Novel : Tidak Seindah Mimpi 25

Nama Pena : Org Ganu

Hari ini aku bertekad untuk mencari kerja demi menyara hidupku di sini.Sudah berbulan-bulan aku tidak membuat apa-apa kerja..hanya makan dan tidur je. Duit simpananku pula makin lama makin susut, aku risau sekiranya aku kehabisan wang, macam mana aku nak teruskan hidup di sini? Dan bagaimana aku nak lahirkan bayi dalam kandunganku dengan sempurna? Sudah seharian aku ke hulu ke hilir mencari kerja di ‘kantor-kantor’ yang sempat aku kunjungi di sekitar Jakarta namun kehampaan semakin menghimpit perasaan apabila tidak ada yang sudi menerimaku sebagai pekerja mereka.Alasannya hanya kerana aku mengandung. Kebanyakannya mahu pekerja yang belum berkahwin. Pelik..memang pelik! Ibu mengandung tak boleh bekerja ke? Mana perginya hak wanita sepertiku? Aku benar-benar terkilan dengan alasan mereka yang langsung tidak boleh diterima dek akal. Kalau di Malaysia, aku rasa perkara ini tidak jadi masalah sangat. Kerana terlalu penat, aku melabuhkan punggung di salah satu bangku yang terdapat di depan sebuah kompleks membeli-belah. Bayi dalam kandunganku menendang perutku beberapa kali. Mungkin memahami yang ibunya sedang kepenatan. Aku mengusap lembut perutku yang sudah sarat itu. Dalam diam aku tidak sabar untuk menanti kelahirannya. Ya Allah..izinkanlah aku melahirkan bayi ini dengan selamat..

” Lina!” Aku terus berpaling ke arah lelaki yang tiba-tiba menyahut namaku.

” Rangga, kamu buat apa di sini?” Aku memandang Rangga hairan.Dia terkocoh-kocoh datang ke arahku. Kelihatan dia begitu segak dengan memakai baju kemeja ungu muda dengan tali leher berwarna merah hati dan seluar slack hitam.

” Sewajarnya, aku yang perlu omong begitu sama kamu..kamu buat apain di sini? Dari tadi aku lihat kamu duduk termenung keseorangan di sini..” Soal Rangga hairan.Dia segera melabuhkan punggung di sebelahku. Tali lehernya dilonggarkan sedikit.

” Owh..sebenarnya hari ini saya mahu cari kerja..tapi sampai sekarang saya enggak dapat kerjanya..,” aku mengeluh halus.Benar-benar kecewa dengan kegagalanku mencari kerja .

” Apa? Kerja?!” Aku tersentak apabila Rangga terjerit begitu. Aku mengurut dada. Hish, Rangga nih apasal terkejut sangat? Kurus semangat aku.

” Ya..kerja..tapi kenapa kamu terkejut bangat? Enggak bisa?” Aku memandangnya geram.

” Ehh..bukan itu maksudku. Aku rasa kamu enggak perlu bekerja kerna kamu itu sedang bunting..Aku khuatir anak kamu sakit..,” Rangga menggelengkan kepala beberapa kali seakan benar-benar tidak setuju dengan tindakanku.

” Kamu khuatir atau di sini sememangnya perempuan bunting enggak bisa kerja? Begitu?” Wajahku membahang panas . Entah mengapa aku benar-benar geram dengan jawapan Rangga itu.

” Kamu jangan tafsiran begitu..aku tidak maksud apa-apa..benar..aku khuatir pada kamu dan anak kamu. Aku takut kamu kecelakaan..kerna kerja di sini kebanyakannya hanya sesuai untuk cowok dong..,” Rangga bersungguh-sungguh meyakinkanku. Aku mengeluh berat.

” Kalau begitu, macam mana saya mau sara diri saya? Saya butuh wang untuk lahirkan anak dan teruskan hidup kat sini..Rangga, tolonglah saya..saya betul-betul mau pekerjaan..” Aku memandang Rangga dengan penuh mengharap.

” Tapi…”

” Please..I really need your help..,help me..please..ini kali pertama saya minta tolong sama kamu..” tanpa sempat Rangga menghabiskan kata-katanya, aku lebih pantas memintas. Mataku berkaca..aku benar-benar berharap Rangga tidak akan mengecewakanku. Lama Rangga berdiam diri seolah memikirkan sesuatu. Sejak aku di sini, hanya Rangga temanku yang sangat aku percayai .Dia banyak membantuku walau aku tidak pernah meminta bantuannya. Aku senang berkawan dengannya kerana dia sangat ikhlas dalam setiap apa yang dia lakukan terhadapku. Lebih-lebih lagi dia seorang yang sangat kelakar dan sering menghiburkan aku di kala aku kesedihan. Walau kami baru sahaja berkenalan tapi kemesraan yang ditunjukkan seolah-olah kami sudah berkawan bertahun-tahun lamanya. Dia sudah tahu segala-galanya tentang aku termasuklah kisah silamku.

” Baiklah..aku ada seorang kenalan rapat. Dia butuhkan seorang pekerja yang punya kebolehan dalam kira-kira..maksud aku yang punya kebolehan dalam akauntan..kamu mau enggak?” Setelah lama berdiam diri akhirnya Rangga bersuara. Lamunanku mati di situ.

” Aku mau!! ” pantas aku menjawab. Hatiku berbunga riang mendengar tawaran itu. Rangga pula terlompat mendengar jeritanku.

” Waduhhh kamu ni..bikin aku terkejut aja! ” Aku tergelak melihat reaksi terkejut Rangga yang lebih-lebih pulak..

” Opss..maafkan saya..saya enggak sengaja..,” aku memohon maaf dengan sisa gelak masih kedengaran.

” Hurmmm apa-apa-an lah kamu..tapi kamu bisa enggak kerja selama 8 hour setiap hari? Aku khuatir kamu capek..,aku mau kamu fikirin dulu keputusan kamu itu..” riak kerisauan mula terukir di wajah Rangga.

” Rangga…kamu usah khuatir..saya sudah biasa buat kerja itu semua..dulu masa saya di Malaysia, saya kerja kira-kira juga. So, I think I can do it..Trust me..ermm..,” aku cuba meyakinkan Rangga.

” Owh gitu ya? Tapi benarkah kamu mau kerja akauntan? Mungkin kerjanya berbeda dari kerjanya di Malaysia..” Rangga masih belum berpuas hati dengan jawapanku.

” Hish kamu ni, banyak pulak tanya..kan saya cakap saya mau tadi..so now..tolong bawa saya berjumpa kenalan kamu itu…,” kataku dengan bahasa melayu-indon yang dari tadi agak pelat kedengaran. Tapi Rangga ni boleh faham pulak apa yang aku perkatakan. Hairan aku.

” Iya..iya..esok-esok ajalah aku bawa kamu temui dia..hari sudah malam dong..ayuh! Kita pulang! Aku capek bangat..”

” Tapi kamu janji ya, esok bawa saya ke sana!”Aku mahu memastikan janji Rangga ditepati. Rangga pula merengus geram.

” Iya..aku bawa..kamu ini kenapa? Sepertinya kamu enggak percaya sama aku ya?” Aku tergelak mendengar soalan Rangga. Apasal tiba-tiba angin mamat ni.

” Aku serius…,” tawaku terhenti apabila melihat wajahnya yang tiba-tiba masam mencuka. Matanya merenung dalam anak mataku.Aku menelan air liur..kenapa pula dengan si Rangga ni.Tiba-tiba je berubah sikap..

” Ya..saya percaya sama kamu..percaya sangat..kamu teman saya yang baik bangat! udah..ayuh kita pulang..,” kataku sambil tersenyum manis .Kemudian aku mengangkat punggung dan perlahan-lahan ingin beredar dari situ.Aku takut dengan renungan Rangga yang begitu tajam macam nak telan orang pun ada. Tak pernah dia begini. Tiba-tiba aku terasa ada tangan kasar meraih tanganku dan kemudian jari jemariku digenggam erat. Langkahku terhenti.Mataku terbeliak apabila melihat tangan itu kepunyaan Rangga!

” Kamu kenapa Rangga?” Aku cuba menarik tanganku tapi genggamannya semakin kuat malah dia menarikku sehingga aku terduduk kembali.Jantungku mula berdegup kencang.

” Apa kamu sayang sama aku?” Aku ternganga mendengar soalan yang terpacul dari mulut Rangga yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini. Tubuhku tiba-tiba terasa seram sejuk! Tapi aku cuba bertenang setenang mungkin.Aku tidak mahu cepat melatah.Mungkin Rangga hanya bergurau.

” Iya..saya sayang sama kamu..tapi sayang sekadar teman. Sekarang bisa kamu lepaskan tangan saya?” aku cuba menarik lagi tanganku tetapi dia masih enggan melepaskan.

” Teman? Selama ini kamu anggap aku cuma teman? Kiranya, kamu enggak cinta sama aku?” Aku ternganga lagi…Rangga berguraukah?

p/s : mintak maaf..kalau bahasa indon yang digunakan tak proper..kalau ada salah harap pembaca boleh baiki..thanx.. (^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: