itu.

Erin terus sahaja berjalan dan melabuhkan punggungnya di riba Johan. Johan hanya mendimakan diri. Dia hanya membiarkan sahaja tunangnya itu duduk di ribanya sambil tangan gadis itu bermain-main dengan tangannya.

“Nak keluar gi mana pulak ni? semalam kita dah keluar kan…I penat la Erin,” luah Johan.

“Ala..semalam kita keluar kejap je…I nak keluar lama-lama dengan you…bolehla sayang…kita keluar shoping, makan-makan, tengok wayang…bolehlah Baby,” rayu Erin. Tangan gadis itu masih belum berhenti bermain-main dengan tangan Johan. Johan merengus. Dia kadang-kadang agak geram dengan Erin yang langsung tak faham dengan kerjayanya sebagai seorang ahli perniagaan. Malah gadis itu dengan senang lenang keluar masuk ke pejabatnya bila-bila masa sahaja yang dia suka.

“I busy la sayang…you tahu kan sekarang ni I kena uruskan banyak sangat projek-projek baru…you tahu kan, kalau I abaikan semua projek tu nanti daddy I bising pulak kat I…you nak kena tunang you kena marah,” pujuk Johan kembali. Dia tahu dengan Erin dia kena banyak berlembut. Dia kena banyak bermain dengan psikologi. Kalau tidak tentu Erin akan memberontak sekiranya dia tak pandai melayan kerenah gadis yang sebegitu.

“Ala…takkan keluar suka-suka sekali sekala pun tak boleh?” tanya Erin manja.

“Tak boleh sayang…I busy sangat…lagipun I kena siapkan semua kerja I tu sebelum kita kahwin ni…you kan cakap kita nak gi honeymoon kat Paris la, London la…Korea la…itu dah makan banyak masa…jadi I kena la siapkan semua kerja tu sebelum kita kahwin ni…you nak tak pergi honeymoon?”

“Tentu la nak…betul ke kita nak pergi ke tempat tu semua,” Erin bersuara girang.

“Yalah…kalau you bagi I siapkan semua kerja I ni…bukan setakat tempat tu saja, tempat lain pun I boleh bawa you,” ujar Johan tersenyum gembira kerana gadis itu mulai termakan dengan pujukannya.

“Ok…I tak akan kacau you lagi…tapi hujung minggu ni you kena juga ikut I pergi pilih pakaian pengantin…ok?”

“Of course la…itu kan baju pengantin kita…I pun nak kahwin juga,” jawab Johan ingin memuaskan hati Erin. Jauh di sudut hatinya dia sendiri keliru sama ada apa yang dikatakannya itu ikhlas ataupun tidak. Semenjak dia menjalinkan hubungan dengan Erin dia lebih kerap menipu. Menipu seakan-akan sinonim dengan hidupnya.

“Ok…I balik dulu…kita jumpa hujung minggu ni ek,” Erin bangun dari ribaan Johan.

“I love you!” ucap Erin lantas tanpa segan silu dia mencium pipi Johan.

“I love you too!” balas Johan sambil tersenyum. Dia memandang gadis itu sehingga gadis itu melangkah dan hilang di sebalik pintu pejabatnya. Johan merengus kuat. Dia menyandarkan badannya ke kerusi.

“Nadia….kenapa kau asyik muncul saja dalam fikiran aku!?” runngutnya sendirian. Sebenarnya dia lebih banyak terganggu dengan gadis itu jika dibandingkan dengan kerja yang terpaksa diuruskan olehnya. Semenjak dia bertemu dengan Nadia fikirannya sering kali terganggu. Wajah Nadia sering kali terbayang malah kenangan dia bersama degan Nadia makin banyak menerjah ke benak fikirannya.

“Woit…kau nak kawin tak dengan aku?” Tanya Johan suatu hari sewakti mereka sama-sama berjoging di sebuah taman berhampiran dengan kolej tempat mereka belajar. Waktu itu umur mereka baru sahaj 20 tahun. Malah sebenarnya pada waktu itu juga orang tua Johan mulai melarang Johan bertemu dengan Nadia. Nadia dikatakan sudah tidak setaraf dengannya setelah keluarga Nadia diisyhtiharkan muflis sewaktu mereka berada di tingkatan lima.

“Kawin dengan kau?” Nadia bersuara lantas berhenti berlari. Kemudian gadis itu berjalan menuju ke bangku yang berada tidak jauh dari tempat mereka berlari.

“Yalah…takkan kita nak macam ni je…kenapa? Kau tak sayangkan aku lagi ke?” Tanya Johan mulai melangkah dan mengikut gadis itu yang sedang membuat senaman ringan berhampiran dengan bangku yang terdapat di bawah pokok.

“Woi…kita belajar pun tak habis lagi…kau dah bercakap pasal kahwin…lagipun aku tengok aunty macam tak sukakan aku je sekarang ni…yalah aku kan tak macam dulu…sekarang ni aku dah miskin…masuk universitu ni pun harapkan pinjaman….tak macam kau,” suara Nadia waktu itu cukup mendatar. Johan faham mengapa gadis itu tiba-tiba merendah diri. Dia tahu semenjak dua menjak ini Nadia banyak terasa dengan ibunya yang seakan-akan mahu menjauhkan diri daripada gadis itu. Malah kadang-kadang ibunya langsung tak bercakap dengan gadis itu sekiranya Nadia datang ke rumahnya.

“Kau tahu aku tak pentingkan itu semua…aku tak kisah kau siapa…siapa keluarga kau…aku hanya tahu aku cintakan kau, kau tahu itu semua kan Nad?” Johan segera memegang erat tangan Nadia. Nadia terdiam seketika.

“Aku tahu…aku tahu kau cintakan aku…aku pun cintakan kau juga…tapi kau juga tahu aku macam mana kan…aku tak akan membelakangi orang tua kita..kalau salah seorang ahli keluarga kita tak setuju dengan hubungan kita…aku tak mampu nak teruskan hubungan kita ni Joe,”

“No! aku akan pastikan mummy dan daddy setuju dengan hubungan kita…lagipun mereka tahu kita rapat sejak kecil lagi kan…dan kalau ibu dengan abang Imran aku tahu mereka pasti sokong dengan hubungan kita….lagipun ibu sayangkan aku!,” ujar Johan sambil tersenyum. Sejak kecil lagi dia memanggil ibu Nadia dengan panggilan ‘Ibu’. Wanita itu yang mahu itu semua.

“Kau tahu aku cintakan kau kan Joe…aku tak tahu aku mampu bertahan sampai sekarang ataupun tidak kalau kau tak ada di samping aku…aku nak kau tahu yang kau banyak bagi kekuatan pada aku untuk teruskan hidup….kau kena janji kau tak akan tinggalkan aku,” pinta Nadia di kala itu. Johan tersenyum. Dia mencium tangan gadis itu dengan mesra.

“Kau tahu aku tak akan tinggalkan kau kan,” ucap Johan penuh yakin.

“Aku sudi kahwin dengan kau kalau kau bawa kau pergi Mancherster untuk honeymoon…kau kena teman aku tengok perlawanan bola sepak yang melibatkan Mancherster United lepas tu kau kena dapatkan tanda tangan daripada Alex Furgeson kat aku…boleh?”

“Boleh! Tapi kau kena temankan aku tengok bola sepak yang libatkan Arsenal pulak, boleh?”

“Ala kau ni…buat apa kau minat sangat dengan Arsenal tu…Mancherster United lagi hebat la,”

“Yalah tu…Arsenal lagi best la wei!”

“Ok..ok macam ni…kau teman aku tengok match Mancherster United…lepas tu aku teman kau tengok match Arsenal pulak..tapi kalau Mancherster United lawan dengan Arsenal macama mana?”

“Kita tak payah tengok!” jawab Johan. Kemudian mereka berdua tergelak dan beriringan menuju ke kereta Johan untuk pulang ke rumah.

“Boleh aku tanya kau sesuatu Nad?”

“Apa dia?”
“Kenapa kau nak sangat tanda tangan Alex Furgeson tu…kan banyak lagi tanda tangan orang lain yang boleh kau ambil…tanda tangan Beckham ke? Owen ke? Ferdinand ke?..alih-alih Alex Furgeson tu jugak yang kau nak minta tanda tangan,”

“Sebab aku tahu satu-satunya orang yang tak akan tukar pergi ke pasukan lain Alex furgeson la…Beckham, Owen, Ferdinand tu semua bila-bila masa boleh berhijrah ke pasukan lain,”

“Mana kau tahu?”

“Tahulah…kau tengok la beberapa tahun akan datang…Alex Furgeson pasti dengan Mancherster United,”

“Yalah tu!”

“Betul…kalau betul apa kau nak buat!”

“Aku akan berhenti dari terus sokong Arsenal!”

“Betul ni…jangan mungkir janji!”

“Promise!”

“Ok…we look and see!”

***

“Gol!” suara Nadia yang kuat memecah kesunyian di banglo mewah milik mereka. Tiara mengurutkan dadanya terkejut apabila mendengar jeritan dari Nadia. Dia menutup laptopnya. Dia langsung tak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja semenjak Nadia membuka televisyen untuk melihat perlawanan bola sepak di Astro.

“Nad…bising la…kau ni kan sejak dulu sampaila sekarang ni…tak habis-habis dengan bola sepak…kau tak boring lagi ke tengok bola sepak kat England!” tanya Tiara. Kemudian dia memandang Baby yang sudah tertidur di samping Nadia. Minah seorang tu kalau sudah tertidur gempa bumi pun dia tak akan sedar.

“Ala…kau ni…tengah best ni…berhenti la buat kerja tu, esok kan ada lagi..sambung je esok,” jawab Nadia. Matanya langsung tak memandang Tiara. Matanya hanya tertumpu pada televisyen melihat perlawanan antara Mancherster United dengan Liverpool.

“Memang dah berhenti dah pun..bising dengan suara kau yang mengalahkan lelaki kalau dapat tengok bola!” bebel Tiara. Nadia hanya tersengeh namun matanya masih tertumpu pada perlawanan yang masih lagi berlangsung.
“Awal kau balik hari ni?” Tanya Tiara. Kakinya mula melangkah menuju ke arah Nadia yang sedang menonton kemudian melabuhkan punggung di salah sebuah sofa berhampiran dengan gadis itu.

“Tak ada kerja…balik la awal…Lion King tu tak suruh aku buat apa-apa hari ni…sejak aku hantar kesemua kerja aku semalam dia terus diam tak cakap apa…mungkin terkejut dengan hasil kerja aku yang cukup memuaskan tu kot,” Nadia bersuara dengan riang. Sekali sekala matanya memandang Tiara sambil tersengeh nakal. Tiara hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala. Dia tahu Nadia mampu lakukan apa sahaja. Gadis itu akan sentiasa memastikan kerja yang dia lakukan sempurna. Kalau tidak masakan dia dapat membina Empayar Friends Coperation dalam masa yang singkat. Siapa sangka dalam masa kurang daripada lima tahun Friends Coperation sudah menjadi salah satu empayar yang digeruni oleh pesaing-pesaing di sekelilingnya.

Nadia tiba-tiba mengalihkan pandangannya tepat ke arah Tiara. Tiara agak pelik lantas melihat ke arah televisyen dan kelihatan perlawanan rehat seketika sebelum separuh masa kedua bermula. Patutla. Bicaranya dalam hati.

“Bagaimana dengan projek Taman Hijau dekat Damansara?” Tanya Nadia tiba-tiba dan menyebabkan Tiara mencengilkan matanya. Dia pelik dari mana Nadia tahu mengenai projek tersebut sedangkan dia belum pernah memberitahu Nadia mengenai projek yang masih lagi dalam perebutan tender.

“How you know that?’ tanya Tiara kembali.

“Aku hanya tahu yang semua syarikat gergasi yang ada kat Malaysia berebut nak dapatkan tender daripada kerajaan tu…mustahil la kalau syarikat kita tak rebut peluang ni kan,” ujar Nadia. Tiara tersenyum dan mengangguk faham.

“Siapa yang uruskan?” Tanya Nadia lagi.

“Baby,” jawab Tiara. Nadia hanya mengangguk faham. Dia tahu dia boleh harapkan Baby. Walaupun dia antara mereka bertiga Baby yang kelihatan paling lembut dan lemah namun hakikat sebenar adalah sebaliknya. Baby merupakan seorang gadis yang paing teliti dia antara mereka bertiga. Sebelum melakukan sesuatu gadis itu akan meneliti semua perkara dari setiap sudut malah sebelum orang lain menyedari sesuatu yang buruk berlaku dia terlebih dahulu dapat mengesannya. Itulah Baby. Bibi Harlina.

“Perkasa Holdings?” sambung Nadia lagi. Tiara faham dengan soalan yang diajukan oleh Nadia.

“Seperti biasa…salah satu pesaing kita,”

“Good..jangan biarkan syarikat tu dapat tender ni…aku akan pantau projek kita ni dari jauh…and jangan lupa beritahu aku berkenaan projek ni dari masa ke semasa,”

“Yess boss… what ever you say!” jawab Tiara sambil memberikan tabik hormat pada Nadia.

“Dah pukul berapa ni?” Baby tiba-tiba bersuara lemah. Nadia dan Tiara tersenyum. Terdapat rancangan jahat yang muncul dalam benak fikiran mereka di kala itu.

“Dah pukul tujuh pagi la minah woi! Kau tu dari semalam tidur kat sini,” jawab nadia sambil cuba menahan tawa.

“A’ah la Baby…kau cakap pagi ni kau kena jumpa Mr. Bell dari Switzerland kan?” sambung Tiara pula.

“Hah…korang biar betul…matilah aku! Mr. Bell tu pantang kalau lewat…macam mana ni,” Baby terus sahaja bangun dan berlari ke atas dengan panik. Serentak dengan itu Nadia dan Tiara ketawa terbahak-bahak. Geli hati mereka melihat Baby bangun dan berlari pantas menaiki tangga untuk ke atas.

“Nad! Tia! Korang jahat la….baru pukul sepuluh malam!” kedengaran suara Baby melaung dari atas. Nadia dan Tiara semakin kuat ketawa. Lucu betul dengan Baby. Sejak zaman sekolah lagi dia selalu dikenakan oleh Nadia dan Tiara kalau setiap kali gadis itu mamai apabila bangun dari tidur.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: