Novel : Bukan bayangan 4

Nama Pena : sharina elisa

Dipeluknya erat Tengku Shaqila yang sedang menangis teresak-esak.
Kasihan Aqila. Tak sangka hidupnya begini. Aku berdosa sebab terlalu menghinanya dulu. Padahal, hatinya cukup perit !
” Papa betul-betul bencikan sayang, Abang Ial. Kenapa papa betul-betul percaya yang Sayang ni pembawa sial …,”
Tengku Danial menutup mulut Tengku Shaqila.
Hatinya pedih menahan sengsara yang menimpa Tengku Shaqila.
” Dr. bagaimana dengan abang saya ?” Tengku Danial menyoal Dr. berkepala botak yang baru sahaja keluar dari bilik ICU itu,”
” Allhamdullilah, abang encik selamat,”
” Terima kasih, Doktor. Syukurlah,” Tengku Shaqila dan Tengku Danial serentak.
” Ish, bangunlah. Kenapa awak tak nak buka mata. Awak tak sayang saya lagi ?” Esha Mariana, teman wanita Tengku Danish.
Esha Mariana menangis perlahan-lahan. Lalu, air matanya menitis di atas telapak tangan Tengku Danish. Menyebabkan lelaki itu terjaga.
” Ish ? Awak dah sedar ?” Esha terus berlari keluar.
Memaklumkan hal itu kepada ahli-ahli keluarga Tengku Danish dan juga Doktor.
Doktor bergegas masuk ke bilik itu.
” Allhamdulilah. Ia lebih cepat daripada yang dijangka. Jangan biarkan pesakit banyak bercakap. Biarkan ia rehat,”
Ujar doctor itu seraya keluar.
” Syukurlah kau dah sedar, Ish,” Tengku Danial gembira sehingga tidak dapat digambarkan.
Tengku Danish mengukir senyuman.
” Jangan menangis, adik-adikku, … Esha. I’m okey. Belum mati lagi,”
” Abang !!!” Tengku Shaqila menjerit marah.
” Woi, sayang ! Hospital ni !” Tengku Danial memperingatkan.
” Mana Afiq ?” Tengku Danish menyoal.
” Sakit-sakitpun sempat lagi cari dia ?” Tengku Shaqila menjeling.
” Mestilah, bakal adik ipar tu,” Tengku Danial membalas.
Aqif pula senyum lebar.
Tengku Shaqila mencebik lalu melangkah keluar.
” Apa lagi, Qif ? KEjarlah,” Tengku Danial memberi green light.
” Qila,”
Tengku Shaqila memberhentikan langkahnya.
” Ada apa ?”
” Kau betul-betul bencikan aku ? MAsih marah aku dengan perangai aku dulu ?”
” Aku tak pernah marahkan kau. Aku tak ambil hatipun dengan semua tu,”
” Habis ?”
” Habis apa ?”
” Aku .. aku …,”
” Kau nak apa sebenarnya ni ?”
” Aku nak kau,”
” Hah ?” Tengku Shaqila terlopong.
Jantungnya berdegup kencang.
Aduh, kenapa ni !
” Aku sayangkan kau, Qila. Lebih daripada seoarang sahabat,”
Tengku Shaqila senyum. Manis sekali.
” Aku belum bersedia untuk bercinta dan dicintai, Aqif !”
” Aku akan tunggu sehingga kau bersedia,”
Tengku Shaqila mengeluh.
” Walaupun enam tahun lagi ?”
Aqif angguk.
” Tipu ! Sudahlah jangan nak buang masa kau,”
” Qila, aku ikhlas mencintai kau,”
” Kita masih terlalu muda untu saling mencintai, Syed Mohd AQif,”
” Aku akan tunggu sehingga kita menjadi dewasa, Tengku Shaqila Qistina,”
Tengku Shaqila senyum sinis.
” Kata-kata, tak membuktikan apa-apa,”
” Aku akan buktikan,”
” Okey, cubalah tawan hati aku,” Tengku Shaqila mengukir senyum paling bahagia.
Kemudian, cepat-cepat melarikan diri ke tandas.
Tengku Danial menepuk tangan melihat babak-babak romantic itu.

Bab 13
Enam tahun kemudian …
” Tengku !!!” jerit Dr. Manggis.
Lantas, gadis jelita dipeluk erat. Melepaskan rindu yang menjengah.
Sudah enam tahun, mereka berpisah sejak Tengku Shaqila menyambung pelajaran di US.
” Kenapa Tengku pulang tak beritahu terlebih dahulu ?” Potato menyoal dengan nada sedikit kecewa.
” Tak mengapa. Saya tak nak susahkan sesiapa. Abang-abang saya di mana ?”
” Kat sini,” ujar Tengku Danish dan Tengku Danial serentak seraya memeluk Tengku Shaqila.
Tengku Shaqila menjerit sakan. Terkejut amat+kekok diperlakukan begitu.
” Apa ni Abang Ish, Abang Ial terkejut sayang. Nasib baik tak mati tau,”
” Hish, mulut ni celupar betul,”
Tengku Shaqila tersengih.
” Jom, kita makan kat luar. Abang nak sambut Sayang pulang. Dahlah, tak cakap apa-apa. Nasib baik abang ni bijak tahu juga bila orang tu balik,”
” Alah, abang Ish yang hensem, janganlah marah. Nanti susah Kak Esha nak pujuk,”
” Pandailah sayang ni nak kenakan abang,”
Mereka bertiga segera meluru masuk ke dalam perut kereta.
” Best tak study kat sana ?” Tengku Danial menyoal.
” Bestlah abang Ial. Pak we pun hensem-hensem kat sana,” Tengku Shaqila ketawa kecil.
” Mengamuk Aqif dengar Sayang cakap macam ni,”
” Gurau jelah,” ujar Tengku Shaqila.
” Tak rindu dekat Aqif ke ? Lama korang tak jumpa,”
Tengku Danish mengusik.
Merah padam muka Tengku Shaqila.
” Kita nak makan kat mana ni ? Sayang dah lapar giler ni, Abang Ish,”
” Nak lari topiclah tu,”
” Betullah, Sayang dah lapar ni,”
” Yelah, yelah, kita makan kat hotel tu jelah,”
” Boleh jelah, tengah lapar ni,”
Mereka bertiga bergandingan masuk ke untuk menjamu selera sebaik sahaja, Tengku Danish meletakkan kereta.
Macammana rupa Aqif sekarang ni, ya ?
” Your order, miss ?” Tengku Danial mengajuk pertanyaan pelayan hotel itu.
Tengku Shaqila sengih. Malu sebenarnya.
” Abang Ish dan Abang Ial pesan apa ?”
” Tak dengar, ya ?”
” Er .. sama jelah dengan abang Ish,”
” Okey,” pelayan it uterus beredar.
” Kenapa ni ? Berkhayal ye ?” Tengku Danish mengusik.
” Abang Ish dan Abang Ial ni selalu macam ni tau. Satu kepala betullah,”
” Kalau satu kepala, kembar siam namanya tu, sayang ooi,”
” Whateverlah, abang,”
Tiba-tiba, matanya terpandang sesuatu.
Insan yang cukup dikenalinya.
Aqif ! Tapi siapa perempuan tu ?
” Mak oooi,” Tengku Shaqila segera menutup mulutnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: