Novel : Pelukan Cinta 5, 6

Nama Pena : Amisha Dania

BAB 5

Zalina, Zulaika dan Salmiah menapak perlahan-lahan. Kuliah terakhir untuk semester ini telah selesai. Mereka akan bercuti panjang. Masing-masing melepaskan keluhan panjang. Beku rasanya otak menyiapkan kerja kursus yang melambak-lambak.
“weh, sebelum balik bercuti jom kita lepak-lepak kat Cameron nak?” Zalina membuat usul. Dia rimas bila cuti panjang begini. Kampungnya jauh di Utara. Kawasan pendalaman pula tu. Jadi biul duduk di kampung lama-lama. Tidak dapat dibayangkan kalau kena menghabiskan cuti dua bulan di kampung. Arg….tak sanggup. Kalau ibu ada dia tak kesah sangat. Ni ibu dah setahun meninggalkannya. Di kampung kini ada along dan angah sahaja. Masing-masing sudah berkeluarga.
“Molek gok tu….kawe suko….tapi kan, sejuk lah situ. Buat tahi mata je nanti. Kau macam mana Ika?” tanya Salmiah. Dua tahun di Kuala Lumpur, pertuturannya masih Kelantan asli. Bila di tanya dia akan menjawap, ‘Aku bangga dengan negeriku’.
“okey gak, tapi kena minta izin dulu lah….” Zulaika menjawab selamba.
“Alaa….tak kan papa kau tak bagi. Lagi pun mereka bukan ada di sini. Ke….izin cik abang?” Zalina mengusik.
“Aaaa tahu tak pe…papa no hal. Abang pa yang banyak hal.” Zulaika tergelak kecil.
“Cemburu ke super duper kita tu?” tanya Salmiah. Sejak minggu mesra siswa Armand kekal menjadi abang super duper mereka.
“Biasalah…..hati orang. Tak jeles, tak cun lah. Tak dapat aku nak merajuk, memujuk….” Zulaika tersenyum. Teringat kepada Armand. Rajuknya boleh tahan. Kalah perempuan.
“Abis apa keputusannya ni? Pergi ke tak ?” tanya Zalina.
“kalau Armand nak ikut, you all o.k tak?” Zulaika meminta kepastian. Dia paham benar dengan perangai Armand. Dia tidak menghalang, tetapi selalu menjadi sebahagian daripada peserta itu. Walaupun Zulaika senang dengan sikap perihatin Armand, namun ada masanya dia merasa terkongkong.
“aku tak kesah dengan abang superb tu…tarahalpunya….” Salmiah menjawab.
“aku pun….ada abang superb save sikit bajet kita. Selalu dia yang belanja, kan??” Zalina mengenyit mata pada Zulaika. Masing-masing tergelak. Memang itu fakta belaka. Kalau mereka ikut Zulaika dating dengan abang superb, kenyang mereka. Abang superb tidak kedekut. Ye lah….dia dah kerja, ada syarikat sendiri pulak tu. Duit tak habis. Siap bagi duit poket lagi pada Zulaika.

————————————–

Armand Danial memandu Honda CRV nya dengan tenang. Dia membiarkan Zulaika dan kawan-kawannya berbual tanpa gangguan. Ikutkan memang dia ada banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum dia berlepas ke Korea minggu hadapan. Mulanya dia tidak bercadang untuk mengikut Zulaika dan kawan-kawannya, tetapi memandangkan tiada lelaki dalam trip mereka itu, hatinya mula cuak. Tiga orang gadis bersendirian…..ahh kalut ni. Cantik-cantik pulak tu. Salah seorangnya buah hati sendiri. Aduh…tak boleh jadi ni.
“Jiwang betul bercuti ke tempat-tempat sejuk begini. Zulaika pun satu, tunggulah dah nikah dulu, baru pilih tempat begini untuk bercuti. Sedaplah sikit.” Armand bercakap sendiri didalam hatinya. Dia mendengar gelak Salmiah yang besar….apa butir ceritanya?

“Ngumpat abang ke?” Armand bertanya.
“Mana ada abang….sedap lagu kat radio tu…lena bini abang kat sebelah tu hah…” mengkekeh-kekeh lagi ketawa Salmiah.
Armand menjeling Zulaika disebelahnya. Dia tersenyum. Manja, comel aje zulaika terlentuk sambil memeluk bantal nemo. Armand menghulur tangannya, mengusap lembut pipi zulaika.
“sayang…..” Armand memanggil lembut.
“Auchh….” Salmiah mengusik. Berderai lagi ketawanya.
“Abang, janganlah loving sangat, pilu kami yang tak ada pakwe ni….” Zalina pula menambah.
Armand tergelak kecil. Dia sudah biasa dengan mereka berdua ni. Sebulan sekali dia pasti membawa mereka bertiga keluar makan dan berbelanja barang keperluan mereka. Dia percaya pada mereka berdua menjaga Zulaika di kolej.
“Kita berhenti makan dulu ye?” Armand meminta persetujuan rakan-rakan Zulaika.
“No hal abang. Makan free kami tak tolak punya….” Salmiah menjawab dalam tawa mengusik.
“Eh…tak kan abang kena belanja kut! Abang ni drebar je….mem lah belanja…” Armand menjawab selamba.
Zalina dan Salmiah berpandangan antara satu sama lain. Siapa ‘mem’ yang dimaksudkan oleh abang superb ni?
“Siapa mem tu abang?” serentak mereka bertanya.
Armand ketawa. Geli hatinya mendengar pertanyaan mereka berdua. Gelabah juga ye. Padan muka.
“Siapa duk belakang dialah mem besar…..”Armand ketawa apabila dia melihat mata Salmiah dalam cermin pandang belakangnya. Bulat besar matanya merenung Armand.
“Abang ni teruk lah. Tak kan kami nak duduk depan lak. Tu kan tempat mak we abang. Kami jadi mem kerana terpaksa tau.” Jawab Salmiah tak puas hati.
Armand memberhentikan keretanya di tempat parkir yang agak teduh.
“Ika…..bangun sayang, kita makan dulu. Abang lapar ni. Sayang……” Armand menyentuh pipi Zulaika dengan lembut. Sejuk hatinya melihat wajah tenang Zulaika Husna.
“Abang….tak bangun dia abang kejut macam tu. Lagi lena adalah…tenguk sini Mia tunjuk cara Mia kejut Ika setiap pagi…”
Salmiah keluar dari tempat duduknya. Dia buka pintu depan kereta. Pap …… tangannya melekap di bontot Zulaika Husna. Nemo dalam pelukan Zulaika terlepas dari pegangannya.
“Aduh…..apa kau ni Mia….sakit bontot aku…mesti lebam ni.” Zulaika memasamkan mukanya. Tangannya spontan menggosok-gosok bontotnya yang terasa perit.
“Dah sampai ke bang?” Zulaika bertanya sambil memandang sekelilingnya.
“Belum sayang. Kita makan dulu, abang lapar, ngantuk. Jom…” Armand mencapai jemari Zulaika. Terkejut juga dia melihat cara Salmiah mengejutkan Zulaika tadi. Kasar betul perempuan ni. Mujur baik Zulaika ni jenis yang tak cepat melenting, kalau tidak mahu bergaduh tadi.
Mereka berjalan berpimpin tangan. Mesra sungguh. Armand jarang dapat bersama dengan Zulaika. Kesibukan kerjanya, kesibukan Zulaika dengan pelajarannya menghalang mereka untuk berjumpa selalu seperti pasangan yang lain. Walaupun begitu, Armand pastikan, sebelum tidur, dia akan berbual-bual dengan Zulaika samada melalui internet atau telefon. Dia mahu Zulaika habiskan pelajarannya tanpa gangguan. Namun dia juga mahu Zulaika tahu bahawa dia amat menyayangi gadis itu. Tidak berjumpa, tidak bermakna dia lupakan Zulaika.
Mereka makan sambil berbual-bual. Macam-macam perkara yang mereka bualkan.
“Abang senior, bila nak melamar Ika ni? Kena booked tahu, nanti melepas..”Tiba-tiba Salmiah bertanya.
Terkesima Armand Danial. Apa ke situ pula Mia ni. Cuak Armand Danial.
“Kenapa….ada yang nak rampas Ika dari tangan abang ke?” Armand cuba memancing. Ingin memastikan duduk perkara yang sebenarnya.
“Eh….abang senior tak tahu ke? Ramai peminat Ika ni. Takut abang senior terlepas nanti…” Salmiah menjelaskan.
Armand terdiam seketika. Dia merenung Zulaika Husna yang selamba menghabiskan makanannya disisi Armand.
” Sayang…..apa cerita ni? Anything you want to share ?” Armand bertanya lembut. Hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Apakah jauh di mata, jauh juga dihati?
“Dengarlah cakap Mia tu. Ika tak ada apa-apa. Orang tanya Ika jawab, mana ada lebih-lebih. Kawan tak salah kan ?” Zulaika Husna memandang Armand Danial. Dia nampak riak resah di mata Armand. Jejarinya yang berada dibawah meja mencari jejari Armand. Bagaikah magnet, jejari mereka melekap antara satu sama lain. Armand menggengam jejari Zulaika dengan erat seolah-olah ingin memberitahu Zulaika bahawa tautan ini tidak mungkin akan dilepaskan.
“Jom……jauh lagi ni..” Tiba-tiba Zalina bersuara memecahkan kesunyian. Hatinya sendiri merasa tidak enak apabila Salmiah mula membuka cerita tentang beberapa orang rakan kolej mereka yang cuba mengayat Zulaika. Dia tahu Zulaika tidak pernah berlebihan melayan mereka. Masakan senyum pun menjadi kesalahan?
Mereka berjalan menuju ke kereta Armand. Armand dan Zulaika berhenti di gerai buah jambu madu. Sengaja Armand berhenti, hendak menjarakkan dirinya daripada Zalina dan Salmiah. Selepas membeli jambu madu, mereka menapak perlahan-lahan ke kereta. Armand merangkul bahu Zulaika, lembut. Dia menundukkan kepalanya sedikit, merapatkan bibirnya ke telinga Zulaika.
“Ika…..abang sayang Ika, Ika tahu kan?” Armand menyuarakan isi hatinya.
“Ika tahu. Ika pun sayangkan abang.” Zulaika meletakkan kepalanya dibahu Armand. Manja sekali. Dia tidak peduli jika Zalina dan Salmiah nampak. Biarlah.

——————-

BAB 6

Sudah dua bulan Armand tidak pulang ke rumah mummynya. Bukan dia tidak ingat kepada mummy dan daddynya, tetapi dia terlalu sibuk. Sejak menamatkan pengajiannya tempuh hari, Armand sibuk mengemaskini urusan kerjanya yang telah setahun lebih tidak diberi perhatian.
Petang Sabtu itu dia bercadang untuk menjenguk mummynya. Sesekali buat kejutan, apa salahnya, ye tak? Armand singgah di Hentian R & R Seremban. Dia membeli beberapa jenis buah-buahan sebagai buah tangan untuk mummy dan daddynya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya menuju ke Seremban. Seremban, tidak banyak perubahan walaupun sudah dua bulan tidak dikunjungi. Pembangunannya tidak pesat seperti Kuala Lumpur. Keretanya meluncur melalui Ampangan dan terus ke Gedung Lalang 50. Kawasan elit masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Keretanya diparkir dibawah rimbunan pohon rambutan. Walaupun Ampangan sudah agak maju, tetapi kawasan rumah mummynya masih lagi tidak banyak pencemaran. Dia masih dapat menghirup udara segar. Pohon-pohon masih lagi menghijau disekeliling rumah itu.
Kereta along dan kak ngah ada di halaman rumah. Armand tersenyum. Dapat juga dia melepaskan rindu pada mereka.
“Assalammualaikum……” Armand menyapa. Bunya bising di dalam rumah menenggelamkan salamnya itu. Dia memberi salam sekali lagi sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
“Amboi rancaknya berborak, alang bagi salam pun tak berjawab…” Armand menepuk bahu alongnya.
“Laa….along tak dengar. Waalaikummusalam….apa mimpi ni, balik tak bagi tahu pun.” Along menyambut huluran tangan adiknya.
“Kerja kat ofis dah reda sikit, alang balik lah. Dah dua bulan alang terperap kat ofis tu. Tukar angin sikitlah….long sehat?” Armand berbasi basa. Matanya liar mencari kelibat mummynya.
“mummy mana long?” Armand bertanya.
“Stadium, pergi beli popia basah. Macam tahu-tahu aje alang nak balik. Kak ngah yang bawak.”
“Oh…dah lama tak makan popia kat stadium tu. Kak ngah bawak Ontel ke? Tak nampak pun Ontel ni…” Armand mencari anak saudaranya yang mengalami sindram down itu. Ontel atau Montel adalah panggilan manja yang mereka gunakan bagi Azizul Hakim. Ontel agak pendiam dan pemalu. Dia merupakan anak saudara yang sentiasa menjadi kemanjaan ibu dan bapa saudaranya kerana keistimewaan yang dimilikinya itu.
“Montel tidur dalam bilik kak ngah. Tak berapa sehat dia hari ni. Merengek aje dari pagi tadi. Nanti tenguk kamu, okey lah kut.” Along menerangkan.
“Hai Pak Lang…..kami ni Pak Lang tak nak tanya ke? Montel aje yang Pak Lang ingat. Kami pun anak saudara Pak Lang gak tau….” Tiba-tiba berderet anak-anak along dan angahnya berbaris diharapan Armand. Masing-masing menghulurkan tangan untuk bersalam. Armand tersenyum.
“Adoi….ini yang Pak Lang segan ni….semuanya dah anak dara. Pak Lang malu lah..” Armand menyambut huluran salam anak-anak saudaranya. Enam orang, semuanya perempuan. Azizul Hakim seorang sahaja lelaki. Armand Danial adalah bapa saudara mereka yang paling sporting. Pak Teh mereka pun belum kahwin juga, tetapi Pak Teh serius orangnya. Jarang bergurau.
Mummy Armand tersenyum apabila kepulangannya kerumah disambut Armand di depan pintu. Armand bersalam dan mencium pipi mummynya.
“Dah beres kerja Alang?” mummy bertanya. Nada suaranya sentiasa tegas. Kadang-kadang Armand tertanya sendiri, mummy ni dulu bekas askar ke ? garang semacam.
“Tak lah beres semua, tapi okey lah. Dah lega sikit. Banyak yang dah alang dapat settle kan.” Armand me njelaskan. Walaupun sudah dua bulan dia tidak pulang, tetapi dia pastikan setiap dua atau tiga hari sekali dia akan menghantar berita kepada mummynya. Bertanya khabar tentang mummy dan daddynya. Kelibat daddynya masih belum kelihatan lagi. Kemana agaknya?
“Daddy kemana mummy?”
“Outstation. Dah tiga hari. Katanya ke Singapore.” Mummy menjelaskan sebelum berlalu ke dapur.
“outstation?….semalam aku tenguk daddy dengan uncle Lee minum kat golf club!” Armand berkata-kata didalam hati. Biar betul daddy ni. Diam-diam kelentong mummy rupanya. Agaknya daddy mencari ketenangan jiwa. Mummy terlalu keras, mungkin daddy rasa terkongkong. Aku kalau ada isteri nanti, tak mahu yang garang macam mummy ni. Bingit telinga. Armand tersenyum sendirian. Tiba-tiba teringat kepada Zulaika Husna yang nampak agrasif tetapi sangat lembut apabila bersuara. Hatinya mula libang libu. Hai lah Zulaika Husna.

————————–

“Menung apa ni alang?” Along melabuhkan punggungnya disisi Armand Danial. Menggangu ketenangan Armand Danial yang sedang menikmati angin malam di halaman bunglow mewah ibubapa mereka. Armand diam.
“Along menggangu ke ni?” along bertanya lagi.
“Tak lah. Alang saja lepak. Ambik angin. Di K.L tak ada udara dan kesunyian begini. Tu yang nampak macam termenung ni….nyaman kan ?” Armand bersuara.
Aswad Danial tergelak kecil. Romantik pula Armand Danial ni. Sejak bila pandai menganalisa suasana ni?
“Lain macam bunyi alang ni. Macam mat jiwang lah pulak. Dah ada ehem ehem ke ni? Selalu orang ada awek yang sensitif dengan suasana tenang, damai dan mengasyikkan ni…ada dah ke?” Aswaad Danial mengusik.
Armand Danial senyum. Kantoi. Terbayang du ruang matanya insiden yang mendekatkannya dengan Zulaika Husna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: