Novel : Gaduh + Cinta 2

Nama Pena : Akko_Mikotyra

Bab 2

Farid duduk berteleku di tikar sembahyang. Sejak kejadian di restoran tempoh hari, dia merasa sangat menyesal. Tidak patut dia menghina dan merendahkan kemampuan orang lain. Farid menadah tangan, berdoa
“Ya Allah. Kau ampunilah hambamu ini. Sesungguhnya aku, hambamu yang hina ini tewas dengan hasutan syaitan Ya Allah. Hambamu ini telah menyakiti hambamu yang lain Ya Allah. Berilah aku peluang untuk menebus kesalahan ini Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada engkau aku mengadu dan meminta pertolongan.” Usai berdoa, Farid mencapai handphonenya di atas meja. Dia mendail nombor temannya.
“Hello assalamualaikum. Liah, rid ni.”farid memulakan bicara
“Waalaikummmussalam. Ada apa Rid telefon liah malam-malam buta ni?”balas liah.
“Sebenarnya, Rid nak minta maaf atas perbuatan Rid hari tu. Rid tahu, Rid salah” lembut dia menutur kata
“Oh, pasal hari tu liah dah maafkan dah. Tapi, Rid patut minta maaf dekat Nia. Bukannya liah.”
“Rid tahu. Rid sebenarnya nak minta nombor telefon Nia dekat liah. Boleh tak?”soal Farid bersungguh-sungguh.
“Kenapa Rid tak pergi restoran terus?”soal Aliah
“Bukannya tak nak pergi. Tapi Rid malu. Rid malu dengan sikap Rid. Lagipun, belum tentu Nia nak jumpa Rid”sayu suaranya kedengaran.
“Emmm, ok lah. Nanti Liah mesej. Kalau tak ada apa-apa lagi, liah chow dulu.”
“Ok, thanks liah. Bye assalamualikum”
“small matter lah Rid. Ok, waalaikummussalam.”Aliah mengakhiri perbualan.
Selepas menerima mesej yang dihantar oleh Aliah, Farid merebahkan dirinya di atas katil. Dia tidak sabar untuk menelefon dan memohon maaf pada Nia easok pagi. Dia memeluk bantal pelukknya dan memejamkan matanya. Tidak sampai 5 saat, Farid dibuai mimpi.

******************************************

“Issh. Siapa pulak call aku pagi-pagi buta ni?”Nia membebel sendirian. Selepas mengerjakan solat subuh tadi, dia menyambung tidurnya kembali. Dirinya teramat letih kerana semalam dia bekerja sehingga pukul 2.00 pagi kerana restorannya telah ditempah untuk diadakan majlis hari jadi.
“Hello, assalamualaikum”Nia bersuara, malas
“Waalaikummussalam. Boleh saya tahu ni siapa?”soal Farid. Dia tahu bahawa nombor yang didailnya ini ialah nombor Nia. Tetapi, dia hanya hendak memastikan sahaja.
“Amboi! Banyak cantik muka awak. Awak yang call saya, awaklah yang kena cakap siapa awak”Nia bangkit dari pembaringan. Kalau pemanggil itu berada di hadapnnya, sudah lama di flying kick pemanggil itu. ‘Dahlah kacau orang nak membuat tahi mata, boleh main-main lagi dengan aku eak’bentak hatinya.
“Err..Sorry. Saya just nak pastikan yang saya sedang bercakap dengan cik Nia. Bukan orang lain.”Farid menjawab tergagap-gagap. Hampir terpelanting handphonenya apabila dia disergah dan dimarah tiba-tiba.
“Awak ni siapa dan apa yang awak nak ni?”soal Nia.
“Relaxlah Nia. Awak ni tau nak marah je. nanti cepat tua baru tau”Farid cuba berjenaka.
“Hei, you. Awak jangan nak main-main dengan saya. Saya karate awak guna jurus 12 baru awak tau. Saya ada tali pinggang coklat, awak tau”bohong Nia. Padahal ujian tali pinggang putih pun belum dilepasinya lagi, apatah lagi tali pinggang berwarna coklat, dalam mimipilah.
“Errr….takutnya.”Farid ketawa terbahak-bahak.
“Macam nilah Cik Nia. Awak still kenal saya lagi kan?”sambung Farid lagi.
“Nope. Saya tak kenal langsung siapa awak ni.”balasnya
“Takkanlah awak tak kenal. Cuba awak ingat betul-betul.”
“Dah saya kata tak kenal, tak kenallah. Saya debik awak kang, baru padan dengan muka awak”Nia mengugut Farid.
“Sabar-sabar. Ni saya lah. Orang yang awak gelarkan tapir bin tenuk tu. Takkan tak ingat.”Farid memperkenalkan dirinya. Nia terkejut. Mana pulak lah mamat ni dapat nombor aku ni.
“Oh awak! Ada apa awak call saya ni? Nak sakitkan hati saya lagi? Or nak hina saya lagi? Kalau itulah tujuan awak call saya, saya rasa baik saya matikan paggilan ini”.
“No, no. Bukan itu maksud saya. Sebenarnya saya call ni, nak minta maaf dekat awak. Saya tahu saya salah. Saya tak sepatutnya hina awak macam tu. Saya betul-betul menyesal. Sudi tak awak maafkan saya?”suara Farid kedengaran begitu ikhlas. Nia tidak tahu hendak berbuat apa. Secara jujurnya, dirinya sudah lama memafkan lelaki itu. Dia tidak suka berdendam atau memusuhi hamba Allah yang lain kerana dia seboleh-bolehnya mahu mencontohi sikap nabi yang suka memafkan orang lain.
“Kalau awak tak sudi maafkan saya, takpe lah.”Farid membuat andaian kerana Nia hanya mendiamkan diri sewaktu dia menyatakan hasratnya. Barangkali, Nia masih marah dekat dia.
“Farid”suara Nia dirasakannya amat lembut. Cukup untuk membuat dirinya terpana seketika.
“Saya dah lama maafkan awak. Saya hidup di dunia ini untuk mengabdikan diri pada sang pencipta dan pada ibu bapa saya. Bukan untuk bermusuh-musuhan”sambung Nia lagi. Farid bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Nia sudah lama memaafkannya.
“Terima kasih Nia. Saya betul-betul tak sangka yang awak ni berhati mulia.”ikhlas Farid bersuara. Bibir Nia mengukir senyuman walaupun tidak dapat dilihat oleh Farid.
“Awak nie. Jangan puji lebih-lebih. Nanti seluar saya koyak, baru awak tau”
“Takpe. Kalau koyak, biar saya tolong jahitkan.”Farid ketawa. “Mulai hari ini, kita kawan, ok?”sambungnya lagi.
“Ok.”balas Nia.

Selepas hampir setengah jam berbual, Farid meminta diri kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat. Nia meletakkan telefonnya di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Dia tersenyum sendirian. Tenyata, Farid seorang yang baik orangnya.
“Woi Nia. Apsal kau senyum sorang-sorang ni? Nak aku tempah katil untuk kau ke kat Hospital Tampoi tu?”Aliah ketawa terbahak-bahak. Ketawanya terhenti setelah Nia membaling bantal kepadanya.
“Banyak lah kau punya tempah katil. Kau nampak tak pemandangan kat luar tu”soal Nia sambil memuncungkan bibirnya.
“Asal pulak?”Aliah kehairanan.
“Kau nak tak aku campak kau kat luar tu. Kau kan selalu cakap nak terbang macam burung. Meh sini aku bantu kau.”Nia bangkit dari katil. Dia menuju ke arah Aliah. Aliah terus berlari ke tingkat bawah. Baru acah sikit dah takut.
**********************************************************************************************************
“Hai Farid”sapa seorang perempuan. Farid mengangkat mukanya yang sejak dari tadi sibuk menyemak fail-fail di atas mejanya. Satu keluhan lahir dari mulutnya. Dia kembali menyambung tugasnya. Perempuan itu menapak perlahan-lahan ke arah Farid dan duduk diatas meja bersebelahan dengan Farid. Tangannya menguis-nguis telinga Farid.
“You buat apa kat sini, Wina? I sibuklah”Farid menepis tangan Wina. Wina tidak berputus asa. Kali ini dia bertindak memicit bahu Farid.
“You ni Farid. I datang sini tentulah nak tengok muka kesayangan I ni. Apalah you ni”jawab Wina. Tangannya masih memicit bahu Farid. Farid tidak betah duduk di situ lalu bingkas bangun. Dia merenung Wina tajam. Perempuan yang tidak serik-serik menagih cintanya walaupun tidak dihiraukan. Farid mengenali perempuan itu melalui mamanya yang berhajat menjodohkan mereka. Wina merupakan anak kepada sahabat mamanya. Sememangnya diakui, Wina seorang gadis yang cantik dan pandai bergaya. Namun begitu, akibat sikap Wina yang gedik dan pisau cukur, dia merasa jelik apabila melihat Wina.
“I nak you keluar dari sini sekarang. I sibuk. Takkan you tak nampak.”gesa Farid sambil berlalu ke pintu biliknya dan membukanya. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Dia melihat skrin telefonnya. Bibirnya menguntum senyuman.
“Hello assalamualaikum Nia.”Senyuman di bibir Wina terus mati. Mukanya pula, masam macam pelam dicicah garam.
“Nak ajak makan? Ok. Nanti saya datang sana ye. Bye assalamualaikum”Farid mematikan panggilannya. Wina menapak ke arah Farid sambil membutangkan matanya.
“Siapa Nia ha? Baik you cakap sekarang. You ada perempuan lain ke, ha?”Wina berwajah serius.
“Yang you sibuk buat apa. Jangan busy body boleh tak. Kalau I ada perempuan lain pun, ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati ke?”Farid memalingkan wajahnya. Dia bergerak ke arah kerusinya dan melabuhkan punggung di atasnya. Wina mengikuti langkah Farid dan berdiri berhadapan dengan Farid.
“You dengar sini Farid. Kalau I tak dapat memiliki you, jangan harap Nia or sesiapapun dapat memiliki you. I takkan benarkan. You ingat baik-baik Ahmad Farid Lutfi Bin Datuk Azman.”Tangan Wina pantas menghentak meja. Usai berkata-kata, dia keluar dari bilik Farid. Pintu bilik Farid di hempas kuat. Semua pekerja bawahan Farid memandang Wina hairan. Ada yang tersenyum, geli hati melihat muka Wina yang seperti ayam berak kapur.
*********************************************************************************************************
“Korang ada plan tak hujung minggu ni?”soal Farid. Dia duduk berhadapan dengan Nia dan Aliah. Manakala sepupunya, duduk bersebelannya. Sejak Farid menelefon Nia untuk meminta maaf, mereka menjadi rapat. Bukan mereka sahaja, malahan Fakhrul dan Aliah. Boleh dikatakan setiap hari mereka akan keluar berjalan-jalan dan pergi makan. Tetapi, Farid hanya boleh mengajak Nia pada waktu pagi dan petang sahaja. Menurut Nia, dia tidak suka keluar malam. Memang dari kecil dia telah diajar begitu. Kali ini, destinasi mereka di MC Donalds.
“Kitorang balik kampung. Ingat nak balik minggu lepas tapi kitorang ada kerja sikit. Tu yang balik minggu ni. Kenapa?”Aliah membalas. Nia pula sibuk menghabiskan burger di tangannya. Kalau bab makan, Nia memang juaralah.
“Tak delah. Kitorang ingat nak ajak korang jalan-jalan.Ermmm berapa hari korang kat sana?”Fakhrul pula bertanya. Nia hanya mendiamkan diri. Leka dengan burgernya.
“2 hari je. lagipun, time tu je kitorang cuti.”Aliah menjawab bagi pihak Nia.
“Kampung awak dekat mana, Nia? Aliah pulak?”tanya Farid. Nia tidak menghiraukan pertanyaan Farid malah begitu asyik menyumbat burger ke dalam mulutnya. Aliah menjeling Nia tajam.
“Kampung kitorang kat Melaka. Kitorang satu kampung je”terang Aliah.
“Awak ni tak makan berapa hari Nia. Saya tengok awak begitu asyik menikmati burger tu. Sampai orang tanya pun tak jawab.”Farid memandang Nia. Nia hanya tersengih.
“Kalau kita bercakap masa makan, maknanya kita makan dengan syaitan. Takkan lah awak tak tahu kot.”Nia sengaja menyindir Farid. Farid bertindak merampas burger dari tangan Nia. Nia membutangkan matanya. Dicuba merampas burger dari tangan Farid. Tetapi, usahanya tidak berjaya.
“Awak nak saya guna cara kasar ke cara baik? Kalau saya guna cara kasar, nahas awak saya kerjakan”ugut Nia. Dia berdiri dan memandang Farid sambil bercekak pinggang.
“Oh yeah? Uhuuu..Takutnya.”Farid bersuara mengejek. Fakhrul dan Aliah ketawa melihat teletah mereka. Nia bertindak menanggalkan kasutnya dan mengetuk kepala Farid. Farid mengadu kesakitan. Tidak di sangka Nia seberani itu. Dia lantas memulangkan burger yang tinggal separuh itu kepada Nia. Nia tersenyum puas. Dia duduk lalu menyarungkan kembali kasutnya. Burgernya di letakkan di atas meja.
“Padanlah dengan muka awak. Saya kan dah bagi awak dua pilihan. Awak nampaknya lebih cenderung kepada pilihan pertama. Apa yang boleh saya buat selain menuruti permintaan awak.” Mereka semua tertawa. Selepas menghabiskan makanan masing-masing, mereka beredar dari situ dan menuju ke tempat kerja masing-masing.

**************************************************

Nia memandang sebuah rumah yang sepenuhya diperbuat daripada kayu. Rumah papanlah kiranya. Dirumah inilah, dia asuh oleh ibunya sehingga meningkat dewasa. Dirumah ini jugalah tersimpan segala kenangan pahit dan manis bersama keluarganya. Satu hari dulu, rumah ini juga pernah di penuhi oleh orang kampung, mengucapkan takziah atas pemergian bapanya. Malangnya, dirinya masih kecil sewaktu ayahnya pergi meninggalkannya. Dia hanya boleh melihat ayahnya diusung beberapa orang ke satu tanah rata, dan menanamnya.
“Mak.Kenapa diorang tanam ayah? Kesian ayah mak. Nanti ayah nangis.”soalnya. Dia menarik-narik baju emaknya.
“Nia. Ayah dah pergi jauh dari hidup kita Nia.”Air mata Puan Rosmah mengalir lebih deras tatkala mendengar soalan anak tunggalnya itu.
“Ayah pergi jauh? Pergi mana mak? Ayah pergi kerja eah?”soalnya kembali. Puan Rosmah menganggukkan kepalanya.
“Ayah kerja apa dalam tanah mak?”Puan Rosmah terus memeluk anaknya sambil menangis teresak-esak.
Nia tersedar dari lamunan. Air matanya gugur perlahan-lahan. Cepat-cepat dia menyeka air mata itu. Dia melangkah masuk ke perkarangan rumah. Selepas menghantar Nia, kereta Aliah meluncur menuju ke rumahnya.
“Assalamualaikum, mak. Ooo mak. Nia ni”laung Nia. Dilihat sekeliling, tiada orang. Malahan, salamnya juga tidak berjawab. Nia menanggalkan kasut dan naik ke rumah. Dia meletakkan beg bajunya dimuka pintu hadapan rumah.
“Mak!!”jeritnya lebih kuat. Dia bergerak menuju ke dapur. Didapati maknya sedang memasak. Barangkali, sedang bertungkus lumus menyediakan makanan kegemarannya. Dia menuruni anak tangga untuk ke dapur perlahan-lahan. Dia berjalan perlahan-lahan supaya kakinya tidak menghasilkan bunyi. Niatnya untuk memeranjatkan mak kesayangannya itu. Apabila dirasakan dirinya hampir dengan Puan Rosmah, dia bertindak mencuit pinggang maknya. Sebelum sempat dia berbuat demikian, Puan Rosmah terlebih dahulu sudah menyergahnya. Apa lagi, menjeritlah Nia.
“Mak ni. Saja buat orang macam tu an. Perangai tak pernah berubah. Mak ni macam budak-budaklah.”sengaja dia meniru leteran maknya. Itulah leteran yang akan dia dapat apabila dia menyergah maknya.
“Amboi. Dah pandai menganjing cakap mak eah.”balas Puan Rosmah.
“Sampai hati mak samakan orang dengan anjing.”Nia berpura-pura menangis.
“Bila masa pulak mak samakan kau dengan anjing. Mak cakap menganjing. Maksudnya, lebih kurang mengajuk lah.”Puan Rosmah meggeleng-gelengkan kepalanya. Kalau datang angin gila-gila anaknya itu, memang tak terlayan. Nia tersenyum. Dia menarik kerusi di meja makan dan duduk di atasnya. Puan Rosmah pula membawa dulang berisi air dan meletakkannya di atas meja. Dituang air itu ke dalam gelas dan dihulurkanya kepada Nia. Air itu turun ke tekaknya setelah Nia meminumnya.
“Sedapnya bau.”puji Nia setelah lauk kegemarannya berada di hadapan matanya.
“Kau balik soang je ke?”soal Puan Rosmah setelah melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Nia.
“Taklah. Nia balik dengan Aliah. Tapi malam karang baru Aliah datang sini.”balas Nia
“Bukan itu maksud mak.”Aliah megerutkan keningnya.
“Maksud mak, kau tak bawak ke bakal suami kau?”Ah sudah! Lagi-lagi bab nie je yang menjadi topik hangat maknya jika dia pulang ke rumah.
“Mak ni. Orang muda lagi. Baru 25 tahun. Relaxlah dulu. Orang nak enjoy dulu.”Nia membalas. Maknya bingkas bangun dan menapak ke arahnya. Ditariknya cuping telinga Nia. Nia mengerang kesakitan.
“25 tahun kau kata muda lagi, ha! 25 tahun tu dah boleh ada anak dua tau tak. Asyik-asyik nak enjoy je. Tu lah alasannya. Senang-senang mak kahwinkan kau dengan si comot tu. Habis cerita.”Comot? Oh no! Siapa yang tidak kenal comot. Lelaki gila yang selalu merayau-rayau di kampungnya. Pernah sekali, dia diganggu oleh comot sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah. Comot bertindak mngejarnya dari belakang. Habis lencun bajunya dibasahi peluh. Nia mencebik. Mak ni tak betul agaknya. Karang, aku kahwin betul-betul dengan comot tu, menangis tak berlagulah mak oooi. Dia bingkas bangun dan naik ke atas rumah.
“Lepas sembahyang Zohor karang, turun makan. Jangan lupa.”Puan Rosmah tersenyum puas. Baru tahu takut. Dia tergelak sendirian.

Akko_Mikotyra= So, nie sambungannya. Harap korang suka. Komen untuk first bab, mmg byk mmbn2. So, harap kowank leh komen utk 2nd bab ni supaye smbgnnyew lg mntap..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: