Novel : Kenapa Cinta? 1

Nama Pena : Amal Fahanna

“Woi,Ice.Bila kau nak sampai ni?Dah berjanggut aku aku tunggu kau kat sini,tahu tak?”marah Alisya sebaik sahaja panggilan dapat disambungkan.Ice memisat-misat matanya.Telefon dilekapkan di telinga.
“Lisya,apa kau melabun pagi-pagi ni?Satu apa pun tak masuk otak akulah.Dahlah.Aku ngantuk i.Esok lusalah aku dengar cerita kau ni.Bye!”Dengan pantas tangannya menekan punat merah.Sesaat kemudia,telefonnya kembali menjerit.Perlahan-lahan tangannya menjawab panggilan.
“Qystina Wafa bt. Shahrul Nizam!Bangunlah cepat!Matahari dah tinggi atas kepala pun kau tak celik lagikah?Lagi satu kalau kau tak sampai dalam masa tiga puluh minit ,i will kill you!Faham?”Dia tersentak.Dikerlingnya jam loceng yang terletak di atas meja.
“Ya Allah,aku dah lewat ni.Macammana aku boleh lupa janji dengan Lisya ni?Aduh,mati aku,”ngomelnya lantas bergerak pantas untuk mempersiapkan diri.Kelam-kabut dia mandi dan bersiap.Selesai sahaj,dia terus meluru keluar.
“Ice,makan dulu sarapan ni,”ujar Puan Latifah sebaik sahaja matanya menangkap kelibat anak gadisnya itu.

“Sorry,mak.Ice dah lambat ni.Nanti tak pasal nanti kena tadahkan telinga dengar bebelan Lisya.Ice pergi
dulu.Sorry sekali lagi sebab tak dapat tolong jaga gerai hari ini.Assalammualaikum.”Sebaik sahaja bersalam dengan Puan Latifah,dia terus berlari ke tempat yang dijanjikan.

*****************

“Zoey,kau kena buat yang terbaik hari ini.Pertandingan yang dapat menjamin kita untuk berlumba dalam perlumbaan yang lebih hebat lagi,”pesan Rizal sambil menepuk bahu rakan baiknya itu.Rakan-rakan mereka yang berda di situ turut bersetuju dengan kata-kata Rizal.
“Betul cakap Rizal tu.Aku harap kau akan berjaya.Ini untuk masa depan kita.”Faizal turut menambah menyokong kata-kata rakannya itu.
“Diam!Boleh tak kau orang tolong tutup mulut.Kau ingat aku ni budak tadika ke?Semua benda nak kena ajar..Lepas ni aku tak nak dengar sepatah pun daripada mulut korang tu.Hurh!”Bentak Zoey lalu terus beredar ke arah motorsikalnya.Mereka terus membisu.Zoey segera memeriksa motorsikalnya itu.Dia ingin memastikan bahawa motorsikalnya itu tidak akan bermasalah ketika perlumbaan.Pihak penganjur telah mengarahkan agar setiap peserta mengambil tempat masing-masing.Zoey turut melangkah ke arah ke bahagian permulaan.Arahan bersedia telah dikeluarkan oleh pengadil.Topi keledar disarungkan ke kepalanya dengan tenag.Fokusnya hanya satu kini.Hanya kepada perlumbaan.Matanya sudah menunjukkan keyakinan untuk merangkul juara bagi perlumbaan itu.Sebaik sahaja tembakan dilepaskan,para peserta mulai memecut.
‘Aku akan menang!’Desis hatinya.

*******************

Ketukan di pintu menghentikan ketekunannya menaip di komputer.Dia mengangkat kepala.
“Masuk!”Hanya perkataan itu sahaj yang terpacul daripada bibirnya itu.Sebaik sahaja mendengar arahan itu,Sofea terus melangkah masuk.
“Assalammualaikum ,pengurus besar!Saya nak laporkan tentang keadaan semasa Festival Amal Bakti Pasaraya Yezz,”ujar Sofea.
“Okey.Saya mahu sekali mendengar tentang festival ni.Silakan.”Sofea tersenyum sebelum memulakan penerangannya.Zikry tekun mendengar penjelasan daripada Sofea.Sekejap-sekejap,dia terangguk-angguk bagai memahami setiap bicara Pengurus Sumber Manusia itu.
“Good!I think this charity can help our company a lot.Okay.Macammana pula dengan tapak jualan yang kita serve for outsiders?Semua dah disewa ke?”soalnya bagi meminta kepastian.
“Masih ada tiga tapak jualan yang masih belum disewa.But according to my assistant,tapak itu sedang dipertimbangkan oleh beberapa penjual.”Sekali lagi Sofea melaporkan mengenai keadaan di sekitar festival anjuran Pasaraya Yezz.Zikry tersenyum puas.Dia tahu gadis di hadapannya ini memang berkebolehan.Jarang terdapat kesilapan dalam kerjanya.
“Okay.Thanks for the report,Sofea.You can go now!”Berpuas hati dengan laporan yang diterima,Zikry pasti tiada apa lagi yang perlu dibincangkan lagi antara dia dan Sofea.
“Your welcome!Saya minta diri dulu.Assalammualaikum.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: