Cerpen : Cinta berputik

Nama Pena : farhana kasim

“liya cepat la sikit,kita da lambat ni nak pergi kuliah.”jerit Nur alisya sofea di hadapan bilik air.kawannya itu kalau tak ingatkan sejam tak keluar lagi dalam bilik air tu.

Ye la makcik oii…liya dah nak kuar ni..wait tau..laung nya kembali.
Nur alisya sofea membelek dirinya di cermin,di memekai baju kurung pesak unggu dan tudung yang sedondon dengan warna bajunya itu.Ketika itu liya memerhatikan dia,tanpa alisya sedari.kau memang cantik alisya pujinya dalam hati.kawannya itu seorang yang simple,penyayang dan baik hati.Muka da la cute,mata dia memang cantik,dapat mencairkan hati setiap lelaki la.

Oit…mak nenek kita da lambat ni,boleh dia termenung sergahnya kepada liya..
oi..alisya terperanjat beruk liya tau”main sergah orang je dia ni tau..liya buat muka seposen.
kawannya hanya tersengih sumbing melihat muka kawannya itu.

Yelah..cepat la pakai tudung tu,liya da la nak muke-up,karang berejam tau tak.”Alisya
megingatkan liya sambil mengerling jam di tangannya itu,bukannya tak masak dia dengan perangai
kawannya itu da semester akhir pun.Baik bos..siap tabik lagi mengalahkan askar,dia mengusik alisya.

“Alamak malunya liya,alisya berbisik dekat liya,”niy liya la wat hal tak pasal pasal
famous tau,semua mata memandang kearah mereka.Mereka menjadi tumpuan sebab paling lambat masuk,
sedangkan lecture da lama sampai..Niy la liya ,kalau tadi tak tinggal assignment tak la lambat.

Sorry la my friend,bukannya selalu,promise Liya kepada alisya.Sambil tersengih.
Alisya menjeling tajam kearah kawannya itu.memang la tak selalu makcik sebab kita da tahun akhir
kan,gelengnya.

“Alisya mama liya ajak datang rumah hujung minggu ni..boleh kan sambil menunggu respon kawannya itu.Dia akui keluarga liya sungguh baik dengannya tak sombong walaupun dalam keluarga berada. “Erm…..pergi ke tidak erk …sambil menjeling kearah kawannya yang penuh mengharap itu.
Ok la..makcik no problem alisya pergi,tapi ade ape erk,”soalnya kepada liya.
Oppsssssss…lupa nak gi tau abang kesayangan liya yang kat Amerika nak balik,so..da buat doa
kesyukuran la.Oh..

Alisya jom kita keluar makan,ajak liya.Tak pe la liya,liya je la pergi..dia malas
nak keluar malam itu.Yela.. nanti liya tapaukan tau.
Dia bukannya tak kenal dengan perangai Alisya tu sanggup tak makan,nak menonton drama korea kesukannya itu.”Siang tadi Mereka pergi shopping complex,apa lagi Alisya beli dvd korea terbaru tittle “Flower Over Men,lagipun actor kesukannya Lee Min Ho,Kim Bum dan Kim Hyun Joong.Mesti tak beranjak dia kat tv tu.
Ok.. terima kasih liya”kata Alisya kepada kawannya baik nya itu.

“Alisya..bawa baju lebih sikit tau, nanti tidur kat umah Liya.kata Liya kepada Alisya.
Ok la tapi kan kita ada kelas ari isnin..potong Alisya .Yela tak payah risau nanti liya suruh papa hantar pagi pagi kan kita kelas petang right.Sambil menepuk bahu Alisya.
Ok la kalau macam gitu.

Mereka diambil oleh Pak Mansor dreber keluarga Liya.
Setelah tiba di perkarangan vila mereka disambut oleh Datin Aida,mama Liya.Liya mengucup tangan mamanya itu,begitu Alisya.Datin Aida memang suka dekat Alisya,yela Alisya menghormati orang tua,sopan santun.baik hati dan peramah.

Dah ..jom kita masuk ajak Datin Aida dekat kedua gadis itu.Ok la mama …perut Liya da berdangdut ni tak sabar nak makan masakan mama sambil memenggang erat tangan mamanya itu.
Dah ..Liya pergi bawa beg kat atas tuu..simpan dalam bilik..Alisya memerhati sikap keramahan dua beranak itu.
Yup madam Aida,Liya mengusik mamanya itu.Datin Aida hanya tersenyum.
Oit….makcik termenung pula dia niy..jom kita bawak beg kat atas sergah Liya dekat Alisya.
Ok la..mana la termenung tengok dia tu manja sangat dengan mamanya itu sampai orang kat sini di lupa kan.

Setelah selesai mereka menuruni tangga untuk ke meja makan,Wah mama bersinar sinar mata liya,apa tak nya makanan kegemarannya ayam masak merah ada kan atas meja.Hisy..mama ni buat Liya terharu je,sambil membuntang matanya memandang masakan kegemarannya itu. Dah la makan cepat .mama kan tahu anak kesayangan mama yang jarang balik niy mesti da makan ayam masak merah.sambil menghulurkan pinggan kearah anaknya dan Alisya.Sedap la makcik puji Alisya kepada Datin Aida.Oit…Alisya tak payah puji puji makcik niy karang melambung makcik ni dekat siling..katanya sambil ketawa.Dia memang senang sikap Datin Aida yang peramah,dulu masa dia pertama kali bersua dia memanggil Datin Aida dengan panggilan Datin,cepat cepat Datin Aida suruh panggil makcik je.Dia tak suka orang panggil dengan gelaran yang dia dapat itu.
Memang dia seorang yang baik dan tak sombong.

“Mama abang Rul mana niy,dah lama Liya balik batang hidung abang tak nampak pun.
Sambil memerhati di sekeliling rumah..baru dia teringat akan abangnya itu.
Ermm…ntah la liya perangai abang Rul tu tak berubah ubah,baru sampai rumah da melepak dengan kawannya itu bukannya nak berehat dekat umah niy..Datin Aida mengeluh memikirkan sikap anak bujangnya itu..
Tak pe la mama ,biar la mesti dia rindu dekat kawan kawanya tu.Dalam hati liya pun pening memikirkan sikap abang kesayangan dia tu.

Alisya hanya berdiam diri,tidak menyampuk pun sepatah apa yang di bualkan dua beranak itu..Mama mungkin abang akan berubah bila dia jumpa someone special kot,sambil menjeling kearah Alisya.
Alisya tak mengerti pemikiran kawan baiknya itu.Datin Aida mengagguk mengerti,dia memang suka sangat klu Rul berjumpa dengan Alisya,Alisya memang sesuai sangat dengan anaknya itu,walaupun perangai anaknya yang sombong itu.Dia yakin perangai anaknya akan terhakis jika jumpa dengan Alisya

Doa kesyukuran menyambut kepulangan abang liya telah sempurna di jalankan.Alisya menolong mengemas,pinggan pinggan di angkat dengan berhati hati..tiba tiba dia terlanggar seseorang yang melalui dihapannya itu.Oit…perempuan mata kau letak dekat mana ah”tengking Mohd Fakrul Aiman.sambil memerah mukanya.Alisya teperanjat betul,mak Dato dia main tengking je..bukan ke si mamat niy yang main lalu yer,sedang kan tanggan dia di penuhi pinggan.Hisy nak kena mamat niy bebel Alisya di dalam hati.

Maafkan saya encik,sambil beranikan diri,Alisya ingin membela diri.Setahu saya tadi tak ada orang kat sini tadi,encik yang main terjah jer lalu,lagipun laluan ni kat besar,lagi satu mata saya letak kat sini,sambil jarinya ditunjukkan kearah matanya itu.
Ekh…apasal ni Rul tegur Datin Aida ,ni mama nyampuk Liya tiba tiba,dia memerhati adegan tadi.Abang rul yang main lalu kat sini..dia marah Alisya pulak,pada hal sebenarnya dia yang langgar tapi tak ngaku.bleh dia ckap mata letak kat mana.Jadi niy abang Liya yang selalu di ceritakan tu,bisik Alisya dalam hati.

Rul..RUL Tak berubah ubah panas baran tuu..sorry la Alisya abang liya niy memamg gini ade something wrong sikit.Dia menjernihkan keadaan. Oklah x de hal.Jom liya kita pergi dapur ,cuci pinggan ajak Alisya.Ok..dah korang berdua pergi cuci pinggan dekat sini biar mama kemas ok,sambil tersenyum Datin Aida,Alisya tersenyum nipis kembali kearah Datin Aida.

Ketika itu fakrul memerhati senyuman Alisya yang begitu menawan dan ayu,lesung pipit kedua belah pipi mencantikkan lagi kecantikan asli.Dalam diam dia seperti terpukau dengan kecantikkan Alisya,tetapi ego leleki dia lebih menebal.

“Alisya jangan ambik hati tau dengan perangai abang Liya tau.Yela mak nenek ,tak de masalah la,tapi liya tabik la dekat Alisya tau ,smbil meletak tangan kat atas dahi.
“Erm… berkerut dahi Alisya memikir kan kata liya tadi..asal pula alisya menggaru garu kepalanya yang ditutupi tudung itu..Yela..Alisya berani lawan balik kat abang Rul tu tadi,dia tu memang asyik nak betul jer.Oh..Alisya mengangguk angguk seperti burung belatuk tanda mengerti.

Keesokan pagi,Alisya menyiapkan juadah sarapan pagi sebab dia memang biasa bangun pagi,dia membuat nasi lemak.Erm Datin Aida menyergah ke dapur,bau wangi nasi lemak menusuk hidung nya itu.Awalnya Alisya bangun, sarapan pagi pun da siap, erk makcik ,terperanjat Alisya yang asyik membancuh minuman itu yang tidak sedar kehadiran Datin Aida.Dah biasa bangun awl makcik jadi saya tolong la buat sarapan,lagipun cuma nasi lemak jer,hisy Alisya tahu tak liya pun tak pandai masak nasi lemak tau.
Erm… mama mengata Liya nampak nyer.Liya memuncung ke arah ibunya itu.Hisy da bangun dia ni,bukan mengata kenyataan kan.ketawa Datin Aida mula pecah.

Oit cik akak tak payah nak memuncung panjang panjang macam tikus mondok jer..ketawa Alisya.Erm…Liya cepat la makan kita nak balik kampus la,karang petang kita ade kelas nanti sempat tau.
Ye la,ok jom mama sarap..nanti mama panggi papa.Liya pergi panggil abang Rul ok.

Ok,ketika makan Fakrul memuji masakan itu,erm… sedap la mama ,da lama Rul tak makan masakan mama.Datin Aida dan Liya tersenyum penuh makna.Hisy abang Rul ni masakan mama pun da tak kenal ke”kata Liya.Fakrul pelik,asal pulak Liya”soalnya kepada adiknya itu.Ari ni Alisya la yang masak,berubah terus muka Fakrul,apa tak nya dia memuji masakan itu di depan perempuan yang di tengking semalam.Terus diam tak berkata,sambil menjeling ke arah Alisya yang berdiam dari tadi.Fakrul memerhatikan penampilan Alisya cukup simple,blaus unggu dan tudung sedondon,hisy minah ni suka unggu agaknya..sambil memikirkan
Alisya.Hisy aku ni buat apa la fikirkan minah ni,bukan hal aku..,bebel Fakrul di dalam hati.

Rul hantar Liya kat kampus ok”kata Datin Aida kepada anak bujangnya itu.Kenapa Rul pulak kan ade Pak mansor.Hisy jangan ingkar kata mama,marah Datin Aida.Ok la..jawabnyer malas.

Oi… liya cepat la aku banyak keje ni kata fakrul,karang naik teksi baru tahu,katanya kepada adiknya itu.Yup abang Rul kita orang da siap.

Fakrul serius memandu sambil memasang radio era “celoteh Pak nil dan Din Beramboi mencuit ati..ketika itu kedengaran lagu terlanjur cinta dari pasha dan rossa,:
Fakrul menghayati bait bait lirik itu:
Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah di lema
Mengerti enkau perasaanku tak terhapus.

Hisy tak terhapus pe benda niy sambil menoleh kearah Alisya yang termenung di belakang.
Dia meneruskan perjalanan,setiba di kampus Liya menyalami tangan abang nyer itu,tenqiu my dreber “gurau Liya kepada abang nya itu.Yela la malas Fakrul nak layan adiknya yang suka bergurau sepanjang masa itu.Ok la Encik Fakrul terima kasih yer hantar kami,Asalamualaikum”kata Alisya seraya tersenyum nipis kepada Fakrul.

Fakrul seolah olah berada di awang awangan kerana terpesona dengan senyuman yang mencairkan hati dia,Fakrul menjawab di dalam hati.Liya perasaan abangnya itu merenung Alisya dengan penuh makna,ermm abang lain macam jer tenung tegur Liya.

Mana ada,Fakrul berkata selamba.Alisya menyiku kawannya itu,nak kenakan la tu bisiknya di dalam hati.Fakrul tersenggih sumbing.

Fakrul memecut keretanya sambil menyanyi riang entah lirik apa apa ntah yang keluar dari mulutnya itu.Aku akan tawan hati Nur Alisya Sofea.

Hai rul kata tadi nak keluar.tegur Datin Aida.ermmm..malas la mama.Boring la mama,Rul nak rehat jap kat atas.Dia memikirkan macam mana nak rapat dengan Alisya,kerana dia da tenking perempun itu mesti takut nak dekat dia niy..

“Ye la abang nanti Liya ajak Alisya ok..segera dia mematikan handsetnya itu .Alisya cepat la siap,kenapa pulak nak bersiap soal Alisya kepada liya.Eermm,ntah la apa mimpi tah abang liya nak berlanja makan.Hisy tak nak Alisya ,dia segera menolak”Liya jer la pergi.
Tak boleh lah,Alisya sayang Liya tak tanyanya kepada temannya itu..mestila sambil memicit kedua belah pipi kawannya itu.. kalau sayang ..jom kita pergi makan.

Ermm yela.,Fakrul memesan nasi campur,tomyam,ikan bakar dan sedikit buah buahan.Hisy banyaknya abang order niy nak makan tiga orang jer niy..Alisya mengiyakan kata Liya itu.
Hisy makan la orang da nak belanja ni,ermm cepat la order air Liya memesan milo ais,manakala Alisya memesan juice orange,begitu juga Fakrul yang berkata serentak.Liya hanya ketawa..

Dia memerhati abangnyer itu.Mesti da jatuh hati kat Alisya ni bisiknya dalam hati.Alisya pula tidak selesa kerana mata fakrul asyik memerhati dia.Selepas mereka keluar bersama Fakrul mula menyampaikan hasrat hatinya nak berkawan dengan Alisya.

Mereka sering keluar bersama ,dan hubungan Alisya dan Fakrul semakin erat.Liya senang dengan perubahan sikap abangnyer itu,sudah dah tak panas baran.Abangnya juga seorang yang romantik.Apa tak nyer sering bagi Alisya bunga dan cocoholate.

Setelah setahun berkawan akhirnya Fakrul telah menyuruh mamanya menhantar rombongan meminang permaisuri hatinya Nur Alisya Sofea.Keluarga Alisya setuju..dan akhirnya Mohd Fakrul Aiman dan Nur Alisya Sofea sah bergelar suami isteri dan mereka hidup bahagia serta dikurniakan sepasang cahaya mata.

P/S: harap semua suka dengan cerpen pertama saya niy..
jangan lupa bagi komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: