Cerpen : Borneo vs Utara

Nama Pena : cepet shinchan

“Kak, abang tu mintak nombor tpn akak..”

“kenapa plak dia mintak???herm..nanti-nanti lah akak kasi kat dia.”

Malam tu aku tak tau napa plak tiba-tiba tekak aku nie nak makan burger. Disebabkan permintaan tekak aku tu lah jari aku nie ringan jer bagi msg kat sepupu aku suruh dia buatkan beef cheese burger. Tanpa segan silunya nyer plak aku dengan demandnya mintak tolong anak dia “deliver “ kan burger aku tu ke rumah. Tempat kazen aku jual burger dengan teratak aku tu tak la jauh mane pon, tapi memandangkan aku ‘not in mood’ nk berjalan, makanya penyakit malas aku tu pun bertandang tanpa diundang.

*****

Malam berikutnyer aku pergi ke tempat sepupu aku bukak ‘stall’ burger dia..sampai jer ‘stall’ tu aku pun pesan burger. Gelojoh tol aku nie kan, xnyempat-nyempat. Lapar pnyer pasal kan.

“kak, niza nak burger beef cheese satu.” Ujarku setelah melabuhkan punggung di bus stop tempat sepupu ku membuka stall burger nya.

“okey! Niza, nie akak nak kenalkan anak angkat akak. Dia belajar kat UPM. Budak perlis. Nama dia syidi”

“hye syidi”

“Niza belajar kat mana??”

“niza belajar kat polyteknik jer”

“Course aper??”

“business management”

“syidi amek course apa kat upm??

“syidi amek course pengurusan makanan dan perladangan. Sekarang dah tahun akhir. Tengah praktikal”

Borak pnyer borak mamat perlis tu mintak nombor phone aku..haishhhhh mamat nie gentleman sgt la pulak..kalau yer pon agak-agak la nak mintak num phone. Segan la aku ngan sepupu aku tu. Tp salah aku jugak, sebab semalam aku dah janji nak kasi kat dia. Tula.. sapa suruh mulut tu ringan jer tabor janji. So, kena lah tunaikan janji tu. Padan muka aku.Tp dalam mood segan tu dengan muka blushing aku kasik gak num phone aku..aper org kata tu??malu tapi mau.hahahaha. yelaaa..aku nie pun tengah jiwa kacau, baru putus cinta la katakan. Sangap la tu.heeee. rezeki beb!!! Pepatah melayu kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Yang mintak num phone nie rezeki laa…mana la tau kot-kot boleh jadi balak baru aku. Cett!!baru putus cinta dah ada hati nak cari yang baru.

*****

petang nie aku rasa jiwa, jantung dan hati aku nie rasa macam dicarik, diguris, dicabut, dan segala di yang menyakitkan lah. Mana tak nyer, aku pun tak tau minah mana ntah call balak aku. Menyampah tol!!!balak aku kantoi nie pon sebab dia xjawab call minah tu, so ‘divert call’ la g numbor aku. Dipendek kan cerita (sebab aku sakit hati, malas nak crita panjang-panjang part minah nie) aku siasat punya siasat balak aku kasi numbor dia kat minah nie. Cis!!!hampeh punyer lelaki, xcukup ker aku sorang?? Aku tau la aku nie tak la cantik mana pun, tapi cute tu ada la plus manis-manis gula tebu sket, haa!!! Okey sangat la tu…aper lagi balak aku tu nak???dasar lelaki buaya tembaga!! Nie bukan yang pertama dia buat hal. Dah 2 kali…melampau tuuuuuu. Aku ni dah la spesis yang kurang penyabar,. Tp nie dah kira sabar la jugak. Sebab dah 2 kali kan. Tapi kali ketiga nie aku xboleh bagi muka…kena buat sesuatu nie. So, beberapa minggu lepas insiden tu aku pun mintak break..yelaa, aku nie ada perasaan. Bukan patong dia nak buat sesuka hati limpa dia. Ingat aku ni xda market ker, eaiiiiiiiiiii, nie niza lah, aku boleh cari yang lebih baik dari kau tau!! Tapi sebenarnya aku tak tau la ada tak kaum adam kat atas muka bumi ni yang dapat terima awek macam aku. Dah la kuat merajuk, demand, degil, salah sikit marah..kalau marah sikit-sikit tu tak per gak. Nie marah sikit keluar la sumpah seranah aku kat balak. Walaupun macam tu sebenarnya aku bahagia sangat bila kapel ngan dia..penyabar orangnyer..nama pun sabrie mesti lah sabar kan. Satu keluarga pun dah tahu dan merestui hubungan nie. Kapel pun dah dari zaman sekolah lagi.. 3 tahun buat kita rang knal sangat fiil masing- masing. Tapi mungkin dah takdir so kita rang terpaksa gak berpisah. Tipu la aku kata aku xsedih. Cuma waktu “talak” tu jatuh setitis air mata aku pun xjatuh. Mungkin hati ni dah kebas kat dia kot………

*****

Beberapa hari lepas insiden blushing kat stall burger sepupu aku tu, hubungan aku dengan syidi berjalan dengan lancar tanpa kesesakan lalu lintas. Selalu gak kita rang call. Msg. aiseymen, ada harapan nie..penyakit rindu aku kadang-kadang ada gak bertandang kalau dia tak hanta msg. miang tol. Huhu.

1 message received
“niza, esok kita keluar k??syidi rindu kat niza la”

“nak g mana?? Malu la niza nak hang out ngan di” …. Message deliverd

1 message received
Yela, sape la kte nie kan . huhu.Kita pgi shoping ker, mkn2.. k comey???

Chewah!!!dia kata aku comel dowh..berbunga-bunga hati aku..tambah ngan rama- rama terbang sana sini sket. Tp xtau la pujian dia tu ikhlas ker saja-saja dah xder modal nak ayat aku. Tapi keesokkan hari nyer aku pun keluar dengan dia. 1st sekali kita rang g melantak kat kedai makan. (mesti la kedai makan, tak kan kedai tayar)

“niza nak makan apa??”

“mee goreng, laici susu”

“akak, ermm.. nasi dengan tomyam pastu mee goreng ngan laici susu 2″

Sepanjang masakan tu blom deliver, aku ngan syidi xbyk bercakap..yelaa, dia asyik tenung muka aku jer. Aku yang before nie talkactive nak mampus dah rasa lidah dan mulut aku nie kena gam dengan gam cap gajah. Kalau yer pun, jangan la ngkau tenung muka aku lama-lama, karang xpasal-pasal aku fall in love ngan ngkau utk kali yang keberapa ntah. Dah-dah la tu abg syidi ku sayang oiiii.tercabut kang bijik mata tu.mata ngkau tu dh la bulat mcm shinchan. Tenung aku macam nak telan aku jer gamak nyer. Lau yer pun lapar, jgn la camtu. Kejap lagi sampai arr nasi ngan tomyam ngkau tu. Monolog ku dalam hati.
Usai makanan siap disantap, syidi meminta kebenaran untuk membakar jantung a.k.a merokok dengan memberi isyarat menunjukkan kotak rokok L.A. nya..

“niza xesah kan syidi merokok??”

“xper , yang sakit syidi bukan niza” jawabu selamba. Mata nya membulat mendengar ayat yg keluar dari bibirku.Padahal dalam hati nak jer aku sumpah seranah si syidi nie. Aku dahla alah ngan asap rokok.hai lah lelaki, korang tak tau ker merokok tu membahayakan kesihatan???sia-sia je lah kerajaan wat iklan sana sini pasal bahaya merokok. Karang jantung korang tu hitam macam arang baru korang tau. Korang merokok tu sama la mcm korang bakar duit. Dari korang bakar duit tu baik bank in jer g akaun aku. Dapat gak tolong aku bayar hutang duit pinjaman KPTM aku. Kan ke amal jariah nama nya tu??

10 minit kemudian kami mengatur langkah untuk pergi ke mall yang berdekatan dengan tempat kami menjamu selera.

“niza, syidi nak g tingkat atas.nak bli barang sikit” ujar nya memecah tembok kebisuan antara kami.
Aku hanya mengangguk tanda bersetuju dengan permintaan nya.
Syidi membawa aku ke tempat rak menjual patung. Aik???buang tebiat ke hapa shinchan aku nie (nickname shinchan tu aku kasi khas kat syidi sebab mata dia bulat, nakal macam shinchan) dah tua Bangka nak men anak patong.adushhhhh..

tiba-tiba dia bersuara,

“niza pilih jer mana niza nak…” terkedu aku seketika. Yelah aku memang suka patung tapi tak penah terlintas nak beli atau menyimpan patong sebagai koleksi peribadiku. Aku hanya membatukan diri.
Jemu menunggu reaksi ku, syidi mengambil patung teddy bear berwarna pink yang terlekat bentuk hati di dada nya..kat hati tu ada tertulis “I LOVE U”. syidi memberi patung tersebut kepada ku. Aku masih membatu. Syidi berkata lagi, “napa niza??ke xcukup besar??” aku memandang wajahnya, seraya berkata, “ dah cukup besar pun di. Tapi xpayah la beli patung ni, mahal. Buang duit jer, baik syidi simpan jer duit syidi tu.buat belanja.” Bebel ku panjang.

Syidi hanya tersenyum mendengar omelan ku..xkuasa nak melayan kot??? Sambil kakinya mengatur langkah menuju ke kaunter pembayaran. Selesai membayar, dia mengajak ku ke destinasi seterusnya iaitu di CP. Kami beriringan menuju ke tingkat 3 bangunan tersebut. Aku melihat syidi seperti tercari-cari sesuatu. Aku hanya membututi langkahnya. Sampai di satu kedai dia memerhati sehelai baju polo pink yang bergantung . Dia berkata sesuatu kepada pelayan kedai tersebut. Kemudian dia memandang wajah ku sambil berkata, “niza, cantik kan baju nie?? Sambil tangan nya memusingkan badanku untuk menyukat baju tersebut di tubuh ku. Aku hanya menurut. Kemudian dia memberi isyarat kepada pelayan untuk membeli baju tersebut. Aku sudah mengagak syidi akan membeli baju tersebut untuk ku. Maka berlaku lah adegan tarik-menarik baju. Aku bukan jual mahal. Tapi syidi tu kan student. Walaupun itu kehendaknya tetapi aku takut plak budget nya lari..tak ke payah nak kejar???huhuhu. tapi last2 aku terpaksa gak mengalah sebab syidi sudah membulatkan mata shinchan nya. Kecut gak aku.
Setelah puas mencuci mata di bangunan tersebut, aku mengusul cadangan untuk pergi ke pantai lagi pula jam sudah menunjukkan jam 5 petang. Tambahan lagi aku suka akan suasana tenang di pantai sambil melihat matahari terbenam. Petang-petang begini memang ramai pengunjung pergi ke situ. Ada yang berjogging, ada yang dating, aku???aku masok dalam kategori dating kot walaupun belum declaire lagi. Hehehehe..coming soon kot. InsyaAllah..sampai di pantai kami berjalan beriringan di pesisiran pantai sambil melihat telatah pengunjung. Setelah penay berjalan kami mengambil port di sebuah batu besar yang menghadap laut.Ahhh..damainya hati, tenangnya jiwa.

“Niza, tak lama lagi syidi akan pulang ke perlis selepas tamat praktikal ni. Lepas ni niza nak bawak sape pulak lepak kat sini??”

“niza pergi sorang jelah kot, tak pun ajak kak siti” nanti kalau syidi dah balik sana, jangan lupa niza tau”

“takkan la syidi nak lupa, syidi dah sayang kat niza, kalau boleh syidi tak nak tinggalkan niza. Niza sayang syidi tak??”

“sayang di. Niza sayang kat syidi sangat-sangat. Tapi kita akan berjauhan. Syidi sanggup ke??”

“kenapa pula syidi xsanggup??syidi takut niza je yang give up tunggu syidi nanti”

Aku mengeluarkan handphone ku di poket seluar lalu berkata,
“syidi, nie lagu untuk syidi.. sambil tanganku menekan punat telefon untuk memasang mp3 lagu faizal tahir…Sampai Syurga. Lantas tangan nya mencapai jemari ku dan menggenggam erat. Kepala aku ni pun tiba landing kat bahu dia. Dan kepala syidi plak automatik landing kat kepala aku. Herm…Bahagia nya aku dikala itu. Berpanjangan kah kebahagian ku ini???atau hanya sementara sahaja???Kami bergerak pulang dari situ setelah jam menunjukkan angka 6.30 petang.

*****

1 message received
“Niza, syidi tak nak balik perlis, syidi sayang niza. Syidi dah jatuh hati kat gadis Sarawak. Mcm mane ni??? “(3.20 am 4.apr.2009)

Aik??buang tebiat ke hapa shinchan aku nie, pagi-pagi buta tak tido lagi. Siap meluahkan perasaan lagi. Angau kat aku kotttttttttt???hehehehe. ambik ngkau penangan aku.

1 message received
“Syidi dah beli tiket, syidi balik perlis 27.apr nanti. Niza balik cnie ea?? Syidi nak niza ada dengan syidi time tu nanti”(11.30 pm 6.apr.2009)

Nah!!!ambik ngkau. Apa aku nak buat nie??? Dia soh aku balik pulak. Dibuat nya time tu lecturer aku ada buat exam ker,kuiz ker, macam mana??? Hai lah shinchan….adushhhhhhh. 27 april tu kan hari isnin. Alamak!!! Masak-masak!!! Nak tak nak aku terpaksa gak buat keputusan drastic iaitu, ponteng kelas. Demi mu wahai shinchan ku..hahahaha. hari berlalu dengan pantas, hubunganku dengan syidi bertambah mesra. Dan tiba lah satu malam yang dinanti-nanti kan syidi melamar aku menjadi aweks nya secara rasmi.

1 message received
“niza, syidi sayang niza, syidi cinta niza.syidi tak nak kehilangan niza. Syidi sanggup kat niza walaupun kita akan berjauhan. Syidi janji akan amek niza jadi permaisuri syidi yang sah suatu hari nanti”(9.30 pm 14.04.2009)

“niza pun sayangcinta kat syidi sangat-sangat. Niza pun sanggup even kita akan berjauhan. Niza pegang janji syidi tu tau. Niza tggu syidi amek niza kat swak sbg milik syidi yang sah. I LOVE U..”(message deliverd)

2 minit kemudian, 1 message received

“kalau cmtu niza panggil syidi syg, syidi panggil niza baby.”

Aku tersenyum membaca msg shinchan aku tu. Dah la time tu aku kat café. Nasiblah kalau student-stduent lain tengok comfirm dorang ingat aku dah mereng senyum sorang-sorang depan handphone. Mana tak nya, syidi a.k.a shinchan dah jadi boyfren aku. 14.04.2009 tarikh keramat aku dan syidi. Akhirnya…Yipeeeee!!!!!!!!!

*****

27.04.2009

Awal-awal pagi lagi aku dah bangun sebab hari nie syidi dah nak balik perlis..sedih nyer. Semalam aku menangis bila mengenangkan detik perpisahan yang bakal aku alami. Sepanjang perjalanan menuju ke airport syidi bagaikan tidak mahu melepaskan pegangan tangan nya dari tanganku. Aku dapat melihat dengan jelas sayup pandangan matanya melihat persekitaran sepanjang perjalanan. Mungkin mengimbau kembali kenangan nya semasa berada di sini sepanjang bergelar pelajar UPM selama 3 tahun. Susah senang bersama rakan-rakan seperjuangan. Aku pandang anak matanya, kulihat air mata syidi bergenang di bibir matanya. Sabarlah sayang, simpan kenangan mu selama 3 tahun berada di bumi Sarawak ini erat-erat. Jadikan ia sebagai pengalaman yang paling indah.Utara dan borneo jarak yang amat jauh. Ntah bila lagi kitarang dapat jumpa. Allahualam….. moga tuhan panjangkan umur dan jodoh kami agar kami dapat berjumpa lagi. Amin….

1 message received
“baby jge dri bek2 lau syg dah jauh t tau. Jgn nakal2. Syg janji akan amek b nant sebagai milik syg yang sah. I LOVE U SO MUCH BABY. SHANIZA ADALAH WANITA TERAKHIR YANG MENDAPAT CINTA DARI LELAKI BERNAMA MARSYIDI.” (4.00 a.m 27.04.2009)

Sehingga saat ini aku dan dia masih lagi bersama. Walaupun jauh tapi kasih sayang ku tidak pernah berubah. Aku berharap dia pun sama.Walaupun ada kalanya hubungan kami agak dingin. Tapi masih dapat ditangani dengan akal yang matang. Pelbagai dugaan yang ku telan demi meneruskan cinta jarak jauh ini.

“Sayang, baby harap sayang akan ingat segala janji-janji sayang. Baby tunggu sayang sampai bila-bila. Baby akan tunggu saat sayang melafazkan kata ikatan untuk mengambil baby sebagai permaisuri sayang yang sah”

“ku membenarkan jiwaku tuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu belum pernah ku merasai begitu
Semua itu telah berlalu harapan ku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu
Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya satu..hanya kamu.”

p/s: aslkm semua pembaca..nie nukilan sye yg pertama. Harap mendapat feedback yang baik dari kalian.sye mohon maaf sekiranya terdapat banyak kesilapan penggunaan ayat, atau ejaan.Cerpen nie adlah kisah benar yang terjadi dalam hidup sye. Doakan agar noktah cinta jarak jauh ini berakhir hingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat. AMIN……..ikhlas, baby shinchan yang sepet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: