Novel : Erti Cinta 1

Nama Pena : Biel Sein

BERDEBAR sungguh rasanya. Sepanjang perjalanan itu dia tidak tidur. Tak lama lagi hidupnya bakal berubah. Apakah pilihan ini tepat???

” ADIK yakin dengan keputusan ni? Betul Adik nak ke sekolah tu?” Dato’ Azmi bertanya kepada anak perempuan tunggalnya. Ezza hanya mengangguk lemah.
” Kalau Adik tak pasti, ibu boleh minta tolong Pak Su recommendkan nama Adik ke MRSM Kuala Kubu Bharu. Takdela jauh sangat dengan ibu ayah.” Ezza merenung ibunya.
Bukan ibunya tidak faham. Dia tidak sukakan hidup yang dibayangi ayahnya, Dato’ Azmi, seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor. Disebabkan pangkat ayahnya, dia dilayan bak puteri oleh orang sekelilingnya. Dia tidak pernah mendapat rakan yang sebenar-benarnya. Semuanya mahu berkawan dengannya kerana keluarganya. Di sekolah tiada siapa pernah memarahinya. Kini setelah umurnya hampir 16 tahun dia mahukan sesuatu yang baru.
“Jangan risau bu. Nanti Ezhan jaga Adik.” Sampuk Ezhan. Ezza memandang abangnya sambil mengenyitkan mata.
“Betul tu bu,ayah. Kan abang ada kat sana. Ibu ngan ayah takyahla risah sangat,” akhirnya Ezza menjawab.
Malam itu, Ezza ke bilik ezhan. Esok abangnya akan kembali ke SBPI Selandar. Dia akan mendaftar seminggu selepas itu, kerana dia mendaftar sebagai pelajar baru.
” Adik yakin ke nak study kat sekolah abang?” soal ezhan yang ternyata meragui keputusan adiknya.
” Mestila. Apsal? Abang tak caye adik nak cari benda baru ke?” Ezza seakan merajuk dengan keraguan abangnya. Ezhan yang perasan akan perubahan pada adiknya, memeluk bahu adiknya itu.
” Ala, merajuk pulak adik abang ni. Macam mane nak dok kat asrama ni kalau cakap sikit pun nak touching?” Ezza mencebikkan bibirnya. Malam itu, Ezhan menceritakan kepadanya tentang sekolah barunya nanti.

“SEMUA dah ade ke Adik?” Suara ibunya menghalau pergi lamunannya. Ezza hanya tersenyum. Tak habis-habis ibunya mengingatkannya itu ini.
” Takyah risau bu. Ayah, abang mana?” Ezza tidak sabar mahu memulakan hidupnya di bumi SBPI Selandar ini.
” Tadi ayah dah call dia. Voice mail pulak. Maybe, dia ada kerja la kot. Kan ke abang tu pengawas kat sini. Hari ni pendaftaran pelajar baru. Makin sibuk la dia tu.”
Ezza merenung seluruh sekolah barunya itu. Suasananya sungguh berbeza denga sekolah lamanya. Kawasan ini dikelilingi ladang sawit. Sungguh tenang rasanya. Malah dalam perjalanan kesini tadi terdapat sebuah tasik. Ezza sungguh teruja dengan suasana disini. Kata Ezhan, aktiviti di sekolah ini banyak dijalankan di tasik tadi.
” Sorry, Ayah,Ibu,Adik. Ezzy lambat sikit. Ada hal tadi,”kata Ezhan dengan suara tercungap-cungap.
Ezza cuba mengorek rahsia dari abangnya tentang aktiviti yang bakal dijalankan semasa minggu orientasi nanti. Namun, sia-sia kerana katanya tak surprise la nanti. Dato’ Azmi mengeluarkan barang-barang Ezza dari bonet kereta.
” Mak ai. Banyak gile barang Adik. Nak terus pindah sini ke? Macam ni tak jalan la misi nanti!” Usikan ezhan itu menyebabkan Datin Aishah mengerutkan kening. Ezza mencubit lengan abangnya.
” Mission? Mission ape??? Adik, Ezhan…” dengan pantas Ezza cover line dengan mengajak ibunya ke asramanya.
Ezza ditempatkan di dorm 12. Menurut abangnya, sekolah ini mengikut sistem rumah sukan. Segala perkara yang dilakukan akan dinilai. Ala-ala dalam cerita Harry Potter la pulak. Ezza ditempatkan dalam rumah Proton sama seperti Ezhan. Dia pasti abangnya yang mengaturkan segala-galanya. Ezhan seorang yang sangat protektif. Dia selalu melindungi Ezza.
” Alamak, Adik kena duduk katil atasla. Macam mana ni,bang?” Datin Aishah mula risau. Dia tidak mahu Ezza tidur di katil atas kerana risau anaknya itu akan terjatuh kebawah.
” Awak ni risau sangat. Tengok adik tu tak kisah pun. Wallah seronoknya dia tu. Tengok, dah dapat kawan baru pun.” Dato’ azmi dan Datin Aishah menoleh kearah Ezza yang sedang berbual-bual dengan rakan barunya. Setitis air mata jatuh kepipinya.
“Aishah, anak kita dah besar. Awak takyah risau pasal dia,ok? Saya rasa awak tau apa yang adik nak kan?” Datin Aishah mengangguk.
Dia faham apa yang diinginkan anaknya. Anaknya bosan dengan hidup yang penuh plastik. Dia mahu merasa kehidupan yang sebenar. Dia meranung anaknya yang sedang berbual dengan rakan barunya. Pasti budak itu anak orang susah. Melihatkan kelengkapannya, Datin Aishah dapat mengagak latar belakangnya. Malahan dia tidak dihantar oleh sesiapa. Pasti ini yang mahu dicari Ezza. Datin Aishah melangkah kearah Ezza.
” hai, rancak nampak anak ibu berborak.” Rakan baru anaknya bangun dan dengan sopan mencium tangannya. Sebak sungguh hatinya. Seumur hidupnya, baru kali ini dia merasakan ketulusan hati seorang insan apabila menyalaminya. Selama ini semua orang yang menyalaminya sekadar mahu mengambil hatinya.
” ibu, ainul ni asal dari pahang bu. Lagi jauh dari kita,” ujar Ezza dengan teruja seakan memberi isyarat kepadanya agar tidak risau akannya.
“yeke? Pahang kat mana?”
” Kuala Lipis, mak cik,” balas Ainul sopan. Dalam hati, Datin Aishah memuji ibubapa ainul kerana berjaya mendidik seorang anak yang sopan. Mereka berbual-bual seketika sebelum dato’ azmi memanggil Datin Aishah untuk pulang. Dengan sebak Datin Aishah memeluk anaknya. Sesungguhnya amat berat hatinya mahu meninggalkan anaknya itu. Tapi apakan daya, ini adalah kemahuan anaknya sendiri.
” dahla tu, Aishah. Macam la an tu belaja kat uk. Nanti kita datangla.” Dato’ azmi cuba menenangkan isterinya.
” ibu ngan ayah takyah risau. Abang kan ade kat sini. Lagipun ainul ada,” jelas Ezza sambil menyalami tangan ayahnya pula.
Dia memerhatikan Toyata Camry ayahnya meninggalkan sekolah barunya. Ezza melambai-lambai tangannya. Dia kini yakin pilihannya tepat apatah lagi apabila mendapat rakan sebaik ainul.

DI DALAM kereta, Datin Aishah masih terkenang perbualannya dengan ainul tadi.

” ayah saya dah lama meninggal mak cik. Masa saya darjah lima.” Ujar ainul apabila Datin Aishah bertanya tentang pekerjaan ayahnya. Dapat dikesan nada sebak dari suara ainul. ” tapi, saya dah lama redha. Saya masih ada mak dan adik-beradik yang lain.” Menurut ainul dia mempunyai 2 orang kakak dan 2 orang abang. Seorang kakaknya study di universiti al-azhar dalam bidang perubatan. Datin Aishah kagum dengan semangat ainul. Ainul juga menyatakan dia menerima tawaran belajar di asrama memandangkan kemudahan di asrama lengkap berbanding di rumahnya. Datin Aishah dapat membayangkan kepayahan hidup ainul. Dia berdoa agar anaknya dapat menyasuaikan diri dengan kehidupan di asrama sebagaimana ainul.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: