Novel : Seindah Saat Itu 1

Nama Pena : asyzee

” Jaga diri baik-baik, nak,” hanya satu ayat yang sempat disampaikan oleh ibu. Sejurus itu, tubuh ibu terkulai di tanganku.

” Ibu, Diana perlukan ibu. Ibu, jangan tinggalkan Diana seorang diri,” luahku. Namun segalanya tiada berguna. Ibuku telah pulang ke suatu tempat yang abadi. Perjanjian ibuku dengan Allah yang maha esa di dunia ini telah tamat. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

” Banyakkan sabar, Diana,” tiba-tiba Irfan bersuara. Aku lupa akan kehadiran Irfan di sebelahnya. Aku hilang segala malu yang tinggal hanyalah kesedihan yang tiada penamatnya pada masa ini. Tanpa disedari Irfan memeluk aku dan aku menyambut pelukannya dan menangis teresak-esak.

Selepas beberapa minit kemudian sanak-saudara telah mula berkumpul di rumahku. Aku membantu beberapa orang wanita yang menguruskan jenazah ibuku memandangkan hanya aku di rumah itu. Selepas solat Asar, jenazah ibu selamat dikebumikan di sebelah pusara papa.

Kini segala-galanya tinggal memori. Aku masih ingat betapa bahagianya keluargaku walaupun hanya ibu, papa dan aku. Sungguh bahagia.

Papa kuat berjenaka. Ibu pula selalu ‘membebel’ itu ini. Semuanya indah. Bila ada peperiksaan, ibu dan papa pasti bergilir-gilir berjaga. Aku bukan jenis yang suka belajar hingga malam buta. Tetapi selalu tidur awal kemudian bangun pada pukul tiga pagi untuk study. Waktu tu memang senang aku nak serap pelajaran. Papa dan ibu peneman setia setiap hari bila aku bangun awal pagi.

Solat Isyak dan Solat Subuh kami selalu solat berjemaah. Suara papa membaca ayat-ayat suci Al-Quran sungguh syahdu didengar. Kenikmatan terasa apabila aku dan ibu mengaminkan doanya setelah bersolat. Sejurus itu, aku bersalaman dengan mereka dan kemudiannya mereka mencium dahiku. Sungguh bahagia. Keluarga aku memang sederhana dari segi harta namun Allah S.W.T tidak pernah mengurangkan kasih sayang antara kami bertiga.

Bertahun-tahun membangunkan kilang keknya, rezeki papa bertambah-tambah. Dari rumah teres kami berpindah ke rumah banglo. Namun dugaan Allah tetap menanti. Semasa pulang dari pejabat, kereta papa telah berlanggar dengan kereta yang lain yang hendak keluar dari selekoh. Kereta papa hilang kawalan dan telah tercampak beberapa meter. Papa tidak dapat diselamatkan.

Lebih menyedihkan hari itu, aku mendapat keputusan UPSR ku. Aku ingin pulang ke rumah secepat mungkin untuk memaklumkan berita gembira ini. Sudah tentu ibu dan papa akan memeluk dan menciumku. Namun ketika aku pulang ke rumah, hanya tangisan dan kesedihan menyambut kepulanganku. Keputusanku sudah tidak membawa makna dalam hidupku. Di saat pelajar-pelajar lain bergembira dengan keptusan yang diperoleh, aku pula sedang ‘menyambut’ kesedihan kehilangan insan yang paling aku sayangi.

Kini ibu pula meninggalkan aku. Ibu selalu mengadu sakit perut setiap malam. Adakalanya tidak dapat tidur malam. Ibu disahkan menghidap penyakit barah perut dan kini berada di tahap yang paling kritikal. Setelah beberapa bulan berada di hospital doktor telah menyuruh membawa pulang kerana tiada harapan untuk sembuh. Tiga tahun setelah papa meninggalkan aku, ibu pula meninggalkan aku. Pada tarikh yang sama papa meninggalkan aku. Kini, aku seorang anak yatim piatu.

Bab 1

” Sekalung kasih buat pemimpin acara. Barisan panel hakim yang egah berwibawa bersaksikan tunggak keadilan pastinya. Seterusnya, guru-guru serta rakan-rakan sekalian…..” Diana menyampaikan pidatonya dengan yakin. Seluruh perhatiannya terhadap teks yang akan disampaikan. Sebulan dia berlatih untuk memastikan dia dapat buat yang terbaik.

” Pergh, dasyat gila minah tu! Suara power. Aku tengah mengantuk ni pun dah fresh,” Haziq membisikkan kepada Danish. Haziq mengagumi pemidato yang ketujuh belas yang sedang menyampaikan pidatonya.

” Oi, dia baru jer start. Ada lapan minit kau tahu. Awal-awal semua orang boleh. Aku sure tahun ni pun sekolah kita boleh dapat johan. Kau tengok jer,” Danish membalas dengan megahnya. Tiga tahun berturut-turut dia mendapatkan johan untuk sekolahnya di peringkat zon dan negeri. Kali ini dia pasti dia akan dapatkannnya juga.

“Cuba kau tengok, dia ni kan yang kau langgar tadi?” Haziq bertanya kepada Danish.

” Ya ke? Kalau tak silap aku langgar budak SMKBBSP tadi. Dia ke tu?” Danish bertanya kembali sambil minum air mineralnya. Selepas ini, gilirannya pula. Dalam diam dia mengagumi perempuan yang berada dia atas pentas tersebut. Sudah lima minit dia berhujah, dia masih lancar tanpa sebarang cacat celanya.

” Kalau tak silap akulah. Cun suit minah tu. Tapi tadi aku tengok dia tu lembut jer gelabah pulak. Kat depan ni bukan main hebat. Kau jangan jatuhkan imej sekolah kita pula. Buat malu jer kalah ngan budak sekolah biasa,” sengaja Haziq mencabar Danish. Dia tahu rakannya itu terasa tercabar dengan perempuan yang tidak diketahui nama itu.

Danish menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia mahu menenangkan fikirannya sebelum naik ke pentas. Dia tidak mahu kalah dengan seorang perempuan lagi-lagi dari sekolah biasa. JANGAN HARAP!

” Terima kasih diucapkan kepada Saudari Aina Diana Binti Anuar. Seterusnya majlis diteruskan dengan pemidato seterusnya, Saudara Amirul Danish Bin Ahmad,” jurucakap menjemput Danish pula. Memandangkan sekolahnya tuan rumah, tepukan yang diberikan cukup gemuruh.

Danish mengaturkan langkahnya dengan penuh yakin. Dia juga tidak lupa untuk berselawat sebelum naik ke pentas. Sebelum naik ke pentas, Danish sempat mengenyitkan matanya kepadaku. Aku kenal dengan lelaki itu, lelaki itulah yang melanggar aku ketika kami berselisih di luar dewan tadi. Aku sudah arif benar dengan perangai lelaki sepertinya yang suka mengayat.

Aku membisikkan ke telinga Danish apabila kami berselisih, “Don’t be too confident. Good luck!”

Danish terkedu mendengar bisikan Diana. Pertama kali seorang perempuan berani mencabarnya. Ish, tak boleh jadi ni.

“Terima kasih saudara pengerusi majlis……,” Danish memulakan pidatonya dengan yakin. Dia terasa tercabar dengan apa yang dikatakan oleh Diana. Dia pasti akan buktikan yang dia boleh lakukannya.

Bab2

“Tahniah! Tahniah!” sejak diumumkan sebagai Johan Pidato Piala Diraja peringkat negeri, para pelajar mula mengelilinginya untuk mengucapkan tahniah. Pelajar perempuan lebih ramai daripada pelajar lelaki. Danish, lelaki yang punyai segala-galanya, Paras muka yang sungguh tampan, kepandaiannya dalam setiap mata pelajaran dan kekayaan yang dimiliki oleh ayahnya membuatkan perempuan tergila-gilakannya.

Danish berasa tidak puas hati atas kejayaannya. Walaupun pada awalnya dia begitu yakin akan berjaya, tetapi kali ini dia merasakan kejayaannya tidak bermakna. Dia mahu berjaya tetapi bukan dengan cara ini. Dia mahu pesaingnya kalah secara adil bukan dengan menarik diri. Dia dapat melihat perubahan muka Diana ketika mendapat tajuk pidato spontan untuk bahagian kedua pertandingan pidato. Tajuknya cukup senang ‘keluarga bahagia’. Takkan tu pun susah sangat.

Apabila mendapat tajuk tersebut, Diana terus menarik diri daripada pertandingan tersebut. Danish sendiri terkejut dengan tindakan Diana. Danish menyerahkan piala dan sijil kepada Haziq dan keluar daripada dewan itu untuk mencari Diana. Matanya liar mencari kelibat Diana.

Dari jauh dia melihat guru pembimbingnya, sedang berbual-bual dengan Diana. Aik, cikgu aku kenal dia ke? Tanpa melengahkan masa dia meneruskan langkah ke arah mereka. Diana yang sedar akan kehadiran Danish berasa kekok. Dia mesti ejek aku. Tu lah siapalah yang suruh aku pergi ejek dia tadi. Kan dah kena. Mampus!

“Hai, kacau ke?” Danish menegur gurunya.

” Ha, Danish. Ni jiran cikgu dulu masa cikgu kat Johor. Sekarang dia kat KL. Tak sangka jumpa kat sini. Kenalkan Aina Diana,” panjang lebar Cik Lisa bercakap sambil memperkenalkan diriku kepada Danish.

” Dah kenal cikgu. Tadi kan dia pemidato sebelum Danish. Terer dia berpidato,” balas Danish sambil mencari kekuatan untuk memandang muka Diana. Sejak bilalah aku ni jadi pemalu?

” Diana pun kenal. Tadi selisih ngan dia masa turun dari pentas. Tahniah dapat jadi johan,” walaupun perit untuk mengucapkan tahniah, Diana tetap mengukir senyuman. Ibunya selalu berpesan supaya memberi senyuman kerana senyum itu sedekah. Ibu, Ana rindu sangat ngan ibu!

” Oklah, kamu berdua bual-bual dululah cikgu nak pergi jumpa pengetua sekejap. Jumpa lagi Diana,” Cikgu Lisa bersuara setelah lama mendiamkan diri. Aku segera menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Selepas Cikgu Lisa beredar, kami berpandangan. Akhirnya Danish bersuara memecahkan kesunyian antara kami. Aku terasa berdebar-debar kerana aku telah mencabarnya sebentar tadi dan sudah tentu dia akan perli aku sekarang.

” Form berapa?”

” Form four,” aku menjawab dengan pendek sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Entah mengapa aku berasa gugup untuk bersuara.

” Anyway, nice meeting you. Nak kena chow dulu. Bye,” sebelum Danish membuka mulut untuk bercakap lebih lanjut, aku memintas dengan segera. Lagi lama aku duduk sini lagi terseksa.

” Nice meeting you too. Bye,” balas Danish dan cepat-cepat aku meninggalkan Danish dan melangkah ke arah guru pembimbingku yang sedang menunggu.

Danish hanya mengangguk. Sebelum Diana beredar sempat Danish mencuri pandang ke arah Diana. Mata dan hidungnya kelihatan merah. Aik, dia nangis ke?

Dari jauh haziq memandang dengan pelik. Pertama kali dia melihat Danish bercakap dengan seorang pelajar perempuan seorang diri. Bukan dia tidak tahu Danish seorang anti-perempuan. Danish hanya bercakap dengan kaum Hawa bila perlu itupun berteman.

” Danish, malam ni kau tengok berita tau. Entah-entah ribut taufan kat Laut China Selatan,” Haziq cuba berseloroh.

” Apa kena kau ni? Eh, mana sijil aku? Nanti kena pergi tunjuk kat pengetua.”

” Aku dah bagi tadi. Nanti dia nak jumpa kau.”

” Ok,” Danish tidak ada mood untuk bercakap panjang. Dia masih memikirkan Diana. Entah mengapa pertemuannya dengan Diana membuatkan 1001 persoalan bermain di fikirannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: