Cerpen : Hello, Gadis!

Nama Pena : zkai alia

“Hello, boleh saya bercakap dengan En. Kharil?”
“Dia tak ada. Kerja. Ni siapa ye?”
“Saya Farid dari Marv Home Furniture.”
“Oh, okey.”
“Okey? Oh, tak apalah. Terima kasih.”

Farid meletakkan gagang telefon. Dia tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Husky voice! Suara baru bangun tidur. Tak tahu pula En. Khairil ada anak gadis bersuara serak basah tu. Nice tapi cakap macam nak tak nak je tadi? Farid menepuk dahi. Terlupa bertanya tentang En. Khairil dan tujuan sebenar dia menelefon sebentar tadi. Farid mendail semula nombor rumah milik En. Khairil.

“Hello?!” Farid diam. Suara gadis tadi. Garangnya!
“Maaf puan, saya Farid yang menelefon tadi. Boleh saya tahu En. Khairil di mana?”
“Kan dah cakap tadi dia kerja?” Suara gadis itu makin meninggi.
“Err, saya dah cuba call handset dia tadi tapi tak berangkat. Ada benda penting nak cakap ni,” ujar Farid. Sedikit gugup.
“Apa dia?”
“Tolong beritahu dia yang pekerja kami akan datang untuk pasang perabot tu lepas zohor nanti. Takut tak ada orang kat rumah pula.”
“Siapa yang janji nak datang petang ni? You ke my dad?”
“Your dad.” Balas Farid. Perempuan ni ada aura nak sembur aku je? Farid telan liur.
“Then? What’s the problem? Datang ajelah. Bila customer yang berjanji, of course diorang dah make sure yang hari tu diorang free! You can’t think eh, old man? By the way, I’m not a PUAN yet!” Farid menjauhkan gagang telefon. Bunyi gadis itu meletakkan telefon secara kasar membingitkan telinganya. Haila gadis…

Petang itu, Farid bersama krewnya tiba di rumah banglo milik En. Khairil. Loceng dibunyikan. Pintu pagar automatik itu terbuka. Farid mengarahkan lori yang membawa perabot itu masuk ke dalam. Pintu belakang lori dibuka. Farid melihat pekerjanya memindahkan perabot dari tepi taman mini.

“Hello, mister! Siapa yang bagi permission untuk lori ni masuk?” Farid menoleh ke arah suara tersebut. Oh, inilah dia gadis suara husky yang panggil aku old man tadi? Farid angkat kening sebelah.
“Your dad. I dah call dia tadi sebelum datang sini.” Gadis itu diam. Apa pandang orang macam nak makan? Farid renung mata gadis itu. Gadis itu memalingkan mukanya ke arah lain setelah perasan dirinya direnung. Farid gelak dalam hati. Haila gadis.. malu ke?
“Buatlah apa yang patut. Dah siap nanti jerit je nama Buk Ati.”
“So, your name is Buk Ati?” Farid loyar buruk. Gadis itu menjeling tajam.
“I’ll make sure this is the first and the last time my dad beli perabot dari you!” Gadis itu berpaling dan terus masuk ke dalam rumah. Farid tergelak besar.

+++++++++++++++++++++++++++++

“Stop calling me with that name la mama!” Farid mencebik manja.
“Ala, masa kecil dulu, tak marah pun kalau mama panggil Fifi?”
“Itu masa kecillah, ma! Sekarang dah besar. Fifi tu macam nama perempuanlah, ma!”
“Fifi..Fifi..Fifi..”
“Maaaaaa…!” Pn. Zakirah ketawa besar.
“Mama gurau aje lah. Macam mana kerja hari ni? Okey?” Farid jungkit bahu.
“Tadi jumpa monyet garang kat rumah klien.”
“Monyet? Klien Ayed kerja kat zoo ke?”
“Mama ni loyar buruk pula. Monyet tu anak dia. Anak perempuan klien Ayed.” Mama mengangguk faham.
“Apa halnya sampai Ayed panggil dia monyet garang?”
“Kerja dia asyik nak mengamuk je, ma. Gaya macam monyet garang lapar dah seminggu tak dapat pisang je lagaknya. Ada ke masa Ayed nak confirmkan yang En. Khairil ada kat rumah ke tak sebelum Ayed hantar perabot, dia nak mengamuk? Dia kata, Then? What’s the problem? Datang ajelah. Bila customer yang berjanji, of course diorang dah make sure yang hari tu diorang free! You can’t think eh, old man?” Farid mengajuk percakapan gadis itu. Pn. Zakirah ketawa lagi.
“Dia tengah PMS agaknya. Biasalah Ayed, perempuan..”
“Tapi kan ma, gadis tu sweet je sebenarnya tau. Suara dia husky, garang nak mati pulak tu! Jadi Ayed ingat mesti muka pun garang macam pakcik yang jaga singa kat Zoo Negara. Sekali bila dia keluar, Ayed tengok sweet je budak tu. Garang dia tak padan dengan muka langsung!” Pn. Zakirah menggeleng perlahan.
“Tadi marah-marah, ni puji dia pulak. Dah sangkut ke anak mama ni?”
“Apa ke situ pulak mama ni.”
“Ayed, tak salah Ayed nak mula percintaan yang baru. Yang dah lepas tu biarkan je berlalu.” Pn. Zakirah mengusap lembut kepala anaknya yang berbaring di ribanya.
“I’m not ready for a new love, ma.” Farid memejamkan mata.
++++++++++++++++++++++++++++++

“Daddy dengar dari Buk Ati tadi, Adik marah-marah kat orang yang hantar perabot siang tadi. Betul ke?” Adik angkat bahu. Nasi disuap ke mulut dan dikunyah perlahan-lahan.
“Adik marah sebab dia memang patut kena marah.”
“Daddy tak sukalah Adik buat perangai macam tu. Adik tahu tak dia tu bos?”
“Bos? Bos apa? Botswana?”
“Adik!” Suara En. Khairil meninggi. Adik menyuakan segelas air ke dalam mulutnya dan ditelan sekaligus.
“Sorry.. Dia bos apa, daddy?”
“Dia owner and designer Marv Home Furniture tu.”
“Oh. Okey. Nanti kalau daddy call dia, cakap Adik say sorry. Okey daddy? Adik naik dulu. Ada kerja! Bye daddy!” Adik segera berlari naik ke biliknya. En. Khairil menggelengkan kepalanya. Dia melepaskan satu keluhan berat.

Di dalam bilik, Adik membaca Galaxy sambil kepalanya bergoyang-goyang mendengar HIM menyanyikan Funeral of the Heart menerusi headphone yang melekap di telinga. Di luar, kedengaran Buk Ati mengetuk pintu biliknya berkali-kali. Buk Ati masuk dan memegang bahu Adik. Segelas susu bertukar tangan. Adik menarik headphone di kepala dan mengucapkan terima kasih. Buk Ati tersenyum.

“Gadis, ngapain sih Buk Ati lihat Gadis makin hari kok nggak sama kayak Gadis yang dulu?” Adik tersengih kecil.
“Mana ada apa-apalah Buk Ati. Gadis okey je!”
“Gadis, kalau kiranya Gadis ada apa-apa masalah, bilang saja sama Buk Ati. Mungkin saja Buk Ati bisa nolong kalau mampu kok!” Adik menggeleng.
“Gadis ok, betul!”
“Gadis sedih ya dimarahin sama bapak Khairil?” Adik menggeleng laju.
“Daddy tak salah. Memang patut Gadis kena marah, Buk Ati. Silap Gadis sebab tak sopan dengan mamat yang datang siang tadi tu.”
“Ya bagus sih kalau Gadis pikirnya kayak gitu. Buk Ati keluar dulu. Mahu siapin kopinya bapak Khairil.” Adik mengangguk. Buk Ati keluar dari bilik.

Adik menghabiskan susu dan meletakkan gelasnya di atas meja. Dia mengeluh berat. Gadis. Gadis Aulia Ishma Bt. Khairil. Itu namanya. Nama yang diberi oleh ibunya. Ibunya orang Indonesia berkahwin dengan bapanya, orang Malaysia. Sejak kecil dia dipanggil Gadis. Namun, setelah ibunya melarikan diri dengan lelaki lain sewaktu umurnya 12 tahun, dia menggunakan gelaran Adik. Baik bapanya mahupun teman-teman, semua memanggilnya Adik. Satu nama baru, tanda dia tidak mahu mengingati kenangan pahit kehilangan ibu. Namun, di rumah ini, Buk Ati masih setia memanggilnya Gadis. Kata Buk Ati, sukar baginya untuk mengubah panggilan itu.

Selepas memberus gigi, Adik berbaring di atas katil. Ingatan terhadap ibunya masih tidak lenyap dari ingatan..

“Mommy.. mommy..! Don’t leave me!” Dara Aulia Ishma pantas berjalan tanpa mempedulikan jeritan anak kecil itu.
“Mommy, Gadis nak ikut mommy! Mommy!” Dara Aulia Ishma menoleh.
“No, sayang. Kamu nggak bisa ikut mommy. Mommy harus pergi jauh!”
“Where are you going mommy?”
“Mommy nak balik Indonesia. Mommy nggak bisa tinggal lagi sama kamu,” Dara Aulia Ishma memeluk erat anaknya.
“Gadis nak ikut mommy.”
“Gadis, be a good girl okay? I’ll find you someday.” Ujarnya lalu meninggalkan Gadis sendirian menangis di hadapan pintu pagar banglo itu.

Adik menampar pipi. Dia perlu sedar. Dia perlu menyedarkan dirinya sendiri. Mommy takkan pernah pulang. Mommy takkan cari dia lagi. Sudah 11 tahun berlalu dan kini usia Adik sudah menjangkau 23 tahun. Sepanjang tempoh itu, ibunya tidak pernah menghubunginya walaupun sekali, apatah lagi mahu mencarinya. Adik membungkus diri di dalam selimut. Tanpa sedar, air matanya mengalir semula..

+++++++++++++++++++++++++

“Hello?” Adik membetulkan kedudukan handset di telinga. Matanya masih terpejam. Ngantuk masih belum hilang.
“Hello, Gadis!” Adik pantas buka mata. Melihat nombor pemilik suara yang sedang menghubunginya. Unknown number. Tapi apasal macam kenal je suara ni?
“Siapa ni?” soal Adik.
“Farid. Kenal lagi?”
“Farid mana? Farid the old man?” Mata Farid mencerun. Sempat lagi gadis ni nak kenakan aku.
“Ha, betullah tu.” Adik kerut dahi.
“Apa hal?”
“Saje. Keluar nak tak?”
“Apa hal pulak?”
“Saje je. Cepatlah siap. I dah ada kat bawah dengan daddy you,” Farid menjawap selamba. Adik bingkas bangun. Mengintai dari tingkat atas. Ya Allah, apahal mamat Botswana ni datang rumah pagi-pagi? Adik turun ke tingkat bawah setelah bersiap.
“Morning, dad!” Adik duduk di sebelah En. Khairil. Farid dah tersengih-sengih.
“Apahal lu mamat sengih kerang masak lemak basi macam tu?” Senyum Farid mati. Gila betullah minah ni. Asyik nak mengamuk je kerja!
“Adik! Apa cakap macam tu dekat tetamu?”
“Betul apa? Pagi-pagi dah merempat kat rumah orang. Tak malu ke?”
“ADIK!” Tinggi suara En. Khairil membuatkan adik menjauh sedikit.
“Sorry daddy.”
“Minta maaf dari Farid, bukan daddy.”
“Sorry old man!”
“It’s nothing, PUAN.” Sekali lagi mata adik mencerun tajam!

Farid membawa adik ke Marv Home Furniture. Kedai lot tepi dua tingkat itu menarik perhatian adik. Nice deco, old man! Di tingkat bawah, tersusun segala macam perabot untuk ruang tamu di satu bahagian dan bilik tidur untuk satu bahagian lagi. Di tingkat atas pula ditempatkan perabot dapur. Gila cantiklah design mamat ni. Betul ke dia punya design ni?

“Yo, ol’ man! You ke yang design semua ni?” Farid mengangguk.
“Suka?” Adik mencebik.
“Bolehlah..” Farid gelak.
“Your dad tadi nak suruh you pilih perabot untuk bilik tidur kan? Tu, tengok kat sana. Ada satu katil tu memang sesuailah untuk you.”
“Bila pulak daddy kata nak beli katil untuk I?”
“Habis tu? Kalau bukan untuk you, takkan untuk Buk Ati pulak? Entah-entah daddy you suruh cari katil pengantin tak?” Adik tunjuk buku lima pada Farid. Memanglah mamat ni saje buat aku marah.
“Takpelah. Jom ikut I masuk pejabat. Ada lagi design lain dalam katalog kalau you nak tengok.” Adik mengangguk dan membuntuti Farid ke pejabatnya. Wallla…! Gila cantik pejabat dia! Adik duduk di sofa di satu sudut.
“You nak minum apa-apa tak Gadis?” Adik menggeleng.
“Mana you tahu nama I Gadis?” Farid angkat kening sebelah.
“Nama you Gadis ke? I main panggil je. Apa nama penuh? Gadis Adik?” Adik buat muka.
“Gadis Aulia Ishma. Panggil Adik.”
“Macam nama orang seberang je?” Adik jungkit bahu. Tidak gemar untuk menjelaskan asal usul namanya.
“You anak Buk Ati ye?”
“Hei, old man! Boleh diam tak? Mana katalog?” Farid sengih sumbing. Dia menghulurkan 3 buah katalog untuk tatapan adik.
“So Gadis, you tengoklah dulu. I nak pergi pantry kejap.”

Adik menyelak helaian demi helaian katalog tersebut. Sekejap dia mengangguk dan sekejap dia menggeleng. Tiba-tiba jatuh sekeping gambar dari dalam katalog yang dipegangnya. Gambar Farid the old man dengan awek? Adik sengih sumbing. Zaman bila punya gambar ni? Gila ol’ skool rambut mamat ni! Adik gelak besar. Farid yang berada di pintu menyergah Adik.

“Ha! Gelak apa tu?” Adik tersentak seraya beristigfar.
“Gila kau ol’ man! Nak main-main pulak! Pengsan aku karang baru tahu!”
“Apa you pegang tu?” Adik sengih dan menunjukkan gambar tersebut pada Farid.
“Awek kau ye?” Air muka Farid berubah. Dia menarik kasar gambar tersebut dari tangan Adik.
“Ex tunang I.”
“Ex? Apahal?”
“Arwah meninggal sebab breast cancer.” Innalillah..
“Sorry, I didn’t mean to..”
“It’s okay. So, dah pilih nak ambil katil yang mana?”
“Sakit kan ol’ man?” Farid angkat kening. Adik pandang ke arah lain.
“Bila rindu seseorang yang jauh dan tak mungkin kembali.” Hei, Gadis. What’s wrong? This is so not like you.
“Doa tu penghubung yang paling kuat. I selalu doa agar dia bahagia di sana. Itu dah cukup untuk ubatkan kerinduan I pada dia.” Doa? Hari-hari doa agar mommy balik tapi… tak balik pun?
“Gadis..” Farid bersuara lembut memanggil nama Adik. Adik senyum. Erk! What a sweet smile, Gadis.
“I’m okay! Katil tu I tak tahu nak pilih yang mana. Pinjam katalog tu dulu, boleh? Nak tunjuk dekat daddy.” Farid mengangguk.
“Promise me, you akan beli juga katil dari kedai I.” Adik gelak.
“Apahal?”
“Sebab semalam you kata you takkan beli lagi perabot dari kedai I.” Adik geleng kepala.
“Semalam siapa suruh cari pasal dulu. Padan muka.” Farid sengih. Haila gadis..

++++++++++++++++++++++++++++

“I’m not gonna see her, daddy! I AM NOT! Adik tak nak!”
“Mungkin Adik tak nak tapi Gadis mesti nak! Daddy tahu Gadis rindukan mommy!” Adik terduduk di atas sofa. Dia menangis teresak-esak. En. Khairil merapati anak gadisnya itu.
“Kita jumpa mommy. Okey, Gadis?” Adik mengangguk.
“Adik naik bilik dulu daddy.” Adik bangun dan menuju ke tingkat atas.
“Gadis..” Adik menoleh.
“No more Adik after this, okay? You’re Gadis. My lovely Gadis.” Gadis Aulia Ishma mengangguk lemah lantas ke bilik.

Gadis membasuh muka di dalam bilik air. I can handle this without tears! Gadis, kau boleh! Gadis berbaring di atas katil. Headset dilekapkan di telinga. The Unnamed Feeling nyanyian Metallica memekak di telinga.

Been here before couldn\’t say I liked it
Do I start writing all this down?
Just let me plug you into my world
Can\’t you help me be uncrazy?

Name this for me, heat the cold air
Take the chill off of my life
And if I could I\’d turn my eyes
To look inside to see what\’s coming

It comes alive (3x)
And I die a little more
It comes alive (3x)
Each moment here I die a little more

Then the unnamed feeling
It comes alive
Then the unnamed feeling
Takes me away

I\’m frantic in your soothing arms
I cannot sleep in this down-filled world
I\’ve found safety in this loneliness
But I cannot stand it anymore

Cross my heart hope not to die
Swallow evil, ride the sky
Lose myself in a crowded room
You fool, you fool, it will be here soon

It comes alive (3x)
And I die a little more
It comes alive (3x)
Each moment here I die a little more

Then the unnamed feeling
It comes alive
Then the unnamed feeling
Treats me this way
And I wait for this train
Toes over the line
And the unnamed feeling
Takes me away

Then the unnamed feeling
It comes alive
Then the unnamed feeling
Takes me away

Get the f**k out of here
I just want to get the f**k away from me
I rage, I glaze, I hurt, I hate
I hate it all, why? Why? Why me?

I cannot sleep with a head like this
I want to cry, I want to scream
I rage, I glaze, I hurt, I hate
I want to hate it all away

Gadis menyanyi berulang kali. Handset yang dipegang bergetar. One message received from Ol’ Man. “How’s your day?” tertera di skrin handsetnya. Gadis membalas mesej tersebut.

“Sucks?” Farid kerut dahi. Dia segera mendail nombor handset Gadis.
“Assalamualaikum.” Gadis di sana membalas salamnya.
“What’s wrong?” Gadis diam.
“Is there any probs, Gadis?”
“Told ya I tak suka you panggil I Gadis.”
“Apahal? Selalu okey je? Dulu I panggil you tak marah pun?” Gadis diam lagi.
“Okey, sorry. Nak panggil apa ni? Aulia? Ishma? Adik? Ke Puan?” Gadis ketawa kecil.
“Oh, shut up ol’ man!” Farid gelak besar. Begitu mudah untuk membuat gadis itu ketawa.
“Ketawa selalu kan comel. So, what happened? Kena marah dengan daddy lagi?”
“Taklah.”
“Habis?”
“Mommy ada kat KL. Dia nak jumpa I.”
“Serius? Mana you tahu yang your mom ade kat sini?”
“Daddy baru bagitau tadi. You rasa patut ke I jumpa mommy?”
“You miss her, don’t you? Jumpalah dia, okey? Dengar penjelasan dia, tanya dia kenapa dia tinggalkan you dulu. Kalau you nak I temankan pun boleh.”
“Nak buat apa you ikut?”
“Nak bagitau your mom yang I ni bakal menantu dia.”
“Gila! Dahlah, I nak tidur ni. Good night, old man!”
“Hey Gadis! Nantilah. I nak cakap sikit.”
“Apa dia? Benda mengarut macam tadi I tak nak dengar okey?” Farid gelak besar.
“Bila you nak jumpa your mom?”
“Esok. Dia datang rumah. You nak datang sekali?”
“Tadi tak kasi I jumpa?”
“Entah. Ikut you la nak datang ke tak.”
“Kenapa I kena datang?”
“Sebab senang kalau I rasa I tak sanggup nak jumpa mommy, I ajak you lari terus.”
“Don’t be silly, okay? You’re my Gadis. I tahu you boleh settle benda ni dengan baik.”
“I’m not your Gadis lah ol’ man!”
“Someday.. you’ll be mine. My Gadis. Gadisku!” Gadis segera mematikan talian. Crazy ol’ man! Cakap benda macam tu dengan aku! Heii..

Keesokan harinya, Dara Aulia Ishma datang bersama seorang lelaki. Saat dia berada di muka pintu baglo milik En. Khairil, 8 pasang mata sedang memandang ke arahnya.

“Dara.”
“Mommy!”
“Ibuk!”
“Ayah?!” En. Khairil, Gadis dan Buk Ati segera menoleh ke arah Farid.
“Yo, ol’ man! Kau apahal?” bisik Gadis pada Farid.
“Apa ayah buat kat sini? Macam mana ayah boleh ada dengan mommy Gadis?”
“Kami dah menikah 12 tahun lepas.” Ujar Dara.
“APA?!”

“CUUUUTTTTTT!! Good job everyone!” Semua krew bertepuk tangan.
“Finally, habis juga shooting hari ni. You balik dengan siapa? Nak I hantarkan?”
“Tak apa, manager I ada. I balik dengan dia.”
“Gadis, biarlah I hantar you balik. Sebelum tu, kita pergi dinner dulu. Nak tak?”
“Mr. AG, stop calling me with that name, okay? My name is not Gadis!” Tia segera mendapatkan pengurusnya, Wanda dan mengajak gadis itu pulang.
“Tia, you belum tukar baju lagi,” ujar Wanda. Tia mengangguk.
“I pergi tukar baju dulu. You tunggu I kat kereta, okey?” Wanda mengangguk dan Tia pun berlalu.
“Hey, Wanda. Bagilah I nombor handset Tia. Boleh tak?” Wanda menggeleng. Masak dengan perangai AG sejak hari pertama dia menemani Tia di set pengambaran. Bukan dia tak tahu dengan perangai AG yang sering bertukar perempuan tu! Player jalanan! Semua perempuan dia nak sapu. Wanda diam tidak bersuara. Malas melayan karenah AG.
“Wanda, I cakap dengan you ni. Dengar tak?”
“You ni kan AG, tak faham ke bila I kata tak boleh tu maksudnya tak boleh?”
“Kalau you tak nak bagi, I minta kat director. Mesti dia ada nombor Tia punya, kan?” Wanda gelak keji.
“Director ada nombor I. Bukan nombor handset Tia.”
“Wanda, jom!” Tia yang sudah menukar baju, mengajak Wanda pulang.
“You memang tak ada chance nak main-mainkan Tia. Lagipun, she’s not your type. Dia pun takkan layan player macam you!” bisik Wanda perlahan pada AG. AG sengih kecil. Just wait and see, Wanda. Tia will be mine!!

AG menyanyi kecil sambil berjalan keluar dari mapley berdekatan rumahnya. Cap di kepala dibetulkan kedudukannya. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dia kini menyusuri laluan pejalan kaki untuk pulang ke Kondominium Bougainvilla. Rutinnya yang satu ini memang sangat digemarinya. Berjalan. Tak perlu menyumpah seranah bila tersekat di dalam jalan yang sesak. Dengan berjalan dia lebih mudah bernafas. Lagi-lagi pada waktu kereta dah berkurang macam ni. Itu cara dia untuk menghilangkan tekanan kerja.

AG kini sudah berada di depan Kondominium Bougainvilla. Dia mengangkat tangan tanda hormat pada Borhan, pengawal yang berada di dalam pondok pengawal.

“Makan kat mapley lagi ke AG?” AG senyum.
“Yela, Borhan. Orang bujang, siapalah nak masak kat rumah tu.”
“Itu sebab kena cepat-cepat kahwin tu!” AG menggeleng.
“Belum sampai serulah Borhan.” Mereka sama-sama ketawa.
“Bini kau bila nak bersalin? Hari tu punya hal macam mana? Dah settle?” Borhan angguk kepala.
“Dalam seminggu dua lagi, Insya Allah. Pasal problem hari tu dah settle dah. Alhamdulillah. Mujur ada member tinggal dekat Alor Star. Dia yang tolong poskan pekasam Pekan Rabu.”
“Macam-macam ye perempuan kalau mengidam.” AG gelak besar.
“Biasalah tu, AG. Nanti kau dah rasa, kau tahulah macam mana.”
“Oklah, Borhan. Aku naik dulu. Ada benda nak…” AG tak sempat menghabiskan ayatnya apabila terdengar bunyi dentuman di seberang jalan.

Sebuah Myvi merah melanggar pokok di seberang jalan. AG dan Borhan segera menuju ke arah kereta tersebut.

“Tia?” ujar AG sebaik sahaja melihat pemandu yang dahinya berlumuran darah itu.
“Tia are you okay? Tia?” AG membuka pintu tempat duduk pemandu dan membawa Tia keluar dari kereta.
“Kau kenal dia ke AG?”
“Kawan aku. Tolong panggil ambulans, Borhan” Borhan mengeluarkan handsetnya untuk menghubungi ambulans.
“Tak payah. I okey.” Ujar Tia perlahan.
“Okey apa berdarah macam ni?!” Tia menggeleng.
“I tak suka jumpa doktor.” Ujar Tia perlahan sebelum dia tidak sedarkan diri.
“Tia? Tia?!” AG bangun sambil mendukung Tia.
“Borhan, kau tolong letak kereta Tia kat tempat letak kereta. Aku nak bawa dia ke hospital.” Borhan mengangguk-angguk dan AG segera membawa Tia ke hospital dengan keretanya.

++++++++++++++++++++++++++

Tia membuka matanya sedikit. Kepalanya masih lagi berdenyut. Sakit. Dia terlihat AG yang sedang tidur di atas kerusi dengan kepala disandar ke dinding. Tia mengeluh kecil. Hospital. Mesti AG yang membawanya ke hospital. Tia bangun perlahan. Menuang segelas air yang kemudiannya ditelan hanya sedikit. Tekaknya terasa pahit.

“AG..” panggil Tia. Lembut. AG tidak menyahut.

Tia lihat jam di dinding. Pukul 6.30 pagi. Dengan perlahan, Tia bangkit dari katil dan menuju ke tandas. Selepas itu, dia mendekati AG dan mengejutkan lelaki itu.

“AG..” ujar Tia. Tiada balasan. Pengsan ke mamat ni?
“AG..!” Suara Tia sedikit tinggi. AG tersedar.
“Eh, Tia! Kenapa bangun dari katil ni? Okey tak?” Tia mengangguk.
“I okey. Boleh tolong pinjamkan telekung dari nurse tak? Dah subuh.” AG lihat jam di tangan sebelum tersenyum memandang Tia.
“Okey, tunggu kejap.”
“Thank you.” AG tersenyum dan keluar.

“Nak breakfast dulu tak?” Tia menggeleng.
“Tak lapar ke?” soal AG lagi.
“Kereta I macam mana?”
“Oh, kereta you I suruh member hantar ke bengkel. Dah siap nanti I bagitau.”
“Teruk ke?”
“Kalau teruk you dah tak ada kat sinilah, Tia.” Tia diam. AG serba salah. Selalunya, Tia akan membalas balik segala kata-katanya.
“Kemek sikit kat depan. Lampu kanan pecah.” Tia mengangguk lagi.
“Thanks, AG. Mana handbag I?”
“Kat member I kot. Nanti kita tanya dia.”

AG menggelengkan kepalanya. Betullah minah ni keras kepala. Aku nak hantarkan sampai rumah pun dia tak nak. Nak juga telefon si Wanda tu suruh ambil. Apalah yang dibencinya sangat dengan aku ni? Sebelum ni aku tak pernah pun jumpa dia. Kiranya untuk drama kali ni, first time aku jumpa dia, kenal dia. Ish, tak faham betullah aku dengan minah sorang ni.

Wanda menggeleng kepalanya berulang kali. Tia yang sedang bersarapan itu dipandangnya. Tia buat selamba. Dari dalam kereta sampai sekarang barulah Wanda berhenti membebel padanya. Wanda mengeluh perlahan.

“Tia, kau tak rasa apa-apa ke bila buat muka tak ada perasaan tu bila depan dia?”
“Nope!” balas Tia. Dia menghirup sedikit hot choc di dalam mug.
“Aku rasa dia masih AG yang kau kenal dulu.” Tia buat muka.
“Kau tak nampak ke perangai buaya dia tu? Tengoklah dalam magazine tu. Gambar berpeluk sana, peluk sini. Paling aku tak suka gambar topless dia dekat pool tu! Geli tau tak?”
“Emo!”
“Biarlah!” Wanda mengeluh lagi.
“Tu tandanya kau jealous tu. Cemburu tengok dia ambil gambar berpeluk dengan perempuan lain, kan?” Tia geleng kepala.
“No, Wanda. I’m not jealous. Cuma, kau kena faham. Hukum agama bukan boleh buat main-main. Tak salah kalau nak jadi pelakon. Tapi kalau dah tak kena gaya macam tu, elok ke? Kau yang buat aku berubah, Wanda. Takkan kau tak faham?” Wanda angguk.
“Aku faham tapi kau masih sayang dia eh, Tia?” Tia diam.
“Dia tak kenal aku pun, Wanda. Dia sikit pun tak ingat aku.” Wanda peluk bahu Tia.
“Kau dah banyak berubah, Tia. Nama pun kau ubah. Mana dia nak kenal. Pergilah bagitau dia kau tu siapa.”
“Tak apalah, Wanda. Kalau ada jodoh aku dengan dia, takkan ke mana, kan? Biar ajelah.” Wanda menggelengkan kepalanya entah kali yang keberapa..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Gadis..” Farid memandang Gadis yang kelihatan bersedih.
“Are you okay, dear?” Gadis mengangguk.
“Macam tak percaya yang mommy I kahwin dengan ayah you.” Farid angguk. Bersetuju.
“I pun. Tapi Gadis, itu dah jodoh diorang. Kita kena terima. Lagipun, diorang masih ibu ayah kita, kan?”
“I tak fahamlah. Dulu masa kecil, I tak pernah nampak pun mommy dengan daddy bergaduh ke apa. Tup tup rupanya mommy pergi sebab daddy dah ceraikan dia, sebab diorang dah tak sehaluan. Kenapa daddy tak pernah bagitau yang dia dah ceraikan mommy?”
“Mungkin your dad rasa menyesal sebab dia ceraikan mommy you dan dia tak sangka yang mommy you terus pergi tak balik-balik.”
“Apa yang buatkan diorang tak sehaluan tu ye?” Gadis tongkat dagu.
“Sebab jodoh dia lebih kuat dengan ayah I kot.” Gadis kerut dahi.
“You tak kisah ke mommy I kahwin dengan daddy you?” Farid geleng.
“I dah lama tahu yang ayah kahwin lain lepas cerai dengan mama tapi I tak pernah nak ambil tahu hal isteri dia. Even muka isteri dia pun I tak pernah tengok. Sebab I sendiri tak pernah jejak rumah ayah lepas parents I bercerai. I ikut mama. Walaupun mama tak pernah halang I pergi rumah ayah, tapi I tolak. Lagipun masa tu I dah besar. I dah form 5. I boleh terima bila diorang kata nak bercerai tapi I cakap awal-awal dengan ayah yang I tak nak jumpa, apatah lagi kenal dengan isteri baru dia. So, setiap kali I keluar jumpa ayah, memang dia tak pernah bawa isteri baru dia tu.”
“Senangnya you terima benda macam ni, kan?” Farid senyum manis.
“Asalkan kita boleh bersama, I tak kisah pun, Gadis.” Wajah Gadis merona merah. Dia pantas berdiri dan berpaling.
“I tak sukalah you cakap macam tu!”
“Kenapa?”
“Sebab..sebab..”
“Sebab you pun sebenarnya sayangkan I kan?” bisik Farid pada telinga Gadis.
“Jauhlah, perv!” Farid gelak besar.
“I tahu apa yang ada dalam hati you, Tia. You sukakan I kan?”

“CUTT!! AG, you sebut Tia, bukan Gadis.”
“Eh, ye ke?” AG garu kepala.
“Takpelah. Kita rest dulu. Lepas ni sambung balik.” AG mengangguk. Semua krew meninggalkan kerja masing-masing. Tia duduk di atas sofa. AG juga turut serta.
“Apasal ni?” Tia diam. Debaran di hati sebentar tadi masih belum surut. Segala memori silam kini bertandang di fikirannya.

“AG, nanti besar kau nak jadi apa?”
“Pelakon! Kau?” TR jungkit bahu.
“Entah. Tak fikir lagi. Kenapa kau nak jadi pelakon?”
“Sebab aku nak rasa jadi pelbagai jenis manusia. Orang kan macam-macam perangai.”
“Nanti kau famous mesti lupa aku punya!” AG sengih. Kepala TR digosoknya.
“Wei, rosak rambut aku dowh!” TR tarik muka masam.
“Aku takkan lupa kaulah, TR. Kau dah macam my little brother!” Brother? Hurmm..

“Tia?”
“I okey. Tak ada apa.” AG kerut dahi.
“You remind me of someone, Tia. She acts exactly the same like you.” Huh? Dia ingat kat aku lagi? Dia masih ingat TR? Tia berkira-kira di dalam hati.
“Siapa?” soal Tia.
“TR.” Mata Tia bulat memandang AG.
“My little brother.” Sambung AG. Tia melepas nafas berat. My little brother? Tia terus berlalu tanpa menoleh ke arah AG.

My little brother. Sebaris ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga Tia. Tia mengeluh berat. Skrip untuk babak terakhir drama Gadis ditolak tepi. Otak tepu. Tak boleh nak menghafal. Tia menuju ke meja solek. Diambilnya sikat dan disisirkan ke rambutnya perlahan-lahan. Rambutnya kini sudah panjang melepasi pinggang. Bukan lagi pendek ala boycut seperti dulu. Dia kini lebih banyak berubah. Dari gaya lelaki dengan jeans lusuh, tshirt gedabak dan cap yang sentiasa di kepala, TR kini menjadi seorang Tia. Tia Raudhah. Dia banyak terhutang budi pada Wanda yang banyak membantu. Wanda, teman sewaktu di universiti dulu. Wanda yang membawanya ke arah yang lebih baik. Wanda yang membuatkan dia lebih dekat dengan Yang Maha Esa.

Tia juga sangat berterima kasih dengan Wanda. Wanda bekerja di sebuah agensi lakonan dan Wandalah yang menyuruh dia mencuba nasib untuk dia menjadi seorang pelakon. Alhamdulillah, dia berjaya dan setelah hampir setahun dia membawa watak kecil dalam bidang lakonan, kini dia diberi peluang untuk membawa watak utama dalam drama 16 episod berjudul Gadis. Di sinilah dia berjumpa semula dengan AG. AG yang membuat hatinya resah semula. AG yang menyebabkan migrainnya bertamu lagi. AG yang tidak lagi mengenali TR yang ada dalam diri seorang Tia Raudhah. AG yang amat dirindui…

“AG, kalau ada masa, kau jangan lupa balik sini, jumpa aku eh?” AG ketuk cap yang dipakai TR.
“Apa kau ingat aku anak raja eh boleh balik suka hati?”
“Kan aku kata kalau! K.A.L.A.U=JIKA=IF!” TR tarik muncung panjang.
“Gurau je, bro! Aku janji aku balik kalau ada masa okey?” Bahu TR dirangkul mesra.
“Kalau balik, bawa aku hadiah satu, eh?”
“Hadiah? Kau nak apa?”
“Aku nak…”

+++++++++++++++++++++++++++++

“Dia TR.”
“Apa?”
“Tia.. Tia is TR. Tia Raudhah. T.R!”
“Mana kau tahu?” Piji angkat kening sebelah.
“Aku kan banyak link dalam industri ni.”
“Apa bukti?” AG kerut dahi. Biar betul pengurus aku sorang ni? Takkanlah Tia tu TR?
“Nah! Gambar Tia dan TR.”

AG mengeluarkan beberapa keping gambar dari dalam sampul yang diberi oleh pengurusnya, Piji. Gambar pertama adalah gambar TR dan Shina sewaktu di Rumah Cinta, rumah anak yatim tempat dia dan TR membesar bersama. Gambar kedua, gambar Tia sedang memeluk Shina di Rumah Cinta. Ketiga, gambar Tia memeluk adik-adik Rumah Cinta. Akhir sekali, Tia bergambar dengan Uma, Eri, Sham dan Mike. Geng lepak dia dan TR dulu-dulu. AG kerut dahi lagi.

“Setakat gambar macam ni, mana boleh jadi bukti?” soal AG.
“Dalam sampul tu ada IC Tia Raudhah. Cuba kau tengok nama dan alamat dia.”

Tia Raudhah Abdullah

Rumah Cinta,
No 23, Jalan Mayang,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Gambar TR dengan rambut boycut dia.

Tia Raudhah Abdullah

Rumah Cinta,
No 23, Jalan Mayang,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Gambar Tia yang manis bertudung.

“Sama nama dengan alamat kan?” ujar Piji. AG angguk laju.
“Jadi kira betullah TR dengan Tia tu orang yang sama?”
“Aku tak dapat nak cakap apa. Mungkin betul, mungkin tak. You decide. Kau yang kenal TR. Bukan aku.”
“Takpelah. Esok aku jumpa dia aku tanya.”

+++++++++++++++++++++++++++++

“Kahwin dengan I.”
“Tak nak!”
“Eii.. jangan degil, boleh tak?” Tia jeling AG tajam.
“TR~!!”
“I kata tak nak, tak naklah!”
“Betul ni tak nak?” Tia diam.
“TR…” AG pandang wajah Tia yang mencuka.
“I tak tahu apa yang I rasa. Tak boleh nak cakap. No word can describe my feeling. Cinta? Suka? Entah. I betul tak tahu! Apa yang I tahu, I tak boleh jauh dari you. I rasa sakit dekat sini bila you tak ada.” AG meletakkan tangannya di kepala.” Tia gelak besar.
“Apa sakit kepala pulak? Migrain macam I ke apa?” AG yang menyedari kesilapannya tersengih sumbing.
“Kat sini, kat sini.” AG meletakkan pula tangannya di dada. Gelak Tia makin galak.
“Spoil mood romantiklah you, AG!” AG ikut sama gelak.
“So, kahwin dengan I?” Tia senyum nipis sambil menggeleng.
“Tak nak. I won’t say yes until you betul-betul pasti dengan perasaan you pada I.” ujar Tia perlahan.

Bukan Tia tidak gembira dengan lamaran AG, Tia cuma mahu AG betul-betul pasti dengan perasaan sendiri. Tia tidak mahu menyesal di kemudian hari. Jika dia setuju hari ini, dan selepas kahwin AG kata sayang tu hanya brotherly love macam mana? Dia tak mahu. Tia mahu AG faham hatinya sendiri.

“TR…” Tia senyum lagi.
“I’ll wait, AG. Forever.” AG mati kata.

Mungkin betul kata Tia. Dia perlu jelas dengan perasaan sendiri. Bukan buat keputusan membuta tuli. Namun, bukan semudah itu untuk dia membuat keputusan. Sejak dulu, Tia yang sering membantu dia membuat setiap keputusan yang perlu diambil dalam hidupnya. Walaupun dia 3 tahun lebih tua daripada Tia, namun Tia lebih matang. Selepas dia meninggalkan Rumah Cinta dan berjaya menjadi pelakon, Piji pula yang banyak membantunya dalam membuat setiap keputusan. Argghhh.. kusutnya!

“AG, are you okay?” AG tersentak lalu menggeleng.
“I ni childish sangat ke TR?” AG duduk menghadap Tia. Tia tersenyum.
“Kinda..” AG buat muka.
“AG, you lelaki. I tak tipu bila I kata I sayang you tapi I nak seorang lelaki yang boleh jaga I. You faham kan?” AG mengeluh kecil.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak hari AG melamar Tia, masing-masing lantas bisu. Tia tidak menghubungi AG atas alasan mahu memberi ruang untuk AG berfikir. AG pula seakan melarikan diri. Tia hanya berehat di rumah kerana belum mendapat sebarang tawaran selepas habis pengambaran drama Gadis. Sebelum AG masuk mode melarikan diri, AG hanya menghantar sekuntum ros merah dan sebuah kad kecil bertulis ‘Wait for me’ untuk Tia. Sehingga kini, sudah hampir sebulan berlalu. AG masih lagi membisu..

“Tia!” Jeritan Wanda membangunkan Tia dari lamunan. Tia membalas sahutan Wanda.
“Apa?” Tia keluar dari bilik.
“AG!! AG kat konsert Jom Heboh TV3!” Huh? Tia duduk sebelah Wanda.
“Sejak bila dia tukar bidang dari lakonan ke nyanyian?” Wanda geleng.
“This poem will be specially dedicated to TR”
“APA?! TR? Dia sebut TR ke Wanda?” Tia pandang Wanda tanpa berkelip. Wanda angguk kepala laju.
“Betul! Aku dengar dia sebut TR!” Wanda dan Tia sama-sama fokus pada Konsert Jom Heboh TV3 di muka TV. AG mula memetik acoustic guitar miliknya sejak dari zaman Rumah Cinta dulu.

The day I met you
I found a friend –
And a friendship that
I pray will never end.

Your smile – so sweet
And so bright –
Kept me going
When day was as dark as night.

You never ever judged me,
You understood my sorrow.
Then you told me it needn\’t be that way
And gave me the hope of a better tomorrow.

You were always there for me,
I knew I could count on you.
You gave me advice and encouragement
Whenever I didn\’t know what to do.

You helped me learn to love myself
You made life seem so good.
You said I can do anything I put my mind to
And suddenly I knew I could.

There were times when we didn\’t see eye to eye
And there were days when both of us cried.
But even so we made it through:
Our friendship hasn\’t yet died.

Circumstances have pulled us apart,
We are separated by many miles.
Truly, the only thing that keeps me going
Is my treasured memory of your smile.

This friendship we share
Is so precious to me,
I hope it grows and flourishes
And lasts unto infinity.

You are so extra-special to me
And so this to you I really must tell:
You are my one true friend,
My Guardian Angel.

Our friendship is one-in-a-million
So let\’s hold on to it and each other.
We cannot let this chance of pure bliss fly away
For there will never be another.

I love you.
I will always love you.

“TR… I have tried with all my being to be the one that you wish I could be. Suddenly, I felt that I just can’t. I still need you to help me in every decision I make coz’ I am no good in making decision. I still need you here, baby. I know we can go through it together. I promise you that I’ll try. I’ll try to be man enough for you. With you here by my side baby, everything will be fine. I’ll show my true self and not hide it anymore. TR, I love you and I will always do. Will you marry me, TR?”

“Wanda..!” Tia di sebelah sudah teresak-esak. Wanda gelak besar.
“Apa kau sedih ni?”
“Malu Wanda! Malu! Apa dia ingat dia buat macam tu, aku nak terima dia ke? Satu Malaysia tahu Wanda! Mana nak letak muka ni Wanda?”
“Hey.. Tia! Wake up, girl! AG tu tengah luahkan perasaan dekat kau tu! Apa kau kecoh pasal malu pulak?”
“Wanda, kau ni tak faham. Aku ni pelakon baru. Lepas ni kalau kena cop sebagai artis yang saja cipta kontroversi sebab nak nama cepat naik macam mana?”
“Ya Allah, minah ni! Aku cekik jugak kang kau, Tia! Tu ha.. AG tengah propose kau tu~~!! Benda lain jangan fikir dulu, boleh tak?” Di kaca TV, AG masih setia berada di atas pentas bersama artis-artis dan pengacara yang hadir. Penonton di bawah pula melaung nama TR tanpa henti. Tia bangun mengambil handsetnya di bilik dan duduk kembali di sisi Wanda.
“Tu nak buat apa pulak tu?” Tia juih bibir.
“Aku nak marah dia!”
“Tia…!” Tia mendail nombor handset AG.

“TR~!” Tia tepuk dahi. Yang mamat ni pergi canang kat satu Malaysia yang aku call ni kenapa? Tia beristigfar panjang.
“Hello?” AG bersuara.
“You, stupid ol’ man!!” Mata Tia bulat. Dah sudah dia buat loudspeaker pulak! Kata-kata Tia membuat penonton tertawa. Rona merah wajah Tia dah sama macam buah tomato.
“I swear that you’ll pay for this, AG!”
“I promise, hon. Can you please answer me now? You nak kahwin ke tak nak ni?”
“You hold my heart in your hand, AG..”
“Itu tanda setuju ke apa tu?”
“Hmm..” AG sengih besar.
“TR setuju!!” Dan gema tepukan kedengaran di konsert tersebut.

++++++++++++++++++++++++++++++

“Memang you nak matilah kena bunuh dengan I kalau you berani buat benda-benda macam tu lagi.” Ujar Tia. AG merangkul mesra bahu isterinya.
“Macam mana TV3 boleh bagi you buat benda merepek macam tu? Apa you ingat you anak raja eh?” AG sengih.
“I buat deal dengan TV3. I kata rating diorang akan naik dua kali ganda or TV3 boleh banned I selamanya.” Mata Tia bulat.
“Crazy you, ol’ man!” AG gelak besar.
“I’m crazy about you, Gadis.” Tia jelir lidah. Kepalanya disandarkan pada bahu AG.
“Itulah keputusan pertama yang I ambil tanpa minta pendapat sesiapa, sayang.” Tia senyum manis.
“I takkan bagi you buat keputusan sendiri lepas ni. You memang gila, ol’ man.”

Dan mereka sama-sama menonton drama Gadis episod terakhir di televisyen. Ending yang sama dengan hidup realiti AG dan Tia. Gadis akhirnya setuju untuk berkahwin dengan Farid.

THE END.
Start: November 16, 2009, 1:24:26 PM
End: November 19, 2009, 2:42:18 AM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: