Novel : Semarak Cinta 26

Nama Pena : Benangmas

“Eh banyaknya kereta parking kat depan rumah akak. Mak akak ada buat kenduri ke?” Soal Murni setibanya kereta Adi Hamidi memasuki halaman rumah, Nur Alia tersenyum manis melihat beberapa buah kereta tersadai dihalaman rumah abah dan emaknya.
“Takde lah tu semua kereta Kak Long dan Abang Ngah, diaorang memang macam tu, kalau ada masa free aja semua balik ke kampung. Masa akak bujang dulu pun macam tu juga, tiap-tiap hujang minggu mesti balik kampung jenguk mak ngan abah.” Murni hanya mengangguk kecil. Nur Alia sudah tidak sabar-sabar berjumpa dengan abah dan emaknya, terasa rindu yang amat. Wajahnya kelihatan ceria. Adi Hamidi memakirkan keretanya disebelah kereta Viva berwarna hijau yang kelihatannya masih baru.
“Kereta siapa pulak ni…” Soalnya perlahan. Soalan itu termati dengan sendirinya apabila anak saudaranya Nadia menjerit-jerit memanggil namanya, Firdaus juga berlari melulu menghampirinya lalu bersalam.
“Nah! bawak beg Mak Chik ni naik keatas, berat lah tak larat nak bawak,” sengaja Nur Alia mengenakan anak saudaranya. Murni hanya tersengih melihat keletah kakak iparnya dalam diam dia juga suka membuli rupanya, “memang padanlah dengan abang tu.” Bisik hatinya. Firdaus memjinjit beg yang diamanahkan kepadanya. Dia sedikit pun tidak membantah. Firdaus dan Nadia menghilang ketika mereka menghampiri tangga.
“Assalmualaikum..”lembut tuturnya memberi salam. Nur Alia melangkah masuk ke rumahnya, suasananya kelihatan sunyi tanpa suara-suara keriuhan adik beradiknya.
“Eh! mana pulak semua ni. Sunyi aja.” Dia mengintai-ngintai ke dapur namun kelibat mereka juga tiada. “Mak, abah panggilnya.” Setelah dua tiga kali melaungkan nama emak dan abahnya dengan tiba-tiba gema suara yang menyanyikan lagu selamat hari lahir untuknya dari arah bilik mengkakukan gerak langkahnya, dia berpaling ke bilik Abang Ngah. Mereka keluar dari bilik beramai-ramai sambil memegang kek yang dinyalakan lilin ke atasnya, dan pembawanya ialah abah. Murni dan Adi Hamidi tercengang-cengang melihat kejutan yang diberikan kepada Nur Alia. ’Hari lahir isterinya kah hari ini?.’ Soalan itu bermain difikiran dua beradik itu. Mereka tidak pernah tahu dan tidak pula mengambil tahu. Nur Alia yang berdiri kaku ketika ini tersedu-sedu. Dia tidak menyangkan sama sekali abahnya masih mahu meraikannya walaupun hari lahirnya telah seminggu berlalu.
“Apa ni birtday girl menangis, eeee tak malu.” Jerit Abang Ngah menjadikan suasana gamat dengan hilai tawa. Nur Alia menyapu airmatanya dengan lengan baju, dia tersenyum dalam keadaan mata dan hidung yang merah.
“Kenapa Kak Chik nangis pulak, tiup la lilin tu nanti hangus kek tu,” jerit Adif. “Mak chik cepat..cepat la Yaya dah lapar ni.” Anak abang Ngah merengek manja.
“Haa.. tengok tu Kak Chik anak abang Ngah dah kebulur tu.” Sampuk Suraya sengaja mahu mengusik abang Ngahnya. Hilai tawa mereka sambung-menyambung. Murni dan Adi Hamidi hanya tersenyum kelat. Nur Alia menghampiri suami dan adik iparnya, dia menarik tangan mereka ke meja makan yang sudah tersedia. Abah meletakkan kek yang tertulis ’Selamat Hari Jadi Anakku’ itu diatas meja, walaupun ukiranya nampak simple tapi kelihatan menarik.
“Dah la tu nangisnya, tak manis la, tengok suami kamu tu pandang dari tadi.” Mak Aji membisik lembut ke telinga anaknya, Nur Alia membalas dengan senyuman. Nur Alia mencuim tangan emaknya dan memberikan pelukan kasih sayang. Dia memperlakukan itu juga kepada abahnya. Dibisikkan ucapan terima kasih kepada abahnya. Adi Hamidi menghampiri ibu mentua nya lalu diciumnya sebagai tanda hormat Murni juga menurut.
“Jom Adi, Murni jemput makan jangan malu-malu ini juga keluarga kamu.” Kata abah memanggil Adi dan juga Murni menghampiri mereka. Murni memandang abangnya dengan senyuman yang tidak dapat digambarkan.
“Memandangkan hari jadi Alia sama dengan Murni jadi apa kata kalau Alia ajak Murni potong kek sama-sama.” Pintanya penuh perhatian, dia memandang Murni dan mengangguk kecil. Semua mata turut memandang wajah yang sedikit malu itu.
“Eh tak payah la kak, ini kan majlis akak..” katanya perlahan dia segan apabila semua mata tertumpu kepadanya.
“Apa pulak nak segan kita kongsi tarikh yang sama, jika family akak raikan hari lahir akak maknaya Murni pun kena turut serta lah. Jom!.. “Nur Alia menarik lembut tangan adik iparnya untuk turut sama-sama memotong kek. Adi Hamidi hanya tersenyum tawar. Dia betul-betul terkejut dengan sambutan hari lahir isterinya dan paling tidak disangka isterinya juga berkongsi tarikh lahir dengan adik kesayangannya. Adi Hamidi merasa bersalah. Seharian Nur Alia menemani meraka mencari hadiah untuk Murni sedangkan untuknya langsung tidak dihiraukan.
“Eh! buat apa tercegat kat situ lagi tu..hai takkan dah raikan dengan isteri kat sana bila sampai sini dah tak nak raikan, jamuan ni kecik aja, tentu Adi dah bawa Alia ni ke tempat yang special kan sambut dua orang pulak tu. Tentu meriah.” Adi Hamidi hanya tersengih mendengar kata-kata Kak Ngah, jika mereka tahu bahawa dia tidak pernah meraikan hari lahir Nur Alia pasti mereka akan mengutuk nya teruk-teruk. Nur alia tersenyum santun.
“Akak bagitahu lah kat mana abang raikan hari lahir akak ngan Murni ? Atas menara tu ke?” Soal Suraya menyibukkan diri ingin mengorek rahsia.
“Mana boleh bagitahu itu rahsia kami. Yang penting sekarang kita potong kek ni dulu kan Yaya. Suraya hanya menjuihkan bibir, Adif menutup mulutnya ketawa dalam diam. Nur Alia dan Murni sama-sama memotong kek, dia tidak mahu bersoal jawab berpanjangan nanti bimbang dia lagi banyak berbohong. Dia perlu menjaga hati suaminya. Alunan suara menyanyikan lagu selamat hari lahir sekali lagi begitu bersemangat, Murni turut gembira dengan layanan keluarga kakak iparnya yang boleh menerimanya, dalam hatinya terasa sayu, dia sendiri tidak pernah bertanya akan tarikh lahir kakak iparnya. Sesudah kek dipotong Adi Hamidi mencium lembut pipi isterinya lalu dibisikkan “selamat hari lahir sayang,” Nur Alia hanya mengangguk lalu menghadiahkan sebuah senyuman manis buat suaminya, walaupun Adi Hamidi terlewat mengucapkannya. Ucapan ringkas tadi adalah hadiah yang bermakna buatnya. Abah, emak dan adik beradik Nur Alia turut menghadiahkan ciuman. Murni juga menerima hadiah ciuman daripada ahli keluarga perempuan Nur Alia, yang lelaki cuma mengucapkannya. Usai sahaja acara potong kek, mereka menjamu selera, hidangan yang tersedia cukup menambahkan lagi rasa lapar mereka. Nur alia duduk bersimpuh disebelah suaminya. “Ermmmm…Viva kat luar tu hadiah Alia ke bah,” soal Nur Alia dalam gurauan lalu memandang wajah abahnya sambil mengangkat kening. Hj Ismail tersenyum meleret bila mendengar soalan anaknya itu. Suraya yang sedang enak mengunyah kek, tersedak.
“Eh! tu Su punya lah kak, ada hadiah dia pulak..” jerit Suraya sambil bangun menghampiri kakaknya.
“Oh! ini tuan punya kereta ingatkan siapa tadi, hairan juga sebelum ni takde angin takde ribut tiba-tiba aja tercongok aja Viva kat depan tu. Ingatkan itu pun satu kejutan untuk akak tadi..” usik Nur Alia kepada adiknya Suraya yang menjulurkan lidahnya apabila mendengar sahaja kata-kata kakaknya.
“Eee..buruknya muka.” Ejek Adif melihat kakaknya Suraya menayang muka seperti budak-budak. Gamat rumah dengan suara riuh rendah gelak tawa ahli keluarganya. Dalam keadaan begitu ada hati yang resah, Adi Hamidi resah disebabkan rasa bersalah terhadap isterinya. Nur Alia berjaya menutupi semua kesilapannya. Berkecil hatikah isterinya selama ini.

Nur Alia membantu ahli keluarganya mengemas pinggan kotor, walaupun ditegah oleh Kak Ngah dia tetap degil membantu, padanya tidak ada beza dia yang disambut atau dia yang meraikan. Murni juga turut ringan tulang membantu, dia sedikit pun tidak kekok dengan ahli keluarga kakak iparnya, Murni punb boleh tahan juga mulutnya, memang gamatlah ada mereka bertiga , sudah pastilah tak menang mulut jadinya, ada-ada sahaja senda guraunya bersama Suraya dan Adif. Suaminya entah kemana menghilang bersama abang Ngah, abang Long dan abah , pasti sedang berborak diluar rumah.

“Hei Adif kau perasan tak, kau sorang jerk lelaki didapur nie tau,kau nak jadi si lembut ke..? suara Suraya yang kuat itu memeranjatkan semua orang didapur. Suraya berlagak selamba dengan pandangan adik beradiknya.
“Subhanallah anak dara aku ni, suara kamu dah macam suara lelaki Suraya oii, memang kena lah kamu tu, sorang nak jadi perempuan sorang pulak kasarnya macam lelaki.” Bebel Mak Aji yang masih terasa terkejut dengan sergahan Suraya kepada Adif.
“Malas la Adif nak ke sana, dah puas la tengok ayam, angsa,ngan tengok itik, alih-alih muka tu juga takde bertukar pun, lain la kalu kat sini..ada bunga.” Katanya mula mengenyitkan mata pada Murni.
“Dah kau tengok angsa, tengok itik takkan bertukar jadi Azura kot.” Sakat Suraya lagi, dia sahaja mahu mencetuskan perang mulut dengan adiknya, kalau sehari tidak berdebat tak sah, nasib baiklah mereka ini masih tiggal bersama dengan orang tua mereka jika tidak pasti Mak Aji dan Hj Ismail tentu akan sunyi tinggal berdua.
“Kak Su ni apa arr dari Murni tak tahu dah jadi tahu. Orang nak la juga kalau kandang abah tu bertukar jadi Disney Land ke best juga, hari-hari ke sana pun tak puas..” Murni tergelak mendengar jawapan lawak dari Adif itu. Memang jawapannya tidak masuk akal langsung namun ia mampu mencetuskan suasana gembira.
“Ha itu aja kau tahu yea..” Marah Mak Aji..”Dah…Dah ni tempat orang perempuan, pergi tolong abah apa yang patut tu.”
“Mak ni Adif nak duduk kat bunga ni pun tak senang la..” usik Adif sambil memandang kepada Murni dan tersenyum nakal.
Suraya yang mendengar jawapan adiknya itu membaling sayur sawi yang sudah kekuningan ke arah Adif, daun sawi itu betul-betul melekat kewajah tampan Adif.
“Eh! apa Kak Su ni, muka orang yang hensem ni dah rosak pulak, tengok jambol Adif dah patah ni..” Marahnya diatas tindakan kakaknya yang semakin kasar bergurau. Mereka semua ketawa melihat wajah Adif bertukar kelat.
“Sudah..sudah jangan nak cari gaduh kat sini, sebelum mak masuk campur Adif, baik kau cepat hilang kan diri ambil sekali daun sawi tu bawa ke sana.” Kata Mak Aji memandang anak bongsunya, Kak Long dan Kak Ngah yang mengikuti drama sebabak dari mereka tadi ketawa sakan. Mereka tahu Mak Aji juga bergurau cuma keadaan itu sengaja diseriuskan agar anak-nakanya tidak melawan. Nur Alia juga turut terhibur dengan keletah adik-adiknya. Suraya walaupun sudah bekerja sifat nakalnya susah hendak dibuang. Macam manalah bila sudah bersuami nanti. Nur Alia mengelengkan kepalanya beberapa kali. Adif membawa diri sebaik sahaja Mak Aji memberi amaran. Gerak bibirnya ditujukan kepada Suraya yang tersengih memadang. “Nahas Kak Su nanti.” Suraya gelak besar bila dapat menangkap apa yang diucapkan adiknya sebentar tadi. Murni turut ketawa melihat aksi dua beradik itu.
“Jangan dilayan sangat perangai dua orang ni Murni, naik jenuh mak membebel tak ubah-ubah jugak perangai mereka ni, makin kuat gaduhnya.” Mak Aji membahasakn dirinya “mak” kepada Murni. Murni senang dengan gelaran itu terasa dia bagaikan berada didalam keluarganya sendiri. Teringat dia kepada kedua orang tuanya yang sedang mengerjakan haji. Rindunya.
“Hai Kak Alia geleng kepala pulak apa yang tidaknya tu..” Soal Murni memandang Kak Alianya. Semua mata juga tertumpu kepadanya.
“Takdelah akak cuma terfikir tadi, macam mana erk kalau Su dah kahwin nanti, macam ni juga ke Su ngan suami Su.” Soal Nur Alia kepada Suraya.
Kak Long yang mengikutinya dari tadi turut menyampuk. “Kak Long rasa takdenya orang nak kat Su ni, kasar semacam jerk..” Suraya hanya mencebikkan bibirnya.
Suraya mencebik “Nanti kalau Su bawak balik pakwe hensem jangan Kak Long terkejut pulak. Lebih malang lagi Su bimbang kalau-kalau Kak Long tinggalkan abang Long, cinta beralih arah..haa, baru tahu camner nanti Kak Long .”Balasnya.
“Amboi mulut..tengok lah tu mana ada orang nak kat kamu kalau macam tulah gayanya kamu bercakap Suraya.” Marah Mak Aji pada anak gadisnya itu. Kak Long ketawa mengekeh ada-ada sahajalah jawapan adiknya itu, Kak Long berlalu apabila anak kecilnya yang bersia dua bulan menangis.

“Mak bila abah bela angsa ngan itik tu mak, dulu kan abah bela ayam aja kan.” Soal Nur Alia apabila Adif sudah hilang dari pandangan.
“Baru aja dua hari lepas abah bela binatang tu, habis aja periksa SPM abah kau dikerahnya si Adif tu bantu dia siapkan kandang angsa yang susah-sudah abah upah Pak Leman buatkan.” Terang Mak Aji lalu beredar ke halaman rumah, dia ingin menunjukkan kandang binatang peliharaan suaminya. Nur Alia dan Murni membututi langkahan Mak Aji. Kak Ngah dan Suraya masih lagi mengemas dapur.

Yaya berlari mendapatkan Tok Wannya sambil dikejar Firdaus. Suaranya yang mengelekek ketawa dan sesekali menjerit nyaring menambahkan bunyi yang sedia ada.
“Jangan lari sayang, nanti jatuh la.” Mak Aji melarang cucunya berkejaran. Nur Alia menangkap Yaya kedalam dakapannya. Firdaus mengeletek Nur Alia, Mak Aji dan Murni ketawa melihat aksi Firdaus yang tidak berpuas hati dengan tindakan Nur Alia mendakap Nadia.
“Yaya dengan abang Firdaus dari mana ni.” Tanya Nur Alia kepada satu-satunya anak saudara perempuannya.
“Yaya dari kandang Tok Abah la Mak Chik, ada ayam, itik panjang,itik pendek.” Beritahunya bersungguh-sungguh. Mak Aji tergelak mendengar cucunya Yaya memanggil angsa dengan gelaran itik panjang.
“Bukan itik panjang la sayang, itu angsa.” Mak Aji memperbetulkan tanggapan cucunya itu.” Jom kita ke sana!.” Mak Aji mengajak Nur Alia dan Murni ke kandang peliharaan Hj. Ismail. Firdaus sudah pun berlari ke arah Tok Abahnya.
“Alia sekejap!.” Laung Abang Ngahnya sambil melambaikan tangan. Yaya anaknya, yang masih dalam dukungan Nur Alia meronta-ronta minta diturunkan, dia takut papanya mengusiknya lagi. Nur Alia menurunkan Yaya yang seakan mahu mengangis itu, Yaya mendapatkan Tok Wannya. Firdaus hanya tersengih melihat sepupunya itu. Adi Hamidi dan Hj Ismail turut memandang kedua beradik itu. Suara-suara itik mula beryanyi riang, Adif sudahpun berada didalam kandang binatang peliharaan abah, ditangannya terdapat seberkas dedak sebagai makanan itik. Nur Alia menghampiri Abang Ngahnya, Murni pula mula mendapatkan abangnya.
“Apa dia?” tanya Nur Alia apabila dirinya sudahpun berada dihadapan Abang Ngahnya. Abang Ngah yang sedang duduk sedikit mencangkung itu menarik tangan Nur Alia supaya duduk hampir dengannya. Nur Alia menurut sahaja dengan tindakan Abang Ngahnya.
“Apa dia Angah ni.” Soalnya lagi, semua mata tertumpu kepada mereka, apa yang membuatkan Angah memanggil Nur Alia begitu.
“Cuba Alia tengok kat sana tu.”tunjuk Abang Ngahnya. Nur Alia memandang ke satu sudut yang terdapat dua ekor angsa yang sedang merenungnya tajam. “Kenapa?” soal Nur Alia masih tidak dapat menangkap apa yang ingin dikatakan oleh Abang Ngahnya .
“Cuba Alia renung angsa tu.”
“Hah.. kenapa”
“Mukanya nak sama dengan Alia kan..” kata-kata Abang Ngahnya mengundang rasa geram dihatinya lalu dia menjerit apabila kata-kata Abang Ngah hanya untuk mengenakannya. Tanganya secara spontan menampar lembut badan Abang Ngah yang sedikit menyengetkan badannya cuba mengelakkan diri dari dihentam Nur Alia. Semua yang ada ketawa melihat dua beradik itu bergurau senda.
“Apa lah Abang Ngah ni muka Kak Chik cantik menawan tu ada disamakan dengan angsa tu, tak masuk akal langsung.” Nur Alia rasa bangga bila dipuji begitu. “Adif tengok muka Kak Chik cantik sikit dari muka ni ha.. sambungnya lagi, Adif menunjukkan tangannya ke arah itik serati yang sedang enak menyudu dedak. Ketawa Abang Ngah la yang paling kuat sekali. Nur alia memasamkan wajahnya. “Abah tengok tu” ngadunya kepada Hj Ismail. Abahnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana digeletek sama dengan gurauan anak-anaknya. Mak Aji dan Murni juga tidak tahan menahan ketawa, lalu dihemburkan juga. “Mak tengok la Adif ngan Abang Ngah ni tak habis-habis nak usik orang.” Sungut Nur Alia kepada Mak Aji.
“Dah bersuami pun mengadu pada mak lagi ke..” usik Abahnya. Serta merta wajahnya bertukar warna bila diusik begitu. Adi Hamidi hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Puas dirinya diusik Nur Alia menghampiri abahnya, Murni dan Mak Aji telah pun berlalu meninggalkan mereka berlima. Yaya dan firdaus sudah lama menghilangkan diri bermain kejaran.
“Alia pun nak masuk juga lah bah boleh tak.?” Soal Nur Alia meminta kebenaran dari abahnya untuk masuk ke kandang binatang peliharaan abahnya.
“Eh! tanya abah pula tanyalah suami kamu tu dia bagi ke tak.” Seloroh Hj Ismail. Nur Alia mencebik, dia memandang wajah suaminya. Adi Hamidi sengaja mengalihkan pandangan seakan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh abahnya.. Nur Alia mencebik suaminya yang juga ada hati untuk mengenakanya.
“Abang! Alia nak masuk kandang abah ni.” Katanya sambil tersengih-sengih memandang suaminya. Adi Hamidi hanya mengangkat kening, dia tidak mengeleng dan tidak juga mengangguk. Dibiarkan isterinya merenung tanda minta kebenaran. Akhirnya Adi Hamidi kalah dengan renungan isterinya yang meniru gayanya mengangkat kening. Nur Alia membuka pintu masuk kandang ternakan itu, Adif tersengih menanti kedatangan kakaknya, dua ekor angsa yang berada di tepi pagar itu berbunyi nyaring mungkin sebagai amaran padanya supaya tidak mendekati. Adi Hamidi sedikit teruja melihat isterinya yang mula memberi makan kepada itik-itik serati itu, dengan perlahan kakinya melangkah melepasi pintu kadang tersebut. Hj Ismail hanya tersenyum melihat anak menantunya teruja dengan hobi barunya membela binatang ternakan. Hj Ismail dan anaknya Angah berlalu meninggalkan mereka bertiga didalam kandang tersebut. Sesekali kedengaran suara anak menantunya sama riuh dengan suara-suara itik dan angsa peliharaannya.

Adif yang melihat kakak dan abang iparnya leka dengan itik serati, timbul pula niat nakalnya. Adif melangkah ke arah dua ekor angsa yang mula mengibar-ngibarlan sayapnya sebagai amaran, dia sengaja mengacah-acah binatang itu sehinggakan binatang itu rasa terancam dan akhirnya angsa-angsa itu mula mengejarnya. Adif berlari keluar dari kandang itu setelah menyedari angsa itu mula mengejarnya. Nur Alia dan suaminya dalam keadaan terpinga-pinga melihat angsa yang tadinya berada ditepi pagar sudah berada didepan mereka. Lehernya yang tadinya panjang menegak kini berada separas badannya, bunyi-bunyiannya semakin nyaring. Sayapnya mengibar-ngibar. Paruh kedua-dua angsa itu cuba menyudu Nur Alia, dengan pantas Nur Alia memeluk suaminya takut dengan sodokan angsa putih itu. Adi Hamidi terkaku. Adif hanya gelak sakan melihat abang ipar dan kakaknya berpelukan, seekor angsa yang cuba menggigit kakaknya ditepis dengan kaki oleh abang iparnya. Adi Hamid dan Nur Alia berlari ke arah pintu kandang, mereka perlu menyelamatkan diri, angsa-anga itu sudah naik minyak. Melihat abang iparnya menuju ke pintu kandang Adif cepat-cepat membuka pintunya lalu angsa-ansga itu adif hambat dengan suaranya. Selepas angsa-angsa itu lari ke tempatnya semula Adif menyambung ketawa dilihatnya tudung Nur Alia sudahpun menutupi separuh matanya. Adi Hamidi membetulkan tudung isterinya yang sedikit berserabut itu. Nafas isterinya masih tercungap-cungap. Setelah reda dari debarnya Nur Alia memandang adiknya Adif yang masih bersisa ketawanya, dengan sepantas kilat Nur Alia mencapai selipar yang dipakainya lalu dibaling ke arah adiknya. Adif yang tahu kakaknya mahu membalas dendam mula mengatur langkah seribu menuju ke rumahnya. Adi Hamidi hanya menggeleng melihat isteri dan adik iparnya bergurau. Dia melangkah mengekori isterinya berjalan beriringan setelah isterinya tidak dapat mengejar Adif.

“Abah bagitahu abang tadi, hujung sana abah nak buat kolam ikan. Sementara Adif dapat sambung belajar dia nak Adif tolongnya dulu.” Terang suaminya tanpa diminta.
“Yea ke. Wow! abah betul-betul nak jadi penternak ni. Boleh la Alia kerja kat sini.”
“Nak tinggal kat sini?.” Dahi Adi Hamidi sedikit berkerut.
A’aa..boleh la Alia kerja dengan Abah.” Dia sengaja menekankan ayat itu dia ingin melihat riaksi suaminya.
“Betul ke Alia nak kerja dengan abah.” Adi Hamidi masih kurang percaya dengan jawapan isterinya tadi.
“A’aa yea lah..kenapa?”
“Habis abang macam mana?”
“Macam mana apa…?” dipandangnya wajah suaminya bersahaja
“Alia sanggup tinggalkan abang sorang-sorang…”
“Sanggup!..” bulat mata suaminya memandang apabila jawapan itu yang terkeluar dari bibir manis isterinya. Nur Alia tergelak melihat wajah spontan suaminya apabila terdengar sahaja jawapannya.
“Ohhh!..Alia mainkan abang yea.” Dia cuba menarik lengan isterinya namun Nur Alia sempat mengelakkan diri dari tertangkap oleh Adi Hamidi. Nur Alia sempat menghilangkan diri ke dalam rumah dengan sisa ketawa yang mengasyikkan. Angin petang itu membawa satu rasa yang indah dalam hidup Adi Hamidi. Mendengar suara ketawa milik isterinya terasa tenang dihati. Dia senyum sendirian berlalu mengikuti jejak isterinya. Apakah ini yang dinamakan cinta, jika inilah yang dinamakan cinta ingin sekali dia terus merasai akan kehangantan cinta Nur Alia kepadanya sepanjang hayat. “Pilihan ayah dan mak memang tepat, terima kasih mak, ayah Adi dah temui cinta hati Adi”. Luahnya diangin lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: