Novel : Ini Bubur Cinta 1

Nama Pena : anarif

Hening menguasai suasana saat tamu seramai 3 orang itu, termasuk seorang tamu asing yang cilik dan comel dengan sepasang mata bulat hijau kebiruan, hidung mancung, rambut hitam kemerah-merahan, dan kulit Putih memerah, memanjat tangga rumah kayu yang berusia hampir separuh abad itu.

Nek Zizah dan Datin Rahmah berpelukan lama.

“Zizah, apa khabar?” Datin Rahmah memulakan saat pipi mereka berlaga.

Nek Zizah Cuma mampu tersenyum dan mengangguk dengan kehadiran teman lama yang suatu ketika dahulu sangat rapat dengannya. Cuma kini mereka terpisah, bukan kerana jarak tapi kerana soal hati. Itu yang memisahkan mereka dan kini, setelah sekian lama, mereka bertemu lagi. Setelah hampir 10 tahun lebih mereka tidak bersua.

Bukan kerana benci, bukan juga dendam, dan bukan kerana tiada keinginan namun keadaan tidak mengizinkan, dan mereka Cuma menanti masa yang sesuai untuk menautkan kembali ukhuwah yang setelah sekian lama terlerai. Dan mungkin hari ini masanya, dan saat yang sekian lama dinanti-nantikan oleh mereka. Siapa tahu?

“kau sihat Mah?”

Datin Rahmah mengangguk seraya mengurut lembut lengan sahabatnya itu yang jelas sudah dimakan usia. Perbezaan umur mereka tidak jauh, Cuma 4 tahun namun keduanya kelihatan sebaya. Mungkin factor kerajinan mereka menjaga pemakanan di usia muda mereka suatu ketika dahulu. Hampir setengah abad yang lalu.

“Dini?” nek Zizah mengalih perhatiannya kepada lelaki hampir sebaya mereka di sisi Datin Rahmah.

Dato Dini mengukir senyum nipis.

“Alhamdulillah, sihat orang tua, biasalah. Khalid mana?” Dato\’ Dini memanjangkan leher mencari sahabatnya di segenap ruang rumah itu namun tidak kelihatan.

Nek Zizah membuang pandang ke luar rumah.

“dia pergi surau. Kejap lagi baliklah.” Nek Zizah memaklumkan.

Kala itu, matanya jatuh kepada si kecil di hadapan Dato\’ Dini yang sedang merenungnya tidak berkelip.

Nek Zizah mengerling Datin Rahmah, turut tidak berkelip. Pandangannya hairan.

“ni anak orang Putih mana pulak kau bawak ni Mah?” Nek Zizah masih merenung si kecil itu pelik.

Datin Rahmah menarik lengan Nek Zizah menuju ke ruang tamu.

“kot ye pun, kita duduklah dulu Zizah. Banyak benda kita nak cerita ni.” ujar Datin Rahmah seraya tersenyum.

Sedangkan kala itu hatinya kalut. Mahukah Zizah memenuhi permintaannya? Mahukah Zizah memahami tujuan mereka berkunjung ke rumah ini kelak?

Nek Zizah menurut sahaja cadangan temannya itu namun matanya tidak lepas dari si kecil yang bergaun kembang berbunga-bunga itu. Manis. Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya kala itu tapi…takkanlah.

Nek Zizah memberi ruang kepada tamunya untuk duduk sebelum dia meminta diri ke dapur untuk menyediakan minuman. Seraya dia melangkah pergi, sempat dia menangkap butir bicara kanak-kanak itu.

“who is that?” suara halus itu berbicara, namun yakin dan tegas.

“nenek, sayang.” Kedengaran Dato\’ Dini melayan mesra.

“but this is my granny.”

“itu pun nenek jugak.”

Dan selepas itu, Nek Zizah tidak mendengar apa-apa lagi kerana pendengarannya yang sudah tidak begitu bagus dan juga dia sudah berada pada jarak yang agak jauh dari ruang tamu.

Sedang dia menyediakan kopi dan beberapa biji kuih untuk para tamunya itu, kedengaran bunyi motor cabuk Tuk Khalid sayup-sayup memasuki bawah rumah.

Tidak berapa lama kemudian, di ruang tamu sudah riuh suara Tuk Khalid dan Dato\’ Dini berbual mesra.

Nek Zizah mengukir senyum nipis sebaik dia kembali ke ruang tamu semula bersama sedulang minuman dan sepiring kuih-muih.

“apa la kamu tak cakap nak datang Dini? Kalau tak aku boleh belikan apa-apa makanan untuk kamu masa balik tadi. Sekarang yang ada kuih-muih ni je la.” Tuk Khalid berbicara sesal.

Dato\’ Dini tersengih.

“tak apa Khalid. Kami ni tak mau nyusahkan kau dan Zizah. Sebab tu kami datang mengejut ni.”

Tuk Khalid menggeleng.

“lama betul kita tak jumpa kan? Sejak Zainal dan Haliza…” Tuk Khalid tidak jadi menghabiskan ayatnya. Dikerlingnya isterinya yang sudah berubah wajahnya.

Datin Rahmah pantas mencelah.

“abang Khalid apa khabar?”

Tuk Khalid tersenyum kelat.

“macam ni lah. Hah, ni, anak siapa pulak ni?” Tuk Khalid pantas memuntahkan soalan yang sedari tadi berlegar di ruang mindanya sebaik matanya tertancap pada si kecil yang kini duduk di pangkuan Dato\’ Dini itu. Begitu manja dia kelihatannya.

Dato\’ Dini dan Datin Rahmah berpandangan seketika. lama Dato\’ Dini diam sebelum dia menarik nafas dalam. Sudah sampai masanya tujuan pertemuan ini diadakan.

Dipandangnya Nek Zizah dan Tuk Khalid silih berganti.

Berat dia mahu memulakan.

“ni cucu kami. Isabelle. Anak Zainal.” Akhirnya identity si kecil itu didedahkan.

Nek Zizah mengangguk-angguk perlahan. Padanlah muka orang putih, tapi rambutnya rambut orang Asia, rambut Zainal. Cuma warnanya agak kemerah-merahan.

Dato\’ Dini merenung Isabelle di pangkuannya.

“Isabelle, salam nenek dan datuk.” Arahnya.

Anehnya, si kecil itu mengerti dan dia pantas turun dari pangkuan Dato\’ Dini dan melangkah ke arah Tuk Khalid. Dihulurkan tangan comelnya dan Tuk Khalid menyambut dengan senang hati. Diusap perlahan kepala kanak-kanak itu.

Nek Zizah pula ditujunya.

Nek Zizah turut menyambut tangan si kecil itu dengan senang hati. Selepas itu, Datin Rahmah menggamit Isabelle ke arahnya, dan si kecil itu duduk di sisinya.

“muka orang putih betul ya?” komen Tuk Khalid. Semua mata memandangnya dan jelas dia sedar dia menjadi perhatian.

Datin Rahmah tersenyum nipis.

“haah, muka maknya, Marriott.”

Nek Zizah tersenyum lagi.

“comel betul.”

Datin Rahmah tersenyum saja seraya mendengar pujian itu.

Dielus-elus rambut halus itu.

Dato Dini berdehem perlahan.

“macam ni lah Khalid, Zizah. Sebenarnya, kami datang ni dengan hajat besar, dan kami berharap sangat hajat kami di tak dihampakan.” Dato\’ Dini berhenti seketika.

“yelah, kita semua pun maklum, hubungan kita kebelakangan ni jadi agak keruh kerana peristiwa 10 tahun dulu, tapi rasanya, kita yang dah tua-tua ni tak ambil hati pasal tu pun. Cuma, tu lah, mungkin anak-anak kita susah nak terima apa yang dah jadi.”

Sepi seketika saat Dato\’ Dini menghela nafasnya.

Tuk Khalid dan nek Zizah setia menanti bicara Dato\’ Dini seterusnya. Bermacam perkara bermain di fikiran, terutamanya peristiwa 10 tahun lepas.

“untuk pengetahuan kamu, Marriott dan Zainal dah bercerai 6 bulan lepas, dan sekarang, Marriott tinggalkan Isabelle dengan kami. Adik Isabelle, Lucy dibawanya. Zainal pulak, sejak perceraian tu, dia dah tak balik rumah. Entah sekarang dia kat mana, kami pun tak tau.”

Nek Zizah dan Tuk Khalid sama-sama melopong. Rupanya di sebalik comel itu, ada kisah duka. Begitu muda tapi hidupnya sudah teruji sebegitu rupa.

“kenapa ibunya tak nak bawak dia sekali?” nek Zizah terus menyoal tanpa menunggu lama.

Datin Rahmah mengeluh panjang.

“hmm, entahlah Zizah. Kami pun tak tau sebabnya. Lucy baru 1 tahun. Isabelle dah 4 tahun. Mungkin sebab tanggungan hidup kot? Diorang bercerai pun kami tak tau. Sedar-sedar, Zainal bawak balik Isabelle satu hari tu, tanpa Marriott, dan katanya, diorang dah bercerai. Esoknya, dia terus menghilang. Jadi, dah hampir 6 bulan la Isabelle tinggal dengan kami dan Zainal pun tak ada berita. Seolah-olah Isabelle ni bukan sesiapa pada dia.” Datin Rahmah pula menyambung. Ada nada sesal di hujung suaranya.

Tuk Khalid menggeleng.

“ish, ish, ish. Tulah budak-budak sekarang. Apa yang dalam otak diorang tu, entahlah. Lemak ayam je banyak. Tapi tak reti pikir.” Bebel Tuk Khalid.

Nek Zizah turut menggeleng kesal.

“ibu bapa dah atur elok-elok tapi tak nak ikut. Macam tu lah jadinya bang Khalid. Sekarang, budak ni lah kesiannya. Mak ayah tak ada.” Datin Rahmah menyambung lagi.

“maknya tak ada telefon ke, Tanya pasal Isabelle ni?” nek Zizah menyoal lagi.

Dato\’ Dini dan Datin Rahmah menggeleng serentak.

“sejak hari tu, tak ada berita langsung dari dia.” Keluh Dato\’ Dini.

Hening seketika apabila si kecil itu tiba-tiba menyampuk.

“are you talking about my mum and my dad?” soalnya kepada Datin Rahmah.

Datin Rahmah tersenyum.

“ya sayang. Kitorang cakap pasal mama dan papa Isabelle.” Ujarnya lembut.

“u don’t have to worry. They will come back for me. They said to me they will come back if I behave. I’m a good girl, right granny?” dengan yakinnya dan fasihnya dia bertutur.

“ya sayang. Isabelle memang baik.” Datin Rahmah mengiyakan.

Nek Zizah tersenyum kelat. Sungguh dia tidak mengerti apa-apa.

“dia faham bahasa melayu ke?” Tuk Khalid pula menyoal.

Datin Rahmah angguk.

“haah. Dia tak reti cakap sangat tapi dia boleh faham apa yang kita cakap. Mujurlah. Dah jadi macam ayam dengan itik dah hah.” Kata-kata Datin Rahmah mengundang tawa yang lain.

“tapi kalau dia boleh faham ok lah tu. Tak lah susah sangat.” Tuk Khalid menyambung lagi.

Dato\’ Dini turut tersenyum.

“eh, jemput minum. Asyik bersembang lupa pulak nak ajak minum.” Nek Zizah mempelawa tamunya.

Dato\’ Dini dan Datin Rahmah meneguk minuman mereka seteguk dua.

Dato\’ Dini kembali serius apabila tehnya sudah diteguk. Masih ada yang ingin dibicarakannya.

“Khalid, Zizah, sebenarnya, ada benda lain yang kami nak sampaikan ni.” berat suara Dato\’ Dini kedengaran.

Berkerut dahi Tuk Khalid.

“ha, apa dia? Cakaplah.”

Dato\’ Dini menggosok-gosok tapak tangannya, mencari ayat yang sesuai.

“sebenarnya, kami ingat, nak tempatkan Isabelle, dengan kamu berdua. Boleh ke?” lambat-lambat soalan itu diutarakan.

Tuk Khalid terlopong, nek Zizah membulat matanya.

“bukan apa Khalid, Zizah. Tapi kami rasa, ada baiknya budak ni membesar dengan persekitaran kampung ni, sebab kami berdua nakkan dia diberi pendidikan agama dan dunia sebaiknya. Yelah, ibu bapanya dah tentu tak boleh laksanakan tanggungjawab mereka sebab mereka dah berpisah. Kami sendiri pun, tak yakin kami akan mampu laksanakan tugas ni dengan baik. Setelah kami fikirkan masak-masak, lebih baik dia duduk dengan kamu. Jauh dari hiruk-pikuk kota, dan aku rasa, kalau bab-bab agama ni, kamu lebih arif. Jadi, kami berharap sangat, kamu tak tolak permintaan kami ni. pasal perbelanjaan hidup dia, kamu jangan risau. Kami tanggung semua.”

Tuk Khalid berdehem perlahan.

“ni bukan soal duit Dini. Tapi, kamu ni betul ke? Si Zainal tu, apa kata dia nanti kalau dia tau? Haliza lagi. Mesti dia tak setuju dengan benda ni. kami…”

“tolonglah bang Khalid, Zizah. Kami merayu sangat. Kami tau kami macam nak lari dari tanggungjawab tapi sebenarnya bukan macam tu. Kami rasa ini yang terbaik untuk Isabelle. Tengoklah apa jadi dengan Zainal. Kami tak yakin dengan didikan kami Isabelle akan membesar sebagai gadis islam dan timur yang sebaiknya. Cuma kamu je harapan kami. Tolonglah jangan hampakan kami.” Datin Rahmah pula merayu.

Nek Zizah tertunduk seketika, menekur lantai. Tuk Khalid menarik nafas dalam.

“macam nilah. Kamu beri kami masa untuk fikirkan cadangan ni sebaiknya. insyaAllah, seminggu dua lagi kami akan telefon semula untuk beritahu jawapan kami. Yelah, hal ni bukan hal main-main. Kami harap kamu faham.” Tuk Khalid akhirnya memberi kata.

Dato’ Dini tersenyum nipis.

“itu pun dah cukup untuk sementara waktu ni. kami harap jawapannya nanti pun, jawapan yang kami harapkan.” Ujar Dato’ Dini penuh harapan.

Tuk Khalid mengangguk.

“insyaAllah. Kita tengok dulu macam mana.”

Datin Rahmah turut tersenyum lega. Dia yakin benar dengan kedua insan itu. Mereka insan mulia. Tetap berbesar hati setelah apa yang berlaku dulu. Pastinya jawapan itu nanti sesuatu yang mereka harapkan. Pastinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: