Novel : Sesuci kasih seorang isteri 17

Nama Pena : kak tyea

Belum sempat aku keluar dari kereta, telefonku bergegar minta perhatian. Penat mencengkam diri tapi aku tetap mencapainya.
“Angah.” Argh…along!!
Dalam malas, aku mengucap salam. Pintu rumah yang terbuka lebih menarik perhatian. Alishah dan Asha. Melambai-lambai padaku dengan senyuman ceria.
“Aku nak ingatkan aje. Tolong buat apa yang kau kena buat.”
“Apa yang saya dapat selain daripada Alishah dan Asha?.”
“Eh, aku abang kau. Kalau bukan kau tolong aku, siapa lagi, ngah? Kita dua beradik aje dalam dunia ni.” Dia berkeras, aku semakin lemah. Lemah dengan semua ujian yang datang bertimpa-timpa ini.
Alishah di muka pintu bergerak keluar. Mungkin baru perasan yang aku sedang bercakap di telefon, dia akhirnya bermain-main dengan puteri kecil kami. Jari telunjuknya dihalakan ke arah pokok bunga orkid sambil bercakap sesuatu pada Asha.
“Angah, aku betul-betul harap ini kali terakhir aku kena tebalkan muka minta tolong dengan kau.” Suara kesal Along kedengaran. Aku mengeluh malas. Kita hanya mampu merancang sedangkan Allah s.w.t jualah yang menentukan semuanya.
“Sudahlah, long. Saya malas nak fikir pasal benda yang belum jadi ni.”
“Aku minta maaf.”
“Tak ada guna pun nak minta maaf. Hidup saya ni pun dah tak tentu arah sekarang. Semua benda dah kacau.” Putus asa? Ya, mungkin.
“Angah..”
Aku menarik nafas panjang sebelum membuka pintu kereta. Menarik kunci dan mencapai briefcase di tempat duduk belakang.
“Okeylah, long. Saya nak masuk rumah ni. Bagilah saya peluang rasa happy kejap dengan Alishah dan Asha.”
“Angah, aku..”
Tanpa salam, aku segera memutuskan talian dan mendapatkan kedua orang puteri penyeri hidupku. Tubuh Alishah ku peluk sebelum mengucup seluruh wajah Asha. Mengekeh dia ketawa.
“Happy nya anak papa.” Pipinya yang gebu ku kucup sekali. Lekas saja tangannya menggagau minta diambil.
“Mestilah happy kalau jumpa papa, kan sayang?.” Alishah pula mengucup pipi anak kami. Bertambah lebar senyuman Asha dengan mata yang tertutup-tutup.
“Jom masuk, both of you. Kita minum petang.”
“Hmm…how about having hi-tea over here? Kat beranda ni angin dia fresher. Anak papa setuju tak?.”
Bagai mengerti, Asha menganggukkan kepala. Rambut ikalnya terjuntai-juntai ke dahi. Semakin comel dia di mataku. Dengan matanya yang galak, bibir yang merah macam ceri, hidung yang kecil walaupun tidak mancung…dia bagai bidadari padaku.
Alishah tertawa kecil dengan telatah anaknya. Sebelum dia bergerak ke dapur, sempat lagi dia mendaratkan sebuah ciuman untuk aku dan Asha.
“Anak papa ni makin cantiklah. Tapi promise dengan papa, jangan kalahkan mama tau. Papa nak mama aje yang paling cantik. Anak papa kedua cantik.” Usikku pada Asha. Anak kecil kami ini tetap mengekeh ketawa. Entah mengerti entah tidak.

“Wah, kuih kegemaran abanglah.” Melihat sepinggan kuih karipap di atas dulang, aku terus bangun mencapai sebiji.
“Tak sabar-sabar ya.”
“Karipap buatan isteri abang ni paling sedap so abang tak nak lambat-lambat. Nak cepat rasa.”
Sekali lagi Alishah ketawa. Diambilnya Asha setelah dia menuangkan teh panas ke dalam cawanku. Aku yang sememangnya hantu karipap, mengambil peluang menikmati kelazatan air tangan Alishah.
“Perlahan-lahan, sayang.” Tegurnya pabila aku sudah menghabiskan dua biji karipap dengan pantas.
Entah apa yang merasukku, semakin pantas aku menyuap. Sebiji demi sebiji. Sehinggalah akhirnya aku tersedak apabila Alishah memasang televisyen dan muncul wajah seorang perempuan.
“Sofea Jane pula.” tegur Alishah perlahan dan karipapku sudah tersangkut di tekak.

Masa semakin pantas berlalu sejak aku menyedari adanya beban maha berat sedang menantiku pada malam ini. Sepanjang masa di rumah aku cuma berkeluh-kesah. Buat apa pun terasa ada saja yang tidak kena.
Kerana mahu mengelak ditanya Alishah mahu pun Mak Mah, aku mengambil keputusan keluar bersama Asha ke taman permainan yang terletak beberapa blok dari rumah.
Kawasan taman sunyi sepi kerana jam sudah menunjukkan angka mahu memasuki zon tengah hari. Terlalu lewat untuk kanak-kanak keluar bermain atau orang dewasa bersenam. Kalau tadi sekitar jam lapan, sembilan, memang taman ini riuh dengan gelak tawa mereka.
Asha ku letakkan di dalam stroller. Ku pasangkan penutup agar dia terlindung dari pancar matahari yang menyusup-nyusup di celahan dedaunan pokok.
Kami berjalan perlahan-lahan mengelilingi taman, di atas trek konkrit yang dikemaskan dengan jubin sambil aku bercakap itu ini sehinggalah akhirnya aku sendiri yang kepenatan.
“Aduh, anak papa masih senyum lagi? Tak penat erk?.” Usikku melihat cerianya wajah Asha.
Tentu sekalilah dia tidak terasa penat walaupun sedikit kerana dia cuma perlu duduk-duduk di dalam stroller dan aku pula menolaknya. Aku bercakap, dia pula cuma perlu mendengar.
“Kita rest kat sini ya, cute.” Tubuhnya ku angkat tinggi sambil pipinya ku kucup dua kali. Asha ketawa manja.
“Hmm…penat betul ya hidup ni. Papa rasa macam nak berhenti bernafas aje. There are so many things to do. To face. Memang tiring sangat-sangat.”
Ya, macam-macam masalah melanda hidupku sejak kebelakangan ini. Kalau dulu semasa di sekolah rendah, aku cuma perlu belajar sungguh-sungguh dan selebihnya ada orang yang memikirkannya untukku.
Papa sedia menguruskan semua perbelanjaan persekolahanku melibatkan yuran sekolah, yuran tuisyen, gaji pemandu untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah, perbelanjaan hidupku meliputi makan minum dan pakaian.
Mama pula sedia mencurahkan seluruh kasih sayangnya kepadaku walaupun hakikatnya aku kadang-kadang perlu menjadi lebih daripada sekadar terbaik untuk merebut perhatiannya daripada Along.
“Hurmm…but I got you and mama. That’s more than enough for me. Allah s.w.t suruh kita bersyukur dengan apa yang kita ada.”
Asha angguk. Geleng kepala. Suka dia begitu. Berkali-kali dia ketawa sambil mengangguk dan menggeleng.
“Do you agree with me? Hah, dear?.”
Terkebil-kebil matanya memandangku. Alis matanya yang lebat dan lentik itu kena benar dengan warna kulitnya yang cerah. Asha mengikut paras mamanya, agaknya kalau Asha punya adik-adik, akan adakah yang menurut parasku dengan lebih dominan?
Agrh…terlalu awal pula mahu merancang menambah bilangan ahli keluarga dalam keadaan yang kucar-kacir begini.
“Asha nak adik tak?.” Soalku sengaja ingin bergurau sambil meletakkannya kembali ke dalam stroller.
Sebuah keluhan paling berat aku lepaskan sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan langkah kembali ke rumah. Telefon bimbit pun aku matikan. Terbiar tak bernyawa di dalam laci.
“Sayang, let’s go home. Nanti mama risaulah pula.”
Entah-entah Alishah sudah siap menyediakan makan tengah hari di rumah. Walaupun perut terasa ‘kenyang’, aku fikirkan lebih baik kami pulang saja.

“Jemput makan, bang.”
Aku mengangguk dan melebarkan senyuman. Sayur campur cendawan melepaskan asap berkepul-kepul ke udara. Memang menyelerakan.
“Isha nak jalan-jalan tak malam nanti?.” Tiba-tiba akal jahatku melintas datang ke dalam kepala.
“Nak jalan-jalan?.” Keningnya bertaut.
“Hurmm..jalan-jalan. Mungkin boleh carikan baby baju-baju baru. Dah lama tak shopping kan?.”
Alishah menguntum senyuman. “Insyaallah. Isha ikut abanglah. Boleh juga cari barang-barang dapur sekali.”
“Eh, apa yang dah habis?.”
“Nanti lepas makan kita check sama-sama. Okey?.”
Terlepas ketawaku dengan jawapannya. Aku meneruskan suapan. Apa pun yang cuba merampas kebahagiaan sementara ku ini, tidak akan ku biarkan dapat menguasaiku. Aku mahu bergembira sebelum sengsara.

Nekad. Aku mahu menguji benarkah apa yang diugut ayah Sofea akan dilakukannya. Aku sedang duduk di dalam kereta menunggu enjin panas sementara Alishah menyiapkan Asha dengan segala kelengkapan.
Telefon bimbit sudah sengaja aku matikan. Sejak semalam lagi. Hari ini hari sabtu. Malam ini malam penentu. Tapi aku sungguh-sungguh tidak mahu membantu.
Menjelang pukul lapan, kami sudah bersedia mahu bergerak keluar meninggalkan halaman rumah apabila tiba-tiba telefon bimbit Alishah yang aku pegang berdering dengan lagu selawat.
“Incoming call. Who would be that?.” Tanya Alishah dalam nada gurauan. Dia jarang menerima panggilan di telefon bimbit.
“Nak abang yang jawab atau sayang?.”
Aku sudah bersedia mahu menekan pedal minyak selepas melepaskan brek tangan. Menanti Alishah menjawab panggilan.
“Eh, your along. You better answer him.”
“Along?.” Dan serta-merta aku tertekan pedal brek. Berdecit bunyi tayar. Mujurlah…ya, mujurlah Alishah tidak terdorong Asha ke depan. Kalau tidak, sudah tentu Asha akan terhantuk ke dashboard.
“It’s okay. Answer the phone first.” Pujuknya sebelum sempat aku menuturkan perkataan ‘sorry’.
Aku segera membawa telefon keluar daripada kereta. Ini sudah tentu berkaitan Sofea. Janganlah Alishah mengesyakiku.
“Hello, long.”
“Ngah.” Terketar-ketar suara Along di hujung talian. Ada apa? Ku kepitkan telefon di bahu sambil mengerling ke dalam kereta. Alishah sedang memujuk-mujuk Asha yang menangis terkejut.
“Tolonglah aku, ngah. Irman dah ada dengan diorang sekarang. Depan aku.”
“Apa diorang nak buat?.”
“Tolonglah aku. Kalau Irman kena bunuh, apa aku nak kata kat papa dan mama? Diorang akan sampai sini esok petang.”
Diam aku dibuatnya. Bukan mendengar, menumpukan perhatian apatah lagi hendak menyelami perasaan Along sekarang. Di kepalaku cuma ada Alishah dan Asha.
Along tiba-tiba memutuskan talian. Merajuk? Ke putus asa?
Belum sempat aku berfikir lebih jauh, Along sekali lagi menelefon. Kali ini video call pula. mahu tidak mahu, aku menekan punat answer.
“Tolonglah. Kau tengoklah sendiri keadaan Irman.” Sayup-sayup suara Along dengan mukanya yang basah dengan air mata.
Telefon Alishah ku kejap erat. Melihat Irman yang sudah cengkung dengan kepala berdarah. Tubuhnya yang hanya bersarung seluar pendek menampakkan lebam di sana sini.
Alishah? Asha? Along? Irman? Papa? Mama?
Seseorang tiba-tiba menghayunkan kayu ke tubuh Irman. Aku terkaku sendiri mengetap bibir. Sejurus kemudian, ayah Sofea muncul dengan pisau tajam berkilat di tangan. Didekatkannya dengan batang leher Irman.
“Sayang, kita jalan lain kali?.”
Dahinya berkerut tapi dia tetap menurut. Aku mengundurkan kereta masuk ke garaj semula. Aku tidak akan memakai kereta Alishah untuk pergi menduakannya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: