Cerpen : Aku Bukan Kau

Nama Pena : Nuril Bahanudin

Aku bukan kau sesedap hati menyatakan rasa, aku bukan kau seenak bicara meluahkan kata, aku bukan kau!! kau bukan aku!! aku bukan kau…!! kau faham tak??? hatinya menjerit, tapi tiada siapa yang mendengar..

Dia mengeluh, kenapalah semua orang dekat sekeliling aku ni tak pernah nak belajar faham apa yang aku rasa? Kenapa semua buat-buat tuli, pekak bila aku meluah bicara, kenapa semua buat-buat buta tak nampak ketika lakuku meluah protes pada mata pandangan mereka? kenapa? kenapa???

Kenapa biarkan aku terlahir kedunia ini andai sering kali rasa perasaanku diketepikan? kenapa lakukan aku layak seperti pintu kayu? yang bila marah akan dihempas sekuatnya, kenapa hakku seolah kau nafikan sedangkan aku punya layak untuk terus meluah suara. Aku tak faham.. hatinya terkilan, campur sekali dengan rasa walang, hurm sampai ke bilanya hidup aku ini akan terus diatur, dicampur tangan oleh orang lain? sampai ke mananya sudah hidup ku ini?

***********

“Mummy tengok surat apa yang Nea dapat ni??” gembira bercampur riang mengunjuk sampul surat berwarna coklat.

“Surat apa tu?? mummy busy ni..” acuh tak acuh Puan Melina menyambut unjukan anaknya

“Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami setelah dipertimbangkan segalanya dan selepas menemuduga saudara/i kami dapati saudara/i telah layak dengan kursus yang ditawarkan oleh pihak kami iaitu kursus Penulisan Seni Layar…..”

Membulat mata Puan Melina membaca sepotong ayat yang tertera dalam isi surat tawaran itu..

“What???? apa ni?? kan mummy dah kata mummy tak suka Nea ambil kos ni, Nea tak faham ke??”

Tersentak Nea bila melihat angin mummynya berubah tiba-tiba, dia terkelu.. salahkah apa yang aku cuba lakukan? tanyanya dalam hati. Salahkah? setelah kuturutkan segala kemahuan mummy dan daddy, setelah aku berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang perniagaan seperti kehendak mereka, sekarang tibalah masanya untuk aku turutkan kehendak diriku sendiri.. itu pun menjadi satu kesalahan ke? Habis mana hakku sebagai seorang manusia yang berperasaan? bila perasaanku diketepikan tanpa timbangan.

Scrathh….!! bunyi kertas surat tawaran yang disiat itu menyiatkan sekali hatinya tika itu, tak sangka sampai hati mummy buat Nea begini, rintihnya dalam hati.. Berkecai bersama harapan yang lebur.. jawapannya mudah, bidang ini tak menjamin masa depannya itu yang pada fikiran mereka sedangkan fikirannya lain..

“Mummy tak suka apa yang Nea cuba buatkan ni, dahlah kos ni tak ada masa depan, mummy dah sediakan segalanya untuk Nea, Nea just sambung apa yang mummy dah sediakan, syarikat daddy tu siapa nak jaga kalau bukan Nea? tu saloon mummy tu siapa yang nak ambil alih kalau bukan Nea?? Nea ni satu-satunya anak kami…” panjang lebar sekali bicara mummynya kali ini.

Huh itulah yang diulanginya dah naik hafal dah aku dengan ayat mummy tu.. hai kalau dijawab dikatakan menjawab, nanti dikatakan kurang ajar, karang tak pasal-pasal jadi anak derhaka.

Dipandang sayu kearah carikan kertas yang bertaburan diatas ambal, lambat-lambat dia tunduk mengutip cebisan kertas itu… surat tawaran yang telah pun berkubur menjadi kenangan.. hanya sekejap gembira itu hadir dan sekelip mata ia dinyahkan kini, terikat dengan tanggungjawab yang sedia tergalas di bahu seorang anak… air mata bergenang, hampir tumpah, tapi pantas disekanya, mengelak dari di sedari oleh mummynya, yelah.. nanti bertambah panjang pula leteran mummynya itu.

*********

Bisingnya… dia menekup telinganya dengan bantal, sangat tertekan dan menyiksakan, begitulah selalunya andai teman-teman keluarganya bertandang, nama saja keluarga muslim, tapi sayang lebih kebarat dari orang barat. Huh teguk arak macam minum air coke, sangat menyedihkan.. keluarga aku kaya, tapi miskin ilmu agama, kaya dunia tapi miskin akhirat… ya ALLAH tolong ampunkan dosa keluargaku, tolong ampunkan dosa aku juga sebab aku tak mampu nak sedarkan mereka..

Aku ni macam boneka saja dekat dalam rumah ada macam tak ada, wujud macam tak wujud.. Aku teringin sangat, sangat-sangat teringin nak rasa, nak tahu maksud sebenar kebahagiaan tu?, macam keluarga orang lain, tak punya harta berlambak tapi punya kasih sayang melimpah, perhatian yang melaut..tapi sayang… keluarga ku yang ini sangat jahil.. malu kadang-kadang orang tanya, usia seperti ku sudah berapa kali khatam al-Quran,.. yelah orang seusia aku ni sepatunya sudah 3,4 kali khatam.. hai apa nak buat keluarga aku tamakkan dunia.. sayangkan dunia, cintakan dunia… lebihkan dunia..

***********

Kebas dah rasa muka ni rasanya.. dia mengeluh, yelah dari tadi asyik melorek senyum tampal di wajah ni, sudahlah tak kenal sesiapa pun yang daddy perkenalkan ni.. Nea Rindiani mengeluh.. Hari ini hari pertamanya dia di sini di syarikat milik daddynya.

“Aku tak tahu sama ada perlu ke tidak aku disini..sudah lah staff-staff daddy semuanya macam takut-takut saja nak dekat dengan aku, macamlah aku ni makan orang…hisy..” rimas bila terlalu dihormati..

“Cik Nea ni fail syarikat, Tuan Lutfy suruh saya bagikan pada cik, dia hendak cik tengok-tengok perjalanan syarikat dan kedudukan kewangan syarikat ni..” hulur Jesnita kepadanya.

Dia hanya mengangguk, dikerling pas pekerja milik Jesnita, owh.. patutlah setiausaha daddy..

“Letak situ… err.. Jesnita awak kata dekat daddy, saya nak keluar sekejap..” beritahunya..

Dah tak larat untuk memaksa diri berada di tempat yang diri sendiri tak suka.. rasa macam sesak, merimaskan.. dan Jesnita hanya mengangguk saja mendengar arahannya, yelah anak boss, siapa boleh halangkan.. suka hati dialah nak buat apa, bisik hati kecilnya..

**********

Tasik Putrajaya, walaupun penuh kadang-kadang dengan ramai pengunjung yang datang, tapi entah kenapa dia suka membawa diri ke sini bila dilanda keresahan.. dia suka memerhati kerenah mereka yang pelbagai, ada yang mencuit hatinya dan kadang-kadang ideanya melimpah di sini..

Buku nota kecilnya yang berada dalam saku belakang seluarnya di keluarkan, pen yang berada dalam tas tangannya di capai, dan dia mula menulis melakar idea-idea yang mula mendatang.. begitulah selalunya, dia akan kembali tersenyum gembira bila mula menulis, memang minatnya tumpah di sini bukan pada syarikat milik daddy itu atau pun saloon milik mummy..

Puisi : Maafkan aku.

Maafkan aku ya Tuhan,
Aku bukan hamba yang taat,
Bukan juga hamba yang selalu mengingatiMu,
Dan bukan juga hamba yang sentiasa mendahulukanMu,

Dunia yang hanya sementara ini lebih ku kejar,
Sedangkan akhiratMu sering ku biar.
Tanpa sedikit rasa gusar,
Cintakan dunia membuatkan aku alpa tanpa sedar,

Maafkan aku kedua orang tuaku..
Sering kali kucuba turuti segala kemahuan kamu,
Kerana aku tahu aku anak kalian yang satu-satu,
Tapi aku tak mampu,
Aku ada kehendakku, ada keinginanku..
Tapi siapalah aku..
Kuabaikan rasa bahagia diriku,
Untuk membahagiakan kamu..

Maafkan aku ya Tuhanku,
Gagal menjadi hamba yang sentiasa mendahulukanMu

Maafkan aku orang tuaku,
Gagal menjadi anak yang sentiasa menyenangkan kamu..

Maafkan…
Maafkan…
Maafkan…
Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian..

Nea mengetap bibir, ada rasa sebak yang mengetuk jiwanya kini ketika membaca puisi nukilan sendiri, kalaulah aku mampu, aku nak mereka baca puisi ini, biar mereka tahu rentak apakah yang sering berlagu dalam jiwaku ini…

Tangisan anak kecil menyedarkan dirinya daripada terus tenggelam dalam dunianya sendiri, pantas wajahnya dipalingkan kearah mana datangnya suara itu, di lihatnya seorang ibu muda sedang memujuk anak kecilnya yang menangis akibat terjatuh ketika berkejaran bersama saudara-saudaranya yang lain..

Dia tersenyum pahit.. dia teringat zaman ketika kanak-kanak dulu, dia tak berkesempatan merasai semua itu, sakit demamnya hanya di tangan orang gajinya, jatuh bangunnya juga di tangan orang gajinya, kedua orang tuanya terlalu sibuk, kadang-kadang berhari-harian dia ditinggalkan ditangan orang gajinya..

**************

“Macam mana hari ni? semua ok kat office tadi Nea?” soal Tuan Lutfy sebaik melihat anak tunggalnya itu melangkah masuk.

Dia hanya mengangguk malas, bosan, dahlah dekat office tu macam-macam kerenah, bila sampai rumah ingat nak berehat dari hal kerja yang berlambak dan menyenakkan otak ni, tapi tetap jugak itu yang disoalkan, macam tak ada benda lain nak di tanya.. dia mengeluh..

“Hah Nea esok jangan lupa, pergi saloon mummy, mummy nak kenalkan Nea pada staff-staff kita kat sana, yelah tak lama lagi kan Nea nak ambil tempat mummy” Sampuk Puan Melina pula..

Dia menggetap bibir, apa mereka ingat aku ni robot ke? semua benda nak di suruh buat..

“Ala mummy lain kalilah, banyak kerja kat pejabat tu..” dia cuba menolak.

“Lain kali bilanya? tak ada, mummy dah tanya daddy tadi, daddy kata ok je..” ujar Puan Melina sambil mengerling kearah Tuan Lutfy yang sedang bersandar santai sambil menghisap curutnya..

Hisy daddy ni, doctor dah suruh berhenti hisap benda tu pun masih degil.. bukannya ada faedah pun benda tu, buang duit saja, sempat dia membebel dalam hati tentang kedegilan daddynya menghentikan tabiatnya yang satu itu.

“Yelah, tengoklah macam mana, Nea naik atas dululah, nak solat, belum asar lagi ni..” sengaja ditekankanya perkataan solat di pendengaran kedua orang tuanya, yelah umur dah menginjak senja tapi belum pernah di sepanjang usinya dia melihat kedua orang tuanya sujud di tikar sejadah.. Ya ALLAH sedarkan mereka, doanya dalam hati..

**********

Tangannya lincah menekan papan kekunci laptopnya, laju selaju idea yang mengalir di benaknya, dia cuba menyiapkan cerpennya yang bertajuk Dia Lebih Mengerti yang sudah hampir sebulan tertangguh dek kesibukan dirinya akhir-akhir ini.

Sesekali wajah dikerutkan, sesekali wajahnya bertukar hiba, terutama bila sampai pada babak yang agak menyedihkan, dan sesekali dia tersenyum bila taipannya sampai pada babak yang sedikit menggembirakannya..

Selalunya begitu, dia sering curi-curi menulis andai berkesempatan, dia tak mahu kedua orang tuanya tahu, kalau tidak habislah dirinya akan dileteri..

Dia bersandar perlahan pada kerusi itu, merehatkan sebentar pinggangnya yang mula rasa lenguh..

Fikirannya menerawang, sampai bila macam ni? aku lebih rela hilang harta yang berjuta tu asalkan aku mampu kecap bahagia tu.. harta boleh dicari, tapi perhatian, kasih sayang semua tu mana nak cari, mana nak dapatkan.. entahlah, kadang-kadang aku rasa sangat penat dengan semua ni, aku boneka bernyawa perliharaan mummy dan daddyku, dari dulu sampai sekarang aku tak pernah di beri pilihan, diberi ruang untuk menyatakan apa rasaku..

********

“Ok Nea, now segalanya milik Nea, Mummy nak Nea jaga saloon ni seperti mana mummy jaga, dan uruskan.. lega hati mummy sebab Nea dah sampai umur untuk ambil alih segalanya milik mummy..” senyum lebar penuh gembira wajah Puan Melina sewaktu itu, dia ingat lagi.. ya semua tergalas berat di bahunya, usiaku baru menginjak 23 tahun, tapi aku telah di bebankan dengan tanggungjawab yang aku sendiri tak mampu nak pikul.

Orang seusia aku, mana ada yang nak fikir tentang syarikat, tentang macam mana nak mengukuhkan sebuah empayar, tentang macam mana nak bagi customer suka dengan servis kita tapi aku…. semua aku kena fikir… agaknya kalau macam ni, lama-lama memang aku akan jadi gila.. dia mengeluh. Dicuba memaniskan wajahnya semanis mungkin yelah air wajah mummy kena jaga jugak..

“InsyaALLAH mummy, Nea akan cuba buat yang terbaik, jawabnya…”

************

“Cik Nea, kita ada masalah… ” adu Jesnita suatu pagi ketika dia sedang tekun mengadap kerjanya..

“Masalah apa Jesnita?” hatinya dihambat risau, takut masalah itu akan memberi impak besar pada syarikatnya, apa dia nak jawab dengan daddy nanti.. isk

“Barang yang client kita dari Terengganu tu pesan, dia kata banyak rosak, so mereka nak ganti rugi atau mereka akan saman kita..”

“Hah banyak rosak?? macam mana pulak boleh jadi macam tu? kan kita dah semak dulu sebelum hantar then semua ok, ni mesti rosak waktu dalam penghantaran.. ” dia terkejut, memang dia sendiri yang memeriksa barang-barang tersebut sebelum penghantaran di buat.

“Hurm awak call pihak mereka, tanya macam mana, kalau mereka setuju dengan tawaran kita nak bagi ganti rugi yang baru, esok juga saya akan ke sana..” dia memberi arahan.. memang dia tak suka bila timbulnya masalah dan bertambah tak suka andai masalah itu mengganngu kerjanya.

***********

“Apa semua ni Nea??” keratan akhbar yang tertera gambar seorang wanita yang mengadu

“KULIT MELECUR SETELAH MENGGUNAKAN KRIM PEMUTIH KULIT DARI SEBUAH SALOON TERKEMUKA” di campak ke wajahnya sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam villanya.

“Kamu baca tu, dari saloon siapa? mummy nak Nea beritahu kenapa boleh jadi macam ni? 17 tahun mummy jaga saloon tu tak pernah ada kes ni, ni Nea baru beberapa hari dah bermacam-macam hal, mana mummy nak letak muka mummy kalau macam ni ha? kenapalah Nea ni susah sangat nak menyenangkan hati mummy.. ” leter Puan Melina, marah benar nampaknya.

Nea Rindiani tersentak, tak satu, satu yang datang, masalah dengan syarikat daddy baru saja selesai ni pasal saloon pulak, berat betul dugaanMu kali ini Tuhanku..

“Nea tak tahu mummy, Nea hanya guna product yang memang dah ada kat saloon kita tu je, Nea minta maaf mummy sebab Nea susahkan mummy, Nea minta maaf, Nea janji akan selesaikan kes tu mummy..” dia berjanji..

“Maaf, maaf, maaf… tu jelah yang kamu tahu.. mummy nak Nea bersihkan nama mummy yang kotor tu.. kalau tak mummy tak akan maafkan Nea..” ugut wanita itu.

************

Tuan Lutfy dan Puan Melina berpandangan sesama sendiri, sudah hampir seminggu anaknya itu hanya berkurung dalam bilik, office tak pergi, saloon pun tak jenguk.. yang dia tau berkurung dalam bilik dan termenung, mungkin dia terasa terlalu terbeban dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini.

Bunyi dentingan loceng rumah, menyentakkan lamunan mereka, pantas langkah Tuan Lutfy diatur ke pintu, tak sabar bertemu orang yang bertandang itu..

“Sabar Luth, I tau you risau..” Doktor Rizal menepuk bahunya perlahan.

“Mana I tak risau Riz, tak pernah-pernah dia jadi macam ni..”

“Ok biar I periksa dia dulu, mana dia?”

“Kat dalam bilik, termenung je, mari I tunjukkan..”

30 minit menanti Doktor Rizal selesai memeriksa Nea di rasakan terlalu lama, segalanya bercampur aduk bermacam rasa yang hadir dalam diri mereka.

“Bagaimana Riz??” tak sabar dia bertanya sebaik sahaja melihat lelaki itu melangkah keluar dari kamar anaknya.

Lelaki itu hanya tersenyum tapi hambar..

“Susahlah Luth, dia tak nak tolong diri dia sendiri, sepatah yang I tanya, sepatah yang di jawabnya, dari apa yang I perhatikan, dari simptom-simptom yang ada kelihatan dia mengalami kemurungan, mungkin dia tertekan.. cuba you ingat-ingat balik peristiwa apa yang berlaku akhir-akhir ini, mungkin buat dia terbeban..” panjang lebar lelaki itu menerangkan

Tuan Lutfy hampir terkelu mendengarnya, Puan Melina apatah lagi.. ya terlalu banya peristiwa yang menekankan jiwa muda anaknya.

Serentak ingatannya terlayang pada peristiwa dalam keratan akhbar itu, sudah puas anaknya itu dimarah dan dileteri, barulah dia tahu yang akhbar itu silap menulis nama saloon, dan telah memohon maaf padanya pada keesokan harinya.. Puan Melina menggetap bibir.

“Boleh sembuh ke Riz?” tanya Puan Melina tak sabar.

“Biasanya boleh, bergantung kepada kekuatan mental dia, you all kena selalu ada kat sisi dia, biar dia rasa dia tak sendirian, biar dia rasa sentiasa berteman, dan lagi satu mungkin boleh bawa dia jumpa pakar-pakar kaunseling, mungkin dia ada memendam sesuatu yang you all tak pernah nak ambil tahu..”

Berdesing telinga, terasa tersindir dengan kata-kata Doktor Rizal itu.. memang betul pun, mereka mengiyakan dalam hati, memang jarang sekali mereka mengambil tahu perasaan anak itu.

**********

“HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN” sayu matanya memandang tulisan yang tertera pada papan tanda itu.. Adakah ini makna bahagia yang kau cari anakku?? teringat dia bait akhir sajak tulisan anaknya itu dulu yang di temui dalam buku nota kecil anaknnya ketika dia mengemas bilik anaknya..

“Hanya kebahagian yang terlalu sering menjadi impian..”

Perlahan matanya di pandang ke arah seorang gadis yang terlalu asyik tunduk menulis sesuatu, sesekali gadis itu tertawa kecil, entah apa yang lucunya dia pun tak tahu..

Dia kesal, segalanya dah terlambat, jiwa anaknya dah terlalu parah lukanya, ini saja jalan terakhir yang mampu dilakukan oleh dia dan suami.. dan baru sekarang dia belajar merangkak-rangkak membaca al-Quran, lidah terasa keras, muka terasa malu tapi demi rasa cinta kepadaNYA yang baru mula tumbuh bercambah, digagahkan juga..

“Maafkan mummy dan daddy, Nea.. kalaulah mampu masa lalu itu diundur, memang Nealah yang akan menjadi keutamaan kami dulu…” bisiknya perlahan, terasa ada jemari yang menggenggam tangannya, dia menoleh, dilihat wajah Tuan Lutfy yang sedang menahan sendu, menahan air mata dari gugur..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: