Cerpen : Ketulusan hatimu memikatku

Nama Pena : SweetQasehIman

“Wahrrrgg…..i am late….” Intiaz menjerit setelah memerhati jam dipergelangan tangannya, 5 minit selepas 9 pagi.. mampus aku, dahlah kelas Miss Natasha, singa betina terkenal tu. Semua orang kenal dia.

Qalith melangkah terkocoh-kocoh menuruni tangga, dia sudah terlambat untuk kekelas, dahlah kelas penting tu, tambahan pula ader presentation lagi, so Dia berpakaian kemas dengan rambut yang disisir rapi, kenalah smart-smart sikit. Beserla budak paling popular kan. Wah, tekan lif masuk sendiri pulak aq ni, hehehe….

Bukkk..!! bunyi hentaman dan serentak
“aduyyy…! sakitnyer” kata Qalith. Malaun manelah yang kurang ajar langgar aku ni. Sebal gak rasa ati ni.

“Ya Allah,maafkan saya awak, saya tak sengaja. Saya nak cepat ni, kelas saya dah start dah ” kata Intiaz cemas sambil memungut kertas2 yang berteraburan di atas lantai tanpa memandang kearah pemuda yang dilanggarnya.

Intiaz menghulurkan kertas yang dikutipnya kepada pemuda itu, pada masa yang sama, 2 pasang mata bertentang mata dan sejenis perasaan halus mula dirasai antara satu sama lain.

“wah, handsomenya mamat ni, macam Robert pattinson dalam citer twilight la” aduyyy hati,sabarlah kau. Sesungguhnya dia sudah x mampu untuk berkata walau sepatahpun.

“awak ok?” kata Qalith setelah melihat gadis itu diam seribu bahasa. Tetapi masih tiada respon. Akhirnya dia menggoncang bahu gadis itu.

“maafkan saya, saya tak bermaksud buat awak gitu. Anyway, nama saya Qalith, Megat Qalith Iman” kata Qalith.
“saya Intiaz, Puteri Qaseh Intiaz.” kata Intiaz.

Tiba2, handset mereka berbunyi. Masing2 menjawab.
“weyh, qal, ko kat ner ar, jenuh aq tunggu ko tau tak, apsal lambat ni, jadi tak presentation? Ko jangan wat hal lak, nanti siap ko aq kerjakan, dah puas ker makan nasi gune tangan 2 yang nak makan gune straw plak ker?” bertalu2 suara iffiq hakim memarahinya.
“ok2, jap ag aq datang, accident sikit ni” kata Qalith seraya menamatkan panggilan tersebut.

K lah wak, saya pergi dahulu, semoga jumpa lain kali. Kata Intiaz seraya tersenyum yang sejak tadi menjadi penunggu setia tak bergaji Qalith.

Aku dah lambat, aku dah lambat, macam mane ni, guman Intiaz dalam hati. Dia berhenti seketika di hadapan pintu yang tertulis B24 itu. Ok, tarik nafas dulu… hembus…tarik… hembus… 3 kali baru afdal. Semoga nasibku baik. tombol pintu dipulas, 1,2 masuk… dia melangkah gementar, dia sedar semua mata didalam kelas semua memandangnya.

“Oh Intiaz rupanya, awak tau tak sekarang dah jam berapa? Jam awak rosak ker atau awak memang takder jam tangan?? awak tau tak yang saya pantang kalau student datang lewat???” bertubi soalan keluar dari mulut Miss Natasha ibarat murai tercabut ekor.

Dia terkulat-kulat, belum sempat say sorry dah kena tembak dengan meriam cap buluh, sabar jelah wahai hati. X per la, nanti aq bawak ko g klinik amik ubat k. cian ko dah parah sangat ni.
“err miss, i know im late, but im really sorry, jam loceng saya abis bateri tu yang terbabas tido”jawab Tiaz.
“amboi, menjawab nampak. Awak tahukan saya bencikan alasan, takkan takda budak-budak sebilik awak yang leh kejutkan awak. Oleh kerana awak dah lewat masuk kelas saya, jadi awak akan di denda, tiada pengecualian, faham”.
“oklah, aper dendanyer?”kata Tiaz rela dalam paksa.
Saya nak awak menyanyi lagu three bears dengan siap gaya sekali.
Mampus aq, aq ni mane reti nyanyi,kalau setakat menyanyi dalam bilik air tu bolehlah, Ya Allah, tolonglah hambamu yang malang ini.
Aku nak mula ni, nasibla kalau hujan… rasa macam nak g perang pun ader, hehehe…
Gom sema-ri-ga,
Han chi-bi-it-so,
Appagom ,
Ommagon,
Aegi gom
Appa gommun tung-tung-hae
Omma gommun nai-shing-hae
Aegi gommun na-bui-gwi-o-wo
Hisyuk- hisyuk char-han-da

Akhirnya habis juga, lega betul rasa hati ini. Aku angkat muka. Terlopong mulut sumer orang memandangku. Hai, naper lak ni… Takkan baru tahu bahawa aq ni memang mempunyai bakat dalam nyayian, hehehe… Cemburu ar 2… Jangan sangka Intiaz tak terror k… inilah yang dikatakan jangan sangka buah cempedak tak leh jadi nangka, dah jadi siap leh masak gulai lemak lagi. Conform sedap sampai menjilat ibu jari kaki.
“bilalah kita nak jumpe lagi Qalith?, aku rindu ko, tak rindu ker kau kat aq??”guman Tiaz dalam hati sebelum tidur. Semoga hari esok lebih bermakna, hehehe…
“hishh, manerla minah ni, dari tadi aq cari x jumpe pun, nak kater ader kelas, sekarang kan break, mane ko Intiaz, muncullah depan aq sekarang gak?”rungut Qalith. Ni lah bengongnya, naperla aq tak mintak no dia semalam, kalau x, xderla aq susah2 macam ni. Dahlah semalam xleh tidor. Asyik ingat kat die jer. Parah2.
Akhirnya, setelah seminggu masing2 mencari, mereka dipertemukan di dalam library. Hanya hati jer yang tahu betapa gembiranya mereka. Muka pun dah kembali berseri dan tidak lagi bermuram durja, cewah, hehehe…
Dari hari ke hari, hubungan mereka semakin utuh sehinggalah pada suatu hari…
“Intiaz, boleh tak kalau Qalith nak ajak Intiaz datang umah qal minggu ni? Qal nak kenalkan pada umi dan walid qal”kata qal
“tiaz bukan xnak, tapi tiaz takutla qal, nanti umi qal cakap pe lak kan”kata tiaz.
“tak der aperla, tiaz jangan takut k, kan qal ada nanti.”kata Qal
“oklah, kalau gitu kata qal?”kata Tiaz perlahan.
Pada hari yang dinanti, Tiaz memakai sehelai baju kurung berwarna hijau pucuk pisang dan juga menggunakan tudung dari rona nada yang sama. Dia kelihatan begitu ayu dengan wajahnya yang sememangnya lembut dan mukanya yang bujur sirih dan hidung mancung. Bertambah terserlah kecantikannya.
Qalith tak lepas memandangnya dan kerap memujinya sehinggakan tersipu malu tiaz dibuatnya.
Waktu yng mendebarkan akhirnya tiba jua. Mereka sampai di rumah keluarga qalith. Tiaz kagum dalam hati melihat rumah tersebut yang sangat cantik. Umi dan walid qalith juga cantik dan muda lagi. Mereka menyambutnya dengan tangan terbuka. Dia rasa gembira sekali. Mereka berjanji akan menyatukan mereka berdua setelah tamat pelajaran.
Rupa-rupanya panas yang disangka sampai ke petang telah hujan ditengah hari. Petang itu, hanya tinggal dia dan umi sahaja. Qal pula pergi ke kedai untuk membeli barang.
“tiaz, aper yang kau dah buat dengan anak aq ha?”kata umi.
“aper yang umi cakap ni, tiaz x faham?”kata Tiaz
“ape yang kau dah bagi kat qal sampai dia gilakan ko sangat ni ha, ko guna2 kan anak aq yer? Dan jangan sesekali ko panggil aq umi, panggil aq syarifah”kata umi.
“x baek mak cik syarifah cakap gi2 , saya x der wat pepepun kat qal, saya sayangkan dia?”kata Tiaz
“oklah, lebih baik aq berterus terang ajerla, aq x sudi terima ko sebagi menantu aq, ko x layak, lagipun aper yang ko ader, ko langsung tak setaraf dengan kami,orang macam ko hanya layak dengan orang beser gak, bukan dalam kalangan bangsawan seperti kami, faham?baek ko cermin diri ko 2 sikit”kata umi dengan bengisnyer.
“sampai hati mak cik syarifah kata gitu kat saya?”kata Tiaz dalam sendu. Kerana terlalu sedih, Tiaz lari dari situ dan pulang ke rumahnya. Di pertengahan jalan, pandangannya terasa kabur dan segalanya menjadi gelap gelita…
Apabila Qal balik, dia terkejut kerana kekasih hatinya telah tiada. Dia berusaha menelefon Tiaz tetapi hanya pesanan yang diterima.
Sudah seminggu Tiaz tidak menghadiri kelas. Beribu panggilan dan mesej juga tidak berbalas. Akhirnya qal membuat keputusan pergi kerumahnya. Disana dia mengetahui akan perkara sebenar tetapi Tiaz tetap merahsiakan hal yang umi menghinanya dan juga keturunannya. Tetapi tiaz meminta qal supaya bersabar dengan ujianNya dan jangan seseskali membelakangkan keluarga.
Mereka meneruskan pelajaran sehingga mendapat segulung ijazah. Sesudah itu, qal menuntut janji untuk menyatukan mereka berdua. Sesungguhnya, dugaan mereka memang banyak, kini uminya pula tidakk mahu menyatukan mereka.
“qal, umi pun nak anak umi jadi macam sepupu2 kita gak, dapat melanjutkan master dan phd di arab?qal sayang umi tak?? “kata umi manja kepada qal supaya mengikuti arahannya.
“tapi umi, Tiaz macammaner, qal sayang sangat kat die.”kata qal tak mahu mengalah.
“oklah, kalau itu kata qal, umi akan tunangkan qal dan Tiaz tapi dengan satu syarat”umi tersenyum.
“yeker umi? Sayang umi” balas qal seraya mencium pipi ibunya.
“qal kena belajar di arab selama setahun mulai bulan depan dan umi akan tunangkan qal dengan tiaz sebelum qal berangkat kesana, macamaner?”kata umi
“oklah umi qal terima aper sahaja kata umi” jawab qal lemah. Umi hanya tersenyum kerana akhirnya jeratnya sudah terkena.
Qal berjumpa tiaz untuk menceritakan kisah yang sebenarnya.
“tak perla qal kalau itu kehendak umi, kita sebagai anak harus terima dengan redha. Qal jangan risau, tiaz sentiasa akan menunggu qal disini. Qal pergilah menuntut ilmu, demi masa depan kita gak nanti.”kata tiaz memberi semangat kepada qal.
Hari pertunangan mereka berjalan dengan lancar sekali, dan yang pastinya orang yang paling bahagia adalah Intiaz, dia kini sudah bergelar tunang kepada qalith, permata hati dan pengarang jantungnya.
Keesokan harinya, qal berangkat ke arab, tiaz mengiringi pemergiannya dengan air mata duka. Kepala tiaz pening lagi. Namun dia cuba bertahan agar perubahannya tidak disedari qal.
Setiap hari, pekerjaan tiaz hanyalah duduk termenung mengingati qal. Dia terlalu rindukan qal. Sudah lama tidak bertemu. Dan semakin hari, penyakit pening kepalanya semakin kerap menyerang. Bahkan kadang kala sehingga dia pengsan, mujurlah ahli keluarganya tidak tahu akan hal ini.
Oleh itu, dia bercadang untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Hari ini adalah hari keputusan ujian ke atasnya keluar. Dia berharap semuanya akan baik2 sahaja.
“doktor, aper sebenarnya sakit saya ni?”Tanya tiaz kurang sabar
“saya harap awak banyakkan bersabar k,semua yang berlaku adalah kehendak tuhan, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan”kata doktor muda itu.
“apa maksud doktor, saya tak faham, tolonglah katakan yang sebenarnya, jangan wat saya berteka teki begini?”asak tiaz kaget.
“sebenarnya, awak menghidap penyakit barah otak, penyakit awak sememangnya sudah parah dan awak cuma ada masa dalam 6 bulan hingga setahun sahaja lagi, saya harap awak bersabar dan terima keputusan ini dengan redha”terang doktor itu lagi
Saat itu, kurasakan bagai kepalaku dihempap batu yang besar. Ya Allah, besarnya dugaanmu terhadapku. Tapi apa yang aku mampu lakukan adalah dengan hanya menangis kerana aku tidak berdaya untuk mengubah nasibku ni. Aku cuma berharap agar aku sempat untuk melihat qal buat kali terakhir sebelum aku menutup mata apabila nyawa terpisah dari badan. Ketahuilah qal bahawa aq amat menyayangi dirimu dan kepergianku ini membawa bersama cinta suci kita berdua.
Semakin hari, tahap kesihatan tiaz semakin teruk. Ubat sudah tidak berkesan lagi untuk merawatnya. Dia seringkali pitam. Nasibnya baik kerana ahli keluarganya tidak tahu akan penyakitnya itu. Ya, dia Berjaya menyembunyikan hal itu. Dia sering duduk di dalam bilik ketika tahap kesihatannya tidak memberangsangkan.
Akhirnya, dia merasakan bahawa masanya sudah tidak lama lagi. Dia sering berdoa kepada tuhan agar dia sempat berjumpa dengan qal yang akan balik dalam masa seminggu lagi. Tetapi jodoh pertemuan tiada siapa yang tahu…
Malam jumaat itu dia merasakan bahawa dia sudah tidak kuat lagi. Dia keluar dari bilik dengan kesakitan yang mencucuk-cucuk demi melihat wajah2 yang tersayang. Dia mahu melihat wajah2 mereka buat kali terakhir. Mereka yang menyedari kedatangannya lantas mengajaknya bersembang bersama.
“besok qal akan sampai kan?patutlah diam sahaja adik kakak ni, cik abang nak balik rupenye, seronoklah 2?” sakat kakaknya insyirah sambil ketawa
Dia hanya mampu tersenyum sahaja agar kerut kesakitannya tak dirasai.
“emak, ayah… terima kasih kerana telah membesarkan tiaz selama ini dan memberikan pendidikan sehingga tiaz menjadi seorang anak yang terpelajar. Budi baik mak dan ayah hanya Allah yang dapat membalasnya. Tiaz sayang semua. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki”
Tiaz dapat merasakan sakit di kepalanya yang tadinya ditahan-tahan semakin menjadi-jadi, mencucuk tinggi hingga sampai ke umbi rambut. Pandangannya yang sedia kabur, menjadi semakin teruk. Dicapainya ketiga tangan yang sangat bermakna dalam hidupnya. Disalami dan diciumnya penuh hormat.
“mak,ayah, kakak… hal….halalkan segalanya yang mak ayah dan kakak berikan kepada Tiaz selama ini. Kakak! Ja…jagalah mak dan ayah ini seperti menjaga nyawa akak sendiri.”
Selesai berkata-kata, tiba-tiba tubuhnya melayang jatuh namun segera disambut oleh ayahnya.
“kenapa dengan adik yah? “
Mak dan kakak hanya mampu menangis sahaja memikirkan akan nasib Tiaz.
Sesampai di hospital, mereka hanya mampu berserah pada takdir agar Tiaz selamat. Namun, kemunculan doktor yang merawatnya membuatkan mereka semakin sedih.
“pak cik. Minta maaf. Saya harap semua dapat bersabar. Intiaz telah selamat kembali ke rahmatullah”
“tapi… apa sakit anak saya doctor. Setahu saya dia baik-baik ajer”
“pak cik, mak cik, sebenarnya Tiaz sudah lama sakit dan dia adalah pesakit di bawah jagaan saya. Penyakitnya sudah tidak dapat dicegah kerana sudah mencapai tahap kritikal”
“tapi, apa sebenarnya penyakit anak saya”
“barah otak”
Semua yang berada di situ terkejutyang amat seolah disentap tangkai jantung. Mereka hanya mampu menangis mendengar bicara doktor itu.
“ternyata selama ini, dia pandai berahsia rupanya demi mengaburi mata kita semua dari mengetahui akan penyakit yang dihidapinya. Tiaz, mengapa kau buat ayah begini. Kau memang kuat nak, ayah bangga denganmu. Pergilah anakku, ayah redha dengan kepergianmu. Semogamu tenang di sana. Doa kami sentiasa ada buatmu.”
Akhirnya jenazah Intiaz selamat dikebumikan pada pagi sabtu. Pada petangnya, qaalith datang sejurus tiba di KLIA. Dia sudah tidak sabar mahu berjumpa Intiaz, dia sudah mula bermimpikan akan perkahwinan mereka berdua nanti dimana mereka akan sama-sama berbahagia menyambutnya dan akan bahagia seumur hidup selagi nyawa dikandung badan, memperoleh anak-anak yang soleh dan solehah, insyaallah… Nyata, kedatangannya membawa seribu kedukaan. Dia merasakan bahawa hampir seluruh nyawanya melayang apabila dikhabarkan akan berita kematian insan kesayangannya. Apa yang dia boleh lakukan adalah menerimanya dengan redha atas semua ketentuan ilahi. Ya Allah, aq sangat menyaynginya, kau peliharalah dia sebelum ajalku sampai dan kami akan bertemu disana kelak, insyaallah.
Sebelum pulang ayah memberi sepucuk surat dan sebuah diari kepadanya.
Assalamualaikum!
Kehadapan qalith yang Intiaz ingati. Harapan dan doa Tiaz agar Qal sekeluarga sihat sejahtera.
Qal…
Ketika surat ini tiba kepangkuanmu, mungkin Tiaz sudah tak ada lagi. Tiaz harap Qal tabahkanlah hati menerima takdir illahi ini. Tiaz bangga mempunyai tunang seperti Qal. Qal bagi Tiaz adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sempurna buat seorang wanita bernama Puteri Qaseh Intiaz. Terima kasih kerana sudi menyayangi Tiaz walaupun seketika Cuma. Namun Tiaz tetap menghargainya kalau takdir telah berkata begitu.
Qal…
Peristiwa lalu jangan dikenang…biarlah ia berlalu bersama waktu. Tiaz harap agar Qal dapat membina kehidupan yang baharu. Pemergian ini jangan ditangisi kerana kepergianku ini tak kan kembali.
Qalith yang Intiaz sayang…
Tiaz mintak maaf kerana selama ini Tiaz banyak berahsia dengan Qal. Ketahuilah bahawa bukan niatku begitu… tapi Tiaz sudah tak berdaya. Jika tidak sudah pasti orang tersayang Tiaz akan susah hati memikirkan keadaan Tiaz yang hanya mengira sisa-sisa hidup yang tinggal.
Qal…
Terima kasih atas cintamu. Jagalah umi dan walid dengan sebaiknya. Tunaikanlah setiap permintaan mereka. Jangan abaikan tanggungjawab seorang anak. Qal! Salam perpisahan buat Qal yang amat Tiaz cintai. Kenangan kita tetap bersemadi. Jangan dikenang ia kerana ianya hanya akan menambahkan luka. Carilah pengganti perawat luka. Andai sudi, sedekahkanlah bacaan ayat suci alquran kepada Tiaz ye. Sampaikanlah salam terakhir Tiaz pada semua. Tiaz sayang mereka semua.

Salam sayang,
Intiaz

Selesai membaca surat tersebut, hati Qal remuk sekali. Tiaz gadis yang dicintainya telah pergi buat selama-lamanya.
Keesokannya, lama diari berwarna coklat itu ditenungnya. Lantas dia pun mengambilnya dan menyelak sedikit demi sedikit helaiannya. Matanya tertumpu pada catatan yang tertera.
6 Januari 2008
Alamak, hari ni ntah apa yang silapnya aku terlanggar satu malaun ni. Megat Qalith iman, sedapnya nama kau. Muka kau pun not bad, kacak, hehehe, aq suke kat kau, kau suka aq x? bilala kita leh jumper lagi?
Ntah aper ntah, gara-gara masuk kelas lewat, aq kena nyanyi lagu three bears. Tapi ok gak coz mesti aq da wat yang the best kan babtu dorang x complain pepepun, hehehe, baru korang tau Tiaz ni hebat. See the leg la.
Tiaz, ternyata kita sama, qal pun mula menyayangimu diwaktu itu. Ternyata kita sama-sama merasakannya. Sepasang mata itu terus meneroka ke baris lain pula. Catatan berdakwat hitam menarik minat.
12 Januari 2008
Yahoo! Setelah seminggu aq berhempas pulas mencarinya, akhirnya ketemu. Qal, aku rindu giler kat ko tau. Seminggu yang lepas ibarat setahun bagi aku. Akhirnya aq dapat semula semangatku apabila berada di sisi kau. Terima kasih kerana telah menceriakan hidupku. Tak sabar nak tunggu esok agar kita boleh ketemu lagi. Hai malam, naperla ko lambat sangat untuk menjadi siang.
18 Januari 2008
Dari hari ke hari perhubungan kita makin akrab. Aku bahagia sekali bertemu kamu. Kamulah cahaya hidupku. Aku gembira apabila kau memilihku menjadi kekasihku. Harap ia kekasih awal dan akhir.
20 Januari 2008
Tiaz: am I pretty?
Qal: no
Tiaz: do you want to life with me?
Qal: no
Tiaz: if I leave u, will you cry for me?
Qal: no
Then, Tiaz started to cry. Qal pulled Tiaz besides him and said that:
Qal: you are not pretty, but the prettiest, I don’t want to life with you but I want to life for you and if you leave me ill not cry, but I will die…

Aq terharu membaca mesej yang telah kau berikan tadi. Kata-katanya sungguh menikam kalbu. Semoga cinta kita kekal abadi .
Ya Allah sungguh murni cintanya padaku.
Helaian demi helaian diselak. Sampai di satu catatan lelaki itu mengerutkan wajahnya.
15 Februari 2008
Apa salah saya umi? Sampai hati umi cakap gitu pada saya. Hina sangatkan saya ni sampai tidak boleh berkawan dengan keturunan megat. Sesungguhnya ketahuilah umi bahawa saya sangat menyayangi qal sepenuh jiwa raga. Restuilah hubungan kami umi.
Kenapa aku leh pitam tengah jalan? Nasib baik ada orang yang baik hati sanggup membantu kalau tidak mesti aku dah jadi arwah dah dek kena langgar dengan kereta yang lalu lalang…
21 Februari 2008
Seminggu aku tak kekuliah bagi menenangkan fikiran. Maafkan Tiaz Qal, Tiaz tak mampu untuk berdepan dengan Qal buat masa ini.
23 Februari 2008
Maafkan Tiaz Qal, Tiaz terpaksa berbohong akan hal sebenarnya. Tiaz tak mahu kerana Tiaz, Qal sekeluarga akan bermusuhan. Walau apapaun, dia tetap umi Qal, ibu bapa mesti dihormati. Tiaz sayang sangat kat Qal. Terima kasih kerana sudi terima Tiaz dalam hidup Qal. Aku pitam lagi…
5 Ogos 2008
Akhirnya, aku dan Qal telah berjaya memperoleh segulung ijazah. Sesungguhnya hari itu adalah hari yang bermakna padaku. Kini, aku telah berjaya.
10 Ogos 2008
Ya Allah, janganlah kau mendugaku lagi, sesunggunya hambamu ini sudah tidak larat lagi untuk menghadapinya. Memang aku gembira kerana bakal bergelar tunang Qal tapi keberangkatannya ke Arab pasti akan merenggut sedikit sebanyak kebahagiaanku. Tapi, demi cinta kami, aku sanggup walau terpaksa ke hujung dunia sekalipun. Aku pitam lagi….
Helaian buku itu diselak. Matanya terpaku pada catatan yang tertulis. Matanya terasa pedih.
28 September 2008
Ya Allah! Nape berat sekali ujian hambamu ini. Serasa ingin meletup jiwa ini pabila mendapat tahu bahawa aku menghidap barah otak di peringkat akhir. Berikanlan aku kesempatan untuk bersama orang yang tersayang biarpun sebentar Cuma. Kau tunaikanlah doaku ini. Mak, ayah, maafkan tiaz kerana menyembunyikan hal sebenar, Tiaz tidak mahu menyusahkan semua yang Tiaz sayang dalam menghitung bilah-bilah hari yang tinggal.
15 September 2009
Ya Allah, berikanlah aku sedikit lagi peluang kerana seminggu sahaja lagi dan aku akan dapat melihat “nyawaku”. Tolonglah Ya Allah, hambamu ni bermohon kepadamu.
Sehingga di akhir-akhir sisa hidpmu, kau masih memikirkan aku, Tiaz sesungguhnya kau adalah kekasihku dunia akhirat dan tiada siapa yang dapat menandingi dirimu di mataku. Kaulah kesempurnaanku.
19 September 2009
Aku dah tak larat dah. Nak pegang pen pun kurasakan payah. Maafkan Tiaz Qal, Tiaz tak dapat jumpa Qal buat kali terakhir. Tiaz dapat rasakan masa Tiaz dah tak lama. Tiaz dah tak larat nak tunggu Qal. Sesungguhnya ketahuilah bahawa Tiaz amat mencintai Qal sehinggakan setiap denyutan nafas yang Tiaz hembuskan di dunia ini diiringi dengan nama Megat Qalith Iman. Cinta kita tak kesampaian tapi jangan mengeluh kerana itu semua takdir. Takdir yang telah menemukan kita dan kerana takdir juga kita tidak dapat bersama. Tiaz harap jangan dipersalahkan pada tahdir yang memisahkan kita. Redhalah dengan apa yang telah ditakdirkan buat kita. Ternyata sememangnya cintaku terhadapmu memang tidak kesampaian.

Ya Allah, sungguh mulia hati seorang wanita yang bernama Puteri Qaseh Intiaz. Aku juga amat menyayangimu. Semoga kau tenang di alam sana. Tunggulah aku sayang,kita akan bersatu bersama di syurga Firdausi milik kita berdua. Juraian air mata menitis ke tubir mata Qal. Memang Qal berjanji tidak akan menangis, air mata ini adalah air mata gembira kerana mengingati saat manis kita bersama dahulu. Terima kasih kerana telah memberi kenangan yang manis buat Qal. Pergilah Tiaz, Qal doakan Tiaz gembira dan tenang di alam sana.

Cinta….
Yang suci datang dari
Dua hati yang ikhlas
Ikatan yang murni datang dari
Dua hati yang mencintai
Bersatu kerana menegakkan
Agama dan sunnah nabi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: