Cerpen : Seandainya ini jodohku

Nama Pena : butterflystarz

Panas terik begini membuatkan kakiku melangkah menuju ke café Kolej Al-Putra.Aku ingin cepat melangkah ke sana kerana aku tidak mahu berebut-rebut makanan di sana.
Jangkaanku tepat sekali apabila bun kesukaanku sudah tiada di dalam talam yang disediakan untuk dijual..”hemph,nampaknya memang tiada rezekiku hari ini”suara hatiku berbisik.

“Zara,”tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang memanggil namaku.Belum pun sempat menjawab,kerusi sudah ditarik dan….duduk….”Eh,kau ni x pandai nak bagi salam ke??nak aku ajarkan??”aku mengomel sendirian.” kau ni apsal??m0ody je memanjang”..”nothing..”sepatah aku menjawab.”Banyaklah kau punya nothing..”
Cepat cerita,apa masalah kau??aku nak dengar..”Shada memberi arahan like “mem Besar..”

“Shada,kau tak faham aku..kan aku dah cakap,aku takut kalau dia kecewa..aku bukannya macam kau..cantik..petik jari je,lima puluh yang datt..”ey..jap-jap,tu dah melampau dah tu..takde la sampai camtu sekali..””ala,kau tak petik lagi,cuba kau petik,aku gerenti ada sorang yang datang..”Shada bergurau..”ya la tu..”aku mendengus..

“Eh,kau tak mesej dengan Khai ke?”Shada bertanya.”hmm..aku malas la nak mesej dengan dia..asyik aku je yang mulakan..mana boleh..jatuh la standard aku..”
“takpe.mesej je.””taknak aku”aku membuat keputusan.”Nora,kau tengah buat apa tu??
Tengah mesej dengan Sharif ke??””Kalau phone di tangan tu,dah memang sah la Zara”..
Shada menyampuk.”Zara”,kau dah tak berhubung dah ke dengan abang aku sekarang ni??Shada bertanya..”oit, sejak bila kau ada abang nie??”aku memberikan soalan cepumas kepadanya.”hehehe..semalam..hehehe…”Dia menjawab sambil tersengih.

“Shada,bosan la aku kalau selalu macam nie.”aku melahirkan kebosananku.
“Apsal pulak??kau gaduh dengan E-one ke??””hmm…takde maknanya aku nak gaduh dengan dia…””Habis tu apsal??””Ye la setiap kali nak mesej dengan dia mesti aku yang harus mulakan..mana adil camtu..aku rasa cam sia-sia je aku kenal dengan dia..
“Zara,tak baik kau cakap camtu..tahu tak??Kau patut bersyukur tau,sebab bukannya senang nak cari lelaki macam dia sekarang nie…beriman,smart,kaya..Zaman sekarang nie,dah takde pakage yang macam tu..tau tak??”Shada bermotivasi.”Kau tak faham aku Shada..dia belum kenal aku..aku pun tak kenal dia.just tengok gambar dia je..Mana cukup..”Tapi Zara,dia cakap kat aku yang dia tak kisah pun pasal rupa…cantik ke tak..Aku kenal dia Zara.Please,terima lah dia seadanya..””I..Im sorry,I..I can’t..”
“Kenapa??teruk sangat ke dia.sampaikan dia tak layak untuk kau??””Shada..aku sayang sangat kat dia.Walaupun aku tak kenal dia,tapi ntah kenapa aku tak nak lepaskan dia.Aku merana kerana dia..Bila aku lama tak mesej dengan dia,aku jadi rindu kat dia..Why??Because I love him you know??I love him Very much.Tapi aku tak boleh terima dia..Bukan dia yang tak layak untuk aku tapi aku yang tak layak untuk dia..Dia berhak mendapa yang lebih baik dari aku..”

“Arrgh..Bosannya.Nak buat apa erk??”Aku menyoal pada diri sendiri..
Tiba-tiba aku teringat kepada E-one lantas aku teringat akan perbualan aku dengan dia tempoh hari..”E-one,Zara tanya sikit boleh??”aku memulakan perbualan..
“Tanya banyak pun takpe..”Dia memberi respon..”Um..Zara rasa,kita tak payah couple la erk??””Apsal??”Dia bertanya..”Sebab…..Zara rasa,Zara belum bersedia la..”aku berbohong..”emm..kalau itu lah keputusan Zara,E-one tak boleh nak halang..Cuma E-one harap Zara dah fikir masak-masak tentang semua nie..”E-one berkata lambat-lambat…Setelah terdiam sejenak.”Terima kasih E-one sebab memahami Zara”..Dan..perbualan kami terputus di situ..Betul ke keputusan yang aku buat nie??Ntahlah..argh..malas la nak fikir..baik aku pergi tidur lagi bagus..Esok ada kelas pagi..

“Diya..sorry aku lambat..Aku baru habis kelas tadi..”Aku memanggil sambil meminta maaf atas kelewatan aku..
“its ok..Zara..Zara,??.””ya??”Aku berpaling ke arahnya.Apsal monyok je nie??Diya bertanya..”Err..Aku sebenarnya malu lah nak cerita kat kau..:””pasal E-one lagi??”Aku mengganguk laju..
Zara,betul apa cakap Shada tu..Kau patut bersyukur tau..Kau punya dia sebagai teman..Tak macam aku,mengharap pada yang tak sudi..””Siapa??Fizz??’’Diya mengangguk lambat-lambat..”Diya,dia tak layak untuk aku..Dia berhak mendapat yang lebih baik dari aku..Aku dah bagitahu dia yang aku taknak couple dengan dia..””ZAra..be..bett..betul ke yang aku dengar nie??””Diya,kau tak pekak lagi..”Aku memerli..”Zara,kau tau tak betapa frust nya dia dengan keputusan kau nie??””Itu keputusan aku Diya..”dan aku terus keluar dari café..

Aku ternampak Fizz yang baru keluar dari library menuju ke café..Lantas aku memanggilnya..Aku perlu berbincang dengannya.Antara hidup dan mati Diya..
“Fizz..!!”Fizz berpaling apabila mendengar namanya dipanggil..”Eh.Zara.Ada apa??”Aku nak cakap sikit dengan kau,jom kita ke café..”Aku memberikan cadangan..”Penting sangat ke??”Fizz bertanya dengan teragak-agak..”That’s very important..”Aku menjawab..Di café,kami memilih meja yang agak hujung kerana tidak mahu diganggu.
“Em..Zara,ada apa??”dia memulakan perbualan..”Macam nie Fizz,aku just nak tanya kau dah ada girlfriend belum??””La..yang tu je ke kau nak tanya aku??”Dia menyoal aku kembali..”Jawab je la..’Aku separuh meradang..”Tak”..”ye ke??Tak kan la..”Kau nak percaya,percaya.Taknak percaya sudah..”Dia mulai bosan..”Ok,ok..”Aku terus ke pokok persoalan..”Fizz,kau tengok Diya cantik tak??””Boleh lah..Kenapa??””Sebenarnya,Diya tu dah lama admire kat kau..kau tau tak??Cuma kau je yang tak peras..”Wait..wait..” Kalau iya pun bagi lah aku habiskan ayat aku dulu…perasan..”ok..ok..sorry..Patutlah aku rasa lain macam je bila kami bertentang mata..rasa macam..something..”Kau??” “Maybe..”ya..itu lah tujuan aku ke sini..

Berseorangan begini membuatkan aku teringat akan teman-teman rapatku.Shada,Nora dan Diya..Shada??Shada sekarang nie dah bertunang dengan Khai.Insyaallah bulan hadapan mereka akan melangsungkan majlis mereka di teratak Shada di Melaka.Nora masih dengan abang Sharifnya.Masih dilambung cinta dan kini sedang menyambung pelajarannya di UK dalam semester ke-2. Diya pula telah menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Fizz setelah Fizz meluahkan perasaannya terhadap Diya tempoh hari.Mereka akan bertunang pada minggu hadapan.Aku bersyukur sangat.Semua teman temanku dah berpunya.Tinggal aku sahaja yang masih solo.Lantas aku teringatkan E-one abang angkat kepada Shada.Bagaimanakah dia sekarang??sihat??Atau sebaliknya.Semenjak aku membuat keputusan untuk tidak mahu menjalinkan hubungan yang istimewa dengannya,Kami sudah tidak berhubung lagi.Dia seolah-olah melarikan diri dariku.Tiga tahun sudah berlalu..Mungkin kini dia sedang bahagia bersama isteri dan ank-anaknya.Terasa juga ingin bertanya kepada Shada,Tetapi hatiku menegah kerana malu.Terpaksalah aku pendamkan sahaja hasratku itu.”Zara,ada bunga untuk kau” Terbang sudah semua lamunanku dek suara Liza.”Hai kawan kita nie,semenjak bekerja kat sini,selalu dapat bunga dari orang tersayang..cemburu aku”Ila menyampuk sambil tersengih-sengih..Ini lah kawan-kawan aku..Selalu membuatkan kami di sini tidak kering gusi dengan gelagatnya..”Liza,Ila,bunga-bunga nie semua bukan dari orang tersayang la..””Habis tu””Ntah””Eleh..tak nak mengaku la tu.ngan kitaorang pun nak berahsia..Liza menunjukkan reaksi tidak puas hati..”Betul la Liza.Ila..Aku memang tak tahu siapa pengirim bunga nie..Ayat-ayat dalam kad-kad nie semua menu njukkan yang dia kenal aku..aku panggil dia lelaki misteri kerana signature nya ialah –I.M-Mestilah lelaki kan??.”Aku memberi penerangan..”Haa..Zara ada admire..tak sangka aku”Mereka berkata serentak..

“Assalamualaikum..”Aku memberi salam apabila sampai di rumah..Aku terkejut apabila abang dan kakak duduk di kusyen..Lantas berlari-lari ingin memeluknya..
“Ish..Zara nie,tak macam perempuan langsung..”kakak menegur..”Ala Zara,kakak dengki kat abang la tu sebab Zara datang dekat abang dulu..”Abang membelaku..
“abang,Zara rindu la kat abang.abang tak rindu kat Zara ke??”Aku melepaskan rindu.
“Mestilah abang rindu dekat adik abang nie..”Dia meleraikan rinduku.Walaupun aku ni girl,tapi aku lebih rapat dengan abangku daripada kakakku..

“Abang,bangunlah.Dah lewat nie”Aku berkata seraya mengetuk pintu biliknya tetapi tidak berjawab lalu aku memasuki biliknya.”Abang,abang..,bangunlah..Jom teman Zara pergi shopping..”Aku menggeraknya untuk mengajaknya menemaniku ke pasaraya.
“Alah Zara nie,campur daun betul la..Nantilah dalam pukul 10 nanti”Abangnya menjawab dalam keadaan yang masih mamai.”Aku tergelak mendengarkan peribahasa itu.”Apalah abang nie,mana ada peribahasa macam tu.Lagipun sekarang ni dah pukul 12 la abang..abang pergi la mandi,Zara tunggu abang kat bawah.”Aku memberi arahan kepadanya seraya menarik tangannya menuju ke bilik air.”hmm,ye la..”Dia mengalah demi adik tersayang.

“Smartnya abang Zara,rasa cam nak usha je..”Aku mengusik sewaktu dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu..Sesampai saja dia di ruang tamu terus dia mengambil sebiji bantal kecil lalu membaling ke arahku.Malangnya ia telah terkena kakakku setelah aku berjaya mengelak membuatkan mukanya merona merah..Aku dan abang apa lagi,terus berlari keluar dari rumah setelah dikejar oleh kakak menuju ke kereta.”Umi,abah..Zara pergi dulu..”Aku berkata sambil melangkah masuk ke dalam kereta.”Zara,kita nak pergi mana nie??”Abang bertanya kepadaku..”Ups to you..Asalkan tempat tu tempat shopping and abang kena belanja Zara..”Aku mengeluarkan arahan.”Amboi adik abang nie,memerintah nampak??”Dia memerli..”Zara tak kisah apa abang nak cakap asalkan hajat Zara nak shopping hari nie menjadi..”Aku berlagak slumber..”ok,ok..Demi adik abang yang sorang nie abang sanggup buat apa saja..”Dia mengalah.”Terima kasih Abang..Sayang abang…”Aku berkata manja..””Ya la tu..Sekarang jom kita pergi bank sekejap..Abang nak ambil duit.”Dia berkata seraya membelokkan kereta ke kiri.

Sesampainya kami di KLCC,kami menuju ke tingkat atas di mana tempatnya aksesori wanita seperti beg tangan,kasut dan baju di jual.”Abang,jom ke sana.”Aku mengajak seraya menunding jari kearah sebuah butik.Aku memilih beberapa pattern beg tangan yang menarik minatku..Aku ingin meminta pendapat abang lalu aku menoleh ke kanan.Tapi abang telah tiada..”Ah,lantaklah.Maybe abang dah bosan menunggu..”Aku mengagak.Biasalah perempuan bershopping,sekejap baginya tetapi lama pula bagi orang yang menunggunya.

“Adam”terdengar sayup-sayup namanya dipanggil.Dengar macam suara seorang lelaki.Dia menoleh ke belakang.”Hey E-one.Lama tak dengar khabar.Macam mana kau sekarang,setelah pulang dari Jordan??”Adam bertanya setelah lama tidak mendengar khabar rakannya itu.”Aku ok je..sihat..kalau tak,takkan aku jumpa kau kat sini..kau buat apa kat sini??”E-one menyoalnya.”Aku tunggu adik aku shoping..Adik aku tu perempuan,aku ni pulak lelaki.Manalah aku tau apa citarasa dia.So,aku datang la sini..
Eh,jom la..Aku kenalkan kau pada adik aku.”Zara,kenalkan nie Ikhwan kawan abang.”
“Ikhwan,kenalkan nie adik aku Zara.”Dia menoleh pula kepada Ikhwan seraya memperkenalkan adiknya.”Zara??”Ikhwan seolah-olah terkejut..”Ikhwan??”Aku pun terkejut sama.

“Sebenarnya aku dah kenal lama dengan adik kau nie.”Ikhwan memulakan bicara setelah kami berdiam diri buat beberapa ketika.Kami singgah di sebuah restoran yang berdekatan dengan KLCC setelah dicadang oleh Ikhwan.”0oo..Apsal Zara tak bagi tau abang??”Adam bertanya kepada Zara.””Manalah Zara tau yang E-one nie kawan abang..”Aku berkata selamba sedang badai yang melanda perasaan tidak siapa yang tau.
Aku sedikit malu berada semeja dengan Ikhwan kerana kami tidak pernah duduk semeja sebelum ini.Aku hanya mendengar dia bercerita kepada abang tentang kisah hidupnya di Jordan.Tidak pula terasa ingin mencelah perbualan mereka.Sesekali Ikhwan melirik ke arahku dan apabila kami bertentang mata,aku cepat-cepat menjatuhkan pandanganku ke meja.Betapa bosannya aku disini lalu aku mengajak abangku pulang dengan alasan hari sudah menjelang malam.

Malam sudah hampir mencecah ke pukul 10 malam.Tetapi aku tidak betah berada di dalam bilik lalu ke beranda untuk menghirup angin malam.Lantas aku teringat akan pertemuan aku dan Ikhwan.Setela sekian lama,itulah kali pertama aku berjumpa kembali dengannya.Aku berasa amat resah memikirkannya.Tiba-tiba telefonku berbunyi menandakan aku telah menerima satu panggilan.Aku menggagau saku baju untuk mengambil phoneku lantas melihat si pemanggilnya..0188200080..Aku tidak kenal akan pemanggil ini tetapi mengangkatnya juga.Suara si pemanggil seorang lelaki..Rasanya macam aku kenal suara itu..”Hello,Assalamualaikum.Boleh saya bercakap dengan Zara??”Si pemanggil memulakan bicara.Aku terkedu apabila mendengar suara itu serasa mahu sahaja aku meletakkan phone kala itu juga.”Walaikummussalam,ya saya Zara..Boleh saya tau,siapa di sana??”Aku menjawab salam yang diberi dengan berhati-hati.”Hai Zara,nie E-one.Zara apa khabar??Sihat??”Dia bertanya ramah sedangkan hatiku di sini resah gelisah..Setelah bertanya khabar masing-masing,kami terdiam seketika..Lantas dia menghidupkan kembali suasana dengan mengajak aku dinner pada pukul 8.30 malam esok..Aku menolak dengan mengatakan aku sibuk.Tetapi,setelah didesak beberapa kali,aku terima jua akhirnya..

Hari ini aku berpeluang bersarapan dengan keluarga kerana hari ini adalah hari minggu..
Usai bersarapan,aku dan abang mengambil peluang duduk bersantai di Taman Mini milik umi.”Zara,abang nak tanya sikit boleh??”Adam bertanya setelah kami duduk di atas kerusi yang telah umi sediakan di situ.”Sejak bila pulak abang pandai meminta izin nie??Macam tak biasa pulak”Aku memerli.Terasa pelik juga akan sikap abangku hari ini.”Err..Zara dah lama kenal dengan E-one??”Dah ku agak.Pasti soalan itu yang akan muncul dari mulutnya..riak wajahku berubah.Abang terperasan akan wajahku yang telah berubah riak.”Zara,abang dah tau segalanya..E-one dah beritahu abang.Kenapa Zara buat macam nie,kesian kat dia.Dah lama dia tunggu Zara.Zara,walaupun Zara merendah diri,tetapi bagi dia Zara lah wanita yang paling cantik yang telah berjaya mencuri hatinya.Abang tidak pernah nampak dia segembira ini.Aku terkesima dengan penjelasan yang diberi.Riak kurang percaya jelas terpamer di wajahku..”Tapi abang…””Zara”Adam memotong..”Zara terimalah dia..Dia adalah lelaki yang terbaik buat Zara.Abang kenal dia dah lama Zara..Dah lapan tahun kita orang bersama berjuang mencari ilmu.Abang kenal sangat dengan hati budi dia tu..Dia tak macam lelaki lain.Abang tak nak paksa Zara.Tapi sebagai abang,abang nak yang terbaik buat adik abang Abang harap Zara fikirlah baik-baik.Nanti Zara ada dinner date dengan dia kan??Abang harap Zara terima lamarannya.”Aku terkaku buat seketika.”Insyaallah abang..Terima kasih atas segala nasihat abang.”

Tepat jam 8.30 malam aku sampai di café Sumatera Thai Seafo0d.Itu pun setelah didesak oleh abang kesayanganku.Macam-macam alasan yang aku berikan..Termasuklah alasan ketiadaan transport.Katanya dia sanggup menghantar aku untuk datang ke sini..Akhirnya terpaksa lah aku mengalah..
“Cik,Sila masuk.En. Ikhwan berada di meja 20.Pandainya dia memilih meja.Meja yang agak tersorok dan jauh daripada orang ramai.Rukyahnya juga menarik.Romantik sekali.Terasa diri bagai puteri raja.Hatiku berkata setelah aku tiba di meja 20.”Zara,sila lah duduk.”Ikhwan berkata sambil menarikkan kerusi untukku.Dia menyuruh aku memesan makanan.Oleh kerana dia yang arif tentang makanan di sini,aku menyuruh dia saja yang memilih makanan untuk kami..Selesai makan dia mengambil peluang menatap wajahku.Tindakannya itu membuatkan aku termalu sendiri.”Zara,E-one nak cakap sikit boleh??Tentang kita..”Tepat sekali tekaanku..Aku ingin mengelak tapi aku berubah fikiran.Sampai bila aku harus mengelak apabila topik ini dibuka??Lantas aku mengangguk dengan perlahan-lahan.”Sebenarnya dah lama E-one nak bagitahu Zara.Sejak pertama kali melihat gambar Zara,E-one dah terpaut dengan Zara.Walaupun Zara tidaklah secantik gadis-gadis yang lain,walaupun E-one tidak kenal Zara,tetapi E-one merasakan kelainan apabila menatap wajah Zara.Bagi E-one,rupa paras bukanlah kunci kepada kebahagiaan sebaliknya Iman lah kunci kepada segala kebahagiaan rumah tangga kita.Sampai sekarang,E-one terkilan sangat kerana Zara amat merendah diri.Zara tak bagi peluang langsung kepada E-one.Sekarang,E-one dah berjumpa kembali dengan Zara.E-one dah tak nak kehilangan Zara lagi.E-one merana Zara..E-one tau,Zara juga merana kan??Buktinya Zara menghargai semua bunga-bunga yang E-one kirimkan untuk Zara sedangkan Zara tidak tahu siapa pengirimnya.”Aku terkedu mendengar luahan hatinya.Betulkah apa yang aku dengar ini??Rupa-rupanya dialah lelaki misteri itu.-I.M-.Ikhwan Mohamad.Ya Allah. Betapa aku kejam selama ini kerana membiarkan dia menanggung rindu terhadapku.”Zara,sudikah Zara menjadi yang halal bagi E-one??”Ikhwan melamarku.Aku gugup seketika.Aku mencari-cari keikhlasan di wajahnya.Jelas ternampak sinar keikhlasan di matanya..”Zara,sudikah Zara menjadi yang halal bagi E-one??”Ikhwan mengulanginya sekali lagi..”Zara sudi”Aku berkata malu-malu sambil menunduk.Ya Allah seandainya inilah jodohku..

Selamat membaca dan memberi komen.Semoga anda terhibur dengan cerpen di atas iaitu cerpen kedua saya selepas cerpen aku,dulu,kini dan selamanya.Terima kasih atas komen anda.komen-komen anda akan menjadi pembangun jiwa saya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: