Cerpen : Teduhan Kasih Pungguk

Nama Pena : de’ chocys

“Lin, kita janji ye.. jangan pindah sekolah tau walau apa pun yang berlaku.. kita teruskan sampai tingkatan lima, ok? Kali ni kita lawan siapa dapat SPM paling ok, ye?”. Zairul Ikhwan tersenyum. Layyinul Basra menggeleng.

“Eleh.. Aku tak sepandai kau.. kau sure dapat sekolah yang sure the best berdasarkan result PMR kau.. Aku boleh berjanji tapi aku tak sure kau boleh tunaikan janji kau..” ujar Layyinul Basra. Dia memegang beg sandangnya rapat. Pelajar lain sibuk membeli buku-buku tulis dan rampaian memandangkan hari persekolahan akan tiba tidak lama lagi. Zairul Ikhwan yang lebih gemar dipanggil Zikhwan dan Layyinul Basra yang dipanggil Lin juga bertujuan yang sama seperti mereka.

“Mana ada la.. Aku kan tak boleh berpisah dengan kau.. nanti dah tak ada kawan nak cari gaduh..”. Zairul Ikhwan tertawa. Layyinul Basra berang.

“Tengok tu.. ni la salah satu sebab aku tak nak sekolah kat sini alias tengok muka kau.. Suka sangat sakitkan hati aku.. Baru minta maaf and then buat la lagi kesalahan tu..”

“Alaa.. Tak sengaja.. Terbuat.. Sorry..”. Zairul Ikhwan menyusun sepuluh jarinya.
Layyinul Basra dan Zairul Ikhwan merupakan pelajar lepasan PMR. Mereka sering bergaduh dalam sesuatu perkara walaupun perkara itu hanya sebesar zarah. Layyinul Basra seorang gadis yang tidak kenal erti mengalah dan yang bagusnya, Zairul Ikhwan sering mengeratkan hubungan mereka dalam ungkapan kata maaf.

“Ikhlas tak ni?” soal Layyinul Basra. Zairul Ikhwan sering mempermainkannya dan itu adalah perangai yang paling dia tidak suka mengenai Zairul Ikhwan.

“Ikhwan ikhlas Lin..”

Malam berlagu sepi. Bulan menemankan pungguk yang kesunyian. Unggas berlagu riang, berkongsi kegembiraan sang pungguk. Katak tidak berani bersuara, risau suaranya mengganggu madah bicara cinta antara bulan dan pungguk. Pungguk tersenyum, tanda terima kasih kepada setiap rakannya sekaligus melemparkan keceriaannya kerana malam itu bulan sudi bertandang pada penglihatannya. Bulan membalas senyuman pungguk seperti mengerti betapa rindunya pungguk padanya.

Layyinul Basra yang baru sahaja selesai mandi dikejutkan dengan bunyi mesej telefon bimbitnya. Selepas memakai baju, barulah dia membuka mesej yang diberi. Melihat nama yang mengirim, dia tersenyum.

Assalamualaikum. Tgh watpe? Ak ganggu ke?
From: Zairul Ikhwan

Waalaikumussalam.. Aik.. Dah tau ganggu, nape msj jgk..?

Erm. Marah lagi ke? Ak btul2 minta maaf. Ak x b’maksud nk sakitkan hati kau.

Selepas membaca mesej Zairul Ikhwan, Layyinul Basra terbaring di atas katilnya. Dia akui, hatinya tidak betah memarahi seorang yang dia suka. Malah, ia lebih dari sekadar perkataan suka. Dia masih ingat, Zairul Ikhwan adalah pelajar pertama yang menegurnya saat dia mula menapakkan diri di sekolah itu.

***

“Kamu tunggu sini sekejap. Saya nak ambil buku rampaian pelajar untuk memasukkan nama kamu” ujar Puan Zaira. Layyinul Basra tersenyum lalu mengangguk. Dia memandang keadaan biik guru yang dipenuhi dengan bunga-bunga ros. Entah apa keraian yang mereka raikan pada hari itu pun dia tidak mengetahuinya.

“Nah, untuk kau,” ujar seorang pelajar lelaki. Layyinul Basra tersentak. Sekuntum bunga ros merah ditujukan kepadanya.

“Ha??”

“Gurau je la. Student baru?” soalnya. Dia menguis-nguis kelopak bunga mawar yang dipegangnya. Layyinul Basra mengangguk. Di dalam hatinya sedikit tercuit dengan tingkahlaku lelaki tersebut.

“Okey. Nice to meet you.”

“Amboi, menggayat kamu ya. Ada apa kamu datang ke meja saya ni?” soal Puan Zaira . Dia lantas duduk di kerusinya. Pelajar lelaki itu tersengih.

“Mana ada teacher. Saya just gurau-gurau je la. Anyway, teacher, Cikgu Fiza minta slip ujian nanti.”

“Oh, saya terlupa pula tentang hal tu. Kamu balik kelas kamu dulu, cakap dengan dia, sekejap lagi saya bagi. Nak kena handle student baru ni dulu,”. Pelajar itu mengangguk lalu melangkah pergi dari situ.
Ketika itu dia hanya menganggap Zairul Ikhwan sekadar kawan yang tidak pernah diketahui namanya. Menjadi seorang pelajar Form 2 yang baru membuatkan dia menjadi pemalu dan kurang kawan. Namun, Aliwatul Farra, teman sebelahnya sudi menjadi rakan suka dan dukanya.

Fajar menjelma. Musim cuti tidak lama lagi akan berakhir dan persekolahan bakal menjelma. Hal ini tidak sedikit pun menyedihkan Layyinul Basra, malah dia tidak sabar menanti hari pembukaan musim persekolahan. Sebabnya, dia tidak sabar mahu bertemu dengan semua rakan-rakannya.

“Lin, hari ni tak payah buat sarapan. Sekejap lagi abang nak beli nasi lemak.” ujar Lukman, abang Layyinul Basra. Layyinul Basrra mengangguk. Dia tidak jadi untuk maulah cekodok sebagai sarapan mereka pada pagi itu.

Hidup mereka Cuma dua beradik setelah kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan ngeri empat tahun yang lepas. Lukman yang ketika itu berada dalam tingkatan lima di sebuah sekolah berasrama penuh tepaksa berpindah sekolah demi menjaga Layyinul Basra yang ketika itu berada dalam tingkatan satu.
Lukman lantas mengambil kunci motor . Layyinul Basra lalu membuat air milo. Kemudian dia berlalu ke ruang tamu untuk melihat televisyen. Bunyi menandakan ada mesej masuk membantutkan penglihatannya terhadap kaca televisyen. Dia melangkah ke biliknya.

Assalamualaikum. Doing anything lately? Ha ha. Gurau je. Ak juz nk tnya kau dh beli brg utk skul ke? Kalo blum, ak nk minx tlong la. Belikan ak punya brg skali. Mlas la nk kluar rumah. Nk lepak smntara masih cuti. He he.
From: Zairul Ikhwan

Layyinul Basra tersenyum. Merepek betul budak ni. Ngada-ngada..detiknya. tangannya pantas menaip sesuatu.

Waalaikumussalam.. belum lagi.. ak kan jenis yg last minit..

Erm.. pulak. Habis 2, sape yg nk belikn brg ak ni? Alaa.. pliz la Lin. Ak mlas la nk beli. Kau la shbt shidup smati ak. He he. X de la, gurau je. Ok. Lgpun esk ak nk g town, kau nk tmpah pape?

Pulak dh.. die yg nk g town, sruh kite plk belikn.. ok, cm 2, kau belikn ak brg skul.. plizzz.. kau la shbt shidup ak.. mati x tau lagi.. hehee.. x de la.. kau x pyh belikn pape.. ak pndai la beli sndiri..

Bgus. Save duit ak. He he. Jgn marah. Anyway, dh srpan?

Tgh tggu abg Aman beli ns lmk..

oo.. x msk?

Deruman motor yang berhenti di halaman rumahnya membuatkan dia menjenguk ke luar tingkap. Lukman masuk bersama plastik berisi empat bungkus nasi lemak. Layyinul Basra tersenyum. Lukman mengusap kepala adiknya. Layyinul Basra menepis lembut. Lukman terkekeh-kekeh gelak, mengerti sikap adiknya yang tidak gemar orang mengusap kepalanya. Melihat senyuman melingkari bibir mulus adiknya, Lukman berhenti ketawa.

“Ermm.. Ni mesti pakwe baru lepas call kan?” soalnya. Layyinul Basra menggeleng.

“Mana ada. Abang ni pandai-pandai je. Eh, lupa balas mesej dia! Oops..!”. layyinul Basra menutup mulutnya. Lukman tersenyum.

“Pergi makan dulu. After that, baru reply. Jangan risau, tak lari ke mana budak tu.”

“Apa abang ni. Kawan je la. Lagipun abang Aman la pakwe kite.” balas Layyinul Basra. Dia membawa bungkusan nasi lemak ke dapur. Air milo yang telah dibuatnya tadi dituang ke dalam cawan lalu diberikan pada Lukman.

“Eh, tak payah susah-susah layan abang. Pergi layan ‘abang’ kat bilik kamu tu,” gurau Lukman. Layyinul Basra mencebik.

“Apa abang ni…”

Maaf late reply.. abg Aman blk td.. nk msk tp.. dh abg ak ckp x pyh.. wtpe nk susah2 msk kn.. save tenaga ak.. hehee..

Beberapa minit kemudian, balasan mesej Zairul Ikhwan sampai di skrin telefon bimbit Layyinul Basra.

Aiseh, tenaga kau 2 kn le dtg blk. Apa la.🙂
Comelnya..

Ehem, memang x dpt dnafikn..

Ak bkn ckp psl kau la.. tp psl smiley yg kau bg 2..

Memang la. Ak pun ckp psl smiley 2, x ckp pun ak yg comel. Ap yg kau fikir ni? Atau, kau fikir, ak ni yg comel? Ha ha. Gurau je. Jgn ambk hati tau.

Ermm.. mana mungkin aku ambil hati terhadap apa yang kau cakap Zairul Ikhwan. Kata-kata kau begitu sukar untuk dicanggah, meskipun aku mampu, hati ini tidak betah mencanggahnya. Kalau ku menidakkan, hati ini bakal sakit dan aku tidak mahu ia berlaku. Layyinul Basra mengeluh.

Matahari mula menunjukkan dirinya tatkala bulan menyembunyikan diri. Pungguk mula berlagu sepi. Terlalu sekejap jangka kita bertemu, detik pungguk. Matahari tersenyum. Faham bagaimana pungguk cukup tidak suka andai dirinya muncul. Ini ciptaan Tuhan, pungguk, pujuk matahari. Pungguk hanya mampu mengeluh. Tidak tahu bagaimana harus dia lakukan sepanjang ketiadaan bulan. Meski baru beberapa saat bulan berlalu, perasaan merindui sudah menerjah di hati sang pungguk. Unggas yang lain memang kagum dengan kesetiaan pungguk. Tanpa madah bicara daripada pungguk pun, mereka sudah mengetahui betapa sayangnya pungguk pada bulan.

Layyinul Basra mula bersiap untuk ke sekolah. Setelah membuat sarapan untuk Lukman, dia lantas mengeluarkan basikal dari garaj. Lukman yang baru keluar dari bilik memandang ke arah Layyinul Basra.

“Tak awal sangat ke adik pergi? Pendaftaran start jam lapan kan?”soal Lukman. Layyinul Basra tersengih.

“Adik kena handle pendaftaran student la bang. Abang nak pergi kerja dah ke? Bekal abang adik dah buatkan. Before that, makan la dulu.”balas Layyinul Basra.

“Alright madam!”gurau Lukman.

Sampai sahaja, sudah ramai pelajar yang memenuhi perkarangan sekolah. Ragam ibu bapa yang sibuk bertanyakan soal yuran mula menyapa penglihatan. Para pelajar pula tidak terkecuali untuk bercerita mengenai pengalaman sewaktu bercuti. Layyinul Basra meliarkan matanya mencari kelibat Farra. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di kantin, namun batang hidung sahabatnya itu masih belum kelihatan.

“Maaf Lin. Farra khayal baca buku tadi,” ujar Farra, cemas. Risau sekiranya rakannya marah. Layyinul Basra tersenyum. Memang menjadi rutin Farra membaca buku jika ada keluangan masa.

“Takpe. Tak lama pun Lin tunggu,”ujar Layyinul Basra, cuba menghilangkan rasa bersalah yang mula berlingkar di hati lembut Farra. Sahabat yang berpakaian seragam baju sekolah putih itu tersenyum namun masih sumbang pada penglihatan Layyinul Basra.

“Betul la.. Lin tak marah pun.. Jangan la senyum macam tu.. Huduh la..” gurau Layyinul Basra. Farra menepuk lembut bahu Layyinul Basra.

“Dah beli buku tulis?”

“Sudah. Time ambil result hari tu. Lagipun Lin sure takkan move to another school, so beli je la. Kenapa? Farra tak beli lagi ke? Ermm.. Farra nak pindah sekolah ke?”. Farra menampakkan wajah sugulnya. Layyinul Basra mengerti. Pasti disebabkan ibu tiri sahabatnya itu. Hanya permasalahan itu yang akan melingkari
ruang kehidupan Farra.

Farra kematian ibu pada usianya yang masih bayi. Bagi menjaganya, ayahnya telah menikahi seorang janda. Namun, bak cerita dongeng, ibu tirinya sering menderanya saat ayahnya tiada. Dia diugut agar tidak memberitahu ayahnya dan dua tahun yang lepas, satu-satunya insan yang menjadi tempat rasa sayangnya dilemparkan pergi menyambut seruan ILAHI. Perangai ibu tirinya pula semakin menjadi-jadi. Pantang kesalahan dilakukan, mesti berbirat seluruh tubuh Farra. Terlalu syadid bagi Layyinul Basra.

“Takdir Farra. ALLAH beri dugaan macam ni kat Farra pasti ada hikmahnya. Kita tidak berhak untuk mengeluh Lin. Sebagai manusia yang selalu melakukan khilaf, kita hanya mampu untuk memohon pertolonganNya. Hanya itu yang kita mampu, Lin..” ujar Farra. Hati Layyinul Basra tersentuh. Dirinya sebak. Sungguh mulia insan sepertimu, Farra. Aku bertuah menjadi temanmu. Kau telah mengajar aku erti pengorbanan. Pengorbanan dalam istilah penciptaan nilai-nilai sebuah kehidupan di mana segala kebaikan telah kau simpulkan agar kesedihan tidak melanda kehidupanmu. Aku kagum..detik Layyinul Basra.

“Lin sayangkan Farra. Walau apa-apa pun yang berlaku, Farra tetap akan jadi kawan Lin sampai bila-bila..” Layyinul Basra memeluk tubuh comel Farra. Farra tersenyum.

“Farra pun sayangkan Lin. Lin kena ingat tu.. Farra sanggup korbankan apa saja demi Lin. Lin satu-satunya orang yang mampu gembirakan diri Farra saat ini. Apa saja Lin.. Apa saja..”

Malam sekali lagi menjelma. Namun tanpa suara pungguk menyapa. Unggas yang lain hairan. Bulan meratap sedih. Selama ini memang dia endah tak endah dengan kehadiran pungguk, tapi hakikatnya, hati sang bulan sudah terikat pada tiang cinta sang pungguk. Katak bersuara sayu. Awan berarak perlahan, seolah mengerti bulan tidak mahu berada pada celah-celah antaranya. Tidak mahu pabila pungguk muncul, lalu tidak melihat kehadirannya, pungguk lantas berlalu. Bulan masih tidak sedar, pungguk bukan begitu. Pungguk tidak mungkin meninggalkan Cuma bulan sahaja yang pandai bermain cinta, dalam erti kata, permainkan cinta sang pungguk. Unggas yang lain memahami betapa setianya pungguk pada bulan, betapa kagumnya mereka pada cinta pungguk pada bulan, betapa tidak pernah berputus asanya pungguk dalam meraih cinta bulan. Cinta pungguk harus disanjung, detik mereka.

Kelkatu tersenyum. Arghh..! Sudah sejak azali kelkatu dan pungguk bertentang sesama. Duanya saling merebut cinta bulan. Kini, pungguk entah ke mana lalu dia lantas menyandang tugasnya sebagai penyambung cinta kecundang. Bulan memandang kelkatu dengan senyuman yang tidak seceria dulu. Sungguh!! Dia rindukan pungguk. Pungguk, anata ga daisuki desu!! (oops!! TERmasukkan bahasa Jepun plak) Jerit batinnya. Suaranya mendayu lemah menyambut kemesraan kelkatu. Kegelapan malam seolah menyerupai riak hatinya yang gelap tanpa pungguk. Bintang malas menunjukkan dirinya. Rasa marahnya pada bulan kerana permainkan cinta pungguk masih berbekas. Bulan tertunduk, menyesali segala khilaf yang dilakukannya.

Kelkatu mencari makna cinta dalam dirinya. Tidak! Dia tidak cintakan bulan. Cuma sinar cahaya bulan yang menjadi tarikannya dalam meminati bulan. Dia tidak betah menebarkan cinta seperti cinta pungguk terhadap bulan. Kelkatu berlalu pergi. Pemergian kelkatu tidak meninggalkan kesedihan buat bulan. Sungguh!! Hatinya telah ditakhluki cinta pungguk. Misteri kehilangan pungguk masih menjadi tanda tanya. Bulan rindukan pungguk..!!! Teriakan bulan menghidupkan malam tanpa setia.

“Kau ni.. Kenapa @/:,#$ sangat??!! Kau ingat aku hantar kau ke sekolah tu untuk apa?” marah Puan Lidya. Dia menarik rambut Farra. Farra cuba mengumpul seluruh kesabaran. Kalimah Pencipta sentiasa membasahi bibirnya. Tubuhnya rela diperlakukan sedemikian. Syurgaku di bawah telapak kaki ibuku.. detiknya.

“Kau ni manusia ke apa? Aku suruh buat kerja sikit je dah nak berehat. Kau ingat rumah ni hak milik kau? Boleh tinggal free??” sambungnya lagi. Dia lantas mengambil rotan yang bersangkut di dinding. Tanpa sedetik perasaan mengasihani, libasan demi libasan di’kurnia’kan di tubuh Farra hanya kerana gadis itu berehat sebentar setelah disuruh melakukan kerja rumah yang tidak terkata banyaknya.

Farra melangkah ke biliknya, mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Aliran air yang membersihkan tubuhnya dari darah libasan rotan amat memedihkan. Farra terduduk, memeluk lututnya. Sejadah dibentang. Solat sunat hajat dijalankan dengan penuh ketawadukkan. Kemudian, katil menjadi sasaran Farra setelah beberapa helaian mashaf Al-Quran dibacanya.
Dia melihat telefon bimbitnya, terdapat dua mesej di situ.

Assalamualaikum.. Farra, Lin harap Farra sentiasa mjadi seorang insan yg patuh kpd ALLAH. Sentiasa sayang Lin ye.. hehee.. jgn sedih2 tau..
From: Layyinul Basra

Assalamualaikum. Knp Farra mcm m’jauhi K’an? K’an syngkan Farra. Jgn lari dr kbenaran. K’an tau Farra pun syngkan K’an. Jgn wat cm ni. Kita b2 akn sama2 mderita, Farra..
From: K’an

Farra mengeluh. Lin, Farra memang sayangkan Lin. Farra anggap Lin macam adik beradik Farra. Lantaran itu, Farra terpaksa menolak cinta lelaki yang mampu melemahkan hati ini. Farra tak mahu perhubungan kita ini lupus kerana sesuatu yang melalaikan. Ukhwah yang telah terbina takkan Farra putuskan. Farra janji Lin..

Mentari kembali. Bulan berlalu dengan tangisan di pipi. Pipit berkicau, enggang menyahut. Semua unggas bekerjasama mencari pungguk yang masih tidak kelihatan. Mentari takjub. Betapa agungnya cinta anugerah Pencipta. Angin lembut membelai membawa khabar cinta bulan pada pungguk. Langit sekadar mengintai di balik tirai awan tanpa warna. Sungguh dia mengkagumi kisah cinta ini.

“Tak sangka kan.. Dah nak SPM pun kan.. Lagi empat bulan je.. Tak lama lagi, habis la zaman school kita.”
Ujar Layyinul Basra. Farra tersenyum. Dia menikmati mee bandung dengan penuh keazaman untuk berjaya di dada. Suasana kantin bising dengan suara pelajar yang tidak kenal erti sabar. Benarlah, bak kata orang, pabila perut yang lapar, tiada kesabaran dapat dipraktikkan. Layyinul Basra mengelap mulutnya dengan tisu.

“Lin nak pergi kelas la ambik notes. Farra nak kirim apa-apa?” soal Layyinul Basra.

“Ambilkan buku hijau Farra, boleh?”.
Layyinul Basra tersenyum kemudian terus bangun untuk berlalu ke kelas.

Hari ni, hati sudah mula bicara tentang cinta manusia lantas fikiran menjadi cair menerima pertanyaan tentang konsep cinta itu.. Ya ALLAH, jangan biarkan hati ini lalai.. Cukuplah aku menyatakan cintaku hanya untuk-Mu.. Cinta itu hanya satu pada satu-satu masa.. Andainya, sudah ku punya cinta, mengapa aku perlu cinta yang lain, Ya ALLAH? Seboleh-bolehnya aku tidak mahu persoalan aku ini terjawab, namun aku mengerti, setiap persoalan harus punya jawapan dan jawapan itu pastinya tidak memihak pada aku.. Setiap insan diciptakan berpasangan lalu sudah menjadi kewajiban akan wujudnya perasaan cinta tu.. Wajib?? Terlalu sukar mengatakan konsep cinta ini.

Mengapa tatkala hati ini sedang berperang bermadahkan cinta, fikiran menerawang memikirkan dia? Cintakah? Jangan datangkan cinta yang lantas membuat aku lalai terhadap-Mu Ya ALLAH.. Aku akui setiap orang akan dilahirkan dengan rasa ingin dicintai dan mencintai.. Sekiranya sudah tertulis, dia menjadi teman hidupku untuk terus bermusafir ke arah syurga-Mu, aku rela menerima konsep cinta itu.. Namun, seandainya dengan memikirkan dirinya, menyatakan cintaku terhadapnya membuat aku alpa dengan matlamat cintaku terhadap-Mu, terhadap rakan baikku, aku mohon, lupuskanlah ingatanku dalam mengingati dia.

Terlalu jauh hati ini mengembara mencari cinta yang menuju ke arah syurga-Mu sehingga aku malah berbicara dengan diriku konsep cinta-Mu vs cinta manusia lalu aku beranggapan tiada cinta yang seluhur cinta-Mu.. Anggapan?? Tidak, aku meyakininya..!! Tidak perlu aku madahkan, Kau juga sudah tahu apa yang bersarang di hati hamba-Mu ini, bukan? Fitrah untuk mencintai dia dan dicintai olehnya tiap kali menyapa jauh ke dasar lautan hati.. Lapangkanlah hatiku ini Ya ALLAH.. Jika bukan dia Kau titipkan buatku, kirimkanlah cinta yang lebih baik untukku yakni cinta yang bisa membuat aku jatuh ke dasar cinta-Mu.. Aku mohon.. Ya ALLAH..

Semakin aku memikirkan soal cinta ini, ku rasakan semakin jauh dari landasan cinta-Mu.. Andai itu berlaku, sebaiknya tidak terlintas difikiran ini untuk terus mendalami cinta itu apa sebenarnya.. Jauh membuatkan dua hati terpisah.. Mengapa aku pasti terbayang dia tatkala aku sedang berkhalwat dengan-Mu dalam menyatakan frasa ini.. Mengapa harus ada cinta yang lain di antara cinta kita Ya ALLAH.. Apa yang sedang musuh anak cucu Adam ini hasutkan pada pemikiran hatiku yang masih mencari nilai cinta, Ya ALLAH? Jauhkanlah mereka dariku.. Aku mahu menjadi seorang yang thiqoh Ya ALLAH..

Hari ini, kenangan bersamanya menerjah fikiran buat sekian kalinya. Entah mengapa hati ini terlalu sukar menafikan perasaan yang sedang melanda jiwa setiap kali dirinya menyelangi hubunganku dengan-Mu. Aku cintakan dia Ya ALLAH..!! sesungguhnya..! Aku tak dapat menyembunyikan perasaanku ini lagi. Sungguh hebat anugerah perasaan cinta yang Kau kirimkan dalam hati kecil ini. Mengapa terlalu lemah hati ini dibelai oleh cinta yang belum tentu membawa aku ke arah syurga-Mu? Tolong aku Ya ALLAH.. Bagaimana dengan sahabatku yang telah kau titipkan buatku? Apa yang akan dia rasakan andai dia mengetahui sahabatnya ini mencintai insan yang amat dia cintai? Dia terlalu suci untuk mengalami penderitaan sepertiku, Ya ALLAH..

Gembiranya hati tatkala dirinya prihatin terhadap diri ini. Melayan setiap kata yang menyapa dengan penuh tarbiah. Sungguh.. Aku cintakan dia..! Namun, aku risau Ya ALLAH.. Aku risau aku menyatakan cintaku terhadapnya melebihi aku menyatakan cintaku pada-Mu. Itu sudah aku katakan, bukan? Aku tak mahu melakukan khilaf kepada-Mu. Dan aku tak mahu melakukan khilaf pada sahabatku. Aku mohon Ya ALLAH. Hilangkan nama K’an dari dasar hati ini..

Buku hijau milik Farra terjatuh. K’an?? Zikhwan kah? Kalau benar dia yang Farra cintakan, Lin sanggup berundur dari kisah ini. Lin sanggup lepaskan Zikhwan demi Farra.. Layyinul Basra menangis. Farra…

***

“Kamu disahkan menghidap leukemia di tahap terakhir,”. Satu ayat itu cukup membuatkan jiwa Farra meronta.

Ya ALLAH.. Terlalu banyak dugaan yang Kau berikan…

“Hai Lin dan.. Farra..” ucap Zairul Ikhwan. Layyinul Basra tersenyum. Dia memandang Farra yang tunduk. Jiwanya mengeluh. Bagaimana kauorang boleh menyembunyikan segala-segalanya sebegitu hebat?

“Hai jugak..” mereka lantas duduk di pondok rehat yang terletak di tengah-tengah taman permainan itu. Memang niat Layyinul Basra mengajak Farra dan Zairul Ikhwan ke situ. Untuk perjelaskan semuanya.

“Kenapa panggil aku datang?” soal Zairul IKhwan.

“Firstly, Assalamualaikum because sudi menghadirkan diri. Ermm.. Macam nak bagi speech pulak.” Farra dan Zairul Ikhwan tersenyum.

“Lin nak bagitahu something pada Zikhwan dan Farra. The truth is, Zikhwan, Farra loves you and only loves you besides ALLAH.” Farra terkejut. Dia menarik tangan Layyinul Basra.

“Apa ni Lin?”

“Betulkan? Farra jangan nak tipu Lin. And most of all, jangan tipu diri Farra sendiri dan Zikhwan. Lin tahu Zikhwan tak cintakan Lin. Dia hanya sayangkan Lin as a friend. Not more nor less.. But he loves you Farra. Dah lama Lin perasan Cuma hati ni not as pure as Farra’s.. Hati Lin tak nak terima hakikat. Asyik membantah je kerjanya. So kat sini, konklusinya kamu berdua sama-sama cinta.”

“Tapi Farra tak cintakan dia!! Arghh….!!” Farra lalu pengsan.

“Apa yang kau katakan ni Lin?? Aku cintakan kau. Farra pun tak cintakan aku. Dia cintakan abang kau, Lukman alias K’an!” jelas Zairul Ikhwan. Layyinul Basra yang memangku Farra tersentak.

“Maafkan Farra ye Lin sebab tak beritahu semua ni.” Suara Farra tenggelam timbul kerana mask yang dipakainya. Tiub-tiub melingkari tubuhnya. Layyinul Basra sedih melihat keadaan sahabatnya. Puan Lidya tersentuh.

“Ibu.. Farra minta maaf sebab selama ni Farra selalu susahkan ibu. Farra tak rajin buat kerja untuk tolong ibu. Farra sebabkan ibu selalu menangis sebab Farra. Farra minta maaf..”

“Tidak sayang.. Ibu yang salah. Ibu terlalu turutkan kata hati untuk memukul kamu. Sungguh, ibu sayang kamu Cuma setiap kali ibu lihat wajah kamu, ibu melihat bayangan mak kamu. Dia perampas cinta ibu. Dia merampas ayah kamu dari ibu. Ibu yang patut minta maaf.. Maafkan ibu..”. Farra tersenyum. Dia memandang LAyyinul Basra.

“Lin, ketahuilah Zikhwan sangat sayangkan Lin. Farra tahu tiada insan lain di hatinya selain Lin dan Farra juga tahu betapa sayangnya Lin padanya. Semoga ALLAH merahmati hubungan kalian..”. Zairul Ikhwan hanya mampu tersenyum lemah.

“Abang Lukman..” panggil Farra. Lukman menahan sebak tatkala berdepan dengan gadis yang dia cintai.

“Abang Lukman, after Farra dapat tahu yang K’an tu abang, Farra jadi takut. Farra tak nak kecewakan Lin. Lin pernah cakap yang dia inginkan seorang yang mampu membahagiakan abangnya. Farra tahu, Farra… tak mampu. Farra dari keluarga miskin. Dapat mengenali abang… dan Lin pun merupakan anugerah ALLAH paling berharga buat diri Farra.”

“Tidak Farra. Lin ikhlas andai sudah titipan kasih itu menular ke dalam hatimu.”ujar Layyinul Basra. Lukman mendekati.

“Abang sayangkan Farra.”

“Farra pun takkan mampu menapis perasaan Farra yang memang cintakan abang. Farra cintakan abang, kasihkan abang kerana ALLAH.. Lin, Farra pun sayang Lin kerana ALLAH.. kerana ALLAH Lin.. kerana ALLAH…”
Tiit………………
Bulan meratap pemergian pungguk dengan tangis memenuhi ruang hati. Pungguk, maafkan bulan kerna perhatian yang diberi selama ini bukan datang dari hati. Kini bulan mengerti cinta pungguk. Pungguk cintakan bulan bukan kerana cahayanya yang dipinjam dari mentari, bukan jua kerana senyuman yang merupakan tarikannya, tapi pungguk cintakan bulan kerana Pencipta. Lantaran itu, pungguk mampu setia. Lantaran itu punguk mampu berdiri teguh di pohon cinta. Lantaran itu pungguk mampu bertakhta di puncak mahligai bahagia. Kerana cinta.. Semuanya kerana cinta. Cinta pungguk.. Pungguk sayangkan bulan..

THE END

p/s
1st time hantar karya yang tak seberapa~~
^__^!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: