Cerpen : Cinta Untuk Ain

Nama Pena : Puteri Manja

Ain Qaisarah telah banyak membuat aku sedar tentang hati seorang wanita. Nama yang cukup simbolik itu sungguh membuat aku jauh termenung sendirian setiap hari. Seperti seorang bidadari yang turun daripada kayangan. Mata yang bundar dan bulu mata yang lebat dan melentik. Hidungnya yang mancung serta kulit putih kemerah-merahannya lebih menyerlahkan kejelitaannya. Senyumannya juga dapat meluruhkan hati semua jejaka di sekolah ini termasuk aku. Tiba-tiba sepasang mata coklat itu merenung ke arahku.
“Ya? boleh saya bantu awak?”Ain bertanya sambil tersenyum manis ke arahku. Aku tersentak mendengar suara yang lunak itu menegurku.
“Erm.. awak nampak cantik.. eh, maksud saya.. awak dah makan? eh.. erm..” Aku tergagap-gagap ingin menjawab soalan bidadari yang berada di hadapanku ini. Tiba-tiba Ain ketawa kecil. Mungkin kerana sikapku yang agak tidak betul hari ini.
“Awak nie kenapa? tak sihat ya?” Ain bertanya sambil tersenyum manis ke arahku. Ah! senyuman itulah yang membuatkan aku tidak dapat tidur lena sejak kebelakangan ini. Alangkah baik jika aku dapat memiliki bidadari ini.
“Awak?” Tersentak aku mendengar suaranya.
“Hah? erm.. ya?” Aku menjawab kebingungan. Ain tersenyum melihat gelagatku.
“Oklah.. saya pergi dulu.. assalamualaikum..” Ain memberi salam dan terus melangkah ingin berlalu pergi.
“Eh, kejap!” Aku menahan Ain daripada terus melangkah. Ain terkejut dengan kelakuanku.
“Nama.. nama sa.. saya Adam Shafiq..” Aku tergagap-gagap ingin memperkenalkan diri. Ain tersenyum mendengar namaku.
“Ain Qaisarah.. panggil Ain je..” Ain memperkenalkan dirinya sambil tersenyum memandangku.
“Erm.. boleh kita jumpa lagi lepas nie?” Aku bertanya dan berharap agar jawapan yang akan aku terima adalah ‘positif’.
“InsyaAllah.. kalau panjang umur saya.. kita jumpa lagi..” Ain terus melangkah pergi meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil mendengar jawapannya sebentar tadi. Tiba-tiba terasa tangan seseorang menyentuh bahuku. Aku terus berpaling ke arah orang itu.
“Kau rupanya.. aku ingatkan siapalah tadi.. terkejut aku!”Aku menahan marah. Zaidi hanya tersengih mendengar bebelanku. Zaidi adalah rakan karibku sejak di tadika lagi. Aku ini dulu seorang yang agak pendiam di dalam kelas semasa aku di tadika. Tetapi Zaidi pula merupakan seorang yang senang mendapat kawan. Ketika aku di tadika, aku sering bercakap seorang diri kerana aku terikut-ikut cerita kat dalam televisyen tu. Aku buat ‘imaginary friend’ macam dalam kartun dulu-dulu. Sampailah suatu hari Zaidi tegur aku. Dia tanya kenapa aku suka cakap seorang diri. Lepas tu aku cakaplah yang aku bercakap dengan kawan ‘imaginary friend’ aku. Bukannya aku cakap seorang diri. Start daripada situlah aku jadi kawan dia. Duduk sebelah-sebelah je dalam kelas. Makan pun sebelah-sebelah. Balik pun sama-sama. Tapi aku tak adalah tidur sama-sama dengan dia. Hahaha.
“Woi! Kau nie tak habis-habis dengan berangan kau tu kan.. bengang je aku cakap seorang diri kat sini..”Zaidi membuat muka bengangnya. Aku hanya ketawa.
“Kau nie tak kan tak tahu lagi yang berangan tu kan hobi aku..” Aku bergurau. Zaidi hanya mencebik.
“Lama kau pandang Ain? dah jatuh cinta nampak? bila nak confess?” Zaidi pula yang mengusik. Aku terdiam.
“Mana kau tahu aku pandang Ain lama?” Aku bertanya seperti orang bodoh.
“Mestilah aku nampak dengan dua biji mata aku nie..” Zaidi menudingkan jari ke arah biji matanya yang sudah dibulatkan itu.
“Kau agak-agak bila aku patut’ confess’?” Aku bertanya pendapatnya. Zaidi membuat aksi ‘sedang berfikir’nya. Aku tersenyum melihat gelagatnya.
“Sekarang juga!” Zaidi berkata serius. Aku mengeluh.
“Kau cakap senanglah.. nak buat tu yang susah..” Aku memandang ke arah Zaidi. Zaidi memandang ke arah kedai buku yang berada berdekatan dengan tempat dudukku.
“Kalau kau tak confess sekarang.. habislah kau melepas.. kau ingat tak ada lelaki yang tunggu Ain ke? ramai tahu tak?! salah satunya ialah aku!” Zaidi bergurau. Aku memandangnya tajam.
“Rilekslah brother.. kau macam tak kenal aku.. aku gurau jelah! takkanlah sampai nak bagi aku pandangan ‘maut’ kau tu!” Zaidi cuba meredakan keadaan yang mula tegang.
“Kalau aku tahu kau rampas Ain daripada aku.. siap kau aku kerjakan!” Aku berkata tegas. Zaidi memandangku serius.
“Weyh! nie lebih ar kan! disebabkan Ain.. kau nak gaduh dengan aku! kalau ya pun kau sayangkan Ain tu! tak payahlah sampai nak hancurkan persahabatan kita! lagipun.. kau ingat aku nie jahat sangat ke sampai nak rampas Ain daripada kau! ingatlah sikit! walaupun aku suka dekat Ain tu.. aku tak akan rampas dialah!” Zaidi meluahkan rasa tidak puas hatinya kepadaku. Aku terkedu mendengar kata-katanya. Rasa bersalah menular di dalam diriku.
“Di.. aku minta maaflah ek.. aku tiba-tiba je rasa takut.. aku takut aku kehilangan Ain.. sorry ek..” Aku mula memohon maaf. Zaidi mencebik.
“Lain kali jangan buat lagi.. kalau kau buat lagi.. aku memang akan jadikan Ain tu sebagai isteri aku sekarang juga!” Zaidi berpura-pura serius. Aku hanya tersengih mendengar ayatnya.
“Bawa-bawa bertendanglah! habis aku nie kau nak campak mana?” Aku membalasa gurauannya. Zaidi terdiam sejenak.
“Alah.. mak cik kantin yang ada tahi lalat sebesar lubang hidung kau tu kan ada.. dia dah bertahun-tahun minat kat kau.. kau je yang tak nak layan dia.. apa kata kau kahwin je dengan dia.. bagi aku kahwin dengan Ain.. barulah gempak!” Zaidi megutukku sambil ketawa terbahak-bahak.
“Agak-agaklah nak suruh aku kahwin dengan dia.. sebab kau je yang layak temankan dia seumur hidup dia.. kau kan sama jenis dengan dia..” Giliran aku pula menjadikan dia sebagai bahan ketawa. Kami sama-sam ketawa mendengar omelan masing-masing.
“Erm.. hai korang.. seronok ketawa?” Tiba-tiba kedengaran suara seorang gadis menegur kami. Aku dan Zaidi menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Eh.. Maira.. Ain mana?” Zaidi bertanya kepada Umaira.
“Ain pergi perpustakaan.. dia kata dia nak cari buku tentang puisi..” Umaira menerangkan di mana Ain berada. Dahiku berkerut mendengar kata-kata Umaira itu. Zaidi juga kelihatan pelik mendengar kata-kata Umaira.
“Buat apa dia cari buku tentang puisi?” Aku bertanya Umaira dengan wajah yang kebingungan.
“Kan ada pertandingan mereka puisi tak lama lagi.. so, dia tengah cari inspirasilah tu..” Umaira menjawab sambil tersenyum ke arah Zaidi. Aku tahu Umaira memang sukakan Zaidi. Tetapi Zaidi itu lembap sikit nak faham. Itu yang sampai sekarang Umaira cuma pendamkan aje perasaan dia. Tapi, kadang-kadang aku ada juga nampak Zaidi macam mesra semacam aje dengan Umaira itu. Masalahnya, sampai sekarang diorang nie tak pernahnya nak luahkan perasaan masing-masing. Alah, kau tu pun sama je Adam.. macamlah kau dah luahkan perasaan kat Ain.. hatiku membebel sendirian.
“Ya Allah.. cuba Maira tengok si Adam nie.. asyik berangan aje.. nie mesti teringatkan ‘Hawa’nya..” Zaidi bergurau sambil tersengih seperti kerang busuk. Aku membulatkan mataku tanda memberi amaran supaya tidak meneruskan ayatnya. Zaidi hanya ketawa melihat aksiku. Umaira kelihatan seperti orang kebingungan mendengar ayat Zaidi.
“Siapa ‘Hawa’nya tu?” Umaira bertanya sambil tersenyum mengusik lalu memandang ke arahku. Aku kelam-kabut ingin menjawab pertanyaan Umaira.
“Tak ada siapa-siapalah.. Di tu bergurau je..” Aku cuba berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba aku mendapat satu idea bagaimana untuk meraih hati gadis yang bernama Ain Qaisarah itu.
“Di.. aku kena ‘blah’ dululah.. aku ada hal penting.. bye!” Aku terus berlalu meninggalkan mereka berdua yang termangu melihatku,

“Ain..” Sedang aku asyik mencari-cari buku tentang puisi, tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggilku. Aku terus menoleh ke arah suara itu.
“Eh.. Adam.. awak buat apa kat sini?” Aku bertanya separuh berbisik kerana kami berada di dalam perpustakaan.
“Cari awak..” Adam juga menjawab soalanku dengan suara yang separuh berbisik. Aku tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Kenapa cari saya?” Aku bertanya perlahan dan masih terus mencari buku tentang puisi di dalam rak yang berada di dalam perpustakaan itu.
“Dah jumpa ke buku puisi yang awak nak cari itu?” Adam tiba-tiba bertanya. Aku memandangnya pelik.
“Mana awak tahu saya cari buku puisi?” Aku bertanya curiga.
“Umaira beritahu.. dia kata awak nak masuk pertandingan mereka puisi tu..” Adam menjawab sambil tersenyum memandangku. Aku juga turut tersenyum. Adam mula mengeluarkan sesuatu daripada dalm begnya.
“Nah, ini untuk awak!” Adam menghulurkan sehelai kertas yang terlipat kemas kepadaku. Aku teragak-agak ingin menyambutnya. Lantas aku membuka lipatan kertas itu perlahan-lahan. Aku terus membaca isi kertas itu.

Istimewa buat Ain Qaisarah,

Ain Qaisarah,
namamu cantik bak mawar merah,
dengan kecantikanmu,
engkau lebih elok daripada matahari,
dengan akhlakmu,
engkau lebih wangi daripada haruman kasturi,
dengan rendah hatimu,
engkau lebih tinggi daripada rembulan,
dengan kelembutanmu,
engkau lebih halus daripada rintik hujan.
Ikhlas, Adam Shafiq

” Adam?” Aku tergamam membaca isi surat itu. Adakah itu anggapannya padaku. Sungguh aku terharu membaca puisi itu.
“Itu puisi rekaan sendiri tahu.. tak ada tiru-tiru..” Adam berkata sambil tersenyum ke arahku. Aku hanya dapat membalas senyumannya dengan air mata.
“Eh.. kenapa awak menangis nie? nanti orang lain ingat saya lukakan hati awak pula..” Adam bertanya menggelabah.
“Hei.. sejak bila awak pandai tulis puisi ek?” Aku mengubah topik sambil mengesat air mata yang lebat menuruni pipiku.
“Sejak saya jatuh cinta dengan seseorang..” Adam berkata sambil tersenyum memandangku. Aku terpinga-pinga memandang matanya yang tidak berkelip memandang ke arahku.
“Awak jatuh cinta dengan siapa?” Aku bertanya untuk menghilangkan gugup. Adam tetap memandangku.
“Dengan someone..” Adam terus bangun menuju ke rak buku yang berdekatan dengan meja kami. Aku hanya memandang. Beberapa minit kemudian, Adam duduk kembali di hadapanku sambil membawa beberapa jenis buku.
“Ok.. cuba awak baca buku ini..” Adam menghulurkan sebuah buku yang bertajuk ‘Koleksi-koleksi Puisi’. Aku terus menyambut buku itu dan membuka helaian buku itu. Suasana menjadi senyap seketika.
“Hmm.. bagus juga buku ni.. tapi mana awak dapat? saya daripada tadi asyik cari.. tapi tak jumpa pun..” Aku bertanya ingin tahu.
“Awak tak nampak kot?buku nie terhimpit kat celah-celah buku tebal..” Adam berkata selamba lalu membaca buku yang lain.
“Oh.. awak suka baca buku ke?” Aku bertanya sengaja ingin berbual kosong dengannya. Adam memandang ke arah wajahku.
“Kadang-kadang suka juga.. sebab mak ayah saya selalu belikan buku untuk saya bila mereka outstation..” Adam menjawab pertanyaanku.
“Wow.. mesti banyak buku yang ada dekat dalam bilik awak kan?” Aku teruja mendengar ceritanya.
“Tak adalah banyak sangat.. belum penuh satu rak besar tu..” Adam bercerita. Aku ketawa kecil.
“Awak nak pinjam tak buku saya?” Adam bertanya tiba-tiba. Aku memandang tepat ke arah wajahnya.
“Awak serius?” Aku bertanya untuk memastikan apa yang aku dengar adalah betul. Adam mengangguk laju.
“Erm.. tapi.. tak apalah.. saya rasa segan pula.. mak ayah awak tak marah ke awak bagi pinjam buku awak dekat orang lain?” Aku bertanya lagi.
“Taklah.. kalau awak nak pinjam.. saya boleh pinjamkan dekat awak..” Adam berkata lagi. Aku berfikir sejenak.
“Erm.. oklah.. saya pinjam buku awak.. buku apa yang awak ada?” Aku bertanya lagi. Adam sepertinya sedang berfikir.
“Saya rasa saya nak bagi awak pinjam buku tentang puisilah ya.. sebab awak kan tengah nak cari inspirasi untuk mereka puisi.. ok tak?” Adam bertanya kepadaku ingin memastikan sama ada aku setuju atau tidak.
“Boleh juga..” Aku menjawab riang.
“Bila nak kena hantar puisi tu?” Adam bertanya tiba-tiba.
“Minggu depan, hari Jumaat.. mereka akan pilih pemenangnya pada hari itu juga waktu perhimpunan nanti..” Aku menerangkan.
“Nak hantar kat siapa ya?” Adam bertanya lagi.
“Hantar dekat Cikgu Arif..”Aku masih lagi menjawab tetapi kali ini reaksiku menandakan aku pelik dengan pertanyaannya.
“Kenapa awak tanya ya?” Aku cuba memandangnya dengan penuh khusyuk. Adam ketawa.
“Tak ada apa-apalah.. saja je saya nak tahu..” Adam tiba-tiba bangun daripada tempat duduknya. Aku memandangnya pelik.
“Kenapa?” Aku bertanya sambil memandangnya.
“Saya nak kena pergi dulu.. sebab ada kerja yang tak di siapkan lagi.. saya pergi dulu ya? assalamualaikum..” Adam memberi salam dan terus beredar daripada perpustakaan.
“Waalaikumussalam..” Aku menjawab perlahan sambil memandangnya pergi daripada tempat itu. Tiba-tiba ada sesuatu perasaan yang mengusik hatiku.

“Di!” Aku menjerit memanggil Zaidi yang masih duduk berlenggang bersama Umaira. Aku tersengih memandang mereka.
“Ooo.. dating ya?” Aku mengusik. Zaidi hanya tersengih manakala Umaira hanya menunduk menahan malu.

“Yalah.. sebab ‘Hawa’ aku tu tak mudah jatuh cinta pada lelaki.. tapi aku akan pastikan yang aku akan dapat ‘Hawa’ aku tu.. sebab aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia..” Aku menjawab dengan penuh semangat.
“Sayang gila kau kat dia ya? hmm.. kesian kawan aku yang seorang nie.. kau kat rumah mesti makan tak lena.. mandi tak kenyang dan tidur tak basah kan?” Zaidi mula ketawa terbahak-bahak.
“Agaklah..” Aku juga turut ketawa. Umaira di sebelah hanya memandang pelik. Aku dan Zaidi berterusan ketawa apabila melihat wajah Umaira yang berkerut-kerut tidak faham.
“Oh ya.. aku lupa nak bagitahu kau.. aku nak hantar juga puisi untuk pertandingan itu..” Aku memberitahu. Zaidi memandangku pelik.
” Sejak bila pula kau pandai berpuisi nie?” Zaidi bertanya pelik.
“Sejak aku dah jumpa ‘Hawa’ aku..” Aku menjawab perlahan sambil tersenyum sendirian. Zaidi pula hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Parah kawan aku nie.. kau nie dah kena virus CINTA tahu tak? kau nak aku bawa kau pergi Hospital Cinta dekat kayangan tak?” Zaidi semakin galak mengusikku. Aku hanya tersengih. Apabila mengingati kembali peristiwa di perpustakaan tadi, aku betul-betul gugup berhadapan dengan bidadari itu. Ingin sahaja aku meluahkan segala rasa yang terpendam sejak berbulan-bulan yang lalu. Saat aku memandang wajahnya, ingin sahaja aku mendakap bidadari itu. Ah! apa dah jadi dengan aku nie! aku rasa aku memang dah kena virus CINTA. Jika benar ada Hospital Cinta di atas kayangan sana, ingin aku pergi tapi aku ingin bidadariku yang menjaga aku di sana. Biar aku dan dia sahaja yang berada di dalam sebuah taman yang penuh dengan bunga mawar dan hanya ada sebuah bangku yang dikhususkan dua orang untuk duduk di atasnya. Bidadari hatiku akan duduk di atas bangku itu dan aku pula akan baring di atas ribanya sambil menikmati buah anggur yang disuapkan oleh bidadari itu. Ah! Ain.. kau benar-benar membuatku aku gila menanti cintamu untuk menjadi milikku.
“Wai.. lu sudah gila ya? berangan sahaja daripada tadi loh!” Zaidi mengusik dengan cara percakapan orang Cina.
“Hahaha.. yang kau jealous sangat aku berangan tu kenapa?” Aku pula yang mengusik Zaidi.
“Maira… nak balik sama-sama dengan kami tak nanti?” Zaidi tiba-tiba bertanya pada Umaira. Umaira termangu.
“Hah? boleh ke? tapi saya selalu balik dengan Ain..” Umaira bertanya lagi. Terangkat keningku mendengar kata-kata Umaira.
“Tak apa.. kita baliklah sekali dengan Ain.. kan Adam?” Zaidi bertanya sambil memandangku. Aku hanya mengangguk perlahan.
“Hmm.. oklah.. nanti saya tunggu awak berdua dekat laman info ya?” Umaira berkata dan terus bangun daripada tempat duduknya di sebelah Zaidi.
“Saya pergi dulu ya?” Umaira mula melangkah. Tiba-tiba Zaidi meluru ke arah Umaira. Zaidi membisikkan sesuatu kepada Umaira. Tiba-tiba Umaira tersenyum setelah Zaidi selesai membisikkan sesuatu di telinganya dan berlalu pergi. Zaidi berjalan menuju ke arahku semula.
“Apa kau cakap dekat Maira tadi?” Tanyaku ingin tahu. Zaidi hanya mendiamkan diri sambil membelek-belek begnya.
“Tak ada apa-apa..” Zaidi berkata selamba.
“Kau nie.. tak apa tak nak beritahu.. nanti aku akan beritahu semua orang pasal kau suka baca novel cinta tu.. dan yang kau makan kena mak kau yang suap dan semua keperluan kau.. mak kau yang sediakan.. dan paling teruk.. kau suka hisap jari waktu kau tidur..” Aku mengugut Zaidi. Zaidi membulatkan matanya.
“Tak payahlah buat macam tu.. kau nie..” Zaidi mula membuat muka cemberutnya. Aku hanya ketawa melihat wajahnya.
“Nak bagitahu ke tak?” Aku masih lagi mengugut.
“Tak..” Zaidi menjawab perlahan.
“Ok.. weyh korang! nak tahu sesuatu tak?” Aku memanggil lelaki-lelaki yang sedang berkumpul dekat dengan tempat duduk kami.
“Adam.. tak payahlah!!” Zaidi memberi amaran. Aku tetap selamba.
“Nak bagitahu ke tidak Encik Mohd Zaidi Affendi?” Aku masih lagi bertanya. Zaidi mengeluh lalu mengangguk malas.
“Aku dengan Maira ‘couple’..” Zaidi memberitahu perlahan.
“Hah? betul ke?” Aku bertanya tidak percaya.
“Dah tu? takkan tak betul pula?” Zaidi mula bengang.
“Hehehe.. tak sangka ada udang di sebalik mi sup rupanya..” Aku tersengih. Zaidi juga turut sama tersengih.
“Kau kan! bukan nak bagi tahu aku! barulah lega sikit aku dengar kau dah ‘couple’.. tak payah susah-susah aku nak fikir macam mana nak belasah kau kalau kau ambil Ain jadi girlfriend kau..” Aku cuba bergurau.
“Eh.. jangan nak selesa sangat! masih ada 3 cawangan lagi kot!” Zaidi tersengih mengusik. Aku mencebik.
“Boleh belahlah dengan cawangan kau tu!” Aku berkata selamba.
“Wai… lu tak mau masuk kelas ka? loceng sudah bunyi loh!” Zaidi berkata ala-ala percakapan orang Cina dan terus berdiri sambil mengambil begnya. Aku juga turut berdiri sambil tersenyum.
“Jom! kita berangkat sekarang! siapa sampai dulu.. belanja makan mi kari rehat nanti!” Aku berkata dan terus berlari menuju ke kelas.

“Hai Maira! Hai Ain!”Aku menegur mereka. Zaidi yang berada di belakang hanya tersengih memandang Umaira.
“Jomlah kita balik..” Aku berkata spontan berdiri di sisi Ain.
“Di.. kau jalan dengan awek kau..biar aku jalan dengan Ain..” Aku berkata selamba. Umaira membulatkan matanya sambil memandang ke arah Zaidi. Aku hanya tersengih memandang mereka. Ain juga turut tersengih.
” Sorrylah.. saya dipaksa untuk beritahu dia..” Zaidi meminta maaf pada Umaira yang mula mendiamkan diri.
“Tak apalah.. jom kita jalan dulu..” Umaira mula melangkah beriringan dengan Zaidi. Aku dan Ain termangu sendirian di situ.
“Erm.. jomlah..” Aku mula berjalan beriringan dengan Ain.
“Awak nampak cantik..” Aku memulakan perbicaraan antara kami.
“Pakai baju sekolah pun dikira cantik ke?” Ain berkata sambil ketawa kecil. Aku tergamam mendengar ketawanya.
“Ermm.. awak pakai apa-apa pun cantik..” Aku tersenyum memandang Ain. Ain hanya tersenyum memandang bawah.
“Awak nak tahu tak? saya ada suka satu bunga nie tau.. bunga nie memang bunga favourite saya sejak saya kecil lagi.. nama bunga tu bunga sakura.. masa saya kecik-kecik dulu.. saya teringin sangat nak tengok bunga sakura yang betul-betul.. tapi yalah.. mana ada bunga sakura dekat Malaysia nie..” Ain tersenyum sendirian.
“Bunga sakura?” Aku bertanya pelik.
“Ya.. awak suka bunga apa?” Ain bertanya ingin tahu.
” Saya suka bunga mawar merah kot.. sebab saya tak berapa tahu sangat pasal bunga nie..” Aku menjawab sambil tersengih.
“Awak pernah sukakan seseorang?” Aku bertanya gugup.
“Pernah..” Ain menjawab perlahan.
“Siapa?” Aku bertanya perlahan. Tiba-tiba hatiku kecewa mendengar kata-katanya. Inikah bidadariku? Hatiku keliru.
“Nama dia Adam Shakir..” Ain berkata sambil mengalirkan air matanya. Aku tersentak mendengar nama itu. Abang Shakir? Hatiku betul-betul terkejut.
“Dialah lelaki pertama yang saya sayang.. tapi yalah.. dia dah ada girlfriend lain..” Ain menyambung ceritanya lalu menangis perlahan-lahan. Aku hanya mampu melihat. Sungguh hatiku kecewa saat itu dan hatiku marah dengan Abang Shakir yang senang-senang mendapat cinta Ain dan senang-senang juga membuang cinta Ain.
“Menangis bukan jalan penyelesaiannya.. mungkin awak patut cakap dengan dia.. awak tahu dia duduk mana?” Aku bertanya perlahan.
“Tak.. lagipun.. dia tak nak jumpa saya..” Ain masih lagi menangis.
“Saya akan tolong awak Ain..” Aku berbisik sendirian.

“Assalamualaikum.. umi.. Adam dah balik..” Aku memberi salam lemah.
“Waalaikumussalam.. aik.. kenapa nampak macam tak bersemangat nie?” Puan Aishah, ibuku bertanya pelik.
“Abang Shakir ada tak umi?” Aku bertanya dengan nada yang penuh dengan perasaan benci.
“Ada.. dia tengah bersiap nak pergi main bola dengan kawan-kawan dia..” Umi berkata perlahan lalu menyiapkan hidangan untukku.
“Adam nak makan apa?” Umi bertanya perlahan.
“Tak kisahlah.. umi masak je apa-apa pun.. nanti Adam makan.
“Hmm..kenapa Adam nampak lain macam je hari nie?” Umi bertanya kepadaku. Aku mengeluh mendengar pertanyaan itu.
“Tak ada apa-apalah umi.. Adam naik dulu ya?” Aku terus mendaki tangga untuk menuju ke arah bilik abangku.
“Abang! buka pintu nie sekarang!” Aku menjerit lantang.
“Eh.. kau nie kenapa?” Shakir bertanya kuat apabila dia sudah membuka pintu biliknya. Mukaku merah padam menahan marah.
“Kenapa abang tinggalkan Ain Qaisarah?” Aku bertanya dengan nada yang tegas. Shakir terkejut.
“Macam mana kau kenal Ain?” Soalanku dijawab oleh soalan.
“Penting ke sama ada Adam kenal atau tidak Ain tu?” Aku menjerkah kuat. Bengang dengan Shakir kerana tidak menjawab soalanku.
“Sebab aku tak cintakan dia..” Shakir menjawab selamba.
“So, buat apa abang dekati dia?” Aku bertanya hairan bercampur marah.
“Sebab dia cantik..” Shakiri kelihatan serba salah menuturkan kata-kata itu. Aku bertambah bengang mendengar jawapannya.
“Abang nie dah gila ke apa?!! abang tak pernah fikir ke apa yang dia akan rasa?!! abang nie dah tak ada otak agaknya!!” Aku mula berang lalu menghempas pintu biliknya dan terus menuju ke bilikku. Sungguh aku tak sangka dia telah dipermainkan oleh abangku sendiri. Pasti dia akan benci aku kalau dia tahu aku ini adik kepada lelaki yang pernah hancurkan hati dia. Argh!! kau memang setan abang! aku benci kau! aku merintih sendirian.
“Adam.. kau patut tahu cerita sebenar… bukalah pintu nie..” Kedengaran suara Abang Shakir memujukku agar mendengar penjelasannya.
“Semuanya dah jelas abang! disebabkan abang! Adam tak dapat nak tawan hati dia.. Adam sayangkan dia, bang..” Aku mula meluahkan isi hatiku. Aku ingin Abang Shakir tahu bahawa aku akan sentiasa melindungi Ain walaupun Ain tak sayangkan aku.
“Ain memang perempuan yang baik.. Aku pun dulu macam kau juga Adam.. Aku rasa aku dah jatuh cinta gila-gila dengan dia.. tapi bila lama kelamaan.. Aku rasa cinta aku untuk dia sebenarnya palsu.. Aku tahu Ain pasti kecewa.. Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri untuk tetap berada di samping dia.. Kami berbincang.. dan Ain bersetuju untuk memutuskan hubungan kami.. tapi dengan syarat aku kena bagi dia satu hari untuk layan aku macam seorang kekasih yang betul-betul sayangkan kekasih dia.. masa tu.. aku betul-betul tak tahu nak buat apa.. tiba-tiba aku rasa bersalah sebab tak boleh nak setia macam dia setia pada aku.. mula-mula aku cakap aku tak jadi nak putuskan hubungan kami sebab dia terlalu baik untuk aku lukai.. tapi dia larang aku.. dia kata.. dia tak nak aku teruskan hubungan aku dengan dia hanya sebab aku kasihankan dia.. dan itulah last day aku jumpa dengan dia.. sebab dia ambil keputusan untuk ikut ayah dia pergi Australia untuk dua tahun.. masa tu aku form 3.. of courselah aku dah tak jumpa dia lagi sebab lepas aku habis form 5.. kan aku pergi Pulau Pinang untuk uruskan syarikat ayah kat sana.. jadi.. kalau kau sayang dia.. pastikan yang engkau betul-betul sayangkan dia.. jangan ambil keputusan terlalu awal.. aku amanahkan kau.. jaga hati dia.. jangan sesekali kau hancurkan hati dia macam yang aku pernah buat.. sebab aku tahu Adam.. kau mesti tak nak rasa menyesal macam aku sebab tak dapat memiliki seorang bidadari yang bernama Ain Qaisarah..” Adam terpana mendengar penjelasan abangnya sebentar tadi.
“Ain.. maafkan abang aku sebab melukai hatimu, sayang..” Aku berkata sendirian setelah aku pasti Shakir sudah kembali ke biliknya.

\”Adam!” Aku memanggil Adam yang kelihatan muram sejak datang dari sekolah tadi. Adam menoleh ingin mengetahui siapa pemilik suara itu.
“Ya?” Adam bertanya sambil berjalan perlahan ke arahku.
“Awak kenapa hari nie? muram semacam je?” Aku bertanya ingin tahu.
“Tak adalah.. mana ada saya muram.. tengok nie..” Adam berkata sambil tersenyum hambar. Aku hanya memandang pelik.
“Saya cuma nak beritahu awak sesuatu.. Adam Shakir tu abang saya.. orang yang pernah tinggalkan awak tu abang saya.. kekasih hati awak dulu tu.. kalau awak nak jadi kekasih dia balik.. saya boleh tolong.. oklah.. saya nak kena masuk kelas nie.. bye, assalamualaikum..” Adam berkata selamba lalu terus pergi menuju ke arah kelasnya. Aku tergamam mendengar kata-katanya. Shakir abang dia? Sungguh aku terkejut mendengar fakta itu. Dia nak tolong aku.. tapi kenapa cara dia cakap tu macam nak tak nak je tolong aku.. kata-kata dia macam ada unsur-unsur.. cemburu.. tak kan dia cemburu kot? Aku mula bingung.
“Ain? awak tak apa-apa ke?” Tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan menegurku. Aku menoleh ke arah suara itu.
“Oh.. awak rupanya Maira.. saya ingatkan siapalah tadi..” Aku cuba menahan gugup. Umaira memandangku pelik.
“Awak ada masalah ke Ain?” Umaira cuba mengambil berat.
“Tak.. tak ada apa-apa.. erm.. awak.. hari nie.. saya mungkin tak balik dengan awak.. mungkin saya balik Adam.. awak boleh tak balik dengan Zaidi hari nie?” Aku masih cuba berlagak selamba.
“Hah? awak nak balik dengan Adam? tapi kenapa?” Umaira bertanya pelik. Aku mengeluh mendengar kata-kata itu.
“Erm.. adalah.. boleh ya Maira?” Aku merayu.
“Erm.. baiklah..” Umaira bersetuju. Aku hanya tersenyum hambar.
“Saya pergi dulu ya Maira..” Aku meminta izin untuk pergi. Umaira hanya mengangguk. Aku terus berlalu pergi.

” Adam.. boleh tak saya nak singgah rumah awak sekejap?” Aku bertanya perlahan sambil menunduk memandang lantai.
“Buat apa?” Jelas wajahnya berkerut. Aku menelan air liur yang mula bertakung di dalam mulutku.
“Erm.. kan awak ada janji nak bagi saya pinjam buku awak tu..” Aku cuba berbohong. Adam memandangku tajam.
“Awak nak jumpa abang sayakan?” Adam terus bertanya lalu menoleh ke arah lain. Aku tergamam mendengar kata-katanya.
“Hah? m.. ma.. mana ada..” Aku tergagap ingin menjawab soalannya.
“Saya tak suka orang menipu saya.. kalau awak nak jumpa abang saya.. ok.. balik nanti awak tunggu saya kat laman info.. dah.. saya nak makan nie.. bye..” Adam terus berlalu ke kantin tanpa menoleh ke arahku selepas selesai bericara. Aku hanya melihatnya berlalu pergi dengan perasaan yang sangat bersalah. Tapi.. kenapa aku perlu rasa bersalah? Aku bingung sendiri.

“Erm.. hai awak.. lama tunggu?” Aku bertanya sambil memandang ke arah wajahnya setelah sampai di laman info.
“Tak.. jomlah..” Adam mula melangkah tanpa menungguku. Tiba-tiba aku merasa sedih dengan perangainya hari ini. Aku terus mengikutinya dari arah belakang sehinggalah tiba di rumahnya.
“Hmm.. masuklah.. saya panggil abang saya sekejap..” Adam terus berlalu menaiki tangga rumahnya. Aku hanya duduk di atas sofa mewahnya. Tiba-tiba aku terpandangkan sebuah bingkai gambar yang diselitkan gambar Adam. Aku mula mendekati gambar itu lalu mengambilnya. Aku mengusap-usap wajah Adam. Aku tidak tahu kenapa aku merasakan dia menyembunyikan sesuatu daripada aku. Tiba-tiba aku jadi rindu dengan kemesraannnya. Tiba-tiba ada suatu suara menegurku dari arah belakang. Sudah bertahun-tahun aku tidak mendengar suara itu.
“Ain..” Shakir memanggilku perlahan. Perlahan-lahan aku menoleh memandang ke arah wajah itu. Lelaki itu tersenyum ke arahku. Tetapi aku perasan senyuman itu nampak kelat.
“Hmm.. awak macam mana? sihat?” Aku memulakan perbicaraan.
“Alhamdulillah.. saya sihat.. awak sihat?” Shakir bertanya perlahan.
“Alhamdulillah.. saya sihat juga..” Aku menjawab perlahan.
“Saya sebenarnya ada something nak cakap dengan awak..” Shakir memandangku serius. Aku mengerutkan dahi mendengar kata-katanya.
“Apa? bunyi macam serius je?” Aku bertanya.
“Adik saya.. suka kat awak..”Shakir berkata perlahan.
“Hah? adik awak? adik awak yang mana satu nie?” Aku bertanya pelik. Tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Tak mungkin dia yang suka dekat aku. Aku menelan air liur perlahan-lahan.
“Adik saya yang mana lagi? Adam Shafiqlah..” Shakir berkata sambil tersenyum. Aku tersentak mendengar bicaranya.
“Awak jangan nak berguraulah..” Aku cuba menenangkan diri yang sudah mula tidak tenang mendengar kata-katanya.
“Hmm.. dia tu baik Ain.. awak memang sesuai sangat untuk dia.. hubungan kita berakhir dah lama dah kan? saya terlalu pasti yang dia memang sayangkan awak Ain..” Shakir berkata perlahan.
“Saya bukan tak nak percaya atau tak nak terima adik awak.. tapi saya sendiri tak berapa pasti tentang perasaan saya pada dia.. mungkin saya hanya sukakan dia sebagai kawan.. atau mungkin tidak..” Aku menerangkan sambil menunduk memandang lantai.
“Saya pasti awak memang sayangkan dia.. awak jangan ingat saya tak nampak awak usap-usap gambar adik saya tu..” Shakir bercerita sambil tersengih. Aku mula menunduk apabila mendapat tahu Shakir melihat aksiku itu.
“Awak belum terlambat untuk mengaku… saya sayang awak Ain.. tapi, maaf.. saya sayangkan awak macam saya sayangkan adik saya tu.. tak lebih..” Shakir memberitahu. Terpancar cahaya keikhlasasan di matanya apabila aku menatap matanya menginginkan kepastian tentang kata-katanya sebentar tadi.
“Hmm.. awak daripada dulu lagi memang macam nie kan? tak pernah berubah.. sentiasa nak menjaga perasaan saya.. adik awak tu lain.. dia lebih jujur dalam menuturkan kata-kata.. dan sejak kebelakangan nie.. perangai dia dah berubah.. dia macam tak nak layan saya lansung..” Aku mengadu sambil menitiskan air mata. Shakir mengeluh.
“Adik saya memang macam tu.. untuk pengetahuan awak.. dia marah saya apabila dia dapat tahu saya pernah buat awak kecewa… daripada saat itu.. saya sedar.. yang adik saya betul-betul ambil berat tentang awak walaupun dia tak pernah cakap dengan saya selepas dia marah saya tu..” Shakir bercerita sambil tersenyum kelat. Aku terkejut mendengar ceritanya. Adam ambil berat tentang aku? soalan itu bermain-main di dalam mindaku.
“Adik awak tu memang baik dengan saya.. tapi.. saya bukan tak nak terima dia.. cuma saya takut.. peristiwa silam akan berlaku kembali.. terutamanya apabila saya dapat tahu awak dengan dia adalah adik beradik.. awak sendiri tahu saya tak boleh terima bila awak nak kita putus waktu dulu.. dan saya tak nak benda tu berulang balik..” Aku bercerita. Shakir mengeluh.
“Susahkan nak lupa peristiwa tu.. saya pun sama Ain.. sampai sekarang saya tak berani nak dekat dengan perempuan sebab saya takut nak tengok nasib mereka sama dengan awak..” Shakir berkata perlahan.
“Hmm.. tak apalah.. saya rasa saya kena balik dulu.. assalamulaikum..” Aku terus berlari keluar daripada rumah mewah itu. Sungguh aku tidak sanggup ingin mendengar apa-apa perkataan pun yang keluar daripada mulut bekas kekasihku, Adam Shakir.

Ain Qaisarah,

Aku gelar kau bunga sakura,
kerana engkau sayang pada bunga itu,
aku juga sayang padamu,
warnanya lembut dan cantik,
seperti akhlak dan luaranmu,
sering bertandang di hati ini,
tetapi,
sekali aku memegang kelopakmu,
hatiku terasa seperti dibakar,
engkau tiada daun untuk menemanimu,
izinkanlah aku menjadi daunmu,
akanku pastikan engkau dilindungi,
daripada sentuhan manusia perosak,
biar engkau hanya untukku,
selama-lamanya.
,
Adam Shafiq

“Hmm.. siapa bunga sakura nie?” Tiba-tiba Zaidi yang duduk di sebelahku bertanya perlahan.
“Siapa lagi..” Aku menjawab lalu mengeluh perlahan.
“Hmm.. engkau kenapa ek sejak dua menjak nie? muram semacam je..” Zaidi mengambil berat. Aku tersenyum hambar.
“Ain sebenarnya bercinta dengan abang aku dulu..” Aku menjawab pertanyaan Zaidi dengan suara yang perlahan.
“Eh.. ya ke? tak sangka ya.. rupa-rupanya dia pernah bercinta dengan abang kau..” Zaidi memandang simpati kepadaku.
“Dah takdir.. nak buat macam mana?” Aku mengeluh perlahan.
“Engkau jadi ke pergi ikut ayah kau pergi luar negara?” Zaidi bertanya spontan.
“Ya.. tak lama lagi.. Ain pun mesti dah ada pakwe kan.. melepas lagi aku nampaknya..” Aku mengeluh perlahan.
“Kau still ada masa untuk beritahu dia tentang perasaan kau..” Zaidi cuba memujukku. Aku hanya tersenyum hambar.
“Biarlah dia.. aku tak nak dia sedih.. dia nampak macam nak kembali pada abang aku balik..” Aku memberitahu.
“Entahlah.. keputusan ada di tangan kau.. tapi aku pasti.. Ain mesti cintakan kau juga..” Zaidi cuba memberiku semangat.
“Hmm..” Aku merenung ke arah hadapan dengan wajah yang murung.

Lima tahun berlalu,

“Ain..” Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki memanggilku. Aku menoleh ke arah lelaki itu.
“Erm.. Shakir?” Aku terkejut melihat wajah yang sudah lama tidak aku lihat. Shakir tersenyum ke arahku. Aku membalas senyumannya.
“Lama tak jumpa Ain.. Ain sihat?” Shakir masih seperti dulu.. sentiasa ingin tahu sama ada aku sihat atau tidak. Aku ketawa kecil.
“Kenapa awak ketawa?” Shakir memandangku pelik.
“Tak adalah.. awak still macam dulukan.. soalan pertama bila awak jumpa saya adalah tanya sama ada saya sihat atau tidak..” Aku tersenyum memandang wajah kacak itu. Sudah lama aku lupakan kenangan gembira aku bersamanya dan sudah lama juga aku membuang cintanya jauh daripada hatiku.
“Hahaha.. biasalah.. saya memang macam tu.. dah tak ada modal nak start bercerita… awak macam mana sekarang? dah kahwin?” Shakir bertanya.
“Hmm.. kahwin ya? jodoh belum ditemui lagi.. lagipun saya tengah busy dengan kerja.. tak ada masa nak cari pakwe..” Aku ketawa mendengar jawapnku sendiri. Shakir juga turut ketawa.
“Awak dah berubahkan Ain.. awak semakin ceria.. dan semakin montel..” Shakir ketawa. Aku menjegilkan mataku apabila dia mengatakan aku montel.
“Hei.. tak baik tau.. saya still slim-mlim tau..” Aku berpura-pura marah.
“Ya ke? nampak macam montel je..” Shakir masih lagi mahu mengusikku.
“Jahat!” Aku mula melangkah meninggalkannya. Tetapi aku tahu Shakir mengikutiku. Aku memandang ke arah belakang.
“Erm.. saya nak tanya awak satu soalan.. boleh?” Aku bertanya perlahan. Shakir memandangku pelik.
“Selalunya awak main tanya je.. tak pernah-pernah minta izin..” Shakir cuba bergurau. Aku menjelingnya.
“Ok.. ok.. awak nak tanya apa?” Shakir bertanya setelah selesai ketawa.
“Adam macam mana? dia sihat ke?” Aku bertanya perlahan.
“Hmm.. dia sihat.. sekarang dia mungkin ada dekat dalam kapal terbang..” Shakir menjawab sambil melihat jam tangannya.
“Dalam kapal terbang?” Aku bertanya pelik.
“Ya.. dia nak balik Malaysia.. dia ada kerja dekat Jepun selama sebulan.. hari nie dia balik..” Shakir memberitahu. Aku tergamam.
“Oh.. Adam dah kahwin?” Aku cuba berlagak selamba.
“Hmm.. belum.. dia tengah tunggu seseorang..” Shakir menjawab perlahan. Aku menelan air liurku.
“Siapa?” Aku bertanya ingin tahu. Tiba-tiba ada sesuatu membuatkan aku ingin marah pada Adam.
“Entah..” Shakir menjawab selamba. Aku mengeluh berat.
“Ain.. kadang-kadang kita kena juga luahkan apa yang ada dalam hati.. kalau asyik diam je.. nanti akhirnya orang yang dicintai tu akan putus asa untuk mendapatkan cinta seseorang tu..” Penuh dengan maksud yang yersirat kata-kata Shakir itu. Aku tahu dia sedang memberi nasihat kepada aku walaupun bunyinya macam memberi nasihat kepada umum.
“Hmm.. awak nak tak datang rumah saya pagi esok? saya ada buat majlis sempena hari jadi ibu saya..” Shakir memecah kesepian yang bermukim di hatiku sebentar tadi.
“Erm.. insyaAllah saya akan pergi..” Aku menjawab dengan senyuman hambar. Shakir memandangku tajam.
“Saya dah nak kena pergi nie.. saya minta diri dulu ya.. assalamualaikum..” Shakir terus berlalu pergi daripada tempat itu.
“Waalaikumussalam..” Aku menjawab lemah.

“Ain.. saya rindukan awak.. sudi tak awak jadi teman hidup saya?” Tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki melamarku. Aku mencari-cari suara itu. Sungguh aku juga rindu pada suara itu. Ah! kenapa aku kerap mendengar suara itu. Adam, saya nak jumpa awak. Saya dah tak boleh nak tahan daripada merindui awak. Saya betul-betul jatuh cinta pada awak! Tiba-tiba aku tersedar.
“Ah.. mimpi je..” Aku berkata perlahan sambil mengusap wajahku. Aku menoleh ke arah jam dinding yang terletak di hadapanku.
“Hmm.. dah subuh dah pun.. baik aku solat..” Aku terus menuju ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk. Selesai mengambil wudhuk, aku terus menyarungkan telekung dan menunaikan solat subuh.

“Hai Ain.. nak pergi mana lawa-lawa macam nie?” Puan Halimah, ibuku bertanya. Aku tersenyum memandang ibu kesayanganku.
“Nak pergi rumah kawan ibu.. dia kata dia ada buat majlis sempena hari lahir ibu dia.. dia jemput Ain.. jadi tak kanlah Ain nak tolak pula..” Aku menjawab sambil menyalami ibuku.
“Oh.. hmm.. jaga diri ya Ain..” Ibuku berpesan. Aku hanya mengangguk.

“Hai Cik Ain Qaisarah.. awalnya datang..” Tiba-tiba suara seorang lelaki menegurku dari arah belakang. Aku terus menoleh ke arahnya.
“Shakir! terkejut saya tahu tak..” Aku mengurut-urut dadaku akibat terkejut mendengar suara lelaki itu.
“Saya terkejutkan awak ke? maaf..” Shakir berkata sambil tersengih memandangku. Mataku terus melilau-lilau mencari seseorang.
“Cari siapa?” Shakir yang perasan dengan gelagatku bertanya selamba.
“Tak ada siapa..” Aku menjawab pertanyaannya.
“Hmm.. disebabkan awak datang awal sangat.. jomlah saya kenalkan awak dengan seluruh ahli keluarga saya..” Shakir terus menarik lenganku intuk mengikutinya. Aku terkejut dengan tindakannya.
“Ok.. yang ini.. Nur Madihah.. kakak yang sulung.. dan yang sebelah kakak saya tu suami dia.. Engku Aidit.. dan yang si kecil nie.. Engku Aleesya… baru 7 bulan.. comelkan?” Shakir bertanya. Aku hanya mengangguk dan bersalaman dengan kakak dan abang iparnya.
“Yang ini pula.. kakak saya yang kedua.. Nur Kasih.. dan yang sebelah itu adalah tunangnya.. Mohd Aminuddin.. mereka akan kahwin lagi dua bulan..” Shakir memperkenalkan wanita itu. Wanita di hadapanku ini kelihatan manis dan sopan orangnya. Aku bersalaman dengannya.
“Yang ini pula abang saya.. Adam Mukhriz.. dan yang disebelahnya itu adalah teman wanitanya.. mereka akan bertunang lagi setahun..” Shakir memperkenalkan abangnya. Aku hanya tersenyum ke arahnya memandangkan teman wanitanya ada di sebelah. Wajah lelaki itu ada iras-iras Fahrin Ahmad.
“Dan saya anak yang keempat… Adam Shakir.. masih lagi single.. sedang mencari seorang wanita untuk dijadikan teman hidup..” Shakir berkata sambil tersengih ke arahku. Aku hanya ketawa kecil.
“Hmm.. ada lagi.. yang itu Adam Shafiq.. dia single tapi tak available sebab dia tengah tunggu seseorang..” Shakir mengunjukkan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang sedang berbual dengan seorang perempuan. Tiba-tiba hatiku seperti ditusuk sesuatu apabila melihat kemesraan antara Adam dan wanita itu. Aku cepat-cepat mengalihkan mataku daripada memandang wajah lelaki itu apabila tiba-tiba lelaki itu menoleh ke arahku.
“Shakir.. awak tak ada adik perempuan ke?” Aku cuba mengubah topik.
“Ada.. erm.. jomlah saya kenalkan awak pada adik saya yang bongsu..” Shakir terus menggenggam tanganku dan membawaku ke arah seorang budak perempuan yang sedang duduk menikmati ais-krim.
“Shira.. salam akak nie..” Shakir menyuruh. Aku tersenyum memandang budak perempuan yang tersenyum menuju ke arahku.
“Akak nie girlfriend Abang Shakir ya..” Shira bertanya sambil tersengih.
“Ya.. nie girlfriend Abang Shakir.. cantik tak?” Shakir menjawab soalan Shira yang ditujukan padaku. Aku memandang Shakir pelik.
“Cantik sangat.. macam sepupu Datuk Siti Nurhaliza tulah..” Shira menjawab sambil berdiri di sebelahku. Tiba-tiba datang seorang lelaki ke arah kami. Aku tergamam memandang lelaki itu.
“Hmm.. Abang Adam!” Shira memanggil lelaki itu. Lelaki itu tersenyum ke arah adiknya.
“Ya Shira nak apa?” Adam terus berdiri di hadapan Shira tanpa menghiraukan aku yang berada di sebelah Shira.
“Nie.. Abang Shakir bawa girlfriend dia datang.. nama dia Kak Ain..” Shira berkata sambil memandang ke arahku. Aku hanya menunduk memandang lantai apabila lelaki itu memandangku dengan wajah yang kelat.
“Hmm.. apa Shira cakap tadi?” Adam bertanya ingin memastikan apa yang didengarnya betul.
“Nie.. girlfriend Abang Shakir..” Shira yang tidak faham apa yang sedang berlaku menjawab dengan serius.
“Siapa cakap?” Adam bertanya keras.
” Abang Shakir..” Shira menjawab selamba.
“Hmm.. Ain.. ikut saya..” Adam berbisik perlahan ke arahku. Aku terus mengikutinya menuju ke arah sebuah laman.
“Betul ke apa yang saya dengar?” Adam memandangku sayu.
“Tak..” Aku menjawab jujur.
“Habis tu apa yang Shira cakap tu?!” Adam menjerkah.
“Bukan saya yang cakap! tapi abang awak!” Aku membalas jerkahannya.
“Awak cuma tahu nak salahkan saya! pernah awak fikir semua nie kesalahan orang lain dan bukan kesalahan saya! pernah awak cuba selami hati saya?! pernah awak fikir perasaan saya?! saya cintakan awak, Adam! bukan abang awak! saya dah lama lupakan abang awak walaupun dia seorang lelaki yang cukup baik.. pernah ke awak ambil tahu perasaan saya pada awak.. awak cuma tahu nak salahkan saya.. salah saya ke bila saya bercinta dengan abang awak dulu? salah saya ke bila saya jatuh cinta pada awak! salah saya ke abang awak cintakan saya?!” Aku berkata lantang sambil menangis teresak-esak. Adam kelihatan tergamam mendengar kata-kataku. Dia mendekatiku.
“Bukan.. bukan salah awak Ain.. salah saya sebab tak berani nak raih cinta awak.. saya rasa tergugat bila dapat tahu awak pernah bercinta dengan abang saya.. saya tiba-tiba rasa yang saya tak mungkin dapat cinta awak Ain.. saya tiba-tiba rasa yang awak mungkin masih mencintai abang saya.. saya juga cintakan awak Ain.. saya tak pernah terfikir selama ini awak cintakan saya.. saya rindukan awak Ain.. setiap malam tidur saya hanya ditemani wajah awak yang sedang tersenyum pada saya.. Ain.. sudi tak awak jadi suri dalam hidup saya?” Adam melamarku. Aku tergamam mendengar lamarannya.
“Ya.. saya sudi..” Aku menangis bahagia melihat senyumannya.
“Hai.. akhirnya.. dapat juga aku merasa nasi minyak kau Adam..” Tiba-tiba suara seseorang menegur Adam.
“Abang?” Adam memandang Shakir pelik.
“Hmm.. susah sangat nak satukan kau dengan Ain.. bila abang sebut dia girlfriend aku.. tahu pula kau nak menggelabah..” Shakir berkata selamba sambil mendekati aku dan Adam.
“Maksud abang?” Adam masih tidak memahami.
“Yalah.. kau dengan Ain dua-dua ego.. akhirnya abang buatlah macam nie.. nak bagi kau dengan Ain nie sedar kalau korang terus berdiam diri.. alamatnya dikebas orang.. faham?” Shakir menjawab sambil tersengih.
“Jadi abang dah tak suka Ain lagilah?” Adam bertanya sambil menggenggam jari jemariku.
“Ain dah lama tinggalkan abang.. lagipun abang masih nak hidup bujang.. malas nak beristeri..” Shakir menjawab selamba.
“Jangan lama-lama bang.. nanti jadi bujang terlajak..” Adam ketawa.
“Assalamualaikum..” Aku menoleh ke arah wanita yang memberi salam sebentar tadi.
“Waalaikumussalam.. eh, Maira?” Aku terus berjalan menuju ke arah Maira yang sedang mendukung seorang bayi.
“Anak siapa nie?” Aku bertanya pelik.
“Anak sayalah.. saya dah kahwin.. dengan Zaidi..” Maira berkata perlahan sambil memandang ke arahku.
“Zaidi mana?” Adam bertanya.
“Dalam kereta.. dia pergi ambil barang yang Adam pesan hari tu..” Maira berkata perlahan sambil mendodoi anaknya.
“Teringin ke sayang?” Adam berbisik perlahan apabila melihat aku khusyuk memandang bayi itu.
“Mana ada..” Aku menahan malu mendengar kata-kata Adam. Adam hanya ketawa melihat wajahku yang merona merah menahan malu.
“Hmm.. Maira.. tak lama lagi kita pula merasa nasi minyak Adam..” Shakir mengusik. Maira kebingungan.
“Maksud Abang Shakir? Dia dah jumpalah perempuan idaman dia tu?” Maira bertanya pelik.
“Ya.. tu haa.. Ain tulah wanita idaman dia selama nie..” Shakir menjuihkan mulutnya ke arahku.
“Laaa.. Ain ke?” Maira memandangku sambil tersenyum lebar.
“Erm.. nama anak Maira nie siapa?”Aku bertanya perlahan.
“Siti Zulaikha.. Abang Zaidi yang pilihkan nama tu..” Maira tersenyum lebar. Bahagianya dia mempunyai keluarga yang sempurna. Ah! aku juga ingin memiliki sebuah keluarga yang sempurna seperti dia. Aku memandang ke arah Adam yang sedang berbual-bual dengan sahabatnya.
“Semoga kita boleh bina rumah tangga yang sempurna..” Aku berbisik sendirian sambil tersenyum memandang ke arahnya.

“Abah! bila abah nak belikan Akim motorsikal? kawan-kawan Akim semua dah ada motorsikal.. Akim je tak ada motorsikal..” Mohd Hakim Kashfi, anak lelakiku bertanya dengan wajah cemberutnya.
“Akim baru 15 tahun.. lesen pun tak ada lagi dah nak naik motorsikal.. kalau Akim dah ada lesen nanti barulah abah belikan..” Aku berkata sambil tersenyum memandangnya. Akim mengeluh.
“Alah… abah nie macam tak tahu pula.. awek zaman sekarang suka lelaki yang ada motorsikallah abah.. nanti Akim tak ada awek.. siapa yang susah? umi juga.. sebab nanti umi mesti jadi tempat Akim membebel.. umi tu dahlah mengandung.. kesian umi.. bolehlah ya abah…?” Akim masih mencari alasan untuk membuat aku membelikannya motor.
“Nope.. oklah.. kita berkompromi sikit.. kalau Akim dapat keputusan yang bagus dalam PMR nanti.. abah janji abah belikan motorsikal untuk Akim.. Akim pilih sendiri.. hmm.. ok tak?” Aku cuba memberinya semangat.
“Betul ke bah? Akim pilih sendiri? motorsikal apa-apa pun boleh?” Akim bertanya dengan wajah yang teruja.
“Ya.. tapi kalau tak mampu abah cakap..” Aku menahan ketawa.
“Thanks bah! Abah memang the best father on the worldlah!” Akim terus menyalami tanganku dan berlalu pergi ke arah biliknya. Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya.
“Abah.. Abang Akim tu seronok semacam je.. abah bagi dia apa?”Puteri Nur Aisyah, anak gadisku yang berumur 13 tahun bertanya.
“Abah cakap kalau dia dapat keputusan yang bagus PMR nanti.. abah belikan dia motorsikal.. kenapa? Aisyah nak juga ke?” Aku bertanya selamba.
“Tak naklah! buat apa beli motorsikal.. bukannya Aisyah reti bawak pun.. abah.. petang nanti belikan Aisyah buku latihan yang baru ya? sebab buku latihan yang lama dah habislah..” Aisyah meminta. Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Aisyah memang suka mengulangkaji pelajaran walaupun aku ada dengar daripada Akim bahawa adiknya mempunyai ramai peminat di sekolahnya.
“Ok.. hmm.. umi kat mana?” Aku bertanya ingin tahu.
“Umi dekat atas.. tengah tidurkan Alfi..” Aisyah menjawab sambil tersenyum lebar. Aku terus berjalan menuju ke arah bilik Alfi dan Airil.
“Sayang..” Aku memanggil seraya membuka pintu yang tertutup rapat itu. Kelihatan Ain juga turut ‘landing’ sama. Aku tersenyum memandang Ain yang sedang lena dibuai mimpi itu.
“Sayang.. sayang…” Aku mengejutkannya. Ain membuka matanya perlahan-lahan.
“Kenapa?” Ain bertanya sambil bangun untuk duduk di hadapanku.
“Tidur kat bilik kita jom..” Aku menolongnya untuk berdiri.
“Hmm..”Ain terus melangkah untuk menuju ke arah bilik kami.
“Abang dah makan?” Ain bertanya perlahan.
“Dah.. Mak Mah dah masak tadi.. sayang dah makan?” Aku bertanya lembut. Ain menggelengkan kepalanya.
“Abang pergi buat bubur untuk sayang ya? kesian anak abah nie..umi lambat bagi makan ya…?” Aku mengusap-usap perut Ain yang sudah membesar itu. Doktor memberitahu Ain akan bersalin dalam bulan ini. Aku harap Ain akan bahagia dengan keluarga ini. Aku terus turun untuk mengambil bubur yang sudah di masak oleh Mak Mah.
“Sayang makan banyak-banyak tau..” Aku berkata sambil menyuapnya.
“Abang..” Ain memanggilku lembut.
“Ya sayang?” Aku memandangnya.
“Terima kasih sebab memberi Ain keluarga yang cukup sempurna ini.. Ain betul-betul tak tahu nak balas dengan apa selain setia di sisi abang dan mencintai abang..” Ain mengalirkan air matanya.
“Sayang.. janganlah nangis macam nie.. kalau Ain sayangkan abang.. Ain tak boleh nangis macam nie..” Aku cuba memujuk.
“Ain sayangkan abang..” Ain terus memelukku.
“Abang pun sayangkan Ain.. dan terima kasih sayang.. sebab memberikan abang keturunan yang comel-comel dan baik-baik..” Aku turut membalas pelukan Ain dan mengucup dahinya. Semoga kehidupan kami akan terus bahagia sampai akhir hayat.
“Kalau ya pun.. kenapa? kau jealous? yalah.. kau mana ada awek.. ‘Hawa’ kau tu pun kau tak dapat lagi.. kan?” Giliran Zaidi pula mengusikku.

Buat isteri tercinta..
Ain lah penyeri hidup abang,
yang membakar api semangat abang untuk terus hidup,
yang sudi melahirkan zuriat abang,
yang setia di sisi abang,
yang selalu mencintai abang,
abang juga mencintai Ain,
terima kasih sayang,
kerana sentiasa menyerikan hidup abang dan keluarga kita,
semoga kita dirahmati-Nya

Yang Menyayangimu,
Abang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: