Novel : Hanya Kerana Cinta 1, 2

Nama Pena : Eiymah Fahimah

BAB 1
Air mata masih menitis membasahi pipiku.Biarpun sudah berhari-hari aku menangis,namun air mata ini belum mahu kering.Ku tatap wajahku pada cermin disisi meja tulis.Mataku bengkak dengan lingkaran gelap disekelling mata.Wajahku pucat, tidak bermaya.Sudah hampir seminggu wajah ini hilang serinya.Tiada senyuman manis menghiasi seraut wajah indahku.Yang ada hanyalah kedukaan dan kepedihan.” Zack…sampai hati Zack buat Isya macam ni..”Keluhku perlahan. Terasa sebak di dadaku mengenangkan peristiwa yang terjadi seminggu lepas.

” Zack dah tak tahan dengan Isya lagi. Isya tak pernah nak fahami Zack.Zack bosan tau tak ?” Terkedu aku saat suara kasar Zakri memecah gegendang telingaku. Wajahnya kutatap. Namun Zakri mengalihkan wajahnya kearah lain saat mataku merenung matanya. ” Apa yang Isya dah buat Zack ?” Aku masih berlembut dengannya.Zakri menghampiriku.Ditariknya jam tangannya dan diletakkan ditelapak tanganku. ” Isya tak salah pape tapi hati Zack bukan pada Isya lagi..” Airmata ku menitis saat mendengar lafaz keramatnya itu.Terasa gelap gelita duniaku. ” Zack…nape cakap macam ni? Apa salah Isya? …” Bergetar suaraku saat itu namun Zakri kulihat hanya mendiamkan diri. ” Zack..please.Zack tahukan betapa dalamnya cinta Isya pada Zack? Zack cakap je apa salah Isya.Jangan hukum Isya macam ni..” Tangan Zakri kuraih.Namun dia menepis. Terguris perasaanku saat ini.Zakri dihadapanku ini terlalu jauh bezanya. 4 tahun kami menyulam kasih, tidak pernah sekalipun dia meninggikan suara denganku apatah lagi bercakap kasar denganku.Tetapi hari ini, bukan sahaja berkasar malah hatiku ini hancur dengan permintaannya yang tak pernah aku fikirkan sepanjang perhubungan kami.

” Isya..please. Jangan paksa Zack. Zack dah tak ada perasaan cinta pada Isya lagi. Zack minta maaf. Isya tak salah pape pun.Jangan contact Zack lagi..”Serentak dengan itu Zakri berlalu pergi. ” Zack..jangan tinggalkan Isya..tolong Zack. Isya merayu..” Aku menarik tangannya namun dengan kasar Zakri melepaskannya. ” Sampai hati Zack buat Isya macam ni. Dalam hati Isya ni ada Zack je…apa salah Isya Zack ?” Aku masih tidak berputus asa. Aku mengikut langkah Zakri. Mata orang ramai yang memerhatikan tingkah kami berdua di tepi tasik itu tidak aku pedulikan. Ini soal masa depanku.Saat Zakri ingin membuka pintu keretanya, sekali lagi aku menahan. ” Hey..you tak faham bahasa ke ? Kan I dah kata I tak nak dekat you. Tak faham-faham lagi ke?” merah wajah Zakri memarahiku. Tapi aku tidak peduli. Pintu keretanya kupegang kejap. Wajahnya kutatap dalam. ” Zack…jujur Isya tanya, Zack ada orang lain ke ?” Dalam air mata yang mengalir laju aku bertanya.Zakri merengus kasar. ” Tak..I tak pernah ada perempuan lain. Tapi I nak you tahu yang I dah tak ada perasaan dengan You lagi…” serentak dengan kata-katanya dia menolakku kasar. Aku terjatuh diatas tanah. ” Zack..” Namun segalanya sudah terlambat bila kereta persona milik Zakri berlalu pergi. Air mataku laju mengalir bersama esakan yang panjang. Aku mengagahkan diri untuk bangun, namun pandanganku gelap serta merta.Seterusnya, aku tidak sedar apa yang berlaku.

Sedar-sedar aku sudah berada dibilik rumah sewaku.Zana, teman karibku hanya memberitahu aku pengsan di tasik dan dibawa pulang oleh seorang lelaki. Siapa yang menghantarku pulang tidak pula aku bertanya. Aku lebih selesa menangis mengingatkan Zakri. Hidupku terasa gelap teramat. Soal makan dan tidur tidak aku pedulikan.Kesihatanku yang makin teruk dengan demam dan batuk yang berterusan membuatkan aku makin lemah. Namun, ingatanku pada Zakri tak pernah padam.Panggilan telefon dan sms dariku untuknya tidak pernah bersambut. Sampai begini sekali Zakri membuang aku dari hidupnya.Seminggu aku mengambil cuti. Terasa tidak mampu kaki ini melangkah kepejabat. Dengan wajah yang pucat lesi dan mata yang bengkak, terasa malu untuk berhadapan dengan semua orang.Baru kini aku merasa peritnya putus cinta. Pedih yang teramat sangat.Namun aku tetap bertekad untuk mendapatkan penjelasan zakri kembali. Aku inginkan dirinya dalam hidupku. Aku tidak percaya tidak ada cinta darinya untuk aku.

——————

BAB 2

” Isya..sudahlah tu..kau ni tak habis-habis menangis.Tak guna kau ingatkan jantan tu.Entah-entah tengah kau menangis ni dia tengah berseronok disana..” Zana menghampiriku yang bersandar di kepala katil.Sudah seminggu aku berkurung di dalam bilik.Bahuku dipegangnya ” Zana..kau tahukan hanya dia jer yang aku cinta. Tak pernah ada lelaki lain dalam hidup aku ni selain dia tau. Hanya dia..Aku tak percaya dia dah tak sayangkan aku. Mesti ada sebab lain dia buat macam ni..” Aku tetap mempertahankan Zakri. Dalam hatiku tidak ada sekelumit benci dan marah pada lelaki itu. Lelaki yang mengajar aku erti cinta dan rindu. Yang membuatkan hidupku dilimpahi cahaya cinta darinya. ” Isya..don’t be stupid ok?..kau tak malu ke terhegeh-hegeh dengan orang yang tak nak dekat kau lagi ? Hey..open your eyes! Zakri dah tak wujud. Dia dah lama mati sejak dia tinggalkan kau hari tu..” Sekali lagi air mataku menitis.Ya..aku terlalu lemah.Hanya kerana mencintai seorang lelaki, aku terlalu mengikutkan perasaan.Aku tunduk pada cinta sehingga mengabaikan kehidupan harianku. ” Tapi Zana..aku sayangkan dia sangat-sangat. Hidup aku ni gelap tanpa dia.Selama ni dia sayangkan aku sangat. Tak pernah izinkan aku menangis..tapi sekarang, dia dah lukakan hati aku ni.Aku sakit Zana..sakit sangat..” serentak itu aku memeluk Zana. Kepalaku diusapnya perlahan. ” Aku faham keadaan kau Isya. Aku tahu kau sakit tapi kau tak boleh terus macam ni.Don’t destroy your life because of him..open your mind.Hidup kau tak boleh berakhir macam ni..”Air mata yang mengalir dipipiku disapu Zana.
” kau kawan aku yang terbaik. Selalu kau happy jer.Tak pernah putus asa. Semangat kau kuat. Tapi, kenapa disebabkan jantan tak guna tu kau siksa diri macam ni? Aku sedih tau tengok kau macam ni.Hidup kau tak terurus..”Tanganku diraih Zana, cuba menyuntik semangat dalam diriku. ” Kau tak faham Zana..kau tak tahu apa aku rasa..”.Zana mengeluh. ” Walaupun aku tak pernah rasa apa yang kau rasa, tapi aku tahu apa ertinya kehilangan. Tapi kau kena terima. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.Ajal, jodoh dan maut ketentuan Allah. Kita hanya merancang, tapi Allah sahaja yang menentukannya..”Aku mengangguk mendengar kata-katanya. Ya ! aku tidak boleh lemah. Aku harus kuat menghadapi setiap cabaran hidup. ” Kau kena ingat Isya. Allah lebih mengetahui segalanya. Mungkin hari ini kita sedih dengan apa yang terjadi, tapi lepas ni mungkin kau akan gembira dengan ketentuan-Nya..” Aku tersenyum mendengar kata-kata Zana. ” Hah..macam nilah kawan aku. Kau tau, dah seminggu tau aku tunggu senyum kau yang paling manis ni..hehe..” Usiknya. ” Aku senyum sebab tengok cara kau nasihat aku macam penceramah motivasi tau..hehe..”Aku mengeliat kecil saat cubitan Zana singgah di lenganku.

Malam itu,aku berazam memulakan idup baru dan cuba melupakan Zakri walaupun terasa sukar. Aku cuba sibukkan diri walau bayangan wajahnya sering menganggu mindaku.Biarpun adakalanya bila mendengar lagu cinta, air mataku akan mengalir, namun aku kuatkan semangat.Cuba melawan gelodak rasa dijiwaku yang sering dilanda kesedihan.Pagi itu, aku memulakan hari pertama ku di pejabat.Setelah seminggu bercuti, banyak kerja-kerja pejabatku yang tertangguh. Selaku Eksekutif pemasaran di Jentayu Enterprise, sebuah syarikat pembekal Perabot jati, tugasku memerlukan komitmen yang tinggi. ” Good Morning Cik Isya. Lama bercuti ? Jumpa buah hati ya?” Soal Rizman, kerani pejabatku.Aku hanya tersenyum.Bukan jumpa buah hati, tapi patah hati! ” Good morning Rizman..”.Aku masuk ke bilikku.Kelihatan banyak fail yang bertimbun di meja ku. Tetapi yang lebih menarik minatku adalah subungkus kotak merah yang dibalut cantik. Diatasnya tertera namaku. Nur Farisya Hanim Bt. Fakrulrazi.Aku membuka balutan pada kotak berkenaan. Didalamnya terdapat sebuah buku bertajuk ‘Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Paling Bahagia’.Aku tersenyum nipis.Orang ni, tahu-tahu jer aku tengah sedih.Kataku didalam hati.Bersama buku itu, terselit sekeping nota.”Jangan bersedih. Hadapi hidup ini dengan tabah.Senyumlah..kerana senyuman awak sangat menawan.Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Ikhlas dari : Prince Aries.” Prince Aries? Hm..putera manalah pulak yang prihatin dengan aku ni.Takpelah.Tapi buku ni macam menarik juga.Aku membelek-belek buku pemberian Prince Aries itu sebelum keluar semula mendapatkan Rizman. ” Rizman..awak tahu tak siapa yang letakkan bungkusan hadiah ni atas meja saya?”. ” Saya yang letakkan. Bungkusan ni dihantar posmen 3 hari lepas. Nape cik?” Aku terdiam mendengar jawapan Rizman.Aku sekadar menggelengkan kepala sebelum melangkah masuk kebilik.Malas memikirkan lelaki misteri tersebut,aku kembali menyibukkan diri dengan kerja pejabatku yang banyak tertangguh.Kedengaran lagu Beyonce, Hallo dari telefon bimbitku menandakan ada mesej yang masuk.Dari nombor yang tidak kukenali.

” Salam. Harap Isya gembira dengan buku pemberian saya itu.Kesedihan dan kemurungan takkan mengubah kenyataan hidup kita.Hadapi semuanya dengan tabah, Ok? Saya sentiasa menyokong awak.Ikhlas dari : Prince Aries”

Prince Aries ? sapalah mamat ni? Macammana dia tahu nombor telefon Aku?..namun kubiarkan mesej itu tidak berbalas. Aku malas untuk mengetahui siapa gerangan lelaki yang menggelarkan dirinya prince Aries itu.Masalah yang ada sudah cukup membuatkan aku pening kepala,inikan pula memikirkan lelaki ini. Apatah lagi dalam kesedihanku selepas ditinggalkan Zakri aku sudah berkali-kali mengingatkan diri agar lebih berhati-hati dalam setiap langkahku.Aku kembali meneruskan kerjaku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: