Cerpen : Secebis kasih

Nama Pena : Titianka

Allahhuakhbar……Allahhuakhbar…….
Terdengar laungan azan subuh yang berkumandang di masjid yang berdekatan rumahku, lantas aku bangun sambil mengucap syukur ke hadrat ilahi kerana aku masih lagi berada di bumi Allah ini. Aku segera pergi ke bilik air untuk membersihkan badan dan untuk bersolat subuh.
Usai solat subuh aku menadah tangan berdoa untuk kesejahteraan semua, tidak lupa juga kepada sekalung doa kuhadiahkan kepada arwah ibu dan datukku yang telah meninggal dunia. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aku memandang ke bilik nenek, masih gelap, pasti nenek masih belum bangun. Lantas aku masuk ke bilik nenek dan mengejutkannya.
“Nek….nek…..dah subuh ni’ kataku
Nenek memandang aku, dengan muka kehairanan.
Aku tersenyum pasti nenek masih dalam keadaan mamai
“Bangun nek subuh dah nak habis ni, nanti nenek terlepas pula”
“YAAllah dah subuh ke? Lena betul nenek tidur hari ni, terima kasih siti”
Aku hanya tersenyum,dan pergi meningalkan nenek, memberi kesempatan kepada nenek untuk mengerjakan solat subuh.

Aku masuk ke bilik, membuka tingkap di bilikku, sungguh nyaman udara pagi ini, masih terdengar kicauwan burung dan kokokan ayam…
Subahanaallah…..sungguh hebat alam ciptaan Allah ini, terasa kerdil diri ini disisi Allah.

Hari ini adalah hari jumaat, hari jumaat adalah hari cuti umum bagi negeri Kelantan, Terengganu, dan kedah. Dan aku merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah di Kelantan.Tahun ini juga merupakan tahun untuk aku menduduki peperiksaan SPM.
Aku bermonolog sendiri,
“Hmm apa yang aku nak buat pagi ni ye? Kerja sekolah semua dah siap, nak ulang kaji pelajaran, terasa malas pula, Hmm..kemas rumahlah”
Aku ke bilik stor ,mengambil apa yang patut untuk mengemas rumah, Seingat aku sudah lama aku tak kemas rumah, bukan malas,tapi kesibukan aku sebagai seorang pelajar menghalang aku untuk melakukan semua ini, nenek pula tidak pernah marah kerana dia sangat faham dengan tugasku sebagai seorang pelajar, tentu sibuk.
Dari menyapu sawang menyapu lantai semua aku lakukan, sesekali melakukan pekerjaan seperti ini pasti seronok, sambil itu boleh bersenam sekali.
Jam di dindig rumah menunjukan 9.00 pagi,matahari sudah menampakkan wajahnya, aku melihat bunga dalam pasu kesayangan ku sudah tidak terurus lagi,aku sayang sangat pada bunga itu kerana ia adalah hadiah dari seseorang yang sangat aku hormati,
“Nek pasu bunga kat depan rumah tu kenapa jadi macam tu,nek tak siram ke,dah nak mati siti tengok” . Jeritku pada nenek yang berada di dapur.
“Nenek tak sempat nak siram hari tu,dah kamu dah ada kat rumah ni, pergilah tengok”, Jawab nenek.
Aku memulakan kerjaku,mencabut rumput dan menggemburkan tanah di dalam pasu bunga. Tiba-tiba aku rasakan semacam saja,rasa macam ada yang memerhati,tapi siapa ye?.
Aku memberanikan diri mendongak ke atas,
“ALAMAK…..,Syah??? Apa yang dia buat kat sini, kenapa dia pandang aku semacam je?
Aku meraba kepalaku, yaAllah tudung aku,patut lah dia pandang aku semacam je,
Aku berlari masuk ke dalam rumah,dengan hati yang berdebar-debar.
“Kat mana tudung ni,tak jumpa lah pula kalau orang nak,geramnya”
“Jumpa pun” aku memakainya.
Nenek selalu pesan pada aku supaya sentiasa menjaga batas-batas aurat,memakai tudung bukan hanya sekadar menutup aurat tetapi tudung juga boleh melindungi kita dari pandangan-pandangan negative dan tidak elok,
Aku mengintai di celah pintu,bimbang Syah masih disana.Macam mana aku boleh lupa pakai tudung?
“Syah kenapa dia ada kat sini? Bila dia balik kampung,cuti ke?
Mungkin Syah mahu pergi ke gerai berdekatan rumah aku, setiap kali balik kampung pasti dia akan pergi sarapan kat gerai tu,maklumlah gerai kegemaran dia, .
“Eh siti, apa yang kamu terhendap-hendap tu? Tanya nenek.
“eh nenek,terkejut siti, ingatkan sapa tadi,nasib baik siti tak ada sakit jantung tau” Balas ku, dengan gugup.
“yelah,yang kamu terhendap-hendap tu kenapa? Tanya nenek tanda tidak puas hati dengan jawapan ku,
‘Tak ada apa-apalah,emm harumnya bau kat dapur tu,nenek masak apa?
‘Nenek masak nasi lemak,pergilah kat dapur kalau nak makan”
“Sebut pasal nasi lemak ni,terus siti rasa lapar nek”
Aku segera ke dapur , tak mahu lama-lama di situ,sebenarnya aku bukan lapar sangat pun, saja cakap macam tu nak tutup malu,malu sangat kalau nenek tahu apa yang aku buat tadi.

Sedang leka mengulang kaji pelajaran,terdengar telefon berdering.
Ring…ring…
‘helo Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam,hai kak siti,akak sihat tak?”
“siapa ni?”
“Akak,sampai hati dah tak kenal fatin lagi ke?”
“oo…Fatin akak ingat sapa tadi,alah jangan lah merajuk akak mintak maaf okey”
“akak abang nak cakap dengan akak
Bila nama syah disebut hatiku berdebar-debar.
“Eh fatin nanti dulu” aku memangil Fatin.
‘ Helo…” Kedengaran suara itu,suara yang selalu kudambarkan.
“helo” jawabku gugup.
“Awak apa khabar? Sihat.?
“sihat Alhamdulillah, awak sihat?
“pun sihat”
Suasana sepi seketika.
“kenapa suruh fatin yang telefon?”Tanyaku
“saja, takut nenek yang angkat, nanti apa pula kata nenek…”
“dah tahu macam tu kenapa telefon juga” sinis sekali.
“Sebab saya rindu awak”
Aku kelu, diam seribu bahasa.
“Kita jumpa?”
“Buat apa? Tengok lah dulu”
Saya tunggu awak tempat biasa,lepas asar.”
“tapi….”
Belum sempat aku menghabisksn ayat ku, syah telah meletakan ganggag telefon.
“syah, kenapa kau selalu buat aku macam nie?”

Syahiman merupakan seorang pelajar jurusan undang-undang tahun kedua di salah sebuah unuversiti terkemuka di Malaysia. Jika dibandingkan dengan aku bagai langit dengan bumi pula rasanya. Aku selalu merasakan aku tak layak untuk jadi siapa- siapa pun dalam hidupnya. Dan syah juga selalu berkata yang dia tidak pernah kisah dengan semua itu.

“Assalamualaikum ” aku memberi salam.
“waalaikummusalam, Siti, datang pun, ingatkan dah tak kenal jalan nak datang sini lagi dah.”
Disinilah tempat dimana aku dan syah selalu berjumpa, di kampungku terdapat satu kuala sungai yang amat cantik,air sungai yang jernih dan cetek membuatkan ramai keluarga datang untuk beriadah dan mandi-manda.
“lama ke cuti kali ni?” aku bertanya.
“cuti semesta” jawab syah.
“Siti sampai bila kita nak macam ni?”

“kakak jom ikut abah”
” Kita nak pergi mana ni abah?”
“Alah ikut je, abah janji kita pergi kejap je”
Abah membawa aku masukke kedai emas.
“kita nak buat apa kat sini ni abah?” aku masih ragu-ragu dengan abahku.
“holo tauke”. Kelihatan abah menyapa seseorang mungkin pemilik kedai itu, aku diam sekadar mengikuti perbualan abah.
“dah siap ke belum, rantai yang saya tempah tu”
Kelihatan tauke kedai itu mengeluarkan seutas rantai kepada abah.
Cantik itulah perkataan pertama yang keluar dari mulutku, apabila melihat rantai itu,seutas rantai emas yang bertatahkan berlian, permatanya berukir huruf H, klasik dan cantik sekali.
“Ini untuk kakak, selamat hari jadi sayang.”
“wow cantiknya abah”
” H adalah untuk Hasliza dan Hamidah, dua insan yang sangat istimewa dalam hidup abah.”
Mendengar abah berkata begitu, terus aku berasa marah.
“kalau mama siti istimewa kenapa abah tinggalkan mama, walaupun saat tu mama betul-betul perlukan abah..
Aku meninggalkan abah.
“siti….” Kedengaran abah memengilku.

“hei, siti norhasliza bt ramli,awak berkhayal ek,saya tengah cakap dengan awak sekarang ni.”
“hah apa awak cakap?’aku bertanya, terasa macam orang bodoh pula.
“rupanya dari tadilah saya cakap sorang-sorang.”
“saya nak balik”
“siti….”
“Syah…tolonglah..” dalam nada sebak aku merayu.

Siti sampai bila awak dengan dia nak macam ni? Kata Izyan.
Izyan adalah sahabatku, lima tahun usia persahabatan kami membuatkan aku senang bersamanya. Aku bebas meluahkan apa sahaja yang terbuku di hatiku kepadanya, begitu juga dengan dia.
“Saya takut, dia pun akan jadi macam abah. Saya takut kehilangan dia.”
“sebab takut kehilangan, awak biarkan dia macam tu, mencari-cari arah hubungan awak berdua? Macam tu?”
“awak takkan faham”
“siapa kata?? Saya dah cukup faham,…. Siti, awak tak boleh anggap semua lelaki tu sama, setiap orang ada cara mereka sendiri, lagipun saya yakin syah tu tak macam tu.”
“Apa awak rasa?”
“apa yang saya rasa tak penting,yang penting sekarang apa yang awak rasa, itu yang penting dan pada pandangan saya tak salah awak bagi dia peluang.
“emm… sebut pasal peluang ni kan, saya rasa awak pun patut bagi peluang pada dia” kataku sambil tersenyum.
“peluang….. pada sapa?
“alah, jual mahal konon, pada sepupu awak yang hensom tu lah..”
“dah….dah siapa cakap pasal siapa ni???”
“ekeleh malulah tu”

” pang….” Bunyi pinggan pecah.
“ya ALLAH apa yang kau dah buat ni siti, kau tahu tak pinggan aku ni mahal, Kau ni tak habis-habis menyusahkan orang.
“ma…maafkan siti makcik,si…siti tak sengaja.”
“Tak sengaja atau kau sengaja nak pecahkan, kau dendam dengan aku kan, kau ni memang tak sedar diri, kau dengan mak kau sama aje dasar perampas.”
“Makcik… sampai hati makcik, kalau makcik nak hina saya, silakan, tapi jangan hina arwah mama,mama tak salah, makcik yang rampas abah dari mama.
Aku menjawab, sambil menangis.
“kurang ajar kau ye” kelihatan makcik Zara mahu mengangkat tangannya.
“Zara….apa awak buat ni,” tengking abah.
Mungkin abah baru pulang dari tempat kerja, mungkin guga abah telah mendengar pergaduhan kami.
“Zara apa awak buat ni? Ni anak saya, tolonglah jangan keruhkan keadaan lagi,
Aku barlari masuk ke bilik tidak sanggup lagi melihat pertengkaran mereka.

“boleh abah masuk? Tanya abah bila aku tidak bersuara dari tadi lagi.
“Sayang anak abah, kenapa ni? Abah minta maaf atas apa yang makcik zara buat tadi tu ye?”
“Abah siti nak balik kampung,siti nak tinggal dengan nenek,”.aku memberitahu abah hasratku.
“kenapa nak balik kampung, ni kan rumah siti, siti tak sayang abahnlagi ke, tak kasihan dengan abah?
“abah, tolonglah siti nak tinggal dengan nenek,nenek baik?”
“Habis tu abah ni tak baiklah?tanya abah,mungkin dia berkecil hati dengan kata-kata ku.
“Siti tak sanggup tengok abah selalu gaduh dengan makcik, makcik tak suka siti”

Sudah setahun aku tinggal di kampung bersama nenek,dan aku rasa ini adalah keputusan yang terbaik aku lakukan. Mungkin inilah yang dinamakan pengorbanan, untuk mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.semoga abah dan makcik zara bahagia tanpa kehadiran aku. Aku sanggup buat apa sahaja demi melihat abah bahagia.

“ring…ring…”kedengaran telefon berbunyi
“helo, siapa tu?”
“Siti abah ni, suara abah kedengaran begitu sedih sekali.
“Kenapa abah?
“makcik siti, makcik dah tak ada lagi.

“siti jom kita balik sayang,”ajak abah” kini tinggal aku dan abah yang masih berada di kawasan tanah perkuburan itu,
“Abah balik lah dulu, kejap lagi siti balik,”
“sudahlah nak,yang pergi biarkan pergi”
“siti menyesal abah siti tak sempat nak minta maaf dengan makcik, siti banyak buat salah dengan dia,
“sebelum dia meninggal,dia ada cakap dia mahu minta maaf dengan siti,siti maafkan dia ya”
“Siti tak pernah marah dia abah,siti faham,bukankah sebelum mama hadir,dia yang terlebih dahulu ada di hati abah,dan dia juga menantu pilihan opah,bukan mama siti”
“Siti jangan cakap macam tu,abah sayangkan kamu semua.” Aku hanya tersenyum.
Abah sungguh tabah, aku tahu dia dalam keadaan sedih, dia telah kehilangan dua orang isteri yang dia sayang.Rupa-rupanya dah lama makcik sakit,dia sakit barah payudara.semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

“Siti…”aku rasakan seperti aku mengenali suara itu.
“syah, apa yang awak buat kat sini.”
“saya rasa tak elok kata bercakap di sini, jom” ajak syah.
“syah macam mana awak boleh ada kat sini,sipa yang cakap saya ada kat sini? Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut ku.
“Awak dah lupa ke cik siti yang saya belajar dekat-dekat sini saja. Aku terdiam baru aku ingat akan itu.
“tapi sapa yang cakap kat awak saya ada kat sini”
“saya telefon awak tapi nenek yang angkat tadi,Agaknya kalau hati saya ni tak tergerak nak telefon awak tadi,sampai sekarang saya tak tahu perkara sebenarnya kan?
Aku hanya diam, suasana tegang seketika.
“Siti berapa kali lagi saya perlu cakap dengan awak, kalau awak rasa awakada masalah, bagi tahu lah kat saya,biar kita sama-sama fikir macam mana nak selesaikan masalah.
” Nenek dah ceritakan segala-galanya pada saya,saya tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan awak, sebenarnya awak angap saya ni sebagai apa ye?
“saya takut syah”.
Aku menangis di hadapan syah, biarlah syah melihat,aku sudah tak peduli lagi,di hadapanya aku rasakan air mataku sudah tidak bermakna lagi.aku tak tahu apa yang harus aku lakukan,aku sayang syah.
“jangan nangis sayang, tak suka tengok awak macam nie,air mata aak tu amat berharga tau,
“siti, cuba awak pandang muka saya,apa dalam hati awak tak adakah walau sedikit kasih awak terhadap saya.”
“Syah selain abah wak adalah lelaki yang saya sayang”
Aku melihat syah tersenyum.
“terima kasih sayang,dah lama abang tunggu sayang cakap macam ni tau,” aku menjeling.
“opp….sory, saya lupa,terima kasih siti”
Syah memeng tahu perangai aku,bagi aku panggilan abang dan sayang tu hanya untuk suami sahaja, dan itulah syarat yang aku bagi padanya.
“tapi”
“tapi apa lagi siti?’
Siti tak nak sekarang,kalau boleh siti nak belajar dulu,
Kalau sudah jodoh kita berdua terpisah 7 lautan sekali pun kita tetap bersama.
YaALLAH jika benarlah ini yang kau rancangkan untuk ku,kau permudahkanlah perjalanan hidup kami……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: