Novel : Cinta si teruna dan dara 7

Nama Pena : gadis timur

Bunyi muzik yang begitu kuat melalaikan manusia yang mengunjungi kelab malam bayu ini.setiap orang menari dengan ghairahnya tanpa menghiraukan dunia akhirat termasuklah adam dan johan.lincah sungguh mereka menari seperti justin tumberlake!!agaknya kot…Nasib baik kaki adam sudah pulih daripada tendangan kuat farisya siang tadi.kalau tak,mana mungkin dia dapat menari selincah itu bersama johan.

“johan,”jerit adam dengan kuatnya apabila temannya itu seperti tidak mendengar panggilannya itu.
Mana taknya,alunan muzik rihanna berkumandang dengan kuatnya boleh jadi pekak telinga !!!!

“johan,dah lama kita lepak kat sini.dah pukul 4 pagi dah,”kata adam dengan suara yang lagi kuat.

Johan memandang adam dengan reaksi yang pelik..selama ni dia tidak pernah pun macam ni?cakap je pukul berapa nak balik,pukul 6 pagi..pukul 7 pagi..semua takde masalah.tapi kali ni??

“weh bro,sejak bila kau jadi macam ni?dulu kau tak macam ni..ala relaksla,baru pukul 4..awal lagi..malam masih muda bro,”balas johan lagi dengan suara yang kuat bagi mengatasi alunan muzik yang kuat itu.

“alah dulu kita kat mana?sekarang kat mana?mampus la aku kalau ayah aku tahu!macam kau tak kenal ayah aku,”kata adam lagi sambil memerhatikan keadaan sekeliling.semua orang menjadi terkinja-kinja menari tanpa menghiraukan dirinya yang keresahan.

“sape tak kenal ayah kau?tan sri mokhtar!!!aku rasa ayah kau tak marahnya,”

“tak marah kau kata?kalau dia marah,boleh bergegar seluruh dunia ni tau!sudahlah aku chow dulu..next time kalau kau nak jumpa aku kau call aku ok!

Johan hanya memerhati kelibat adam yang semakin hilang.takde dia bukan bermakna aku tak boleh enjoy kat cini!!baik aku usha pompuan kat sini.lagi bagus!!!matanya liar mencari sasaran untuk menemaninya pada malam ini.tiba-tiba….

“hai,sorang aje?”kedengaran suara lunak merdu milik seorang gadis yang sangat jelita.

“err..hai…you nampak ke I dengan siapa sekarang?”tanya johan dengan suara yang romantis.yesss..sasaran sudah berjaya masuk..maklumlah rupa aku hensem!!!

“hahahaha…kelakar la you ni?boleh I temankan you malam ni?i bekerja kat sini.nama I marry,”

“I johan.naseb baik you ade,kalau tidak boleh mati kesunyian I malam ni,”balas johan sambil mendekatkan badannya dengan gadis kelab malam itu.mereka berdua sudah masuk ke dunia mereka tanpa mengiraukan orang lain yang terkinja-kinja menari sampai tak ingat dunia itu.inilah dikatakan manusia…

**********************************************************

Adam perlahan-lahan membuka pintu rumahnya,takut diketahui oleh ayahnya.mampus aku kalau dia tahu aku balik lewat ni!!!boleh jadi kiamat dunia!!!sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah….

“ehemmm…adam,lewat kamu balik?”tanya tan sri mokhtar yang sedang duduk di atas sofa.lagaknya macam penyiasat pulak!!!

“errr…ayah..tak tidur lagi?”tanya adam dengan suara yang tersekat-sekat.aduh,mati la aku nanti!!!macam mana ayah aku tak tidur lagi nih?

“kamu jangan nak ubah topik!jawab soalan ayah..kamu dari mana ni?dah nak subuh baru balik.apa nak jadi dengan kamu ni?”marah tan sri mokhtar.dia tak tahu macam mana hendak membentuk anaknya menuju ke jalan yang benar.solat terabai! entah kenal dosa pahala ke tak! dia sangat menyesal menghantar anak tunggalnya itu belajar di luar negara.habis rosak akidah dan pegangan islam!!!

Adam terpaku sekejap.dup!!!dup!!! jantungnya berdengup laju.ni johan la punya pasal!!! kalau dia tak ajak aku mesti perkara ni tak terjadi..lain kali ajaklah masa ayah aku pergi outstation kew???

“adam pergi jumpa kawan tadi.dia baru balik dari oversea.dah lama adam tak jumpa dia,”kata adam dengan suara yang perlahan.

“lamanya kamu pergi jumpa kawan?sampai tak ingat nak balik rumah?esok kamu tu ada meeting kan?ayah taknak kamu rosakkan lagi meeting kamu seperti dahulu!!beri pelbagai alasan untuk taknak handle meeting tu!sudahlah,ayh tak larat dah nak nasihat kamu.adam,kamu dah besar panjang.cuba kamu fikir! fikir sikit!!!”akhiri tan sri mokhtar lalu beredar meninggalkan adam yang terkulat-kulat sendirian.

********************

“wah,sedapnya bau!ni buat selera isya bertambah ni!mak tahu tak sekarang isya jarang makan pagi.takde selera,”kata farisya yang sudah duduk di meja makan.

Mak jenab hanya mengeleng sahaja melihat reaksi anaknya yang begitu gelojoh menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya yang comel itu.”ishhh,budak nih.makan la perlahan-lahan.tak baik tau anak dara makan macam tu!”marah mak jenab kepada anaknya itu.melihatkan reaksi manja anaknya itu,tiba-tiba dia teringatkan fasha.

“alah mak sekali-sekala.dulu kak fasha pun selalu makan macam ni,tapi mak tak merungut pun!”farisya berkata dengan selamba tanpa menyedari keterlanjuran katanya itu.
mak jenab terkejut dengan kata-kata spontan yang keluar dari mulut anaknya itu!!!lantas mak jenab menukar topik agar anaknya tidak menyedari tentang kata-katanya tadi.

“err…mana ina?takkan tak bangun-bangun lagi?”tanya mak jenab.

“alah,mak.ina kan keje malam.biasa la tak bangun lagi masa ni.qada masa tidur katakan,”balas farisya sambil menyuap nasi lemak buatan maknya itu.sudah lama dia tak merasa masakan maknya itu.

“dia kerja apa?setahu mak kerja malam-malam ni tak elok!”mak jenab meluahkan kerisaun hatinya.mana ada manusia kerja time malam!semua mencari rezeki time siang!pelik-pelik…

“alah mak ni.selalu aje berfikiran negatif.kalaulah semua orang mempunyai fikiran macam mak,macam mana la negara kita nak maju!asyik fikir yang bukan-bukan aje! ina beritahu isya,dia bekerja kat sebuah syarikat.tapi dia kerja shift malam,”balas farisya dengan panjang lebar.”alamk,dah lewat ni!isya pergi dulu yer mak.esok isya bawa mak keluar jalan-jalan..kita pusing seluruh kl ni!”sambung farisya lantas mencium tangan dan mencium pipi emaknya itu.kasihnya terhadap emaknya itu tidak berbelah bahagi.

************************

Sebaik sahaja farisya melangkah masuk ke pejabat tiba-tiba….

“farisya!! Masuk sekejap!” kedengaran suara yang paling dibenci oleh farisya.ishhh..mesti tiap kali aku masuk pejabat,suara dia yang aku dengar! Tak boleh ke suara orang lain??? Tapi suara siapa ek???ermmm bard pitt kot…

“farisya!!!”jerit adam lagi dengan suara yang kuat.apa punya setiausaha la..nak kena suruh panggil banyak kali!!! Nak kata pekak pompuan ni,tak pulak..normal lagi aku nampak!!!

“hah,ada apa panggil pagi-pagi ni?”kata farisya sebaik sahaja dia duduk di hadapan lelaki itu.menyusahkan aku betul la mamat nih.

“eh..eh..sape suruh kau duduk?bangun sekarang!!apa kau ingat syarikat ni milik bapak kau?”marah adam tatkala melihat farisya selamba sahaja duduk di hadapannya tanpa disuruh.memang dia pantang..apatah lagi dengan perempuan ni,merangkap musuh ketatnya di muka bumi ini.

Farisya terpana seketika..pehal dengan mamat ni?alah macam la aku nak sangat duduk atas kerusi dia ni!! Bukan empuk sangat pun..empuk kerusi aku lagi!!!”pasal kerusi pun marah!macam budak kecik,”kata farisya dengan nada yang rendah.sangkanya adam tidak mendengar omelannya itu.malangnya…

“apa kau cakap?aku bukan pekak lagi tau!!sudahlah malas aku nak layan kerenah bodoh kau ni.dahlah kelmarin teruk aku dikenakan kau!!!aku ada kerja tuk kau.petang ni aku ada meeting dengan client.aku nak kau siapkan dokumen ini.as soon as possible!!!aku meeting kul dua.sekarang baru pukul 9.30 pagi so aku rasa kau sempat siapkan ,”arah adam dengan wajah yang serius.dia mesti berjaya dalam meeting ini untuk membuktikan kebolehannya kepada ayahnya itu.

Farisya tergamam seketika.YA ALLAH!!! Banyaknya dokumen!!bukan satu, bukan dua dan tiga tapi sepuluh dokumen!!!

“weh,apasal banyak sangat dokumen nih??takkan nak attend meeting kena siapkan dokumen banyak macam ni?kau ingat aku bodoh ker?”marah farisya.mana tak marahnya,hanya kerana meeting yang kecil itu,nak suruh siapkan banyak dokumen!boleh mampus aku kalau tiap-tiap hari macam ni.

“buat jelah apa yang aku suruh! Jangan nak merungut boleh tak?untuk meeting petang ni Cuma satu dokumen je.yang lain tu aku saja jew suruh kau buat.yang penting siapkan dokumen untuk meeting petang nanti!yang lain aku bagi masa hari ni sahaja!aku tak kira la kau nak bermalam kat sini ke,atau …….kau nak aku berhentikan kau?”kata adam dengan nada yang sinis.sengaja dia membangkitkan kemarahan perempuan itu.biar dia rasakan,padan muka!!!!

Muka farisya sudah berubah menjadi merah!memang kurang asam betul mamat nih!!!selalu nak buat aku marah!! Kalau nak ikutkan hati,memang aku nak berhenti kerja pun!! Tapi mengingatkan tugas aku untuk meyara mak aku,terpaksa aku lupakan hasrat aku tu!!! Kalau aku berhenti,macam mana nak menyara hidup mak aku???

“kau memang ….memang…”farisya berhenti sekejap untuk mencari idea untuk membalas kata-kata adam itu.

Adam mengangkat keningnya.”memang apa?aku memang macam ni pun!!”kata adam lagi.

Farisya mendengus kuat lalu keluar dari bilik adam dengan membawa sepuluh buah dokumen.kalau nak diikutkan,hendak sahaja dia membakar semua dokumen itu!!buat sakit hati sahaja…

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.aduh!!! lambatnya aku balik hari ni.mesti emak tengah risau ni.adam la punya pasal..macam-macam suruh aku buat.nasib baik aku sempat menyiapkan dokumen untuk meeting petang tadi.kalau tidak……alamak matilah aku..

Farisya cepat-cepat menyiapkan tugasnya yang tinggal sedikit lagi hendak siap.akhirnya tepat pukul 11 malam semua kerja sudah disiapkan..alhamdulilah!!!! “tapi,macam mana aku hendak balik ni?ada ke teksi masa ni?”hati farisya menjadi semakin bimbang mengenangkan masalahnya sekarang.maklumlah banyak kes telah berlaku melibatkan kaum wanita.tetapi mengenangkan kerisauan yang bertandang di hati emaknya sekarang,keselamatan dirinya tidak diendahkah.dia mesti balik rumah cepat!!

Sedang farisya berjalan-jalan di kawasan yang sangat gelap,dia menyedari seperti ada orang sedang mengikutnya dari belakang.hati farisya sudah berdegup dengan kencang.apatah lagi hari sudah jauh lewat malam!! Langkah farisya semakin laju..mana tak takutnya!!!malangnya…..

Tangannya ditarik kuat oleh seseorang.farisya sangat terkejut.terkejut bercampur takut.dia cuba mengamati wajah manusia yang menarik tangganya itu walaupun dalam keadaan yang gelap.semakin diamati semakin dia kenal……. TAUFIQ!!!!!

*APAKAH YANG TERJADI KEPADA FARISYA SELEPAS INI?
ADAKAH ANDA DAPAT MENEKA???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: