Cerpen : Palsu

Nama Pena : liana

Seperti biasa setiap pagi Isnin, akan diadakan pemeriksaan disiplin. Semua pelajar perempuan akan berdandan secantik dan sebaik mungkin.
“Hey,mana lipgloss aku? Bagi balik.”
“Boleh pinjam blusher kau tak?”
“Eh, cepatlah! Tak lama lagi mereka akan sampai.”
Sebab utama mengapa pelajar perempuan macam ni adalah…
“Selamat pagi semua,”sapa satu suara sebaik sahaja pintu kelas dibuka.
“Pada hari ini, kami akan buat pemeriksaan disiplin. Semua pelajar diminta untuk duduk ditempat masing-masing dan letakkan beg di atas meja.”
.. pengawas-pengawas lelaki yang tampan dan comel akan melakukan pemeriksaan tersebut. Dan yang menjadi tumpuan utama ialah Daniel, presiden Ahli Jawatankuasa Disiplin.
“Sila ikut aturan ya?”ujarnya.
“Ukuran skirt awak 20cm dari atas lutut. Dan solekan penuh juga tidak dibenarkan.”
Pemeriksaan barang peribadi dan penampilan oleh jawatankuasa disiplin yang dilakukan sekali setiap minggu. Sudah menjadi satu rutin untuk pelajar perempuan kelihatan cantik dimata ahli jawatankuasa yang sangat tampan.
“Saya ada bawa hadiah untuk awak!”
“Itu melanggar peraturan, jadi kamu akan dapat X. Seterusnya!”
Tapi aku takkan terpedaya dengan penampilan luaran. Lelaki kacak tiada siapa pun yang betul-betul sopan. Hanya tahu mempermain-mainkan perempuan. Mana ada wujud lelaki sempurna. Aku menolak lelaki palsu seperti mereka.
“Ya!” ujarku.
“Mimi Amiza, tiada sebarang kesalahan. Awak akan dapat 0.”
Haha, macam mana nak ada kesalahan kalau pemakaian aku seperti nerd? Cermin mata, rambut hitam bertocang, uniform lengkap dan buku teks sentiasa di dakapan.
“Tak pernah datang lewat, tak langgar peraturan, kedatangan cemerlang. Baiklah, mulai hari ini awak merupakan sebahagian daripada ahli jawatankuasa disiplin.”
“What?! Why?” Ini memenag mengejutkan aku. Aku? Sebagai ahli jawatankuasa disiplin?
“Memang ada kekosongan dan kitorang nk cari orang,”ujar Daniel.
“Iya, dan semuanya berjalan lancar, kan presiden?” sampuk pengikutnya yang lain.
“Tapi..tapi,saya tak boleh!! Saya tak nak!”bantahku.
“Ada bantahan dengan keputusan saya?” ujar Daniel. “Sebagai Presiden Alhi Jawatankuasa Disiplin, saya Daniel Adam yang berkuasa memilih ahli jawatankuasa yang baru. Dan awak tak boleh menolak.”
Oh My Gucci! No way! Tak mungkin. Aku mesti bermimpi. Seseorang tolong kejutkan aku dari mimpi ni.
“Ini tanda nama awak. Tolong pakai benda ni,” ujarnya sambil berlalu pergi.
What?! Apa kejadahnya nie? Kenapa nak paksa-paksa pula? Heish, dah la selama ni aku pakai macam nie sebab tak nak berdepan dengan pemeriksaan disiplin. Jadi, sia-sia lah aku pakai semua macam ni. Kejap! Kalau aku di pilih sebab terlalu serius. Jadi…

Esoknya..
“Presiden, saya dah buat salinan kertas untuk mesyuarat hari ini.”
Aku boleh berhenti berlakon jadi pelajar yang serius dan mengikut peraturan. Kalau aku berkelakuan normal, mungkin aku tak akan terpilih menjadi ahli jawatankuasa disiplin lagi. Apalagi, cepatlah tendang aku dari jawatankuasa ni.
“Ye? Tengok.” Ujarnya sambil mengelap cermin matanya. Hurm,kacak juga mamat ni tanpa cermin mata.
“Sekejap.” Daniel bangun secara tiba-tiba dan mendekati aku. Kenapa ni? Aku berundur sedikit demi sedikit hingga tiada lagi ruang untuk aku berundur. Apa ni? Buat aku takut je.
“Oh, awak ni Amiza ke? Maaflah rabun saya teruk sikit.” Ujarnya lalu kembali ke meja.
“Awak tak pakai ceremin mata hari ni?”
“Oh, itu cermin mata palsu je.”
“Awak tahu tak, kalau pakai cermin mata awak nampak lebih serius, kan?”
“Hehe..biasanya saya macam ni. Saya rasa skirt pendek sangat cute dan saya tak pernah datang lewat ke kelas sebab saya tidur dalam kelas. Saya bukannya rajin belajar sangat, jadi saya tak layak nak jadi AJK disiplin. Saya rasa bangga awak pilih saya,tapi..”
“Biar saya betulkan tali leher ni untuk awak,”katanya sambil bangun mendekati aku. “Walaupun gaya rambut awak berubah dan tanpa cermin mata, awak nampak lebih comel macam ni.” Sambungnya dan berlalu pergi.
Argh..! Aku takkan terpedaya dengan penampilan luaran!!

Aku didatangi sekumpulan pelajar perempuan ketika waktu rehat.
“Mimi, boleh kami bercakap dengan kau sekejap?”
“Baiklah.” Apahal perempuan nie semua? Tengok macam nak makan orang je.
“Ikut kitorang. Kat sini tak sesuai.” Aku ikutkan sahaja kehendak mereka. Sampai sahaja tempat yang di maksudkan tiba-tiba..
“Kau ni menyakitkan hati betullah. Kenapa kau jadi salah seorang AJK disiplin, hah?”
“Kau jangan berani dekati Daniel, perempuan gatal!”What?!
Aku bukan masuk jawatankuasa tu bukan sebab aku yang nak..”
“Habis tu kenapa sekarang kau pakai gini? Rambut bertukar, skirt pun sama. Mana cermin mata buruk kau tu? Kau dah mula suka dekat Daniel ya? Sebelum ni kau pura-pura jadi pelajar nerd sebab kau nak tarik perhatian dia. Rancangan kau tu jelas sangat!”
“Jauhkan diri kau dari dia, perempuan gatal!” Oh My Coach!!
“Shut up!! Kalau kau nak jadi AJK tu sangat, kenapa tak ikut peraturan berpakaian? Manalah tahu, kalau nasib kau pun baik kau pun akan terpilih sama!”
“Eisyh, perempuan ni!! Kau tahu tak, kau tak layak berdamping dengan Daniel! Kau nak jadi macam perempuan-perempuan sebelum ni?”Ujar salah seorang pelajar perempuan tersebut sambil menghayunkan batang penyapu ke arahku. Oh My Louis Vuitton! What I’m gonna do? Pasrah jelah. Aik,lamanya budak ni nak pukul aku. Pakai slow motion ke apa? bukalah mata sebelah.
“Pr..presiden?” Apa mamat ni buat kat sini? Eh, selamatkan akulah. Apalah aku nie?
“Saya berhak nak pilih siapa yang saya rasa layak.” Dengan tegas Daniel berkata.
“Tapi Dan, awak Nampak tak cocok langsung dengan perempuan macam tu!”
“Habis tu, dengan salah seorang dari kamu saya akan nampak lagi elok? Awak lebih comel dari Amiza? Baguslah kalau awak yakin dengan diri sendiri. Apa kata awak pergi cari seseorang yang boleh lawan dengan kemegahan awak tu. Amiza, jom kita pergi.”katanya sambil menarik tanganku untuk berlalu bersamanya. Aku seperti lembu dicucuk hidung. Hanya menurut.
Sebab utama mengapa perempuan-perempuan tadi bermegah, mungkin kerana mereka mempunyai sebab untuk mempertahankan maruah mereka. Mereka mesti terasa amat tercabar melihat lelaki idaman mereka bersama dengan perempuan lain. Eh, Daniel ni datang semata-mata nak selamatkan aku ke? And still aku tak ucapkan terima kasih pun?
“Erm, terima kasih.”
“Awak nie takde akal ke?” ujarnya. What?!”Pergi berdepan dengan kumpulan besar gitu seorang diri, tu tak termasuk lagi tindakan cuai. Awak tak boleh bertindak tanpa berfikir dulu! Macam mana kalau awak cedera tadi? Kalau jadi apa-apa tadi?” Haish, membebel pula mamat ni. Alergik betul aku.
“Yelah,yelah! Saya minta maaf, ye? Sekarang saya ada hal sikit. Pergi dulu!”ujarku dan berlalu pergi. Tiba-tiba tanganku disentap.
“Saya tak habis lagi bercakap dengan awak!”
“Presiden!”Aku cuba untuk melepaskan pegangan tangannya. Selepas beberapa kali aku merenggut tanganku kembali dia melepaskannya.
“Baiklah, saya akan lindungi awak.”OMG! Adakah ini satu pengakuan? Betul ke? Biasanya lelaki akan cakap macam tu pada perempuan yang istimewa kepadanya saja. Oh.no!!!

HAI, nak masuk tak nak? Isyh, aku tak boleh masuk. Tapi buat apa aku kat depan pintu bilik disiplin ni? Argh!! Kenapa aku jadi lupa diri ni? Dia bukannnya luahkan apa-apa pun deka aku..!
“Awak buat apa tu? Tercegat je dekat situ,”sapa Daniel yang baru keluar dari bilik disiplin.
“Takde apa-apa baru nak masuk ni.” Cover line ni!!
“Oh.. Eh, tunggu sekejap! Awak dengar tak?”
“Dengar apa?”
“Mesyuarat AJK akan ditangguhkan pada minggu depan.”
“Oh, ye ke? Habis tu, apa awak buat kat sini?”Tanyaku.
“Oh, saya ingat nak kemas dan susun semua fail yang bertimbun tu. Lagipun bilik ni dah penuh.”
“Banyaknya!!” Dia nak buat semua nie seorang diri? Kerjanya memang agak susah. Kalau diikutkan, dia boleh suruh orang lain tolong buatkan untuk dia. Tapi dia jenis yang suka lakukannya sendiri.
“Biar saya tolong awak.” Akhirnya aku menawarkan diri untuk menolongnya.
“Terima kasih, maaflah kena susahkan awak pula.”
“Tak mengapa.”
“Urm,kita susun ikut tarikh ya?” Aku mula faham mengapa semua orang sibuk nak ambil tahu pasal dia. Hehe..
“Erm, ada apa-apa yang tak kena ke Amiza?”
“Tak! Tak adalah!” Alamak dia perasan pulak aku tengah menilai dia. Eh, eh! Hilang keseimbangan diri pula. Ni kalau jatuh mesti malu besar. Oh oooo….
Gedegang!!
“Awak okey, Amiza? Saya minta maaf.” Wah, dekatnya muka kami berdua. Gentlenya dia tolong aku. Aku takut dengan diri sendiri. Kenapa dengan dada aku? Jantung aku? Berdegup tanpa ritma biasa.
“Muka awak, dah jadi merah sangat.”
“Tak! Mana ada! Awak tu rabun. Mana nampak!” Oh tuhan. Kalau dia terus begini.. Dekatnya..
“Daniel, awak ni.. Tak pernah berubah,”sapa suatu suara.
“Seri!”
“Janganlah terkejut sangat. Saya baru keluar hospital.” Siapa perempuan ni? Daniel panggil dia Seri. Siapa dia?
“Tangan saya patah dua tempat. Jadi sebab tu ambil masa yang lama untuk sembuh.” Ujar perempuan tadi. “Awak ni, mesti orang yang dilantik untuk menggantikan tempat saya dalam jawatankuasan disiplin. Daniel… Awak sengaja panggil kitorang berdua ke sini, kan? Sama macam awak buat saya dulu.”
“Seri!”
“Awak memang tak berubah. Yelah, awak selalu buat baik dengan perempuan sampai mereka semua salah anggap pada awak.” Perempuan itu memegang tangannya yang berbalut. Aku teringat sesuatu.
“Kau nak jadi macam perempuan-perempuan sebelum ni ke?”
“Hei, kali ni awak selamatkan saya,kan? Awak dah bagitahu, kan? Awak akan lindungi saya, kan?” ujar Seri lagi. Oh My Gucci! Pada masa dia selamatkan aku dulu, bila dia sangat risaukan aku sampaikan dia bersikap melindungi aku. Nampaknya semua itu hanyalah palsu!
“Nah, ambil ni. Ia kepunyaan awak.” Aku memulangkan tanda nama AJK disiplin. “Seri dah kembali ke sini. Awak tak perlukan saya lagi.”
“Amiza!” Apalagi yang aku tunggu bila orang yang dia mahu lindungi, orang yang dia mahu selamatkan bukanlah aku.
“Hei, Daniel.. Awak cakap awak akan memikul tanggungjawab. Awak cakap lain kali awak akan lindungi saya.” Ujar Seri menahan Daniel dari mengejar.
“Maafkan saya, Seri. Saya rela melutut dan merayu kepada awak. Tapi.. Maafkan saya.”
“Awak takkan tahu awak akan menyesal sebab tak jadikan saya girlfriend awak. Jadi kali ini harganya cukup tinggi,” bisik Seri perlahan melihat Daniel berlalu.

“Amiza!”
“Daniel?” aku bangun dari kerusi untuk pergi dari situ.
“Nanti dulu!” Daniel menarik tanganku. Aku meronta minta di lepaskan.
“Lepaskan saya! Awak dah berpunya!”
“Seri bukan kekasih saya. Seri kawan saya sejak kecil. Memang betul dia cedera kerana saya. Jadi, sebab itulah saya kena bertanggungjawab.
Tapi.. Ini semua salah awak. Kalau awak dapat satu saja X dalam pemeriksaan disiplin mungkin saya akan berputus asa dengan awak. Salah awak sebab awak tak melanggar peraturan disiplin.”
“Apa yang awak cakap ni?”
“Seminggu sekali, dalam pemeriksaan disiplin terdapat seorang gadis yang sentiasa membuat saya tertawa bila dia terpaksa berpakaian dengan serius. Dan, itulah yang menarik perhatian bila hari pemeriksaan muncul. Saya gembira bertemu awak. Sebab bagi saya awak comel dan saya mula sukakan awak.” Aku terpana. Aku terharu. Dan sedikit marah..
“Tolong jangan menangis.”
“Mana ada saya menangis. Presiden tu yang mata rabun.”
“Saya dapat lihat dengan jelas sebab..” dia menarik diriku mendekatinya.”Sebab semua itu hanyalah cermin mata yang palsu.”
Aku marah kerana dari mula lagi aku mula terperangkap dengan imej palsunya. Tetapi aku bahagia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: