Novel : Andai Itu Takdir Cinta 6

Nama Pena : Fara Syafiea

BAB 6

” so da siap kemas ke.. awak nak saya tolong??” Ryana bertanya sebaik sahaja kakinya mencecah masuk kedalam bilik Amyra.

“Tolong?? Ermm.. you mean tolong tengok erh.. huhuhu” Amyra menjawab sambil tersengih sengih..

Hah.. kesengalan si Myra ni da datang la ni bila Tanya macam tu. Ryana buat muka sedih ” sampai hati awak, saya ikhlas tau nak tolong” mulutnya dimuncungkan.. gaya orang sedih gila ni..

“Ala.. Ryan ni.. Myra gurau je lah.. cepat benar touching sekarang ni yer” Amyra memerli sambil membaling bantal peluk kearah Ryana.

Bantal yang dibaling pantas disambut.. hah.. jangan main main ini Ryana la..Pemain bola Tampar peringkat negeri.. setakat sambut bantal ni tak de hal la.. ” huhuhu.. skang ni hati da lembut.. itu yang asyik touching jer”

“Hati lembut.. ermm. cam donat erh..” Amyra berkata selamba..

“Hah donut… apa kena mengena ngan donut pulak ni” Ryana buat muka pelik.. tak faham!!

“Ye la Donut kan lembut.. cuba awak tekan tekan Donut tu.. lembut, putih and gebu.. betul tak” Amyra berkata kata sambil memejamkan mata.. betul betul menghayati tu..

“Eii.. awak ni sengallll la… ader ker patut hati saya awak samakan ngan donut tu” bedebukkk” bantal yang disambut tadi dibaling kembali kearah Amyra.. tepat mengena sasaran.. ye la .. nak bagi sedar si Amyra ni.. mentang mentang la tadi mak Ilah bagi makan donut.. ngan hati hati dia pun nak disamakan ngan Donut ker..

“Uisy.. sakit la awakk.. tadi kata hati lembut.. sepatutnya tuannya pun lembut la…”

“Eiii… malas la kawan ngan awak…” Ryana buat muka merajuk.. geram!!

“La la la… myra gurau la awak ni..”

Melihatkan Ryana diam, Amyra kembali menyambung kata..

“Awak??”

“Yer” Ryana menjawab sepatah, sedang matanya ligat melihat gambar di dalam album kepunyaan Amyra.

“Ryana..”

“Ya”

“Nur Aryana Sofea!!” Amyra bersuara separuh kuat..

Hehehe.. dah geram la tu yer.Ryana memandang temannya itu.. ” ader aper Miss Amyra??”

“Thanks..” myra berkata sambil mengengam tanggan Ryana.. sebak bertandang dihatinya saat itu..

“Thanks.. for what.. ” Ryana menyoal kembali..

“Ye la.. sebab ajak saya tinggal kat rumah awak yang mewah ni”

Mewah??Rumah semewah mana pun tak akan ader ertinya lagi Myra… rumah ni dah hilang serinya sebaik sahaja mama ngan papa meninggal.. hatinya merintih kecil.. ” sepatutnya saya yang cakap pada awak macam tu.. thanks coz sudi stay kat rumah saya..” dia tersenyum hambar. Kesudian Amyra tinggal bersamanya adalah amat bermakna untuk dirinya ketika itu.

Menyedari riak sedih yang terpamir di wajah Ryana , Amyra mengengam tangan sahabatnya dengan erat” awak bertuah tau Ryana.. awak dah ader segala galanya.. jangan sia siakan semuanya.. saya akan sentiasa ada dengar awak.. kita akan ‘jalan’ sama sama..”

“Awak pun sama.. Promise??” Ryana berkata lagi sambil menuntut janji..

“Yups.. promise” Amyra mengankat tangan lagak orang mengangkat sumpah. seketika kemudian dia menepuk dahinya perlahan.. ” eh.. cakap cakap ni.. your Ilham da balik ker”.. tiba tiba dia baru teringat sebaik sahaja selesai mengangkat barang dan minum petang Haikal terus pulang lalu dia turut meminta diri untuk mengemas barang dan meningalkan ilham dan ryana di anjung rumah banglo itu.

“Banyak la awak ‘my Ilham..’ a`ah Am da balik da tadi.. well dia pesan suh saya cakap thank you banyak banyak kat awak”

“Sebab??”

“Sebab dengan adernya awak.. saya da dapat patuhi salah satu dari syarat dia..” Ryana tersenyum disaat menuturkan kata kata itu.. yups.. ini adalah Syarat Ilham yang pertama demi memastikan dia benar benar
berubah..

……………………………………………………………………………

” so, macam mana , Fea dah pertimbangkan syarat yang saya bagi tu” Ilham bertanya tanpa riak. Serius!!
Ryana mengerutkan dahinya. Cuba mengingati kata kata Ilham malam itu…ye la apa yang nak dipertimbangkan?? Bila ?? kenapa ?? Bagaimana?? .. hatinya mengomel sendiri. baru beberapa saat menjelajah fikirannya dia mengetap bibir.. faham akan erti pertanyaan itu. ” Syarat ker tu Am, bukan permintaan erh?” dia buat muka blur.

Ilham tersenyum Cuma. Buat la muka serius 1000 kali pun takkan bagi kesannya dekat Si Fea ni.. ader ajer yang dijawabnya.. suka menjawab betul.. ” ye la, permintaan, awak ni kan..”

“Hehehe.. jangan la marah, saya gurau jer.. boleh tu boleh.. tapi awak… err”

“Tapi kenapa??”

“Awak suruh saya ajak kawan tinggal kat rumah kan, tapi kenapa .. mak Ilah kan ader”

“Memangla mak Ilah ader.. tapi kalau awak nak keluar saper yang nak temankan… lagi satu.. kesian mak Ilah
tak terlarat nak layan kerenah awak tu”

Ryana memuncungkan mulutnya.. amboi macam la aku ni ganas sangat..nak tahu apa syarat ilham.. mudah jer sebenarnya.. aku jer yang terasa akan kepayahannya tu.. ye la Ilham suruh aku cari teman n ajak tinggal sekali kat rumah tu, supaya nanti ader yang tolong tengok tengokkan aku. Macam budak kecil pun ader.. tapi.. ” ok ok.. fine.. tapi siapa.. any idea”

“Ntah la fea, saya bukannya kenal pun kawan awak… yang penting kawan awak yang baik la??”

“Ala.. awak cakap macam la kawan kawan saya semua jahat.. tak baik tau”

La la la.. salah tafsir pulak cik adik sorang ni.. Ilham mengerutkan keningnya “Ader ke patut macam tu.. saya tak cakap pun.. I mean baik sikit dari kawan kawan awak sekarang.. yang boleh saya harapkan untuk jaga awak.. kalau nakal macam awak.. makin haru la saya nanti fea… silap hari bulan kalian pulak yang buli saya nanti .. haru betul”

“Eleh.. ye la tu..”

Ilham memandang muka Ryana yang sudah memuncung tu. Kemudian dia berkata perlahan.. “Sory if Nampak macam saya masuk campur kehidupan awak.. tapi seriously saya tak nak awak terus hidup macam tu.. tak der faedahnya awak pergi ke club tu.. kalau awak ader kawan kat rumah, kan senang.. nak nak yang kecoh macam awak.. you can take care each other.. ader teman tempat nak bercerita.. cukup sekali.. saya tak sanggup tengok awak masuk hospital lagi”

Ryana tersenyum hambar.. saya tahu awak.. saya pun tak nak hidup macam ni.. kalau mama ngan papa ada mesti.. ahh.. orang yang dah pergi jangan dikenang fea.. kalau mama ngan papa tahu Fea sedih, mesti mama papa tak tenang disana, hatinya sempat berbicara sendiri..

” ermm.. okey okey..” sambil itu fikirannya ligat berputar mencari teman yang ‘baik’ semacam definisi lelaki dihadapannya itu.. Hani.. dia baik tapi hani penyanyi di café Hafiz jadi mana mungkin Hani tak pergi sana lagi.. silap hari bulan dengan dia dia sekali yang ikut pergi.. Adilla… pun baik tapi sama macam Hani jugak.. setiap hari melepak kat café.. Ana.. hurmm.. sama je tu.. myra.. Myra???
Myra orangnya memang tak suka pergi tempat tempat macam tu.. ye la pakai tudung.. takkan nak pergi ‘tempat’ tu kot.. Myra pun anak yatim jugak sama macam dia.. pendiam.. tapi banyak mengomel, baik, kelakar, boleh diharap.. yups.. amyra memang calon yang baik..tapi nak ke Myra stay ngan dia.. lagipun Myra kan dah menyewa dekat dengan kampus kami.. tak menyusahkan dia ker?? Macammana nak cakap ngan dia?? Adoii…

“Apa yang difikirkan tu..” Ilham menyampuk sebaik sahaja melihat Ryana yang bagai orang yang sedang ralat meneliti sesuatu.

“Myra???” hanya sepatah perkataan yang keluar dari bibirnya. Yakin Ilham memahami maksudnya ketika itu.

Ilham tersenyum , bayangan Amyra melintasi pemikiran. Cukup ciri- ciri seorang sahabat yang baik.. mungkin itu salah satu sebab kenapa Haikal semenjak dua tiga hari ni asyik ‘bercerita’ pasal si Myra tu.. Myra lembut.. myra sopan..Myra itu.. Myra ini.. tapi satu yang masih kuat diingatannya ialah.. ‘perangai Myra tu sebijik macam perangai Sofea.. kuat berceloteh’ .. itu kata temannya tu la.. al maklumlah orang dah gila bayang.

“Good idea.. saya sokong!!”

Ryana mengerutkan dahinya.. jelous ni.. ye la.. knape pulak Ilham yang senyum senyum bila sebut nama Myra.. ” amboi ‘suka’ Nampak.. Awak jangan nak lebih lebih ya” tangannya dicekak ke pinggang

“Aftarfirullahhal’azim..” ilham mengucap panjang.. matanya dicerunkan.. ” ader ke patut ckap macam tu..saya suka sebab awak suka.. gembira sebab awak gembira.. Faham cik adik oii..”

Ermm.. Ryana mencebik.. tadi tu saje je dia nak usik.. serius benar la pulak Ilham ni ‘ just kidding la.. tapi.. macammana nak cakap ngan A..”

“Hai Ryan”

Suara Amyra jelas menyentuh cuping pendengarannya.. Myra Myra.. selaluje datang mengejut macam tu..
hatinya sempat mengomel.. matanya sempat berpaling menatap wajah Ilham. Ilham mengerakkan keningnya berkali kali..

“Myra.. saya nak cakap dengan awak sekejap!!”

………………………………………….

“Hah??? Seriously..” Amyra menjerit kecil.. tak percaya..

“Kenapa awak tak sudi ker..” Ilham bertanya kembali.. ketara benar riak terkejut di wajah gadis
dihadapannya itu..

“Awak jangan pandai pandai pulak.. saya memang la dah anggap Ryana macam adik beradik saya jer and saya
pun sayang dia.. tapi siapa saya yang nak masuk campur urusan hidup dia..” Amyra menyuarakan pendapat
dia.. memangla dia tak kisah akan permintaan ilham itu.. tapi layakkah dia untuk berkawan baik dengan
ryana.. apatah lagi tinggal di rumah mewah itu. Terasa bagai tak terpijak pula kakinya untuk melangkah masuk kerumah temannya itu.

“Apa salahnya.. awak sayang dia, dia pun sayang awak.. you can take care each other.. ” ilham memujuk
lagi..

“Lol… memang la.. tpi masalahnya sekarang.. ini berkaitan saya and ryana.. takkan ryana bagi kot saya…”

“La.. sebab dia bagi la saya nak ajak awak ni.. ker awak nak suruh saya yang ‘jaga Ryana’..”

“Amboi.. awak ngan Ryana takder apa apa tau.. takkan awak pulak yang nak tinggal ngan dia..”

“Hah brilliant pun.. so terima je la.. Ryana yang pilih awak. Dia yang pilih untuk ajak awak tinggal
dengan dia.. tapi dia tak tahu nak cakap macam mana.. awak tahu kan hidup ryana macam mana.. saya tak nak dia pergi lebih ‘jauh’”

“Memangla saya tahu.. saya pun tak nak dia jadi macam tu lagi..”

“So??” Ilham bertanya tenang..Demi Ryana apa pun sanggup dia lakukan.. demi memastikan gadis itu kembali kepada kehidupan biasa + normal.. ala meaning dia tak terjebak dengan jejala social tu lagi la.

“Ermmm.. jawapannya saya sendiri yang akan bagitahu Ryana..” seusai berkata dia kembali menuju ke kamar yang menempatkan Ryana di hospital itu.. jenuh dia berjalan balik kesitu. Mana tidaknya sampai sahaja di hospital tadi.. terus ilham mengarahkan dia mengikutnya pergi.. tak pasal pasal dibawaknya pergi ke kolam ikan yang terletak di tepi bangunan hospital ni.. jauh tu.. sedangkan kalau ikut kira.. bincang kat depan ryana pun ok jer.. ilham ilham.. SengalLLL….

………………………

“Woiii.. cik kak berangan..” Amyra menjerit kecil sambil menolak tubuh Ryana perlahan. Geram pulak dia nak menyakat bila tengok Ryana yang jauh termenung.. agak agak dah sampai Paris la tu..

Ryana yang tidak bersedia langsung terdorong kehadapan.. ” eii.. sengall la awak ni.. bapak kasar.. macam mana la Haikal boleh suka kat awak yer… mengacau orang nak berangan je tau..enak enak je saya tengah berangan ngah kat paris auu” Sengaja dia menyebut nama haikal untuk melihat reaksi temannya itu.. tersentap ker tersuka ker termalu ker..tapi nyata tekaan nya jauh meleset sebaik saja mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Myra.. huish tak makan saman langsung.hatinya sempat membebel sendiri.

“Halloolooloo.. paris ker parit.. wat aper honeymoon..” matanya dikenyit sebelah.. tunjuk gaya orang gatal gitu.Nama Haikal langsung tidak terlekat di pendengarannya..

“Erm.. tu la.. honeymoon dengan abangku sayang.. hahaha” ryana meleretkan suaranya. Saja nak balas kegatalan si Myra ni. ” awak jelous ker?”

“Huh… takder maknanya saya nak jelous.. eh apa syarat a.k.a permintaan kedua Ilham pada awak yer??” Amyra bertanya laju. Curious nak tahu.

“Errrmm..” jarinya mengetuk ngetuk kepala perlahan. nak fikir..

Seminit…

Dua minit…

Tiga minit…

“Hah.. sudah lama benar fikir .. ingat kes dunia aper??” Amyra memerli dek kerana terlalu lama menunggu Ryana berfikir. Jenuh pulak dia menengok Ryana berfikir.

Ryana yang masih ralat berfikir hanya bangun tanpa menghiraukan kata kata Amyra. Mana taknya dia sendiri pun sebenarnya curious jugak nak tahu apa lagi ‘permintaan’ Ilham terhadapnya.. Pintu kamar yang sememangnya tidak ditutup dibuka luas. Sampai sahaja di depan pintu dia berpaling menghadap Amyra ” saya rasa syarat kedua dia…’

“Apa .. apa??”

“Syarat dia…”

“Apa?? Cepatla bagitau” Amyra bersuara separuh mendesak.

“Syarat dia.. awak kena nikah ngan Haikal.. hahahah..”

“Woiiiiiiii… ape pulak.. tak pasal pasal.. jahat la awak..” Amyra menjerit nyaring. Geram. Kalo la album gambar ni tak berat da lama melayang agaknya..

“Wekkk… byeeeeeeeee” pintu ditutup rapat rapat.. sambil dia berlari lari menuju kebiliknya . ketawanya lepas. Puas hati dapat mengenakan Amyra yang jelas dah terpamer kebengangannya tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: