Novel : Janji 24

Nama Pena : dr.rock

Adam dulu dan sekarang memang banyak bezanya.Mungkin pergaulan yang luas sejak menjadi pgawai perubatan mengubah Adam menjadi seperti hari ini.Perubahan yang seharusnya ada pada seorang yang setiap hari berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang ramai tentunya.

Adam yang dahulunya pendiam berubah menjadi lebih mesra.Aku senang dengan perubahan sikap Adam.Kalau dulu mukanya yang masam dan muram mengisi hari-harinya sebagai pelajar kini tiada lagi.Senyuman manis tak lekang di bibirnya.

Dan pertemuan kali kedua kami, Adam yang menghulurkan salam perkenalan terlebih dahulu.Tentunya cukup membuatku terkesan.Adam yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr.Adam dan mengingatkan aku bahawa dialah senior yang paling kedekut suatu ketika dahulu.

Termangu aku dibuatnya.Mukanya memang tak jauh berubah.Masih Chinese look seperti dulu dengan cermin mata yang setia. Cuma sikapnya amat ketara.Kata Adam, dia yang membuatkan senyuman aku mati bila dia tak membalas senyuman aku.Dah pandai bergurau senda dan mengenakan orang pula.

Pertemuan kami tak ada yang istimewa.Aku mengenali Adam sebagai senior yang pre-menstrual syndrome(PMS) sepanjang masa.Mana tidaknya, sepanjang waktu muka berkerut.Banyak betul masalah negara yang melanda.Mengalahkan PM lagaknya.

Mujur tak berkedut muka dia.Kalau tidak, tak sanggup rasanya menjatuhkan air muka aku minta RM22.50.Bukan kata 22.50, minta 22 sen pun aku tak sanggup kot.Ces, memilih pula aku ni.

Bile teringatkan pertemuan demi pertemuan kami tanpa sedar aku tersenyum sendirian.Pertemuan kami tak ada kata-kata cinta Cuma perlakuannya menunjukkan rasa hatinya.Memang mendebarkan hati.

Adam tak habis-habis dengan perangai berkiasnya.Mujur la otak aku ni geliga juga.Kalau tidak, panjang berjela la luahan hati aku gamaknya.Kalau tak, mungkin tak terluah hingga ke hari ini dan tak balik ke Pahang la hujung minggu ni kot.Apa-apa pun, aku mengharapkan pertemuan kami berakhir dengan hal yang mengembirakan.Moga hati kami bersatu dalam ikatan murni sebuah pernikahan.Amin.

————————————————

“Isk..isk, Cik Kak.Angau ke?Dari tadi Kak Ton perhatikan Ida tersengih-sengih seorang diri.Melayang jauh ke mana fikiran Ida?”,teguran Kak Ton menyentakkan lamunan aku.

Muka dah rasa panas semacam.Aduh, Kak Ton ralit perhatikan aku ke dari tadi rupanya.

“Gelabah la tu?Ada apa dengan Adam tadi?Takkan la belanja saja-saja je.Ni mesti bukan sengaja ni.Tak mahu cerita dengan Kak Ton ke?’,tambah Kak Ton lagi.

“Isk..tak ada apa-apa la akak.Saja borak-borak kisah lama.Maklum la lama tak jumpa!”,dalih aku.Sedaya upaya aku kawal suara dan rasa gelabah dalam diri.Kalau tidak, tak pasal-pasal mengantoikan diri sendiri nanti.

“Erm..yelah tu.Kak Ton kenal sangat siapa Adam tu.Dia takkan makan dengan perempuan sesuka hati dia.Ni mesti ada something special nih.”,teka Kak Ton dengan muka curiousnya.

Aku mendiamkan diri sambil mengangkat bahu.Data pesakit di tangan aku letakkan di atas meja.Biarlah Kak Ton dengan tekaannya.Kalau betul, tak dapat hadiah.Kalau salah, aku tak berhak nak marah.

“Ha..Kak Ton tahu dah.Mesti dia ajak Ida kahwin ni?Dia pun memang dah lama tunggu dan cari calon isteri.Adam melamar Ida ye?”.

Fuh, 100% untuk soalan cepumas dari Kak Ton.Tapi malas nak bercerita panjang lebar, aku mengangkat bahu untuk kedua kalinya.Dan Kak Ton tergelak melihat aku yang konon-kononnya berahsia.

——————————————————

“Bukan saya lamar dia Kak Ton.Ida yang lamar saya”,ujar suatu suara dari pintu masuk wad.

Aku dan Kak Ton berpaling.Adam memandang kami dengan senyuman nakalnya.Bila masa dia muncul pun aku tak tahu.Tup..tup,timbul jawapan penuh kontroversi.

Mendengar kata-kata Adam, Kak Ton terkekek-kekek ketawa.Sedangkan aku rasa panas seluruh muka, darah menyerbu naik ke muka.Malu weh.

“Uisyh, berani juga Ida ye?O..selama ni malu-malu kucing jelah.Sekali melamar Adam jadi bakal suami tu.Memang hot betul gosiip ni”,ujar Kak Ton lagi sambil berlalu.Mungkin bahu memberi ruang kepada kami bersemuka.

Sedebik kena atas kepala aku.Isk..isk, apa kes Muhammad Adam Lutfi buat cerita dongeng ni.Bukan aku melamar dia, just menyedarkan dia supaya lamar aku je.Silap teknik la pula, sempat lagi dia memalukan aku tu.

Adam berjalan ke arah aku dengan senyuman masih di bibirnya.Aku mengalihkan pandangan, buat sibuk-sibuk mengemas meja.

“Tak payah buat rajin.Bukannya tak ada cleaner nak bersihkan meja tu.”,Adam menempelak perbuatan aku.

Perbuatan aku terhenti.Rasa malu yang masih menyelubungi membuatkan aku tekad melarikan diri.Nak pula nurse yang bertugas malam ni semuanya boleh tahan busy bosy.Memang naya kalau berbincang bab sensitif dalam wad ni.Macam-macam tajuk berita la keluar besok jawabnya.

“Lah tak boleh discuss dekat sini je ke?Malas la nak berjalan”,protes Adam bila aku mengajaknya berbincang di luar wad sahaja.Mula dah dia buat perangai.

“Nak ke tak bincang?Kalau nak dekat luar.Kalau tak, better Adam balik rumah je”,tegas aku bila Adam masih belum mengikuti langkah aku.

“Kenapa tak boleh dekat sini je?”,soal Adam lagi dengan senyuman nakalnya.

Aku mengetap bibir geram.Kura-kura dalam perahu, sengaja buat-buat tak tahu pula dia ni.Macam tak kenal dengan perangai para jururawat tu je.Cukup la aku dimalukan sekali.Tak mahu la aku kena sekali lagi.Kalau dia nak cover diri sendiri jap lagi, memang aku la yang kena.Entah apa pula kata dia.

“Adam Lutfi, tak nak balik Pahang ye hujung minggu ni?”,soal aku geram bila Adam masih belum berganjak dari tempatnya berdiri.

Degil memang nak kena piat telinganya.Kalau si Asyraf memang dah lebam birat telinganya.Adam yang tadinya degil akhirnya berjalan mengikut langkah aku.Tahu pun takut kena gertak.

——————————————–

Adam buat-buat tak dengar bila aku mempersoalkan kedatangannya yang tak diundang di wad malam ini.Adam sibuk dengan telefon bimbitnya, soalan aku dibiarkan tak berjawab.Aku jauh hati dengan sikapnya.Melihat kelakuan Adam yang sebegitu, akhirnya aku mendiamkan diri.Kesunyian menyelubungi pertemuan kami sekali lagi.

Adam berbicara di telefonnya.Ketawa dan membiarkan aku termangu sendirian.Dengan siapa, apa dan mengapa dia berbual aku pun tak tahu.Malas nak kacau daun.

“Mak nak cakap dengan Ida”,ujar Adam sambil menghulurkan telefon bimbitnya pada aku.

“Mak siapa?Mak Adam ke Mak Ida?”,soal aku kepadanya kembali,mahukan kepastian.

Yelah kan, kalau mak aku boleh la aku goreng cerita ikut versi aku.Ketawa sesuka hati gembira.Tapi kalau mak dia, kena control ayu sikit la.Kalau tidak, kena reject tak pasal-pasal.

“Tak ada lagi mak Adam & Mak Ida.Mak kita mulai sekarang ok!”,balas Adam dengan isyarat aku segera berbicara di telefon.Tak mahu orang di sini tertunggu-tunggu lagi.

—————————————–

“Assalamualaikum”,ringkas kata-kata aku memulakan perbualan.Adam yang duduk disebelah aku tersengih-sengih melihat kegugupan aku.

“Waalaikummussalam.Mak ni.Nurin Rusyaida.Apa khabar ye sayang?”.

Suara perempuan di hujung talian cukup lembut di pendengaran.Memang penyayang betul lagaknya bakal mak mentua aku ni.

“Alhamdulillah sihat.”,sepatah aku menjawab.Keluh lidah aku dibuatnya.Tak ada angin..tak ada ribut,kena ngomong sama mentua tiba-tiba.Isk, naya-naya.

“Sepatah mak tanya, sepatah Ida jawab.Kata Adam, Ida yang melamar dia ye?Dengan Adam ok,Takkan malu dengan mak kot”,soal emak Adam lagi.

Waduh, sekali lagi dia hebohkan cerita 22.50 aku tu.Geramnya.

“Mak gurau je tadi.Biasa la Adam tu.Lambat sikit bab hati dan perasaan ni.Kalau Ida tak bagi hint dekat dia, memang lambat lagi la mak nak terima menantu.Entah-entah, sampai sudah la dia dok memendam rasa.Sampai kurus kering hari raya.Orang lain makan lemang, dia makan hati tak kenyang-kenyang “,luah emak Adam lagi bila aku mendiamkan diri.

Kata-kata emak Adam mengundang ketawa aku tanpa dipinta.Oho, malu nak mengaku dengan aku.Padahal, frust tahap menonggeng.Depan aku, tak mudah lagi cool menahan hati dan perasaan.

“Bila mak tanya, dok kata itu ini lah.Macam-macam alasan dia.At last, dia mengaku juga tengahari tadi.Dia minta mak pinangkan Ida cepat-cepat.Hujung minggu ni juga nak ke Temerloh.Tak sedar hujung minggu tu tinggal dua hari lagi.Kelam kabut mak dibuatnya”,tambah emak Adam lagi.

“Er…..kalau mak cik keberatan, nanti-nanti pun takpe.Kesian dekat keluarga Adam nak siapkan semua benda dalam jangka masa singkat ini.Saya tak kisah Mak Cik”,ujarku gugup bila tersedar aku hanya punya 2 hari untuk mempersiapkan segalanya.Mental, fizikal dan kawan-kawannya.

“Bukan mak cik dah sayang.Kena belajar panggil mak mulai sekarang.Mak tak keberatan.Insyaallah, hari Ahad ni sampai la kami ke rumah Ida.Ha, lagi satu Ida tak boleh panggil Adam lagi, kena cuba panggil abang.Apa-apa pun,Terima kasih ye sayang.Sudi jadi menantu mak”,pujuk emak Adam lagi sebelum mengakhiri perbualan kami.

———————————–

Aku tergamam mendengar butir bicara emak Adam.Sedangkan Adam yang duduk di sebelah aku tergelak sakan melihat reaksi aku yang tak ubah macam mayat hidup..Pucat lesi aku dibuatnya.

“Lah, baru cakap dekat handphone dah pucat lesi.Kalau berdepan dengan mak nanti, takkan nak pengsan kot”,gurau Adam.Ketawanya masih kedengaran.Isk, suka benar menyakat aku.

“Amboih.Sedap mengata saya.Tak sedar betul,Orang tu pun pucat lesi bila jumpa abah aritu.Pastu kurus kering sebab makan hati.Suka sangat layan gossip.Malu nak mengaku la konon”,tempelak aku geram pada Adam.

Ketawa Adam terhenti.Raut wajahnya berubah, tahu pun malu.

“Kenapa, tak mahu mengaku lagi?”,soal aku lagi bila muka Adam mula merona kemerahan.Seronok juga mengenakan dia malam-malam hari ni.Akhirnya Adam menganggukkan kepala.Dan aku tersenyum meraikan kemenangan aku.

“Jap..jap, yang Ida gelabah before letak phone tadi kenapa?”,soalan Adam membuatkan senyuman aku mati.

Ah sudah, dia mula sesi soal-siasat dah.Apa aku nak bagi alasan bernas lagi jitu ni.

“Biar Adam yang teka.Cepat sangat nak hujung minggu ye?Takut nak jumpa bakal mak mentua?Ke takut terpengsan masa merisik?”,soal Adam dengan sengihan nakalnya.

Aku menggelangkan kepala.Bukan sebab tu yang membuatkan aku gelabah.Tapi panggilan keramat yang harus aku praktis mulai sekarang.Naya…naya.

“Ok,kalau bukan sebab tu kenapa ye?Macam kera kena belacan dah jadinya?Let me guess, mak suruh praktis panggil Abang ye?”,teka Adam.

Anggukan kepala aku mengundang ketawa Adam.Aku malu sendiri mengingatkan pesanan emaknya tadi.Nanti-nanti la aku praktikkan.

“Ida, give me ur phone.Abang nak call mak!”,ujar Adam sambil menghulurkan tangannya.Sengih jahat lagi tu, siap ber\’abang\’ bagai.Rasa macam nak berlari aku dibuatnya.

“Nak call mak lagi?Tadi kan dah call”,protes aku.Handphone tetap aku hulurkan padanya.Adam tersengih melihat kepatuhan aku.Takkan nak mengadu dengan mak dia guna handphone aku pula.Tak patut..habislah kredit aku jap lagi.

“Bukan mak Abang, mak Ida pula.Takkan Abang nak datang serang je rumah Ida nanti.Tak pasal-pasal serangan jantung family Ida nanti”,jelas Adam berterus-terang.

Sebagaimana pesanan emaknya, Adam sekali lagi membahasakan dirinya ’abang’.Naik meremang bulu roma aku dibuatnya.Nak hilangkan rasa seram dan semacam, ada pula idea yang melintas.Kita kenakan dia balik.Hehe

“Bukan mak Ida tau.Mak kita!”,ujarku sebagaimana kata-katanya tadi.Mendengar kata-kata aku, Adam menggarukan kepalanya.Tersedar aku mengenakan dia barangkali.

“Assalamualaikum, mak Ida dan Adam..Tengah buat apa?”,kata Adam memulakan perbualannya dengan emak.

Dan rasa bahagia datang tanpa aku pinta.Mak kita, boleh la!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: