Cerpen : Aku Punyer Cerite

Nama Pena : Kencana Merana

“ Hurmm… ya la mak ! orang tahu lah…mak ni tak sabar-sabar …dah tiga kali mak pesan . Okay lah mak, nanti orang telefon balik ya mak….” Talian kuputuskan.

Aku menguap lagi. Masuk ni dah kali ke 7 . Baik punyer menguap ! Nak terkehel mulut rasanya. Mengantuk yang bagai disorongkan bantal segera aku tepis. Aku bangkit dari katil tingkat atas. Perlahan menuruni tangga. Kemudian duduk bersandar di katil teman sebilik yang sudah keluar tutorial pagi tadi.

Aku termenung lagi. Teringat pesan mak dan arahan abah . Arahan mandatori lagi. Naik biul kepala otak aku dengan kehendak mak dan abah. Tahun ni umur aku baru 23 tahun. Tahun depan 24 tahun. Tapi, perancangan mak dan abah seperti membantutkan hasrat aku untuk menjejakkan kaki ke negeri bawah bayu untuk mendidik anak bangsa.

” Hah … dah bangun anak dara ni?” Kak Hajrah teman sebilikku kelahiran Johor tiba-tiba masuk membawa satu jag kecil kopi.

Aroma kopi yang berkepul-kepul terus sahaja membuka selera. Segar- bugar mata aku, dengan bau yang semerbak.

” Kak Hajrah dari mana?”

” Akak baru habis kelas lah Min. Naik tadi, nampak Min tidur . Akak pergi buat air kejap, haa, Min dah bangun. Tu haa… telefon dari tadi berbunyi” Terang Kak Hajrah lagi.

” Mak orang telefon lah akak. ” Aku menjawab malas.

Muka Kak Hajrah kupandang seketika. Dia belum buka tudung lagi. Dia nampak santai dengan jeans biru lembut, baju T putih lengan panjang yang tertulis UNISAINS .

” Cam ner?? Min jadi balik tak? Kan cuti seminggu. Tiket dah beli kan? “

” Kak Hajrah ni, nak ngusik orang lah tu!! Malas lah akak. Orang ni, tak suka tahu mak dan abah buat cam gitu. Macam lah orang ni tak laku. Orang ni, gadis yang kalis cinta kak . Tak percaya pada cinta. ” Aku bersuara lagi. Sambil bangun mengambil tuala untuk mandi.

” Hmmm… presiden aper tu Min? Haa… Pengerusi Kelab Kalis Cinta kan?? Tengok sekarang , cinta datang menyerah diri , Min nak lari kat mana ’mek’ ? ” Kata Kak Hajrah mengusik dengan panggilan ’mek’ untuk awet Kelantan.

” Akak ni!! “

Aku baling bantal empat segi ’SMILE” kat muka Kak Hajrah. Gadis dari Johor tu pantas sahaja menyambutnya. Maklum lah , G.S bola jaring wakil USM kata kan. Kak Hajrah ketawa mengekek. Aku dah blah pergi bilik air.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Pagi tu, lebih kurang jam 9 aku bersiap nak balik Kelantan. Miza dan Kak hajrah akan hantar aku kat Bayan Lepas.

” Fulamak !!! cantik la beb ! Aku dah cair ni tengok kau pakai macam ni. Mesti pengsan bakal suami kau tengok nanti.” Miza budak Kelantan, kelahiran Bachok teman sebilikku juga , tiba-tiba mengusik.

” Woii… mulut tu jaga … jangan sampai tak lepas insuran tau!! Siapa? Siapa cakap pasal bakal suami ha?? Nak kena ni Miza. Aku ni Pengerusi Kelab Kalis Cinta tau. Kau tu jer Pengerusi Kelab Hamba Cinta. Hari-hari dok ’skodeng’ mamat Sains Kom. ” Aku membalas usikan Miza.

Miza ketawa besar. Kak Hajrah yang dah siap untuk turun hanya senyum meleret. Senyum ada makna tu. Dah dekat sebulan mereka mengusik aku dengan kes ’bakal suami’ . Mak dan abah telefon tiga minggu lepas bagi tau aku kena balik sebab nak kenal kan aku dengan bakal suami.

Mak dan abah takut sangat aku kena hantar ’posting’ mengajar kat Sabah atau Sarawak. Aku pula memang dah menanam azam dan mengajar kat tempat jauh-jauh. Dah lah mengaji dari darjah 1 sampai tingkatan 6 kat Kelantan, mau nyer aku nak kerja kat sana jugak. Aku pun nak jugak kenal tempat orang . Jauh berjalan luas pandangan ! .

” Okay lah… ’mek-mek Kelate’ . Jom lah kita bergerak. Nanti terlepas kapal terbang ’ minah ’ ni pulak. Berchenta mak abah Min ni kat kampung menunggu. Silap-silap banjir Jalan Langgar mak awak menangis nanti.” Kak Hajrah pula bersuara mengajak kami bergerak .

Teksi membawa kami dari pintu besar USM Jalan Sungai Dua menuju ke Bayan Lepas.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Selepas hampir 50 minit dalam perut kapal MAS , aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Mak dan abah sah-sah dah siap siaga menunggu kat muka pintu besar . Siap lambai-lambai tangan lagi kat aku ni.

” Mak , abah .” Aku bersalam .

Mak dan abah memeluk anak kesayangan mereka. Habis sesi peluk cium. Aku mengikuti mak dan abah masuk kereta. Berkilat kereta Proton Perdana abah tentu baru lepas cuci.

” Esok petang pergi lah keluar dengan dia ya . ” Mak memulakan bicara .

“Esok mak ? Abah bagi ker bah?”

” Kalau nak mak ikut sama pun boleh. Kita pergi jumpa kat tepi pantai nak? Macam mak dan abah dulu-dulu.”

” Mak ni. Mak….orang ni zaman bila, mak tu zaman bila. Ada ker nak pergi kenal bakal suami tepi pantai. Mak dan abah tak per ah. Tangkap lentok tepi pantai. ” Aku menghambur kan kata-kata geram. Boleh pulak mak dan abah ketawa besar . Aku dah mula ’stress’ ni.

Kereta memasuki Jalan Kubang Kerian. Rumah kami kat Jalan Langgar depan pasaraya besar Billion , Kota Bharu .

Akhirnya sampai. ’Home Sweet Home’ . Lama dah tak balik kampung ni.
’Port’ biasa aku dengan geng, kalau tak kat Billion, kat KB Mall, tak pun kat Padang Tembak, P.Chepa cari ilham. Tak main lah tepi pantai . Jiwang karat tu beb . Malu lah dengan status Pengerusi Kelab Kalis Cinta .

Selesai makan malam. Kami duduk tengok TV . Mak dan abah masuk dekat . Aku tahu dah tu… nak ’psiko’ aku lah tu.

” Min, budak tu baik Min, ’handsome’ , keluarga pun kaya ,” Kata Mak buka cerita.

” Iyer mak? ” Aku kipas mak lagi . Saja nak menyakat bagi mak ’naik hangin’ sikit nak terima ‘future’ ’son in law’ .

” Anak kawan abah Min. Kuat agama budak tu. Sembahyang tak tinggal.” Tambah abah lagi memancing hati ku.

” Mak , abah, ” Aku terdiam seketika mengumpul kekuatan.

” Orang ni, tak bersedia nak kawin lagi lah….” Sambung ku.

” Kenal dulu Min, lepas tu, berkawan. Hujung tahun ni, berkahwin. Tahun depan senang . Tak payah kena hantar mengajar jauh-jauh . Mak dan abah ni, dah tua. Tak der orang nak tengokkan . Abang dan kakak Min tu, sibuk memanjang. Kat Johor lah, kat Perak lah. Bila nak pindah Kelantan tak tahu lah. Balik pun ’time’ lapang. Tu pun tak lama. ” Panjang lebar mak bagi kuliah.
Amik kau . Siapa ’naik hangin’ sekarang? Mak ker aku?!! …

Aku tersengih macam kerang busuk. Kering akal ni. Mak bersyarah kalah prof aku kat USM. Kalah Dr. Suhaimi ni, kalah Dr dari Belanda ni.

” Mak. Abah. Orang jumpa dulu budak tu, tapi orang tak janji ya. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak jadi. Orang tak nak paksa diri ya mak.” Aku menambah lagi. Mak dan abah saling berpandangan.

” Ngantuk !!! ” Aku menguap banyak kali . Aku masuk tidur lepas bagi isyarat kat mak dan abah yang tak puas hati lagi .

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Okay lah Jiha. Kau tunggu aku kat depan Pizza Hut tau ! “
Aku meletakkan gagang telefon. Aku bersiap santai .

Mak dan abah dah ’ready’ nak bagi markah kat aku depan pintu. ‘Sporting’ jer diorang dua main isyarat mata dan bahu, ingat aku tak nampak lah tu.

“ Cantik nyer anak mak ! Macam nil ah, baru sesuai jadi bakal isteri’ Kata mak lagi. Abah senyum panjang. Suker lah tengok aku yang selalu berseluar panjang ni pekena baju kurung tradisional lagi.

Selalu tu, pakaian aku menutup aurat dan bertudung litup tapi mak selalu tak suka tengok anak dara dia ni pakai seluar . Alih-alih baju T lengan panjang dengan seluar. Alih-alih baju dengan seluar, seluar jean lah , seluar slek lah , seluar panjang lah.! . Tapi aku ni pandai juga beb masuk majlis. Time-time nak kena ’observed’ dengan pensyarah ker, kena buat mikro teaching ker , aku pakailah baju kurung. Nanti tak lulus pulak amik kos cikgu …

“ Sapa teman nanti Min? ‘ Abah bertanya lagi. Takut sangat aku keluar berdua jer dengan mamat tu. Abah ni, pantang anak dara dia keluar berdua jer dengan laki.

” Dengan Jiha bah, dah janji tadi, Dia tak der buat apa pun. Dia tak masuk kedai hari ni. ” Aku memberitahu merujuk kawan ku Najiha yang kerja di bangunan baru dekat stadium.

Teksi sampai depan rumah . Kereta bergerak ke KB Mall.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Min . Kau ker ni ? Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa ? Adoiii…adoii…. “ Jiha ketawa tersembur-sembur . Beberapa orang kat depan MC’D tengok pelik jer kat kami. Dah lah tak bagi salam. Main sembur-sembur pulak.

Tak ingat dunia ala-ala lupa diri sekejap. Lepas tu, boleh dia buat-buat ayu semula. Ala-ala gadis solehah gitu. Tadi ketawa bagai nak tercabut gigi kapak tu. Aku diam sekejap. Bagi muka kat member sekolah tingkatan 6 ni pekena aku.

” Aku lah ni Jiha. Apa? Ingat aku tak lawa pakai macam ni? Ingat apa? “

” Kau tu kan Presiden Kelab Kalis Cinta . Ker , dah tukar jadi Setiausaha Kelab Cari Cinta beb? “

Kurang asam punya ’member’ . Bukan nak tolong aku .Pekena aku lagi ada lah. Baik punyer , dia bagi aku. Sakit jugak lah telinga aku dalam tudung ayu ni.

” Heh,… minah , banyak kau punya sengal . Sedap-sedap jer ketawa aku bagai nak runtuh KB Mall ni. Ingat aku aper?? Ingat aku jiwa kacau sangat ?? Aku tak akan berpaling. Ini Yasmin lah. Sharifah Yasmin yang tak akan jatuh cinta !! KALIS CINTA . Kalimah itu aku eja sepatah-sepatah dengan terang dan jelas. Biar minah karan sambal pedas ni ingat dunia sikit.

” Fuhh… kau ni Min. Sama lah macam zaman kita tingkatan 6 kat Sekolah Menengah Kota dulu tu. Tak berubah kau ya . Prinsip kalis cinta kau ni sampai ke mana Min? Kau tu minah ’mek’ . Kau kena juga ada ’mamat’ dalam kamus hidup kau nanti. Kan Tuhan dah buat elok, lelaki pasangannya perempuan. ’minah’ dengan ’mamat’ macam kau lah ni. ” Panjang pulak akal budak ni. Aku terdiam . Bukan kalah. Nak ambil nafas.

” Hei… dah lah. Kau jangan nak jadi mak abah aku, nak ’psiko’ aku ya. Jom. Kita tunggu mamat tu kat Pizza Hut . Abah aku dah bagi tau. Dia kenal aku. Dia ada gambar aku.” Ujar ku lagi menarik lengan Jiha . Kami bergerak .

” Aku kata tunggu depan Pizza Hut ni. Jap lagi datang lah tu .”

” Mana?? Yang tu kot? ” Jiha buat serkap jarang.

” Assalamualaikum ! Sharifah Yasmin ker? Maaf kalau silap orang .”

” Waa….” Aku tergagap –gagap hendak menjawab. Pandangan kami bersatu seketika.

Kena pulak baju kami dua ni. Masuk lah dengan baju kurung biru putih aku dengan tudung biru laut, dan baju kemeja lengan panjang dia biru polos , slek hitam. Skema ker mamat ni ? Muka nampak macam mamat skema jer .

” Waalaikumussalam!. Ya lah ni, Ni Sharifah Yasmin, saya ni Jiha , ’bes prend’ dia . Najiha yang dulu-dulu potoong jalan aku.

Fuhh… terer ah mak abah aku. Memang ’smart’ lah. Ada ’taste’ jugak mak abah aku ni. Jurutera lah kata kan. Muka pun nampak bijak dah. Belum sembang lagi. Kalau sembang tak tahu lah . Habis lah biul kepala otak aku kalau dia sembur dengan formula fizik dan kimia dia yang terkenal seantero dunia tu.

” Duduk lah. Nak makan apa ni Min? ” Dia dengan ramah memanggil aku Min. Aku pula kekok. Sabar. Pengerusi Kelab Kalis Cinta kena kuat …. jangan mudah cair .

” Saya nak spageti ya ! dan udang tempura, air oren., dan kentang.” Fuhh…Minah senget ni . Nasib baik member kamcing. Sesedap hati mak bapak mentua dia jer minta ’oder’ . Ingat ni bakal laki dia pulak. Eh… minah ni belum kawin. Mana ada mak bapak mentua . Patut lah tak ’hengat dunia’ .

Tiba-tiba mamat skema ni ketawa besar , Pandai pulak mat skema ni gelak yer. Tadi muka seruis giler . Macam doktor gigi nak cabut gigi geraham atas . Dan, sedap pulak aku dengan ketawa dia. Oittt… masyukkkk… apa ni? Kata kalis cinta. Ni kena pakai jaket kalis peluru dah ni.

” Tak per Jiha, pesan jer . ” Mamat skema ni baik pulak dengan member aku. Pandai mengayat jugak lah kiranya mamat ni.

” Saya nak spageti dan oren jer .”

” Cukup ker?” Tanya mat skema tu. Kirim salam lah. Ingat aku makan banyak ker? Tengok pinggang la bro!!! ….

” Saya gurau jer Min. ” Dia menambah lepas tengok muka aku ala-ala’toyer’ semacam jer . Macam lempeng hangit pun ada .

” So … kita berkenalan semula lah ya. Kita pun bukan kenal betul-betul lagi kan ? Mak abah Min ada bagi gambar kat saya . ” Kata mat skema tu selepas makanan dipesan.

” Haa… betul ! betul ! Mesti kenal dulu , kalau tak kenal macam mana nak jatuh … adoiiii………” Jiha yang banyak mulut tiba-tiba menjerit lepas aku cubit paha dia. Ambik kau Jiha. Pandai nak kena kan aku ya! Jiha merah muka tapi buat-buat ayu pada hal tersakit lah yang amat sangat .

“ Jiha kenapa? “ Mat skema tu menunjukkan rasa prhatin.

” Tak … tak… saya tersasul tadi…” Jiha bulat mata pandang aku.

” Ni kawan baik saya Najiha. Panggil Jiha. Saya , awak pun tahu panggil Min jer lah.”

” Awak panggil saya Zek ajer lah. Nama sebenar saya panjang. Takut awak tak ingat . Nanti ada pen baru kita tulis. ” Mamat skema tu sesedap perut pedal dia jer pekena aku. Boleh tahan nak main kasar ker!

” Zek?? Macam cerita Azura la pulak. “ Aku mengomel. Dia senyum pendek.

” Suka hati la… kita pun baru kenal. Saya pun tak ingin nak tulis nama awak yang panjang berjela tu. Cukup lah tertulis dalam I.C awak jer Zek.” Ulas ku laju. Jiha hanya sengeh jer. Kalau menyampuk, siap lah dia.

” Makan lah”

Kami menikmati makanan seketika. Zek melipat lengan kemeja sehingga ke siku . Kemudian melonggarkan tali leher. Teratur kerja Zek nampaknya. Kemas. Aku membuat penilaian sendiri. Muka Zek lawa. Sedap mata memandang. Tak lah ’tampan gila’ tapi kacak jugak lah. Hidung Zek mancung lagi dari hidung budak hantar pizza tadi. Zek pun tinggi ala-ala model.

” Kalau tak puas tengok saya, Min bawa lah gambar saya sekali balik U nanti! ” Kata Zek tersengeh-sengeh . Aittt… bila pula aku boleh tersasar dari jalan yang benar ni. Aku tak sedar diri dah. Dah tak ’hengat ’ mak bapak leka pandang muka Zek yang licin. Ada sedikit berkumis menambahkan segak nya.

” Tak . Tak payah…. nanti tak boleh tidur malam minah ni.” Jiha menambah, Puas hati dia. Dari tadi nak balas dendam kat aku.

” Jiha…pandai kau bergurau ya.” Aku senggol badan Jiha. Zek dan Jiha ketawa sama-sama. Macam dah pakat lah. Tak . Tak mungkin. Jiha tak akan khianati kawan dia a.k.a Pengerusi Kelab Kalis Cinta yang dihormati kat sekolah sampai lah kat USM.

” Saya nak bagi tau sesuatu. Tapi awak jangan terkejut ya Zek.”

Jiha pandang aku. Zek juga pandang aku. Aku buat salah ker?.

“ Saya datang ni kerana mak dan abah. Bukan kerana saya. Saya tak nak bagi harapan Zek. Saya ni perempuan yang tak percaya pada cinta. “

“ Jadi, awak percaya apa?”

“ Saya kalis cinta . Tak percaya pada cinta sejati.”

“Awak benci lelaki?”

“ Tak. Abah saya lelaki. Saya tak benci siapa-siapa. “

“Awak pernah terluka?” Soalan bisa –berbisa. Memang aku pernah terluka. Zek tak pernah tahu Pengerusi Kelab Kalis Cinta ni pernah ’tangkap cintan’ bagai nak rak ’tak hengat muka bumi’ Allah Taala ni dulu zaman sekolah. Bila dah jutuh terjelepuk tak boleh bangun, patah hati patah segala-gala, baru lah aku jadi macam ni. Aku takut nak bercinta lagi. Takut dikejar bayangan silam.

Tiba-tiba jer Pizza Hut yang bising tu jadi sunyi dan sedih. Jiha pun meneguk air menenangkan hati sendiri.

’Saya faham. Saya bukan nak paksa Min terima saya.”

” Min kan masih belajar. Kita serah jer semua ni pada Tuhan. Saya pun kerja tak sampai 10 tahun lagi. Kita bagi masa untuk kita .”

” Saya kerja dengan JKR . Selalu juga ’out station’ kat KL , Penang, Ipoh. Kalau saya pergi Penang, saya cari awak lah nanti.” Zek tukar topik perbualan.

” Haa,,,,, jangan . Awak tak boleh cari saya kat USM tau. “

“Kenapa? “

” Nanti apa orang akan kata. Pengerusi Kelab Kalis Cinta keluar ’dating’ dengan lelaki. Malu lah saya.”
” Bukan ’date’ . Kita kawan jer kan.” Zek membela diri.

Jiha tiba-tiba ketawa . Aku pandang Jiha sejenak. Minah ni apa kes pulak.

” Beb. Kau ni nak ke tak dengan Zek ni? Payah betul lah nak paham. Putar-putar cakap. “ Adoi… bias nyer mulut minah ni. Tak ada insurans langsung.

” Maaf yer. Jiha ni minah kelakar sikit. Kadang-kadang bercakap dia pandai hilang ingatan .” Aku balas balik. Zek ketawa lagi. Tak tahan tengok aku dan Jiha bercakaran tapi kawan baik. Macam maner tu!! .

” Saya tak nak bantah cakap mak dan abah. Saya nak cari kan gadis lain untuk awak Zek. Saya nak bebas dari janji mak dan abah. Saya nak terbang bebas. Nak kerja jauh-jauh dulu. Nak kenal tempat orang dulu. Kahwin tu, agenda terakhir dalam hidup saya. Tak kahwin tak boleh , nanti jadi minah senget jiwa kacau pulak. ” Aku bersahaja bagi kuliah kat mat skema ni.

” Awak nak cari perempuan lain untuk saya?” Soal Zek semula.

“ Ya . Saya ramai kawan. Saya akan cari kan pengganti untuk awak. Lepas tu, saya bebas lah. Saya tak perlu ikut cakap mak dan abah lagi kalau awak tak suka saya sebab awak dah ada pilihan hati. Tapi jangan bagi tau sapa-sapa ’plan ’ ni. Bila dah ’setel’ baru kita bawa jumpa mak dan abah.” Ujar ku lanjut.

Zek hampir ternganga seketika. Idea apa pulak minah ni ‘plan’. Ni maknanya dia ’reject’ aku. Pantang aku ni. Mana ada perempuan tolak aku mentah-mentah selama ni. Ingat dia cantik sangat! Lawa lagi budak pejabat yang sapu sampah kat ofis kau tu. Tapi dia ’cun’ . Cun dan kelakar . Lawak dia , perangai dia yang tak pandai ’cover line’ langsung tu menjadikan dia bukan gadis hipokrit yang pernah aku kenal yang material semata-mata.

” Zek??? Awak tak apa-apa ker? ” Mat skema ni terkejut bagai nak rak.

” Tak. Saya tak apa-apa. Baiklah . Saya setuju. Tapi kalau awak gagal cari pasangan yang sesuai buat saya. Kita kahwin . ” Lancar dia memberi arahan.

Gulppp… aku telan liur , Terasa kesat dan berpasir. Kahwin? Dengan Mamat skema ni? Tanpa rasa cinta ? . Hishh… macam mana nak ada rasa cinta. Aku ni kan kalis cinta. Macam mana ni?

“ Baik. ‘Deal’ “ Aku membalas. Tak mahu kalah. Bukan susah nak ‘jual’ mamat ni. Rupa ada, kerja ada. Tentu ramai terpikat.

” Nak ke mana lepas ni? ” Tanya Zek bila kami selesai makan.

” Saya dan Jiha nak ’shopping’ dulu. “

“ Baik lah. Saya nak pergi tengok ‘site’ kat Pengkalan Chepa. ” Dia memberitahu lagi.
Kalau dah kerja jurutera . Kerja nya tengok ’site’ jer ker gamaknya. Aku tak tahu-menahu kerja ’ mat spanar ’ macam dia ni . Aku tahu sikit-sikit bab kerja ’minah karan’ jer. Tu pun, sebab pernah ’part time’ kat P.Chepa dulu, kerja kilang. Kami berpisah di situ, selepas bertukar-tukar nombor telefon.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

” Hello ’makcik’ . Kau dah habis pikir ker buat macam ni?” Suara Jiha dari talian sebelah sana menendang telinga aku.

Aku membetulkan telefon bimbit yang kupegang. Mengepit dengan bahu sekejap kerana tangan tengah bancuh ’oat’ dengan milo.

“Hurmmm….sedap! “

” Woiitt !! Sedap mendenyer beb ! Tak kahwin lagi.” Jiha nak mula buat lawak antarabangsa.
” Hoi ’makcik Jiha’ . Sedap air milo ni ha. Aku dah tekad. Aku nak ’adjust’ Zek tu dengan kawan aku. Dia nak punya lah. Gerenti beres. “

” Saper? Kawan mana lagi yang ada kat Kelantan ni. Ramai geng kita dah hijrah kat kolumpo lah, Perlis , Ipoh, Terengganu. Nak panggil pulang yang mana?” Jiha gamat bertanya .

Aku bawa ’mug’ milo ke luar. Duduk atas sofa empuk. Menghirup milo sekejap. Enak.

” ’mek’ mana kau ni?” Jiha berkumandang lagi.

” Ader la ’makcik’ ” Aku menjawab lembut . Merangka pelan yang baik.

“Siapa?” . Talian diputuskan. Lega. Selesai satu kerja.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Mak dan abah sibuk kalah kan anak dia yang nak kahwin. Pada hal Zek dan Jiha yang nak berkahwin.
Miza dan Kak Hajrah pun dah puas nasihatkan aku. Dek kepala batu aku buat pelan yang ’power rangers’ giler, akhirnya Jiha dan Zek dah sepakat nak mendirikan rumah tangga. Kerja Tuhan. ’Kun Fayakun’ ’ kalau Tuhan kata jadi, maka jadi lah’ .

Siapa aku nak halang semua ni. Dah terlambat, walau pun aku tersangat lah sakit hati , sakit pankreas, semua , perut pedal menyaksikan aksi-aksi romantis antara Jiha dan Zek. Mamat skema ni pula, boleh buat tak layan dengan aku sejak ’couple’ dengan Jiha. Jiha pun sama. Dapat jer ’offer’ aku, terus tak ingat member baik zaman sekolah lagi tu.

Aku??? Ya . Aku dah tewas. Aku kalah. Di saat Zek dan Jiha mengaku sudah saling jatuh cinta dan nak kahwin, masa tu, aku rasa bumi ditimpa raksasa. Ditimpa ’tirex’ yang besar atas kepala aku. Aku cemburu, aku iri hati dan aku mula jatuh sayang pada Zek.

Aneh nyer perasaan !! Masa ada tak layan. Bila dah tak der, baru nak tergila bayang. Aku yang jual mahal. Kalis cinta bagai lah, ambik muka aku. Padan muka aku. Pengerusi Kelab Kalis Cinta dan jatuh cinta. Jatuh cinta tersungkur ke bumi.

Tiap kali balik cuti semester atau cuti hujung minggu yang panjang, aku lah saksi cinta mereka. Jiha pandai pula paksa aku jadi ’mak guard’ dia takut kena ’spedo’ nanti tangkap basah pulak. Aku lah yang kempunan tengok Zek terlepas ke tangan Jiha. Bukan salah Jiha. Salah aku.

” Min. Kau macam sedih jer aku nak kahwin ni.” Jiha bersuara.

“Ishhh… mana ader . Kau ni ’makcik’ , agak-agak lah. Kan dah nak kahwin. Jaga sikit cakap tu. Nanti mak mentua dengar kang susah! “

“Kau suka kad kahwin yang aku bagi tu?” Tanya Jiha.

Alamak. Kantoi aku. Aku lupa nak baca kad kahwin Jiha. Dek kerana rasa sedih dan ngilu pilu segala, aku letak jer kad kahwin Jiha atas meja solek. Tak mahu nyer aku baca nama Jiha dan Zek yang nak kahwin. Aku ’jeles’ tahap gaban dengan kawan baik sendiri. Jahat nyer aku ni.

Jiha bersiap-siap . Mak saudara Jiha yang biasa mengandam orang kahwin tolong anak buah dia pula berdandan. Dengan aku sekali siap berdandan. Macam aku pun nak kena nikah malam ni jugak.

Pihak pengantin sudah sampai kat Kampung Panji, rumah Jiha.

Mak dan abah pula senyum memanjang macam anak dia jer yang nak nikah malam ni. Pandai pulak mak cik Jiha ni cari baju kat aku. Lawa semacam. Satu set dengan pengantin pulak tu.

Kami berdua duduk di tempat yang dikhaskan . Ada satu bidai yang terukir indah , memisahkan kami dengan pihak pengantin lelaki.

Aku dengar Tok Kadi membaca lafaz akad nikah. Kemudian aku terkesan sesuatu. Bukan nama Jiha yang Tok Kadi sebut tadi. Ya Allah !!! …. aku pengsan tiba-tiba.

” Min !! Min !.. ” Suara Zek memanggil nama aku.

” Zek?” Aku ambil kad yang Zek hulurkan. Aku baca kad tu betul-betul .

Perkahwinan anak kami…. Muhammad Fakrul Ramzi Ajmain bin Haji Muhammad Adha dengan Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa.

” Min sudi tak jadi isteri saya?” Zek merenung dalam ke wajahku.

Aku tersenyum malu. Jahatnya Zek, Jiha , Mak dan Abah. Termasuk Miza dan Kak Hajrah sekali. Macam mana aku yang ’kaki auta’ ni, boleh jadi mangsa ’wakenabeb ’ dengan mereka semua.

Mereka berdua pun akan sampai esok menyaksikan majlis persandingan aku dan Zek. Baru hari ni aku tahu siapa nama sebenar Zek! Jahatnyer aku. Tapi…. kerana pelan Jiha lah, akhirnya aku dan Zek bersatu. Pengerusi Kelab Kalis Cinta dah turun takhta. Kelab itu dibubarkan serta-merta.

Suara Zek menusuk ke ulu hati ku.

” Aku terima nikahnya Sharifah Yasmin binti Syed Mustafa dengan mas kawin 120.00 tunai. “

Selesai . ……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: