Novel : Analogi 1

Nama Pena : violet_dara

Secawan kopi telah habis aku teguk,kini beralih pula dengan \’sky jus\’.Aku jadi tidak keruan.Pekerjaan aku hanyalah guru pengajar lesen memandu,dan usia aku sudah 22 tahu,status aku pulak sudah berumahtangga.Isteti aku berumur 22tahun jugak.Cerita ini kukisahkan 2tahun yang berlalu.

**************

Aku merenung Ida,tunang ku,Hati aku naik berang.Bukti apa lagi dia nak pun aku tak pasti.Aku sudah serahkan semua kasih sayang aku pada dia,tapi masih lagi dia kata SEMUA LELAKI SAMA.Akukah yang kena terima balasan atas kesalahan kaum adam sejenis ku?Apa keputusan aku untuk dia percaya semua lelaki tak macam tu.

Ida merenung kasar,wajarkah permintaannya minta pertunangan ini putus ditengah jalan aku setukan?wajarkah aku menerima segala apa yang dia urakan.Apabila aku tanya mengapa,masih tak pasti ke dengan cinta aku,dia kata..Entah,Malas fikir.Apakah dia anggap aku hanya menutup malu.Mahukah dia menyimpan cinta pada suami orang selamanya.Ida hanya biarkan aku sendiri,menyingkap rahsia hatinya.Aku yang tidak tahu membuat keputusan merenung masa hadapan.Nampaknya Ida betul-betul putus harapan.Namun permintaan Haji Salleh bapa ku bagaimana?Apabila ku lihat wajah ibu yang mahukan meskipun seorang cucu kerana abang dan kakak ku tidak dipunyai seorang zuriat pun.

“Apa maksud Ida ni?cuba terangkan kat Syahfiq.Mana janji Ida?”
“Janji apa?”tenging Ida.
“ida sebab apa ida nak Syafiq tinggalkan ida?tak cukup ke Syafiq buktikan yang Ida hanya seorang dihati Syahfiq??”
“Aah lelaki semua sama,bila belum dapat sayang kita bukan main,macam-macam lah cakap.Manis semacam,bila dah dapat senang-senang tinggalkan kita.Itulah hobi lelaki kan??”
“ida cuba kenali Syafiq dulu,aad ke ida rasa Syafiq macam tu?tak bertanggung jawab,tak sayang ida?”
“ah Tak percaya,semua palsu.Yang tahu lelaki hanya nak anak bila dah kahwin,pastu permainkan perempuan.”
“mengucaplah ida.Apa tak cukup ke Syafiq curahkan kasih sayang?masih tak cukup?Apa lagi yang kurang?”
“Putuskan pertunangan.Aku tak mahu kahwin.”
“apa yang ida merepek ni,majlis kita lagi seminggu aje.Ida jangan buat hal ni main-main.”
“Apa lagi,aku taknak hubungan ini berakhir dengan kita kahwin.”
“Ida..dengar dulu…kenali syafiq dulu.”
“buang masa..Aku tak perlu lelaki dalam hidup.Lebih baik aku berkahwin aje dengan suami orang.”
“Astagafirullahhalazim.Ida nak rosakkan rumah tangga orang?Macam mana kalu Ida yang kena nanti?”
“Ah..biarlah hidup aku kan?yang kau sebok-sebok pasal apa?”
Mendidih kemarahan ku,ku tahan aje biarpun aku rasa geram dengan Rashida.Dalam dia mampuku hanya berdoa agar hatinya yang keras bak batu terbuka.

“nah ni,ambik cicin ni..aku tak perlukan kau dalam hidup aku.”
“Rashida…”aku mengawal kemarahan ku yang meluap sudah berasap.
“Bawa bincang dahulu.Kenapa ngan awak ni??”biar pun aku marah,\’kau aku\’ takkan aku lontarkan.Awak adalah panggilan selemahnya aku insan bernama Syafiq.
“abis kau nak aku buat apa?Kau tak malu ke menagih macam terhegeh-hegeh?”
“apa yang awak buat ini betul dah fikir semasaknya.Saya beri awak satu minggu.Kalau masih berkeras,buat cara islam,datang rumah saya putuskan pertunangan kita”

Aku menghulur balik cincin belah rotan itu.
Berharap dia mengerti,dia hanya diam membisu.Mungkin takut,mungkin sedang fikir.Takut kerana mampukah dia bersuara untuk putuskan pertunangan yang lagi seminggu kami diijabkabulkan.Ida tidak berganjak sewaktu aku hulurkan cincin semula ditelapak tangan.Biarlah,aku akan buktikan aku bukan lelaki macam mereka.
Biarlah kau hukum aku yang tidak bersalah,namun aku akan teruskan hubungan ini sehingga kami sah menjadi suami isteri.’Lama-lama nanti oklah tu…’ku pujuk hati.

Kereta kancil ku bergerak perlahan,Ida biarlah dia pandai-pandai mencari jalan sendiri.Aku mahu sendirian.Aku mahukan ketenangan.Biarlah aku begini menjeruk hati.Berdoa dan menjadi selemah insan.

Aku memberhentikan kereta di tepian jalan raya Ampang.Melihat kehijauan biarpun masih sibuk dengan kereta.Aku memandang kad perkahwinan berwarna krim dengan kosong.Untuk apakah ini?Apakah benar pilihan aku ini?Adakah ini jalan terakhir?Betul ke aku cinta dia?Macam mana kalu dia memang mahu kami putus?.Entahlah.aku merehatkan tengkuk ku.Memejam mata.

HASBIRABBI JALLALLAH,MAFI QALBI GHAIRULLAH,NUR MUHAMMAD SOLLALLAH..aku berselawat dalam hati.Tuhan kau kurniakan aku hidayah dan pertunjuk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: