Novel : Persahabatan 1

Nama Pena : athirah30797

1. 4 Sahabat

Cuti hujung tahun baru jer berakhir. And there it goes… Permulaan persekolahan… Semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putera-Puteri Oxford melepak dalam kelas. Tak habis-habis cerita pasal cuti. Pelajar SMK PPO ni memang pelik. Sekolah start pukul 8, diorang datang pukul 6.45 pagi. Daripada 6.45 pagi sampai 7. 15 pagi, semua orang sibuk mengemas kelas. Menyapu, mengelap tingkap, menyusun meja dan mengatur perhiasan di dalam kelas. Almaklumlah, cikgu sekolah diorang ni memang tegas pasal kebersihan dan keceriaan. Tapi, pukul 7.15, ha, mulalah diorang ambik spot masing-masing nak melepak. Gitu jelah kerja diorang.
Fara ni pulak lain. Dia memang agak pendiam, tapi kalau dengan besties dia tu, mengalahkan pengacara TV 3. Tapi, ada hari jugak, Fara akan menjadi senyap sahaja.
Tiba saja di sekolah hari ni, Fara terus meletakkan beg sandang Liverpool nya ke atas kerusi. Matanya ligat mencari rakan-rakan karibnya. Tup ! Ha ! Jumpa juga. Kelihatan tiga orang perempuan yang amat cantik sedang melepak di belakang kelas.
Pagi-pagi pukul 7 suku ni, bila orang lain dah start melepak, Fara start membaca novel Inggeris yang di mana-mana akan dikepitnya. Fara ni hebat jugak. Dia boleh habiskan dua novel yang 600 ke 700 muka surat dalam satu minggu jer. Kawan-kawan dia semua gelar dia ulat buku. Fara pun dah tak kisah kena panggil camtu. Fara terus duduk di tempat duduknya yang betul-betul berhadapan dengan meja guru.
Bilik Fara memang penuh dengan pelbagai novel. Nasib ayah kaya, kalau tak, leput jer ayah dia nak beli rak untuk diletak novel-novel seperti novel yang ditulis Stephenie Meyer, Cecilia Ahern, J.K Rowling, William Shakespeare, Stephen King dan banyak lagi best-selling authors punya buku. Novel Melayu pun apa kurangnya, cuma novel Inggeris dia lebih banyak baca. Tulah tiap-tiap tahun, bila penyampaian anugerah nilam, dari tahun 4 (anugerah nilam ni bermula dari tahun 4 di sekolah rendah) sampailah Tingkatan 5 ni, Fara jer yang dapat nombor 1. Lupa pulak, Fara ni bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Putera-Puteri Oxford juga. Sesiapa yang masuk sekolah rendah PPO akan mendapat perjalanan yang cerah kerana mereka boleh masuk sekolah menengah, kolej dan universiti kepunyaan PPO. Jadi mereka takyah risau kalau sekali mereka dah masuk sekolah PPO.
Bagi minggu ni, Fara baca buku Cecilia Ahern yang latest punya, The Book of Tomorrow. Dalam seminggu, Fara akan membaca novel Inggeris dan Melayu. Yelah, nak seimbangkan bahasa. Tapi, Fara ni pun ada kelas Bahasa Jepun, iaitu bahasa yang paling diminati Fara. Tulah, pengaruh tengok anime Jepun… Sedang Fara khusyuk membaca…
“HAH!” sergah Intan Marissa, salah seorang rakan karib Fara
“Eh, Intan…”
“Awak ni cam tak nak jumpa saya jer…” nada suara Intan kedengaran seperti merajuk
“Eh, taklah. Rindu nak jumpa awak lepas cuti sebulan ni,” ujar Fara
‘Tahu ! Saya pun ! Intan sememangnya agak peramah dan suka berbual
“Hey, tahu tak lagu Britney Spears, 3 ?” tanya Fara.
“Mestilah! Lagu tu unik! Tambah lagi suara Britney yang memang dah unik!”
“Hei, korang ni… Tak habis-habis pasal lagulah, pasal internetlah… Kejap-kejap, pasal Facebook, kejap-kejap pasal Taylor Swift, kejap-kejap pasal latest movie… Over IT lah korang ni…” bebel Sofea atau gemar dipanggil oleh sahabatnya, Fea.
“Biasalah…” balas Fara dan diikuti oleh deraian ketawa mereka bertiga.
Wajah Fara kembali serius kemudian berkerut. “Fea, mana Diana?\” tangannya diletakkan ke dahi seolah-olah mencari bola golf.
“Tau-tau jelah… Mengurat abang awak si Farid tu lah,\” balas Sofea
Mereka bertiga hanya tersenyum melihat Mardiana atau nama samarannya Diana yang sering mengurat Farid, antara jejaka paling kacak dalam Tingkatan 5. Tingkatan lain pun ada jugak lelaki paling handsome ! Especially Tingkatan 4. Lebih 20 orang jejaka kacak available. Tingkatan 5 tahun ni cuma berbelas jer… Para pelajar sekolah Putera-Puteri Oxford ni memang tampan dan cantik-cantik belaka. Hampir kesemua mereka kaya-raya. Kepintaran mereka setaraf dengan paras muka mereka.
Sebentar kemudian, Diana menyertai mereka. Wajahnya berkerut melihat ketiga-tiga rakan karibnya merenungnya sambil tersenyum. “Apahal korang semua tengok aku?” kemudian, dia tersenyum lalu berkata, “Oh… Aku taulah aku ni cantik.”
“Edehai… Perasanlah kau ni Di!” ujar Sofea. Walaupun mereka berempat memang rapat, Diana lebih rapat dengan Sofea manakala Fara lebih rapat dengan Intan. Antara mereka semua, Faralah yang yang paling cantik dan seterusnya Intan. Diana dan Sofea pula comel. (ada beza tau antara comel dan cantik!) Tapi, antara mereka semua, Fara juga yang sentiasa pakai tudung. Di sekolah PPO ini, guru tidak kisah tentang rambut. Jadi, sibuklah para perempuan yang tak pakai tudung, berdandan rambut hari-hari. Yang lelaki tu lagilah! Rambut up, rambut emo, rambut panjang, semuanya ada.
“Di, yang awak ni tak habis-habis mengurat abang saya tu apahal? Banyak lagi lelaki handsome lah! Abang aku jugak yang dia ambil…” bebel Fara. Memang benar, Farid itu adalah abang Fara. Ibu dan bapa Fara sebenarnya telah pun meninggal dunia semenjak Fara berusia 9 tahun lagi akibat kemalangan jalan raya. Ayah Farid, yang juga kawan baik ayah Fara, mengangkat Fara sebagai anak angkat beberapa hari selepas kematian ibu bapa Fara manakala kakak Fara pula, Fasha, diangkat oleh pak Long dan mak Long mereka. Fara dan Farid kini telah pun menjadi adik-beradik selama 9 tahun.
“Hah, mengutuk abang, yeh?\” usik Farid yang tiba-tiba berada di belakang Fara
“Ish, tolong sikit, ye bang yeh?\”
“Farid, jom gi jalan-jalan?” tanya Diana manja
“Tak naklah! Lima tahun dah sekolah kat sini. Aku pun dah jemulah tengok!\” balas Farid. Dia sememangnya tidak suka diperlaku sebegitu. Rimas, katanya
“Tapi, Di dah sebulan lebih tak jumpa sekolah ni… Dahlah sekolah ni besar…\”
“Ish, sukati engkaulah!\”
“Alah, abang ni, cubalah layan Diana tu elok sikit… Adik ni perempuan jugak. Terasalah bila perempuan kena layan cam tu !\”
\’Apa boleh buat…\” balas Farid lalu dibalas dengan cubitan Fara
‘Wei, korang dengar tak ada sorang perempuan akan masuk sekolah kitalah !’ ujar Intan yang sememangnya pakar dalam bidang gosips…
“Ha’alah. Saya ada terdengar cikgu Sharifah cakap dengan cikgu Nurul. Dengarnya dari sekolah di Miri,’ cerita Sofea bersungguh-sungguh
“Aku pun dengar. Eh, Fara, ko ada dengar tak?” tanya Diana.
Fara menggelengkan kepalanya.
“Intan…” panggil Fara. “Saya rindu Irwan…” Itulah yang selalu dikatakan oleh Fara. Irwan atau nama penuhnya Ahmad Irwan Fauzi Bin Zamri adalah seorang lelaki yang sangat kacak. Mereka berdua memang rapat tetapi sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Semasa Fara tahun lima di sekolah rendah dahulu, Fara bertemu dengan Irwan buat pertama kalinya adalah semasa air minuman Irwan tertumpah ke atas kot Fara.
Sebagai tanda meminta maaf, Irwan membelanja Fara makan tengah hari. Pada mulanya, Fara menolak pelawaan Irwan itu, tetapi setelah didesak beberapa kali olehnya, katanya untuk menghilangkan rasa bersalah, Fara terpaksa akur.
Pertemuan itu bagaikan sudah diatur. Pada minggu seterusnya setelah kejadian itu, Irwan berpindah dari sekolahnya di Mesir ke sekolah Putera-Puteri Oxford. Semenjak mereka bersekolah bersama, hubungan mereka menjadi begitu rapat dan menyebabkan mereka menjadi gossip terhangat. Maklumlah, Fara pintar, baik hati, cantik, berhidung mancung serta berkulit putih melepak kerana ibunya berbangsa Cina dan beragama Kristian. Ibu Fara memeluk Islam ketika berusia 23 tahun. Ayah Fara pula berdarah kacukan America dan Melayu.
Irwan pun pintar, kacak, berhidung mancung, berkulit putih dan mempunyai wajah ala-ala orang Arab. Iyalah, ayah Irwan tu orang Islam Arab tulen. Mak dia pun ada darah kacukan orang Arab dan seorang yang kuat Islam.
Banyak persamaan antara Fara dan Irwan yang boleh dilihat. Semua orang kata mereka memang sepadan. Tapi, hubungan mereka tidak lebih daripada kawan karib ataupun abang dan adik. Bagi mereka, hubungan bercinta itu masih terlalu awal untuk mereka. Maklumlah, time tu diorang baru jer 11 tahun. Over awal tu. Tunggulah sampai diorang dewasa. Bagi ibu bapa mereka pula, masing-masing tidak mempunyai masalah jika anak mereka berkawan rapat dengan berlainan jantina, asalkan tidak melebihi batas.
Namun begitu, di pertengahan tahun, Irwan kembali ke Jordan, Mesir dan menyambung pelajarannya di sana. Fara dan Irwan selalu berbalas e-mail. Rindu rasanya berjauhan dengan sahabat yang pulang ke tanah air.
“Kalaulah saya dapat jumpa dengan si Irwan tu, awal-awal saya dah suruh dia jadi boyfriend saya dah,” ujar Diana. Semasa sekolah rendah dahulu, Diana sama sekolah dengan Sofea di Sekolah Kebangsaan Sri Puteri dan menjadi rakan karib sejak tahun 1 lagi. Fara dan Intan pula sama sekolah sejak tadika lagi dan sehingga sekarang, mereka telah menjadi rakan karib selama 12 tahun. Mereka berempat mula bertemu semasa pendaftaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Putera-Puteri Oxford.
Antara mereka semua, Fara yang paling pintar, kemudian Sofea, kemudian Intan dan Diana. Sejak mereka mula berkawan, memang Dianalah yang gedik sedikit dan mempunyai sikap yang agak playgirl. Intan dan Fara pula selalunya menjadi pelawak antara mereka semua. Sofea pula yang paling mudah tergelak. Dari segi kekayaan pula, Faralah yang paling kaya, kemudian Sofea manakala Intan dan Diana sama tahap kekayaan…😉
“Hish, awak ni Di… Tak habis-habis pasal boyfriend. Hei, SPM pun belum lagilah!” ujar Intan
“Hei, UPSR kita empat 6A, PMR pun kita empat 8A, cukuplah tu!” balas Diana
“Hoi, kitorang ni kalau SPM cemerlang, impian kitorang nak masuk U lah!” tingkah Fara
“Betul, betul, betul,” balas Intan dan Sofea serentak
Fara tersenyum. Senyuman yang begitu manis ditambahkan lagi dengan lesung pipitnya. Dalam keriangan itu, di dalam hati Fara, Fara masih teringatkan Irwan. Teringat saat Irwan masih ada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: