Novel : Sesuatu Yang Sempurna 1

Nama Pena : Masnawi Adiratna

Bab 1

*****
Hujan makin lebat dari pagi hingga ke petang. Menjelang senja belum ada tandanya ia berhenti.
6.59 petang.
Waktu azan maghrib kian tiba.
Ini tandanya warga kota harus membataskan aktiviti tika malam kian menjengah.Titisan hujan yang renyai yang kini lebat , makin galak menyapa lantai kota.
Hujan diluar masih juga belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti walaupun mendung kini telah berganti dengan kepekatan malam.
Neon mula mewarnai kesibukan kota yang dipentaskan oleh warganya.
Bunyi hon dan deruman enjin kian menerpa halwa telinganya. Kesesakan ibukota takkan berubah walaupun sejarak masa telah dia cuba tinggalkan.
“Ah..aaahh..huh!!.Letihnya tidur.” Elissa mendengus lemah.Matanya melirik ke arah jam di tangannya.
Digit tepat menunjukkan pukul 7.00 malam.
“Lama juga aku tertidur.” Sambil dia memandang keluar.Petang kini sudah bertukar malam.
Mungkin disebabkan keletihan,Elissa hanya tertidur beralaskan lengan dan mengiring badannya ke arah cermin bus RapidKL
Perjalanan yang jauh dari KLIA kurang memenatkan berbanding dia terpaksa menunggu hampir
setengah jam untuk berlepas dari Tokyo disebabkan masalah cuaca.
“Hari ini aku telah pulang.Alhamdulillah sampai juga aku di bumi Malaysia.”
Bas berbaris panjang di kiri kanan jalan menuju ibukota.
Puduraya kian hampir. Elissa mula mengemas barang-barangnya dan memasukkan akhbar yang dibacanya tadi di dalam beg sandangnya.
Sambil meneguk air mineral yang masih berbaki,Elissa pun turun dari bas. Setiba di Puduraya, dia mencari public phone dan mula mendail nombor yang diberi oleh Fatin sambil matanya meliar mencari kelibat rakannya.Mungkin dia sudah tiba awal.
“Engaged la pulak, mungkin tengah bergayut .” Elisa meneka sambil sekali lagi memandang jam di tangan. Waktu pantas berlalu.
Resahnya mula menerpa sambil Fatin yang belum kunjung tiba.

***
8.00 malam.
“Aku perlu dahulukan solat maghrib, walaupun apa terjadi sekurang-kurangnya aku masih ingat kepada Allah.”Elissa mencapai beg yang diletakkan di sisinya. Lenguh seluruh tubuh badannya tika seluruh beban di tegakkan dengan berdiri atas kaki sendiri. Manusia mampu berdikari,tapi Allah yang member segala nikmat untuk manusia mampu berdiri di muka buminya.
Allah Yang Maha Kuasa.
Aku harus bersolat.Solat maghrib cuma 3 rakaat dan hanya mencuri 5 minit sebahagian 24 jam hidup kita seharian Hutang kita terhadapNya adalah senafas dan sedetik. Semua milikNya.

8.30 malam
Fatin belum tiba lagi. “Jauh sangat ker Gombak ke Puduraya ni?” Soal Elissa sambil matanya meliar mencari kelibat Fatin. “Minah ni memang nak kena ni, dah sejam aku tunggu.” Elissa mula resah dan rimas menanti Fatin di Hentian Puduraya.

“Lissa!!” Satu panggilan nama yang cukup dia kenali.
Kelihatan kelibat seorang gadis seusianya memimpin seorang kanak-kanak dalam lingkungan 3 tahun.
“Fatinnnnnnn!” Elissa melompat-lompat dan memeluk erat Fatin. “Aku rindu kat ko.Rindu sangat”
Fatin mengelengkan kepala melihat telatah rakannya. Perangai Elissa masih seperti 5 tahun lepas.
“Gedik!”
“Hiiii!! Ni tentu Izad Hakimi..Taknak cium autie ker?” Soal Elissa kepada tubuh kecil yang
berselindung di balik tubuh Fatin Ezdiani.Mungkin takut melihat telatah Elissa.
“Dia memang takut sikit kat orang dia tak pernah nampak,nanti dia ok la” Jawab Fatin melihat Elissa mula megerutkan keningnya.Mungkin dia taknak Elissa kecil hati dengan sifat anaknya yang pemalu itu dan dia juga risau kalau ianya mengingatkan Elissa kepada kenangan lama mereka. Gadis seusia mereka memang sepatutnya telah lama mendirikan rumah tangga. Cuma rakannya, Elissa masih berkira-kira tentang soal jodohnya
Persoalan itu tidak dapat dijawab oleh sesiapa. Mungkin hanya mereka yang rapat dengan Elissa tahu kisah sebenarnya.Dan kenapa tika ini juga, Elissa yang menghilang, kini terpanggil untuk pulang ke tanahair setelah 5 tahun merantau ke negara orang. Rajuk hatinya terlalu lama.

“Jom makan dulu! Aku dah lapar” Elissa mematikan lamunan Fatin. Dia tahu rakannya mula
mengimbau kisah lamanya. Yang pasti,dia bukan Elissa yang dulu lagi.
“Jom! Kat tempat biasa yek!” Cadangan Fatin disambut dengan senyuman Elissa. Sambil mendukung Izad,Fatin membawa Elissa menuju ke keretanya yang diletakkan di depan Kedai 24 jam.
“Alamak! Ada sesuatu aku terlupa ,Fatin,kau tunggu sekejab ! Ada barang aku tertinggal dekat surau” Elissa gelabah sambil membuka pintu kereta.

Ada sesuatu yang mengingatkan dia pada beg yang masih tertinggal di surau. Fatin mengiyakan
permintaaan Elissa.
“Aku tunggu engkau kat kereta aja” Pinta Fatin
“Baik!”Jawab Elissa
Fatin tersenyum melihat tubuh rakan tengelam di balik barisan manusia yang berbaris membeli tiket untuk ke destinasi masing-masing.

Elissa.Jangan kau menghilang lagi!
Fatin takut Elissa akan terus hilang. Dia telah lama berdoa agak sahabat baiknya ini akan melupakan dan memaafkan keadaan yang mengheret mereka kepada rajuk hati Elissa.
InsyaAllah, Elissa akan muncul kembali. Dia yakin. Hari ini bukan seperti semalam. Ia akan berlalu. Hari ini akan bermula cerita baru…(bersambung)…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: