Novel : Sesuci Embun Cintamu 1

Nama Pena : Asam Sweet

Asam Sweet”Aqmal!”
“Auni!”
“Aida!”
“Auji!”
serentak lima kepala menoleh. Suasana bingit dengan gelak tawa sebentar tadi serta merta bertukar bisu dengan muka cuak mereka.

“Ya Allah..
apa korang buat ni….bla bla bla.” Rasa macam nak terlompat jantung aku nengok.

“Oma diam bole tak?”

Tokoh penjawap tak berbayar dah mula buat muka tak puas hati.

“Syyyy…” Ratu busy body pun dah letak telunjuk kat bibir tuh.

“Bagi la kitorang chance….Amirul ok ja.” Hemm ada chance nak jadi buaya bila grown up.

Yang ni macam biasa jadi penutup “Plzzzz Oma”.

Hurgh!! Diorang ni memang! Satu kepala. Apa ingat aku heran.

Panas telinga Oma dengan rayuan tak logik dek akal budak budak tu.
Dia dah tak sanggup menyaksikan kes buli yang sedang berlangsung terang-terangan depan mata.

“Oma jangan lah!!!!!!!!”
Auji dah mula berteriak. Air mata dah sekerat pipi.

Keempat-empat menangis menarik lengan Oma.
Oma buat-buat tak dengar.

Tanpa menghirau pekik lolong budak-budak tu Oma menyarungkan spek menyelam ke muka Amirul lalu jari jemari Oma pantas mengais pasir-pasir yang dah tinggi membukit menimbus Amirul sampai dada. Cuma tinggal tangan kanan dengan kepala saja.

Handicape punya budak budak!

“Tiutnya dier. How old is him?”
“Macam anak orang arab”
“Rambut ikal”
“Kulit putih licin”
“Bulu mata mak ai”
“Kalah baby gerl”
“Mata bulat plak tu”
“Gigi dia..Ya Allah”
“Susun rapi… satu size je dari depan pai belakang”
“Wow nanti besar mesti handsome”
Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla

“Woi Oma aku tanya berapa umur budak ni?”
“Hah..Apa apa?”
“Lor…dok berangan plak”
“Tu la da pesan da jangan suka sangat makan buah berangan tu”
“Tengok! kan da dapat penyakit angau”
“Kau kan tau aku mana ada kawan laki”
“Takkan tiba-tiba aku nak angau plak”

“Mana tau baru terjumpa”
“Padia kau tanya tadi?”
“Aku tanya berapa umur baby boy ni?”
“Ooo…Amirul?”
“Amirul?” Bulat mata Nisa. Tersama nama pulak dengan orang yang isi tangga teratas dalam list lelaki diminati dia.
“setaun lebih”

Sengal punya budak-budak!

Budak umur setaun siap diorang tanam-tanam lagi. Tak sayang ke adik diorang yang cute miut amat nih? Amirul pun satu bukannya nak menjerit minta tolong. Siap layan saja kakak-kakak dengan abang dia yang senget tu membuli. Tapi kalau tak sebab insiden tu…..

“Cepat Amirul lari!!!”
Tangan Amirul diikat kejap dengan jari jemarinya yang melekit pasir pantai. Budak-budak berempat tu dah naik sapi. Diorang marah gila kes dia kerjakan istana berkepala Amirul sampai roboh berderai sekelip mata. Sekarang acara pecut menuju Makngah, Pakngah, Uncle Ridzuan dan Auntie Nor yang dok mentekedarah tak habis-habis ujung sana.

“Laju!’
“Lagi laju Amirul”
Budak-budak berempat tu dah dekat di belakang. Amirul ni pulak terkedek-kedek. Nak je aku dukung dia.Tapi bila tengok isi peha dengan perut dia kus semangat. Kalau dukung buat jalan catwalk ok la. Ni sedang pecut nanti tak pasal-pasal jatuh anak orang ni.

“Oma sakit mental”
“Siap Oma”
“Oma Pengecut!”
“Oma Selfish!”
Oma itu.
Oma ini.

Oma masih seiring Amirul. Dia menoleh ke belakang berkali-kali memastikan budak-budak berempat tu tak bertindak luar kawalan.

Manalah tahu. Nama pun kanak-kanak. Nanti dibalingnya siput ke, ketam ke, batu ke, ranting kayu macam mana? Kalau kena aku ok lagi. Kalau Amirul….nak jawap apa kat mak bapak dia?

“Oma…..!!!!”

Gedebuk!
Macam nangka busuk jatuh.
Adei…dia meraba-raba dahi yang dah benjol. Tak sangka pulak kat tengah-tengah pantai ni ada pokok kayu.

Tapi!
Kenapa pula pasir ni lain macam je rasanya. Dia menjegil mata.
Oh Tidak!!!!!!!!!!! Muka Oma serta merta tukar colour udang kena panggang. Cepat-cepat dia bangun. Macam mana pula aku boleh hempap pokok kayu ni?

Serentak dengan tu..
“Hahahahahahahaha……” Sorak tawa buat aku tersedar dari kebingungan.
“Padan muka” Aida menjelir lidah.
“Rasakan Oma” Akmal meunjuk ibu jari terbalik.
“Abang thank you” Auji hulur tangan pada pokok kayu.

“Terima kasih dik?” Pokok kayu tumbang yang masih kehairanan bangun.
“Untuk ap….”
“Apa-apala Auji. Jom kita balik.”
Sudah. Tak payah nak berkenalan la. Aku menarik lengan Auji sambil biji mata aku jegil pada tiga yang lain.

“Kejap la” serentak jawapan dari mulut becok mereka.

“Nak buat report ke tak kes Amirul tadi?”

Semua menggeleng. Dah macam askar dah aku tengok bebudak ni. Dalam hati..yes!!!

Keempat-empat tunduk lalu menurut Oma pulang . Auji dan Aida sempat lagi melambai-lambai pada pokok kayu tu. Gatal betul budak-budak ni tak padan dengan umur.

Oma menggeleng-geleng dan terus melangkah.Nasib baik…ada juga modal untuk aku selamatkan diri. Kalau tak mana aku nak taruk muka ni depan pokok kayu tak berbaju tu.

“Kejap-kejap.”
“Apa lagi Oma”Auni mendongak.
“Amirul tertingal”
Dia menoleh kembali ke belakang.

Eeee sewel betul la mamat ni. Takkan tak blah lagi. Terpacak je kat situ . Siap senyum-senyum. Tutup la mulut tu…kang masuk lalat! Tak sangka dia masih memerhati kami yang dah berbatu dari dia. Takkan da jatuh hati kat budak bertocang sebelah aku ni.

“Oma, tu Amirul dengan ibu” Aida bersuara.
“Amirul ni buat suspens aje” Akmal menambah.
“Jom Oma” Auni menarik lengan.
“Hah ha… jom.”
“Oma napa tengok abang tu lama? Ingat Auji punya…”
“Amekla Auji..Oma tak nak pun. Oma bukan tengok dia tapi cari Amirul.”
“Ekeleh Oma tadi siap peluk dengan abang tu.”
Akmal menambah.
“Takda makna Oma nak peluk. Ustazah tak pesan ke berdosa peluk laki pompuan.”
“Entah abang ni” Auji menyedap rasa.
“Apa-apalah.Jom..”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: