Novel : Hani Oh Hani 4

Nama Pena : sang_arjuna

Chapter 7

Shamil membelok ke kiri sebaik ternampak signboard Jalan Sultan Abdullah. Stesen bas sudah mula penuh dengan siswa siswi yang akan balik ke kampung masing masing.

” Ah.. dah sampai” Lega sungguh rasanya. Hani keluar dengan pantas sebaik saja Shamil memberhentikan kereta. Beg di capai dari seat belakang.

” Terimakasih banyak banyak, Shamil. Assalamualaikum” ucap Hani penuh sopan. Orang berbudi , kita berbahasa. Bas Ekspres Nasional ke Kuala Lumpur sedang menunggu tapi belum ada penumpang yang naik. Masih awal. Ada 15 minit lagi sebelum bertolak.

” Jom kita breakfast dulu.” ajak Shamil sambil meneleng ke arah kedai kopitiam berdekatan. Hani menelan airliur bila aroma kopi O menerjah hidung. Kebetulan dia tak sempat bersarapan pagi tadi, sibuk mengemas.

” Sempat ke?” tanya Hani. Cuak juga kalau kena tinggal.

” Sempat. Jangan risau. Kalau terlepas bas , I drive you to KL. I pun memang nak balik hari ini.”

Bau kopi O sungguh menggoda. Perutnya menjerit minta di isi. Hani tak daya menolak. Mereka berjalan seiringan ke kedai Seng Nam. Shamil memesan sarapan untuk mereka berdua. Kopi O kaw dengan roti bakar di sapu kaya pekat & mentega. Enaknya tak terhingga. Yummm… ini yang orang kata kalau mak mertua lalu pun tak nampak.

” Biar saya belanja kali ni” Hani mempelawa sambil membuka dompet.” Awak dah belanja laksa dan teh tarik hari tu.” Biarpun dia anak orang kaya, tak baik lah kalau aku selalu ambil kesempatan. Lagipun bukan nya dia ada apa apa dengan aku.

” Eh… tak apa Hani. ” tegah Shamil ” Biar I yang bayar sebab I yang ajak you minum. Tapi kalau you nak balas, ada sesuatu yang you boleh buat”

” Apa dia?” Hani keliru. Sekarang dah start cuti, takkan nak suruh aku jadi pak pacak atau posmen. Aina balik rumah kakaknya di Pulau Pinang, aku nun di Ulu Langat.

Shamil tersenyum nakal. Mukanya iras Awal Ashaari , terutama lesung pipit di kedua belah pipi. Cuma badannya lebih tinggi. Patut lah ramai peminat. Eh… sejak bila aku pandai meneliti kaum lelaki ni? Astaghfirullah, Hani cepat melarikan mata.

” Bagi I nombor henfon you.”

Hani tergamam. ” Kenapa awak nak nombor saya? ” Dia menghirup baki kopi dalam cawan porselin putih berbunga hijau. Baik aku cabut sekarang.

” Sebab nak call you lah. Takkan nak buat masak kari “

PFRRRTTtt…. tersembur air kopi dari mulut Hani! Habis tempias di meja marmar kopitam. Bertompok baju biru cair yang di pakai Shamil. Hani menekup mukanya yang pijar macam kena tenyeh cili boh. Ya Allah! Malunya aku. Aduhhhh….rasa macam nak pengsan. Kalau boleh bumi terbelah dah telan aku …alangkah baiknya.

Dengan gelabah Hani mencapai tisu dan mengelap baju Shamil. Mulutnya terkumat kamit meminta maaf berulang kali. ” Sorry sorry. Minta maaf . I tak sengaja. Kenapa awak buat lawak? Sorry sangat. Ampuuunnn. Nanti saya ganti baju awak.” Tergagap gagap suaranya. Nak menangis pun ada.

” Its okay. Takde apa apa” Shamil menahan tawa melihat kekalutan Hani

Dalam kekecohan, ekor mata Hani terpandang pada bas ke KL yang sudah mula bergerak. Tanpa pamitan, dia terus berlari lintang pukang terhoyong hayang dengan begnya. Mata Shamil terus mengekori kelibatnya hingga hilang dalam perut bas. Hani…oh Hani…

……………………………………………………………………………

Chapter 8

Kaki Hani mula lenguh. Namun langkah tetap di hayun. Beg bajunya kejap di jinjing, kejap di galas. Kata Acik Mah, tempatnya tak jauh dari perhentian bas. Mesti aku tersilap turun bas. Rasanya macam dah satu kilometre aku menapak tapi tak nampak pun Jalan Beringin. Nak call Acik Mah pun henfon dah habis bateri. Hani mengeluh. Mentari rembang membuat peluh tak henti menitik di tengkok dan di pelipis. Belakang blausnya sudah lembab.

SPLISSHHH! Air lopak tepi jalan terpecik ke hujung seluarnya. Motosikal Kawasaki berwarna merah berhenti beberapa kaki di depannya.

” HOI! Buta ke haper? ” jerit Hani. ” Jalan sikit punya besar, nak juga sondol orang. Dasar mat rempit tak pergi sekolah” Amarahnya makin meluap bila lelaki itu tersenyum. Entah dia dengar ke tidak. Peduli apa aku, janji dapat sembur.

” Apa sengih sengih?” Hani terus meluahkan lahar. Nasib baik beg aku berat . Kalau tak aku dah kejar dan belasah si rempit ni.

” Sorry” laung lelaki itu . Sebelah tangannya di angkat sebelum dia berlalu dalam deruan enjin dan asap.

Berbakul sumpah seranah Hani dalam hati. Habis kotor seluar aku. Hani melipat bahagian kaki seluarnya yang basah. Nasib baik jeans nya berwarna hitam. Di paksa kakinya untuk terus melangkah. Akhirnya, papan tanda Rumah Tok Ali Homestay menjelma juga. Alhamdullilah. Sikit lagi aku dah nak pengsan.

Hani terpegun seketika melihat suasana tenang di sekelilingnya. Macam masuk ke set filem klasik. Cantik sungguh rumah kayu tradisional di hadapan nya. Laman nya di hiasi pokok bunga kertas beranika warna, bunga melur dan ros. Ada juga pokok rambutan dengan buah yang mula berputik dan pohon mangga. Rasa macam nak petik sekuntum bunga letak kat rambut pastu menyanyi sambil main aci lut belakang pokok. Satu jer tak cukup…. hero tak ada ! Adehlah… apa aku merapu ni. Hani mempercepatkan langkah. Tak sabar nak jumpa Acik Mah. Juga tak sabar nak mandi dan tukar pakaian yang dah melekit dan masam.

Pintu depan dari kayu cengal terbuka luas tapi keadaan sekeliling sunyi. Tak nampak langsung kelibat manusia. Hani tercegat sambil mengamati serambi dan ruang tamu yang di hiasi set kerusi rotan.

“Assalamualaikum”

” Waalaikumsalam” Kedengaran suara perempuan menjawab salam. Seorang gadis belasan tahun bangun dari sudut ruang tamu. Patutlah tak nampak, dia tersorok di belakang komputer. Senyum yang memekar di bibir gadis itu terus hilang di ganti dengan mulut melopong.

Teruk sangat ke rupa aku? Budak ini macam nampak hantu jer. Hani tertanya sambil merapikan rambutnya yang hampir terlucut dari getah ikat rambut.

” Er…hi.. er…kak ..Kak Fifi? Buat apa di sini? ” Tersekat sekat suara gadis itu. Dia melangkah setapak ke depan. Matanya membulat.

Fifi ? Macam nama kucing. Ada apa dengan Fifi yang membuat dia begitu terkejut?

” Bukan. Saya bukan Fifi. Saya Hani, anak saudara Cik Rosmah.” ujar Hani sambil menghulurkan tangan.

Gadis itu menyambut tangannya dengan tawa kecil. “Oops, sorry. Saya tersilap orang. Muka awak macam.. er.. er.. somebody yang saya kenal. Saya Nadia.”

” Hi. Er… my auntie ada?” Mata nya melingas sekeliling. Dinding ruang tamu di hiasi lukisan flora menggunakan cat air. Gabungan warna yang lembut menyejukkan mata memandang. Ada juga lukisan pemandangan kampong dan ayat Quran berbingkai.

” Auntie Rosmah keluar ke pasar sekejap. Ada last minute request. Tetamu kita nak makan nasi dagang malam ni. Jom , saya tunjukkan bilik Auntie Rosmah. Kak Hani boleh rehat dulu. Kalau nak makan, ambil saja kat dapur. Jangan segan. Kalau boring boleh kita tengok DVD sama sama” Macam bertih goreng mulut Nadia. Peramah orangnya. Memang sesuai bekerja sebagai penyambut tetamu. Tapi tak sekolah kah dia?

Selesai mandi dan menukar pakaian, Hani menjengah dapur. Acik Mah sibuk berkeletung keletang menyediakan makanan. Muncul idea nakal untuk mengejutkan nya. Hani berjengket senyap senyap dan mencucuk pinggang mak saudaranya yang tak berapa ramping.

” Oi! Mak engkau! Mak aku orang putih! Makan belacan!” jeritnya sambil meloncat. ” Ya Allah! Hani! Awat lah hang ni!”

Acik Mah memeluk dan mencium kedua belah pipi Hani. Rasa hiba mula bergeladang bila terkenang pelukan Mak. Kini Acik Mah lah pengganti ibu bagi Hani dan Haris. Acik Mah yang tak pernah berumahtangga pula menumpang kasih dengan mereka berdua.

” Acik Mah pi market tadi. Bila Acik balik, Hani tengah mandi. Hani dah makan?” tanya Acik Mah dalam loghat Kedah sambil melurut rambut Hani yang masih lembab.

” Belum.” Hani menggeleng sambil mengusap perutnya. Selepas sarapan bersama Shamil dia langsung tak makan. Seleranya tertutup. Sampai sekarang tak habis lagi rasa malu. Nasib baik lah aku tak akan jumpa Shamil selama dua bulan. Aku kena tukar imej bila balik kampus, dia bertekad. Mudah mudahan dia tak cam aku bila semester baru bermula nanti.

Acik Mah mengangkat tudung saji. Ada masak lemak udang dengan belimbing, ikan goreng , ulam dengan sambal belacan. Tanpa di suruh Hani mencuci tangan dan mengambil pinggan berisi nasi yang di suakan. Best siott!

” Acik Mah kata tetamu yang datang sini ramai matsalih. Dia orang reti ke makan lauk kampung?” tanya Hani sambil mengupas kulit udang. Kepala udang di sedut… slurp, enaknya.

” Kalau Hani nak tau, depa tu bukan main suka lagi makanan kita. Sampai ada yang bawa bekal rendang balik. Tapi Acik selalu masak tak pedas sangat. Takut pula ada yang cirit birit.”

“Oh.. Hani ingat Acik masak fish and chips, lasagna, pasta, steak. Sebab tu Hani datang. Nampaknya kempunanlah ” gurau Hani sambil mencebik. Tawa nya terletus bila cubitan Acik Mah hinggap di lengannya.

Acik Mah sibuk bercerita pasal Rumah Tok Ali sambil menyediakan pengat pisang. Rumah Tok Ali kepunyaan keluarga Puan Nuraishah, sahabat lamanya. Rumah ini dan tanah sekelilingnya seluas satu ekar ialah harta pusaka dari arwah bapa mertuanya yang bernama Haji Ali. Pengunjung nya kebanyakkan pelancong asing dari US, Eropah dan Australia. Rumah utama mempunyai bilik tamu, ruang makan, dapur dan 3 bilik tidur untuk kegunaan keluarga dan teman rapat. 4 buah chalet yang terletak di belakang untuk di sewakan. Tugas Acik Mah menyediakan menu dan memasak. Ada 2 pekerja yang di tugaskan mengemas, membasuh, menjaga kawasan kebun dan membantu Acik Mah memasak, serta seorang pemandu untuk menjemput dan menghantar pelancong dari airport dan membawa mereka bersiar.

” Pekerja lain semuanya orang kampung dekat sini. Dia orang balik rumah sendiri bila kerja tak banyak. Macam sekarang ni. Tetamu tak ramai sebab bukan musim cuti di negara barat.” jelas Acik Mah.

“Patutlah sunyi semacam bila Hani sampai tadi. Nadia yang jadi penyambut tetamu tu pun orang kampung ke ? Dia tak sekolah ?” tanya Hani. Keliru juga sebab gadis itu masih muda. Sangat trendy dengan rambut perang yang di potong pendek.

” Nadia anak bungsu Nuraishah. Dia baru habis PMR.”

Seperti terdengar nama nya di sebut, Nadia terjengul di pintu dapur. ” Haa… Kak Hani dah jumpa Auntie Rosmah. Kak Hani, lepas makan nanti jom kita keluar jalan jalan. Nadia tunjukkan Kak Hani kawasan homestay ni. “

” Okay. Nadia tak makan?” Hani berbasa basi. Anak boss rupanya. Walaupun dia sering mendengar cerita pasal Puan Nuraishah dari Acik Mah tapi tak pernah berjumpa ahli keluarganya.

” Nadia dah makan tadi. Auntie masak apa untuk minum petang?” Nadia memanjangkan leher untuk melihat isi periuk. ” Wow.. pengat pisang. Best! “

Hani mengangkat pinggan yang sudah licin ke sinki untuk di cuci. Sambil itu dia mengerling ke arah Acik Mah yang sedang mericik lobak merah.

” Acik, nak Hani tolong?” pelawanya tak berapa ikhlas. Kerja remeh temeh seperti ini mencabar kesabaran nya. Sental periuk dan kuali kotor lagi senang.

” Tak payah lah. Acik nak potong carrot sebatang saja untuk buat salad. Korang berdua pergi lah ambil angin kat luar. Sambil tu tolong hantarkan minum petang kat chalet Mr Hughes.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: