Cerpen : Memori misteri

Nama Pena : fea adelia

Suasana sunyi pada malam itu menimbulkan perasaan yang sangat aneh dalam hati Razif.Sememangnya dia sudah terbiasa mengalami perasaan yang sedemikian namun dirasakan perasaan kali ini agak berbeza.Sangat berbeza sebenarnya.

“Zif,kau tolong pergi periksa wad sebelah sana.”Beritahu Azman,rakan seperjuangannya.Razif hanya menganggukkan kepalanya lalu segera mengatur langkah menuju ke wad yang dimaksudkan rakannya itu.
Jam berdetik.10 malam.
Razif meliarkan matanya ke arah katil-katil yang berada dalam wad tersebut.Sememangnya itulah pekerjaannya sejak lima tahun yang lalu.Pekerjaan yang menuntut dirinya berjaga malam.Dia akan melarang jika melihat terdapat dua orang yang menunggu untuk seorang pesakit.Itulah rutin hariannya seharian.Hanya itu.
“Kak,sila keluar seorang ye..”Razif berkata dengan nada yang lembut.Sungguh dia sangat memahami perasaan mereka yang ingin menunggu orang tersayang namun peraturan tetap peraturan.Jika dia hanya membiarkan hal itu berlaku,artinya dia sudah bersedia untuk dipecat.
“Sebentar ya nak.Nanti mak cik janji mak cik akan keluar.”rayu seorang warga tua.Razif tidak sampai hati pula hendak berkeras dengan seorang insan yang sebaya ibunya itu.Jejaka itu hanya menganggukkan kepala lalu beredar dari situ.
Razif terus berjalan keluar dari wad tersebut.Kemudiannya dia melalui wad yang menempatkan pesakit-pesakit first-class.Dia hanya ingin meninjau keadaan di wad orang kaya itu.
“Argh..”
Razif terdengar jeritan di salah sebuah bilik di wad tersebut.Tanpa membuang masa,jejaka itu segera melilaukan matanya dan mencari pemilik suara itu.Tidak lama mencari,jejaka tersebut melihat seorang gadis yang sedang menangis.
Razif teragak-agak.Namun digagahkan juga kakinya melangkah masuk ke dalam kamar tersebut setelah melihat gadis muda itu hanya keseorangan.Mungkin gadis tersebut memerlukan pertolongan.Bisik hati kecil Razif.Razif merapati seorang gadis yang kelihatan pucat itu.
“Cik,kenapa ni?Boleh saya bantu?Ataupun cik nak saya panggilkan doktor?”bertalu-talu pertanyaan Razif kepada gadis yang sedang menangis itu.
Gadis itu memperlahankan tangisan lalu menggelengkan kepalanya.Gadis itu memandang ke arah Razif,jejaka yang sanggup meluangkan masa menjenguk keadaannya itu.Sepasang mata bundar milik gadis itu menatap Razif.Razif terpukau seketika.
“Cik,kenapa cik menangis?Boleh saya tolong?”Tanya Razif lagi lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi .
“Boleh tolong temankan saya sekejap?”kata gadis itu lagi lalu mengesat air jernih yang mengalir itu.
Razif merenung gadis itu.Kepalanya berbalut.Keadaanya pula sangat lemah.
“Saya Nadia Asyikin”gadis itu menghulurkan tangannya kepada Razif.Dalam keadaan terpinga-pinga,Razif tetap menyambut huluran tangan gadis itu lalu turut memperkenalkan dirinya.
“Kalau boleh saya tahu,mengapa cik menangis?”Tanya Razif setelah melihat gadis itu telahpun berjaya menenangkan dirinya.Gadis itu tersenyum.Menyembunyikan segala kegusaran dan kepedihan di hati barangkali.
“Argh,terlalu banyak masalah yang membebani fikiran agaknya Encik Razif.Terima kasih kerana sudi menemani saya.”kata gadis itu lagi lalu memandang tepat ke arah wajah anak muda itu.Suasana malam itu sangat sepi.Malah kelibat jururawat yang biasanya berkeliaran tidak pula kelihatan.
“Panggil saja Razif.Kalau tidak keberatan,saya sedia mendengar.Erm,dari tadi saya perhatikan hanya kelihatan cik seorang saja di bilik yang luas ini.Tiada yang menunggu ke?”
Gadis itu terdiam.Menunduk.Razif kelihatan serba salah.Dia terasa seperti keterlanjuran kata.
“Cik,minta maaf.Saya tak berniat..”belum sempat jejaka itu menghabiskan ayatnya, kerana tika itu Nadia Asyikin memandang tepat ke arahnya sambil tersenyum kelat.
“Tak,jangan cakap macam tu.Malah saya sangat senang kerana ada teman bicara.Sebenarnya Razif..”gadis itu mula ramah dan menceritakan perihalnya kepada Razif.

**********************************************************************************

Nadia Asyikin.Nama yang sangat terkenal di kota metropolitan itu.Nama yang sering menjadi sebutan pemuda-pemudi di situ.Gadis yang tinggal dalam keadaan mewah itu menjadi siulan jejaka kerana sering mengenakan skirt paras lutut dan berbaju ketat ketika berada di luar rumah.
“Nadia,ibu kan dah cakap kalau nak dress tu biar la kena tempat.”tegur Datin Sharifah ketika melihat anaknya itu memakai jeans ketat dan baju berlengan pendek ketika menghadiri majlis tahlil jirannya.
“Yeah mom.I know.Sorry.”Nadia Asyikin langsung tidak menghiraukan teguran ibunya lalu terus melangkah satu persatu anak tangga menuju ke biliknya.

‘Huh,ape yang nak dikisahkan sangat pakaian aku ni.Lantakla orang mati ke,orang party ke.Kalau dah mati tu buat la cara dah mati.Duduk diam-diam sudah dalam kubur tu.Ni nak dikisahkan sangat pakaian aku ni.Kolot la diorang ni..’rungut gadis itu lalu menghumbankan diri di atas katil yang serba selesa itu setelah keletihan melepak bersama rakan-rakannya.Lama kelamaan gadis itu terlena dalam dunia yang ibarat madu dalam racun ini.
Dunia gadis itu sangat indah.Dipenuhi dengan dosa dan maksiat.Dunia yang seakan mencipta dirinya sendiri ke arah jalan neraka.
Dia leka.Lalai.Lagha.
Saban malam berada di kelab malam bersama rakan-rakan.Meneguk air syaitan yang baginya air zam-zam.Berdansa bersama sesiapa sahaja yang menghulurkan tangan.Itu perkara biasa dalam hidup Nadia Asyikin.Perkara biasa.Namun gadis itu seperti merpati.Jinak-jinak merpati.
Walaupun kehidupannya sedemikian rupa,namun dia belum pernah menggadaikan maruah dirinya.Dia sangat menjaga maruah dirinya walaupun hidupnya dalam kancah maksiat.Tikar sejadah tidak pernah dibentang.Al-Quran pula jauh sekali untuk dibuka dan ditatap.Dia begitu merasai nikmat duniawi.

“Nad,jom la lepak malam ni.Lagipun pakwe kau si Zack dah tunggu tu..”
“Okay.Korang tunggu aku.10 minit aku sampai.Bye.”kata Nadia Asyikin tergesa-gesa lalu menekan punat telefon bimbitnya itu.Dia segera bersiap-siap.Memandang dirinya dihadapan cermin.Rambutnya yang panjang itu dibiarkan mengurai tanpa sebarang ikatan.Sedikit lipstick dicalitkan dibibir yang merekah itu.Baju berlengan pendek itu dipadankan dengan jeans yang agak singkat.Gadis itu tersenyum.Berpuas hati dengan penampilan dirinya.Lesung pipit yang terdapat di pipi kanan dan kiri gadis itu memaniskan lagi wajahnya.Kunci kereta dicapai.
Gadis itu keluar dengan perasaan yang gembira namun siapa sangka,malam itu merupakan detik hitam yang paling bersejarah dalam hidupnya.

**********************************************************************************

“Nadia,ibu tak sangka ini yang kau balas pada ibu.”kata Datin Sharifah lalu mengeluarkan air mata.
Nadia Asyikin juga teresak-esak di atas kerusi di ruang tamu yang indah itu.Dato’ Hamzah hanya memandang.Seakan tiada perasaan.
“Ibu tak nak ambik tahu lagi pasal kau.Apa yang kau nak buat,kau buatla.Kau dah conteng arang kat muka ibu.Ibu malu Nadia.Malu.Apa kau tak fikir ke apa yang kau buat ni hah?Kau tak ada otak ke?”marah Datin Sharifah dengan nada yang meninggi.
“Ibu,Nadia pun tak nak.Nadia dipaksa ibu.Tolonglah percaya Nadia…”rayu Nadia Asyikin lagi.Air mata yang gugur tidak dapat ditampung lagi.
“Kau jangan banyak cakap Nadia.Ibu tak nak dengar apa-apa pun lagi.Lantak kau la.Kau dah derhaka dengan ibu.Sekarang ibu tak nak tengok lagi muka kau kat rumah ni.Kau pergi la mana-mana pun dengan anak kandungan kau tu selagi Zack tak nak bertanggungjawab.Kau jangan balik lagi Nadia.”marah Datin Sharifah lalu segera berlalu meninggalkan puteri tunggalnya itu di ruang tamu.
“Abah..”rayu gadis itu kepada Dato’ Hamzah pula.
“Nadia,sabarlah ya.Ini ujian untuk kamu.Jangan ambik hati dengan kata-kata ibu kamu tadi..”kata Dato’ Hamzah,memahami.Lelaki berusia itu segera memeluk anaknya itu.
“Abah..Nadia betul-betul tak rela malam tu.Nadia sumpah abah..”teresak-esak suara gadis itu.
“Sayang,abah percaya kamu..”kata lelaki itu lagi.Nadia Asyikin berasa selamat dalam dakapan insan yang bernama ayah itu.
“Abah…Nadia akan keluar dari sini kalau itu yang ibu nak.”
“Nadia,jangan.Kamu nak pergi mana nak?”katanya lagi lalu memandang tepat ke arah Nadia Asyikin.
“Nadia nak balik rumah nenek.Nadia tak sanggup nak hadapi ni semua lagi abah.”
“Baiklah kalau itu yang Nadia rasa yang terbaik.Abah setuju tapi ingat,jangan buat benda bodoh ya sayang.Anak kamu tu,jangan gugurkan.Berdosa ya Nadia..”
Nadia Asyikin mengangguk.

Gadis itu nekad.Dia akan pulang ke kampung ayahnya di Kuala Terengganu.Dia tidak sanggup menghadapi ujian ini seorang diri.Sungguh,dia tidak rela pada malam itu.Dia dipaksa.
‘Ibu,Nadia dipaksa!!!’
Jerit hatinya kuat.Malam itu berjumpa dengan rakan-rakan dan juga Zack,kekasih hatinya seperti biasa.Namun dia tidak sedar apa yang berlaku kerana ketika sedar dari lena,dia berada dalam dakapan lelaki itu.
Detik sejarah hitam itu telahpun benar-benar membuang dirinya dari ibu tersayang.

**********************************************************************************

“Cu,apa yang nak dimenungkan lagi tu?Jom masuk,senja dah nak habis ni.Masuk dulu,lepas tu kita solat sama-sama.”kata Nenek Nadia Asyikin lembut.
Gadis itu yang berada di beranda rumah tersenyum memandang neneknya itu.Setelah lima bulan berada di Kuala Terengganu,hatinya begitu tenang.Tambahan pula,neneknya dapat menerima keadaan dirinya yang mengandung itu.Nadia Asyikin juga sudah pun mengenali tikar sejadah.Al-Quran juga kerap dibuka dan dibaca setiap kali selesai solat berjemaah bersama neneknya.Kebetulan pula kerana neneknya tinggal sendirian sahaja setelah kematian atuk beberapa tahun lepas.Oleh itu dia sangat selesa di situ.
Keadaan gadis itu juga sudah banyak berubah.Jeans telah lama dilupakan.Kini hanya kain batik dan t-shirt yang menjadi pakaian seharian.Neneknya juga selalu menjahitkan baju kurung kepada gadis itu.Perutnya mulai memboyot.Walaupun Zack tidak mahu bertanggungjawab,namun dia nekad.Dia tidak akan sesekali membunuh bayi yang tidak berdosa itu.Nadia Asyikin begitu bersyukur kerana neneknye menerima keadaan dirinya tatkala itu.Malah dia juga selamat berada di kampung itu.
Telefon bimbit di atas katil itu mengalunkan lagu.Nadia Asyikin memandang sepi nama yang tertera di telefon bimbitnya itu.Amyza.Rakan lamanya.Mahu tidak mahu,gadis itu tetap menekan punat hijau.
“Assalamualaikum Nadia..Ni aku ni,Myza.”kedengaran suara Amyza.Masih seperti dulu.Masih sama ketika lima tahun dulu.Masih sama ketika gadis itu belum melanjutkan pelajaran di Negara orang.Nadia Asyikin terdiam lama.Mengenang nasib sendiri.Alangkah bagusnya jika pada waktu itu dia mengikut kata-kata Amyza untuk melanjutkan pelajaran bersama.
“Helo,anyone there’s?”Nadia Asyikin tersentak.Dia kembali ke alam nyata.
“Yea Myza.I’m here.”Kata gadis itu setelah lama berdiam diri.Ada air jernih yang mengalir dan terus gugur ke bumi.
“Kau ada kat kampung kan?Aku cari kau kat rumah tadi.Tapi parents kau cakap kau ada kat sini.Kau ada masalah ke ?Aku rindu sangat kat kau..”
“Aku pun Myza.Lima tahun tak jumpa kau..”
“Nad,aku nak pergi kampung kau esok.Lagipun aku ada sedikit urusan kat sana.Kau tunggu aku ye esok..”
Nadia Asyikin terkedu.Telefon bimbitnya terlepas dari genggaman.
‘Myza,apakah kau akan menerima keadaan aku seperti ini?Apakah kau akan memahami perasaan aku ini?Argh…’

Kedatangan Amyza pada pagi itu agak mengejutkannya.Sememangnya fikirnya gadis itu hanya bergurau.Masalah diceritakan kepada gadis yang bertudung litup itu.
“Nadia,ya Allah.Aku tak sangka semua ni berlaku pada kau.Nadia..”Amyza turut mengalirkan air mata sambil memeluk Nadia Asyikin.Mereka berdua terduduk di atas sofa di rumah kayu itu.Neneknya menghidangkan air kepada tetamu yang bertandang.
“Aku tak tau Myza.Aku tak tau macam mana semua tu berlaku.Kau percaya aku kan?”Tanya Nadia Asyikin lagi yang masih dalam dakapan rakannya itu.
“Aku percaya kau Nad..”
Nek Tijah hanya membiarkan mereka berdua di ruang tamu itu.Amyza bermalam di rumahnya malam itu.Sekaligus menemani rakanya yang dirundung masalah.
Malam itu,Nadia Asyikin meluahkan segala yang terbuku kepada rakan lamanya itu.Mereka berbual di bawah pokok di luar rumah.Angin yang sepoi-sepoi bahasa sesekali menyapa mereka.
“Myza,aku bersyukur sangat kerana kau tetap percayakan aku.Aku tak tau lagi nak mengadu dekat sapa.Tiada orang yang percayakan aku..”kata gadis itu ketika mereka berada di atas pondok di hadapan rumah.
Amyza yang hanya mengenakan t-shirt itu memandang sepi ke arah rakannya.Dia sama sekali tidak menyangka begitu akhirnya nasib rakannya itu akibat tersalah memilih kawan.
“Kau kena banyakkan bersabar.Ini dugaan Allah.Nad,aku minta maaf sangat kerana aku tak boleh menemani kau.Aku kena balik KL esok.Ada urusan penting yang nak aku uruskan kat sana.Aku minta maaf,ada masa nanti aku datang melawat kau.Kau ingat,jaga anak kau ni baik-baik.”
Nadia Asyikin tunduk dan memandang Amyza.Dia tersenyum.Senyuman yang tersirat kedukaan.
Mereka terus leka berbual dalam kehangatan malam itu.

**********************************************************************************

Seminggu berlalu sejak kedatangan Amyza ke rumah nya itu.Walaupun temannya itu hanya sempat menemani dalam masa yang singkat,namun Nadia Asyikin tetap rasa bersyukur.Dia lega.Sememangnya dia rasa bahagia setelah berjaya meluahkan masalah itu kepada rakan tersayang.
Sekali lagi pada pagi Jumaat itu,dia dikunjungi sesorang.
Kamelia.Gadis ini yang telah memperkenalkan dirinya kepada Zack beberapa tahun dahulu.
‘ Untuk apa kedatangan gadis ini?Untuk mengetawakan aku?’bisik hati nya.Namun segera dibuang prasangka buruk itu.Tetamu tetap tetamu.Dia harus melayan tetamu sebaik-baiknya.
“Ikin,nek nak pergi kebun kejap ye.Nenek pergi dulu ya,cu..Lia,minum la dulu.Nek pergi sekejap ye..”beritahu nenek Tijah setelah bersalaman dengan Kamelia.
Kamelia mengangguk.Gadis ini nampaknya telah berubah.Tiada lagi t-shirt sendat yang tersarung di tubuh,tiada lagi jeans pendek yang dipakai.
“Nad,aku minta maaf..”ucap Kamelia setelah lama berdiam diri.Air yang dihidangkan tidak disentuh.
Nadia Asyikin hanya mampu tersenyum.
“Kau buat apa kat sini?”balas gadis itu.Langsung tidak memandang ke arah Kamelia.
“Nad,aku minta maaf sangat.Sungguh aku pun tak tau yang Zack nak buat kau macam tu pada malam tu..”kata Kamelia lagi,penuh rasa bersalah.
“Sudahlah.Aku tak nak ingat lagi.Aku tau bukan salah kau.”
“Nad,sejak hari tu aku rasa sangat bersalah.Lebih lagi aku dapat tau yang mak kau halau kau keluar.Aku suruh Zack bertanggungjawab tapi dia tak nak.Aku dah puas marah dia.Dan sekarang dia dah nak kahwin..”

Ayat terakhir Kamelia membuatkan Nadia Asyikin tersentak.
“Zack..dia nak kahwin?”soal gadis itu tergagap-gagap.Sungguh dia tidak menyangka begitu mudah sekali jejaka itu melupakannya.
Kamelia mengangguk.
“Tapi Nad,aku rasa calon isteri dia berhak tahu pasal kau.”
Nadia Asyikin terdiam.Lama.Dia mengangkat wajahnya memandang rakannya itu.
“Tak payah,biarkan dia bahagia..”ucap Nadia Asyikin kesal.
“Tak.Aku takkan biarkan dia bahagia.Biarkan dia turut rasai penderitaan kau.Tu,anak kau.Zuriat dia jugak.Tak kan kau nak tanggung semua ni sorang diri Nad?Tak,aku takkan biarkan hal ini.”bersungguh Kamelia mempertahankan rakannya.
“Apa kau nak buat Lia?”
Kamelia tersenyum pahit.Dia nekad.Dia harus membalas dendam kepada jejaka yang membuatkan hidup rakannya menderita.Walau apapun jua,dia akan membiarkan jejaka itu turut merasai keperitan yang sama.Dendam temannya itu harus dilunaskan biarpun nyawanya sendiri menjadi korban.Itu nekadnya.Kejahatan harus dibayar dengan kejahatan.

Malam itu,tidurnya tidak lena.Sekejap ke kanan.Sekejap ke kiri.Tiba-tiba dia terhidu sesuatu.Sesuatu yang menyesakkan nafasnya.
Nadia Asyikin bangkit dari lena.Dia segera keluar dari biliknya namun tika itu dilihatnya asap berkepul-kepul.Api sedang menjilat lantai rumahnya.Dia panik.Tanpa menghiraukan api yang semakin mengganas itu,Nadia Asyikin berlari menuju ke bilik neneknya.Namun dia hanya sempat melihat neneknya itu sesak nafas.Asap hitam yang dihidu menyukarkan pernafasannya.Akhirnya dia terasa dunianya gelap.

**********************************************************************************

Saban malam,Razif lah tetamu tetap yang pastinya akan menziarahi gadis itu.Tiada insan lain selain dirinya.
“Hai,.”tegur Razif sebaik sahaja masuk ke dalam bilik gadis yang dikenalinya seminggu yang lalu.
Nadia Asyikin tersenyum.Tiba-tiba ingatannya diterjah bayangan neneknya.
“Ikin,nenek nak ikin tau satu kebenaran.Mungkin hati Ikin akan lagi hancur setelah mengetahuinya namun ini hak Ikin..Sebenarnya,Ikin cuma anak angkat ayah dan ibu Ikin selama ni..Ikin merupakan anak arwah Sulaiman dan Maznah.Mereka terpaksa meninggalkan Ikin ketika berusia sebulan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.Tika itu,ibu Ikin disahkan tidak boleh mengandung,maka Ikin diambil sebagai anak angkat..Namun,Ikin tetap cucu nenek yang satu.Ikin seorang la penawar duka nenek.Cu,nek nak cu tau walaupun satu hari nanti nenek terpaksa meninggalkan cu,nenek tetap sayang Ikin.Ikin kena ingat,dalam hidup kita memang akan sentiasa ada halangan dan cubaan.Kita sebagai hamba kena selalu bersabar ya cu..”
“Ehem..”
Lamunannya terhenti.Gadis itu kembali ke alam yang nyata.Razif nampaknya sudah berada di sisinya.
‘Argh,jauh benar lamunanku.Apela nasibku.Nenek yang tersayang juga telah meninggalkanku..’bisik hatinya lagi.
“Apa yang dimenungkan tu cik adik?”tegur Razif bermanis muka.Gadis itu hanya mampu tersenyum.
“Awak kan tak kerja hari ni,?”Tanya Nadia Asyikin kerana setahunya lelaki baik hati itu akan bertukar syif setiap minggu.
“Ya,hari ni syif petang.Tadi dah kerja.Tapi saja datang nak melawat awak.Tak boleh ke?Oh ye,ni saya ada belikan nasi goreng kampung yang awak suka tu.Makanlah..”kata Razif lagi lalu segera meletakkan bungkusan nasi itu di dalam pinggan.
“Zif,terima kasih.Saya sangat menghargainya.Kenapa awak baik sangat dengan saya?Tak pernah ada insan yang care pasal saya selain awak..”kata Nadia Asyikin terharu.
“Sebab saya sayang awak..”selamba Razif berkata.
Hubungan mereka menjadi semaikin akrab dari hari ke hari.Raziflah peneman gadis itu setiap hari.Kebiasaannya jejaka itu akan melawat dirinya bersama sebungkus nasi goreng kampung.Nadia Asyikin senang dengan jejaka yang berhati mulia itu.Malah ibu dan ayahnya juga tidak pernah memperlakukan dirinya sedemikian rupa.
Mereka hanya datang melawat ketika hari pertamanya di hospital itu.Itupun untuk memberitahu kepergiaanya ke China.Dia terasa tidak dipedulikan.Amyza pula sudah berangkat ke London minggu lepas untuk menemui abangnya di sana.Kamelia.Gadis itu juga ada melawatnya namun cuma beberapa hari kerana dia harus bekerja.Zack?Entah bagaimana kehidupan jejaka itu.Mungkinkah sudah berumah tangga dan sedang berbahagia sekarang.Tiada yang tahu.
Sudah beberapa hari wajah Razif tidak kelihatan.Nadia Asyikin gusar.Dia kehairanan.Jejaka yang saban malam menziarahinya itu tidak muncul juga.Gadis itu bingung sendiri.

**********************************************************************************

Suasana kampung terasa nyaman sekali.Udaranya begitu segar.Berbeza sekali dengan udara di bandar.Razif termenung seketika memerhatikan air laut yang tenang dihadapannya.Serta merta ingatannya dipenuhi bayangan seorang gadis jelita. Sudah beberapa hari dia tidak menemui gadis itu.Entah apalah khabarnya.Razif langsung tidak sempat memaklumkan kepada Nadia Asyikin akan kepulangannya ke kampung.Kepulangannya kali pertama sejak dihalau keluarga beberapa tahun dahulu.Sudah lama Razif tidak menjejakkan kakinya di pulau itu.Pulau yang menjadi tempat tinggalnya.Pulau indah yang sering menjadi tarikan pelancong itu.
Razif memerhatikan keadaan sekelilingnya.Kelihatan ramai orang sedang bermandi-manda di situ.Kebanyakannya datang bercuti bersama keluarga.Jejaka itu hanya memerhatikan gelagat para pelancong di bawah sepohon pokok yang rendang.
“Hai Zif.Jauh termenung..”Razif tersentak.Angin petang itu dirasakan begitu nyaman.Kelihatan Luqman sedang berdiri di belakangnya.
“Oh kau Luq..”Kata Razif sambil tersenyum.Luqman,merupakan rakannya sejak kecil.Mereka berdua sentiasa bersama.Baik dalam pelajaran mahupun dalam pekerjaan.Namun sejak kejadian hitam dulu,Razif terpaksa berdikari sendiri.Hakikatnya,dia dihalau keluarga.Dia dihalau penduduk di situ kerana fitnah.Dia difitnah oleh anak gadis Pak Cik Samad yang mengatakan diperkosa Razif.
“Lama aku tak jumpa kau.Kau sihat Zif?”kata Luqman yang sudahpun melabuhkan punggungnya di sisi Razif.Razif tersenyum.
“Alhamdulillah aku sihat..”
“Kenapa kau baru balik sekarang Zif?Adakah kau masih kecewa dengan peristiwa dulu?”Tanya Luqman,memahami.
“Luq,peristiwa tu sampai bila-bila pun aku tak lupa.”tegas nada suara jejaka itu.Luqman disisi hanya memandang rakannya itu.Razif sudah banyak berubah.Banyak sekali.Fikir Luqman.
“Zif,kau maafkan je lah diorang tu.Lagipun mereka semua dah terima balasan dah pun.Tu ha,Pak Samad yang perkosa anak dia tu dah lama meninggal.Lemas dalam laut masa pergi menangkap ikan.Erah pulak menyesal tak sudah kerana hal tu.”kata Luqman lagi.
“Erah tu,aku tak sangka tergamak dia tuduh aku.Padahal kau kan tau masa tu kitorang tengah bercinta.Sungguh aku kecewa..”Razif meluahkan semua yang terbuku di hatinya.
Senja sudah mahu melabukan tirai.Luqman sudah lama membiarkan Razif di situ berseorangan.Melayan perasaan.
Razif bingkas berdiri.Dia mahu berjalan-jalan di situ.Sudah lama jejaka itu tidak merasakan kehangatan air laut itu.Kasut di tinggalkan di atas batu.Razif menelusuri laut yang jernih air nya itu.Dia segera teringatkan Erah.Dahulu,mereka sering berjalan bersama di situ.Berpegangan tangan di situ.Laut menjadi saksi hubungan mereka.Namun kerana fitnah yang dilemparkan oleh gadis tersayang itu,dia jadi kecewa.
Agak lama Razif melayan perasaan di situ.Razif terduduk setelah agak keletihan.Razif hanya berseorangan di situ kerana waktu maghrib sudah tiba.Kebiasaanya,pada waktu sebegitu mereka dilarang sama sekali berada di luar rumah.
Tiba-tiba Razif terasa seperti telinganya dihembus angin.Sejuk.Sangat sejuk.Razif berpaling.Tiada sesiapa pun di situ melainkan dirinya seorang.Tidak lama selepas itu,jejaka itu mendengar degupan jantungnya.Kuat.Razif berdebar.Perasaan aneh menyelinap dalam dirinya.Dia terasa diperhatikan.Tanpa membuang masa,Razif berlari laju menuju ke rumahnya.
Usai solat manghrib,Razif mencari-cari telefon bimbit untuk menghubungi Nadia Asyikin untuk bertanya khabar.Namun telefon bimbitnya tidak juga ditemui.
“Zif,kau cari apa dari tadi tu?”Tanya ibunya tatkala melihat jejaka itu gelisah.
“Telefon Zif.Mak ada nampak tak?”.Mak Senah menggelengkan kepala.Mereka hanya tinggal dua beranak sahaja di rumah itu sejak suaminya meningggal dunia.Kepulangan Razif juga kerana kasihan ibunya yang tinggal seorang di situ.Maka dilupakan segala kenangan pahit dahulu akibat menanggung rindu yang sarat terhadap ibunya.Namun Razif hanya pulang beberapa hari sahaja.Dia Cuma mahu memastikan keadaan bonda tersayang.
“Mungkin kau terjatuhkan dekat pantai tadi kot.”kata Mak Senah lagi sambil menghidangkan makanan.Razif berlari menuju ke pintu.
“Zif..kau nak pergi mana pulak tu?”
“Zif nak pergi cari telefon sekejap mak.”kata Razif lalu keluar dari rumah tergesa-gesa.

**********************************************************************************

“Zif,Razif..”
Razif memperlahankan langkahnya.Dia terasa namanya dipanggil.Malam itu hanya diterangi cahaya bulan yang samar.Langsung tiada lampu seperti di bandar.
“Ah kau.Apa kau buat kat sini?”kata Razif setelah melihat Erah berdiri di belakangnya.Gadis itu kelihatan sedang membimbit plastik.
“Tadi Erah nak pergi rumah Razif.Lepas tu tengok awak datang sini.Awak cari apa?”Tanya Erah kehairanan kerana sejak dari tadi dia melihat jejaka itu asyik berjalan sambil menunduk ke bawah.Razif terdiam.Tersenyum sinis.
“Buat apa kau nak pergi rumah aku?”kasar suara Razif bertanya.Sejujurnya dia masih tidak dapat memaafkan gadis yang telah memfitnahnya itu.Erah menunduk.Dia rasa bersalah.
“Erm,nak hantarkan kuih ni.Kuih tepung pelita yang awak suka tu..”kata gadis itu lagi lalu menghulurkan plastik di tangannya.Razif memandang sekeliling.Hanya mereka berdua sahaja di situ.
“Aku dah tak suka kuih tu.Kau pergi balik je la.Lagipun gelap sangat dah ni.Aku tak nak ada apa-apa fitnah lagi timbul lepas ni.”.Erah menundukkan wajahnya.
“Zif,saya mintak maaf pasal hari tu..”
“Aku dah tak nak dengar.Kau pergi balik sekarang,pergi!.”jerkah Razif.Erah seakan ketakutan.Gadis itu segera berlari meninggalkan jejaka itu sendirian.Plastik yang mengandungi kuih diletakkan di atas pasir.Razif melihat bayang gadis itu perlahan-lahan meninggalkan ruang mata.Bungkusan plastik itu tetap di kutip.
Razif berjalan-jalan.Sendirian.Seakan sudah terlupa akan telefon bimbitnya.Dia duduk di atas batu yang terletak di bawah sepohon pokok.
“Masih ingat lagi rupanya akan kuih kesukaanku ini..”bisik Razif sambil tersenyum memandang bungkusan itu.
Tiba-tiba sahaja suasana sunyi,sepi.Deruan ombak seakan tidak kedengaran lagi.Dia terasa diperhatikan sekali lagi.Situasi yang sama seperti senja tadi.Jejaka itu berpaling ke belakang.
“Dupp”
Jantungnya berdegup kuat tiba-tiba.Di celah-celah pokok itu,Razif seakan akan ternampak wajah ayu Nadia Asyikin yang sedang tersenyum manis ke arahnya.Kemudian dilihatnya sekali lagi,wajah itu sudah tiada. ‘Mungkinkah aku terlalu merindukannya sehinggakan terlihat kelibat dirinya.Ah,itu semua ilusi..’Razif menyedapkan hati sendiri.
Namun tidak dihiraukan bayangan gadis itu tadi.Razif terus merenung laut yang luas terbentang di mata.Tenang.Namun perasaannya tidak setenang itu.Bahunya terasa di sentuh lembut.Bau yang sangat wangi menusuk hidung.Razif berpaling.Tersentak.Nadia Asyikin sedang tersenyum ke arahnya.
Gadis yang berbaju kebaya putih itu secara tiba-tiba muncul di hadapannya.Razif termenung lama.Memikirkan apakah itu hanya ilusinya ataupun realiti.
“Raziff…”lembut suara Nadia Asyikin menyapa gegendang telinga.Membuatkan dirinya kembali di alam yang nyata.Gadis itu mengambil tempat di tepi Razif.Suasana malam itu begitu sepi sekali.Dengan bantuan cahaya bulan yang samar-samar,Razif melihat gadis yang duduk di sisinya itu.Gadis itu tidak seperti berada di hospital.Mukanya sangat bercahaya,tidak lagi pucat.Matanya bersinar-sinar.Rambutnya yang panjang di biarkan mengurai cantik di hembus angin.
“Awak tengok apa tu?”gemersik rasanya suara itu.Razif tersedar.Dia segera mengalihkan pandangannya dari gadis itu.Dia kembali memandang lautan luas yang terbentang.
“Erm,tak ada apa la.Macam mana Nadia boleh sampai di sini?”Tanya jejaka itu,kehairanan dengan kedatangan Nadia secara tiba-tiba.
“Saya datang bercuti.Baru sampai tadi.Tapi tadi tiba-tiba Nampak awak..”tenang suara Nadia Asyikin.Matanya tidak lepas-lepas memandang lautan di hadapan.
“Bukan ke awak ada di hospital?”soal jejaka itu lagi,tidak puas hati.
“Iya,tapi saya dah boleh keluar dua hari lepas..”jawab Nadia lagi,langsung tidak memandang Razif.Razif yang mempunyai seribu soalan itu terus-terusan menanya.
“Awak tinggal kat mane kat sini?”
“Saya..tu.”kata Nadia lagi lalu menuding jarinya.Razif menoleh.Kelihatan semak samun di kawasan itu dan setahunya lagi,tidak ada rumah yang didirikan di kawasan yang dianggap keras itu.Jambatan kecil yang melintasi semak samun itu pula jarang di lalui kerana menjadi pantang larang penduduk di pulau itu.
“Kat situ?”ujar Razif lagi,memandang tepat ke arah Nadia.
“Iya..kat situ.Saya menumpang rumah rakan.”
“Oh..”
Razif terdiam.Begitu juga dengan gadis di sisinya itu.Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.Langsung tiada kata.Tiada bicara.Secara tiba-tiba Razif ketandusan idea.Kebiasaannya dia lah yang selalu menghiburkan gadis itu namun malam itu,suaranya seakan tersekat di kerongkong.Matanya hanya mencuri pandang ke arah Nadia Asyikin.Cantik.
Secara tiba-tiba,gadis berbaju kebaya itu menghulurkan sesuatu kepada Razif.Awalnya Razif hanya memandang,kemudian setelah diaamati barulah dia sedari,itu telefon bimbitnya.
“Oh,terima kasih.Kat mane awak jumpa?Dari tadi saya asyik cari..”kata Razif sambil tersenyum puas.
“Petang tadi,awak tercicirkan..”pendek jawapan gadis itu.Matanya tetap memandang lautan.Langsung tidak berganjak.

“Razif,Zif..”sayup kedengaran,seolah-olah namanya dipanggil.Razif berpaling.Dari jauh kelihatan Luqman sedang melambaikan tangan ke arahnya.Razif membalas lambaian lelaki itu.
“Huh,kau ni.Kat sini rupanya..Penat aku cari tau.Kau buat apa sorang-sorang ni?”Tanya Luqman yang semakin menghampiri Razif.
“Esh mana ade sorang-sorang.Ni..”Razif menoleh di sisinya,di mana Nadia Asyikin sedang bersimpuh tadi.Kosong.Gadis itu telah tiada di situ.Jejaka itu tercari-cari.Di celah-celah pokok,Razif melihat Nadia sedang tersenyum ke arahnya sambil melambaikan tangan.Akhirnya gadis itu hilang dalam semak samun yang merentangi jambatan itu.
“Weh,kau tengok apa tu ha?”Tanya Luqman kehairana tatkala melihat mata Razif tidak lepas memandang ke arah semak samun.Razif tersedar.Dia segera berpaling ke arah Luqman sambil tersenyum.
“Tak ada apa la.Kau ni kenapa datang sini?”.Luqman sudah duduk di sisi tatkala Razif mengajukan soalan itu.
“Mak kau mintak tolong aku tadi.Dia cakap kau tak balik-balik lepas keluar nak cari handphone.Dia risau la.Tengok-tengok kat sini kau rupanya ye..”
“Oh ye.Astaghfirullah.Aku tak ingat la pulak.Dah pukul berapa ni?Aku nak balik makan la,tadi sebelum aku datang mak aku dah siapkan makanan.”
Luqman melihat jam di tangannya.Lalu memandang muka Razif bersahaja.
“12 malam dah.Sebab tu mak kau bimbang sangat kau tak balik-balik..”
Razif terkejut.Masakan sudah jam 12 malam sedangkan sewaktu dia keluar dari rumah sebentar tadi,belumpun jam 8 malam.Lagipula hanya seketika dia menghabiskan masa dengan Nadia Asyikin tadi.
“Kau biar betul Luq..”Kata Razif tidak percaya lalu mencapai tangan Luqman.Jam milik jejaka itu di tatap lama.Luqman tidak berbohong.Mustahil.12 malam.Mengapa begitu cepat rasanya masa berlalu?Razif bingung.
“Hey apa kau termenung lagi ni.Jom la cepat-cepat.Kau ni sampai 12 malam termenung kat sini ha?Kau tak takot ke?Dahla betul-betul dekat jambatan kau termenung.Eii,meremang bulu roma aku la.”kata Luqman bingkas berdiri.Serta-merta bulu roma mereka berdua seakan meremang.Razif kembali berpaling ke arah jambatan itu tadi.Seakan-akan masih ternampak bayang Nadia Asyikin yang sedang tersenyum.
Dengan langkah seribu,mereka berdua berlari laju.Meninggalkan tempat tersebut.Kuih tepung pelita yang diberi oleh Erah langsung tidak di capai akibat terlalu takut.

**********************************************************************************

“Zif,semalam Erah ada datang.Dia cakap dekat mak dia ada bagi kuih kat kau.Mane nya?”Tanya Mak Senah sebaik sahaja Razif keluar dari biliknya.Razif yang terpisat-pisat baru bangun dari tidur itu tidak menghiraukan langsung pertanyaan ibunya.Jejaka itu segera menuju ke sinki di dapur dan terus membasuh muka.Kelihatannya matahari sudah meninggi di atas kepala.
“Zif..mak Tanya kau ni..”kata Mak Senah lagi yang sedang menjahitkan baju tempahan penduduk kampung.Hasil tempahan tersebut lah yang membolehkan dirinya menyara diri sejak kematian suami tercinta.
“Oh kuih tu ke?Ntah la mak.Tertinggal kot semalam.”Jawab Razif tidak kisah.Dia segera menjamah nasi goreng buatan ibunya itu.Sungguh dia sangat merindui masakan itu.
Erah terhenti.Dia tidak jadi mengetuk pintu meskipun tangannya sudah hampir mengetuk pintu rumah tersebut.Dia mematikan langkahnya.Serta turut mematikan niatnya.
‘Ah,sampai begitu sekali bencinya Razif terhadap aku.’Bisik hati kecil gadis itu lalu meninggalkan satu bungkusan kecil dan sepucuk surat di hadapan pintu rumah Razif.Gadis itu berlalu dengan linangan air mata.Dia sangat berkecil hati dengan tindakan Razif.
Petang itu,Mak Senah bercadang untuk pergi ke rumah Mak Leha untuk menziarahi wanita yang sakit itu.
“Zif,seharian ni kau duduk kat rumah,tak bosan ke?Dari pagi tadi kau terperap je kat rumah.Tak nak keluar ke?”Tanya Mak Senah yang membungkuskan sedikit kuih untuk di beri kepada jirannya itu.Razif yang sedang menonton televisyen hanya membiarkan pertanyaan ibunya berlalu bersama angin.
“Esh kau ni,kalau mak Tanya.Macam tu la perangainya.Dah la.Mak pergi dulu ye.Kalau kau nak keluar kau kunci pintu nie.”kata Mak Senah lalu keluar dari rumah.

Assalamualaikum,kehadapan Razif.Di sini Erah hanya ingin memohan sejuta kali maaf daripada Razif.Sungguh sebenarnya Erah langsung tidak berniat untuk melakukan kejadian dulu.Maafkanlah diri ni.Erah juga terpaksa untuk memfitnah Razif.Walaupun Erah tahu sukar bagi Razif namun Erah masih mencintai Razif.Maafkan kesalahan saya.Meskipun hanya perasaan benci yang Razif wujudkan untuk Erah,Erah tetap menyambutnya dengan reda kerana Erah masih mencintai Razif seperti dulu.Sudah bertahun-tahun kita tidak bersua namun Erah sedar perasaan ini langsung tidak berubah walaupun sedikit.Salam sayang dari saya,Suherah.

Surat itu ditutup lagi setelah membacanya berkali-kali.Surat yang ditemui ibunya di hadapan pintu rumah pagi tadi dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya.Dia menyarung baju lalu keluar dari rumah.Razif nekad.Dia harus memberi penjelasan kepada gadis itu bahawa dirinya juga masih menyimpan rasa kepada Erah.Dek kerana ego,dia harus melukakan perasaan gadis itu berkali-kali.Cuma petang itu masa yang ada untuk membetulkan segala-galanya kerana awal pagi esok,dia harus pulang ke bandar semula.
Razif melangkah laju ke rumah gadis itu yang tidak jauh dari rumahnya.
“Erah tak ada la Razif.Awal-awal lagi dia keluar.Dia kata nak pergi rumah kamu tapi sampai sekarang tak balik-balik lagi.Mak cik bimbang jugak ni.Hari dah nak masuk senja dah ni..”beritahu ibu Erah dengan nada yang dalam kerisauan.
“Oh,mak cik jangan bimbang.Saya pergi cari dia.”kata Razif lagi lalu meninggalkan rumah gadis itu.Razif berlari-lari sambil matanya diliarkan untuk mencari Erah.Semakin ramai pelancong yang datang pada petang itu.Razif mencari lagi gadis itu dalam kalangan para pelancong yang sedang bermandi-manda itu.Namun hampa.
‘Bodoh kau Erah.Masih sama seperti dulu.’lirih hati Razif.Masakan jejaka itu lupa,suatu ketika dahulu ketika mereka bergaduh,Erah menghilangkan diri.Lewat malam baru gadis itu sampai di rumah.Sampaikan mereka semua begitu khuatir dengan kehilangan gadis itu.Tatkala ditanya,gadis itu hanya berkata keluar menenangkan diri.Kini gadis itu menghilangkan diri lagi,di tempat yang dia sendiri tidak tahu.Razif bingung.
Senja mula melabuhkan tirai perlahan-lahan.Razif masih belum berhenti mencari.Kawan-kawan jejaka itu turut sama membantu Razif mencari Erah.Antara sedar dan tidak,jejaka itu sedang berdiri di atas sebuah jambatan kecil.Dia terus berjalan ke arah sepohon pokok lalu berteduh di situ menghilangkan penat.
Tiba-tiba hidungnya menangkap bau yang sangat wangi.Lebih wangi dari minyak wangi yang biasa di pakai orang.Bau seakan-akan bunga mawar.Harum.Kesunyian saat itu tiba-tiba dipecahkan dengan bunyi cengkerik yang bersahutan.Serta-merta bulu roma Razif meremang.Dia terperasan sesuatu akhirnya.Dia sedang berteduh di sepohon pokok yang berada betul-betul di hadapan jambatan kecil yang merentasi semak samun.Jambatan yang dilarang penduduk.Kata-kata Luqman segera bermain-main di kepala namun cepat-cepat dilemparkan perasaan takut itu.Yang dia tahu,dia harus berehat seketika sebelum kembali mencari Erah.
Daun-daun kering dirasakan bagai dipijak sesorang.Ya bunyi itu.Razif berpaling.Namun tiada orang di sebalik pohon-pohon itu.Razif masih tidak berganjak.Kepenatannya belum berbayar lagi.
“Hai..jauh termenung..”satu suara menegur Razif.Suara itu merdu sekali.Razif menoleh di sebelahnya.Kelihatan Nadia Asyikin sudahpun duduk di sisinya sambil tersenyum.Gadis itu turut bersandar di pohon itu.Namun anehnya,jejaka itu langsung tidak menyedari kedatangan Nadia.Gadis itu masih berbaju kebaya putih seperti semalam.
Razif hanya menghadiahkan senyuman kepada gadis itu.
“Hai..awak dari mana?Malam-malam macam ni jalan sendirian.Tak takut ke?”Tanya Razif sambil memandang ke arah gadis itu.Gadis itu masih seperti semalam.Cantik.
“Erm,kan awak ada.Apa nak takut..”kata Nadia Asyikin lalu melirikkan pandangan matanya ke arah Razif.Lirikan mata gadis itu seakan menembusi jantung Razif.Razif terkesima.
“Awak buat apa sorang-sorang ni?”ramah gadis itu berbicara.
“Saya nak rehat sekejap.Nak hilangkan penat..”.Razif berkata sambil memerhatikan keadaan sekeliling.Sunyi.Senja nampaknya sudah lama melabuhkan tirai.Namun dalam fikiran jejaka itu hanya terbayang wajah Erah.Dia sangat risau akan gadis itu.Adakah gadis itu masih tidak pulang ke rumah?fikir Razif.Razif mahu sekali mencari gadis itu namun dia tidak sanggup untuk membiarkan Nadia Asyikin berseorangan di situ.Dia tidak akan meninggalkan gadis itu sendirian.Tidak sampai hati.
“Razif..sebenarnya saya ada sesuatu nak cakap..”kata Nadia Asyikin lembut.Matanya memandang wajah jejaka disisinya itu.Razif membalas pandangan Nadia.
“Saya nak berterima kasih sangat dekat awak..”
“Kenapa?”Tanya Razif kehairanan.
“Awak jaga saya masa dekat hospital.Saat itu saya ingatkan memang tidak ada lagi lelaki yang baik dan boleh dipercayai namun selepas jumpa dengan awak,saya tahu saya salah..”.Nadia Asyikin berkata panjang lebar.
“Saya ikhlas tolong awak Nadia..”
“Terima kasih Razif..”senyuman dihadiahkan kepada Razif.Telefon bimbit Razif mengalunkan lagu.Razif segera menyeluk telefon bimbitnya di dalam poket.Saat itu,surat Erah yang berada dalam poketnya terjatuh.
“Aa.Macam mana?Dah jumpa ke?Ok,nanti aku pergi sana.”Razif kembali menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket.Kemudian dia melihat Nadia sedang membaca surat kekasih hatinya.Nadia memandang Razif.
“Erm,kekasih awak ye?”Tanya gadis itu,nada suaranya mengendur.Razif terdiam.Tidak mengangguk mahupun menggeleng.
“Bertuah dia dapat awak ya..Kirimkan salam saya kepada gadis bertuah ni ye..”kata Nadia lagi lalu menghulurkan kembali surat itu kepada Razif.Razif mencapai surat itu lalu kembali menyimpannya.
“Razif,saya kena pergi sekarang ya.Jaga diri baik-baik.Jangan pernah main-mainkan hati perempuan ya..”kata gadis itu lalu menggenggam erat tangan Razif.Razif hanya terdiam.Tidak menyangka.
“Saya pergi dulu ya Razif.Ingat tau pesanan saya.Dan terima kasih atas segalanya.”sambung Nadia Asyikin lagi lalu bingkas bangun meninggalkan jejaka itu terpinga-pinga.Razif jadi bingung.Dia kembali memandang ke arah gadis itu namun bayangnya saja sudah tiada.
‘Kenapa gadis ini selalu datang dan pergi tiba-tiba?’fikir Razif lalu bangun meninggalkan tempat tersebut.Dia hanya ingin menuju ke rumah Erah.Luqman sudah menghubunginya tadi,mengatakan bahawa gadis itu sudah pulang ke rumah.

**********************************************************************************

“Woi,senyum panjang Nampak kawan kita ni.Maklumla baru balik kampung.”tegur Akram ketika Razif mendekati mereka yang sedang makan di kantin hospital.Razif mengambil kerusi lalu duduk bersama rakan-rakannya.Malam itu dia sudah mula bekerja.Razif masih terdiam namun senyuman tidak lekang dari bibirnya.Dia sangat gembira kerana sebelum pulang ,dia telah menyelesaikan semua masalahnya dengan Erah.
“Lak,kita cakap dia buat dunno ja.Weh,apa kena kau ni ha?Senyum sorang-sorang.Kau jumpa awek cun ke ha?”Usik Adam pula.
“Eh tak ada awek-awek cun nye.Ape yang korang melalut ni.”kata Razif membuka bicara lalu menghirup air teh nye.Suasana malam itu kelihatan kecoh sekali.Banyak kereta yang lalu-lalang.Kantin itu juga turut dipenuhi orang.Kebiasaannya pada waktu sebegini,tidak ramai yang makan di situ namun berbeza sekali dengan malam itu.Kemudian,Razif terpandang beberapa buah kereta polis.
“Eh Adam,apa kes polis tu buat kat sini?”Tanya Razif sambil menuding jarinya ke arah beberapa buah kereta polis yang memparkirkan kereta di hadapan kantin.
“Oh tu,pasal semalam la.”jawab Adam bersahaja.Razif masih bingung,tidak tahu.
“Pasal apa semalam?”
“La,patutla kau tak tau.Kau baru masuk kerja malam ni kan?”soal Fakrur pula yang dari tadi mendiamkan diri.Razif hanya menganggukkan kepalanya.
“Macam ni,semalam ada seorang patient kena bunuh.”cerita Akram.Razif ternganga.Tidak percaya.
“Eh kau ni,biar betul.”
“Betul la.Aku dengar kan,bekas kekasih perempuan tu yang bunuh dia sebab dia budak perempuan tu dah hancurkan perkahwinan dia dengan anak orang kaya.Sebab tu la,dia yang mengandungkan budak tu.Tup-tup tak nak bertanggungjawab,lari.Nak kahwin anak orang kaya pulak tu.”sambung Adam pula.Saat itu Razif hanya mendiamkan diri.
“Tu la pasal.Kesian budak perempuan tu.Dah la mak ayah ada luar Negara.Nak balik pun susah.Adik-beradik pun tak ada.Aku dengar kan,semalam ada kawan dia datang.Meraung budak tu tengok mayat kawan dia.”kata Fakrur pula.Razif hanya memasang telinga.
“Macam mana dia kena bunuh?”Tanya Razif setelah mendengar.
“Masa tu aku dengan Ijam pergi ronda wad tu.Tengok-tengok je ada orang menjerit.Masa kitorang pergi tu,darah tak payah nak cakapla banyak mana.Pulak tu pisau masih tercacak lagi atas perut perempuan tu.Dah la aku dengar budak tu tengah mengandung.Memang tragis betul.Aku yang tengok depan mata ni,rasa macam nak menangis je.”Serius Akram bercerita.Mereka yang lain hanya mengiyakan sahaja cerita Akram.
“Korang bukan ke ronda wad orang kaya kan biasanya.?”Tanya Razif lagi.
“Ye la.Wad orang kaya.Yang tinggal sorang-sorang tu la.Kalau wad yang tinggal ramai-ramai tak akan berlaku pulak..”
Razif hanya mengangguk.Serta merta timbul perasaan kasihan kepada gadis itu.Sudah jatuh ditimpa tangga.
“Kesian betul budak Nadia tu..”kata Adam tiba-tiba.Razif yang hanya mendiamkan diri dari tadi tersentak.Nadia?
“Eh sapa nama budak perempuan tu Adam?”Tanya Razif,berdebar.
“Entahlah.Aku ingat-ingat lupa.”jawapan Adam menghampakan Razif.Dia teringatkan Nadia Asyikin.Mustahil gadis itu kerana semalam baru aku berjumpa dengannya di pulau.Mustahil.Razif menyedapkan hati sendiri.
Fakrul yang dari tadi leka membaca surat khabar berkata akhirnya
“Nadia Asyikin binti Hamzah.Anak dato’.”kata Fakrur lalu membentangkan surat khabar Kosmo di atas meja.Berita kematian gadis itu terpapar di muka surat hadapan dada akhbar itu.Wajah manis gadis itu yang sedang tersenyum juga turut disiarkan.
Razif terdiam.Lama.Nadia Asyikin.Ya,benar.Gadis itu telah dibunuh semalam.Gadis itu telah dibunuh bersama anak kandungannya.Jika gadis itu masih di hospital beberapa hari ini,maka siapa gadis yang selalu muncul menemaninya di pulau tatkala senja melabuhkan tirai?Soalannya itu langsung tiada jawapan.Soalan itu dibiarkan mengisi fikirannya.
Malam itu ketika sedang meronda,secara automatic kakinya melangkah laju menuju ke kamar Nadia Asyikin.Dia langsung tidak terasa takut.Sampai sahaja di situ,dia melihat kain yang direntang yang menandakan bilik itu dalam siasatan polis.Maka tidak dibenarkan masuk.
Namun Razif tidak peduli.Dia tetap memulas tombol pintu bilik itu.Dia berdiri di hadapan katil.Seolah-olah masih ternampak kelibat gadis itu yang sedang makan nasi goreng kampung yang di bawanya.Seakan masih terlihat gadis itu bergelak tawa.Juga seakan masih terngiang-ngiang di telinganya akan kisah hidup gadis itu yang telah diceritakan kepadanya.
Razif terduduk di atas katil.Sedih memikirkan nasib gadis itu.Ketika Razif menunduk di bawah katil,dia ternampak satu kertas.Begitu tersembunyi lokasi kertas tersebut.Berada di bawah almari di sebelah bakul sampah.Razif mengambil kertas tersebut.Sepucuk surat sebenarnya.

Assalamualaikum w.b.t,
Razif,disini saya ingin berterima kasih atas layanan yang diberi.Saya sangat bersyukur sebenarnya dapat berkenalan dengan awak.Terima kasih kerana sudi menemani saya.Terima kasih kerana sudi mendengar cerita dan masalah saya.Terima kasih juga kerana membelikan nasi goreng kampung kepada saya saban malam.Jasa awak akan sentiasa saya kenang walaupun nyawa sudah tidak dikandung badan..
Yang ikhlas menyayangimu,Nadia Asyikin

Razif sekali lagi terkejut akan isi kandungan surat itu.Dia jadi terharu.Akhirnya tanpa dipinta,air matanya gugur.Dia sama sekali tidak menyangka akan pengakhiran kisah hidup gadis itu.
Tanpa disedari,rupa-rupanya ada sepasang mata yang sedang memerhatikan Razif .Mata yang bersinar terang itu juga turut menghadiahkan senyuman kepada Razif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: