Cerpen : Aku Tak Mahu Mati

Nama Pena : Asrul Ja’Afar

“Aku tidak mahu mati, tapi aku terpaksa mati” Satu kata-kata yang sering berlegar dalam mindaku tatkala fajar kesayuan menerpa sayap-sayap mimpi yang panjang. Aku berjaya mengorak langkah dari mimpi itu, tapi berjayakah aku dalam realitinya. Berkali benakku cuba menguraikan satu persatu tali yang tersimpul itu, namun makin diurai makin tersimpul ia. Aku cuba gerakkan hati, mata dan fikiran, tetapi semuanya hanya mampu kaku membisu.

Aku menjerit, melolong dan meraung kesakitan api mimpi yang membara. Namun awan mendung yang berarak mula menjatuhkan butiran-butiran yang membasahkan pipiku. Kosakkan berengsot-engsot yang sering kedengaran sering memberikan aku igauan yang buruk meskipun mimpi itu telah berlalu.

Namaku Amir, seorang pelajar Jurusan Sains Astronomi. Bintang, bulan dan angkasa membuatkan aku rapat dengan mereka sehingga aku terpengaruh dengan saintis barat yang tidak percayakan Tuhan dan memegang fahaman hedonisme sebagai pengangan hidupku. Walaupun aku beragama Islam, tapi semua itu aku apla, aku gagal tunaikan 5 waktu, aku gagal ucapkan 7 kalimat utama al-Quran dan aku gagal berpuasa. Segala-galanya bermula setelah aku belajar di luar negara.

Seks, arak, keseronokan, dan kehidupan dunia panduan kehidupanku waktu itu. Aku bebas seperti burung, tetapi pada masa yang sama, aku hanya terikat dalam penjara hati. Rinchard, Lorean, Floard, dan Michelah antara rakan-rakanku yang banyak membawa ku ke jalan kehancuran. Aku jauh hidup dari keluarga, masyarakat setempat, kalau Islam aku dah tinggalkan, apa pula adat Melayu. Di Amerika, bebas sekiranya seseorang itu bersedudukan dengan orang yang bukan muhrim. Aku bukan sahaja tersasar dari ajaran agama, malah aku juga boleh dikatakan Melayu murtad. Dari segi gaya hidup, penampilan dan ikutanku. Jauh dari keluarga dan rakan seagama salah satu faktor aku berubah dari pangkal yang sebenarnya. Sesat pusat aku tika itu.

Nouri, satu nama yang sering membuatkan hidup aku gembira satu tika dahulu, tahun pertama aku belajar di Amerika Syarikat, Nouri menjadi inspirasi aku dan sering menjadi penasihat dikala duka. Namun, akibat kelalaian aku sendiri, aku telah memusnahkan hatinya. Aku curang kepadanya, aku gagal mempertahankan mahkota impiannya. Dari saat itu, hidupku kunta kintir. Aku mula liar dan berpeleseran dengan wanita lain. aku mula liar dan bebas, pelajaranku mula entah kemana. Dengan kekacakan dan ketampanan yang aku ada, aku berjaya menggoda sesiapa sahaja untuk kepentingan diriku, termasuk pensyarahku. Jangan dikatakan sekali, malah berkali-kali aku mula melakukan hubungan sumbang dengan pensyarah untuk mendapatkan markah yang tinggi dan lulus supaya aku tidak dibuang dari Universiti.

Tidak disitu, untuk hidup yang lebih mewah, aku mula berpeleseran dengan perempuan-perempuan kaya. Aku bekerja sebagai model sambilan di salah satu syarikat antarabangsa, dari situlah aku kenal orang-orang korporat yang keparat. Mat Saleh sebenarnya pantang berjumpa dengan orang Asia, pasti cair mereka melihat. Mungkin sudah puas melihat orang-orang sebangsa dengan mereka, atau ingin merasa ’benda’ yang baru. Bagi aku semua itu tidak penting, yang penting apa yang aku mahu dapat, iaitu duit. Dalam sebulan, hidupku mula berubah, seorang mahasiswa Sains Astronomi, mempunyai sebuah apartment yang mewah di tengah-tengah bandaraya Amerika Syarikat. Aktiviti setanku mula berleluasa di situ.

“Amir, kamu sudah selesai solat?” Satu suara tiba-tiba datang menerpaku.

Aku berpaling ke arah muka pintu, dan melihat wajah yang pernah aku lupakan satu ketika dahulu. Seseorang yang penah aku tipu dan lukainya hatinya. Tiap kali aku menatap wajahnya, taip kali itulah aku mula merasa hina dan benci akan diriku. Aku mula merasakan segala-gala kesilapan yang pernah aku lakukan.

“Sudah mama” Balasku ringkas.

“Kalau begitu, mari turun sebentar. Papa kamu mahu jumpa sekejap” Jawab mama.

Aku mengangguk-anggukkan kepalanya. Lalu melipat sejadah. Hatilu mula berdesir perkara yang tidak-tidak. Tanpa membuang masa, Aku bergegas berjumpa dengan papa.

“Mari sini Amir, duduk di sebelah papa” Tangan Papa mengenggam sesuatu. Seakan-akan seperti surat berwarna putih, tetapi tidak diketahui isinya.

Aku datang mendekat ke arah papa. Aku mula cuba menenangkan diri. Mama muncul sambil membawa satu dulang air beserta biskut. Lalu mengidangkannya.

“Di tangan papa ni, ada satu surat daripada Universiti. Kenapa Amir tak ambil peperiksaan akhir? Kenapa Amir tak bagitahu papa dan mama? Amir ada masalah ke?”

Pertanyaan papa itu benar-benar membuatkan aku serba salah. Aku dihimpit segala-galanya.

Dalam dingin malam, Aku bertemankan rakan-rakan perempuan dan lelaki. Setelah selesai membuat parti seks, kami semua terbongkang terkulai lemah di serata tempat. Ramai kawanku yang hadir, semuanya bermalam di rumah baruku. Kami semua membuat pesta seks tanpa segan pilu. Dalam lena tidur, Aku terjaga, aku melihat rakan-rakanku sudah tiada di rumah. Aku melihat jam di dinding baru sahaja pukul 3.00 pagi. Aku berasa hairan, mustahil rakan-rakanku sudah beransur pulang, padahal aku baru sahaja berasmaradana jam 2.30 pagi. Dan ketika itu ramai kenalanku sama ada dari rakan sekelas atau dari rakan model.

Aku bangkit kehairanan, keadaan rumah bersih seperti tiada pesta. Aku binggung dan keliru. Lalu aku berjalan perlahan-lahan ke rumah tamu. Keadaan seperti biasa, bersih dan seperti baru telah dibersihakan sebersih-bersihnya. Aku berjalan terus menuju ke arah dapur, di dapur juga bersih. Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang kuat, menjerti-jerit meminta tolong. Suara siapakah itu. Aku terus mencuri dengar suara daripada luar. Lalu aku buka pintu. Aku melihat ramai orang berlari-lari di koridor luar. Aku terus menarik tangan salah seorang daripada mereka.

“Encik, apa yang ber…” Kata-kataku terhenti. Aku membelek-belek wajah yang pernah aku lihat. Tetapi wajah itu mustahil ada di Amerika Syarikat.

“Haikal!” Jeritku kecil.

Aku melihat wajah Haikal di hadapan pintu apartmenku. Apa dia sedang buat di Amerika Syarikat, dalam pagi-pagi buta seperti ini. Setelah Haikal, aku melihat, Jamal, Kadir, Daud dan Toton.

“Kenapa kau orang semua ada di sini?” Tanyaku kepada mereka semua.

“Ada di mana? Kau bermimpi ke?” Jawab Toton yang gayanya ala-ala bapok.

Adakah aku sedang bermimpi? Aku cuba mencubit pipiku, tapi terasa sakit. Aku melihat keadaan di sekelilingku, aku berasa hairan. Keadaan koridor ini bukan koridor apartmenku. Aku mula hairan.

“Apa yang kau menungkan tu? cepatlah kita tengok Ellian, dia jerit-jerit tadi. Entah apa berlaku pada dia?” Haikal menarik tanganku lalu membawaku pergi bersama rakan-rakan.

Aku sekali lagi hairan. Aku mula melihat keadaan sekeling. Aku tidak pasti ini kawasan apartmenku yang aku diami. Kemanakah rakan-rakan yang berpesta di rumahku? Bagaimanakah rakan-rakan seasramaku sewaktu di sekolah MRSM, Pontian berada di Amerika Syarikat. Aku melihat dinding koridor, setiap pintu, setelah lama aku memerhati aku mula teringat kawasan asrama di sekolah dahulu. Tapi tidak mungkin aku berada di sekolah. Apa semua ni? Apa yang sedang berlaku kepadaku?

Tibanya di bilik Ellian, dia dikerumuni oleh beberapa orang pelajar yang memang benar aku kenal sangat-sangat. Salah seorang daripadanya Hamdan. Musuh ketatku. Di sampingnya pasti ada Kulup dan Ramsan. Mereka bertiga sering membuatkan aku benci dan suka membuat kacau di kawasan asrama. Mungkin Ellian juga dikerjakan oleh mereka. Di sisi Ellian ada Ustaz Fauzi yang cuba menenangkan Ellian. Ellian seakan-akan dirasuk, kawasan matanya mula membengkak kehitaman, matanya merah, mulutnya sungguh menakutkan. Dia mula menjerit mengilai-ngilai. Sehingga teman-teman yang berhampiran dengannya mula menjauhi.

Dalam pada itu, datang Haji Fuad, iaitu Warden asrama tiba-tiba datang dari belakang sambil membawa satu balang berisi air putih. Kemudian air itu diberikan kepada Ustaz Fauzi. Belum sempat Ustaz Fauzi membacakan ayat-ayat suci al-Quran, Ellian kemudiannya memberontak sekuat hatinya.

“Aku telah kembali, aku datang nak menuntu bela.” Jerit Ellian dengan nada yang keras dan menakutkan.

“Apa kau tuntut? Siapa kau sebenarnya, keluar kau dari jasad budak ini. dia tak bersalah” Tegas Ustaz Fauzi.

“Kau mahu tahu aku siapa? Hahahhaha” Ellian mengila tidak henti-henti.

“Akulah Borhan. Borhan! Kau ingat pada aku lagi Fuad?” Sambung syaitan yang merasuk Borhan.

“Borhan? Kau dah mati Borhan. Kenapa kau kacau mereka yang tak bersalah.” Ujar Haji Fuad.

“Aku nak menuntut hak”

“Hak apa? Kau dah tak ada hak. Semuanya berlaku dan biarlah berlaku. Kau pergilah dengan aman”

“Tidak, aku tak akan pergi dengan aman. Kau ingat sumpah aku, semua mereka yang ada disini, terpaksa mati. termasuk kau HAJI FUAD.”

Air yang dibaca oleh Ustaz Fauzi kemudian di renjiskan ke wajah Ellian. Menjerit syaitan itu dan mengilainya yang panjang. Setelah itu, suara itu hilang dari kedengaran. Ellian terus jatuh pengsan, wajahnya penuh dengan peluh. Aku dan rakan-rakan yang melihat keadaan itu turut merasakan tempias ketakutan. Aku cuba mencari sesuatu perkara yang logik, tapi tak bisa. Aku memandang cermin yang ada pada almari Ellian, aku berasa hairan. Aku mendekat ke arah cermin itu, sebaik sahaja aku melihat wajahku dengan jelas, aku terkejut. Benar-benar terkejut.

Aku kelihat seperti muda, umurku bukan lagi 22 tahun, tetapi 16 tahun. Misai dan janggutku masih lagi tidak timbul. Aku keliru, adakah aku kembali semula ke dunia persekolahanku? Tidak mungkin. Perkara itu tak akan mustahil. Apa yang sebenarnya belaku kepadaku.

“Jamal, kau masih bercouple dengan Azian lagi ke?” Aku cuba mencari kepastian.

“Mestilah, aku sayang dia. Kau macam minta aku clash dengan dia aja”

“Bukan macam tu, tapi…”

Jawapan yang diberikan oleh Jamal sedikit sebanyak membuatkan aku yakin dengan apa yang aku rasakan. Mana mungkin Jamal dengan Azian bercouple sampai sekarang kerana Azian meninggal dunia semasa tingkatan 5, iaitu setahun selepas ini. Ini bermakna, tika ini Azian masih lagi hidup.

Setelah itu, baru aku sedar bahawa aku telah kembali ke alam persekolahan. Tapi bagaimana semua ini boleh berlaku. Apa yang sebenarnya berlaku kepada diriku. Baru tadi aku bersuka ria dengan rakan-rakan di apartmen mewahku, aku berada di Amerika Syarikat, tapi kini aku berada di Sekolah, bersama-sama dengan rakan-rakan sekelasku. Ini semua tak masuk akal.

“Kenapa Amir buat papa dan mama macam ni?” Pertanyaan Papa itu benar-benar sukar di jawab.

“Amir minta maaf, Amir khilaf. Amir tahu semua yang amir buat adalah salah. Amir dah taubat. Amir janji, amir tak akan ulangi perbuatan itu lagi.” Aku bernekad untuk berubah setelah semuanya belalu. Aku tidak mahu mati dalam keadaa hina, aku tahu aku terpaksa mati, tapi bukan cara itu.

“Sudahlah amir. Nanti kita bincang perkara ini kemudian. Sekarang, amir naik ke atas dan masuk tidur.” Kata Mama

“Baiklah. Amir tidur dulu ma, pa. Assalamualaikum dan selamat malam.”

“Waalaikumusalam”

Aku beredar pergi dengan hati yang pualam. Aku sedih kerana telah mengecewakan papa dan mamanya.

“Apa nak jadi dengan anak awak tu, suruh belajar, dia buat perkara yang bukan-bukan sehingga sanggup tinggalkan agama. Saya nak marah, dia dah besar. Saya Cuma boleh nasihat aja la. Pandailah dia fikir sendiri”

“Betul kata abg. Saya pun tak tahu nak kata apa. Nak kata kecewa, memang kecewa sangat-sangat, tapi nak buat macam mana dialah satu-satunya anak kita. Tapi syukurlah dia dah sedar akan kesilapannya. Saya harap dia benar-benar dah bertaubat.”

Setelah kejadian Ellian di rasuk, Aku mula mencari sebab kenapa aku disini dan tidak boleh lari belengu dunia lama. Aku kena tahu puncanya tapi bagaimana? Dalam sedang kembali pulang ke bilik, kami sekalian yang melihat kejadiaan itu diminta datang ke dewan mesyuarat. Entah apa yang ingin dikhabarkan kau tidak tahu. Tapi jam di tangan sudah menunjukkan pukul 3.50 pagi. Terasa penat badan ini belum lagi sembuh-sembuh. Lelah seluruh otot-otot aku.

Aku, Jamal, Haikal dan yang lain-lain menuju ke bilik mesyuarat. Dalam bilik mesyuarat itu, Haji Fuad dan Ustaz Fuazi sudah ada dan membincangkan sesuatu.

“Kamu semua sila duduk” Ujar Haji Fuad.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kita semua akan menjadi mangsa iblis Borhan itu.”

“Apa maksud kita? Maksud pak haji, saya dan kita semua akan mati. Tapi kenapa?” Aku bangkit dan cuba mendapatkan kepastian.

“Saya nak kamu tahu, ini adalah satu sumpahan. Tiada siapa terlepas daripada sumpahan ini.” Sambung Haji Fuad.

“Ha, maksud pak haji. Kita semua akan dibunuh oleh Syaitan Borhan tu? Tapi kenapa? Apa sebenarnya yang berlaku, tolong cerita kepada kami. Kami ada hak kerana ini semua berkaitan dengan nyawa kami sendiri. Tolong la” Aku cuba mengertak Haji Fuad. Ustaz Fauzi tidak terkata apa-apa. Rakan-rakan yang lain menampakkan muka mereka yang cuak, pucat dan ketakutan.

Haji Fuad bangkit dan memulakan ceritanya.

“Borhan dahulu adalah pelajar di sekolah ini. Dia seorang yang cerdik dan aktif dalam aktiviti sekolah. Semasa zaman persekolahannya di sini, berlaku beberapa pembunuhan bersiri, satu persatu pelajar di asrama ini mati dibunuh. 6 orang yang menjadi mangsanya telah terbunuh dan mereka semua adalah rakan rapat Borhan. Rahsia pembunuhan dia terbongkar setelah dia juga ditemui maut dalam sebuah perigi buta yang ada di belakang asrama ini. Kes pembunuhan terakhir dan mangsanya adalah bernama Hisyham, rakan baiknya sendiri. Kemana mereka pergi pasti bersama, tapi sayangnya Hisyham tahu perbuatan Borhan dan ingin melaporkan kepada pihak asrama, tetapi di halang oleh Borhan yang menghentak kepala Hishyam sehingga pengsan. Jasad Hisyham diseret hingga ke belakang asrama. Pabila Hisyham sedar, dia cuba melarikan diri, dan berlakulah pergelutan. Pergelutan itu akhirnya menyebabkan Borhan tertikam pisau pada jantungnya sendiri dan kemudian terhumban di dalam pergi buta. Hisyham terus melaporkan kepada pihak asrama.”

“Tapi kenapa dia datang kembali dan cuba nak bunuh kami?” Aku terus mencela.

“Dia ingin membalas dendam. Saya tak tahu, saya mahu kamu semua melawanya jika dia cuba membuat sesuatu.”

Setelah malam itu, satu persatu mangsa dibunuhnya. Aku juga dalam ketakutan, aku tidak tahu kemana harus aku pergi. Orang pertama yang dibunuh adalah Haji Fuad dan kedua adalah Ustaz Fuazi. Sedikit demi sedikit rakan-rakan aku dibunuh. Tinggalkan aku, Jamal dan Haikal. Sungguh tragis mereka di bunuh. Dalam satu malam, semua rakan-rakanku mati ditangan Borhan. Aku dalam ketakutan, aku menangis tidak henti-henti. Dari saat itulah aku mula ingat nama tuhan, aku mula ingat ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi semuanya tidak berguna lagi. Maut sedang menjemputku. Haikal dan Jamal sendiri dibunuh di hadapanku.

Aku menjerit, aku cuba melawan, tapi tidak berdaya. Syaitan itu memakan isi perut rakan-rakanku. Dalam satu malam semuanya telah tewas di tangan Borhan. Kini, tinggal aku seorang diri ketakutan. Aku berlari-lari ke dalam surau, mengambil wuduk dan bersolat dan setelah itu aku keluar bersama dengan kitab al-Quran. Tak lekang aku memegang kitab itu. Aku hanya menunggu hari subuh. Tapi masih lagi awal 30 minit sebelum waktu subuh masuk. Aku terus berjalan. Sampai di dalam rumah, aku terus masuk ke dalam rumah. Aku fikir jika di dalam rumah, aku akan selamat. Lalu aku letak al-Quran di atas meja dan aku mula berehat-rehat di atas katil. Dalam aku ingin memejamkan mata, tiba-tiba Borhan menghempapku dari atas dan kemudian menikam jantungku. Sakit, perit dan sangat dashyat rasanya. Aku terus menjerit kesakitan.

Tetapi setelah itu, aku mencelikkan mata, ternyata aku berada di dalam apartmentku. Rakan-rakan yang lain masih lagi nyenyak tidur. Aku berasa hairan. Adakah apa yang berlaku sebentar tadi adalah mimpi atau realiti. Aku keliru. Aku meraskan seluruh badanku dilimpahi peluh. Aku dipeluk oleh dua orang wanita yang separuh bogel, seorang kiri dan seorang kanan. Lalu aku bangkit menuju ke bilik air. Aku mandi dan membersihkan segala kekotoran. Di hadapan cermin aku mula berfikir mimpiku itu. Ini adalah satu alamat kepadaku. Apa yang aku buat selama ini adalah salah, aku harus berubah. Aku telah jauh tersesat.

Aku mula mengambil wuduk, dan bersolat walau aku tak tahu di mana arah kiblatnya. Aku terus berdoa sambil menangis. Aku keluar dari rumah itu sebelum rakan-rakanku terjaga dari lena. Aku pergi bersiar-siar sambil memikirkan apa yang aku buat dan alami dalam mimpi tadi. Aku berdialog kepada tuhan. Adakah dia sudi memaafkan aku yang dalam kehinaan ini? Dalam mimpi itu aku tahu aku dan rakan-rakan akan mati dan harus mati kerana sumpahan itu, tetapi aku tidak bersedia lagi untuk mati. Aku takut untuk mati, tapi aku terpaksa untuk itu.

Tepat jam 9.00 pagi, aku pergi ke air port, dan aku membeli tiket terbang pulang ke Malaysia. Aku ingin kembali ke Malaysia walaupun aku tahu aku akan menduduki peperiksaan beberapa hari lagi. Aku tidak memberitahu papa dan mama kenapa aku kembali ke Malaysia dengan cepat. Di Malaysia aku mencari ketenangan. Hartaku di Amerika, aku menjualkannya kepada rakan-rakakku. Aku hidup dengan nafas yang baru. Aku tidak mahu mati dalam keadaan mimpi aku. Aku penuh dengan dosa maksiat, aku tidak mahu.

Aku menceritakan segala-galanya kepada papa dan mama, ternyata mereka kecewa tapi mereka gembira kerana aku ingin berubah. Aku hendak berubah, aku tidak mahu hidupku sia-sia. Terima kasih tuhan kerana menolongku.

***Cerita ini diilhamkan daripada mimpiku. Harap menjadi pengajaran kepada kita semua***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: