Novel : Misteri blok chempaka 3 (akhir)

Nama Pena : miz_apple

Hingar bingar kelas prep pada malam itu tidak dihiraukan Adira dan rakan-rakannya yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun hampir tiba.Walaupun exam nak dekat,kelas tersebut tetap bising seperti di pasar borong.
“Aku dah boringlah.Jomlah cerita apa-apa,”tiba-tiba Adira bersuara sambil tangannya pantas menutup buku.
“Betul jugak tu.Exam lagi 2 minggu,kita ada banyak masa lagi,kan,”sokong Alina pula.
Adhlin dan Misha angguk.Mereka memerhatikan gelagat rakan-rakan sekelas mereka yang lain.Ada yang sedag tidur,ada yang sedang makan bekalan dari rumah memandangkan mereka baru sahaja balik.Dan seperti biasa,sekelompok geng Ariff sedang sibuk bercerita sambil diselang-seli dengan ketawa yang nyaring bergema ke seluruh kelas.
Adira kembali menumpukan perhatian kepada rakan-rakannya yang hanya berbual-bual kosong.”Dira,kau kenapa diam aje ni?,”tanya Alina.Adira mendiamkan dirinya.”Kalau aku bagitau sesuatu,korang percaya tak?,”tanya Adira.
“Apa dia?ceritalah,”kata Misha dengan berminat.
“Semenjak kebelakangan ni,aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan blok tu.Maksud aku,blok cempaka yang kita duduk tu.Dah bayak peristiwa ganjil yang aku alami.Yang terbaru,masa nak balik kampung hari tu.Aku terjumpa sorang perempuan nak mandi tapi dia hilang macam tu aje.Aku rasa ada kaitannya dengan kehilangan Kak Mazni yang hilang 6 tahun yang lalu.”
Misha,Alina dan Adhlin melopong.Buat seketika,mereka hanya mendiamkan diri masing-masing.Mereka susah mahu mempercayai cerita Adira yang dianggap tidak masuk dek akal.Masakan Adira sahaj yang mengalaminya sedangkan mereka yang lain tidak pernah melalui peristiwa seperti yang dialami Adira.
“Aku rasa kau letih sangat kot.Janganlah tension-tension.Relaks,banyak masa lagi nak exam,”Adhlin pantas bersuara.
Adira membeliakkan biji matanya.”Korang fikir ni semua imaginasi aku aje?Aku berangan?Ataupun korang fikir aku ni dah gila,”sindirnya agak sedih dengan penerimaan rakan-rakannya.
“Bukan macam tu.Susahlah aku nak percaya.Takkan baru sekarang Mazni nak ganggu.Lagipun,apa motif engkau yang `terpilih’ untuk jumpa Mazni tu.6 tahun,Dira.Fikirlah sikit.Lagipun,tak semestinya Mazni tu dah mati sebab sampai sekarang dia belum dijumpai.Kalau dia dah mati,mana mayat dia?,”bidas Alina pula.
“Ok,fine.kalau tak nak percaya dengan cakap aku takpe.Kalau kau rasa aku ni dah gila aku terima.Yang penting,aku tahu apa yang aku alami.Cuma,aku rasa sebagai kawan mesti korang tak sampai hati,kan nak hampakan permintaan aku yang terakhir ni?.”
“Apa dia?.”
“Aku harap Lina dapat beritahu sumber dari mana kau dapat cerita mengenai Mazni tu.Tolonglah,Lina.Aku nak tau jugak.Lepas ni aku takkan bukak cerita pasal hal ni lagi kalau kau beritahu,”rayu Adira.
Alina agak teragak-agak untuk membuka mulut.”Err…cerita ni aku tau masa tahun lepas dari akak dorm aku.KaK Farah form 4 sekarang ni,kau kenal,kan?Ha,dialah jiran Mazni tu,”beritahu Alina akhirnya.
“Kak Farah….”,bisik Adira lalu melangkah pantas keluar dari kelasnya.Jeritan Alina dan Adhlin tidak dihiraukan Adira yang berlari-lari anak ke blok C,blok yang menempatkan pelajar-pelajar tingkatan empat.
“Maaf kak,Kak Farah kelas apa?,”tanya Adira kepada Elyn.”Satu kelas dengan akaklah.Kenapa?,”tanyanya pula.
“Tak ada apa-apa.Terima kasih kak.”Adira terus berjalan ke kelas Farah.
BAB 5

“Janganlah menangis lagi kak,”pujuk Adira sambil mengusap bahu Farah.”Maaflah Dira.Akak tak dapat kawal perasaan.Kak Mazni tu sangat baik.Akak sayangkan dia sebab akak dah anggap Kak Mazni tu macam kakak akak sendiri.Kak Mazni baik,selalu bagi akak gula-gula dengan coklat sebab masa tu akak baru darjah empat.Tapi,dah lama akak tak dapat coklat dari dia.
Hari-hari akak tunggu depan rumah sampailah akak dikejutkan dengan kehilangan Kak Mazni masa nak mandi dekat blok cempaka tu.Sampai sekarang,dik Kak Mazni hilang macam tu aje.Mak Kak Mazni jatuh sakit mengenangkan anak dia yang hilang.Sekarang ni alhamdulillah,dia dapat menenangkan diri dan menganggap semua yang berlaku ni sebagai takdir.Akak percaya,Mazni masih hidup.Akak akan cari dia kalau akak termampu satu hari nanti.”
Adira menggeleng.”Kak,saya tak rasa Kak Mazni masih hidup,”tenang suara Adira berkata-kata.Farah kelihatan terperanjat.”Kenapa adik cakap macam tu?,”tanyanya agak beremosi.Adira menceritakan segala-galanya kepada Farah.
“Kalau betullah apa yang saya rasa dan alami,kita kena berusaha untuk mencari kembali mayatnya,kak.Akak kena tolong saya.Terpulanglah kalau akak nak percaya ataupun tidak.Bertenanglah.Saya balik dulu.Dah lewat sangat ni.Fikirlah ya,kak,”kata Adira lalu melangkah keluar dari dorm Farah yang sudah sunyi.

BAB 6
Album yang sudah lusuh itu dibelek-beleknya.Sesekali,mulutnya mengukir senyuman disertai air mata yang membasahi pipi.Sesekali dia meninjau kawasan persekitaran rumahnya memerhatikan kalau-kalau tetamu yang ditunggu itu akan muncul.
Dia kembali membelek album tersebut apabila mendapati tiada sesiapa pun di halaman rumahnya.Dikesatnya air mata yang mencurah-curah turun apabila menatap album gambar tersebut.Namun,dia pantas menyeka air matanya apabila terdengar suara orang memberi salam.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.Ha,Farah.Masuklah.”
“Apa khabar Mak cik?Inilah kawan Farah,Adira.Adira,kenalkan.Mak Jah,”kata Farah sopan.
“Apa khabar mak cik?.”
“Baik nak.Masuklah.Duduk dulu.Biar mak cik buat air,ya,”kata Mak Jah lalu segera berlalu dari situ.
“Macam mana ni,kak?Dira takutlah nak bagitau Mak Jah.Tak pasal-pasal mengamuk pulak orang tua tu nanti,”Adira meluahkan kebimbangannya.
“Tak ada apa-apalah Dira.Lagipun,kita akan tahu gadis misteri itu Mazni ataupun bukan lepas Mak Jah tunjukkan album gambar tu nanti.”
“Jemputlah minum,Dira,Farah,”pelawa Mak Jah dengan ramah.
Farah dan Adira mengangguk.Mak Jah tersenyum memerhatikan mereka minum dengan berhati-hati.
“Oh,ya.Hari tu Farah ada cakap dengan Mak Jah yang Farah
ada sesuatu yang nak beritahu mak cik pasal Mazni.Apa dia?.”
“Bukan Farah,Mak Jah.Ni,ha.Si Dira ni ada sikit berita yang nak bagitau,”jawab Farah lalu menyiku siku Adira yang nampak teragak-agak untuk mengeluarkan kata-kata.Mak Jah masih sabar menanti.
“Macam ni,Mak Jah.Sebelum tu,saya harap Mak Jah dapat bersabar.Saya terjumpa seorang gadis yang mahu mandi di kolam katak di blok cempaka.Gadis tersebut menangis tak henti-henti dan memberitahu saya dia sangat takut.Bila saya tanya mana dia tinggal,dia tunjuk satu arah dan bila saya pusing balik kepadanya,dia sudah hilang.Saya tak rasa gadis tersebut manusia.
Maksud saya,mungkin yang dijumpai saya tu kak Mazni berdasarkan keterangan Kak Farah yang kak Mazni hilang ketika mahu mandi.Saya rasa yang bercakap dengan saya itu hanya rohnya sahaja.Saya minta maaf,bukan niat saya mahu mengatakan bahawa kemungkinan untuk berjumpa dengan Kak Mazni dalam keadaan yang masih bernyawa tidak ada lagi.Saya hanya beritahu apa yang saya rasakan sahaja.Kalau mak cik izinkan,bolehkah saya nak lihat gambar Mazni.Kalau boleh,gambarnya yang terbaru kerana wajah gadis itu masih saya ingat.”
Mak Jah termangu sebentar.Namun,dia masih berharap bahawa apa yang dikatakan oleh Adira sebentar tadi tidak benar sama sekali.Tangannya pantas mencapai sebuah album lalu mengeluarkan gambar Mazni yang terbaru.
Adira menatapnya.Mulutnya terbuka apabila mendapati bahawa memang gadis yang dijumpainya hari itu mirip dengan Mazni.”Mak cik…..Kak Farah….Betul ke ni?.”Mak Jah dan Farah termangu.
Gambar tersebut terlepas dari tangannya.”Mak cik…inilah gadis yang Dira jumpa haritu…,”Adira tidak mampu lagi untuk berkata apa-apa.Mak Jah terlopong sebentar.”Maksud anak,anak mak cik dah ma..mati?,”tanyanya.
“Bukan macam tu.Saya tak pasti lagi.Tapi,gadis yang saya jumpa haritu memang betul anak mak cik.Saya pasti.Cuba mak cik fikir,saya jumpa Mazni di sekolah masa tu.Kalau dia masih hidup,ke mana dia tinggal di sekolah tu?Dia boleh hilang dalam sekelip mata pulak tu.”Adira rasa lega apabila dapat meluahkan segala-galanya.
Mak Jah menangis mendengar cerita Adira itu.”Dira,kalau anak mak cik dah mati sekali pun,mana mayatnya?Mak cik hanya nak anak mak cik tenteram tak kira masih hidup atau pun mati….”
Tiba-tiba Mak Jah menggenggam tangannya erat.
“Hanya Dira yang boleh tolong mak cik….”Adira turut menangis sambil memeluk Mak Jah.Dia berazam mahu menolong Mak Jah.Dia sudah lama mengharapkan kepulangan anaknya itu.

BAB 7
“Kau baliklah dorm dulu.Aku nak pergi ke ampaian sekejap.Nak ambik baju yang aku basuh siang tadi,”kata Adira kepada Alina.Alina terhenti seketika.”Kau berani ke?Dah pukul 11 malam ni.Esok ajelah,”kata Alina agak bimbang keselamatan rakannya itu.
Adira mengangguk.Dia yakin,dia akan dapat berjumpa dengan `Mazni’ lagi.”Takpe.Kau baliklah.Aku nak ambik baju aje,”bohong Adira lagi.Alina termangu-mangu sebentar.”Aku tau apa yang kau cari,Dira.Kau nak cari Manzi,kan?Janganlah tipu aku lagi.”
Adira menunduk.Dia segera duduk di pasu bunga yang besar yang bersusun di bawah blok cempaka itu.Diamendongak,memerhatikan hingar-bingar suara penghuninya yang baru balik dari kelas prep malam itu.
“Aku takkan bukak cerita pasal ni lagi depan kau,Alina.Itu janji aku.Aku dah dapat jumpa dengan orang tua Mazni.Semuanya atas pertolongan kau,Lina.Terima kasih banyak-banyak.Sekarang ni,aku nak tolong Mak Jah.Kesian dia.Dia dah banyak menderita sejak kehilangan Kak Mazni.”
“Aku ikut kau?,”Alina memberanikan diri.
“Tak usah.Biar aku pergi sendiri.”
Adira hanya memerhatikan langkah temannya ke ampaian belakang.Dia berhasrat untuk turun menunggu Adira di bawah blok bersama Adhlin nanti selepas menukar pakaian.

Adira melangkah dengan berhati-hati.Dia beristighfar banyak-banyak.Ya Allah,permudahkanlah urusan aku.Niat aku untuk membantu,kata hatinya.Adira melangkah melepasi ampaian dan public phone untuk ke kolam katak.Beberapa orang pelajar sedang menunggu giliran untuk menelefon.
“Dik,nak pergi mana?.”sapa seorang pelajar tingkatan tiga.
“Kolam katak.”
“Kau tak tau cerita,ke dik?Jangan pergi sanalah.Karang kena sampuk dek hantu,susah akak dorm kau nak berkejar cari warden malam-malam buta macam ni.”
Adira tidak menghiraukannya.Ketika dia hampir sampai ke kolam katak itu,kedengaran bunyi air sedang ditadah ke dalam baldi.Adira mengeluh lega.Nampaknya,`Mazni’ ada di situ.Adira memerhatikan gadis itu sedang mencangkung dengan baju merah hatinya.Tuala merah jambunya tersangkut di bahu.
“Kak,”tegur Adira.
Gadis tersebut tidak menoleh.Dia langsung tidak menghiraukan Adira yang berdiri di sisinya.”Kak Mazni.Nak mandi ke?,”Adira memberanikan dirinya menyebut nama itu.
Pantas gadis itu menoleh.Bibirnya mengukir senyuman.”Adik nak mandi sama?Akak takut mandi sorang-sorang.Nanti ada orang bunuh akak lagi.Akak takut,dik……”rintihnya lagi.
Adira tersentak.Tiba-tiba gadis itu berlari ke hujung blok lalu menghilang dalam kepekatan malam.Adira ingin mengejar tapi dia membatalkan hasratnya.Dia menunduk dan ketika itulah dia terlihat tuala gadis itu ditinggalkan.Adira mencapai tuala itu.
Ketika itulah angin terasa menderu.Serta-merta Adira teringat angin seperti itu yang dirasainya ketika di study room dulu.Adira pantas berlari menuju ke hadapan blok semula.Adhlin dan Alina sedang menunggunya di situ sambil makan Maggie.”Ha,Dira.Macam mana?,”tanya Alina.”Aku jumpa tuala Kak Mazni.Esok aku nak pergi lagi,”jawab Adira bersungguh-sungguh.
“Tak payahlah Dira.Bahaya.Dahlah,buang aje tuala tu,”kata Adhlin.Adira menggeleng.”Tak nak.Aku nak cari Kak Mazni sampai jumpa.Tak kira dia masih hidup atau dah mati,”azam Adira sambil berlalu dari situ.Alina dan Adhlin berpandangan antara satu sama lain.

BAB 8

“Airnya sejuk tau.Tapi takde sesiapa pun yang berani nak mandi dekat situ.Bukannya apa,terpencil sikitlah tempat tu,”kata Linda bersungguh-sungguh.Mazni kelihatan tertarik.”Betul ke?Aku suka sangat mandi air sejuk.Aku nak mandi dekat situlah,”katanya bersungguh.
“Jangan,Maz.Bahaya,”ingat Linda.
Mazni tidak menghiraukannya.Tetapi,setiap hari ada sahaja kelas yang perlu dihadirinya menyebabkannya tidak ada masa untuk ke kolam katak belakang blok itu.Suatu malam,terdapat peluang keemasan untuknya apabila prep malam dibatalkan.
Dengan bertrack suit hitam dan berbaju merah hati,Mazni melangkah riang ke bawah blok tanpa menghiraukan waktu sudahpun menujukkan pukul 11 malam.Blok sudah sunyi.Tuala merah jambu disangkut ke kepala.Dengan riang dia menadah air ke dalam baldi.
Ketika Mazni ingin membuka pakaian,dia terlihat ada satu lembaga hitam ingin masuk ke dalam blok cempaka.”Tolong..penceroboh!,”jerit Mazni tanpa teragak-agak.
Dia yakin,itu ialah penceroboh kerana kawasan itu senang dimasuki orang.Kawasan pembinaan yang berhampiran menyebabkan blok tersebut mempunyai ruang untuk penceroboh masuk.
Mazni terus-terusan menjerit.Lembaga itu meluru ke arahnya lalu menekup mulutnya.Mazni meronta-ronta ingin melepaskan diri.Dia dapat melihat dengan jelas muka penceroboh itu.Lelaki itu menekup mulutnya dengan kuat.
“Diam..kalau kau bising aku bunuh kau,”katanya.Oleh kerana Mazni terus-terusan menjerit nyaring,pantas ditumbuknya muka Mazni lalu Mazni rebah di atas lantai.Oleh kerana terlalu panik,lelaki itu memeriksa pernafasan Mazni.Hidup lagi,fikirnya.
Dia terfikir mahu membiarkan Mazni di situ tetapi apabila mengenangkan bahawa Mazni akan membuat pengaduan,dia mula berhasrat mahu menamatkan sahaja riwayat Mazni yang sedang pengsan itu.
Tanpa berfikir panjang,dicapainya tuala merah jambu yang tersangkut di bahu Mazni lalu dijerutnya leher gadis malang itu.Mazni tersedar kembali dan mengerang kesakitan.”Tolong…jangan apa-apakan saya…”rintih Mazni kesakitan.
Lelaki itu terus-terusan menjerut lehernya dan tidak lama kemudian,Mazni kembali senyap.Lelaki itu yakin,Mazni sedang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.Diseretnya Mazni ke belakang blok cempaka lalu menggali sebuah lubang yang besar.
Selepas menanam Mazni hidup-hidup,ditimbusnya Mazni.Barang-barang keperluan Mazni turut ditanam di sebelahnya bersama tuala merah jambunya.Untuk menutup kesan lubang itu,lelaki itu mengambil sebatang pucuk pisang lalu ditegakkan di atas timbusan tanah itu.Dia tersenyum puas apabila melihat keadaan itu.
Segera dia berlalu dari situ dan terus melarikan diri.Hasratnya untuk menceroboh kawasan itu diketepikan dahulu.

BAB 9
Adira terjaga dari tidur.Dilihatnya rakan-rakannya yang lain ada yang sudah bangun dari tidur dan ada juga yang masih lagi mneikmati kedinginan pagi.Hari ini hari Ahad,walaupun jam sudah menunjukkan pada pukul 8 pagi namun ramai yang masih tidur.
Adira kembali teringatkan mimpi yang dialaminya tadi.Dia dapat mengingat dengan jelas bagaimana Mazni dibunuh.Adira mencapai tuala Mazni yang dibawa tidur bersama.Adira segera turun ke bawah blok,mencari pokok pisang yang kelihatan jelas di dalam mimpinya sebentar tadi.
Adira menarik nafas panjang apabila melihat pokok pisang itu sudahpun besar dan sudah mengeluarkan buah.Adira cuba mencari jalan.Esok,dia akan memaklumkan kepada Farah apa yang dilihatnya itu.Eh,kenapa lambat sangat esok?Aku nak bagitau dia sekarang ni jugak.
Adira segera melangkah ke atas lalu segera mencapai tuala mandi.15 minit kemudian,dia sudah bersedia untuk berjumpa Farah di blok Dahlia.Tuala merah jambu dibawanya bersama.Satu persatu anak tangga dipanjatnya dengan pantas.
Ketika dia memasuki dorm Farah,dilihatnya Farah sedang mengeringkan rambutnya menandakan dia baru sahaja selesai mandi.
“Eh,Dira.Pagi-pagi dah jumpa akak.Ada apa-apa yang penting ke?,”tanya Farah hairan.
“kak,Dira dah tau kenapa Kak Mazni dibunuh.”
Farah kelihatan terperanjat.”Macam mana Dira tau?.”
“Dalam mimpi Dira.Dira tidur pegang tuala Kak Mazni ni.Malam tu,Dira mimpi.”
Farah menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang cuba disampaikan oleh Adira.
“Kak,Dira rasa perkara ni tak boleh dilengah-lengahkan lagi.Kita kena bagitau Mak Jah secepat mungkin.”
Farah segera menarik tangan Adira untuk ke public phone bawah blok.Tangan Farah pantas menekan nombor telefon rumah Mak Jah.Selepas memaklumkan kepada Mak Jah,Farah meletakkan gagang lalu menarik nafas panjang.
“Kenapa kak?.”
“Insya-Allah petang ni pihak polis datang.Kesian akak tengok Mak Jah.Akak tau,walaupun Mak Jah gembira ananknya telah dijumpai,tapi mesti dia sedih sebab yang balik hanya mayatnya sahaja.”
Adira mengangguk.Nampaknya,niat sucinya untuk membantu Mak Jah mencari anaknya tercapai akhirnya.Dia juga ingin membuktikan kepada rakan-rakannya bahawa dia masih waras!Semuanya akan terbukti pada petang ini…

BAB 10

Tangisan melatari ruang belakang blok cempaka.Seluruh ahli keluarga dan saudara mara Mazni tidak dapat menahan sebak apabila melihat tulang-temulang dibawa keluar selepas pihak polis menumbangkan sebatang pokok pisang yang dipercayai berhantu itu.
Lubang sedalam 2 meter itu turut digali.Mak Jah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Adira yang telah membantunya menemukan kembali dengan anaknya yang menghilang selama enam tahun itu.
Selepas semua beransur-ansur pergi,tinggallah Adira seorang diri di situ.Dia mengesat air matanya apabila teringatkan kematian Mazni yang dibunuh dengan kejam.Tiba-tiba,kelihatan Mazni sedang tersenyum kepadanya sambil melambai-lambai kepadanya.Adira terus menangis sambil membalas lambaian Manzi.
Adira hanya melihat bayangan Mazni yang makin hilang.Tiada rasa takut di dalam dirinya.Perlahan-lahan,dia melangkah pergi dari situ.Kini,terlerailah misteri blok cempaka…..

****************TAMAT****************

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: