Novel : Apa?! Kahwin dengan dia?! 1

Nama Pena : Penulis zurin

“Apa?!Awak merepek apa ni?!No way saya akan buat benda bodoh macam tu!Saya cintakan awak seorang faham?!”Marah Razif.

“Awak dengarlah apa saya nak cakap dulu.”Rayu Zalfa.Razif sudah pun tidak keruan.Mundar-mandir dia di hadapan kerusi menunggu hospital.Nafasnya turun naik.Dia meraut mukanya.Zalfa bangkit dari duduknya.Dia menarik Razif supaya memandangnya.

“Boleh tak saya minta awak buat ni demi saya?”Muka Razif yang sememangnya ketat sebentar tadi longgar serta merta.

“Why you do this to me?I need you.I don’t want to lose you.Kenapa kita perlu korbankan cinta kita kepada orang yang dah nak mati tu?Biarlah dia pergi.”Satu tamparan hebat tersasar dimuka Razif.Zalfa menitiskan air mata.

“Orang yang nak mati tu sahabat saya,awak tahu?!Dia sedang bertarung dengan nyawanya!Kenapa awak masih pentingkan diri awak sendiri Muhammad Razif Danish?!”Suara Zalfa sudah meninggi.Tidak dipedulikan kakitangan hospital yang sedang memandangnya.Memandangkan waktu sudah malam,tiada pelawat pun yang ada kecuali dia dan Razif.

“I’m sorry.I’m just stress.But why? Saya tak faham.Saya tak kehilangan awak!Awak faham tak Zalfa?”Razif memegang tubuh Zalfa.Dia betul-betul dahagakan penjelasan.

“Saya tak akan tinggalkan awak.Kalau awak betul cintakan saya,kahwin dengan Kamilia.”Razif kaku.Terkejut dengan permintaan Zalfa,cinta pertama dan terakhirnya itu.Dia menelan air liur.Pegangan ditubuh Zalfa dilepas perlahan dan dia berundur setapak ke belakang.

“You’re joking right?Tell me you’re joking.”Zalfa menarik nafas dalam lalu menggeleng.

“Are you crazy?Saya tak boleh kahwin dengan orang yang saya tak suka dan tak kenal lansung.Saya hanya tahu nama dia je and dia sahabat awak.Itu je.No way!Saya tak nak!Saya nak sehidup dan semati dengan awak.”Pujuk Razif.

“Buat ni demi saya Razif.Kalau betul awak cintakan saya.Dan percayalah saya tak akan tinggalkan awak selagi awak bersama dengan Kamilia.”Zalfa menagtur langkah ke bilik rawatan ICU yang didiami oleh Kamilia.Razif mencekak pinggangnya.Air matanya bergenang.Dia keliru.Sungguh dia tidak faham apa yang diucapkan oleh Zalfa tadi.

Zalfa merenung Kamilia yang dililiti dengan wayar-wayar di tubuhnya.Rasa kasihan timbul tanpa diundang.Dikucup dahi itu penuh rasa sendu.Dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan yang ditanggung oleh Kamilia.Sudah 7 tahun Kamilia menghidap penyakit sakit jantung.Jantungnya mempunyai masalah sejak dia berumur 15 tahun.Doktor menganggarkan Kamilia hanya akan hidup selama 5 tahun tapi doktor sendiri terperanjat macamana Kamilia boleh hidup lebih daripada jangka masa yang dianggarkan.Mungkin itulah semangat untuk hidup barangkali.

“Cik Zalfa?Boleh kita berjumpa sekejap.”Suara Doktor Jafar mencantaskan lamunan Zalfa.Dia menganggukan kepalanya dan membuntuti langkah Doktor Jafar,doktor yang merawat Kamilia.

“Doktor tak balik lagi?Dah pukul 10 malam dah ni.”Tanya Zalfa dengan dahi yang berkerut.Yelah pelik juga dia doktor itu tidak pulang sedangkan malam sudah pun mulai larut.

“Saya ada kerja sikit tadi.”Zalfa menganggukan kepalanya tanda faham.

“Ada apa doktor panggil saya ni?”Doktor Jafar menanggalkan kaca matanya.

“Oh saya nak tanya pasal pembedahan tu.Bila tarikh yang sesuai?”

“Secepat yang mungkinlah doktor.”Doktor Jafar menganggu-anggukan kepalanya.

“Baiklah kalau macam tu.Minggu ni saya punya jadual pembedahan memang full.Jadi mungkin minggu depan.InsyAllah kalau boleh saya akan cari masa secepat mungkin untuk minggu ni.Kalau tak ada minggu depanlah.”Zalfa tersenyum.Puas hati dengan jawapan itu.

“Terima kasih doktor.”Zalfa berkira-kira untuk berlalu keluar dari bilik doktor itu.

“Oh ya doktor!Bil rawatan Kamilia semua masukkan dalam bil saya ya?”Doktor Jafar menggerakkan kepalanya ke bawah sekali lagi sambil tersenyum.

**

Muka Razif lansung tidak ceria apabila dia mendapat tahu bahawa Zalfa terlibat dalam kemalangan.Hatinya bagaikan dirobek-robek apabila dia mendapat tahu tentang berita itu.

“Saya nak tengok mayat dia doktor.Tolonglah.”Rayu Razif.Doktor Jafar menggeleng.

“Maafkan saya.Tapi pihak keluarga arwah Cik Zalfa tidak mengizinkan awak melihat mayat Zalfa.Mereka takut awak akan terkejut besar.Saya harap awak faham dengan amanah yang diberikan kepada saya.”Razif menumbuk dinding.Rasa sakitnya tidak dipedulikan.Marah bukan main lagi.Sampai hati Dato’ Sufian dan Datin Aina tidak izinkannya melihat Zalfa buat kali terakhir.

“Razif?”Satu suara yang dikenalinya singgah digegendang telinganya.Razif segera berpaling.

“Aunty faham perasaan kamu.”Puan Aina rupanya.

“Aunty izinkanlah saya jumpa dengan dia buat kali terakhir.Saya nak tengok muka dia.Tolonglah.”Puan Aina serba salah.

“Maafkan aunty Razif.Aunty tak boleh izinkan.Aunty ada sebab aunty tersendiri.”Razif mengeluh.

“Aunty datang jumpa kamu ni pun ada sebab.”Razif merenung muka wanita separuh abad itu.

“Masa Zalfa tengah nazak tadi dia sempat sampaikan hasrat dia nak suruh kamu berkahwin dengan Kamilia.Dia cakap kalau kamu benar-benar cintakan dia,kamu berkahwinlah dengan Kamilia.Tunaikanlah Razif.Itulah permintaan terakhirnya.”Datin Aina melangkah pergi dari situ.Razif terduduk di atas kerusi menunggu.Dia meraut rambutnya yang jatuh di atas dahi.

“Baiklah Zalfa.Saya buat ni kerana cinta saya pada awak!”

**

“Amin –amin ya rabbalalamin.”Kedua-dua tapak tangan disapu kemuka tanda doa habis dibaca.

“Kalau tak ada apa-apa lagi kami minta izin pulang.”Ujar Haji Kamarul,tok kadi yang menikahkan Razif dengan Kamilia di bilik rawatan Kamilia.

“Terima kasih.”Dato’ Sufian tersenyum.Haji Kamarul berserta beberapa orang saksi keluar dari bilik rawatan itu.Dato’ Sufian menghampiri Razif.

“Kami dah anggap Kamilia macam anak kami sendiri sebab dia terlalu rapat dengan arwah Zalfa.Lagipun Kamilia anak yatim piatu.Jadi kami ingat nak jadikan dia sebagai anak angkat kami.”Razif tersenyum kelat.Cukup dia benci melihat wajah Kamilia yang dilingkari dengan pelbagai wayar itu.

“Kamu jagalah dia elok-elok.Kami dah anggap dia seperti anak kandung kami sendiri.”

“Bila pembedahan itu nak dijalankan Dato’?”Tanya Razif.

“Panggilah saya ayah.Kamilia ni kan anak kami?Pembedahan esok dijalankan.InsyAllah seminggu selepas itu Kamilia boleh keluar.”

“Eh Dato’ Hisham tak datang?”Tanya Dato’ Sufian apabila menyedari ‘besannya’ tiada.

“Oh walid dia outstation.Dia setuju saya kahwin dengan Kamilia.”Terang Razif.Dato’ Sufian menganggukan kepalanya.

“Nanti kirimkan salam saya kepada dia ya?”

“Razif…Jagalah Kamilia elok-elok ya?Aunty seperti dapat sinar baru apabila doktor kata,doktor dah menjumpai jantung untuk Kamilia.Kamilia memang seorang yang baik.Aunty sayang sangat dia.Aunty harap Razif tak sia-siakan dia.”Penuh pengharapan Datin Aina.Razif tersenyum.

“Cintailah dia seperti mana kamu mencintai Zalfa.”Razif terkesima.Tidak mungkin dia akan mencintai wanita itu.Zalfa adalah cinta pertama dan cinta terakhirnya.Tidak akan ada sesiapa yang mampu menggantikan tempat Zalfa di dalam hatinya.

**

“Apa?!Zalfa dah meninggal dunia?!Bila?!”Hampir tercabut jantung yang baru diperolehnya itu apabila dia mengetahui Zalfa,sahabat dunia akhiratnya sudah pulang ke rahmatullah.Diingatnya dia yang akan pergi berjumpa dengan Yang Maha Kuasa,rupaya Zalfa yang pergi.Butir-butir mutiara laju menitis membasahkan pipinya.

“Dan saya suami awak.”Hampir pengsan Kamilia mendengar itu.Ternganga mulutnya mendengar akuan daripada Razif.

“Suami?”Razif mengangguk.

“Atas permintaan Zalfa.Saya tak cintakan awak okey?”Kamilia terkedu.

“Apa semua ni?Kenapa banyak benda yang jadi lepas saya bangun dari katil hospital tu?”Razif menekan pedal brek.

“Heyyy!Awak boleh senyap tak?!Kusut kepala sayalah!Macamanalah saya boleh setuju kahwin dengan perempuan yang banyak cakap macam awak ni?!Eiii sakit otak tahu tak?!”Marah Razif tiba-tiba.

“Saya tak suruh pun awak kahwin dengan saya!Saya pun dari dulu tak pernah suka awak masa awak bercinta dengan arwah Zalfa.Tapi Zalfa dah cinta mati sangat dekat awak!”

“Boleh tak jangan sebut nama Zalfa lagi?Saya sedih awak tahu?!”

“Awak ingat saya tak sedih?!Saya kenal dia lebih lama daripada awak eh?!”Ammar mengetuk stereng kereta.Dimasukkannya gear dan tekannya laju pedal minyak.Tersandar Kamilia dibuatnya akibat laju punya pasal.

“Dah turun pergi amik baju dan semua benda yang perlu.Mulai sekarang awak tak perlu nak tinggal dekat rumah buruk ni lagi!”Razif memberhentikan kereta Mini Coopernya di hadapan rumah teres Kamilia.Kamilia turun dari kereta itu dengan hati yang panas.Sudahlah dia sedih dengan permergian Zalfa.Tahu-tahu pula dia berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.Apalah nasib hidupnya berkahwin dengan lelaki sebegitu?

p/s:harap cerita ni dapat menghiburkan anda.jgn lupa komen ya?!=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: