Novel : Cinta Kasihku 4

Nama Pena : siti_kty87

” Papa, Risya nak tambah pengalaman kerja Risya Pa. Risya bukan tak nak kerja di tempat papa. Risya just… “
” Till when? Sampai papa dah tutup mata baru nak kerja kat situ. Risya adalah satu-satunya anak papa. Risya lah harapan papa. “

Farisya hanya mengeluh perlahan. Perbincangan yang tidak ceria di ruang tamu itu amat suram sekali. Permintaan ayahnya, Datuk Hakimi amatlah berat baginya. Dia tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab itu. Tapi tidak sanggup pulak menghampakannya.

” Risya, cuba sesekali tu dengar cakap papa nak. It will be better to understand him. Your father need you. ” Datin Sufiah pula memujuk anak tunggalnya. Harapannya tinggi kepada waris tunggalnya
” Ma….. “
” Risya, sebelum kami tutup mata, tunaikanlah harapan kami. Syarikat tu pun datuk kamu yang usahakan. Selepas dia meninggal dunia Mama dan Papa menerajui syarikat itu. Mama sudah tiada adik beradik lain. Mama bangga dengan Papa, Papa banyak tolong Mama. Sekarang Mama nak tengok anak Mama ni menerajui Syarikat kami. Kami tak mahu ia jatuh ke tangan orang lain. Boleh kan nak ” Datin Sufiah kelihatan mengesat air matanya di tubir matanya. Berharap benar anaknya akan menerajui syarikat itu.

Farisya serba salah. Mamanya sangat berharap. Tidak mungkin untuk menghampakannya. Farisya turut mengalirkan air mata. Tetapi keputusan tiada lagi di tangannya. Farisya memeluk erat ibunya.

” Farisya, Papa dan Mama akan berangkat ke London. Kita akan mendapat tender logistics from there. “
” Sorry ye Pa, Risya tak dapat ikut lah kali ni. Tapi Risya janji lepas ni mesti Risya akan pergi ” Janji Farisya seraya mengambil tempat di sebelah Datuk Hakimi dan memeluk lengannya. Manja. Datin Sufiah hanya menggeleng sahaja tingkah anak tunggalnya.

Datuk Hakimi hanya tersenyum tingkah anak tunggalnya sambil mengusap manja anaknya. Farisya selesa begitu.

” Hai Sayang… ” Pintu bilik Farisya terbuka disebabkan ada orang membuka dari luar.

Farisya terkejut sekejapan. Selepas keningnya kerut seribu. Rasa menyampah pulak tengok muka Si Darwish ni tersengih-sengih pagi-pagi ni. Aku terus fokus kepada kerja ku.

Seperti biasa, tanpa disuruh, Darwish sudah pun duduk di kerusi di hadapan Farisya.
” Good Morning… ” Sapanya lagi setelah panggilan pertama tidak di sahut.
” Hmmm ” Farisya menjawab seringkas mungkin.
” How are you today? ” Soalnya lagi. Matanya tidak berganjak dari menatap wajah itu. Rasa bahagia menyelinap di dalam jiwa. Darwish sendiri pun tak tahu.

Farisya mengangkat sedikit mukanya. Pelik. Tiba-tiba tanya khabar aku ni kenapa. Buang tabiat ke apa.

” Eh, Ko buang tabiat per? Tiba-tiba tanya khabar aku. Hello Encik Darwish, kalau kau nak datang sini nak membodek aku, tak payah. Aku tak ingin nak belanja ko ey. Boleh jalan. ” Tegas suara ku memandang Darwish.

Darwish yang sedikit terkejut seakan-akan tergamam dengan apa yang di katakan oleh Farisya. Aku risau pasal kau, ko boleh buat tak tahu. Kerek pulak tu. Selalu time-time macam ni dia kan rasa ” Perioud Pain ” tu. Ish macam mana aku boleh tahu ni. Heheheh.. Aku belajar dengan Doktor Farhan masa dekat klinik hari tu. Semenjak tu lah aku tahu bila akan menghadapi sakit datang bulan.

” Tak der ar, Aku just happy sikit sebab project tu dah berjaya kita laksanakan. Aku rasa bahagia sekali dapat berdamping dengan Mila. Tak sabar pulak nak bekerjasama dengannya lagi. ” Tawa Darwish meledak. Dia saja nak tengok reaksi Farisya.
” Oh ye ker? Bagus lah macam tu. Aku doakan ko akan sentiasa bekerjasama dengan Cik Mila lagi. ” Selamba je Farisya menjawab.

Darwish sebal. Aku nak kenakan dia, aku pulak yang terkena. Tak da nampak cemburu pun. Ah, bukan dia suka aku pun. Tapi aku rasa Farisya ni saja je nak sembunyi perasaan dia. Ego lah pulak. Heheheh. Aku pun apa kurangnya.

” Hello Encik Darwish, kalau ko nak berangan pergi balik rumah ey.. Masuk kat office aku meraban je. “
” Meraban ko cakap? ” Spontan tangan Darwish mencubit pipi Farisya yang putih gebu.
” Auwww ” Jerit Farisha bila pipinya terasa perit dicubit oleh Darwish. Dengan pantas dia menampar tangan Darwish. Tapi Darwish sempat mengelaknya.
” Ha, padan muka… Cakap lagi aku meraban “
” Eeee Sakit tau. Suka-suka jew nak cubit pipi aku. Aku belasah karang baru tahu “
” Huhuhuhuh, nak belasah aku konon. Tali pinggang warna apa ko ada. Merah jambu boleh la ya sayang “

Farisya bengang. Hari ini dah dua kali Darwish terlepas cakap perkataan ” Sayang ” padanya. Apa kena entah budak ni. Kalau dah jatuh cinta sekali pun tak payah ar nak tunjuk-tunjuk depan aku. Sengal.

” Dah bengang lah tu. ” Ketawa Darwish kuat.
” Wei, ni bukan company ko ey… Ingat sikit nak ketawa tu. Kalau ko nak ketawa macam tu, pergi bukak company sendiri. Macam bapak pontianak. ” Farisya hanya tersenyum. Bapak pontianak? Ok lah tu. Lebih kurang lah.

Darwish terkesima dengan senyuman Farisya yang khusyuk menatap PC nya. Terserlah lesung pipit kedua-dua belah pipinya. Manis. Ish, kenapa aku ni? Aku dah jatuh hati dengan minah hati batu ni ke? Harap-harap tak lah.

” What ever.. Bilik ko ni kan kedap bunyi. Tak de hal punya. ” Darwish membela dirinya. Padahal dia tahu ketawa dia boleh didengari sampai luar.
” Eh, ko ada dapat tak jemputan reunion? Tak sangka kan dah 5 tahun kita tinggalkan dunia study. Fuh lega…. ” Darwish memulakan topik sebenar.
” Ada, tapi kena dengan partner lah.. Malas aku. Lain lah ko excited.. “
” Apasal pulak? “
” Yelah ko boleh ajak Cik Mila tu as partner ko masa kat Dinner tu nanti. Ko ni sengal betol lah. Ko dah ajak belum dia? ” Tanya Farisya sekadar ingin tahu.

Darwish terdiam. Aku baru nak ” Melamar ” ko as partner aku. Boleh pulak ko cilok ek. Eeeee geram je aku tengok. Alamak macam mana ni. Aku tak tahu lah pulak macam mana nak ajak dia ni.

” Habis ko? ” Soal Darwish pula.
” Aku? Maybe tengok ar macam mana. Hariz ada ajak aku jadi partner dia. Tapi tak tahu ar. “

Fuh nasib baik aku tak cakap aku nak ” Melamar” dia. Kalau tak bengang aku. Darwish melepaskan keluhan berat didadanya. Nafasnya seakan tidak teratur bila terdengar nama Hariz di bibir nipis Farisya. Cemburu mungkin.

” Ohhh, kalau tak salah aku dia tu abang senior kita kan? “
” Ermmm yer. Tua setahun jer dari kita. “
” Yer tapi dia sama graduate dengan kita. Aku pernah satu roommate dengan dia dulu masa sem 3 and 4.” Serta-merta terbayang perwatakan Hariz yang berjiwa lembut, menyakiti hati orang lain orang senang dengan dirinya.
” Oh… Entah… Aku pun tak tahu. Eh Wish, aku nak balik.. Dah pukul 5.00 petang ni. Esok Papa dan Mama aku nak berangkat ke London. ” Farisya segera mengemas sambil di perhatikan oleh Darwish.
” London? Honeymoon ker? Ko tak ikut ke? “
” Aku kerja melambak nak ikut pulak. Lain kali kot aku pergi. Lagipun Papa aku dapat tender shipping there. Entah lah aku tak tahu lah. ” Fikirannya tiba-tiba serabut bila teringat permintaan Papa dan Mamanya
” Tak lama lagi dapat adik baru lah ko yer. Apa salahnya baru seorang ” Gurau Darwish sambil ketawa.
” Memandai jew ” Kebetulan Farisya berdekatan dengan Darwish terus mencubit lengan Darwish. Padan Muka.
” Auwww, Ko ni ganas ar. Macam mana Si Hariz tu suka kat ko yer ?”
” Ko nak kena lagi ker? “
” Ok, nah, cubitlah sayang ” Kata Darwish sambil mengunjukkan lengannya menandakan dia rela di cubit.Darwish memberi pandangan menggoda kepada Farisya.

Farisya terpaku. Sayang lagi. Mata mereka bertembung. Hilang segala marah Farisya bila melihat pandangan itu. Hatinya berdebar. Dalam tenang Farisya menutup matanya dan beristighfar didalam hati. Tanpa sebarang kata, Farisya keluar tanpa ucapan. Darwish mengeluh.

Farisya perlu pulang segera. Kerana Papa dan Mamanya mengajaknya pergi majlis makan malam di rumah temannya. Aku pun pelik kenapa beria-ia Mama suruh aku mengikutnya. Mesti bosan. Selalunya jangan harap aku nak pergi. Buang masa je. Baik aku tidur je kat rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: