Novel : Project-X 2

Nama Pena : Xyver81

CHAPTER 2 : The Fallen Meteor

Tempat : Tapak meteor terhempas, Puncak bukit tertinggi di Pulau Banggi

Masa : 12.30 PM

Tarikh : 25 November 2009

Perjalanan ke tapak meteor terhempas itu mengambil masa selama 30 minit kerana ketiadaan jalan yang baik di pulau tersebut. Ditambah dengan hujan yang lebat, kereta Pajero milik Steven itu terpaksa dipacu dengan perlahan agar tidak tergelincir jatuh dari tanah yang berbonjol – bonjol itu.

Selepas memandu selama 30 minit, kereta itu berhenti tanda ianya sudah pun sampai ke destinasinya. Profesor Colline membuka pintu kereta itu dan mengamati keadaan sekeliling. Tempat itu dipenuhi dengan pokok – pokok yang tinggi – tinggi belaka. Ianya sekaligus membuatkan kawasan di situ kelihatan agak suram dan menakutkan.

“Patutlah semua orang lari meninggalkan pulau ini,” bisik hati Profesor Colline. Dia menyandang beg sandangnya dan membetulkan rambut paras bahunya itu.

Anggota – anggota Polis membantu Profesor Colline menurunkan kotak – kotak peralatan saintifik dari belakang kereta itu. Sementara itu, Steven membawa Profesor Colline menuju ke arah tapak meteor terhempas tersebut. Mereka terpaksa merentasi lorong yang penuh dengan rotan – rotan dan duri – duri liar. Selepas meredah selama beberapa minit, mereka pun tiba di sebuah kawasan yang lapang. Kawasan tersebut terbakar kesan daripada hempasan meteor tersebut. Beberapa batang pokok besar kelihatan masih lagi dibakar api. Yang menakjubkan ialah bara api tersebut berwarna kebiru – biruan tetapi suhu di kawasan itu langsung tidak panas. Colline menangkap gambar itu dengan kamera digitalnya. “Incredible!” getus hati Profesor Colline selepas melihat kejadian tersebut.

Terdapat satu lubang di atas tanah lapang tersebut. Berdasarkan batu – batan di sekeliling lubang itu, Colline dapat menjangka ianya baru sahaja terbentuk. Luasnya lubang itu lebih kurang 5 meter. Kepulan asap berwarna biru kelihatan sedang keluar daripada lubang tersebut. Yang ajaibnya asap itu tidak mempunyai apa – apa bau. Profesor Colline mengeluarkan sarung tangan getah dan memakainya. Dia juga mengeluarkan kamera digitalnya dan mulai menangkap gambar.

Profesor Colline duduk mencangkung dan mengamati lubang tersebut. Dia mengalihkan pandangan kepada Steven. Steven memahami pandangan Profesor Colline itu dan bergerak menuju ke arahnya.

“Bila kamu temui lubang ini?” tanya Profesor Colline.

“Sehari yang lepas. Ada orang kampung melihat tahi bintang jatuh di tempat ini dan bila mereka datang ke sini, mereka menjumpai lubang ini,” jawab Steven dengan muka yang serius. Perbualan mereka terganggu kerana ketibaan anggota – anggota Polis ke tempat itu. Profesor Colline mengarahkan mereka meletakkan barang – barang itu di atas tanah. Kemudian dia mengeluarkan sebuah alat yang dipanggil Substance Scanner dari satu kotak berlabel ‘ISRC’. Dia memasukkan alat tersebut ke dalam beg sandangnya.

Kemudian dia mengeluarkan sejenis alat untuk memeriksa tahap radioaktif di lubang tersebut. Steven hanya mampu melihat gelagat Profesor Colline itu. “Hmm. No Radiation. Lubang ini selamat untuk diterokai,” katanya sambil memasukkan alat itu ke dalam kotak peralatannya semula.

“Ada sesiapa yang pernah masuk ke dalam lubang ini?” tanya Profesor Colline kepada Steven tanpa mengalihkan pandangannya dari lubang tersebut.

“Tiada. Sebab dia orang takut dengan bunyi dari lubang itu,” jawab Steven.

“Bunyi? Bunyi yang seperti apa tu?”

“Entahlah. Saya pun tidak pasti.”

“Hmm. Okeylah. Kalau macam tu, saya akan masuk ke dalam. Tolong pastikan Satelite Phone itu dipasang okey?” Profesor Colline berpesan kepada salah seorang anggota Polis yang ada di situ.

“Baik, Puan!” sahut anggota Polis tersebut.

Profesor Colline menghidupkan lampu suluhnya dan masuk ke dalam lubang tersebut. Steven cuba mengikut tapi dihalang oleh anggota Polis tersebut.

“Dia tidak perlukan teman dalam tu?” tanya Steven kepada anggota Polis tersebut.

“Dia lebih suka buat kerja seorang diri,” jawabnya selamba. Mereka mengalihkan pandangan mereka pada lubang di atas tanah itu.

Profesor Colline menuruni lubang yang curam itu dengan perlahan – lahan. Batu batan yang ada di dalam lubang itu membuat perjalanannya menjadi agak sukar. Mujurlah dia membawa lampu suluh bersama – sama. Dia juga terpaksa membongkok untuk bergerak ke hadapan. Dalamnya lubang itu kira – kira 13 meter. Semakin lama semakin banyak asap berwarna kebiru – biruan keluar dari dasar lubang itu. Ini menunjukkan Profesor Colline semakin menghampiri dasar lubang itu.

Selepas berjalan sambil membongkok selama 20 minit, Profesor Colline berjaya sampai ke dasar lubang itu. Dasar lubang itu kelihatan terang – benderang dengan cahaya kebiru – biruan. Profesor Colline memadamkan lampu suluhnya. Dia dapat melihat suatu objek yang berbentuk X sedang terapung – apung di tengah – tengah lubang tersebut. Ianya diselubungi aura kebiru – biruan yang meyilaukan mata. Tinggi objek itu lebih kurang 10 sentimeter dan lebarnya pula 6 sentimeter. Bagaimana objek itu boleh terapung, Profesor Colline sendiri sukar menghuraikannya.

Profesor Colline menghampiri objek tersebut perlahan – lahan. Tiba – tiba cahaya kebiru – biruan itu menjadi malap perlahan – lahan. Profesor Colline dapat melihat objek tersebut dengan jelas. Ianya berbentuk X dan berwarna perak. Di tengah – tengahnya ada sebiji kristal berwarna biru. Terdapat tulisan – tulisan asing di atas objek tersebut. Profesor Colline mengambil gambar objek itu dengan kamera digitalnya. “Incredible!” hatinya benar – benar kagum dengan objek tersebut.

Selepas mengambil gambar, dia mengambil Substance Scanner yang dibawanya bersama. Dia menekan satu butang di atas alat tersebut dan menghalakan muncungnya ke arah objek tersebut. “Scanning Substance… Now,” suara alat tersebut berbunyi. Sinar scan dari muncung alat itu menyentuh objek tersebut. Profesor Colline menunggu hasil analisa dari alat tersebut dengan perasaan yang tidak sabar.

“Scanning Complete.” Profesor Colline melihat keputusan analisa tersebut di skrin kecil alat tersebut. “Unidentified Substance… No match found…,” Profesor Colline membaca tulisan di atas skrin tersebut. “Hmm. Nampaknya objek ini memang bukan berasal daripada planet ini,” ujar Profesor Colline pada dirinya sendiri. Dia berjalan mengelilingi objek itu sambil mengamatinya dari pelbagai sudut. Kemudian dia tersenyum puas dengan penemuannya kali ini. “This will make a new page in scientific discovery!,” katanya tersenyum bangga.

“Puan, ada panggilan untuk Puan. Ianya dari Tuan Pengarah Danny!,” kedengaran suara salah satu anggota Polis itu berteriak memanggilnya. “Ok. Beritahu dia untuk tunggu sekejap. Saya naik sekarang,” jawab Profesor Colline. Dia pun naik ke permukaan lubang itu semula.

Profesor Colline mengarahkan beberapa anggota Polis untuk turun ke bawah dan memasukkan objek tersebut ke dalam bekas kedap udara. Dia membuka sarung tangan getahnya dan mengambil gagang telefon itu daripada anggota Polis tersebut.

“Colline speaking?”

“Hello Colline. Apa keputusan analisa kamu ke atas meteor itu?” tanya Danny kepada Profesor Colline.

“Saya menjumpai objek yang tidak dikenali di tapak meteor. Analisa dari Substance Scanner menunjukkan ianya bukan berasal dari planet ini. Ada kemungkinan objek ini jatuh bersama – sama meteor berwarna biru tesebut. Saya akan hantarkan imej – imej objek itu sekarang.”

Profesor Colline memasukkan memory card kamera digitalnya ke salah satu card reader Laptopnya. Imej – imej gambar objek itu terpapar di skrin komputer. Kemudian dia menekan butang send.

“Hmm. Nampaknya ini ialah penemuan kedua dalam tahun ini saja,” kata Danny.

“Kedua? What do you mean?” tanya Colline.

“Mengikut pegawai ISRC kita di Lahad Datu, ada kemalangan udara berlaku di Tawau seminggu yang lepas.”

“Apa kaitannya dengan penemuan meteor ini?”

“2 pesawat KB – 51 milik GDTF telah musnah dilanggar objek yang berwarna hijau. Cuma, ianya bukan meteor. Besar kemungkinan ianya UFO. Dan…” Danny mematikan kata – katanya.

“Dan apa?”

“Objek itu terhempas di Lahad Datu. Leon ada di sana sekarang. Danny berikan tugas menyiasat objek itu kepadanya.”

“Leon? Dia tak ada field experience Danny! Kenapa kamu berikan tugas itu kepadanya?” kata Profesor Colline agak marah.

“Leon yang memintanya. Lagipun inilah peluang Leon untuk menunjukkan kebolehannya, kan?”

“You’re always like this Danny. You never discuss with me first before you make a decision.”

“Enough. I don’t wanna have this kind of conversation again okay? Danny rasa dialah orang yang paling layak untuk tugasan ini. Dan ini ialah keputusan terakhir Danny.”

Kedua – dua mereka mendiamkan diri selama beberapa minit. Keadaan agak tegang di antara mereka. Profesor Colline menelan air liurnya dan sedaya upaya menahan rasa tidak puas hatinya. Steven dan kedua – dua pegawai Polis tersebut berpura – pura tidak mendengar perbualan mereka itu.

“Okey. Kalau itu keputusan Danny, Colline ikut saja. Cuma, tolong pastikan Leon sentiasa berhubung dengan Danny. Kalau ada apa – apa masalah, kamu mesti beritahu Colline secepat yang mungkin. Okay?”

“Sure. Danny akan pastikan keselamatan Leon. Danny juga ada menugaskan Bio – Hazard Unit untuk pergi bersama – sama dengannya. Leon akan okey, trust me!”

“Hmm.” Profesor Colline meletakkan gagang telefon. Anggota – anggota Polis itu sudah pun siap memasukkan objek berwarna biru itu kedalam bekas kedap udara. “Kita balik ke Rumah Encik Steven dulu,” arah Profesor Colline.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: